kerja khusus geografi

24
Bil Senarai Kandungan M/S 1 Penghargaan 2 Pendahuluan 3 Objektif Kajian 4 Kawasan Kajian 5 Kaedah Kajian 6 Dapatan Kajian 7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan 10 Penilaian Umum

Upload: syafiamani

Post on 06-Jun-2015

7.746 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja khusus geografi

Bil Senarai Kandungan M/S1 Penghargaan 2 Pendahuluan 3 Objektif Kajian4 Kawasan Kajian5 Kaedah Kajian 6 Dapatan Kajian 7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan 10 Penilaian Umum

Page 2: kerja khusus geografi

Saya, Nur Syafiqah Amani Bt Azmi ingin menggambil kesempatan ini untuk menggucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menyubang dari segi kewangan dan tunjuk ajar. Tidak lupa juga terhadap rakan-rakan saya dan terutama sekali kepada guru geografi saya,Pn Florence kerana beliau banyak menyubangkan tenaga dan sanggup menolong saya demi menyiapkan kerja khusus ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 30 orang yang sudi ditemu ramah oleh saya………….

Page 3: kerja khusus geografi

Bagi memenuhi sukatan pelajaran geografi Tingkatan 3,saya dan semua murid tingkatan tiga dikehendaki membuat kajian geografi

tempatan atau (KGT).

Tajuk yang diberi oleh guru geografi saya ialah ‘MENGKAJI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAWASAN DAN MEMBANDINGKAN DENGAN NEGARA

TERPILIH’.

Kawasan kajian saya ialah DESA SRI HARTAMAS dan Negara yang saya pilih ialah

SINGAPURA. Saya memilih kawasan perumahan ini kerana ianya berhampiran

dengan tempat tinggal saya.

Dalam kajian ini,saya telah memerhati pelbagai orang menggunakan pelbagai jenis

pengangkutan ke tempat kerja. Saya dengan kerjasama para responden cuba memperbaiki

kemudahan pengangkutan awam ini.

Page 4: kerja khusus geografi

Masa yang diberi untuk menyiapkan kajian ini adalah selama 8 minggu.

Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem

pengangkutan di desa sri hartamas. Menamakan jenis-jenis system pengangkutan di desa sri hartamas Menyata dan menghuraikan

kepentingan sistem jaringan pengangkutan.

Mengenal pasti kesan-kesan perkembangan sistem jaringan pengangkutan terhadap alam

sekitar Mencari dan menyelidik langkah-

langkah penyelesaian dan langkah-langkah untuk membendung

daripada terjadi lagi

Page 5: kerja khusus geografi

Ketika melakukan kajian ini saya dapat banyak pengajaran dan iktibar. Diantaranya ialah :-

Kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan.

Kita hendaklah saling bertolak ansur dan hormat menghormati di

antara satu sama lain. Dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Page 6: kerja khusus geografi

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Desa Sri Hartamas . pandangan darat fizikal ialah dari sebuah bukit kepada pembinaan sekolah,kondominium ,pasaraya dan lain-lain. Jika dari Sekolah Menengah Sri Hartamas ke Desa Sri Hartamas mengambil masa selama 2 minit.

Page 7: kerja khusus geografi

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan terhadap 30 orang

responden,keputusannya adalah seperti berikut.

Bil Jenis pengangkutan Jumlah(orang)1. Kereta 172. Kenderaan awam 73. Motosikal 6

Page 8: kerja khusus geografi

JENIS PENGANGKUTAN YANG DI-GUNAKAN OLEH PENDUDUK DESA

SRI HARTAMAS

KERETA KENDERAAN AWAMMOTOSIKAL

PEMERHATIAN:-

Melalui kaedah ini, saya dapat memerhati pelbagai jenis bentuk

muka bumi di kawasan kajian saya. Saya juga dapat memerhati

Page 9: kerja khusus geografi

pelbagai jenis sistem pengangkutan yang terdapat di sini .

SOAL SELIDIK:-

Saya telah menyediakan satu set borang soal selidik untuk diajukan

kepada 30 orang respoden di kawasan kajian saya.

RUJUKAN:- Saya juga menggunakan kaedah

kajian rujukan untuk mencari maklumat berkenaan kawasan

kajian saya.

JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI DESA SRI

HARTAMAS.

Hanya terdapat satu jenis sistem pengangkutan di Desa Sri Hartamas

iaitu jalan raya.Jaringan jalan raya di Desa Sri Hartamas adalah

padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Desa Sri Hartamas

Page 10: kerja khusus geografi

dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan

sekolah.

PENGANGKUTAN DARAT:-

1. PENGANGKUTAN AWAM.

- BAS

- TEKSI

2. PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN.

- MOTORSIKAL

- KERETA

- BASIKAL

3. PENGANGKUTAN BARANG.

- VAN

- LORI

Pemerhatian. - Saya telah membuat pemerhatian

terhadap jenis–jenis sistem pengangkutan di Desa Sri Hartamas. Hasil pemerhatian,saya mendapati 1 jenis pengangkutan yang terdapat di Desa Si Hartamas iaitu jalan raya.

Page 11: kerja khusus geografi

Soal selidik.- Saya telah mengumpul maklumat

tentang jaringan sistem pengangkutan Desa Sri Hartamas melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang responden.

Rujukan - Saya telah membuat rujukan

daripada buku teks geografi tingkatan 3 ,guru geografi saya Pn Florence dan buku rujukan geografi.

Jenis – jenis sistem pengangkutan.- Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan

kajian saya hanyalah system pengangkutan darat sahaja. Terdapat satu jenis sistem pengangkutan darat iaitu:- Jalan Raya

Page 12: kerja khusus geografi

- Jalan raya merupakan cara pengangkutan utama bagi penduduk dikawasan ini. Terdapat dua jalan utama yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Kuala Lumpur iaitu jalan . Sistem jalan raya di kawasan ini baik kerana jalannya yang lebar. Terdapat jalan raya dua hala ,jalan sehala,lorong-lorong di kawasan perumahan.

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi kawasan kajian terdiri daripada tanah pamah. Kawasan tanahnya yang datar memudahkan pembinaan jalan – jalan perhubungan seperti jalan raya . Kawasan ini mudah dihubungi dan menjadi tumpuan

Page 13: kerja khusus geografi

penduduk. Pengangkutan awam banyak di sediakan dan ini memudahkan penduduk menjalankan kegiatan harian serta mudah ke tempat kerja.

KEGIATAN EKONOMI.

Kawasan ini mengalami perkembangan ekonomi yang pesat. Kegiatan ekonomi yang utama di kawasan ini ialah perniagaan. Terdapat deretan kedai dan pasaraya. Kewujudan perniagaan tersebut membantu pembinaan jalan raya yang baik.

DASAR KERAJAAN

Kerajaan telah melaksanakan usaha untuk menaik taraf jalan raya bertujuan untuk memudahkan usaha membangunkan ekonomi penduduk di sini. Sehubungan itu ,penduduk di sini menikmati tahap kemajuan yang baik.

KEMAJUAN TEKNOLOGI

Kemajuan teknologi pada masa kini telah membolehkan sistem pengangkutan jalan raya yang baik di bina. Contoh laluan jalan raya di atas bulatan digunakan untuk mengelakkan kesesakan yang teruk di persimpangan jalan.

Page 14: kerja khusus geografi

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN.

TAHAP KETERSAMPAIAN

Rangkaian jalaraya yang terdapat di Desa Sri Hartamas ini telah meningkat lagi tahap ketersampaian penduduk di kawasan ini untuk bergerak seperti ke tempat kerja,pusat Bandar dan sebagainya.

PERKEMBANGAN EKONOMI.

faktor - faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan.

Page 15: kerja khusus geografi

Jaringan jalan raya yang baik meningkatkan perkembangan ekonomi di kawasan kajian. Kaedah ini boleh merangsangkan pembangunan pelbagai jenis industri, dagangan dan perniagaan.

KEPERLUAN DAN KESELESAAN PENDUDUK.

Wujudnya jaringan jalan raya yang baik dan cekap di kawasan ini telah dapat memenuhi keperluan penduduk seperti kemudahan ke tempat kerja dan sosial dalam keadaan yang selesa.

MOBILITI PENDUDUK.

Mobiliti penduduk menjadi lebih baik.

Di Singapura,sistem pengangkutannya juga baik. Terdapat kemudahan jalan raya di setiap pelusuk pulau tersebut. Antara jenis kenderaan yang terdapat ialah motosikal , kereta dan kemudahan awam seperti bas dan teksi. Di samping itu terdapat kemudahan awam seperti MRT(Mass Rapid Transit Sistem)

Page 16: kerja khusus geografi

yang terdiri daripada rangkaian landasan bawah tanah dan kemudahan airbus. Sistem pengangkutan di Singapura yang baik telah membantu memperkembangkan ekonomi Negara tersebut contohnya penduduk menjadi lebih baik. Sistem pengangkutannya juga member keselesaan kepada penduduknya dan juga kepada pelancong.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM

SEKITAR

KESAN NEGATIF:-

PENCEMARAN UDARA. Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan menyebabkan pencemaran udara di kawasan Bandar . Udara tercemar mengandungi plumbun,karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia terutamanya kepada mereka yang menghadapi masalah pernafasan.

Page 17: kerja khusus geografi

PENCEMARAN BUNYI. Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan oleh perkembangan pengangkutan. Punca yang utama ialah daripada motorsikal , kereta, lori dan sebagainya.

KESAN POSITIF:-

MENGURANGKAN KESESAKAN LALU LINTAS. Perkembangan jaringan pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Desa Sri Hartamas. Terdapat laluan bertingkat atas bulatan jalan raya dapat mengelakkan kesesakan . Di kawasan ini juga terdapat jalan yang masih lagi dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

TAHAP KETERSAMPAIAN Jaringan pengangkutan di kawasan yang baik dapat memudahkan penduduk di kawasan ini untuk bergerak. Jaringan pengangkutan yang baik dapat memendekkan masa perjalanan.

Walaupun perkembangan sistem pengangkutan di kawasan ini mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar ,namun perkembangan nya juga dapat member keselesaan kepada penduduk setempat.

Di singapura terdapat system pengangkutan Bandar yang cekap. Contohnya terdapat MRT. MRT dapat mengurangkan kesesalan dan meningkan tahap ketersampaian serta memberikan keadaan y ang selesa kepada penduduk . Namun begitu kesan negatif juga terdapat seperti pencemaran udara akibat daripada pembebasan gas dan asap kenderaan serta terdapat juga kesan pencemaran bunyi.

*petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.

Page 18: kerja khusus geografi

*NGV (neutral Gas Vehicle)

Pada masa sekarang ,semakin banyak kenderaan yang menggunakan NGV yang dapat mengurangkan pembebasan asap.stesen –stesen minyak dikawasan Bandar juga telah menyediakan kemudahan NGV.

*Penhijauan Bandar

Usaha menanam pokok – pokok boleh mengurangkan pencemaran udara. Pokok –pokok ini boleh di tanam di sepanjang jalan raya . selain daripada mengurangkan pencemaran ,ini juga dapat mencantikkan kawasan .

*Catalytic Conventer

Penggunaan atzlytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan karbonMonoksida yang dilepaskan oleh kereta . alat ini dapat menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida.

*Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik

Penggunaan kenderaan awan berkuasa elektrik seperti LRT, monorel , dan komuter dapat memelihara alam sekitar kerana ia mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi .

*Kempen

Kempen-kempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum ,Cataytic Conventer dan penggunaan kenderaan awan perlu dilancarkan berterusa untuk member pengetuhuan kepada penduduk.

Di singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk menanam pokok-pokok. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat menggurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran bunyi.

Page 19: kerja khusus geografi

Pengangkutan jalan raya di Desa Sri Hartamas memainkan peranan penting kepada penduduk. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan di kawasan ini adalah bentuk muka bumi , kegiatan ekonomi yang pesat , kepoerluan penduduk dan juga peranan kerajaan. System jalan raya di kawasan ini menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi dan memberi keselesaan kepada penduduk.

Walaupun terdapat rangkaian jalan raya di kawasan ini, tetapi kemudahan pengangkutan ini masih tidak dapat memenuhi keperluan penduduk.

Page 20: kerja khusus geografi

Masih lagi berlaku kesesakan jalan raya pada waktu tertentu . Langkah-langkah seperti menanam pokok, penggunaan alat Catalytic Converter, penggunaan petrol tanpa plumbum dan NGV serta penggunaan kenderaan berkuasa elektrik perlu diperluaskan dan di kaji dari semasa ke semasa.

1. Abd. Rahim Md Nor , 2004. Geografi tingkatan 3. Selangor : Cerdik Publications Snd . Bhd.

2. Http://www.Street Directory.com/kl.3. Cong Mui Sen , 2005 . Ulangkaji Total Geografi. Kuala Lumpur:Sasbadi Snd.

Bhd.

Page 21: kerja khusus geografi
Page 22: kerja khusus geografi
Page 23: kerja khusus geografi