kerja anda dan anda · web viewwalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik syarikat...

46
KOD TATAKELAKUAN DAN ETIKA BISNES PBT PENGERANG

Upload: others

Post on 05-Jan-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

KOD TATAKELAKUAN DAN ETIKA BISNES PBT PENGERANG

Page 2: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

ISI KANDUNGAN

TAJUK ................................................................................................ MUKASURAT1. PENDAHULUAN .............................................................................................. 12. PEMAKAIAN KOD TATAKELAKUAN DAN ETIKA BISNES........................... 13. PEMATUHAN DAN PENGUATKUASAAN ...................................................... 14. TANGGUNGJAWAB DAN AKAUNTABILITI ................................................... 25. TATAKELAKUAN ............................................................................................ 26. KERAHSIAAN MAKLUMAT ............................................................................ 37. KEPENTINGAN DIRI........................................................................................ 48. PENGLIBATAN DALAM PASARAN NIAGA HADAPAN ................................. 49. TAWARAN RASUAH/SUAPAN/SOGOKAN .................................................... 410. AMALAN-AMALAN YANG DIBENARKAN...................................................... 511. AMALAN-AMALAN UMUM.............................................................................. 512. KEPATUHAN UNDANG-UNDANG .................................................................. 513. PENGAWALAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR .......................................... 614. PEMASARAN DAN JUALAN........................................................................... 615. URUSNIAGA DENGAN PIHAK LUAR ............................................................. 616. MENGHORMATI ANGGOTA PEKERJA.......................................................... 617. KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA .............................................. 618. PERJUDIAN ..................................................................................................... 719. DADAH/MINUMAN ALKOHOL ........................................................................ 720. ASET JOHOR CORPORATION ....................................................................... 721. ENGKAR PERINTAH ....................................................................................... 722. AKTIVITI POLITIK............................................................................................ 723. KEAHLIAN DI DALAM BADAN SUKARELA................................................... 824. PENERBITAN DAN KENYATAAN AWAM ...................................................... 825. UCAPAN TAHNIAH, TERIMA KASIH ATAU TAKZIAH DI AKHBAR-AKHBAR

HARIAN DAN MEDIA MASSA ......................................................................... 9

26. KETIDAKHADIRAN BERTUGAS..................................................................... 927. KETEPATAN WAKTU...................................................................................... 928. PENGISYTIHARAN HARTA .......................................................................... 1029. HUTANG ........................................................................................................ 1030. PEMALSUAN/ PINDAAN/PENGUBAHAN MAKLUMAT ............................... 1031. KEHARMONIAN BEKERJA........................................................................... 1032. MELAPORKAN TATAKELAKUAN YANG TIDAK BERETIKA ...................... 1133. PERTANYAAN ............................................................................................... 11

Page 3: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 : AMALAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK ANGGOTA PEKERJA .. 12I) BAYARAN INTRODUCER'S FEE ......................................................................... 12 II) KOMISYEN............................................................................................................. 13 III) PENERIMAAN DAN PEMBERIAN KERAIAN .......................................................13 IV) PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH / CENDERAMATA / 'COMPLIMENTARY SERVICES' / PENGINAPAN DAN SEBAGAINYA………………………………………...................................................... 14

A) Larangan Memberi Dan Menerima Hadiah .......................................................... 15B) Hadiah Yang Boleh Diterima Dengan Kebenaran ................................................ 15C) Bentuk, Amaun Atau Nilai Hadiah Sepadan Atau Tidak Dengan Maksud Ianya Diberi .................................................................................................... 16D) Pemberian Hadiah Yang Sukar Ditolak .................................................... 17E) Penerimaan Hadiah Yang Menjadi Kesalahan ........................................ 18F) Keputusan Ketua Jabatan / Syarikat ........................................................ 19 G) Penerimaan Sumbangan /Hadiah Daripada Pihak Swasta Dan Sebagainya ….19H) Pemberian Hadiah Dalam Majlis Rasmi ............................................. ...... 20

LAMPIRAN 1 (I): SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH ..... 21

LAMPIRAN 1 (II): SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH OLEH JABATAN/SYARIKAT......................................................................... 22

LAMPIRAN 1 (III) : PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KELULUSAN PENERIMAAN HADI

Page 4: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

1. PENDAHULUAN

1.1 Kod Tatakelakuan dan Etika Bisnes PBT Pengerang adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada anggota pekerja PBT Pengerang berhubung dengan garispanduan terhadap tatakelakuan dan perilaku dalam pelaksanaan tugas dan amalan bisnes PBT Pengerang.

1.2 Kod ini diharap dapat memberikan garispanduan kepada anggota pekerja terhadap peraturan-peraturan di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai warga korporat di PBT Pengerang. Kod ini diharapkan juga dapat menjadi teras kepada nilai sejagat yang dipegang oleh semua lapisan anggota pekerja.

2. PEMAKAIAN KOD TATAKELAKUAN DAN ETIKA BISNES

Kod ini hendaklah digunapakai ke atas semua anggota pekerja di peringkat PBT Pengerang.

3. PEMATUHAN DAN PENGUATKUASAAN

3.1 Anggota pekerja mempunyai tanggungjawab mematuhi Kod dan juga peraturan-peraturan kerja lain yang ditetapkan. Pelanggaran mana- mana peruntukan Kod ini, akan mengakibatkan seseorang pekerja boleh dikenakan tindakan tatatertib.

3.2 Adalah menjadi tanggungjawab Ketua-Ketua Jabatan di PBT Pengerang untuk menguatkuasakan pelaksanaan Kod yang ditetapkan. Laporan-laporan ke atas pelanggaran Kod hendaklah dimajukan ke Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran untuk tindakan selanjutnya.

1

Page 5: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

4. TANGGUNGJAWAB DAN AKAUNTABILITI

Adalah menjadi harapan supaya anggota pekerja di peringkat barisan pengurusan mendahului di dalam menunjukkan kepatuhan terhadap Kod yang ditetapkan sama ada secara perkataan atau perbuatan. Sebagai barisan pengurusan PBT Pengerang, mereka hendaklah sentiasa menunjukkan contoh dan teladan di dalam semua aspek kelakuan sama ada semasa atau di luar waktu pejabat. Mereka juga bertanggungjawab untuk menggalakkan komunikasi yang terbuka dan jujur serta menjadi ‘role models’ dengan menunjukkan rasa penghormatan dan sikap mengambil berat terhadap rakan bimbingan dan setugas mereka.

5. TATAKELAKUAN

5.1 Anggota pekerja diharapkan sentiasa memupuk dan mengamalkan tatakelakuan yang positif dan terpuji serta menghormati satu sama lain sama seperti dia menghendaki dirinya dihormati. Anggota pekerja juga diharapkan untuk mengutamakan pengamalan ke atas nilai-nilai amar maaruf dan nahi mungkar.

Sehubungan dengan itu, anggota pekerja tidak boleh; -

a. Pada bila-bila masa mengutamakan kepentingan diri sendiri demi kepentingan peribadi,

b. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas rasminya,

c. Mencemarkan reputasi perkhidmatannya atau hilang kepercayaan terhadap perkhidmatannya disebabkan oleh perlakuan berikut:-

i. Cuai,ii. Kurang kecekapan, keusahaan atau ketekunan, iii. Tidak jujur dan amanahiv. Tidak bertanggungjawabv. Melakukan tindakan yang berlawanan dengan

peraturan dan syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan,

vi. Melakukan / terlibat dalam kegiatan-kegiatan /perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral.

2

Page 6: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

5.2 Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, anggota pekerja perlu mematuhi undang-undang negara pada setiap masa. Ini juga termasuk mematuhi undang-undang yang terdapat di negara-negara luar di mana PBT Pengerang terlibat dalam bisnes di negara-negara berkenaan.

6. KERAHSIAAN MAKLUMAT

6.1 Menyebarkan maklumat-maklumat dalaman PBT Pengerang kepada pihak luar yang boleh menjejaskan kepentingan PBT Pengerang adalah tidak dibenarkan sama sekali. Larangan ini juga termasuk perbuatan menggunakan maklumat dalaman untuk kepentingan urusniaga saham kepada umum dan urusniaga peribadi.

6.2 Setelah meninggalkan atau menamatkan perkhidmatan di PBT Pengerang, anggota pekerja tidak boleh menggunakan maklumat- maklumat PBT Pengerang untuk tujuan sebagai bahan penulisan atau dalam sebarang urusan lain kecuali mendapat kebenaran bertulis.

6.3 PBT Pengerang akan menggunakan kaedah atau cara yang tidak menyalahi undang-undang untuk mendapatkan maklumat-maklumat bagi bersaing dalam bisnes yang diceburinya. Perbuatan pengambilan atau mencuri maklumat luar secara rahsia untuk kepentingan PBT Pengerang tanpa kebenaran pemilik maklumat atau melalui cara-cara lain yang tidak munasabah yang menjejaskan integriti PBT Pengerang adalah dilarang.

6.4 Kerahsiaan pelanggan perlu dipelihara dengan tidak menyebarkan maklumat-maklumat pelanggan yang melibatkan isu sensitif, peribadi dan sulit yang boleh menjejaskan imej PBT Pengerang.

6.5 Penggunaan maklumat-maklumat sulit hanya dibenarkan kepada mereka yang perlu bagi tujuan pelaksanaan tugas rasmi. Maklumat- maklumat sulit ini termasuklah maklumat yang tidak diketahui umum dan penting kepada PBT Pengerang, atau bermanfaat kepada pesaing dan juga maklumat yang telah diamanahkan oleh pelanggan. Tanggungjawab pemeliharaan terhadap maklumat sulit ini adalah berterusan walaupun anggota pekerja telah meninggalkan atau menamatkan perkhidmatan di PBT Pengerang.

3

Page 7: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

7. KEPENTINGAN DIRI

7.1 Anggota pekerja tidak dibenarkan menggunakan kedudukan di PBT Pengerang bagi faedah dirinya.

7.2 Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan (sendiri atau pihak lain) berhubung dengan perkhidmatan di PBT Pengerang adalah dilarang.

7.3 Anggota pekerja yang masih berkhidmat di PBT Pengerang dilarang mengambil bahagian dalam pengurusan atau perjalanan perusahaan / komersil atau mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, Syarikat atau individu bagi faedah dirinya atau saudara mara yang terdekat atau bagi mana-mana badan tanpa kebenaran bertulis.

7.4 Anggota pekerja adalah dilarang menjadi Ahli Lembaga Pengarah atau Pemegang Saham di dalam Syarikat-Syarikat yang menjadi pesaing kepada PBT Pengerang atau Syarikat-Syarikat yang mempunyai hubungan di dalam urusan bisnes dengan PBT Pengerang, melainkan pengisytiharan dibuat dan telah mendapat kelulusan bertulis PBT Pengerang. Larangan ini tidak meliputi keadaan di mana seseorang anggota pekerja mempunyai pegangan saham di dalam Syarikat-Syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melainkan jika ia memiliki saham yang melebihi 2% di dalam Syarikat tersebut yang memerlukan kelulusan bertulis daripada PBT Pengerang.

8. PENGLIBATAN DALAM PASARAN NIAGA HADAPAN

Anggota pekerja tidak boleh melibatkan dirinya secara aktif dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau penjual atau selainnya sama ada dalam pasaran tempatan atau luar negara.

9. TAWARAN RASUAH/SUAPAN/SOGOKAN

9.1 Anggota pekerja adalah dilarang melibatkan diri di dalam segala bentuk rasuah, suapan atau sogokan sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Pihak-pihak yang berurusan dengan PBT Pengerang adalah diharapkan untuk menghormati etika PBT Pengerang ini dan tidak melibatkan diri dalam segala bentuk rasuah / suapan atau sogokan dengan anggota pekerja PBT Pengerang.

4

Page 8: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

9.2 Anggota pekerja bertanggungjawab melaporkan kepada pihak pengurusan PBT Pengerang sekiranya mereka diberi dan dijanjikan atau ditawarkan apa-apa bentuk rasuah, suapan atau sogokan.

10. AMALAN-AMALAN YANG DIBENARKAN

Amalan-amalan berikut dianggap sebagai amalan yang dibenarkan di dalam pelaksanaan bisnes PBT Pengerang tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan :-1. Bayaran ‘Introducer’s Fee’ kepada pihak ketiga.2. Komisyen3. Penerimaan dan pemberian keraian4. Pemberian dan penerimaan hadiah / cenderamata / ‘Complimentary

Services’ / penginapan dsb.

Butiran lanjut ke atas syarat-syarat dan peraturan berhubung dengan amalan ini adalah sebagaimana Lampiran I.

11. AMALAN-AMALAN UMUM

11.1 Anggota pekerja tidak dibenarkan menerima manfaat secara langsung dalam bisnes PBT Pengerang. Pengecualian adalah dibenarkan, tertakluk kepada transaksi-transaksi tersebut adalah merupakan sebahagian daripada sebarang skim / faedah pekerjaan / emolumen yang sedang atau telah dilaksanakan oleh PBT Pengerang.

11.2 Anggota pekerja di dalam berinteraksi dengan pihak luar digalakkan berurusan terus dengan pihak pengurusan dan menyebarkan kepada semua pihak tentang penglibatan dalam bisnes yang diceburi. Urusan-urusan berkaitan dengan bisnes tersebut perlu melibatkan ramai eksekutif terutama yang melibatkan pihak berkuasa yang berkaitan.

12. KEPATUHAN UNDANG-UNDANG

PBT Pengerang sentiasa mematuhi undang-undang tempatan di mana ia menjalankan urusan bisnesnya. Walaupun terdapat tekanan atau permintaan daripada mana-mana pihak berhubung dengan pelaksanaan bisnes yang nyata bertentangan dengan undang-undang, PBT Pengerang akan tetap teguh berpegang kepada undang-undang yang ada.

5

Page 9: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

13. PENGAWALAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PBT Pengerang menghargai alam sekitar dan komited untuk mematuhi undang-undang dan polisi alam sekitar dalam usaha mengurangkan kadar pencemaran semasa pelaksanaan aktiviti bisnesnya.

14. PEMASARAN DAN JUALAN

PBT Pengerang sentiasa membina hubungan jangkapanjang yang berterusan dengan mengamalkan kejujuran dan integriti di dalam urusan bisnesnya. Adalah menjadi kesalahan sekiranya anggota pekerja memberikan maklumat yang tidak benar dan fakta yang tidak tepat berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Membuat kenyataan palsu dengan tujuan untuk memburuk-burukan pesaing adalah tidak dibenarkan.

15. URUSNIAGA DENGAN PIHAK LUAR

15.1 PBT Pengerang tidak akan berurusan dengan Syarikat / pihak luar yang melanggar undang-undang yang boleh menjejaskan reputasi PBT Pengerang.

15.2 Segala urusniaga hendaklah dicatatkan dengan tepat dan benar mengikut prosedur kewangan yang sedia ada di setiap masa.

16. MENGHORMATI ANGGOTA PEKERJA

PBT Pengerang menghormati maruah dan hak setiap anggota pekerja. Anggota pekerja dilayan dengan cara terhormat dan adil tanpa mengira kedudukan dan latarbelakang mereka. Apa juga cara dan amalan yang menganggu maruah dan hak peribadi anggota pekerja adalah di anggap berlawanan dengan Kod ini dan ia menjadi satu kesalahan.

17. KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

PBT Pengerang komited untuk menyediakan tempat kerja yang bebas dari kemudaratan dan kemalangan. Dengan demikian adalah menjadi tanggungjawab anggota pekerja untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dengan sentiasa mematuhi garispanduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

6

Page 10: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

18. PERJUDIAN

Anggota pekerja adalah dilarang terlibat di dalam sebarang bentuk perjudian di setiap masa di dalam atau di luar kawasan pejabat.

19. DADAH/MINUMAN ALKOHOL

19.1 Anggota pekerja dilarang sama sekali daripada menyimpan, mengedar, memiliki dadah dan / atau minuman keras / beralkohol dan bahan-bahan yang seumpamanya di dalam kawasan / premis pejabat.

19.2 Anggota pekerja juga adalah dilarang mengguna atau mengambilguna (selain daripada tujuan perubatan) atau menyalahguna atau menagih dadah.

20. ASET PBT PENGERANG

Anggota pekerja bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebersihan tempat kerja, kemudahan dan peralatan pejabat. Kemudahan yang disediakan hanya boleh digunakan untuk tujuan rasmi atau untuk keperluan lain yang diluluskan oleh PBT Pengerang. Penggunaan aset untuk faedah sendiri adalah dilarang.

21. ENGKAR PERINTAH

Anggota pekerja tidak boleh berkelakuan sedemikian cara yang boleh dianggap sebagai mengengkari / membantah terhadap arahan-arahan / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT Pengerang. Oleh yang demikian, anggota pekerja dalam segala keadaan hendaklah mematuhi segala peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh PBT Pengerang. Segala ketidakpuasan hati ke atas peraturan dan arahan perlu dikemukakan melalui saluran yang telah ditetapkan.

22. AKTIVITI POLITIK

22.1 Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti politik termasuk bertanding atau memegang jawatan atau dilantik dalam apa-apa jawatan sesuatu politik, kecuali menjadi ahli biasa adalah dilarang. Larangan ini termasuk melibatkan penggunaan nama PBT Pengerang wang, harta benda, peralatan atau perkhidmatan milik PBT Pengerang untuk menyokong parti atau calon-calon politik.

7

Page 11: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

22.2 PBT Pengerang juga tidak mengizinkan anggota pekerja daripada melakukan tindakan-tindakan yang memperlihatkan sokongan memihak termasuk mengedarkan risalah/surat layang atau menyertai perhimpunan-perhimpunan haram.

23. KEAHLIAN DI DALAM BADAN SUKARELA

23.1 Anggota pekerja dibenarkan memegang jawatan atau dilantik dalam apa-apa jawatan di dalam sesuatu Persatuan / Badan / Pertubuhan sukarela yang ada hubungan secara langsung dengan kepentingan PBT Pengerang. Perlantikan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada PBT Pengerang.

23.2 Adalah digalakkan anggota pekerja bergiat di dalam program dan aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat melalui Persatuan / Badan / Pertubuhan sukarela sama ada sebagai ahli jawatankuasa atau ahli biasa, tetapi tertakluk bahawa aktiviti-aktiviti berkenaan tidak menjejaskan tugas dan prestasi kerja yang hakiki di PBT Pengerang.

24. PENERBITAN DAN KENYATAAN AWAM

24.1 Anggota pekerja tidak dibenarkan menerbit atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain berasaskan maklumat dalaman, kecuali dengan kebenaran.

24.2 Anggota pekerja tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau mengambil bahagian dalam pengurusan atau dengan apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada mana-mana penerbitan, melainkan selepas mendapat kelulusan bertulis PBT Pengerang.

24.3 Anggota pekerja tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa kenyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar program atau keputusan PBT Pengerang di atas apa-apa isu kecuali dengan kebenaran.

24.4 Anggota pekerja tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa kenyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan PBT Pengerang yang boleh menjejaskan reputasi PBT Pengerang.

24.5 Segala maklumat dan keterangan yang diperlukan oleh pihak media berhubung dengan dasar, program atau keputusan PBT Pengerang hendaklah disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Awam dan Korporat PBT Pengerang.

8

Page 12: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

24.6 Anggota pekerja tidak boleh menampal, menempat, mengubah dan menanggalkan sebarang notis atau kenyataan di papan kenyataan PBT Pengerang tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan.

24.7 Anggota pekerja tidak dibenarkan membawa atau mengedar atau menyimpan atau memiliki bahan-bahan lucah atau bahan seumpamanya di dalam kawasan pejabat.

25. UCAPAN TAHNIAH, TERIMA KASIH ATAU TAKZIAH DI AKHBAR-AKHBAR HARIAN DAN MEDIA MASSA

Memberikan kebenaran bagi ucapan tahniah / terima kasih / takziah yang menyentuh diri anggota pekerja untuk disiarkan di akhbar-akhbar atau mana- mana media massa yang lain, oleh pihak swasta, persatuan, pertubuhan, orang perseorangan atau mana-mana kumpulan orang adalah dilarang.

Pengecualian boleh diberikan dalam kes-kes tertentu seperti penyiaran ucapan takziah yang menjadi kelaziman amalan oleh bangsa India, Cina dan sebagainya atau diarahkan oleh pihak ketiga tanpa penglibatan anggota pekerja.

26. KETIDAKHADIRAN BERTUGAS

Anggota pekerja adalah dilarang meninggalkan tempat kerja / tugas atau tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah. Meninggalkan tempat kerja untuk tujuan berehat dan mengambil sarapan pagi di premis makanan kecuali pada waktu rehat yang ditetapkan adalah juga dilarang.

27. KETEPATAN WAKTU

Anggota pekerja adalah dikehendaki hadir tepat pada waktu sama ada waktu bekerja, mesyuarat, seminar atau majlis yang ditetapkan oleh PBT Pengerang.

Menjadi tanggungjawab anggota pekerja untuk menyegerakan kerja tanpa melengah-lengahkan masa sama ada semasa memulakan tugas sebelah pagi atau selepas waktu rehat tengahari.

9

Page 13: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

28. PENGISYTIHARAN HARTA

Anggota pekerja yang memiliki sumber kewangan dan harta atau menyelenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian boleh diminta oleh PBT Pengerang untuk memberikan penjelasan bertulis bagaimana dia boleh memperolehi sumber-sumber kewangan / harta atau menyelenggara taraf kehidupan tersebut.

29. HUTANG

Anggota pekerja tidak boleh dengan apa-apa cara pun menyebabkan dirinya berada di dalam keadaan berhutang yang serius.

30. PEMALSUAN/ PINDAAN/PENGUBAHAN MAKLUMAT

Perbuatan memalsukan atau meminda atau mengubah butiran di dalam apa- apa dokumen termasuk salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil kelulusan akademik, borang tuntutan, sijil cuti sakit, borang permohonan cuti dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan tugasan dan pekerjaan adalah merupakan satu kesalahan.

31. KEHARMONIAN BEKERJA

31.1 Adalah menjadi tanggungjawab anggota pekerja untuk sama-sama menjaga keharmonian suasana bekerja termasuk dari segi pergaulan sesama anggota pekerja atau dengan pihak luar. Melakukan perbuatan menghasut, menimbulkan ketegangan, lakumusnah (vandalisme) serta lain-lain perbuatan yang boleh mengganggu keharmonian tersebut adalah dilarang.

31.2 Perbuatan yang melibatkan penghinaan, ugutan, gangguan seksual sama ada dalam bentuk verbal, fizikal atau visual yang boleh menimbulkan ketidakselesaan dan gangguan keharmonian bekerja adalah tidak dibenarkan.

10

Page 14: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

32. MELAPORKAN TATAKELAKUAN YANG TIDAK BERETIKA

Adalah menjadi tanggungjawab anggota pekerja untuk melaporkan kepada pihak PBT Pengerang sekiranya mereka melihat dan mendapati berlakunya tatakelakuan yang tidak beretika dan bertentangan dengan undang-undang, polisi dan peraturan PBT Pengerang. Walau bagaimanapun, adalah menjadi kesalahan anggota pekerja yang dengan sengaja membuat laporan yang sebenarnya diketahui sebagai palsu.

33. PERTANYAAN

33.1 Sebarang maklumat / nasihat / cadangan / pertanyaan / aduan atau sebagainya sila hubungi talian 07-2192692 atau E-Mail: k o d e t i k a @ j c o r p.c om .m y

33.2 Segala butiran yang disampaikan melalui talian ini akan dirahsiakan.Anggota pekerja tidak perlu memberikan nama semasa memberikan maklumat / nasihat / cadangan / pertanyaan / aduan berkenaan.

33.3 Segala butiran berhubung dengan maklumat / nasihat / cadangan / pertanyaan / aduan dan sebagainya akan dirujuk kepada Majlis Kod Tatakelakuan dan Etika Bisnes PBT Pengerang untuk tindakan selanjutnya.

11

Page 15: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

LAMPIRAN 1 : AMALAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK ANGGOTA PEKERJA

I) BAYARAN INTRODUCER'S FEE

i. Bayaran ini merupakan upah kepada pihak ketiga yang membawa peluang perniagaan / pelaburan terus kepada PBT Pengerang dan berurusan seterusnya sehingga menghasilkan projek. Bayaran ini dihadkan kepada kes-kes tertentu sahaja dan bukan merupakan amalan am, dan dilaksanakan mengikut ‘merit of each cases’, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Tertinggi PBT Pengerang.

ii. Kes-kes yang mewajarkan bayaran ‘Introducer’s fees’ dihadkan kepada contoh-contoh seperti berikut :-

- Mendapatkan kontrak (bekalan, perkhidmatan, pembinaan dan sebagainya) untuk Syarikat yang boleh memberikan keuntungan yang lumayan. Bayaran hanya boleh dibuat berdasarkan kepada ‘success’. Kadar bayaran hendaklah dirundingkan dan dipersetujui terlebih dahulu mengikut kesesuaian kes dan merit.

- Pembelian atau penjualan aset atau Syarikat yang mempunyai kepentingan strategik kepada PBT Pengerang.

iii. Bayaran hanya dibenarkan bagi entiti tulen (satu penilaian/garispanduan akan digunakan untuk mengukur ketulenan seseorang ‘Introducer’ berkaitan).

iv. Bayaran hanya akan dibuat selepas perjanjian (seperti PerjanjianJualbeli) ditandatangani tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1. Kadar bayaran telah dinilai dan diluluskan oleh JawatankuasaTertinggi PBT Pengerang;

2. Sekiranya pihak yang terbabit adalah sebuah Syarikat, Syarikat tersebut hendaklah Syarikat yang berdaftar secara sah;

3. Urusan tidak melibatkan orang perantaraan /orang tengah tetapi berurusan secara terus di antara Syarikat / PBT Pengerang dan Syarikat / individu terbabit;

4. Semua urusan serta nilai yuran yang terlibat hendaklah di dalam pengetahuan semua pihak yang terlibat;

v. Had yang dibenarkan tidak melebihi lima peratus (5%) dari nilai transaksi bergantung kepada amalan industri-industri yang berkaitan. Bayaran dibuat dengan sekali bayaran sahaja bagi keseluruhan transaksi.

12

Page 16: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

vi. Anggota pekerja untuk kedua-dua belah pihak adalah dilarang sama sekali untuk menjadi ‘Introducer’ selagi mereka bertugas di dalam Syarikat / PBT Pengerang atau Syarikat terbabit.

II) KOMISYEN

i. Dibenarkan bagi entiti tulen seperti Syarikat atau organisasi berdaftar.

ii. Bayaran komisyen boleh di buat bagi kes-kes khas jualan aset (tanah,bangunan, jentera dan sebagainya) yang dikenalpasti oleh PBT Pengerang / Syarikat yang dianggap bukan ‘operational matters’. Walaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan.

iii. Sekiranya komisyen sememangnya dipraktikkan dalam industri yang diceburi, amalan ini juga boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan kepada individu. Antara industri yang telah mempraktikkannya termasuklah sektor perhotelan dan resort.

iv. Komisyen tidak boleh dipertimbangkan langsung sebagai imbuhan kepada anggota pekerja dalam Syarikat yang terlibat secara terus dalam menguruskan dan meluluskan sesuatu projek yang disertai.

v. Dalam hal ini, anggota pekerja PBT Pengerang yang telah membawa peluang perniagaan atau pelaburan kepada PBT Pengerang tidak dibenarkan menerima sebarang bentuk komisyen dari mana-mana pihak tetapi boleh dipertimbangkan untuk diberi insentif berbentuk lain yang diberi oleh PBT Pengerang / Syarikat-Syarikat.

vi. Lain-lain amalan yang berbentuk rasuah seperti ‘kickback’, ‘mark up quotation’ atau perkara-perkara yang terlibat secara langsung atau tidak dengan unsur-unsur negatif yang disebutkan adalah dilarang sama sekali.

III) PENERIMAAN DAN PEMBERIAN KERAIAN

i. Dibenarkan bagi aktiviti yang mengikut syara’ sebagai usaha untuk memperkukuhkan silaturahim dan ‘rapport’. Keraian hanya digalakkan bagi had tertentu.

ii. Tidak dibenarkan sama sekali jenis-jenis keraian yang boleh mempengaruhi tugas atau ada kaitan dengan apa-apa cara dengan pelaksanaan tugas seseorang anggota pekerja.

13

Page 17: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

iii. Anggota pekerja tidak boleh membiarkan dirinya, suami/isteri/anak- anaknya menerima atau memberi apa-apa jenis keraian kepada atau daripada mana-mana organisasi, Syarikat, persatuan, badan, kumpulan atau orang perseorangan jika penerimaan atau pemberian tersebut boleh mempengaruhi pelaksanaan tugas rasmi sebagai anggota pekerja di PBT Pengerang.

iv. Anggota pekerja boleh memberi atau menerima keraian jika tindakan ini tidak mempengaruhi tugas rasminya atau tidak bercanggah dengan tatakelakuan anggota pekerja sebagaimana yang ditetapkan oleh PBT Pengerang.

v. Di dalam kes-kes tertentu, PBT Pengerang boleh membenarkan had nilai yang dibenarkan untuk tujuan ‘entertainment’ dengan kelulusan Ahli EXCO PBT Pengerang dan disokong dengan bukti pembayaran.

vi. Di dalam keadaan tertentu anggota pekerja dibenarkan memberi atau menerima keraian, tetapi mereka hendaklah memberi perhatian serius mengenai perkara-perkara berikut:

1. Dengan memberi atau menerima keraian, ianya tidak sama sekali menjejaskan tindakan untuk menjalankan tanggungjawab anggota pekerja berkenaan kepada pihak yang memberi keraian itu;

2. Pemberian dan penerimaan keraian itu tidak bercanggah dengan kehendak tatakelakuan anggota pekerja;

3. Sensitiviti Jabatan / Syarikat di mana anggota pekerja berkenaan bertugas.

4. Sensitiviti masyarakat terhadap tanggungjawab anggota pekerja dan perkhidmatannya keseluruhan; atau / dan

5. Kekerapan anggota pekerja menerima keraian.

IV) PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH / CENDERAMATA /‘COMPLIMENTARY SERVICES’ / PENGINAPAN DAN SEBAGAINYA

Bagi maksud garispanduan ini, hadiah / cenderamata / ‘complimentary services’ / penginapan dan sebagainya bermaksud termasuklah wang, harta alih atau tak alih, kenderaan, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, penginapan percuma hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk diskaun atau komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa pemberian, cenderamata, atau apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada atau diterima oleh anggota pekerja berkenaan, isterinya/suaminya atau mana-mana orang lain, bagi pihaknya daripada mana-mana orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan.

14

Page 18: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

A) Larangan Memberi Dan Menerima HadiahAnggota pekerja dilarang daripada menerima atau memberi hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas dan / atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi. Seseorang anggota pekerja itu tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isterinya / suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang jika :-

1. Penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan, dengan apa-apa cara, dengan pelaksanaan tugas anggota pekerja itu; dan

2. Bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.

Anggota pekerja dilarang menerima tawaran tambang dan penginapan percuma dari Syarikat-Syarikat pembekal. Larangan ini terpakai misalnya di dalam kes pembelian aset (khasnya mesin / jentera / alatan yang dibekalkan dan dipasang di dalam / luar negeri) yang memerlukan kehadiran pegawai PBT Pengerang / Syarikat- Syarikat untuk membuat inspection dan ‘certification’ ke atas mesin berkenaan dipremis pembekal. Segala perbelanjaan bagi tambang dan penginapan bagi pelaksanaan tanggungjawab tersebut akan ditanggung oleh PBT Pengerang / Syarikat-Syarikat.

B) Hadiah Yang Boleh Diterima Dengan KebenaranDalam keadaan tertentu anggota pekerja dibenarkan menerima pemberian hadiah, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan / Jawatankuasa EXCO jika:-

1. Seseorang anggota pekerja berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau

2. Hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang anggota pekerja untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh garispanduan ini,

maka hadiah itu boleh diterima secara rasmi tetapi anggota pekerja itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan / Pengurusan Tertinggi PBT Pengerang yang mengandungi perihal lengkap dan anggaran nilai hadiah dan dalam hal keadaan yang hadiah itu diterima.

15

Page 19: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

C) Bentuk, Amaun Atau Nilai Hadiah Sepadan Atau Tidak DenganMaksud Ianya Diberi

(i) Dalam keadaan penerimaan hadiah tidak berkaitan dengan tugas anggota pekerja, maksud bentuk, amaun atau nilai hadiah itu sepadan atau tidak dengan tujuan hadiah itu diberi, hendaklah berdasarkan kepada nilai semasa hadiah itu, dan tujuan atau maksud hadiah itu diterima. Penerimaan hadiah oleh anggota pekerja yang tidak berkaitan dengan tugas, sama ada sepadan atau tidak dengan maksud ianya diberi adalah seperti berikut:

1. Penerimaan hadiah dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi jika nilai semasa hadiah diterima itu nilainya (dalam bentuk wang) melebihi ¼ emolumen bulanan atau melebihi RM500.00, mana yang lebih rendah. Dalam hal ini, penerimaan hadiah itu hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan / Syarikat untuk kelulusan.

2. Penerimaan hadiah dianggap sepadan dengan maksud hadiah itu diberi dan tidak perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan/Syarikat untuk kelulusan, jika nilai hadiah yang diterima itu kurang ¼ emolumen atau RM500.00 , mana yang lebih rendah. Di samping itu penerimaan hadiah dianggap sepadan dengan maksud hadiah itu diberi walaupun nilainya melebihi RM500.00, jika penerimaan hadiah itu dalam keadaan berikut :

Penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan anggota pekerja;

Penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak termasuk anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu/bapa termasuk ibu mertua dan bapa mertua dan adik beradik termasuk sebelah isteri atau suami;

Penerimaan hadiah daripada saudara-mara dan rakan-rakan sempena majlis hari jadi, pertunangan dan perkahwinan anggota pekerja atau anak-anak, atau apa-apa majlis lain yang berkaitan dengan adat resam dan agama; atau

Penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan, kuih-muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya.

16

Page 20: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

(ii) Walau apa pun, sekiranya anggota pekerja masih ragu-ragu dan mendapati penerimaan ini boleh menimbulkan masalah berkaitan dengan tanggungjawabnya sebagai anggota pekerja PBT Pengerang atau boleh menimbulkan syak wasangka bagi dirinya atau orang lain, maka anggota pekerja berkenaan juga boleh melaporkan penerimaan ini kepada Ketua Jabatan.

(iii) Jika seseorang anggota pekerja berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan atau hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang anggota pekerja untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini, maka hadiah itu boleh di terima secara rasmi tetapi anggota pekerja itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihal lengkap dan anggaran nilai hadiah dan dalam hal keadaan yang hadiah itu diterima.

D) Pemberian Hadiah Yang Sukar Ditolak

(i) Semasa menjalankan tugas, kadangkala sukar untuk anggota pekerja menolak pemberian hadiah kerana jika menolak pemberian itu akan memalukan si pemberi atau menimbulkan keadaan serba salah:

1. Semasa menjalankan tugas di seminar, simposium, bengkel, kursus atau mana-mana majlis rasmi yang lain termasuk di peringkat antarabangsa, pihak penganjur tidak memberitahu pemberian hadiah terlebih dahulu; atau

2. Semasa menjalankan tugas di daerah atau di kampung di mana masyarakat atau pemimpin di peringkat daerah atau kampung memberi buah-buahan, sayur- sayuran, makanan dan hasil kerja tangan penduduk kampung atau sebagainya.

(ii) Dalam keadaan sukar menolak pemberian hadiah yang ada kaitan dengan tugas, anggota pekerja dibenarkan menerima hadiah berkenaan dan kemudiannya sekembalinya di pejabat, beliau hendaklah melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan sewajarnya.

17

Page 21: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

(iii) Walau bagaimanapun, bagi memudahkan urusan pentadbiran anggota pekerja dikehendaki hanya melaporkan sahaja kepada Ketua Jabatan tanpa perlu kelulusan Ketua Jabatan, jika pemberian hadiah yang sukar ditolak itu :

1. Nilainya kurang dari RM200.00;

2. Berbentuk lencana (‘plaque’) atau ‘pennant’ atau barang-barang kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh individu / organisasi berkenaan atau apa-apa bentuk bahan bercetak yang berkaitan dengan Jabatan itu dan bertujuan untuk promosi Jabatan / Syarikat atau negara; atau

3. Dalam bentuk barang-barang yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kuih-muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya.

E) Penerimaan Hadiah Yang Menjadi Kesalahan

Walau bagaimanapun penerimaan hadiah itu, sama ada kurang atau lebih dari nilai yang dinyatakan di atas atau sama dengan nilai tersebut, adalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang jika ia diterima dalam keadaan-keadaan berikut :

1. Hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah (‘corrupt or with corrupt intention’) bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada anggota pekerja itu bagi melakukan atau tidak melakukan (‘to forebear’), atau kerana telah melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal- ehwal atau urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan kerja- kerja rasminya;

2. Orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasmi anggota pekerja itu sendiri atau dengan kerja rasmi seseorang anggota pekerja di bawahnya dia bekerja dan pemberian serta penerimaan itu tidak dibuat dengan suci hati (‘not in good faith’) sebaliknya ia dilakukan dengan satu niat jenayah (‘mens rea’); atau

3. Hadiah itu diterima dengan niat jenayah (‘mens rea’) daripada seseorang, yang anggota pekerja itu ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh anggota pekerja itu.

18

Page 22: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

F) Keputusan Ketua Jabatan / Pengurusan Tertinggi PBT Pengerang

Ketua Jabatan / Pengurusan Tertinggi apabila menerima laporan mengenai penerimaan hadiah oleh anggota pekerjanya yang memerlukan keputusannya, boleh membuat keputusan seperti berikut:

1. Membenarkan anggota pekerja menerima hadiah itu;

2. Mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah itu kepada sipemberi; atau

3. Hadiah itu disimpan oleh Jabatan.

Ketua Jabatan semasa menimbangkan permohonan anggota pekerja hendaklah melihat kriteria-kriteria seperti di Lampiran 1(i).

Ketua Jabatan boleh meminta anggota pekerja memberi penjelasan, sekiranya meragui apa-apa penerimaan hadiah oleh anggota pekerja. Ketua Jabatan juga hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa tatatertib atau mana-mana pihak berkuasa lain, sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran terhadap apa- apa peraturan atau undang-undang berkaitan penerimaan hadiah oleh anggota pekerja.

G) Penerimaan Sumbangan /Hadiah Daripada Pihak Swasta DanSebagainya

Jabatan / Pihak Pengurusan Tertinggi dibenarkan menerima sumbangan/hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain. Walaubagaimanapun, penerimaan hadiah itu mestilah memperolehi kebenaran daripada:

1. Timbalan Yang Dipertua / Setiausaha, jika nilai hadiah tiap-tiap satu kurang daripada RM10,000.00. Kuasa Timbalan Yang Dipertua / Setiausaha meluluskan penerimaan hadiah ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti di Lampiran 1(ii); atau

2. Yang Dipertua, jika nilai hadiah tiap-tiap satu bernilaiRM10,000.00 atau lebih.

3. Setiap permohonan oleh Jabatan / Pihak Pengurusan Tertinggi kepada pihak yang meluluskan penerimaan hadiah tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti dinyatakan di Lampiran1 (iii).

19

Page 23: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

H) Pemberian Hadiah Dalam Majlis Rasmi

i) Jabatan tidak digalakkan memberi hadiah kepada para tetamu khas yang merasmikan atau yang terlibat dalam apa-apa upacara rasmi Jabatan.

Walaupun demikian, jika hadiah itu didapati perlu diberi atas sebab-sebab tertentu, maka pemberian itu bolehlah dibuat, tetapi pemberian hadiah itu hendaklah berbentuk lencana (‘plaque’) yang tidak mahal harganya, ‘pennant’, barang- barang kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh PBT Pengerang atau apa- apa bentuk bahan atau barangan bercetak atau pemberian pakej-pakej hotel / resort, rawatan perubatan dan sebagainya yang berkaitan dengan PBT Pengerang dan bertujuan untuk promosi PBT Pengerang.

ii) Apa-apa sumbangan yang diperolehi hendaklah dipastikan tiada unsur-unsur paksaan, tidak menimbulkan syak dan keraguan dan beban kepada mana-mana pihak agar ianya tidak mencemarkan nama baik PBT Pengerang keseluruhannya.

Di samping itu, hendaklah juga diambilkira dari segi jumlah dan kekerapan sumbangan tersebut diterima. Sumbangan yang diperolehi itu juga hendaklah digunakan untuk tujuan kepentingan PBT Pengerang secara keseluruhan.

20

Page 24: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

LAMPIRAN 1 (I): SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH

Ketua Jabatan semasa menimbangkan permohonan dari anggota pekerja untuk menerima hadiah yang dibenarkan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut: -

1. Hendaklah mempastikan hadiah yang diterima itu dibenarkan di bawah garispanduan ini.

2. Penerimaan hadiah itu tidak menimbulkan syak anggota pekerja t e l a h menggunakan kedudukannya atau kuasa yang ada padanya untuk memperolehi hadiah itu.

3. Mengambilkira kekerapan anggota pekerja tersebut menerima hadiah.

4. Hubungan antara anggota pekerja dengan pemberi hadiah tersebut, khususnya mengenai tugas-tugas dan kuasa yang ada pada anggota pekerja itu.

5. Sentiasa menjaga kepentingan Jabatan dan PBT Pengerang secara keseluruhan.

21

Page 25: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

LAMPIRAN 1 (II): SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH OLEH JABATAN & PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI

Kuasa meluluskan penerimaan hadiah oleh Timbalan Yang Dipertua atau Setiausaha adalah tertakluk kepada peraturan berikut :-

1. Hadiah yang diterima hendaklah diberikan oleh penderma secara percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan. Penderma-penderma pula tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan PBT Pengerang.

2. Hendaklah dipastikan barang-barang atau peralatan yang dihadiahkan adalah yang belum terpakai dan alat-alat gantinya pula mudah diperolehi serta memberi manfaat atau faedah kepada Jabatan, PBT Pengerang atau negara amnya.

3. Sesuatu hadiah itu diberikan oleh penderma secara sukarela dan bukan atas permintaan Jabatan yang berkenaan. Jabatan adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah atau derma dari mana- mana pihak sama ada pertubuhan atau orang perseorangan.

4. Penerimaan sesuatu hadiah itu tidak akan menyebabkan pengujudan jawatan baru bagi mengendalikannya. Dalam hal ini, ketua-ketua Jabatan dan pegawai kewangan hendaklah memastikan bahawa anggota pekerjanya yang terlatih telah sedia ada dan mencukupi untuk mengendalikan hadiah yang diterima.

5. Peruntukan Jabatan adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah yang diterima.

6. PBT Pengerang adalah bertanggungjawab mempastikan hadiah yang diterima digunakan mengikut apa yang dihasratkan oleh penderma.

7. Semua hadiah yang telah diluluskan penerimaannya hendaklah dimasukkan ke dalam inventori PBT Pengerang.

8. Pengurusan Tertinggi PBT Pengerang hendaklah mengambil tindakan dengan mewujudkan akaun amanah yang sesuai bagi semua hadiah yang berupa wang tunai.

22

Page 26: KERJA ANDA DAN ANDA · Web viewWalaubagaimanapun, langkah terbaik adalah melantik Syarikat profesional berdaftar sebagai agen bagi transaksi berkenaan. iii. Sekiranya komisyen sememangnya

LAMPIRAN 1 (III) : PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KELULUSAN PENERIMAAN HADIAH

Perkara-perkara yang perlu ada di dalam laporan semasa mengemukakan permohonan adalah sebagaimana berikut :-

1. Nama pihak yang memberi dan alamat.

2. Tujuan hadiah itu diberi.

3. Setakat mana kaitan sipemberi dengan Jabatan, jika ada.

4. Jenis / bentuk hadiah.

5. Nilai hadiah.

6. Syarat-syarat yang dikenakan oleh pemberi, jika ada.

7. Kegunaan / faedah hadiah kepada Jabatan atau sebagainya.

8. Ulasan Ketua Jabatan.

9. Maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

23