kertas kerja futsal 18 tkb

22
KERTAS KERJA ____________________________________________________ PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP LELAKI / WANITA ANTARA RANTING ZON GEDONG ( Bawah 18 Tahun ) ______________________________________________________________ TARIKH : 09 APRIL 2016 TEMPAT : PADANG FUTSAL KAMPUNG GEDONG ANJURAN : PEMUDA PBB KPG PERINTAH MASJID GEDONG

Upload: anon213038959

Post on 12-Jul-2016

930 views

Category:

Documents


77 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

KERTAS KERJA____________________________________________________

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP LELAKI / WANITA

ANTARA RANTING ZON GEDONG ( Bawah 18 Tahun )

______________________________________________________________

TARIKH : 09 APRIL 2016

TEMPAT :PADANG FUTSAL KAMPUNG GEDONG

ANJURAN :PEMUDA PBB KPG PERINTAH MASJID GEDONG

Page 2: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda PBB Kpg Perintah / Masjid Gedong

Pemuda PBB dengan kerjasama Belia kampung Perintah / Masjid Gedong akan menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup Antara Ranting Lelaki dan wanita Zon Gedong 2016 ( Bawah 18 Tahun ) . Program ini di harap dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk - penduduk kampung Gedong. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada penduduk Kampung Gedong agar lebih mengenali antara satu dengan yang lain,secara tidak langsung ianya dapat memberikan keharmonian dan kesejahteraan penduduk di Kampung Gedong .

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara. Di samping itu ianya dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti remaja – remaja Kampung Gedong akan mewakili negara jika latihan yang sistematik dan konsisten dapat di sempurnakan.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PBB Kampung Perintah / Masjid Gedong tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan membena muda mudi kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.

Page 3: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.

3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.3.5 Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-

strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan

sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 09 April 2016 iaitu pada hari Sabtu .4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang Futsal Kampung Gedong ;5.1 Peminjaman padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan . 5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan

sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.5.3 Sebagai aktiviti riadah untuk semua golongan belia Kampung Gedong.5.4 Tempat yang agak terbuka dan mudah untuk dikunjungi oleh masyarakat

setempat.

Page 4: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

6.0 PERASMIAN

Program Pertandingan Futsal ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Hj. Naroden Bin Hj. Majais ADUN N.26 Gedong . Ia akan berlangsung di Padang Futsal Kampung Gedong. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 30 minit kerana YAB akan memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan Pertandingan ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 16 pasukan lelaki / 8 Pasukan Perempuan

7.2 Jumlah AJK pertandingan : 30 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSANPenaung : YB. Datuk Hj. Mohd Naroden Bin Hj. MajaisPenasihat : Dato Posa Bin Hj. Majais

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : En. Ali Bin BujangNaib Pengerusi : En. Jamil Bin AbongSetiausaha : En. Ismail Bin TahirTimbalan S/U : En. Abd Halip Bin JamawiBendahari : En. Masharudin Bin Bohari

AHLI JAWATANKUASA AJK Hadiah : En. Amirrul Ardha Bin SallehAJK Pertandingan : En. Hilmi Bin MorshidiAJK Keselamatan & Disiplin : En. Zulhisyam Bin BohriAJK Kebajikan : En. Zulpadil Bin MorshidiAJK Pengurusan Padang : En. Zamri Bin RadhuanAJK Promosi : En. Mohd Azarrul Azahar Bin SallehAJK Protokol : En. Ahmad Bin BujangAJK Teknikal : En. Zulkipli Bin Hj. Sahari / Mohd . Denny Bin Dael

Page 5: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

AJK SOKONGAN1. En. Ramyusra Bin Hj. Ramli2. En. Mohd Nur Aswan Bin Esa3. En. Mohd Amirul Bin Ahmad4. En. Dzulhaizad Syazirul Bin Zulkipli5. En. Abang Ramzie Bin Abang Ena6. En. Arman Arbrissyam Bin Othman7. En. Sharul Azarudin8. En. Abang Zainal Bin Abang Ena9. En. Saadon10. Semua Pemuda dan Belia Kpg Perintah / Masjid Gedong

9.0 ANGGARAN BELANJAWANLampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN & JADUAL PERTANDINGANLampiran B & C

11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Page 6: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Pertandingan Futsal Tertutup Antara Ranting Zon Gedong Lelaki / Wanita 2016. ( Bawah 18 Tahun )

JAWATANKUASA Pemuda PBB Dan Belia Kampung Perintah / Masjid GedongTAJUK PROGRAM Pertandingan Futsal Tertutup Antara Ranting Lelaki / Wanita

Zon Gedong 2016. (Bawah 18 Tahun )

JENIS PROJEK KESUKANAN ( FUTSAL )

MATLAMAT ATAU PENCAPAIAN PROGRAM

Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.

Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

ANJURAN Pemuda PBB Dan Belia Kampung Perintah / Masjid Gedong

TARIKH 09 April 2016

TEMPAT Padang Futsal Kampung Gedong

BIL. PASUKAN 16 pasukan lelaki / 8 pasukan WanitaANGGARAN KOS RM 5980.00

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

Page 7: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)

14.0 PENUTUP

Page 8: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

Page 9: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:i) Permohonan Peruntukan RM Jumlah Permohonan RM 5460.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Promosi

- Banner 2 unit RM 100.00 RM 200.00

Baju AJK / Penganjur

( Tshirt Berkolar)

30 helai RM 25.00 RM 750.00

Pengurusan padang

- sewa padang

- Utiliti

2 hari

-

RM 150.00

RM 200.00

RM 300.00

RM 200.00

Peralatan

- Utiliti

- Bola

- jaring gol

4 biji

1 unit

RM 70.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 280.00

RM 150.00

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Pengadil 4 orang RM 30.00 / 24 perlawanan

RM 720.00

Makanan

Page 10: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

- Urusetia

- Minuman ( air mineral ) 20 kotak RM 10.00

RM 200.00

RM 200.00

Hadiah ( Lelaki )

Tempat pertama

- Wang tunai

Piala

Tempat kedua

- Wang tunai

Piala dan

Tempat ketiga

- Wang tunai

Piala

Tempat keempat

- Wang tunai

Hadiah ( Perempuan )

Tempat Pertama

- Wang tunai

Piala

Tempat Kedua

- Wang Tunai

- Piala

Tempat Ketiga

- Wang tunai

- Piala

Tempat Keempat

RM 300.00

RM 100.00

RM 200.00

RM 80.00

RM 150.00

RM 50.00

RM 100.00

RM 300.00

RM 100.00

RM 200.00

RM 80.00

RM 150.00

RM 50.00

Page 11: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

- Wang Tunai RM 100.00

First Aids 1 kotak RM 100.00 RM 100.00

Kos Luar Jangka RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5460.00

Page 12: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

Disediakan oleh :.........................................................Naib Setiausaha Pertandingan(EN. ISMAIL BIN TAHIR )

Disokong oleh :.........................................................Pengerusi Pertandingan ( EN. ALI BIN BUJANG )

Disemak oleh :.........................................................Penasihat Pertandingan( )

Permohonan diluluskan oleh :.........................................................

...........................................................

Page 13: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

BORANG PENYERTAANPERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP ANTARA RANTING LELAKI DAN

WANITA ZON GEDONG 2016 ( Bawah 18 Tahun )

NAMA PASUKAN

SENARAI NAMA PEMAINBIL NAMA PEMAIN NO KP12345678

NAMA PENGURUS PASUKAN

……………………………………… Tandatangan Pengurus PasukanNama :Tarikh :

……………………………………………Keratan disini................................................................. KEGUNAAN PENGANJUR………………........................ ……………………………….Tandatangan/Cop Urusetia TandatanganTarikh : Nama pasukan :

Untuk Pertanyaan , sila hubungi : 014 7054450 ( EN. ISMAIL BIN TAHIR )

NO. TELEFON BIMBIT

PEMUDA PBB & BELIA KPG PERINTAH / MASJID GEDONG94800 SIMUNJAN

 -

Page 14: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

LAMPIRAN B

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1. PENGENALAN

Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Tertutup Antara Ranting Lelaki & Wanita Zon gedong 2016. ( Bawah 18 Tahun )

Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.

Penyertaan adalah Percuma ( Tiada Yuran Pertandingan ) Belia dan beliawanis yang berumur 18 Tahun Ke Bawah sahaja yang

layak menyertai pertandingan ini.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

o Semua kejadian perkara – perkara bukan teknikal akan diputus berasaskan   kepada PERATURAN AM KEJOHANAN .

Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Futsal Tertutup Antara Ranting Lelaki & Wanita Zon gedong 2016 ( Bawah 18 Tahun ) berasaskan kepada peraturan-peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Bolasepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamad.

Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah BERHAK MEMINDA PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.

3. TARIKH

09 April 2016 ( Sabtu )

4. TEMPAT

Padang futsal Kampung Gedong.

5. PENYERTAAN

Page 15: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

16 Pasukan Lelaki / 8 Pasukan Wanita

6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI

Setiap pasukan mestilah terdiri daripada : o Seorang Pengurus pasukano Seorang Jurulatiho Minimum 5 pemain, maksimum 8 pemain

Semua pemain dikehendaki membawa kad pengenalan pada hari pertandingan.

Pemain yang didaftarkan namanya di dalam borang pendaftaran sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian.

Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad. Pemain yang didaftarkan untuk kejohanan ini hanya layak bermain untuk satu (1) pasukan sahaja. Jika pemain tersebut mewakili pasukan lain dan didapati bersalah, maka pasukan yang diwakili pemain tersebut akan disingkirkan terus daripada kejohanan.

7. FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN

Sistem pertandingan adalah Kalah mati dan mengikut aliran carta. Cabutan undi akan dilakukan untuk menentukan lawan peringkat awal. ( Rujuk Lampiran c ) Jika keputusan seri selepas tamat masa masa perlawanan , Pemenang

akan ditentukan melalu tendangan penalti.

8. PERATURAN PERTANDINGAN

Memulakan Perlawanan o Setiap pasukan mestilah mempunyai lima (5) pemain termasuk

seorang Penjaga Gol. Sekiranya kurang dari lima (5) pemain bagi salah satu pasukan berada di gelanggang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan pada masa yang dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai lima (5) pemain yang berada di dalam gelanggang akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 dan diberikan tiga (3) mata.

Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan

o Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam jadual pertandingan rasmi.

Page 16: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

Penggantian Pemain

o Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution). Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

o Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan :

Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.

Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendaklah keluar telah melintasi garisan tepi.

Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.

Tempoh Masa Perlawanan o Masa perlawanan adalah 5 minit x 1 minit x 5 minit (Running

Time)  

Kelewatan

o Sekiranya mana-mana Pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain selepas 5 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover).

o Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga (3)  –  kosong (0).

PAKAIAN, WARNA DAN NOMBOR JERSI o Semua pasukan wajib mendaftar sekurang- kurangnya dua (2) set

jersi yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi yang wajib dipakai semasa menjadi Pasukan Tuan Rumah. Pasukan Tuan Rumah adalah nama pasukan yang disebut dahulu didalam jadual pertandingan.Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada warna jersi Pasukan Tuan Rumah.

o Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Tuan Rumah tidak memakai warna jersi yang diisytiharkan, maka Pasukan Tuan Rumah Wajib menukar warna jersinya. Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Pelawat memakai warna jersi yang sama dengan Pasukan Tuan Rumah, maka Pasukan Pelawat yang wajib menukarkan warna jersinya.

Page 17: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

o Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor tetap sepanjang kejohanan, seluar yang sesuai, stoking panjang dan wajib memakai shin guard. 

o Hanya kasut futsal dan bersesuaian sahaja dibenarkan. Penggunaan ‘boot’ sama sekali tidak dibenarkan.

9. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN

Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar gelanggang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar.

Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang kerana pergaduhan akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.

Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk dua (2) perlawanan seterusnya. Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang sama dan seterusnya mendapat kad merah, tidak boleh bermain untuk satu (1) satu perlawanan seterusnya.

Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berlainan tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya.

Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan gelanggang boleh digantikan dengan pemain lain setelah tamat tempoh dua (2) minit permainan dijalankan.

Pengurus/Jurulatih bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatanpasukan masing-masing.

10. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI MENYERAH KALAH /MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawannya untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung.

Setiap pasukan dimestikan meneruskan permainan dalam semua perlawanan walau pun telah layak untuk ke pusingan kalah mati.

Perlawanan yang ditunda atau dihentikan : o Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan

atau ditangguhkan kerana sebab-sebab luar jangka atau bencana alam, kekurangan kawalan keselamatan perlawanan atau sebab-

Page 18: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

sebab teknikal, maka Jawatankuasa teknikal Penganjur hendaklah membuat keputusan yang mana keputusannya adalah muktamad.

o Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, makakemenangan akan diberi kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.

menarik diri / memberi kemenangan percuma : o Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau

gagal menurunkan minimum lima (5) orang pemain pada masa permulaan perlawanan atau;

o Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum tamatnya perlawanan, atau;

o Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau;o Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam

pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengelola, Pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan semua keputusan mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira.

12. RAYUAN  DAN  BANTAHAN

Mana-mana pasukan yang ingin membuat rayuan dan bantahan perlu mengemukan wang sebanyak RM 100.00 dan wang tidak akan dikembalikan walau apa jua pun keputusan pihak juri yang telah dicapai..

13. LAIN-LAIN HAL

Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.

Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana-mana undang-undang atau syarat atau peraturan penyertaan dan pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk kepada keputusan pihak Jawatankuasa Pengelola.

Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah mana-mana jadual, peraturan, syarat, dan undang-undang perlawanan secara serta merta.

Page 19: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

LAMPIRAN C

Tarikh Cabutan Undi : 08 April 2016

Tempat : Dewan Masyarakat Kpg Gedong

Masa : 2.00 Petang

Jadual Perlawanan Lelaki :

A

B

C

G

D

H

F

E

J

I

K

M

L

N

O

P

X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

3 / 4

FINAL

Page 20: Kertas Kerja Futsal 18 Tkb

Jadual Pelawanan Wanita :

A

B

C

G

D

H

F

E

X

X

X

X

3 / 4

FINAL