kertas kerja larian amal light up autism · pdf filekertas kerja larian amal light up autism...

21
KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM TARIKH 06 APRIL 2014 TEMPAT JALAN TEMERLOH, TAMAN TASIK TITIWANGSA, 53200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA.

Upload: hadien

Post on 23-Feb-2018

320 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

KERTAS KERJA

LARIAN AMAL

LIGHT UP AUTISM

TARIKH

06 APRIL 2014

TEMPAT

JALAN TEMERLOH,

TAMAN TASIK TITIWANGSA,

53200 KUALA LUMPUR,

WILAYAH PERSEKUTUAN,

MALAYSIA.

Page 2: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|2 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

TEMA

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

KERTAS KERJA

PROGRAM LIGHT UP AUTISM

MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan menyediakan kertas kerja ini adalah untuk memohon bantuan kewangan daripada

Pertubuhan 1M4U bagi mengadakan program Light Up Autism anjuran fakulti perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Program Light up Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha untuk menambah sumber kewangan Tabung

Amanah Makmal Kanak-Kanak Istimewa UKM. Program ini yang bertemakan Your World Is

Our World, Together We Stand bertujuan untuk menambah dana Makmal Pembelajaran Autisma

UKM bagi membantu membiayai belanja operasi makmal, kos penyelidikan dan membina

prasarana yang lebih kondusif untuk sistem pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak

istimewa. Program ini akan juga mendapat penyertaan dari agensi bukan kerajaan dan kerajaan

seperti HOPE (Early Project Autism Malaysia), Kasih Autisme Sdn Bhd. dan Permata Kurnia.

Program ini adalah salah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa, individu,

masyarakat serta mahasiswa UKM untuk membantu Makmal Pembelajaran Autisma UKM

meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan demi mencapai objektif jangka

panjang makmal ini sekaligus dapat menyumbang ke arah peningkatan perkhidmatan pendidikan

untuk kanak-kanak autistik di Malaysia. Pada masa yang sama, bukan kesedaran komuniti

Page 3: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|3 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

terhadap kanak-kanak autistik sahaja dapat ditingkatkan malah program ini mampu

mempromosikan pembelajaran sains dalam kalangan kanak-kanak autistik juga.

Tambahan lagi, program ini juga dirancang bagi memenuhi keperluan subjek ko-kurikulum serta

mencapai semua lapan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak pembelajaran

mahasiswa UKM.

3.0 MISI

Misi Program Light Up Autism ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu Makmal

Pembelajaran Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta

penyelidikan. Rentetan itu, kualiti yang memberangsangkan dapat menyumbang ke arah

peningkatan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak autistik di Malaysia. Pada masa yang

sama, program ini mampu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mahir dalam segi

akademik, malah turut memiliki kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Selain itu, segala ilmu pengetahuan yang dapat diambil melalui pembelajaran secara formal

ataupun tidak formal menerusi program ini dapat diterapkan serta diamalkan dalam kehidupan

seharian semua pihak yang terlibat. Program ini juga diharapkan dapat menyuburkan semangat

kerjasama dan kemahiran 'soft skill' bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.

Page 4: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|4 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

4.0 MATLAMAT

4.1 Mengumpul dana minimum sebanyak RM 15, 000 untuk Makmal Pembelajaran Autisma

UKM

4.2 Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-kanak

autistik dengan lebih dekat

4.3 Memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa dalam membentuk sebuah organisasi

dan merancang gerak kerja program dengan efisien

4.4 Menanamkan semangat kerjasama, semangat berpasukan dan saling mempercayai antara

satu sama lain

4.5 Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif sepanjang pelaksanaan

program ini

4.6 Melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan dan bertanggungjawab

4.7 Menerapkan ilmu-ilmu keusahawanan dalam diri setiap mahasiswa

4.8 Melatih mahasiswa supaya lebih peka dengan situasi semasa di sekeliling mereka

4.9 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial dalam kalangan masyarakat serta

mahasiswa

4.10 Untuk memenuhi setiap lapan aspek hasil pembelajaran yang telah digariskan untuk semua

mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 5: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|5 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Sebagai satu platform untuk mengumpul dana bagi membantu Makmal Pengajaran

Autisma, UKM.

5.2 Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kanak-kanak autistik sebagai salah satu

kumpulan minoriti dalam komuniti di Malaysia yang juga mempunyai hak sebagaimana

individu normal.

5.3 Mempromosikan pendidikan sains kepada kanak-kanak autistik.

5.4 Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-kanak

autistik dengan lebih dekat.

6.0 TEMA

“YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND”

Page 6: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|6 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

7.0 LOGO

Warna: Merah, kuning, biru tua, biru muda.

Corak ‘jigsaw puzzle’ menggambarkan kompleksiti dan misteri dalam merungkaikan kepelbagaian

spektrum autisme. Warna-warna dan bentuk sfera seakan-akan glob mewakili keluarga yang

mengalami keadaan yang sama dari seluruh dunia. Warna-warna yang cerah melambangkan harapan

bahawa melalui kesedaran autisme, prevensi awal dan rawatan yang sesuai, individu autistik akan

berupaya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan dapat menyesuaikan diri dalam kalangan

masyarakat.

“Light Up Autism” merupakan slogan untuk Larian Autisma UKM 2013/2014 yang membawa

maksud agar masyarakat dapat memberikan lebih perhatian terhadap insan-insan autistik ini.

Seterusnya, dengan harapan agar mereka diberikan perhatian dan bantuan yang sepatutnya supaya

mereka juga dapat mencapai potensi sepenuhnya dengan bakat yang tersendiri.

Page 7: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|7 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

8.0 ANJURAN

Program ini merupakan anjuran Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Fakulti Pergigian,

Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Teknologi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi

Pengurusan, dan Fakulti Undang-Undang.

9.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada 06 April 2014 (Ahad).

10.0 TEMPAT PROGRAM DAN KESELAMATAN

Jalan Temerloh,

Taman Tasik Titiwangsa,

53200 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan,

Malaysia.

ASPEK KESELAMATAN

Sepanjang keberlangsungan program, pihak RELA akan menjaga keselamatan trafik. Pihak DBKL

dan polis bantuan juga akan meronda untuk memastikan tiada perkara yang tidak diinginkan

berlaku. Terdapat juga beberapa sukarelawan dan juga krew program yang akan menjaga larian

terutamanya untuk para peserta autistik. Ahli-ahli PBSMM dan Siswa Siswi Pertahanan Awam

(SISPA) juga akan terlibat dan akan memantau di setiap checkpoint sebagai langkah berjaga-jaga.

Page 8: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|8 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

11.0 PUBLISITI

Publisiti projek dikendalikan melalui medium berikut:

1. Media cetak (brochure, surat khabar)

2. Media elektronik (facebook, twitter)

Medium berikut mempunyai perincian program Light up Austism.

12.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian pada hari Ahad (06 April 2014) di Tasik Titiwangsa akan melibatkan Yang

Berhormat Datin Seri Paduka Rosmah Binti Mansor.

13.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

Jumlah Penyelia : 4 orang

Jumlah Urus Setia : 145 orang

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A.

15.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B.

Page 9: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|9 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

16.0 PERINCIAN PROGRAM

16.1. MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM : LIGHT UP AUTISM FUN RUN

TEMA : YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

TARIKH : 06 APRIL 2014

TEMPAT : JALAN TEMERLOH, TAMAN TASIK TITIWANGSA,

53200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN,

MALAYSIA

ANJURAN : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA : THE NATIONAL AUTISM SOCIETY OF MALAYSIA, HOPE

MALAYSIA, ARISMA & PERMATA KURNIA

16.2. SLOT: PENGEDARAN GOODIES BAG

Tujuan Goodies Bag diagihkan kepada para peserta sebaik sahaja pelari Berjaya menamatkan larian

adalah untuk mengurangkan kesesakan pengambilan Goodies Bag sekaligus dapat mengelakkan

penipuan berlaku. Di samping itu, slot ini juga bertujuan untuk menarik perhatian para pengunjung

untuk melawati tempat pameran serta gerai-gerai yang tersedia sepanjang program berlangsung.

16.3. SLOT: JUALAN DAN KARNIVAL

Dengan wujudnya slot jualan dan karnival, semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa dan

mahasiswi dapat ditingkatkan. Melalui slot ini juga, ilmu-ilmu keusahawanan dapat diterapkan

dalam diri setiap mahasiswa. Di samping itu, mahasiswa juga dapat berfikir secara kreatif, innovatif

dan kritis untuk mengumpul dana sebanyak mungkin bagi membantu program ini berjalan dengan

mudah dan lancar. Slot ini bukan sahaja menguntungkan mahasiswa UKM malah mampu

menguntungkan para usahawan kerana kami membuka ruang dan pasaran kepada mereka untuk

Page 10: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|10 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

mempromosikan produk serta barangan mereka. Program ini bukan sahaja dapat menghiburkan

pengunjung, malah slot ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat.

Masyarakat yang prihatin terhadap kanak-kanak autistik juga dapat dilahirkan dengan adanya jualan

serta karnival ini.

16.4. SLOT: NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, nyanyian lagu Negaraku amatlah penting bagi

menjaga kedaulatan negara. Slot nyanyian lagu Negaraku juga dapat meningkatkan jati diri rakyat

Malaysia. Slot ini akan dilaksanakan sebelum larian dirasmikan agar peserta dapat menunjukkan

cinta terhadap tanah air ini.

16.5. SLOT: SENAMROBIK

Sebelum memulakan acara larian, para peserta digalakkan mengikuti aktiviti senamrobik yang akan

dianjurkan oleh mahasiswa UKM. Aktiviti memanaskan badan amat penting sebelum memulakan

apa-apa aktiviti kesukanan kerana mampu mengelakkan kecederaan. Perkara ini akan memudahkan

semua pihak. Dengan menyertai aktiviti senamrobik, hubungan silaturrahim sesama masyarakat

dapat dieratkan di samping menyemai semangat berpasukan.

16.6. SLOT: LARIAN 10 KM, 5 KM & FUN RUN

Larian amal ini merupakan salah satu platform bagi menderma sambil mempraktikkan budaya sihat

dalam kalangan pelajar-pelajar UKM. Kekangan masa yang dihadapi oleh pelajar UKM tidak

seharusnya menjadi halangan untuk terlibat secara aktif dalam kegiatan-kegiatan yang melibatkan

penggunaan tenaga fizikal. Program ini menjadi pemacu kepada kelahiran modal insan kelas

pertama yang bukan sahaja berdaya saing tetapi seiring dengan perkembangan masyarakat

Malaysia. Seterusnya, program ini mampu mengeratkan silaturrahim sesama pelajar UKM

walaupun masing-masing menceburi dalam bidang yang berbeza.

Page 11: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|11 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

16.7. SLOT: PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL

Menjadi seorang mahasiswa khususnya mahasiswa UKM, tidak lari dengan aktiviti-aktiviti yang

boleh meningkatkan kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang serba boleh. Melalui slot

penyampaian hadiah, kebolehan memimpin serta sikap bertanggungjawab mengendalikan majlis

dapat dipupuk dalam diri setiap mahasiswa UKM. Di samping itu, slot ini juga mampu mengeratkan

ukhuwah antara mahasiswa UKM dengan kanak-kanak autistik, pihak-pihak kehormat serta

masyarakat. Ini sekali gus dapat menaikkan nama UKM di peringkat kebangsaan. Pemberian hadiah

dan sijil ini juga membuktikan bahawa penglibatan peserta-peserta larian amat kami hargai.

17.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.

Page 12: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|12 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

18.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi:

Seketariat,

Program Light the Autism,

Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Jalan Temerloh,

53200 Kuala Lumpur.

NUR IZZATUL AFIQAH BINTI MOHD

SHAKRI

MOHAMMAD AFIQ AMANI BIN CHE

ZULKEPLI

Setiausaha 1, Setiausaha 2,

Program Light the Autism, Program Light the Autism,

Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia

No. Tel: 013-2948525 No. Tel: 011-19742889

19.0 PENUTUP

Dengan ini, pihak kami amat berharap kerjasama daripada pihak tuan untuk mempromosikan

seterusnya memberi bantuan kewangan agar kami dapat melaksanakan program ini. Harapan

kami agar program ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif yang

disasarkan dengan jayanya.

Semoga usaha kami ini dapat menyumbang dalam memperkasakan konteks kemasyarakatan di

negara ini. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan

jutaan terima kasih.

Page 13: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|13 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

Page 14: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|14 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

Page 15: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|15 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM LIGHT THE AUTISM

PENAUNG

Y. BHG. Prof Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

PENGERUSI

Y. Bhg Prof Dato’ Dr. Ir. Othman A Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

PENYELARAS

Encik Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar

PENASIHAT & PENYELIA

Dr. Hasnah binti Toran

Pensyarah, Early Intervention, Autism and Assessment

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Dr. Nurul Izzaty binti Hassan

Pensyarah, Fakulti Sains Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Dr. Noor Akmal Shareela binti Datuk Ismail

Pensyarah, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur

Page 16: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|16 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA KETERLIBATAN

6.00 AM PENDAFTARAN PESERTA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM UKM

Tindakan: Exco Pendaftaran Semua Pelari

6.30 AM SENAM ROBIK DAN TAKLIMAT RINGKAS KEPADA PARA PESERTA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM UKM

Semua Pelari

7.00 AM PELEPASAN PESERTA LARIAN 10 KM Semua Pelari

7.15 AM PELEPASAN PESERTA LARIAN 5 KM

7.30 AM PELEPASAN PESERTA FUN RUN (KANAK-KANAK YANG MENGALAMI AUTISME & OKU SHJ )

09.30 AM JANGKAAN TAMAT LARIAN SEMUA PESERTA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM UKM

Semua Pelari

09.45 AM SEMUA PESERTA BERKUMPUL DI PADANG BOLA SEPAK, TAMAN TASIK TITIWANGSA

Semua Pelari

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

MASA PERKARA Keterlibatan

10.00 AM KETIBAAN TETAMU KEHORMAT SEMUA PELARI & AJK TETAMU KEHORMAT:

1. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor

2. PROF. DATUK DR. NOOR AZLAN GHAZALI, NAIB CANSELOR UKM

3. PROF. DATO’ DR. SARAN KAUR GILL, TIMB. NAIB CANSELOR HEJIM UKM

4. PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD AWAL, TIMB. NAIB CANSELOR HEPA UKM

PENYAMPAIAN HADIAH OLEH: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor

10.10 AM -NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU RASMI UKM

10.15 AM PERSEMBAHAN PENDEKAR BUJANG LAPOK

10.30 AM UCAPAN DARIPADA PENAUNG PROGRAM, NAIB CANSELOR UKM

10.45 AM UCAPAN PERASMAN DARIPADA DATIN SERI PADUKA ROSMAH MANSUR

11.00 AM PENYAMPAIAN CABUTAN BERTUAH KEPADA PARA PEMENANG LARIAN

11.45 AM JAMUAN VVIP DAN MAJLIS BERSURAI

KARNIVAL

MASA PERKARA CATATAN

7.00 AM – 5.00 PM KARNIVAL

Page 17: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|17 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

LAMPIRAN C

SENARAI ANGGARAN PENDAPATAN PROGRAM LARIAN AUTISME 2014

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Pendaftaran peserta ( 55 x 1500 ) + (45x100) 127,500

2. Jualan 300

3. Mini Karnival 2,000

4. JPPel -

5. Penajaan 10,000

Jumlah Kesuluruhan 139,800

Page 18: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|18 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

SENARAI ANGGARAN PERBELANJAAN LARIAN AUTISME 2014

BIL PERKARA KUANTITI HARGA

SEUNIT

JUMLAH

1. JAMUAN

i) VVIP

50

20

1,000

2. TEKNIKAL

i) Sound & lighting

1

1,500

1,500

3. CENDERAMATA

i) Pendaftaran

a)VIP

Bag goody

b)Peserta biasa

Bag goody

•Baju

•Pamplet

c)Peserta Fun Run

Bag goody

•Baju

•Pamplet

ii) VVIP

a)Plaque

b)Cendramata UKM

iii) Pemenang

a)Peserta biasa

Medal

Sijil

iv) Jawatankuasa

sijil

v) Badges

25

1500

100

3

3

1600

1600

100

900

20

20

20

50

10

15

1

1

1.30

500

30,000

2,000

150

30

24,000

1600

100

1170

4. PUBLISITI

i) Banner 6’x3’

ii) Banner 8’x4’

iii) Flyers

iv) Poster

v) Bunting

vi) Fotostat & Printing

10

5

100

10

15

23

40

0.50

4

30

230

200

50

40

450

150

Page 19: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|19 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

5. TUGAS-TUGAS KHAS

i) Hiasan pentas

ii) Lain-lain

1

1

2000

200

2000

200

6. PROTOKOL

i) Kad jemputan

100

2

200

7. PERHUBUNGAN

i) Kad i-talk

1

200

200

8. DANA

i) Kad i-talk

ii) Barang Jualan

1

1

100

200

100

200

10. LOGISTIK

i) Khemah Pyramid

Kipas

Lampu

ii) DB Box

iii) Kerusi

iv) Meja

Banquet

Square ( without cloth)

20

17

34

1

450

8

34

250

850

1

20

4

5000

850

450

160

136

JUMLAH KESELURUHAN 72,666

Page 20: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|20 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

Anggaran pendapatan – RM 139,800.00

Anggaran belanjawan – RM 71,496.00

Sumbangan minimum – RM 15,000.00

RM 139,800

- RM 72,666

67,134*

*Baki akan disumbangkan sekurang-kurangnya RM15,000 kepada dana penyelidikan makmal

Autisma UKM bergantung kepada kutipan dan bajet sebenar.

Page 21: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM · PDF filekertas kerja larian amal light up autism tarikh 06 april 2014 tempat jalan temerloh, taman tasik titiwangsa, 53200 kuala lumpur,

YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND

|21 PROGRAM LIGHT UP AUTISM

05 APRIL - 06 APRIL 2014

SENARAI TAJAAN TERKINI

1. HOPE

2. GARDENIA

3. MEDIA PRIMA

4. ADAM TRAVELS SDN BHD

5. KAKIPRINTING

ANGGARAN TAJAAN : RM30,000