kertas kerja karnival kesenian dan …€¦ · kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk ......
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
26 MAC 2014
TEMPAT
KOLEJ KERIS MAS,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
EKSEKUTIF KEBUDAYAAN DAN WARISAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2013 / 2014
”Semarak Seni Pencetus Kreativiti”
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Pencetus Kreativiti 2
KERTAS KERJA
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan serta bantuan kewangan untuk
mengadakan karnival kesenian dan kebudayaan anjuran Temasya Gemilang Kolej Keris Mas sesi
2013/2014.
2.0 PENDAHULUAN
Program Karnival Kesenian dan Kebudayaan ini merupakan program yang dapat membina
mahasiswa yang kreatif, berwawasan dan dinamik. Sesungguhnya selama penubuhan Kelab-
kelab Kebudayaan Dan Warisan Kolej Keris Mas, pelbagai program kesenian telah dijalankan
dibawah naungan Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM. Hampir setiap tahun
20 program kesenian yang akan disertai oleh Kumpulan Aadyamaatra, Urusetia Artisukma
antaranya Operasi Khidmat Seni Masyarakat (OPKIM), Festival Senitari Inter Kolej, Festival
Seni UKM, Festival Kesenian Universiti Asean, Hari Kemerdekaan, Citrawarna, Festival
Kesenian Universiti-universiti Malaysia (Festkum), Pertandingan Senitari, Jelajah Seni Tari dan
banyak lagi.
Pada keseluruhannya program Karnival Kesenian dan Kebudayaan ini telah berjaya bukan sahaja
memberi peluang untuk mengasah bakat dalam kalangan pelajar malah ia juga dapat
menambahkan pengetahuan dalam ilmu kebudayaan sekaligus dapat menaikkan imej Kolej Keris
Mas dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Memandangkan kesenian merupakan komponen yang penting dalam cara hidup manusia, maka
kepimpinan dalam bidang-bidang kesenian patut dibina agar mahasiswa mahasiswi dapat
memberikan sumbangan positif dan manfaat terhadap Universiti khususnya negara umumnya
semoga cita-cita murni UKM tercapai sebelum menjelangnya tahun 2020.
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Pencetus Kreativiti 3
3.0 MISI
Sebagai pihak penganjur, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan
kelancaran program ini.
3.1 Melatih dan memperluas lagi kesenian dan kebudayaan di luar UKM.
3.2 Melahirkan individu yang berketrampilan, fleksibel dan dinamis
3.3 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.
3.4 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
dirancang.
3.5 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan program.
4.0 MATLAMAT
4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat
Kekitaan, perpaduan di antara kaum, dan sebagainya ke dalam diri setiap
warga kolej.
4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Keris Mas
ke peringkat yang lebih tinggi.
4.3 Membentuk mahasiswa/ i yang berketrampilan dalam semua aspek di
samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan
organisasi yang efektif.
4.4 Memberi pendidikan asas seni tari kepada mahasiswa serta meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan
masyarakat berbudaya
4.5 Berteraskan kepada jati diri mahasiswa yang merangkumi aspek kepimpinan,
kecemerlangan akademik, pengurusan organisasi yang professional,
penguasaan teknologi maklumat dan pemuliharaan budaya bangsa.
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Pencetus Kreativiti 4
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mengadakan interaksi yang luas serta mendalam mengenai kesenian dan
kebudayaan di antara peserta khususnya dalam bidang seni tari.
5.2 Mencungkil bakat-bakat baru yang berkebolehan dalam kalangan para pelajar
dan mengetengahkan mereka khususnya dalam seni tari dan teater.
5.3 Melahirkan pelajar yang berpengetahuan, bermotivasi, berkemahiran dan
berpengalaman.
5.4 Menerapkan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan dalam kalangan para pelajar
supaya dapat mewujudkan kesedaran akan betapa pentingnya seni dan budaya
timur kita iaitu Malaysia.
5.5 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni
budaya.
6.0 TEMA
“Semarak Seni Pencetus Kreativiti”
Sejajar dengan itu pemilihan tema ini juga dapat memberikan kekuatan dan pengalaman warga
Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan dalam merealisasikan visi Universiti iaitu
Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan. Tema ini juga turut menekan eleman-
elemen Gagasan 1 Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib
Tun Abdul Razak .Maka dengan pemilihan tema ini akan menghidupkan dan menyemarakkan
lagi perkembangan minda mahasiswa kepada negara bagi meningkatkan sosioekonomi
masyarakat serta negara agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia Kelas Pertama.
7.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 26 Mac 2014
Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang - 11.00malam
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Pencetus Kreativiti 5
8.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan ialah Pentas Utama Temasya Gemilang Kolej Keris
Mas (TG2KM), Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia.
9.0 PUBLISITI
Strategi Publisiti
10.1. Menghantar surat dan maklumat kepada media massa elektronik dan cetak
10.2. Mengedar poster-poster dan flyers
10.0 CADANGAN PERASMI
11.1. Perasmi Pembukaan I
Y.Bhg Prof Ir. Dato Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib canselor Hal Ehwal Pelajar UKM
11.2 Perasmi Pembukaan II En. Rafie Hj Mohammad
Ketua Pusat Kebudayaan UKM
11.3. Perasmi Penutup
Dr. Ruslin Bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta (anggaran)
120 orang peserta
Jumlah urusetia :
25 orang
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Pencetus Kreativiti 6
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
TARIAN KONTEMPORARI
Tarian bertemakan bebas. Pertandingan terbuka kepada semua kolej-kolej kediaman Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Pertanian Malaysia. Hanya satu kumpulan yang boleh dihantar bagi
setiap kolej kediaman. Tiada had bilangan bagi penari serta tiada bayaran yang akan dikenakan. Setiap penari
hendaklah menampilkan imej yang bersih dan mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata. Persembahan
setiap kumpulan diperuntukkan selama 7 minit dan tidak melebihi 9 minit.. Persembahan akan diadili oleh
pengadil professional dan keputusan pengadil adalah muktamad. Pihak penganjur berhak menyingkir mana-
mana individu yang melanggar syarat -syarat dan peraturan yang telah ditetapkan atau menimbulkan sebarang
kekacauan sehingga mengganggu perjalanan pertandingan.
KUGIRAN RENTAK JUARA
Kugiran rentak juara lebih dikenali sebagai ‘Battle of The Bands’. Kugiran rentak juara ni
merupakan pertandingan kugiran yang terbuka kepada orang ramai termasuk ;uar daripada
UKM. Pertandingan ini dianjurkan bagi mengasah bakat orang ramai dan secara tidak langsung
dapat memperkenalkan kumpulan kugiran masing-masing kepada orang ramai.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Pencetus Kreativiti 7
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Pejabat Pengurusan Kolej,
Aras 3, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Nur Faizah binti Sun’ani- 0173323584)
Tel : 03 89214010
Faks : 03 89214009
E-mel : [email protected]
17.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan sebaik mungkin dan
seterusnya mendapat sumbangan dan penajaan dari pihak tuan. Semoga program
Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang bakal dijalankan akan dapat memberi manfaat
kepada semua pihak terutamanya mahasiswa/i Kolej Keris Mas. Tanggungjawab dan
harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan dedikasi
agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya demi menjunjung aspirasi dan citra
universiti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang bagi segenap aspek.
Pihak kami juga mengharapkan kerjasama yang padu daripada semua pihak bagi
menjayakan projek ini. Sokongan moral dan material sesungguhnya sesuatu yang penting
bagi memastikan setiap program yang akan dilaksanakan itu berjaya dan mencapai
objektif yang diharapkan. Pihak kami juga mengharapkan komitmen yang berterusan
akan dapat memberi nafas baru didalam perkembangan senitari khususnya di Pusat
pengajian Tinggi dan bidang kesenian amnya.
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Pencetus Kreativiti 8
Disediakan oleh,
faizah
NUR FAIZAH BINTI SUN’ANI
Ketua Projek
Karnival Kesenian dan Kebudayaan
Sesi 2013/2014
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disokong oleh,
MOHD ZULFIQAR BIN MOHD NOR
Ketua Pengarah
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disemak oleh
NUR FATIN ADILIN BT MOHAMED
ASHRI
Felo Penasihat
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh
DR. RUSLIN BIN AMIR
Pengetua
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel : 03-8921 4009 (pejabat) ;
019 26886865 (tel. bimbit)
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Tari Pencetus Kreativiti 9
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
SESI 2013/2014
Penaung Kehormat
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi
Penaung
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Prof. Ir Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Hj Musa Zainal Abidin B Othman
Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar, UKM
Penasihat Utama
Dr. Ruslin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
Penasihat
En Ishak Abdul Rahman
Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
En. Mat Yusof bin Achin
Pengurus Kolej Keris Mas, UKM
En. Mahadi bin Long
Penolong Pengurus Kolej Keris Mas, UKM
Felo
Nur Fatin Adilin binti Mohamed Ashri
Felo Penasihat Temasya Gemilang Kolej Keris Mas, UKM
Mohd Airee Afiq
Felo Penasihat Temasya Gemilang Kolej Keris Mas, UKM
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Tari Pencetus Kreativiti 10
Ex-Officio
Mohd Farid Ibrahim
Ketua Eksekutif
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas sesi 2013/2014
Ketua Pengarah
Mohd Zulfiqar bin Mohd Nor
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/3
012-6296843
Timbalan Ketua Pengarah 1
Ainur Syakirah binti Muhd Hissam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2
Timbalan Ketua Pengarah 2
Muhammad Aliff bin Azmi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2
Timbalan Ketua Pengarah 3
Iza Rozwan Iskandar bin Zakaria
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/2
Ketua Projek
Nur Faizah binti Sun’ani A140130
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/2
017-3323584
Timbalan Ketua Projek
Liya Saffura binti Roeslan A145618
Fakulti Sains dan Teknologi/1
017-9182545
Setiausaha
Anis binti Yusof A145032
Fakulti Sains dan Teknologi/1
017-4165160
Bendahari
Megat Ahmad Asyraf bin Ahmad S’adan A139947
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/2
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Tari Pencetus Kreativiti 11
Eksekutif Program : Fatin Amirah binti Abdul Hadi A143836
Fakulti Pendidikan/1
Siti Nor Ain binti Zanowi A140322
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2
Eksekutif Perolehan & Penajaan : Nurul Hafizah binti Sabtu A143865
Fakulti Pendidikan/1
Nur Amira binti Rusli A139870
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/2
Eksekutif Tugas-tugas Khas : Asneta Majus A142129
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
Mohd Azman bin Samer A141428 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/2
Eksekutif Sijil & Cenderamata : Mellissa Marlinny ank Usop A141323
Fakulti Pendidikan ( Tesl ) /2
Eksekutif Penginapan : Syuhada Amirah binti Rozman A146257
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1
Nor Hamizah binti Mohd Hamdan A143409
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
Ahli Jawatankuasa : Jocephine Anak Jonip A145865
Fakulti Sains dan Teknologi/1
Amellyinn Sindot Selumin A143789
Fakulti Sains dan Teknologi/1
Mismah Semion A141919
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2
Mohd Hasif bin Mohd Latfi A142197
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2
Ahmad Zamri bin Mohamed Nasir A142403
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Tari Pencetus Kreativiti 12
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
2.00 petang : Pendaftaran peserta Battle of The Band
3.00 petang : Kehadiran tetamu dan VIP
3.30 petang : Pertandingan Battle of the Band
5.00 petang : Persembahan selingan daripada artis jemputan
6.00 petang : Keputusan pertandingan & Penyampaian Hadiah
6.30 petang : Bersurai
7.30 malam : Pendaftaran peserta Tarian Kontemporari
8.00 malam : Kehadiran tetamu dan VIP
9.00 malam : Pertandingan tarian kontemporari bermula
10.30 malam : Persembahan selingan daripada Kelab Pawana Mas KKM
11.00 malam : Keputusan pertandingan & Penyampaian Hadiah
11.30 malam : Bersurai
RABU, 26 MAC 2014
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
TEMASYA GEMILANG
KOLEJ KERIS MAS 26 MAC 2014
Semarak Seni Tari Pencetus Kreativiti 13
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA JUMLAH ( RM )
1.
2.
Kolej Keris Mas
Sumbangan Luar
1000
3000
JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4000
Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH ( RM )
1.
2.
Rencam Hadiah
Trofi
Hamper
200.00
3000.00 800.00
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 4000.00