kertas kerja jom hidup sihat

2
Kertas Kerja Jom Hidup Sihat 1.0 PENGENALAN Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi- agensi terbabit kepada golongan yang disasarkaniaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubahamalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakathidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah. 1.2 TUJUAN PROGRAM Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah. 1.3 RASIONAL PROGRAM

Upload: lida-haslida

Post on 25-Jul-2015

2.027 views

Category:

Documents


63 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Jom Hidup Sihat

Kertas Kerja Jom Hidup Sihat1.0    PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini

mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-

agensi terbabit kepada golongan yang disasarkaniaitu pelajar dan warga

sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya

hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya

kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah

diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar

sekolah dan seterusnya dapat mengubahamalan dan cara hidup ke arah

yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

  

1.1    KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh  menjamin insan dan

masyarakathidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada

kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang  konsisten,

mengelakkan stress dan  konflik  serta  menjauhi penyalahgunaan dadah.

  

1.2    TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan  dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program

Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi

Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping

itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai

aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar.

Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar

ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda

harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan  kesihatan

dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga

amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat

dimanfaatkan bermula dari rumah.

1.3    RASIONAL PROGRAM

Page 2: Kertas Kerja Jom Hidup Sihat

Program Jom Hidup Sihat  ini merupakan satu program kesihatan untuk

semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa

tanggungjawab para pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar

mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah,

kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat

memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.4    MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang

memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu

menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata  bercahaya lahir dari minda

yang cerdas,

1.5    OBJEKTIF PROGRAM

•  Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi

meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan

kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

•  Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan

dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental

dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman

gejala sosial seperti  merokok dan peyalahgunaan dadah.

•  Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan

masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

•  Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan

dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.

•   Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar

walau di mana mereka  berada.

•  Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan  sihat dan ceria ketika

di sekolah,

•  Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari

anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaandadah dan tabiat merokok.