kertas cadangan program inovasi kokurikulum 2015

20
SJK(C) CHUNG HUA SEREMBAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN TAHUN 2015 KUMENTASI DIHASILKAN OLEH: KELAB ALAM SEKITAR SJK(C)CHUNG HUA SEREMBAN 1 TAJUK PROJEK: BEKAS ALAT TULIS DARIPADA BAHAN BUANGAN

Upload: frendy-te

Post on 04-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kertas Cadangan Program Inovasi Kokurikulum 2015

TRANSCRIPT

SJK(C) CHUNG HUA SEREMBAN

PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUANTAHUN 2015

DOKUMENTASI

TAJUK PROJEK:BEKAS ALAT TULIS DARIPADA BAHAN BUANGAN

DIHASILKAN OLEH:KELAB ALAM SEKITAR SJK(C)CHUNG HUA SEREMBAN

ISI KANDUNGANm/s

1.0 PENGENALAN PROJEK

1.1Tajuk Projek

1.2Latar Belakang

1.3Objektif

1.4Kos Projek

2.0 PERNYATAAN MASALAH

2.1Permasalahan

2.2Analisis Permasalahan

2.3Kaedah dan Teknik Pemilihan Masalah

2.4Rasional Pemilihan Projek

2.5Pernyataan Masalah

3.0 PROSES PELAKSANAAN PROJEK

3.1Jawatankuasa Pelaksanaan

3.2Sumber Dana

3.3Jalinan Kerjasama

3.4Perancangan Projek

3.5Proses Menghasilkan Produk

3.6Buku Log

4.0 PENILAIAN PROJEK

4.1Tinjauan / Kajian Literature

3.1Penambahbaikan

3.2Perubahan Selepas Projek Inovasi

3.3Nilai Komersial

3.4Akuan dan Kesahan

3.5Buku Log

5.0 KESIMPULAN PROJEK

6.0 LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN PROJEK

1.1 Tajuk Projek " Bekas Alat Tulis Daripada Bahan Buangan"

1.2 Latar BelakangKelab Alam Sekitar SJK(C) Chung Hua Seremban terdiri daripada 36 orang ahli dan diketuai oleh 2 orang guru penasihat. Matlamat Kelab Alam Sekitar adalah bertujuan menggalak pengetahuan yang lebih mendalam tentang alam sekitar dan seterusnya memupuk sikap mesra alam di kalangan warga sekolah. Pertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan telah memberi peluang kepada ahli Kelab Alam Sekitar bagi menunjuk bakat dan kreativiti. Selain itu, projek ini juga telah memberi peluang kepada para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar secara praktikal. Bagi memenuhi syarat Pertandingan Projek Inovasi kelab dan persatuan , ahli-ahli Kelab Alam Sekitar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang ahli dan diselia oleh guru penasihat Kelab Alam Sekitar.

1.3 OBJEKTIFProjek yang bertajuk "Bekas Alat Tulis Daripada Bahan Buangan" ini adalah bertujuan:1. Melahirkan ahli yang berfikiran secara kreatif dan kritis.2. Membentuk budaya mereka cipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber terutamanya bahan buangan.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan terbuang dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melahirkan para usahawan muda.

1.4 KOS PROJEKKos anggaran bagi projek ini tidak melebihi RM3.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah: Botol mineral Majalah / suratkhabar lama /silinder kertas bulu tangkis Gam Reben dan barangan hiasan terpakai

2.0PERNYATAAN MASALAH

2.1 PERMASALAHAN1. Kebanyakan generasi muda tidak menyayangi alam sekitar dan kerap menggunakan botol mineral yang dijual di pasaran.2. Aktiviti penerbangan pokok yang tidak terkawal dan oksigen semakin berkurangan terutamanya di kawasan bandar.3. Alat tulis sentiasa berselerak di atas meja dan kelihatan tidak kemas.4. Bekas alat tulis yang dijual di pasaran masa kini semakin mahal.

2.2 ANALISIS PERMASALAHANBagi mengenalpasti masalah alat tulis sentiasa berselerak di atas meja , kumpulan kami telah membuat temu ramah dengan murid-murid di sekolah ini. Mereka yang ditemu ramah terdiri daripada 20 orang murid tahun 4 , 5 dan 6. Berikut adalah soalan temu ramah: 1. Adakah anda selesa melihat meja yang berselerak dengan alat tulis? 2.Perlukah anda mempunyai sebuah bekas alat tulis bagi menjaga kekemasan meja anda? 3.Adakah anda selalu menggunakan bahan buangan untuk membuat sesuatu yang baru ? 4. Adakah anda berpendapat bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita?Berikut adalah dapatan daripada temu ramah:Bagi soalan yang pertama , terdapat 90% orang murid menyatakan bahawa mereka kurang selesa melihat meja mereka yang berselerak dengan alat tulis. 10% orang murid yang menyatakan bahawa mereka tidak kisah terhadap kekemasan meja mereka. Bagi soalan kedua, terdapat 85% murid bersetuju bahawa mereka memerlukan sebuah bekas alat tulis bagi menjaga kekemasan meja . Bagi soalan ketiga, terdapat 10% orang murid sahaja yang menyatakan bahawa mereka selalu menggunakan bahan buangan untuk membuat sesuatu yang baru.Bagi soalan keempat, terdapat 95% yang berpendapat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bagi menjaga alam sekitar.

2.3KAEDAH DAN TEKNIK PEMILIHAN MASALAH

Perbincangan

Mengumpul Maklumat

Mengenalpasti masalah

Pelaksanaan

2.4 RASIONAL PEMILIHAN PROJEKMatlamat pemilihan tajuk ini adalah bagi menyelesai masalah yang dihadapi oleh kebanyakan murid dan juga bertujuan untuk melahirkan hati menyanyangi alam sekitar serta menujukkan bakat mereka cipta dan kreativiti sebagai ahli Kelab Alam Sekitar.

2.5 PERNYATAAN MASALAHSetelah mengumpul dan mengemas maklumat, kumpulan kami telah menetapkan tajuk projek kali ini . Kumpulan kami akan menggunakan bahan terbuang dan menggunakan sedikit kos sahaja untuk mencipta sebuah bekas alat tulis yang dapat menyelesaikan kedua-dua masalah iaitu menjadi alat tulis kelihatan lebih kemas dan menjaga alam sekitar yang semakin dicemar itu.

3.0 PROSES PELAKSANAAN

3.1Jawatankuasa PelaksanaanGuru Penasihat : Pn. Gan Siok Eng , Pn Ow Lih ChingPengerusi : Foong Zi Fong Naib Pengerusi : Tan Wen Huan Setiausaha : Chew Jia YiBendahari : Ng Min YanDokumentasi : 1. Tan Shi Li 2. Loh Pei Wen 3.Ng Jin Yin 4.Elise Seah Yuen XinJurutaip : Thye Yi FengJurugambar : Tan Sze EnBuku Log : 1.Lim Jian You 2.Kong Yu Ping

3.2SUMBER DANASumber kewangan bagi projek ini datang dari peruntukan Program Inovasi Kelab dan Persatuan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada peruntukan kerajaan, setiap ahli kumpulan ini juga menyumbangkan bahan-bahan yang diperlukan secara sukarela.

3.3 JALINAN KERJASAMASemasa melaksanakan projek , kumpulan kami telah menjalinkan kerjasama dengan kumpulan lain dalam kelab ini. Kami saling menukar bahan-bahan terbuang yang diperlukan serta berkongsi maklumat bagi menjayakan projek ini.

3.4PERANCANGAN PROJEK1. Januari: Mesyuarat Agung Kelab Alam Sekitar. Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat.2. Februari:Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK memulakan pencarian maklumat dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku RBT untuk menghasilkan satu benda baru daripada bahan terbuang.Mendaftar penyertaan Pertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan.3. Mac: Menjalankan kerja pengumpulan maklumat dan bahan-bahan terbuang. Ahli mula mereka bentuk dan membuat perbincangan bagi menentukan reka bentuk yang sesuai.4. April: Memulakan penghasilan produk.5. Mei: Sampel produk dipamerkan dalam sekolah.6. Jun: Penambahbaikan produk dan produk dipamerkan. kepada semua warga SJK(C ) Chung Hua Seremban.7. Julai: Pertandingan Inovasi Kelab/ Persatuan.

3.5 PROSES MENGHASILKAN PRODUK

Langkah 1:Mereka bentuk bekas alat tulis.

Langkah 2:Memilih reka bentuk yang sesuai.

Langkah 3:Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti botol air mineral , majalah lama, gam, gunting, reben dan bahan hiasan terpakai.

Langkah 4:Memotong botol mineral kepada 2 bahagian.

Langkah 5:Menggulung kertas majalah menjadi batang.

Langkah 6:Melekatkan kertas majalah yang telah digulung pada bahagian tapak botol mineral.

Langkah 7:Menghiasi bekas alat tulis.

3.6 BUKU LOGBuku log kumpulan kami adalah dengan menggunakan borang-borang yang disediakan oleh guru penasihat . Setiap Kali perjumpaan atau perbincangan akan diselia oleh guru penasihat dan ditandatangani oleh guru penasihat.

4.0 PENILAIAN PROJEK(KEMENJADIAN PROJEK)

4.1TINJAUAN / KAJIAN LITERATUREBahagian ini menerangkan komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan projek ini.

4.2PENAMBAHBAIKAN

4.3 PERUBAHAN SELEPAS PROJEK INOVASI

4.4NILAI KOMERSIAL

4.5AKUAN DAN KESAHAN

5.0 KESIMPULAN

6.0 LAMPIRAN

PENILAIAN PROJEK(KEMENJADIAN PROJRK)TINJAUAN DAN KAJIAN

Daripada tinjauan yang dijalankan, didapati generasi muda masa kini tidak menyayangi alam sekitar. Projek ini sudah tentu boleh menyedarkan murid-murid supaya mencintai alam sekitar. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan dengan menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang berguna di samping mengurangkan sampah-sarap di muka bumi.

PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKUKANPenampalanbintang-bintangdanrebensebagaihiasan.

KESIMPULAN PROJEKKesimpulannya, diharapkan program iniakanmeningkatkankemahiranrekaciptadalamkalanganmurid demi melahirkanmurid yang berkemahirantinggidalammerekacipta, satukemahiran yang telahdipelajaridalammatapelajaran RBT. Selainitu, program inijugadiharapkandapatmelahirkanbakatkeusahawandalamdirimurid.Akhirnya, projekinidapatmemberikanmanfaatkepadaparamurid, sekolah, ibubapa, masyarakatsetempatdannegara.

SJK (C) CHUNG HUA SEREMBAN70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROJEK INOVASI KOKURIKULUM2015

DIHASILKAN OLEH:KELAB ALAM SEKITAR SJK(C ) CHUNG HUA SEREMBAN16