kerja kursus literasi komputer pembangunan web€¦ · kerja kursus ini diwujudkan sebagai panduan...

15
KERJA KURSUS LITERASI KOMPUTER PEMBANGUNAN WEB CETAKAN 2011

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KERJA KURSUS LITERASI KOMPUTER

    PEMBANGUNAN WEB

    CETAKAN 2011

  • KANDUNGAN MUKASURAT

    Prakata ?

    Pengenalan Pembangunan Laman Web ?

    Pengurusan & Rekabentuk Laman Web ?

    Arahan Tugasan Kumpulan ?

    Panduan Membangunkan Laman Web (Blog) ?

  • PRAKATA

    Kerja kursus ini diwujudkan sebagai panduan khusus kepada para pelajar tentang asas membangunkan laman web. Ia merupakan suatu nilai tambah secara praktikal kepada teori yang mereka pelajari didalam kelas literasi komputer.

    Didapati ramai pelajar tidak dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari dan mengalami sendiri proses pembelajaran tersebut. Penghasilkan kerja kursus ini khas untuk pelajar mempelajari langkah-langkah membangunkan laman web mudah khususnya blog

    untuk merasai pengalaman itu sendiri.

    Selain itu, kerja kursus ini adalah sebagai sebuah dokumentasi kepada beberapa topik yang telah mereka pelajari didalam kelas literasi komputer. Diharap agar para pelajar

    dapat mengambil peluang ini untuk memahirkan diri mereka dalam bidang komputer.

    Hakcipta terpelihara 2011. Tidak dibenarkan memetik atau mencetak kembali mana-mana bahagian isi buku ini dalam bentuk apa jua dengan cara apapun, baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman, atau sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada

    penerbit.

    Penerbit : Guru Literasi Komputer SMK Agama Limbang, Sarawak.

    Hubungi : [email protected]

  • PENGENALAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB

    Apakah yang sekatakan sebagai laman web (website)? Laman web (website) adalah kumpulan paparan web (webpages) yang didalamnya terdapat grafik, audio dan video dengan nama domain (IP address) yang tertentu.

    Domain dan IP address adalah alamat bagi sesebuah laman web yang di gunakan untuk memanggil sesebuah laman web di pelayar web (web browser). Sesebuah laman web akan di simpan didalam sesebuah sistem komputer yang dikenali pelayan web (web

    server).

    Laman web terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

    Statik : web yang memaparkan informasi yang sama kepada semua

    pengunjung

    Dinamik : web yang berubah-ubah secara automatic atau berkala mengikut kriteria tertentu.

    Terdapat pelbagai jenis laman web , antaranya ialah:

    Portal – biasanya kelihatan konsisten dan tidak banyak perubahan serta memudahkan kawalan mengakses kepada pengguna dan mempunyai pelbagai aplikasi. Pengunjung hanya boleh mendapatkan maklumat. Contohnya yahoo, msn, dll.

    Blog – biasanya tertumpu kepada subjek tertentu seperti pendidikan, personal, politik, fesyen, atau perniagaan. Pembaca boleh mendapatkan maklumat dan merespon dalam blog.

    CMS – menyimpan, mengawal, menterjemah dan menerbit atau menyiarkan sesuatu dokumentasi.

    LMS – suatu sistem yang menyediakan serta mengurus latihan dan bimbingan

  • PENGURUSAN & REKABENTUK LAMAN WEB

    Terdapat 3 bahagian rekabentuk laman web yang perlu dititik-beratkan bagi

    sesebuah laman web iaitu:

    a. Rekabentuk Informasi/maklumat

    b. Rekabentuk Interaksi/perhubungan

    c. Rekabentuk Antaramuka/Paparan

    Rekabentuk informasi/maklumat

    Maklumat yang dipaparkan di dalam sesebuah laman web perlu di atur dan disusun dengan baik bagi mengelakkan kekalutan dan kecelaruan maklumat didalamnya. Pengurusan maklumat yang tidak teratur akan menyebabkan pengunjung tidak dapat

    mencari maklumat yang mereka cari dalam sesebuah laman web.

    Justeru ia memerlukan suatu proses merancang dan mengatur isi kandungan dan maklumat yang ingin disampaikan. Maklumat biasanya disampaikan dalam pelbagai bentuk, contohnya tutorial, latih tubi, simulasi, permainan pendidikan, penyelesaian masalah, pembelajaran menerusi kaedah pencarian, pembelajaran aktif, pembelajaran

    berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah.

    Berikut adalah proses rekabentuk informasi:

    1. Kebiasaannya isi kandungan dibahagikan kepada unit-unit kecil. 2. Hieraki (peringkat) kepentingan di antara unit akan dibina. Hieraki digunakan

    untuk membentuk hubungan di antara unit. 3. Laman yang cuba memenuhi struktur yang telah dirancangkan mula dibina. 4. Fungsi dan keberkesanan sistem yang dibangunkan tersebut akan dianalisis. 5. Proses kemaskini dan penambahbaikan dilakukan.

    Rekabentuk Interaksi

    Kebiasaannya setiap maklumat mempunyai hubungkait diantara satu sama lain. Sehubungan itu, interaksi tersebut perlu dipersembahkan dengan baik untuk memudahkan maklumat disampaikan mengikut aliran/aturan yang telah ditetapkan.

    Justeru, rekabentuk interaksi laman web perlu diwujudkan bagi menentukan bagaimana laman web berfungsi dan beroperasi. Dalam merekabentuk interaksi, jenis-jenis interaksi dan sistem navigasi serta penetapan elemen kawalan yang lain bagi laman web

    akan ditetapkan.

  • Perlu dilihat bagaimana kategori sesebuah interaksi, samaada ianya interaksi satu

    hala ataupun dua hala.

    Interaksi satu hala – pengguna dapat maklumat yang disampaikan.

    Interaksi dua hala – pengguna dapat maklumat dan boleh respon terhadap

    maklumat.

    Rekabentuk Antaramuka

    Bagi rekabentuk antaramuka (interface)pula akan menentukan bagaimana rupa bentuk laman web yang akan dibangunkan. Ini meliputi pelbagai aspek seperti pemilihan warna, jenis media, bentuk paparan serta saiz media yang digunakan dan sebagainya akan

    ditentukan.

  • TUGASAN KUMPULAN

    Pelajar diminta menghasilkan satu laman web (blog) berkenaan sekolah. Butiran yang di

    perlukan adalah seperti berikut:

    1. Profil Sekolah – Ceritakan tentang sekolah

    2. Sejarah Sekolah – Ceritakan sejarah sekolah

    3. Kemudahan Sekolah – ceritakan tentang kepelbagaian kemudahan sekolah

    - Bilik ppda dan lain-lain

    4. Pengalaman kelas Literasi Komputer

    5. Kredit – Pengenalan Ahli kumpulan & Penghargaan

    Rujuk guru untuk keterangan lanjut.

  • PANDUAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB (BLOG)

    Para pelajar hendaklah memiliki email sebelum membangunkan blog ini. Bagi tugasan

    kumpulan ini, guru telah menyediakan email khusus untuk para pelajar gunakan. L angkah

    seterusnya boleh berpandukan langkah berikut:

    1. Taip http://www.wordpress.com di pelayan web (web browser) dan tekan enter.

    2. Klik pada butang ‘Get started here’.

    http://www.wordpress.com/

  • 3. Isikan borang seperti gambar di bawah dan tekan butang ‘Sign Up’ apabila selesai.

    namakumpulan

    namakumpulan

    passwordkumpulan passwordkumpulan

    [email protected]

  • 4. Paparan seperti ini akan terhasil.

    5. Buka email dari Wordpress.com dan aktifkan akaun dengan klik butang ‘Activate

    Blog’.

  • 6. Anda akan di bawa ke paparan ini. Berikut adalah paparan admin bagi blog anda.

  • 7. Halakan mouse ke sebelah atas kanan. Disini adalah menu utama akaun anda. Klik

    pada ‘edit my profile’.

    8. Paparan ini akan terhasil. Isikan borang seperti berikut dan klik ‘Update

    Profile’apabila selesai.

    namakumpulan

    lk

    namakumpulan

    namakumpulan

    smkal

    Kami, namakumpulan dari Tingkatan 2

    mempersembahkan blog kami kepada anda.

  • 9. Membina pages. Pada sidebar kiri terdapat menu ‘Pages’. Klik pada ‘Add New’.

    10. Paparan sebegini akan terhasil. Isi keterangan yang di perlukan kemudian klik

    butang ‘Publish’.

    Isi tajuk halaman

    Penuhkan kandungan halaman di sini

  • 11. Mengubah tema. Pada menu ‘Appearance’, klik ‘Theme’.

    12. Scroll ke bawah dan cari tema Twenty Eleven. Klik butang ‘Activate’.

    13. Menulis Post. Klik butang ‘Add New’ pada menu Posts.

  • 14. Paparan ini akan terhasil. Isikan ruangan yang dihendaki dan klik butang ‘Publish’.

    Isi tajuk halaman

    Penuhkan kandungan halaman di sini