kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. pengenalan · pdf fileberupaya untuk mengubah tahap...

31
1 Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN Bumi merupakan satu-satunya planet dalam sistem solar yang terdiri daripada hampir keseluruhan dengan air di permukaannya iaitu kira-kira 70 peratus. Di sebabkan berlaku kombinasi suhu dan tekanan di permukaan bumi, membolehkan air wujud dalam keadaan yang sangat unik iaitu dalam keadaan cecair, pepejal dan wap air. Hal ini berbeza dengan bukti kajian yang telah di lakukan di Planet Mars di mana keadaannya sangat sejuk dan kering menyebabkan air hanya boleh wujud dalam bentuk ais dan wap air sahaja (Elizabeth Kay Berner and Robert A.Berner, 1987). Sifat air juga sangat istimewa kerana mampu menyerap dan membebaskan haba. Malah kebanyakan proses yang berlaku di bumi memerlukan air sebagai agen penggerak. Air memainkan peranan yang amat penting untuk manusia di muka bumi ini kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyeimbang suhu, malah menjadi sumber makanan dan air bersih untuk kesihatan manusia. Dan daripada bukti-bukti sejarah juga menunjukkan air amat penting dalam pembentukkan tamadun awal manusia. Hal ini kerana kebanyakkan tamadun awal manusia bermula berhampiran dengan sungai. Menunjukkan bahawa air menjadi factor untuk mewujudksn sesusuatu tamadun. Antara tamadun yang di temui bermula di sepanjang sungai ialah Tamadun Sumeria di sepanjang Sungai Tigris, Tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil, Tamadun Indus di sepanjang Sungai Indus dan Tamadun Hwang Ho di sepanjang Sungai Hwang Ho (Biswas, 1970 dalam Nordin Sakke et.al 2008). Tidak dapat dinafikan bahawa air amat penting dalam kehidupan manusia kerana semua manusia di dunia memerlukan air untuk terus hidup. Hal ini kerana manusia memerlukan air sebanyak tiga liter sehari untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Jika air yang dibekalkan kepada badan tidak mencukupi, pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul. Bahkan manusia akan mati jika tidak mendapat bekalan air yang secukupnya. Hal ini dibuktikan lagi dengan kajian oleh para saintis mengatakan bahawa badan manusia terdiri daripada 70 peratus air. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa air adalah elemen terpenting bagi pembentukan tubuh manusia. Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Upload: lykhanh

Post on 21-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

1

Kertas kerja ini adalah karya pelajar.

1. PENGENALAN

Bumi merupakan satu-satunya planet dalam sistem solar yang terdiri daripada

hampir keseluruhan dengan air di permukaannya iaitu kira-kira 70 peratus. Di sebabkan

berlaku kombinasi suhu dan tekanan di permukaan bumi, membolehkan air wujud dalam

keadaan yang sangat unik iaitu dalam keadaan cecair, pepejal dan wap air. Hal ini

berbeza dengan bukti kajian yang telah di lakukan di Planet Mars di mana keadaannya

sangat sejuk dan kering menyebabkan air hanya boleh wujud dalam bentuk ais dan wap

air sahaja (Elizabeth Kay Berner and Robert A.Berner, 1987). Sifat air juga sangat

istimewa kerana mampu menyerap dan membebaskan haba. Malah kebanyakan proses

yang berlaku di bumi memerlukan air sebagai agen penggerak. Air memainkan peranan

yang amat penting untuk manusia di muka bumi ini kerana ia bukan sahaja berfungsi

sebagai penyeimbang suhu, malah menjadi sumber makanan dan air bersih untuk

kesihatan manusia.

Dan daripada bukti-bukti sejarah juga menunjukkan air amat penting dalam

pembentukkan tamadun awal manusia. Hal ini kerana kebanyakkan tamadun awal

manusia bermula berhampiran dengan sungai. Menunjukkan bahawa air menjadi factor

untuk mewujudksn sesusuatu tamadun. Antara tamadun yang di temui bermula di

sepanjang sungai ialah Tamadun Sumeria di sepanjang Sungai Tigris, Tamadun Mesir

di sepanjang Sungai Nil, Tamadun Indus di sepanjang Sungai Indus dan Tamadun

Hwang Ho di sepanjang Sungai Hwang Ho (Biswas, 1970 dalam Nordin Sakke et.al

2008).

Tidak dapat dinafikan bahawa air amat penting dalam kehidupan manusia

kerana semua manusia di dunia memerlukan air untuk terus hidup. Hal ini kerana

manusia memerlukan air sebanyak tiga liter sehari untuk mengekalkan kesihatan tubuh

badan. Jika air yang dibekalkan kepada badan tidak mencukupi, pelbagai masalah

kesihatan yang akan timbul. Bahkan manusia akan mati jika tidak mendapat bekalan air

yang secukupnya. Hal ini dibuktikan lagi dengan kajian oleh para saintis mengatakan

bahawa badan manusia terdiri daripada 70 peratus air. Oleh itu, dapat dirumuskan

bahawa air adalah elemen terpenting bagi pembentukan tubuh manusia.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 2: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

2

Manusia menggunakan air untuk tujuan domestik, pengangkutan, perindustrian,

reakreasi, perniagaan dan pertanian. Kandungan air dunia kira-kira 265 678.6 X 10¹² kg

(Clapham, 73). Jumlah air dunia Air di bumi terdiri daripada 97 peratus air masin, dan

selebihnya adalah air tawar yang terdiri daripada litupan ais di kutub dan glasier, air

bawah tanah, air tawar di tasik, , lembapan tanih, wap air di atmosfera dan sungai.

Sumber-sumber air di permukaan bumi seperti air bawah tanah, sungai dan tasik

adalah sumber air yang penting untuk kehidupan seharian manusia.,

Jadual 1.2.Taburan Air Dunia

Bil Taburan air Peratus (%) 1 Lautan 97.2

2 Litupan Ais di kutub dan Glasier 2.14

3 Air bawah tanah 0.6

4 Air Tawar di Tasik 0.01

5 Air Masin di Tasik 0.01

6 Lembapan Tanih 0.005

7 Wap Air di Atmosfera 0.001

8 Sungai 0.009

Graf 1.1.Taburan Air Bumi

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 3: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

3

(Sumber : http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html)

2. LEMBANGAN SALIRAN

2.A. DEFINISI DAN KONSEP

Lembangan saliran boleh definisikan sebagai point atau titik yang terendah di

kenali sebagai outlet yang mana semua air hujan yang turun ke dalam kawasan tersebut

akan mengalir ke outlet tersebut. Samaada aliran air hujan tersebut bergerak sebagai air

larian permukaan atau menyusup ke dalam tanah. Namun begitu, melalui pembacaan

tentang kajian mengenai air atau bidang hidrologi telah wujud banyak istilah untuk

menerangkan maksud Lembangan Saliran. Antaranya ialah river basin, drainange basin,

watershed dan catchment. Perbezaan istilah yang di gunakan merujuk kepada disiplin

yang berbeza bagi setiap pengkaji. Biasanya istilah river basin, drainange basin dan

watershed lebih menjurus ke arah pengurusan sumber air manakala istilah catchment,

lebih kepada sistem kawalan sungai (Gregory and Walling, 1973 : 37).

1. River Basin

meliputi keseluruhan kawasan yang menyediakn air larian permukaan (runoff)

dan menampung sebahagian atau keseluruhan aliran sungai, sungai utama atau

cawangan-cawangannya. (Jamaluddin Md.Jahi, 2000)

2. watershed atau Drainange Basin

Di bentuk atau di cirikan berdasarkan outletnya yang merupakan kawasan

terendah dalam lembangan. Sempadan biasanya di wakili oleh titik atau garisan

yang bersambungan pada kedudukan tertinggi atau lebih di kenali sebagai legeh.

Dengan andaian semua hujan yang turun akan mengalir dalam lingkungan garis

sempadan yang hasilnya samaada membentuk air larian,menyusup ke dalam

tanah dan keluar ke titik terendah (outlet) atau hilang di sebabkan sejatpeluhan.

(krenky & Novotny, 1980)

100

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 4: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

4

3. Catchment

Merujuk kepada mana-mana titik dalam sesuatu landskap di mana mana

kawasan tersebut menyediakn air ke point melalui aliran literal di atas

permukaan dan bawah permukaan . Ia di sempadani oleh garis atau titik tertinggi

yang di tentukan berdasarkan topografi permukaan yang mana air akan mengalir

(Mulligan, M. 2004)

(Sumber : http://geoscape.nrcan.gc.ca/h2o/bowen/images/watershed_e.jpg)

Rajah 2.1(a).Lembangan Saliran

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 5: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

5

(Sumber:http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/wha

t_is_watershed_action.gif)

Penjelasan tentang lembangan yang menggunakan titik atau point tertinggi

/watershed sebagai pengagih aliran ke outlet dikenali sebagai pendefinisian secara

topografi. Pendefinisian secara topografi dalam menentukan sempadan pemisah tidak

selalunya tepat bagi menggambarkan proses-proses sebenar. Hal ini kerana pergerakan

dan pengagihan air dalam dalam tanah khususnya di antara batuan dasar tidak

selalunya mengikut garis sempadan topografi (Muligan, 2004 :18, Gregory and Walling,

1973 :41, VICAIRE-a, 2006). Oleh hal demikian, VICAIRE telah mengelaskan

lembangan saliran kepada dua, iaitu Lembangan Topografi dan Lembangan Realiti.

Rajah 2.1(b).Lembangan Saliran

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 6: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

6

(Sumber : http://echo.epfl.ch/VICAIRE/mod_1a/chapt_2/main.htm)

Sempadan Lembangan topografi merujuk kepada kawasan yang dibahagikan

berdasarkan jaringan point tertinggi sesuatu kawasan (Krenkel and Novotny, 1980).

Berdasarkan sempadan lembangan topografi, sesuatu lembangan dipisahkan oleh

puncak bukit tertinggi. Dengan mengandaikan semua air hujan yang turun akan terus

sampai ke outlet kecuali yang tersejat ke udara. Keadaan ini tidak mengambil kira

tentang susupan yang berlaku atau proses yang berlaku semasa proses susupan.

Manakala Sempadan Realiti pula, penentuan sempadan bergantung kepada dari

lokasi mana air yang mengalir ke outlet diterima. Untuk menjelaskan keadaan tersebut,

tedapat tiga proses yang akan digunapakai. Pertama ialah apabila semua air hujan yang

turun dan jatuh ke permukaan bumi mengalami proses susupan. Penentuan bagi

keadaan ini adalah bergantung kepada ciri-ciri ketelapan sesuatu tanih, sudut tegak

batuan dan paras air di kawasan tersebut. Air yang menyusup akan dihalang memasuki

outlet kawasan yang sepatutnya (a) oleh lapisan atas batuan tidak telap air. Air akan

bergerak mengikut kecondongan batuan dan akan memasuki outlet lain (b) proses yang

berlaku menjadikan sempadan pemisah antara outlet ialah batuan tidak telap air.

Penjelasan kedua pula melihat kepada proses air larian permukaan kerana proses

Rajah 2.2.rajah Lembangan Topografi dan Lembangan Realiti

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 7: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

7

susupan tidak berlaku kerana semua kawasan permukaan telah tepu. Dalam keadaan

ini, sempadan lembangan merujuk kepada sempadan topografi. Manakala keadaan

ketiga merujuk kepada proses susupan dan air laian permukaan berlaku serentak

semasa hujan lebat. Bagi air yang mengalir terus ke outletnya akan menggunakan

sempadan topografi dan bagi susupan yang berlaku kerana sudut kecondongan batuan

akan dijelaskan berdasarkan bahan tidak telap air (Nordin Sakke et.al. 2008)

2.B. FUNGSI LEMBANGAN SALIRAN

Lembangan Saliran memainkan peranan yang amat penting untuk

keseimbangan alam sekitar. Ia boleh di katogerikan kepada tiga iaitu fungsi hidrologi,

fungsi ekologi dan fungsi tindak balas / respon . Secara hidrologi terdapat tiga

karakteristik yang perlu difahami:

a) pengumpulan /tadahan (collection) air daripada jatuhan

hujan, pencairan ais dan simpanan yang akhirnya menjadi air larian

b) simpanan (storage) air dalam pelbagai jumlah dan dalam tempoh masa yang

berbeza

c) luahan (discharge) air sebagai air larian

Manakala lembangan sebagai sebuah sistem ekologi pula berfungsi dalam dua

cara iaitu :

d) menyediakan kawasan (pathways) persekitaran yang pelbagai seterusnya

membolehkan proses dan tindak balas kimia berlaku.

e) menyediakan habitat untuk flora dan fauna yang menjadi elemen biologi kepada

sesebuah ekosistem.

Hasil gabungan daripada kelima-lima fungsi (a – e) di atas telah menghasilkan

dua bentuk respon semulajadi yang sangat penting kepada persekitaran akuatik. Dua

bentuk respon tersebut adalah:

f) dalam konteks hidrologi, ia memperlahankan/mengurangkan (attenuates) tenaga

semulajadi daripada kerpasan (hujan dalam konteks Malaysia) yang turun,

g) pergerakan air yang keluar dari pelbagai kawasan simpanan akan membasuh

/memenuhi (flushes) badan air. Proses ini merupakan sifat universal sistem

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 8: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

8

akuatik yang membolehkannya menggerakan bahan – bahan kimia serta boleh

mempengaruhi kepekatan, muatan atau ketelarutan bahan di dalam badan air.

2.B.(a) Fungsi pengumpulan / tadahan

Secara umumnya,lembangan saliran merupakan kawasan tadahan air hujan

yang pertama sebelum air tersebut menjadi air larian permukaan. Terdapat dua isu yang

biasanya berlaku secara logik. Isu pertama adalah melibatkan kerpasan yang berlaku

mampu disimpan oleh keseluruhan lembangan. Isu kedua pula melibatkan kerpasan

yang mengakibatkan banjir di satu kawasan kecil di mana-mana bahagian lembangan

saliran iaitu di bahagian hulu,hilir atau tengah. Hal ini kerana faktor yang mepengaruhi

air larian permukaan adalah taburan hujan.

2.B.(b) Fungsi penyimpanan

Secara naturalnya,penyimpanan merupakan fungsi utama dalam lembangan

saliran. Penyimpanan berlaku setelah berlakunya proses pengumpulan dan sebelum

berlakunya luahan air. Sesetengah ciri-ciri peyimpanan yang kompleks telah memainkan

peranan yang penting untuk bertindak balas dan berinteraksi antara satu sama lain

denga fungsi-fungsi yang lain.

Beberapa perkara tentang aliran air bawah tanah terutamanya mengenai aliran

kedua bawah tanah yang dipanggil sebagai lembangan saliran kecil di dalam tanah.

Aliran bawah tanah ini mempunyai ciri yang bertentangan dengan graviti dan kelajuan

luahan air. Pertentangan penyimpanan ini termasuklah ciri-ciri penyimpanan,sekatan

aliran keluar air dan tempoh masa kepekatan serta perkara yang berlaku antara dua ciri

di atas secara serentak. Pertamanya adalah melihat kepada kekuatan pegangan air

bawah tanah sebagai penentu kestabilan penahan air dan pengekalan kawasan

penyimpanan yang berperanan sebagai tempat untuk mengekalkan sumber kepada

aliran sungai. Kedua pula adalah melihat kepada sekatan secara fizikal kepada laluan

keluar lembangan saliran seperti kolam,tasik atau tanah lembap serta kederasan air

sungai yang di akibatkan oleh faktor-faktor seperti puing atau batu tongkol yang

berkedudukan berselerak menyebabkan aliran sungai yang tidak menentu.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 9: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

9

Tempoh masa kepekatan adalah melibatkan tindak balas aliran keluar air

dengan suhu dimana ia akan berlaku secara berulang mengikut musim dan ia berlaku

dengan pantas mengikut bekuan air bawah tanah.

2.B.(c) Fungsi luahan

Fungsi adalah yang terakhir selepas fungsi pengumpulan dan penyimpanan air.

Tindak balas yang berlaku pada proses penyimpanan dan pengumpulan juga sedikit

sebnyak telah memberi tindak balas kepada proses luahan ini dan ia menjadi lebih

kompleks kepada hidrograf tahunan.

Hidrograf merupakan catatan untuk aliran sungai. Ia menunjukkan carta yang

boleh mengenalpasti aliran air pada lebihan masa yang menggambarkan tindak balas

antara siste penerimaan proses pemendapan dengan ciri-ciri biofizikal dalam sistem

hidrologi. Daripada proses pengupuln dan penyimpanan dalam lembangan dan saliran

tasik,kolam dan tanah lembap,kestabilan luahan air perlulah seimbang. Faktor yang

dapat mengekalkan keseimbagan tanah adalah permukaan dan subpermukaan,

kedudukan kawasan yang berhampiran kawasan pengumpulan atau luahan air dan

tindak balas antara kedua-dua faktor di atas.

2.B.(d) Fungsi sebagai medium tindak balas kimia

Air adalah medium utama dalam kebanyakan tindakbalas kimia yang berlaku.

Tindakbalas juga termasuk pergerakan bahan pencemar dan nutrient yang tidak

dikehendaki yang terdapat di dalam persekitaran akuatik. Molekul semulajadi air

berupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan,

hakisan serta proses – proses lain, melarutkan gas dan mineral serta menyebarkannya

dan seterusnya menyediakan tempat untuk penggabungan semula, menguatkan dan

menyokong hidupan.

2.B.(e) Fungsi sebagai habitat

Hampir semua benda hidup di muka bumi akan tertumpu di kawasan yang

mudah untuk mendapatkan bekalan air. Terdapat satu teori yang popular mengatakan

bahawa banyak organisma hidup di muka bumi didapati di dalam persekitaran yang

berair (Morgan 1972 dlm Peter 1996). Sejak dari dulu, perkembangan populasi manusia

kebanyakkannya berlaku di persekitaran pinggir pantai yang mana di kawasan ini

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 10: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

10

pelarut universal (air) membantu pergerakan nutrien dan menyedia pelbagai bentuk

habitat yang selamat untuk menyokong dan melengkapkan kehidupan manusia yang

sangat kompleks ini.

Gangguan manusia ke atas fungsi ekologi ini mempengaruhi ciri – ciri fizikal dan

biologi dan ianya sering menjadi punca kepada kerosakan ekosistem, serta flora dan

fauna yang tinggal di dalamnya. Contohnya hujan asid, penipisan ozon, pemanasan

global, penyahutanan, pencemaran bekalan air bersih, sedimentasi dan pengurangan

populasi spesies ikan dan hidupan liar lain adalah disebabkan oleh kelemahan dalam

pengurusan atau kesan langsung daripada proses kimia yang berlaku dalam sesebuah

lembangan.

2.B.(f) Maklumbalas memperlahankan tenaga (attenuation respons)

Gabungan ketiga - tiga fungsi hidrologi sesuatu lembangan iaitu pengumpulan,

simpanan dan luahan air membentuk maklumbalas fizikal yang merendahkan atau

mengecilkan puncak luahan yang ekstrem yang ditunjukkan dalam keluk hidrograf

banjir. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, menunjukkan bahawa aliran puncak

adalah rendah dan perlahan bagi sesebuah lembangan yang bersaiz besar.

2.B.(g) Maklumbalas basuhan berterusan (flushing respons)

Maklumbalas kimia antara kombinasi fungsi ekologi dengan fungsi hidrologi

menjadikan sesuatu lembangan mempunyai sifat basuhan secara berterusan.

Keupayaan air mengangkut dan menggerakkan bahan – bahan terlarut dan terampai

yang berlebihan yang terdapat di dalamnya dari satu kawasan simpanan ke kawasan

simpanan yang lain bergantung kepada jumlah dan halaju luahan, serta sifat bahan

yang akan diangkut tersebut. Fungsi ini boleh diperhatikan semasa membuat

pemantauan terhadap kepekatan sedimen, nutrien, bahan buangan atau gas terlarut

semasa berlakunya larian permukaan. Apabila bahan – bahan ini dibawa oleh air larian

dari satu tempat ke satu tempat ia akan mengubah tahap kepekatan bahan tersebut.

2.C. LEMBANGAN SEBAGAI SISTEM FIZIKAL

Bumi terbentuk dengan sokongan sistem fizikal melibatkan semua subsistem

yang saling berhubungkait antara satu sama lain. Ia terdiri daripada subsistem

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 11: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

11

atmosfera, hidrosfera, litosfera/pedosfera dan biosfera. Kesemua elemen sistem bumi

pe rlu berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar

bumi.

(Sumber : Ubahsuai dari Jamaluddin Md.Jahi)

Sistem Atmosfera. Merupakan satu lapisan nipis yang berada di sekeliling bumi.

Terdapat empat lapisan utama iaitu Troposfera, stratosfera, mesosfera dan Ionosfera.

Terdiri daripada gas-gas, wap air dan debu yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar

manusia tetapi terbukti wujud di sekeliling manusia. Antara gas utama yang wujud di

atmosfera ialah gas Nitrogen iaitu sebanyak 78 peratus, Oksigen 21 peratus, Karbon

dioksida 0.03 peratus dan selebihnya adalah Argon, Helium, Hidrogen, Kriptom,Xenon

dan Ozon. Atmosfera berkait rapat dengan keadaan bumi yang berbeza dari segi cuaca

dan iklim seluruh Negara.

Sistem Hidrosfera merujuk kepada kewujudan air walau dalam apa bentuk

sekalipun. Ia meliputi air dari permukaan bumi (tasik, sungai, kolam dan lautan), air

bawah tanah atau dalam batuan, ais dan glasier mahupun wap-wap air yang berada di

udara. Air memainkan peranan yang amat penting untuk manusai di muka bumi ini. Ia

bukan. Sistem Biosfera pula meliputi semua benda hidup di bumi samaada di

atrmosfera, litosfera/pedosfera, atau hidrosfera. Lapisan ini merupakan satu lapisan

interaksi atau pertembungan antara semua sistem fizikal. Sistem Litosfera/Pedosfera

adalah bahagian kerak bumi yang keras yang tebalnya berubah-ubah antara 0-100km

lapisan pejal bumi dan juga lapisan tanih yang menyediakan platform bagi kehidupan di

ATMOSFERA

BIOSFERA

HIDROLOGI LITOSFERA/PEDOSFERA

Rajah 2.3.Sistem Fizikal Bumi

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 12: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

12

bumi. Tumbuhan dan haiwan dapat hidup di permukaan litosfera/pedosfera kerana

memperoleh sumber makanan yang secukupnya.

(Sumber : http://www.clw.csiro.au/education/groundwater/hydrology_diag.jpg)

Dalam Lembangan saliran, kita boleh melihat kesemua interaksi akan berlaku

antara setiap subsistem. Proses interaksi yang paling jelas dalam lembangan saliran

adalah Kitaran Hidrologi. Hal ini boleh dilihat bermula dengan proses kerpasan,

pintasan, susupan, air larian permukaan dan sejatpeluhan. Ia menjelaskan kadar aliran

dan sejatpeluhan dari peringkat semasa air mengalir dan keluar dari simpanan,

kemampuan dan isipadu penyimpanan dalam sesuatu masa tertentu.

Rajah 2.4.Kitar Hidrologi

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 13: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

13

(Sumber : http://aphs.worldnomads.com/lani/2261/raining.jpg)

Proses pertama yang untuk menghuraikan kitar hidrologi ialah melalui proses

kerpasan. Kerpasan merujuk kepada sebarang longgokan atau pemendapan berair

samaada dalam bentuk embun, hujan, dan salji. Hujan akan berlaku apabila wap air

yang terkondensai menjadi manik-manik kecil dan membentuk awan. Di dalam awan,

manik-manik tersebut akan bercantum sehingga ia tepu dan tidak boleh menampung

beban wap air lagi lalu turunlah sebagai hujan.

Kemudian proses yang akan berlaku semasa berlaku kerpasan ialah pintasan.

Apabila air hujan turun, tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan lembangan berfungsi

sebagai intersepsi. Ia berupaya melambatkan proses jatuhan air ke permukaan bumi.

Seterusnya ciri-ciri tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai peringkat ketinggian pula

menghasilkan jtuhan hujan yang berbeza. Ia boleh menyebabkan air hujan yang turun

mengalami jatuhan langsung, intersepsi silara, sejatpeluhan, titisan kanopi, aliran

batang, dan intersepsi sarap.

Rajah 2.5.Proses Kerpasan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 14: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

14

(Sumber : Wan Ruslan. 1994. Pengantar Hidrologi)

Kemudian proses yang berlaku ialah dalam kitar hidrologi ialah

Susupan/perkolasi (infiltration). Ia di panggil susupan kerana pada peringkat ini air akan

memasuki permukaan tanah melalui rongga-rongga tanih yang kosong. Keliangan dan

ketelapan bair sangat penting dalam proses ini (Douglass, 1977). Sifat dan cirri-ciri tanih

yang berbeza menyebabkan kadar intersepsi yang berlaku bagi setiap jenis tanih adalah

berbeza. Kebolehupayaan tanah untuk menyusup air bergantung kepada Saiz liang,

kandungan lembapan tanih dan tumbuhan tutup bumi (Carson dan Kirkby, 1972). Tiga

proses yang paling penting ialah kemasukan air ke dalam tanih, simpanan air di dalam

jisim, dan penyerakan air melalui proses perkolasi. Proses perolasi ini digerakan

olehdaya kapilari dan graviti dan di pengaruhi oleh darjah ketelapan tanih.

Rajah 2.6.Proses Pintasan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 15: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

15

(Sumber:http://www.ocrwm.doe.gov/ym_repository/studies/sitechar/images/infiltration.jp

g)

Seterusnya adalah proses Air Larian permukaan (runoff). Pergerakan air sama

ada dalam bentuk bebenang halus ataupun sebagai aliran deras di permukaan cerun

dan masuk ke dalam sungai (Selby, 1993). Hal ini berlaku kerana tanih sudah tidak

mampu menjalankan proses susupan lagi akibat tanih tepu ataupun hujan lebat.

Rajah2.7.Proses susupan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 16: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

16

(Sumber:http://www.desktopscenes.com/Scenes%20from%20Glacier%20National%20P

ark%20(2004)/Runoff%20Waterfall%20Near%20Logan%20Pass.jpg)

Proses terakhir ialah Sejat peluhan. Cahaya matahari memainkan peranan yang

paling penting kerana melalui tenaga, ia akan memanaskan permukaan air yang

terdedah seperti tasik, sungai, kolam dan lautan. Pemanasan ini menyebabkan cecair

yang tersejat akan ditukarkan menjadi wap air. Air yang terperangkap pada permukaan

daun disebabkan oleh hujan atau transpirasi juga akan disejat oleh tenaga matahari.

Rajah2.8. Proses Air Larian Permukaan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 17: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

17

(Sumber:http://www.atmos.uiuc.edu/earths_atmosphere/images/water_cycle/hydrologic_

cycle2.jpg)

Melalui proses-proses yang berlaku, elemen-elemen sistem bumi mempunyai

kawalan yang tersendiri dan sentiasa berkerjasama sebagai rakan sepasukan untuk

mengekalkan keseimbangan setiap system secara berterusan. Interaksi yang berlaku di

kenali sebagai faktor penggalak, faktor pengehad dan agen penerima. Setiap system

akan berkomunikasi untuk menentukan jumlah bahan yang akn dipindahkan mengikut

kadar tetapan yang mampu di terima oleh sistem seterusnya (Nordin Sakke et.al, 2008)

contohnya sekiranya wap air di udara berkurangan, signal akan dihantar kepada faktor

penggalak seperti matahari dan angin bagi membolehkan cecair ditukarkan kepada wap

air. Sekiranya sesuatu lembangan tidak mampu menerima kemasukan air, wap air tadi

akan membentuk awan dan awan akan menghalang faktor penggalak matahari. Sejatan

kurang menyebabkan proses pembentukan hujan akan dapat diperlahankan.

Rajah 2.9. Proses Sejatan/Sejatpeluhan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 18: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

18

2.D. LEMBANGAN SALIRAN SEBAGAI SISTEM KEGUNAAN MANUSIA

Selain menjadi sistem fizikal, Lembangan Saliran juga berperanan sebagai

sistem kegunaan manusia (Jamaluddin Md Jahi, 2000). Keperluan dan kehendak

manusia yang semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap sumber daripada

lembangan saliran turut meningkat. Sistem kegunaan manusia meliputi semua aktiviti

sosial dan ekonomi sama ada sebagai memenuhi keperluan atau untuk mendapatkan

keuntungan. Terdapat empat proses penting di dalam sistem kegunaan manusia iaitu

persepsi, membuat keputusan, merancang dan tindakan (Jamaluddin Md Jahi, 2000).

Persepsi seseorang individu bergantung kepada tahap pengetahuannya terhadap alam

sekitar dan pada kebiasaannya, sesuatu keputusan dibuat berdasarkan persepsi

tersebut. Jika seseorang individu mendapati berlaku kepincangan tindakan yang

sewajarnya diambil bagi menangani kepincangan tersebut akan dirancang.

Antara kepentingan yang di perlukan oleh manusia ialah :

(sumber : ubahsuai dari Jamaluddin Md.Jahi)

Reakreasi/ pelancongan

Agrikultur

Kesihatan

Perhutanan

Pengangkutan

Perindustrian

Perikanan

Pertempatan Perlombongan

Perdagangan Pendidikan

Hidupan liar

KEPENTINGAN LEMBANGAN

SALIRAN

Sumber tenaga

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 19: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

19

2.E. SALING INTERAKSI ANTARA KOMPONEN LEMBANGAN SALIRAN

Lembangan Saliran boleh diklasifikasikan sebagai sistem terbuka kerana sifatnya

yang akan menerima input tenaga dan bahan-bahan dari atmosfera. Keadaan ini

mewujudkan hubungani antara angkubah-angkubah untuk mengekalkan keseimbangan

ekosistem. Hubungan tersebut juga mewujudkan maklumbalas iaitu merujuk kepada

output sesuatu sistem menyebabkan perubahan positif ataupun negatif. Terhadap

komponen yang diukuar (Pidwirny, 2006). Proses Interaksi Komponen lembangan

saliran juga merujuk kepada hasil tindakan manusia ke atas lembangan saliran atau

sistem fizikal bumi dan kesan yang berlaku hasil tindak-balas tersebut. Interaksi di

antara manusia dan sistem fizikal juga boleh menghasilkan respon positif ataupun

negatiif yang bersifat timbal balas. Lazimnya aktiviti manusia ke atas sistem akan

mengubah keharmonian sejagat. Bahkan gangguan-gangguan manusia akan

menyebabkan proses penggalak meningkat dan menghasilkan tindakbalas positif secara

berterusan. Keadaan ini akan mengakibatkan perubahan sistem hidrologi dalam

lembangan saliran. Biasanya hasil interaksi antara manusia dengan lembangan saliran

akan membawa kepada tiga perkara Iaitu perubahan (changes), kesan (effects) dan

akibat (consequences or impacts).

Terdapat tiga kumpulan perubahan yang akan berlaku ke atas sistem lembangan

saliran. Pertama merujuk kepada perubahan litupan tumbuhan (land cover) di mana

berlaku proses membersihkan kawasan hutan sehingga mendedahkan permukaan

Manusia Alam Sekitar

Rajah 2(e).Interaksi Manusia Dan Alam Sekitar

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 20: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

20

tanah di sebabkan aktiviti penebangan hutan, pertanian, perbandaran dan

perlombongan. Kumpulan perubahan kedua pula berhubung-kait dengan penggunaan

dan pengeksploitasian air. Kegunaan air pula amat di perlukan untuk tujuan kegunaan

domestik, pertanian, perindustrian, pembinaan kawasan tadahan, dan perbandaran. Dan

yang terakhir ialah kumpulan perubahan kumpulan ketiga iaitu merujuk kepada kerja-

kerja pengubahsuaian jaringan alur. Ia meliputi aktiviti memperdalam alur dan kerja-

kerja di kawasan dataran banjir untuk mengelakan di tenggelami air (Arnel, 2002 : 170 -

171).

Untuk menghuraikan kesan dan akibat yang terjadi hasil interaksi antara

komponen ialah dengan melihat kepada aktiviti yang telah dilakukan oleh manusia.

Misalnya aktiviti perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perindustrian dan

kawasan reakreasi Bandar telah memberi impak yang amat buruk terhadap lembangan

saliran kerana berlaku perubahan guna tanah secara besar-besaran terhadap kawasan

litupan. Manusia mengubah telah mengubah kawasan telap air menjadi kawasan yang

tidak telap air melalui pembinaan jalan raya, membina bangunan, kompleks beli-belah,

dan kawasan letak kereta. Hal ini menyebabkan proses susupan tidak dapat di jalankan

terutama semasa hujan. Kesemua air hujan yang turun akan mengalir sebagai air larian

permukaan kerana kawasan permukaan di litupi dengan tar, simen dan aspalt. Air larian

juga akan membawa semua sedimen seperti sampah-sarap, kelodak, pasir dan hakisan

terus ke dalam alur sungai menyebabkan alur sungai tersumbat dan menjadi cetek.

Akhirnya lama-kelamaan alur sungai yang berfungsi sebagai kawasan discas air tidak

lagi mampu untuk menampung kuantiti air yang banyak. Keadaan ini menyebabkan

kawasan Bandar mengalami masalah banjir. Biasanya banjir yang sering di alami di

kawasan Bandar adalah banjir kilat dan ia berlaku setiap kali hujan lebat. Daripada

rekod yang di peroleh, kawasan Bandar Lembah Klang merupakan salah satu lokasi

banjir kilat yang paling teruk. Contohnya pada Jun 2007, telah berlaku banjir kilat yang

teruk di sekitar Ibu Kota kerana hujan lebat yang luar biasa turun selama 2 jam. Hal ini

menyebabkan Sungai Klang melimpah dan membanjiri kira-kira 13 buah kawasn seperti

Jalan Dang Wangi, Jalan Melayu, Jalan Pantai Baru, Jalan Tun Sambatahna dan Jalan

Melaka. Begitu juga negeri Johor yang mengalami banjir teruk pada penghujung tahun

2007 di sebabkan faktor perbandaran. Selain banjir kesan terhadap ekosistem

lembanagn saliran juga menyebabkan kemusnahan habitat, hakisan dan pelebaran alur,

serta perubahan dasar sungai.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 21: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

21

Ekoran daripada aktiviti perbandaran, muncul pelbagai kesan negatif yang

terpaksa ditanggung oleh manusia sendiri. Semasa berlakunya banjir, air larian

permukaan membawa sampah sarap dan bahan-bahan yang tercemar masuk ke dalam

alur sungai. Hal ini menyebabkan sungai terpaksa menerima segala bahan pencemar

dan mengubah kualiti dan kuantiti air. Selain itu, sungai juga akan tercemar kerana

buangan sisa dari kawasan perindustrian dan juga sisa domestik isi rumah. Air sungai

yang telah tercemar akan menimbulkan pelbagai gejala penyakit dan akan menyerang

manusia. Oleh itu, manusia bukan sahaja menderita kerana masalah kekurangan

bekalan air bersih bahkan terpaksa berhadapan dengan wabak penyakit.

Misalnya pada tahun 1997, hanya 20.7 peratus daripada seluruh sungai di

Malaysia dianggap bersih dan selamat untuk digunakan kerana majoritinya berada

dalam tahap Sungai Kelas III. Oleh Masyarakat pada hari ini tidak mempunyai pilhan

kecuali tetap menggunakan air yang dibekalkan walaupun ia tidak memenuhi piawaian

kualiti yang sepatutnya. Di samping itu juga, masalah kemerosotan simpanan air bawah

tanah turut dihadapi kerana proses susupan tidak berlaku. Hal ini menyebabkan paras

air sungai rendah dan mengakibatkan masalah kekurangan air. Sekitar tahun 1997 juga

Selangor gempar dengan masalah kekurangan air kerana empangan Durian Tunggal

kering dan catuan air terpaksa dilaksanakan. Selangor juga terpaksa mendapatkan

sumber air dari Pahang untuk menampung keperluan masyarakatnya. Dan bekalan air

pada masa tersebut langsung tidak terjamin kualitinya.

3. PENGURUSAN LEMBANGAN

3.A DEFINISI PENGURUSAN

i. pengurusan merujuk kepada melaksanakan sesuatu melalui manusia.

ii. pengurusan adalah satu proses sosial yang dibentuk, disusun untuk mewujudkan

kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk

mencapai sesuatu objektif atau matlamat.

iii. pengurusan melibatkan proses kemanusiaan.

Peter E. Black mentakrifkan pengurusan lembangan sebagai rancangan

memanipulasi satu atau lebih faktor gangguan sama ada secara semulajadi atau

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 22: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

22

tindakan manusia ke atas sesuatu lembangan untuk mengubah atau mengekalkan

keadaan sumber air seperti yang diingini. Pengurusan lembangan saliran bermula

dengan memahami konsep asas dan kesepakatan semua bahagian yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak dalam membangun dan memelihara fungsi dan nilai

yang terdapat pada lembangan tersebut.

Terdapat tiga prinsip umum dalam pengurusan lembangan saliran yang telah

dikenalpasti (Black, 1970) iaitu ekologi semulajadi lembangan saliran sebagai satu

sistem seimbang yang dinamik, faktor – faktor yang mempengaruhi air larian dan ketiga

adalah taburan air di dalam ruang hidrosfera yang berkaitan dengan amalan pengurusan

lembangan. Oleh itu, pengurusan sungai merangkumi pelan pengurusan dan

pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan,

pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai.

3.B OBJEKTIF PENGURUSAN LEMBANGAN

Pengurusan lembangan mempunyai satu objektif utama yang ingin dicapai iaitu

mengembalikan keadaan persekitaran lembangan dan komponen-komponennya yang

telah terganggu kepada keadaan asal, atau paling tidak dapat mengurangkan kesan

negatif ke tahap yang paling minimum. Sebagai contoh di Malaysia, sungai sungai yang

telah tercemar pada kelas iii dapat dikembalikan sekurang-kurangnya kepada kelas ii

menjelang 2010.

Bagi mencapai objektif ini terdapat tiga aktiviti utama yang menjadi garis

panduan iaitu aktiviti pemulihan dan pemeliharaan, perlindungan dan peningkatan

kualiti. Pertama, pemulihan (rehabilitation) terhadap tanah terbiar ataupun perubahan

secara semulajadi terhadap tanah yang mempunyai sedimen berlebihan, yang tidak di

perlukan semasa proses air larian berlaku. Pemulihan terbatas kepada kawasan yang

kecil sahaja dan biasanya ia tertumpu kepada bahagian penyimpanan. Hal ini kerana

pemulihan di bahagian penyimpanan lebih baik kerana fungsi utama adalah di bahagian

tersebut.

Aktiviti perlindungan (protection) biasanya dilakukan di bahagian-bahagian

sensitif dalam lembangan saliran. Bahagian ini dilindungi daripada sebarang aktiviti

pemulihan kerana akan menyebabkan perubahan negatif yang mendadak. Konsep

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 23: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

23

perlindungan sebenarnya bersamaan dengan pemeliharaan (preservation) yang

menghalang terus sebarang aktiviti daripada dilakukan di kawasan tersebut. Ataupun

dengan kata lain, perlindungan juga dimaksudkan sebagai tiada pengeksploitasian

(exploitation) di mana kawasan tersebut dihalang dan tidak dibenarkan untuk sebarang

pembangunan pada masa hadapan. Apabila digabungkan kedua-dua aktiviti ini untuk

masa kini dan akan datang, ia amat bermanfaat untuk mengekalkan persekitaran

terutama kepada generasi akan datang dan keadaan ini dipanggil pembangunan mapan

(sustainable development).

Aktiviti ketiga pula ialah peningkatan kualiti (enhancement). Peningkatan

kualiti lebih tertumpu kepada badan air mengikut karakter-karakternya. Keadaan ini

boleh menyempurnakan satu atau lebih sifat lembangan saliran yang dipengaruhi oleh

fungsi hidrologi ataupun kualiti air tersebut. Daripada tindakan tersebut membolehkan

setiap tamadun memainkan peranan penting untuk membuat kepelbagaian dalam fungsi

khusus dan skema pengurusan lembangan saliran atau membuat pembaharuan dalam

susunan pada peringkat-peringkat baru, menentukan hasrat atau karakter dalam

sesebuah lembangan saliran.

Ketiga-tiga aktiviti ini harus dilaksana dalam mengklasifikasikan pengurusan. Ia

bersesuaian untuk dilakukan tanpa had. Namun, secara realitinya ia sangat sukar untuk

diklasifikasikan kerana untuk mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, badan-badan yang

bertanggungjawab perlu menemui setiap agensi yang berada di tempat dan masa yang

berlainan semata-mata untuk menerangkan setiap objektif tersebut. Pengurusan

lembangan saliran yang merangkumi pemulihan (rehabilitation), perlindungan

(protection) dan peningkatan kualiti (enhancement) secara keseluruhannya merupakan

pengurusan yang terbaik (best management practices) BMPs.

3.C AKTIVITI BAGI MEMENUHI OBJEKTIF

3.C.i Aktiviti Pemulihan (Rehabilitation activity)

Pemulihan dilakukan apabila sesuatu kawasan tersebut telah disalahguna dan

diceroboh. Aktiviti penggondolan hutan terutama di bahagian cerun ynag bertujuan

untuk mendapatkan hasil balak sedikit sebanyak telah mengganggu kawasan sensitif

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 24: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

24

tersebut. Namun kebanyakan aktiviti penebangan hutan secara haram tersebut dapat

dihidu oleh badan – badan bertanggungjawab. Oleh kerana kegiatan tersebut semakin

berleluasa ia telah meningkatkan kadar hakisan, pengangkutan sedimen dan banjir di

bahagian hilir.

Contohnya aktiviti penggondolan hutan terbesar di Lembangan Copper (Copper

Basin) yang memiliki keluasan kira – kira 60 ribu ekar persegi. Ia terletak di daerah

Ducktown di wilayah Tennessee. Akibat daripada penggondolan hutan tersebut telah

menghasilkan gas sulfur dioksida di mana ia merupakan kombinasi antara air dengan

asid sulfurik yang menyebabkan berlakunya hujan asid. Kawasan yang dikhususkan

sebagai kawasan sensitif adalah kawasan yang menerima hujan tahunan yang tinggi.

Kaitan antara kadar hujan yang tinggi dengan kesensitifan sesuatu kawasan adalah

kerana kawasan ini memerlukan tumbuhan melindunginya daripada berlakunya kadar

hakisan yang tinggi.

Program – program yang telah dilakukan untuk melaksanakan aktiviti pemulihan

adalah seperti pemulihan tanah pertanian. Program ini telah menghasilkan lebih banyak

perkembangan ekonomi secara mendadak serta meluas dan menambahkan BMPs

supaya ia senang diatur oleh pengurusnya. Ia melibatkan galakan, cukai, permit dan

mengenakan denda penalti kepada peladang yang tidak mematuhi peraturan yang telah

ditetapkan dalam melaksanakan pemulihan tanah pertanian. Galakan yang diberikan

adalah termasuk pengurangan kadar cukai, pembiayaan kos (subsidi), ataupun wang

yang disalurkan terus kepada program-program alam sekitar. Cukai yang dikenakan

melihat kepada jenis baja yang digunakan, kekerapan penaburan baja dan kadar

menyerapannya ke dalam tanih. Permit pula boleh didapati melalui agensi-agensi yang

diiktiraf.

3.C.ii Aktiviti Perlindungan (Protection activity)

Pengiktirafan diperlukan untuk melindungi kawasan terbiar daripada berlakunya

aktiviti penggondolan hutan secara haram. Secara umumnya, melindungi kawasan

sensitif ini daripada aktiviti pembangunan adalah lebih baik dari mencari pelbagai jalan

untuk memulihkan keadaan kawasan yang telah diteroka. untuk menyempurnakan

aktiviti ini, ia memerlukan sokongan orang ramai. Dan asas ini telah berjaya meraih

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 25: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

25

cadangan agar melonggarkan kaedah pengukuran termasuklah BMPs di lapangan

hidrologi untuk mengenalpasti analisis kesan kepada alam sekitar.

Sebagai contohnya, pemulihan dan perlindungan kawasan tebing sungai yang

mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan peningkatan kualiti lembangan saliran

di kawasannya. DeBano dan Schimdt (1989) mengkelaskan zon tebing sungai di kedua-

dua belah bahagian sungai iaitu bahagian hulu dan bahagian hilir mempunyai sifat larian

air permukaan (runoff) yang berbeza dan pengaplikasian amalan pengurusan yang

spesifik mestilah disesuaikan mengikut keadaan tersebut (runoff). Melalui pemerhatian

mereka, menyatakan bahawa kawasan tersebut mestilah dilindungi melalui konteks

lembangan saliran. Mereka juga menyatakan bahawa zon di bahagian hulu sungai yang

terletak pada paras ketinggian tertinggi merupakan sumber bekalan air kepada

lembangan manakala zon di bahagian hilir merupakan sumber kegunaan kepada

pengguna sama ada manusia atau hidupan lain. Tujuan usaha – usaha mengawal

tebing di kawasan hilir adalah untuk meningkatkan keadaan sesebuah lembangan,

meningkatkan jangka masa aliran sungai semasa banjir berada pada tahap sederhana

dan menstabilkan liku – liku sungai untuk mengurangkan hakisan (DeBano & Schimdt,

1989). Tebing sungai merupakan zon yang paling sensitif dalam lembangan dan

memerlukan perhatian khusus untuk memastikan kestabilan sesebuah lembangan

dengan setiap perancangan pengurusan. Akibatnya sebahagian jenis dan zon

lembangan memerlukan perhatian yang lebih khusus dengan mengambil kira dan

melihat jenis guna tanah yang terdapat disekelilingnya.

3.C.iii Aktiviti Peningkatan Kualiti (Enhancement activity)

Program pengaliran / terusan, pengawalan hakisan tebing sungai, pengairan

kawasan tanah lembap, pemulihan dan perlindungan perikanan dan program

mencantikkan semula sungai telah diletakan di bawah satu pengkelasan iaitu

pembaikan sistem sungai oleh Gillete, 1972 yang mana menurut beliau program –

program ini mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi.

Apabila sesebuah sungai diluruskan dan ditambah dengan suatu material seperti

konkrit atau bahan buatan lain, ia masih boleh distabilkan sekiranya struktur yang

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 26: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

26

berfungsi untuk mengurangkan tenaga dimasukkan atau jika aliran tersebut dikawal dari

hulu hingga ke seksyen akhir.

Di Belanda misalnya, strategi tebatan banjir memberi penekanan kepada

simbiosis antara aspek kejuruteraan sungai dan fungsi ekosistem. Kejuruteraan sungai

membabitkan inisiatif peningkatan keupayaan saliran sungai dan sistem perparitan

untuk menampung dan mengalirkan air semasa curahan hujan maksimum dalam

tempoh 100 tahun. Selain itu, fungsi ekosistem perlu dilestarikan pada tahap terbaik

termasuk mengekal bahkan meningkatkan keluasan kawasan hijau dipenuhi pokok dan

tumbuhan lain untuk mengurangkan impak aliran air permukaan mengalir deras ke

sistem pengairan. Semakin banyak pokok maka semakin tinggi pula keupayaan

penyerapan dan penakungan hujan yang boleh mengurang dan memperlahankan aliran

air permukaan.

Di Malaysia, pelestarian fungsi ekosistem sungai dalam projek penebatan banjir

di Kuala Lumpur dapat dilakukan melalui beberapa langkah iaitu:

♦ Membina taman awam yang besar seperti di Hyde Park London (350

ekar) atau Central Park New York (843 ekar) sebagai pengimbang suhu,

pembekal oksigen, penyerap hujan dan penebat banjir.

♦ Mewartakan kawasan di hulu lembangan Sungai Gombak, Sungai

Kerayong dan Sungai Klang sebagai hutan simpan sekunder. Keluasan

litupan hijaunya perlu dipertingkat dan dipulihara.

♦ Membina lebih banyak kolam takungan hujan yang juga berperanan

sebagai kolam rekreasi di tempat strategik.

♦ Menukar sistem saliran dan landskap sedia ada secara berperingkat

kepada sistem lebih mesra alam seperti digariskan dalam Manual Saliran

Mesra Alam (MASMA) yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS).

Aktiviti – aktiviti lain yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia adalah seperti

Program Sungai Angkat yang dijalankan oleh JPS dan badan lain bagi menggalakkan

penglibatan masyarakat dalam penjagaan sungai. Antara sungai yang terlibat dalam

program ini ialah Sungai Gombak, Sungai Lui (Hulu Langat), Sungai Batu (Kuala

Lumpur), Sungai Lendu (Alor Gajah), dan Sungai Skudai (Johor Bahru).

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 27: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

27

Selain itu antara projek perintis MASMA yang dilaksanakan dengan kerjasama

Universiti Sains Malaysia dan JPS ialah Sistem Saliran Bio-Ekologi (BIO-ECODS).

Projek ini adalah salah satu alternatif pengurusan air larian hujan yang mesra alam dan

mapan untuk memenuhi konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan seperti yang

disarankan oleh MASMA. Projek ini merupakan projek pertama yang dilaksanakan

bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara yang menggabungkan pelbagai

komponen BMPs. Komponen – komponen yang terdapat dalam BIOECODS adalah alur

berumput (swale), kolam takungan kering (dry pond), kolam basah (wet pond), tanah

lembap (wetland), kolam tahanan (detention pond), dan kolam rekreasi. Ia berperanan

untuk mengurangkan kadar alir air larian, isipadu air larian dan beban bahan

pencemaran dengan melaksanakan kaedah kawalan pada punca. Hasilnya projek BIO-

ECODS ini telah berjaya mengecilkan puncak dan isipadu air larian dan juga melalui

konsep penyucian berterusan telah membantu kualiti air larian BIOECODS menepati

kualiti kelas IIB Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia dan kolam ekologinya berjaya

mengurangkan kepekatan bahan cemar.

Aplikasi BIOECODS telah dilakukan di Wad Forensik Hospital Bahagia, Tanjung

Rambutan, Ipoh, Perak dan telah siap sepenuhnya pada Jun 2004. Kedua Asrama Anak

Yatim Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kota Bharu,

Kelantan telah siap pada Julai 2006. Ketiga Klinik Kesihatan 2 Taiping, Perak yang

masih dalam pembinaan. Keempat Lot 40367 Sg. Kinta, Mukim Hulu Kinta, Daerah

Kinta, Ipoh, Perak juga masih dalam pembinaan.

4. KESIMPULAN

Pengurusan lembangan saliran secara menyeluruh merupakan satu topik alam

sekitar yang sangat penting masa kini. Pengurusan menyeluruh suatu lembangan

memerlukan penglibatan dari pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah-

masalah komplek yang timbul. Setiap lembangan mempunyai sifat yang unik yang perlu

diterokai dan difahami sebaik-baiknya supaya rancangan pengurusan yang dibangunkan

dapat berfungsi dengan efektif. Dalam usaha untuk membangunkan rancangan

pengurusan lembangan secara menyeluruh, beberapa langkah mesti diikuti. Perkara

yang paling penting adalah analisis menyeluruh mengenai sifat fizikal sesuatu

lembangan mesti dipantau. Sifat ini termasuklah struktur geologi, tanih, topografi atau

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 28: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

28

cerun, cabang-cabang sungai, dan kawasan tanah lembap. Selain aspek fizikal

persekitaran semulajadi, aspek sosioekonomi dan politik yang terdapat di dalam

lembangan tersebut perlu diambil kira dan dianalisis secara individual kemudian

digabungkan supaya matlamat dan objektif yang dirangka dalam pengurusan dapat

dicapai.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 29: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

29

Rujukan

Black. P.E. 1996. Watershed Hydrology. (2nd edition). Michigan: Ann Arbor Press Inc.

DeBarry. Paul A. 2004. Watersheds: processes, Assessment and Management. New

Jersey: John Wiley & Sons Inc.

Dingman S. Lawrence. 1994. Physical Hydrological. New York: Macmillan Publishing

Company.

Gregory, KJ, Walling DE. 1973. Drainage Basin Form and Process: A Geomorphological

Approach. Norwich: Edward Arnold.

Elizabeth K. Berner, Robert A. Berner. 1987. The Global water Cycle: Geochemistry and

Environment. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Haliza Abdul Rahman. 2007. Satu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di

Malaysia. Dibentangkan di Persidangan Geografi. 8 – 9 September 2007.

Tanjung Malim: UPSI

Mostafa M. Soliman et al. 1997. Environmental Hydrogeology. New York: Lewis

Publishers

M. Svenden (ed). 2005. Irrigation and river Basin Management: Options For Governance

and Institutions. Cambridge: CABI Publishing.

Nordin Sakke et al. 2008. Memahami Proses- Gerakbalas Lembangan Saliran Dalam

Konteks Kajian Hidrologi dan Sumber Air. (dalam proses penerbitan). Kota

Kinabalu: UMS

Jamaluddin Md.Jahi. 2000. Considering Social And Economic Aspects in Integrated

River Basin Management system. National Conference On Sustainable River

Basin Management in Malaysia. 13 - 14 November 2000. Bangi : UKM

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 30: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

30

Wan Ruslan Ismail. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

“Sistem Saliran Mapan: Penyelesaian Banjir Kilat, Pencemaran Sungai dan Kekurangan

Air untuk Kesejahteraan Sejagat” (atas talian) http://www.spgis.gov.my

“Watershed Function” dan “Watershed Hydrology” dlm.

http://www.watershedhydrology.com

“Strategi Lestari Fungsi Ekosistem Elak Bah” (atas talian) http://www.web.utm.my

“Gambarajah Kitaran Air-The Water Circle” (atas talian) http://www.image.google.com

http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/what_is_wat

ershed_action.gif

http://geoscape.nrcan.gc.ca/h2o/bowen/images/watershed_e.jpg

http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/what_is_wat

ershed_action.gif

http://echo.epfl.ch/VICAIRE/mod_1a/chapt_2/main.htm

http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html

http://www.atmos.uiuc.edu/earths_atmosphere/images/water_cycle/hydrologic_cycle2.jp

g

http://www.ocrwm.doe.gov/ym_repository/studies/sitechar/images/infiltration.jpg

http://www.desktopscenes.com/Scenes%20from%20Glacier%20National%20Park%20(2

004)/Runoff%20Waterfall%20Near%20Logan%20Pass.jpg

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 31: Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN · PDF fileberupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain,

31

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.