kertas kerja

22
CADANGAN KERTAS KERJA PROGRAM KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2011 PADA: 14 MEI 2011 BERTEMPAT: DATARAN KEMANG, TELOK KEMANG, PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS ANJURAN: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNS) DENGAN KERJASAMA: PEJABAT PELAJARAN DAERAH PORT DICKSON KELOLAAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG, PORT DICKSON 1

Upload: azmin-karim

Post on 25-Jul-2015

948 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA

CADANGAN KERTAS KERJA

PROGRAM KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT

NEGERI SEMBILAN TAHUN 2011

PADA:

14 MEI 2011

BERTEMPAT:

DATARAN KEMANG, TELOK KEMANG, PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

ANJURAN:

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNS)

DENGAN KERJASAMA:

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PORT DICKSON

KELOLAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG, PORT DICKSON

1

Page 2: KERTAS KERJA

1.0 TUJUAN

1.1 Memohon kelulusan program dan bantuan kewangan, daripada Yang

Berbahagia Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak (Pengarah Pelajaran Negeri

Sembilan Darul Khusus), bagi mengadakan Program Karnival Bahasa

Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.

1.2 Memohon bantuan kewangan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri

Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS

(Menteri Besar Negeri Sembilan), bagi mengadakan Program Karnival Bahasa

Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.

1.3 Memohon untuk mendapatkan kerjasama dan bantuan persediaan tempat dari

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi mengadakan Program Karnival

Bahasa Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.

1.4 Memohon kerjasama dan bantuan pengendalian program Karnival Bahasa ini

dari agensi-agensi kerajaan setempat bagi mengadakan Karnival Bahasa

Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.

1.5 Membangkitkan kesedaran mencintai Bahasa Melayu dalam kalangan

masyarakat setempat khasnya dan masyarakat di Negeri Sembilan amnya.

1.6 Menyemarakkan semangat kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan

murid-murid khasnya di Negeri Sembilan Darul Khusus ini.

1.7 Antara tujuan lainnya kertas kerja ini diunjurkan adalah untuk mendapatkan

sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta bagi penyediaan makanan dan

minuman semasa Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011 ini

berlangsung.

2.0 LATAR BELAKANG

2

Page 3: KERTAS KERJA

2.1 Berikutan dengan kekangan kewangan semasa yang dialami oleh kebanyakan

agensi kerajaan khususnya di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sendiri,

banyak program-program tahunan yang sebelum ini dapat dijalankan terpaksa

diberhentikan pengoperasiannya. Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri

Sembilan juga tidak terkecuali dalam hal tersebut.

2.2 Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan telah tidak dapat

dijalankan sejak dua tahun kebelakangan ini. Dalam kajian tinjauan yang telah

dijalankan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson 2010, didapati hampir

95 peratus sekolah-sekolah di daerah Port Dickson termasuklah sekolah-

sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

melahirkan rasa kecewa di atas ketiadaan program Karnival Bahasa yang

sering diikuti atau disertai oleh mereka sebelum ini.

2.3 Pada tahun-tahun sebelum 2008, program tahunan ini telah melibatkan ramai

murid daripada 7 daerah di seluruh Negeri Sembilan. Pelbagai acara

kebahasaan khususnya Bahasa Melayu dipertandingkan. Di antaranya ialah

Berpidato sekolah Menengah, Pertandingan Bercerita sekolah Menengah dan

rendah, Berpantun, Bersajak, Drama dan sebagainya. Karnival ini telah

melibatkan hampir 300 orang murid.

2.4 Program Karnival Bahasa ini juga membabitkan masyarakat setempat dan luar

yang berkunjung ke Port Dickson. Ianya sudah pasti menambahkan

kemeriahan dan dapat menyokong penetapan matlamat program ini diadakan.

Memandangkan Karnival Bahasa ini sebenarnya dapat mendekatkan murid-

murid khususnya mencintai bahasa Melayu, maka pihak Sekolah Kebangsaan

Telok Kemang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson dan

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan terpanggil untuk mengetengahkan perkara

ini.

3

Page 4: KERTAS KERJA

3.0 MAKLUMAT PROGRAM

3.1 TARIKH:

14 Mei 2011

3.2 HARI :

Sabtu

3.3 MASA :

8.00 Pagi hingga 6.00 Petang

3.4 TEMPAT :

Dataran Kemang, Telok Kemang, Port Dickson

3.5 SASARAN/ PENGLIBATAN

295 orang murid

Perinciannya ialah seperti berikut :

Pertandingan dalam program Karnival Bahasa ini melibatkan ke semua 7 buah

daerah di Negeri Sembilan iaitu:

1. Seremban

2. Port Dickson

3. Kuala Pilah

4. Jelebu

5. Jempol

6. Rembau

7. Tampin

Pertandingan Mewarna Untuk Murid-murid Tahap 1

50 orang (SK. Telok Kemang)

Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu (sekolah rendah)

28 orang

4 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan (7 daerah)

4

Page 5: KERTAS KERJA

Pertandingan Bercerita (Sekolah rendah dan Menengah)

56 orang

- 8 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan

Pertandingan Bersajak (sekolah rendah dan menengah)

28 orang

- 4 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan

Pertandingan Berpidato (sekolah menengah)

14 orang

- 2 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan

Pertandingan Berpantun (sekolah menengah)

14 orang

- 2 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan

Forum Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)

28 orang

- 4 orang setiap daerah (lelaki dan perempuan)

Mini Drama (Sekolah Menengah)

70 orang

- 10 orang setiap daerah

Semua murid yang terlibat mewakili daerah masing-masing perlulah dipilih

melalui Karnival Bahasa di peringkat daerah. Penolong Pegawai Pelajaran

Daerah (Unit Bahasa) ialah pegawai meja yang menyelaras pelaksanaan

program di daerah masing-masing. Beliau juga bertanggungjawab dalam

penyertaan dan penghantaran peserta ke peringkat negeri. Adalah dianggarkan

setiap daerah akan menghantar seramai 35 orang murid dengan di iringi oleh 7

orang guru.

5

Page 6: KERTAS KERJA

3.6 PROSES ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Bil. Tarikh Perkara

1. 12.3.2011 Unjuran Kertas Cadangan Program

2. 17.3.2011 Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Program

- Penyelarasan di peringkat Negeri

3. 21.3.2011 Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Program

- Penyelarasan di peringkat daerah masing-

Masing.

4. 4 – 15.4.2011 Karnival Bahasa di peringkat Daerah masing-masing.

5. 18.4.2011 Mesyuarat 1 Jawatan kuasa kerja di peringkat negeri.

6. 9.5.2011 Mesyuarat 2 Jatan kuasa kerja di peringkat negeri.

(Penyelarasan akhir)

7. 14.5.2011 Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan

2011 berlangsung.

8. 19.5.2011 Mesyuarat Penilaian Program (‘Post Moterm’)

6

Page 7: KERTAS KERJA

3.7 AHLI JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat

Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak

(Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus)

Penolong Penasihat

Tuan Mohd Isah Bin Ismail

(Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS)

Pengerusi

Encik Mohamad Azwar Iq’bal Bin Tahir

(Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson)

Ahli Jawatan Kuasa

Haji Mansor Bin Abdullah (Timbalan PPD Port Dickson)

Haji Musa Bin Abdullah (PPD Seremban)

Mohd Sah Bin Zainal Abidin (PPD Jempol )

Radziah Binti Abdul Manap (P.PPD Jelebu)

Hj. Mat Rohani Bin Kamar (PPD Kuala Pilah)

Hj. Mad Aris Bin Azis (PPD Tampin)

Datin Hjh. Naemah Bt. Ahmad Dahalan (PPD Rembau)

Encik Awaluddin Bin Haji Hassan (Penolong PPD Port Dickson)

3.8 AHLI JAWATAN KUASA KERJA

7

Page 8: KERTAS KERJA

Penasihat

Encik Mohamad Azwar Iq’bal Bin Tahir

(Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson)

Pengerusi

Haji Mansor Bin Abdullah (Timbalan PPD Port Dickson)

Timbalan Pengerusi

Encik Awaluddin Bin Haji Hassan (Penolong PPD Port Dickson)

Setiausaha / Penyelaras

Guru Besar SK. Telok Kemang

- Pn. Rosni Bt. Pilus (Wakil GB)

Penolong Setiausaha

Pengetua SMK. YAM Tuan Radin, Lukut

Bendahari

Guru Besar SK. Port Dickson

Ahli Jawatan Kuasa

1. Pengetua SMK. Tinggi Port Dickson Makanan dan Minuman

2. Guru Besar SK. Telok Kemang Persiapan Tempat

3. Pengetua SMK. Bukit Saujana Pengangkutan

4. Guru Besar SK. Panglima Adnan Hadiah dan Cenderahati

5. Pengetua SMK. Kg. Baru Si Rusa Siaraya

6. Guru Besar SK. Kg. Gelam Publisiti dan Banting

7. Guru Besar SJKC Chung Hua, PD Keselamatan dan Kebajikan

8. Pengetua SMK. Pasir Panjang Sambutan dan VIP

9. Pengetua SMK. YAM Tuan Radin Juru acara

10 Guru Besar SK. Pasir Panjang Hakim

11. Pengetua SMK. Tanah Merah Buku Program

12. Guru Besar SJKT Port Dickson Peralatan Pertandingan

* Rujuk Lampiran 1 (Perincian Tugasan)

3.9 TENTATIF PROGRAM

8

Page 9: KERTAS KERJA

8.00 pagi

8.30 pagi

9.00 pagi

9.30 pagi

1.00 Tengah hari

2.30 petang

5.00 petang

6.00 petang

Pendaftaran peserta

Sarapan Pagi

Taklimat Pertandingan

- (Taklimat oleh ketua hakim)

Pertandingan bermula serentak di lokasi masing-masing

*Rujuk Lampiran 2 (Pelan)

- Mengarang Bahasa Melayu (NO.1)

- Bersajak (NO.2)

- Berpantun (NO.3)

- Forum Bahasa Melayu (NO.4)

- Berpidato (NO.5)

Makan tengah hari / rehat

Pertandingan bersambung

- Mewarna terbuka (kanak-kanak) (NO.6)

- Bercerita (NO.7)

- Mini Drama (NO.8)

Upacara Penutupan Rasmi oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS (Menteri Besar Negeri Sembilan)

- Penyampaian Hadiah

Bersurai

3.10 CADANGAN TETAMU KEHORMAT

Majlis Perasmian Penutup

YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS (Menteri Besar Negeri Sembilan)

4.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

9

Page 10: KERTAS KERJA

4.1 Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan ini seharusnya disokong

memandangkan penglibatan dan impaknya yang meluas untuk semua murid di

Negeri Sembilan ini.

4.2 Keberkesanannya melibatkan bukan sahaja kaum bumiputera tetapi semua

murid samada berbangsa Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Pemilihan peserta

untuk karnival ini mengikut kaedah pembahagian kaum secara integrasi bangsa

iaitu 5:3:2 (Melayu:India:Cina)

4.3 Dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, program

seumpama ini dilihat dapat menunjukkan kepada masyarakat setempat

khususnya dan masyarakat luar amnya bahawa kerajaan Negeri Sembilan ingin

mewujudkan semangat perpaduan melalui penyatuan bahasa dalam Karnival

Bahasa Melayu ini.

4.4 Antara lainnya program ini mengajak semula seluruh bangsa Melayu, India,

Cina, Iban, Kadazan dan lain-lainnya mencintai dan memartabatkan Bahasa

Melayu sebagai bahasa Kebangsaan melalui Karnival Bahasa yang telah

beberapa tahun tidak diadakan.

4.5 Kedudukan lokasi di Dataran Kemang, Telok Kemang sudah pasti memanggil

ramai pengunjung luar dan dalam daerah mahu pun luar negeri dapat

memerhati kesatuan bangsa Malaysia ‘1 Malaysia’. Justeru ianya juga dapat

menterjemah tujuan penganjuran Program Karnival Bahasa ini diadakan iaitu

meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya memartabatkan

Bahasa Melayu.

5.0 IMPAK PROGRAM

10

Page 11: KERTAS KERJA

5.1 Sesungguhnya Program Karnival Bahasa ini amat bermakna kepada murid-

murid di seluruh Negeri Sembilan. Melalui Karnival ini, tahap penguasaan

berbahasa mereka akan bertambah baik. Banyak kemahiran-kemahiran

berbahasa yang dikandung dalam Karnival Bahasa ini khususnya Bahasa

Melayu. Murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan

berani dalam pengucapan awam. Pertandingan yang sihat ini juga secara tidak

langsung dapat menyemai rasa perpaduan dalam kalangan murid-murid yang

menyertai Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011

5.2 Guru-guru juga akan mendapat impak yang langsung dan tidak langsung

melalui Karnival Bahasa Melayu ini. Guru-guru sebenarnya dapat menajamkan

kemahiran berbahasa mereka. Apa tidaknya, melalui pertandingan dalam

Karnival Bahasa ini, guru-guru akan menggunakan segala kemahiran berbahasa

mereka untuk melatih anak-anak didik mereka agar mendapat kemenangan

dalam pertandingan yang dianjurkan tersebut. Begitu juga guru-guru yang

dijemput untuk menghakimi pelbagai pertandingan yang diketengahkan dalam

Karnival Bahasa ini.

5.3 Seterusnya wujud semangat bekerjasama dalam kalangan pentadbir atau

pengendali program ini. Tanpa kerjasama yang erat adalah mustahil karnival

ini akan dapat dijelmakan kelak. Kerjasama guru dengan guru, pegawai

pelajaran daerah dengan daerah lain, begitu juga tidak kurang pentingnya akan

wujud kerjasama erat Jabatan Pelajaran dengan agensi-agensi kerajaan dan

swasta setempat. Di antaranya ialah Majlis Perbandaran Port Dickson, Polis Di

Raja Malaysia, PD Power dan Jabatan Penerangan Daerah Port Dickson.

5.4 Tidak kurang pentingnya, Program ini bakal menemukan rakyat dengan

pemimpin yang dikasihi. Melalui aturcara program yang dirancang serta

sokongan yang diberikan oleh pemimpin negeri ini, pastinya ia akan

menambahkan rasa sayang dan kasih di antara rakyat dengan pemimpin.

Seterusnya pertemuan yang mesra ini akan mentafsirkan maksud ‘Rakyat

didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

11

Page 12: KERTAS KERJA

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Implikasi kewangan terhadap cadangan ini adalah seperti berikut :

No. Item / Perkara

Anggaran

harga se

unit (RM)

KuantitiJumlah

(RM)

1. Penyediaan makan/ minum (Rujuk Lampiran 3 – Perincian Bilangan Terlibat)

Sarapan pagi 3.00 392 orang 1,176.00

Makan Tengah hari 5.00 392 orang 1,960.00

Minum Petang 3.00 392 orang 1,176.00

Minum Petang (VIP) 5.00 20 orang 100.00

Air Mineral 10.00 10 kotak 100.00

2. Pengangkutan (Bas) 400.00 7 daerah 2,800.00

3. Banner 150.00 4 keping 600.00

4. Hadiah / cenderahati (Rujuk Lampiran 4 – Perincian Bilangan terlibat)

Hadiah Pertandingan Karnival 8 acara 1920.00

Sijil Penyertaan dan Penghargaan 1.50 392 orang 588.00

Cenderahati 100.00 3 orang 300.00

Sagu hati hakim 20.00 33 orang 660.00

5. Buku Program 2.00 300 orang 600.00

6. Kertas A4 10.00 4 Rim 40.00

7. Dokumentasi 100.00 100.00

8. Kertas lukisan 5.00 10 naskah 50.00

9. Peralatan Pertandingan 200.00 200.00

10. Peruntukan Karnival Bahasa Peringkat Daerah.

2,500.00 7 Daerah 17,500.00

11. Perbelanjaan luar jangka 1,000.00 1,000.00

Jumlah Keseluruhan RM 30,870.00

6.2 Kuantiti yang dinyatakan di atas berdasarkan penglibatan seramai 295 orang

murid, 97 orang guru dan pegawai. Ianya juga termasuklah kos-kos pembiayaan

12

Page 13: KERTAS KERJA

program karnival Bahasa Melayu dari peringkat daerah dan di peringkat negeri.

Jumlah kos keseluruhan yang dicadangkan untuk Program Karnival Bahasa

Melayu Peringkat Negeri Sembilan ini adalah sebanyak RM 30,870.00.

7.0 SYOR / PENUTUP

7.1 Adalah dengan penuh harapan agar program ini diberikan kelulusan demi

kebaikan anak bangsa yang akan mencorakkan negara ini pada masa akan

datang.

Oleh hal yang demikian, pihak kami memohon pertimbangan pihak tuan, Yang

Berbahagia Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak (Pengarah Pelajaran Negeri

Sembilan Darul Khusus), untuk meluluskan kertas kerja ini agar dapat

dilaksanakan Program Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan

2011 ini mengikut jangka masa perlaksanaan yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

8.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh:13

Page 14: KERTAS KERJA

.....................................ROSNI BINTI PILUSSetiausaha/ PenyelarasProgram Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011Tarikh: 10hb Mac 2011

Disemak oleh:

............................................HAMZAH BIN JANTANPengerusi PengelolaProgram Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011Tarikh:

Disemak oleh:

.............................................................................MOHAMMAD AZWAR IQ’BAL BIN TAHIRPegawai Pelajaran Daerah Port Dickson Merangkap PengerusiProgram Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011Tarikh:

KELULUSAN

Diluluskan / Tidak Diluluskan oleh:

..............................................................................TUAN ABDUL HALIM BIN ABDUL RAZAKPengarah Pelajaran Negeri Sembilan,Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus.Tarikh:

14

Page 15: KERTAS KERJA

Lampiran 1 (Perincian Tugasan)

Bil. Jawatan Kuasa Perincian Tugas

1 Pengerusi - Mempengerusikan mesyuarat Jawatan kuasa kerja di peringkat daerah./ negeri.

- Memastikan semua ahli jawatan kuasa menjalankan tanggungjawab masing-masing.

- Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa

2 Timbalan Pengerusi - Melaksanakan semua tugas pengerusi jika pengerusi tiada di tempatnya

- Menerima laporan dari Penolong Penyelaras & Ketua JK yang lain

3 Setiausaha/ Penyelaras - Memastikan kelancaran program sebelum, semasa dan selepas - Menyediakan jadual program- Mengadakan post mortem dan menyediakan laporan- Melaporkan dari masa kemasa perkembangan perjalanan

program - Memastikan program dapat dijalankan dengan jayanya- Menyelaraskan semua bajet daripada semua J/K

4 Penolong Setiausaha - Membantu semua tugasan setiausaha- Membuat panggilan mesyuarat dan mencatit minit mesyuarat

5 Bendahari - Menyemak budget untuk keperluan program- Memastikan perbelanjaan mengikut apa yang diputuskan

mesyuarat dan perbelanjaan berhemah

- Membuat anggaran perbelanjaan dan menguruskan bayaran6 Makanan dan Minuman - Menubuhkan J/K Kecil(Bilangan mengikut Kesesuaian

/Keperluan)- Menguruskan minuman dan makanan, sarapan, makan tengah

hari , minum petang dan jamuan majlis penutup- Menyemak bilangan dan masa jamuan- Menentukan cara penyediaan jamuan khas untuk VIP- Membuat anggaran perbelanjaan dan menguruskan bayaran

7 Persiapan Tempat - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan) Memantau persiapan dan keperluan tempat kejohanan

- Mengambilkira keperluan peralatan / persiapan tempat majlis penutup karnival

15

Page 16: KERTAS KERJA

- Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

8 Pengangkutan - Memastikan setiap kontijen daerah mempunyai pengangkutan- Menyemak insuran keperluan murid- Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

9 Hadiah dan Cenderahati - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)

- Menyediakan & memastikan jenis,bilangan hadiah dan sijil mencukupi

- Berbincang dengan J/K Induk tentang VIP yang akan menyampaikan hadiah

- Bertindak sebagai penyelia dan mengenalpasti pemenang- Sentiasa berhubung dengan Juru acara Majlis untuk penyelarasan

aturcara majlis penyampaian hadiah- Memberi taklimat kepada penerima hadiah sebelum upacara

dijalankan- Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

10 Siaraya - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)

- Memastikan Siaraya yang diperlukan (acara penutup / juru acara) ada dan sentiasa dalam keadaan baik.

- Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

11 Publisiti dan Banting - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)

- Menyebarkan berita kejohanan dalam mass media,surat khabar,radio dan kain rentang

- Menentukan tempat dan memasang kain rentang / bena- Menyebarkan maklumat kepada sekolah – sekolah - Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

12 Keselamatan dan Kebajikan

- Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)

- Memastikan perkara yang berkaitan , keselamatan dan lalulintas- Memberi kerjasama dengan J/K Pertandingan untuk memastikan

perjalanan kejohanan adalah licin dan lancar tanpa gangguan- Membuat Pemantauan di Tempat Pertandingan - Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

13 Sambutan dan VIP - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian

16

Page 17: KERTAS KERJA

/Keperluan)- Mendapatkan maklumat bekaitan dari urus setia- Mengedarkan kad / Surat Jemputan- Mendapatkan maklumat kehadiran jemputan / VIP - Menyambut VIP / tetamu yang hadir- Menyediakan Upacara Sambutan VVIP- Menentukan tempat duduk jemputan- Mengedarkan buku program kepada tetamu- Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

14 Juru acara - Menyediakan teks ucapan pengarah pelajaran dan YAB Dato’ seri utama...

- Menyemak teks ucapan dengan PA pengarah dan Menteri Besar

15 Hakim - Melantik hakim-hakim yang berkelayakan- Menyediakan alatan keperluan hakim- Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

16 Buku Program - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)

- Menyediakan buku program - Sentiasa merujuk dengan setiausaha/penyelaras untuk catatan

yang tepat- Rujuk kepada pengerusi untuk semakan akhir sebelum dicetak- Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

17 Peralatan Pertandingan - Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

17

Page 18: KERTAS KERJA

Lampiran 2 (Pelan)

PETUNJUK :

KHEMAH A - NO.5 (Pidato)KHEMAH B - NO. 2 (Sajak)KHEMAH C - NO. 3 (Pantun)

- NO. 7 (Cerita)KHEMAH D - NO.1 (Mengarang)

- NO. 6 (Mewarna)PENTAS UTAMA - NO.4 (Forum)

- NO. 8 (Drama)

Lampiran 3

DATARAN KEMANG

JALAN

RAYA

PENTAS UTAMA

KHEMAH D

KHEMAH C

KHEMAHB

KHEMAHA

PANTAITELOKKEMANG

NO.5

NO.4 NO.8

NO.6

NO.3

NO.2

NO.7

NO.1

KH

EM

AH

UR

US

ET

IA

18

Page 19: KERTAS KERJA

Penyediaan makan/ minum (Perincian Bilangan Terlibat)

Sarapan pagi 392 orang x RM 3.00

- 295 orang murid

- 49 orang guru pengiring

- 33 orang hakim pertandingan

- 8 orang urusetia

- 7 orang pegawai Pelajaran

RM 1,176.00

Makan Tengah hari 392 orang x RM 5.00

- 295 orang murid

- 49 orang guru pengiring

- 33 orang hakim pertandingan

- 8 orang urusetia

- 7 orang pegawai Pelajaran

RM 1,960.00

Minum Petang 392 orang x RM 3.00

- 295 orang murid

- 49 orang guru pengiring

- 33 orang hakim pertandingan

- 8 orang urusetia

- 7 orang pegawai Pelajaran

RM 1,176.00

Lampiran 4

19

Page 20: KERTAS KERJA

Hadiah / cenderahati (Perincian Bilangan terlibat)

Hadiah Pertandingan Karnival

BerpidatoJohan : RM 30.00N. Johan: RM 20.00Ketiga : RM 10.00

RM 60.00 X 2

(lelaki dan perempuan)

Sekolah menengah

RM120.00

BerpantunJohan : RM 100.00N. Johan: RM 60.00Ketiga : RM 40.00

RM 200.00

Sekolah menengahRM200.00

BerceritaJohan : RM 30.00N. Johan: RM 20.00Ketiga : RM 10.00

RM 60.00 X 4

(lelaki dan perempuan)

Sekolah Rendah dan menengah

RM240.00

ForumJohan : RM 100.00N. Johan: RM 60.00Ketiga : RM 40.00

RM 200.00

Sekolah menengahRM200.00

BersajakJohan : RM 30.00N. Johan: RM 20.00Ketiga : RM 10.00

RM 60.00 X 4

(lelaki dan perempuan)

Sekolah Rendah dan menengah

RM240.00

Mini DramaJohan : RM 300.00N. Johan: RM 200.00Ketiga : RM 100.00

RM 600.00

Sekolah menengah

RM 600.00

MengarangJohan : RM 30.00N. Johan: RM 20.00Ketiga : RM 10.00

RM 60.00 X 2

(lelaki dan perempuan)

Sekolah menengah

RM 120.00

Mewarna GambarJohan : RM50.00N.Johan RM30.00Ketiga : RM20.00Keempat – ketiga belas : RM 10 x 10 = RM 100

RM 200.00

(Terbuka bawah umur 8 tahun)RM 200.00

( 2,955 patah perkataan)

20