kerja kursus tingkatan 3 (2012) produk tempatan di negara kita malaysia

Upload: thiru-cullen

Post on 20-Jul-2015

14.406 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

SUMBER: ORANG SUMBER

NAMA : KRISHNAN KUMAR A/L ARIYAPPAN UMUR: 44 TAHUN

ALAMAT : NO.2, JALAN NILAM 2, KAWASAN PERNIAGAAN NILAM, 43000KAJANG, SELANGOR NOMBOR KAD PENGENALAN : 670502-10-6589 NOMBOR TELEFON : 017-3502967

Thiru :

Selamat sejahtera tuan. Bolehkah saya menemu ramah tuan tentang syarikat tuan ini.

En.Krishnan : Thiru: En.Krishnan : Thiru : En. Krishnan : Thiru : En.Krishnan : Thiru : En.Krishnan:

Dipersilakan. Apakah nama syarikat ini tuan? So Lakh Mi Manufacturing. Bilakah syarikat ini ditubuhkan tuan ? Pada tahun 1990. Tuan, di manakah lokasi syarikat ini? No.2 Jalan Nilam 2, Kawasan Perniagaan Nilam, 43000 Kajang, Selangor. Apakah status milikan syarikat ini? Syarikat ini merupakan perniagaan perkongsian.

Thiru :En.Krishnan : Thiru : En.Krishnan : Thiru :

Siapakah pemilik syarikat ini?Pemilik syarikat ini ialah En. Sunder singh dan En. Mashan haji jalil. Berapakah modal yang diperlukan semasa membuka syarikat ini? Kami telah memerlukan wang sebanyak Rm 200 000. Apakah punca modal tersebut?

En.Krishnan :

Ia berpunca dari wang simpanan En.Sunder yang pernah bekerja dengan sebuahsyarikat swasta selama 15 tahun sebelum memulakan perniagaan ini.

Thiru : En.Krishnan :

Apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat tuan? syarikat kami mengeluarkan 6 jenis produk. Produk-produk hasilan kami ialah murukku star, pagoda chips, murukku halus, murukku pedas, pagoda dhall dan murukku kasar.

Thiru : En.Krishnan : Thiru : En.Krishnan :

Berapa orang tenaga kerja yang ada? Kami mempunyai 7 orang pekerja termasuk saya. Apakah nama-nama mereka ? Pn.Menalkodhi, Pn.Lalitha, Pn.Sasikhala, Pn.Sopna, En.Victor, En.Salleh dan diri saya sendiri En.Krishnan.

Thiru : En.Krishnan :

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat produk-produk ini? Kami menggunakan tepung dhal, tepung beras, tepung ubi, tepung jagung, serbuk cili, jemuju, garam dan minyak sayuran.

Thiru :

itu sahaja En.Krishnan. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menjawab soalan saya.

En.Krishnan :

sama-sama.

ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

SUMBER : INTERNET

http://food.sulekha.com/cripsy-butter-murukku-id23145-31335-recipe.htm

ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

SUMBER: MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Nama bangunan : SO LAKH MI MANUFACTURING Alamat : No.2 Jalan Nilam 2, Kawasan Perniagaan Nilam, 43000 Kajang, Selangor Tarikh lawatan : 28 Mac 2012

ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

SUMBER: BUKU ILMIAH

ELEMEN 2 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

1. TAJUK KAJIAN PRODUK TEMPATAN DI NEGARA KITAMAKANAN MURUKKUI

Isi kandunganBIL. 1 2 3 4 5 6 KANDUNGAN TAJUK KAJIAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 6.1 MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN 6.2 LATAR BELAKANG 6.3 KAEDAH/ CARA PENGHASILAN 6.4 PERKEMBANGAN PRODUK 7 8 9 RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA SURAT i ii 1 2 3 4 5-6 7-8 9-10 11-12 13 14-19 20

PENGHARGAANSaya Thirukkumarran A/l Palu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah sayaiaitu Puan. Rozarina Binti Bukari kerana telah banyak membantu saya dalam penghasilan kerja kursus ini. Beliau telah memberikan maklumat mengenai cara menghasilkan kerja kursus yang lengkap dan sempurna. Selain itu, saya juga ingin berterima kasihn kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Palu a/l

Karuppannan dan Puan Peremawathi a/p Ramasamy kerana turut membantu saya menghasilkankerja kursus ini. Mereka telah memberikan bantuan kewangan dan sokongan moral apabila saya memerlukannya. Tidakm lupa juga kepada rakan sekumpulan saya iaitu Hazim Bin. Azman, Hazeeq Bin. Noradha dan Lee Yik Heng yang telah bertungkus lumus mencari dan berkongsi maklumat mengenai produk tempatan di negara Malaysia.

Sekian, Terima Kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kerja kursus ini, saya memperolehi pelbagai objektif. Antaranya ialah: 1. Saya dapat menambah pengetahuan saya, khususnya tentang cara penyediaan, pemprosesan dan pemasaran murukku. 2. Saya juga dapat pengalaman berurusan dengan pihak luar dalam usaha mendapatkan maklumat yang tepat. 3. Saya juga memperoleh pengalaman bekerjasama dengan ahli kumpulan. 4. Saya juga dapat menanam sifat sabar, toleransi, tidak mementingkan diri sepanjang menjalankan kerja kursus ini.

KAEDAH KAJIANSaya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat demi menyelesaikan kerja kursus ini. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah, kaedah lisan iaitu dengan menemu bual. Saya telah menemu bual seorang pekerja syarikat itu, iaitu En. Krishnan yang telah bekerja di kilang itu selama 15 tahun. Dengan menemu bual beliau, saya telah mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan untuk

membuat murukku.Selain itu, saya juga menggunakan kaedah lawatan. Saya telah melawat kilang So Lakh Mi Manufacturing yang terletak di Jalan Nilam untuk melihat cara-dara murukku dihasilkan. Seterusnya, saya telah menggunakan kaedah rujukan dengan merujuk beberapa buku ilmiah untuk mendapatkan maklumat tentang cara penyediaan murukku. Antara buku tersebut ialah Malaysian Cuisine. Akhir sekali, saya juga telah menggunakan kaedah pandang dengar iaitu dengan mengeledah internet untuk mendapat cara membuat murukku dan resepinya.

6.1 MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN

6.1.1 NAMA PRODUKNama produk tempatan yang telah saya kaji ialah murukku. Murukku ini asalnya di India Selatan. Murukku ini dipanggil dengan pelbagai nama di serata India. Contohnya di gujerat ia dikenali sebagai chakri dan dikenali sebagai akar kelapa di Betawi.

6.1.2 KATEGORISaya telah membuat kajian berkaitan dengan produk tempatan di negara kita iaitu murukku. Murukku merupakan kategori makanan.

6.1.3 NAMA PENGUSAHA/ SYARIKAT/ STATUS HAK MILIK.Syarikat SO LAKH MI MANUFACTURING ini merupakan syarikat perkongsian. Syarikat ini merupakan syarikat tunggal sehingga tahun 2003. pada tahun 2003, En. Sundher Singh iaitu pemilik syarikat telah menjual sebahagian saham syarikatnya kepada En. Haji Massan. 6.1.4 LOKASI Lokasi syarikat SO LAKH MI MANUFACTURING ialah No.2, Jalan Nilam 2, Kawasan Perniagaan Nilam, 43000 Kajang, Selangor. Ianya terletak kira-kira 15km dari bandar Kajang. Lokasi syarikat ini boleh dikatakan terletak di kawasan bandar.

6.2 LATAR BELAKANG

6.2.1 Sejarah kewujudanSyarikat So Lakh Mi Manufacturing telah ditubuhkan oleh Encik Sunder Singh dan Encik Mashan Haji Jalil pada tahun 1990. tetapi syarikat ini diusahakan oleh Encik Krishnan yang merupakan kawan kepada Encik Sunder Singh.

6.2.2 Punca dan Jumlah ModalJumlah modal yang diperlukan oleh Encik Sunder Singh dan Encik Mashan adalah sebanyak RM. 100000. Wang ini merupakan hasil titik peluh Encik Sunder Singh dan Encik Mashan yang pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta selama 10 tahun sebelum memulakan perniagaan ini.

6.2.3 TujuanTujuan syarikat So Lakh Mi Manufacturing dibuka kerana cita-cita Encik Sunder Singh untuk membuat perniagaan sendiri selain daripada untuk memastikan makanan tradisional seperti murukku tidak akan pupus ketinggalan zaman.

6.2.4 KeistimewaanKeunikan murukku keluaran syarikat So Lakh Mi Manufacturing ialah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat murukku ini diimport dari India kerana mutunya lebih tinggi.. Selain itu, resepi yang digunakan untuk membuat murukku ini adalah resepi turun-temurun, warisan kampung danmenjadi cita rasa pengunjung walaupun dari pelbagai kaum.

6.3 KAEDAH DAN CARA PENGHASILAN

6.3.1 Tenaga kerjaSyarikat So Lakh Mi Manufacturing mempunyai 7 orang tenaga pekerja. Mereka adalah orang tempatan seramai 4 orang, seorang warga Myanmar dan seorang warga India. Umur mereka adalah dalam lingkungan 39-48 tahun. Dari segi jantina pula, 2 adalah lelaki dan 5 lagi adalah perempuan

6.3.2 Senarai BahanBahan-bahan yang diperlukan untuk membuat murukku ini ialah Tepung Dal, Tepung Beras, Tepung Ubi Kayu, Tepung Jagung, Serbuk Cili, Jemuju, Garam, Bawang Putih, Halia, Minyak SayurSayuran dan Perasa yang Dibenarkan.

6.3.3 Senarai PeralatanPeralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat murukku ini ialah mesin pengisar, mesin pengadun, mesin pengacuan, mesin menggoreng dan mesin pembungkus.

6.3.4 Proses / Peringkat PenghasilanMula-mula, semua bahan dimasukkan dalam mesin pengisar untuk dikisar menjadi tepung yang halus sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengadun untuk dicampur. Selepas itu, adunan dimasukkan ke dalam mesin pengacuan untuk diacu dan dalam mesin menggoreng yang penuh dengan minyak untuk digoreng. Akhir sekali, produk akan dikelaskan mengikut jenis dan gred sebelum dibungkus.

6.4 PERKEMBANGAN PRODUK

6.4.1 Rangkaian PemasaranSyarikat ini menghantar produk keluaran syarikat mereka ke serata Malaysia. Mereka menghantar produk mereka ke semua negeri di Malaysia kecuali ke Sabah dan Sarawak. Produk mereka dijual di kedai-kedai runcit, dan kepada pemborong.

6.4.2 Pengiktirafan / Sambutan daripada Pengguna / PenghargaanSelama 22 tahun berniaga, setiap tahun keuntungan yang dicapai syarikat ini semakin meningkat. Pada tahun lepas, kapasiti pengeluaran murukku adalah sebanyak 450 000 paket. Tahun kesebelumnya, kapasiti pengeluaran hanya 350 000 paket.

6.4.3 Cabaran dan Masalah Yang DihadapiAntara masalah yang dihadapi oleh En. Sunder Singh ialah untuk mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan ini. Selain itu, beliau juga terpaksa menanggung beberapa kerugian kecil untuk mendapat pekerja baru bagi menggantikan pekerja yang telah lari ke tempat lain, atas alasan mendapat gaji yang lebih banyak.

6.4.4 Perancangan Masa HadapanPerancangan masa depan syarikat So Lakh Mi Manufacturing ialah untuk menghantar produk ini ke luar negara. Selain itu, syarikat ini juga berancang untuk membuka beberapa cawangan di Kedah, Johor, Kelantan dan Singapura.

RumusanSaya berasa teruja kerana telah selesai membuat kerja kursus ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan format yang diberikan. Selama menjalankan kerja kursus ini saya telah mendapat ilmu pengetahuan tentang betapa perlunya sifat sabar, berdisiplin dan mengurus masa dengan betul. Saya juga mempelajari peranan, cabaran dan perancangan yang perlu dibuat jika mahu melibatkan diri dalam industri

perniagaan secara kecil-kecilan.Saya juga dapat mempelajari tentang kepentingan para usahawan bersaing secara sihat untuk mempertingkatkan produk tempatan. Para pengusaha boleh berkongsi ilmu bukan sahaja sesama mereka malah boleh bertukar idea bersama kaum lain untuk mencari kelainan.. Hasilnya kita akan lebih bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai.

Selain itu, saya juga mempelajari bahawa jika rakyat Malaysia mengutamakan barangantempatan maka faedah yang diperolehi sangat banyak untuk pembangunan negara. Wang keluar negara dapat dijimatkan jadi wang itu dapat dipergunakan oleh kerajaan untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat dengan memperbaiki jalan dan kemudahan awam, mengurangkan beban cukai dan memberi subsidi kepada barangan kawalan tertentu.

Gambar 8.1 : Lampiran menunjukkan kad perniagaan En. Haji Mashan

Gambar 8.2 : Lampiran menunjukkan pelekat produk keluaran syarikat So Lakh Mi

Peta 8.1 : Peta menunjukkann jalan dari SMK Jalan Reko ke syarikat So Lakh Mi.

INTERNET

MURUKKU,

ORANG SUMBER

Encik Krishnan Kumar A/L Ariyappan, 44 tahun, tingkat1, No.2, Jalan Nilam 2, Kawasan Perniagaan Nilam, 43000 kajang.

MAJALAH

Home Cooking, November 2001, Halaman 32-34

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

So Lakh Mi Manufacturing, No.2, Jalan Nilam 2, Kawasan Perniagaan Nilam, 43000 Kajang, Selangor.

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat di Negarakita? Slogan membeli barangan buatan Malaysia mengajak rakyat negara membeli barangan buatan tempatan. Kempen supaya rakyat Malaysia membeli barangan dalam negeri ini telah pun dilancarkan oleh pihak kerajaan lebih daripada satu dekad yang lalu. Namun, sejauh manakah rakyat Malaysia benar-benar telah menghayati slogan ini. Jika dikaji dengan teliti, pembelian barangan buatan Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia berdikari. Hal ini adalah kerana penduduk Malaysia telah berjaya menghasil pelbagai jenis produk yang sama taraf dengan produk bertaraf dunia. Contohnya kereta Proton dan Perodua yang telah menembusi pasaran antarabangsa. Selain itu, dengan membeli produk buatan Malaysia, kita bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Ini kerana, dengan membeli barangan buatan Malaysia kita dapat menjana pendapatan ekonomi negara kita. Dengan membeli barangan buatan Malaysia, kita juga dapat mengelakkan pengaliran wang mata ke luar negara. Seterusnya, jika kita membeli barangan buatan Malaysia, pengusaha tempatan akan lebih berusaha dan menjadi lebih produktif. Ini kerana, apabila kita membeli barangan buatan Malaysia pengusaha tempatan akan berusaha dengan lebih rajin dan gigih untuk menghasilkan produk yang tinggi mutu dan kualitinya. Sebagai akhirulkalam, kita juga perlulah menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang mengadakan pelbagai expo dan kempen untuk mempromosikan barangan tempatan. Contoh expo dan kempen yang diadakan ialah EXPO Pertanian dan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia.