kerja berpasukan 2
TRANSCRIPT
Pengenalan
Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu
diamalkan di
sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan
individu dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di
sekolah tetapi
masih tidak begitu ketara dan terdapat sebahagian guru masih kurang
memahami
konsepnya. Dekad ke-21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM)
amat menggalakkan amalan pengurusan yang berkualiti dalam
organisasi di bawahnya.
.
Antara penekanan yang diberikan adalah kerja berpasukan. Melalui
kerja berpasukan dalam semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti,
interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat
bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks.
Definisi Kerja Berpasukan
Menurut Yeop Hussin Bidin (2006), kerja berpasukan bermaksud
kerjasama antara pengurus ataupun ketua jabatan yang bertanggungjawab
merancang, dan kakitangan yang menjalankan tanggungjawab mereka
dengan baik. Ini kerana segala masalah dapat diselesaikan dengan tolak
ansur dan muafakat.
Justeru, pengurus dan ketua jabatan perlu mempunyai pengetahuan
dan kemahiran mengurus kerja berpasukan. Mereka perlu didedahkan
dengan ciri-ciri kerja berpasukan dan faedah yang bakal diperoleh.
Sumbangan besar kerja berpasukan adalah muafakat dalam melaksanakan
tugas ataupun projek. Firman Allah S.W.T:
- 1 -
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
dan bertakwa serta janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan
dosa dan pencerobohan.
( Surah al-Maa’idah 5:2)
Menurut Abd. Aziz (2003) pula, kerja berpasukan adalah gabungan
sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung
sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan
pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan
komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas
yang mencabar.
Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai
kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat
spesifik jabatan atau organisasi.
Merujuk Saari (1991), kerja berpasukan ialah sesuatu
kumpulan yang
melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah
pasukan dan
berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.
Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan di peringkat
sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya bagi
menyelesaikan kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat
menggalakkan penyataan perasaan, inovasi dan perkembangan fikiran ke
arah penciptaan yang lebih kreatif. Malahan, kerja berpasukan juga
merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan
kualiti pendidikan.
Menurut Hadyn dan Mc Donnel (1996), pasukan yang efektif adalah
terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus
untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan
matlamat secara usahasama. Kerja
- 2 -
berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk
berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan
menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan.
Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan
yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi
input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan
membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber.
Kerja berpasukan juga akan dapat menyatupadukan seluruh
kakitangan jabatan atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja.
Kerja berpasukan di sekolah terutamanya di kalangan Ketua Bidang dan
Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan dan
seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti
pendidikan di kalangan guru serta memberi kepuasan kerja kepada mereka.
Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea di
kalangan Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan saling
mempercayai, mengukuhkan komunikasi dalam jabatan serta menuju ke
arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah.
Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa kerja
berpasukan boleh
memberi input kepada organisasi sekolah untuk mencapai
kejayaan sekolah
berasaskan visi dan misi sekolah. Contohnya, kajian Weller (1998)
membuktikan peranan kerja berpasukan adalah menuju ke arah kejayaan
dalam organisasi sekolah. Manusia mengharapkan adanya kepuasan dalam
kerjanya, kerana kepuasan kerja dapat memberikan kesan yang positif
kepada produktiviti, perlakuan koperatif, kepuasan hidup, dan kesihatan
pekerja.
Menurut Whether dan Davis dalam Safrizal (2004), kepuasan akan
dapat ditingkatkan melalui kerja berpasukan yang berkesan. Salah satu
faktor yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah kepimpinan
yang efektif dalam kerja berpasukan, tetapi kualiti seseorang pemimpin tidak
- 3 -
menjamin memberi kepuasan kerja kepada orang bawahannya kerana ia
amat bergantung pada persepsi dan penerimaan gaya kepimpinan daripada
orang bawahannya.
Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu
agenda yang
menjadi keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak
lagi hanya berkaitan dengan sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi
juga melibatkan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kualiti
pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat
holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh
yang demikian, kerja secara berpasukan amat penting diamalkan di
sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah.
Keberkesanan kerja berpasukan bergantung kepada ahli pasukan
bersemangat untuk bekerjasama, menerima dan menggunakan kekuatan
yang ada pada setiap ahli dalam pasukan, dan sentiasa memberikan galakan
antara sesama mereka dalam menjalankan tugas masing-masing. Setiap ahli
perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada matlamat yang telah
ditetapkan dan mereka perlu juga mengambil berat dan prihatin terhadap
sesama ahli dalam pasukan mereka. Selain daripada itu, aspek yang perlu
diberi perhatian ialah kepuasan kerja yang merupakan kesan daripada
keberkesanan kerja berpasukan.
Kepentingan Kerja Berpasukan
Maddux (1993), membuktikan dalam kajian beliau bahawa
peningkatan produktiviti semakin bertambah jika kerja dilakukan secara
berpasukan berbanding kerja secara individu. Kepentingan kerja berpasukan
dalam jabatan adalah jelas dan tidak boleh disangkal lagi dengan
meningkatnya tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan, Panitia serta guru di
sekolah akibat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem
pendidikan sekolah.
- 4 -
Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2004), seseorang itu dianggap benar-
benar cemerlang jika dia boleh mencipta situasi ‘saling kebergantungan’
antara satu sama lain. Dalam buku beliau juga memperkatakan kemahiran
kerja berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis ‘kerja dengan orang
lain’ yang paling popular dan berkesan.
Sudah banyak organisasi-organisasi besar dan pakar-pakar
pengurusan menekankan kepentingan kerja berpasukan kerana ia adalah
penyumbang terbesar kepada kejayaan gergasi korporat dan prestasi
mengagumkan pertubuhan-pertubuhan induk dunia. Antara kemahiran kerja
berpasukan yang perlu di terokai seperti komunikasi dalam pasukan,
membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina
kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian,memberi
ganjaran, dan sebagainya.
Kerja berpasukan yang berkesan penting dalam sesebuah organisasi
sekolah kerana ia menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara
bekerja yang paling baik. Contohnya, Jika jabatan atau panitia itu sentiasa
memberi perhatian kepada keperluan dan perasaan ahli, tiba-tiba ada
seorang ahli yang marah seorang ahli lain,setiap ahli dalam jabatan atau
panitia tidak akan dapat menerima kelakuan ini kerana kemarahan itu tidak
disebabkan oleh sesuatu perkara yang munasabah.
Dalam kerja berpasukan, setiap anggota tidak akan melambatkan
kerjanya. Jika ada seseorang ahli tidak menghabiskan kerjanya walaupun
masa yang secukupnya sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk,
kerana semua ahli dalam jabatan pasti akan melihatnya dengan pandangan
yang sinis. Selain itu, dalam kerja berpasukan, jika sifat tolong-menolong itu
sudah menjadi tradisi dalam jabatan, maka setiap ahli tidak akan segan
untuk bertanya sesuatu kepada siapa pun apabila ia ada masalah.
Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masing-
masing akan bekerja bersendirian.
Merujuk Jean (2002) dalam kajian beliau menghujahkan bahawa
kepentingan kerja berpasukan melibatkan sekumpulan manusia yang
- 5 -
mempunyai komitmen tinggi terhadap tujuan umum, berkemahiran tinggi
dan bersetuju kepada matlamat pencapaian yang khusus di mana semua ahli
pasukan saling bertanggungjawab dalam suatu organisasi.
Maka, kerja berpasukan yang berkesan perlukan visi, misi, wawasan
dan matlamat yang jelas dan ringkas. Matlamat ini mesti diketahui oleh
semua ahli pasukan supaya masing-masing faham dan ketahui
tanggungjawab mereka. Semua ahli perlu tahu apa yang hendak dicapainya.
Chand et.al (1998) pula, dalam kajian mengenai kepentingan pasukan
kerja dan keberkesananya telah menyatakan bahawa cara yang paling
berkesan untuk menyelaraskan usaha dan kepakaran bagi mencapai
keputusan yang dihasratkan ialah kerja berpasukan.
Banyak pendapat tentang pentingnya kerja berpasukan kepada
organisasi sekolah dalam mengendalikan urusannya. Satu pendekatan yang
praktis untuk mendapatkan kerjasama tenaga ahli pasukan ialah dengan
melibatkan mereka dalam pengendalian urusan-urusan sekolah.
Faedah-faedah yang diperolehi ahli pasukan termasuklah
perkembangan kefahaman yang lebih baik tentang matlamat organisasi,
penyelesaian masalah yang lebih efektif, galakan untuk menjadi kreatif,
motivasi dan moral yang meningkat, peluang untuk mengenal pasti dan
mengembangkan kepimpinan dan komunikasi yang lebih baik (Zaidatol,
1990).
Kerja berpasukan adalah penting kerana ia dapat membina semangat
kerja dalam kalangan Ketua Panitia yang akan menentukan keberkesanan
jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti
pendidikan dan kualiti pembelajaran di kalangan ahli pasukan serta memberi
kepuasan kerja kepada mereka.
Semangat kerja berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh
ahli jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat kerja
berpasukan ini boleh dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen di dalam
- 6 -
program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan.
Semangat berpasukan di kalangan ahli pasukan boleh diperkukuhkan melalui
usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan.
Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah
menjalankan kempen kesedaran, mengadakan latihan, mewujudkan struktur
pasukan, memberi pengiktirafan dan memberi lebih kuasa bertindak
(empowerment) kepada pasukan kerja. Semangat berpasukan adalah unsur
yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia dalam
menjayakan peningkatan kualiti.
Semangat kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat
dan idea dalam kalangan ahli pasukan, mewujudkan perasaan saling
mempercayai di kalangan ahli, mengukuhkan komunikasi di dalam jabatan
atau panitia ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi
sekolah.
Menurut Fields (1993), kualiti amat penting dalam sesebuah
organisasi, dan kualiti tidak wujud dengan sendirian, kualiti adalah
perubahan budaya yang mengutamakan proses menambahbaik dan prinsip-
prinsip yang berkualiti akan berkekalan.
Semangat kerja berpasukan dapat membendung seseorang itu
daripada terbabit dalam salah laku dan gejala negatif kerana segala urusan
pembangunan ekonomi dapat diimbangkan dengan pembangunan
kemanusiaan seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Menurut beliau,
integriti yang kukuh dalam pasukan berupaya membendung kelemahan
dalam pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan kewangan serta
menjauhkan individu daripada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa. Beliau mahu nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
bekerjasama serta sentiasa bermusyawarah diterapkan di kalangan
kakitangan supaya satu pasukan bekerja yang lebih berkesan dapat
dibentuk.
Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh
memberi input kepada mereka dan kejayaan sekolah berasaskan visi dan
- 7 -
misi sekolah serta matlamat sekolah. Recardo et.al, (1996), menyatakan
bahawa high involvement high performance dan penglibatan serta komitmen
akan memberi hasil yang memberangsangkan.
Kerja berpasukan akan dapat memberi peluang kepada ahli dan ketua
bekerja secara bersama dan berkesan demi kebaikan pelanggan. Pasukan
yang efektif adalah yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang
mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara
aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. (Hadyn and
McDonnel, 1996).
Keberkesanan Kerja Berpasukan
Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerja
berpasukan mempunyai enam kekuatan iaitu:
i. kelemahan seseorang individu dalam pasukan akan dineutralkan oleh
kekuatan
anggota pasukan lain.
ii. kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat
organisasi.
iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat.
iv. ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan
gembira.
v. pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif seolah-
olah tidak
wujud di kalangan ahli.
vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan
mencapai
- 8 -
keberkesanan berpasukan dengan cepat.
Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model
Komprehensif dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang
berkesan iaitu:
1. matlamat yang difahami dan dipersetujui
2. konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik
3. ahli berkongsi peranan kepimpinan
4. keupayaan ahli digunakan sepenuhnya
5. komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku
dalam pasukan
6. ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan
7. penglibatan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
8. pengujian dan kreativiti digalakkan
9. menilai fungsi dan proses dengan kerap
10. setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa
masing-masing.
Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja
berpasukan
yang berkesan iaitu:
1. kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi
2. ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama
3. matlamat kerja berpasukan adalah jelas
4. latihan yang mencukupi dan bersesuaian
5. autoriti dan peluang membuat keputusan
6. menghargai nilai konflik yang wujud.
7. menghormati perbezaan individu dan menggunakannya sebagai refleksi
diri.
8. berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada
- 9 -
9 . kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama.
Keberkesanan kerja berpasukan akan memperlihatkan sembilan
komponen yang disebut sebagai ‘peta’ oleh McGregor, Likert dan Blake &
Mouton (1964) dalam Tengku Abd. Aziz (1999) iaitu nilai yang jelas dan
dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan mengikut keadaan, bangga
dengan pasukan, maklum balas dan kaji semula, sikap terus terang dan
ikhlas, membuat keputusan bersama dan penekanan pada tindakan.
Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja
berpasukan membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah.
Menurut beliau lagi, perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara
komited memberi tranformasi kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti.
Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada
seseorang secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses
kerja adalah bersifat
kompleks, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu , lazimnya
penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam
keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara
berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan
dapat digemblengkan sepenuhnya.
Sekolah yang berkesan melahirkan murid, pekerja dan organisasi yang
berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan menjadi salah
satu elemen kualiti menyeluruh yang dapat membantu pihak pengurusan
mencapai visi dan misi sekolah dengan cemerlang.
Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau TQM (Total Quality
Management) telah diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920an dan terus
mendapat sambutan selepas dipelopori semula oleh Edward Demings,
1950an dan tahun 1980an telah bangkit sebagai suatu cara peningkatan
kualiti dan kaedah pengurusan yang bersistematik dan berstrategi di seluruh
dunia. Salah satu daripada prinsip-prinsip yang menyokong pengurusan
kualiti menyeluruh ialah mengukuhkan semangat berpasukan.
- 10 -
Kerja berpasukan dalam konteks pendidikan ialah usaha meningkatkan
kualiti pendidikan. Dalam sektor pentadbiran semangat berpasukan bermula
dengan perkembangan budaya kerja kualiti dalam awal tahun 1990an
(Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 7 tahun 1991).
Kualiti menyeluruh (TQM) adalah di mana semua ahli kerja berpasukan
berusaha ke arah meningkatkan hasil atau perkhidmatan kepada pelanggan
dalaman dan luaran organisasi (Lussier, 1998), manakala TQM atau kualiti
menyeluruh pendidikan menurut Fields (1993) merangkumi komitmen semua
pihak dalam sistem pendidikan iaitu ibu bapa, guru, pelajar, masyarakat,
pemimpin dan kerajaan.
Bila wujud semangat kerja berpasukan, maka jabatan akan mencapai
matlamat dalam jangka masa yang singkat dan seterusnya mencapai kualiti.
Kerja berpasukan dapat mengenal pasti masalah kualiti, dapat mengkaji
masalah dan membuat cadangan serta boleh digantikan dengan Kumpulan
Meningkat Mutu Kerja (KMK).
Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
kualiti kerja melalui kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan ahli kerja
berpasukan,mewujudkan semangat bekerja secara berpasukan, penyemaian
dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif. Dengan melalui
penglibatan dan minat terhadap kerja akan memberi dorongan kerja yang
tinggi kepada ahli pasukan dan mewujudkan kesedaran tanggungjawab
terhadap diri sendiri, pasukan, jabatan dan sekolah.
Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dari pelaksanaan KMK.
Di antaranya ialah mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan
pengurusan,memupuk kerjasama di kalangan pekerja dan memberi kepuasan
bekerja. Begitu juga,dengan dorongan untuk bekerja akan memberi
keyakinan mengenai kebolehan diri ahli pasukan, mengasah bakat
kepimpinan dan menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan ahli pasukan,
memperbaiki sistem dan cara bekerja serta membina semangat kerja
berpasukan.
- 11 -
Kelebihan Kerja Berpasukan
Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan
memberikan banyak faedah kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan
tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja,
meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah
individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab
dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam
pasukan, kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan
dan pengalaman setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan.
Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan.
Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti
meningkatkan ransangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan
antara pekerja, mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak
yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan mewujudkan
perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan
kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka
juga akan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi.
Pasukan kerja yang berjaya akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan
hasil yang menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am kerja berpasukan adalah
sempadan yang jelas, manfaat daripada kemahiran yang pelbagai, tugasan
yang jelas untuk dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh, bergantung
pada kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti individu
dan saling bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam penyelesaian
masalah, perbincangan secara terbuka, saling bergantung dan kepimpinan
berkongsi (Berk & Lintern, 2000).
Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat
untuk melaksanakan perubahan organisasi (Katzenbeg dan Smith dalam
Tengku Abd Aziz, 1999). Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud
secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan dengan sengaja dan
diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah, pasukan
- 12 -
kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas
(Tengku Abd. Aziz, 1999). Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teori-
teori pengurusan yang membicara kerja berpasukan.
Manfaat yang akan diperolehi oleh Jabatan Bahasa ( Panitia ) dengan
bertindak sebagai kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran,
pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Mereka bertindak
secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan
kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan
masalah-masalah kualiti jabatan.
Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan
bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan
yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk
dilaksanakan berbanding dengan cadangan yang dibuat oleh individu.
Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan
secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses
peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih
meluas, semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan
dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi.
Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar
pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui
kerja berpasukan. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli
dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi
mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam suasana kerja
berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-
mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa
bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan-
keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan
mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing
bagi mengerakkan proses peningkatan kualiti.
- 13 -
Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan ahli pasukan itu
seterusnya akan memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan
ini, di dalam jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi
data dan maklumat serta sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk
kerjasama dan keadaan saling bergantungan di antara jabatan, yang mana
akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan.
Penutup
Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan di sesebuah sekolah
amat penting. Ini disebabkan kerja berpasukan yang berkesan
mengutamakan kualiti kerja dan produktiviti seterusnya membina kepuasan
kerja lalu dapat membina inovasi dan kreatif di kalangan Ketua Panitia dalam
jabatan. Kerja berpasukan yang berkesan juga akan mengurangkan masalah
pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya motivasi di
kalangan ahli pasukan dalam jabatan.
RUJUKAN
Abd. Aziz Yusof,(2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21.
Kuala Lumpur:
- 14 -
Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari
Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
Berk, M.&Lintern,S. (2000). What Is Team Work. University of South
Austrralia:
Flexible Learning Centre.
Chand, Sunil; Holm, Maudie, L. (1998). Managing for Result Through Teams.
Community College Journal of Research & Practise: 22.4. 363-380.
Fields.J.C.(1993). Total Quality For Schools: A Suggestion for American
Schools.
Wisconsin: ASQC Quality Press.
Hadyn.Ingram and McDonnel.B. (1996). Effective Performance Managemant-
The
Teamwork Approach Consider. Managing Service Quality.6(6). 38-42.
Kazemark, E. (1991). Ten Criteria for Effective Team Building. Health Care
Financial Managemant.
Maddux Robert. B.(1993). Membina Semangat Berpasukan: Latihan
Kepimpinan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 15 -
Recardo R.J., David., Mention III, A.Charles, Jennifer.J(1996). Teams Who
Needs
Houston. Texas: Gulf Publishing Company.
Spiegel, J. and Torres, C (1994). Manager's Official Guide to Team Working.
California: Pfeiffer & Co.
Weller.D.L.(1998). Unlocking the Culture for Quality Schools:Reengineering.
International Journal of Education Management.12/6. 250-259.
Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Fajar Bakti.
- 16 -