kepimpinan yang berkesan boleh membawa perubahan kepada tingkahlaku kakitangan organisasi

27
KEPIMPINAN YANG BERKESAN BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA TINGKAHLAKU KAKITANGAN ORGANISASI KEPIMPINAN YANG BERKESAN IALAH KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ORGANISASI, SIKAP SERTA TINGKAHLAKU KAKITANGAN. JABATAN PENDIDIKAN JAS MANI DI IPG KKB Oleh Mohd.Yazid Bin Deraman Ketua Jabatan [email protected] . RINGKASAN EKSIKUTIF Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Di Institut Perguruan Kota Bharu, Pengarah adalah pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB adalah perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap pencapian matlamat organisasi. Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengamn kualiti kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu peminpin yang dapat menigkatkan martabat

Upload: al-najib

Post on 03-Aug-2015

92 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

KEPIMPINAN YANG BERKESAN BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA TINGKAHLAKU KAKITANGAN ORGANISASI

KEPIMPINAN YANG BERKESAN IALAH KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ORGANISASI, SIKAP SERTA

TINGKAHLAKU KAKITANGAN. JABATAN PENDIDIKAN JAS MANI DI IPG KKB

Oleh

Mohd.Yazid Bin DeramanKetua Jabatan

[email protected].

RINGKASAN EKSIKUTIF

Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang

berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik

atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan

mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Di Institut

Perguruan Kota Bharu, Pengarah adalah pemimpin atau peneraju dan merupakan

orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB

adalah perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan

terhadap pencapian matlamat organisasi.

Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengamn kualiti kepimpinan.

Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu peminpin yang

dapat menigkatkan martabat organisasi. Berdasarkan fakta dibuktikan dalam

penulisan ini, kepimpinan di organisasi saya sekarang telah memainkan peranan

penting dalam kepimpinanya untuk mengubah organisasi dan juga sikap kakitangan.

Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di IPKB mempunyai perkaitan dan

pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (guru pelatih) dalam usaha mencapai

wawasan pendidikan negara bertaraf dunia dan merialisasi wawasan Plan Induk

Page 2: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

Pembagunan Pendidikan. Kepimpinan yang berkesan kakitangan kometmen tinggi

dedngan moto,Gigih, Iltizam, Cemerlang, IPKB akan meneraju perubahan.

Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha mencapai objektif

kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi kelompok,

mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan tidak boleh lari dari

pengaruh mempengaruhi pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin penting

dalam pembentukan dan hala tuju organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang

mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah

pencapaian sesuatu objektif organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses

mempengaruhi kegiatan manusia mencapai gol organisasi. Kunci dalam kepimpinan

ialah pengaruh. pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan

sesuatu kepimpinan.

Organisasi yang berjaya dibezakan dengan organisasi tidak berjaya bergantung

kepada gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung

kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesaan dipimpin oleh

pengetua yang cemerlang (Abd.Karim 1989). Atang Long dalam

kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang

tinggi dalam bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang mempunyai

kepimpinan yang berkesan. Pakar pengurusan dan psikologi menjelaskan tiada satu

bentuk kepimpinan yang tertentu mencapai matlamat organisasi, oleh itu kepimpinan

terbuka kepada perubahan dan kedaan persekitaran..

Pengurusan dan kepimpinan dua perkara saling berkaitan dan bersepadu, ini

kerana pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti

kepimpinan. Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan akan dapat mengerakkan

anggota organisasi melaksanakan tugas dengan penuh didikasi ke arah mencapai

aspirasi dan objektif yang dirangka. Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan

bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang dapat mengerakkanya supaya

dapat dilaksanakan, salah satu pengerak dengan dengan kepimpinan yang

berkesan . Pemimpin yang berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku

kakitangan dari sedia wujud kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan

mempunyai matlamat pencapian. Ini dilakukan dengan mencipta wawasan

Page 3: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

organisasi, menanam semangat bertanggungjawab melaksankana perubahan pada

pekerja dan menyemai budaya dan strategi baru bagi organisasi. Kepimpinan yang

berkesan tidak dapat dinafikan terbukti boleh mempengaruhi organisasi dan

tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya .

Kepimpinan Berkesan

(Husin.1993) dalam buku, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, membezakan

keberkesanan sekolah ialah kepimpinan pengetua. Kepimpinan pengetua yang

dinamik dan bersungguh merupakan pembolehubah membawa kejayaan sekolah.

Pengetua berkesan ialah pengetua yang memainkan peranan sebagai pemimpin

yang mempunyai wawasan jelas tentang organisasinya dan kaki tanganya.

Menurutnya ada 4 peranan pemimpin untuk mencapai perubahan organisasi dan

perubahan sikap kakitangan:-

1             Mempunyai kemahiran teknikal, pemimpin misti bertindak sebagai jurutera

perubahan. Tumpuan misti kepada teknik pengurusan dan pentadbiran yang cekap,

mahir manupulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang

maksimum. Kemahiran termasuk, perancangan, pengelolaan, penjadualan dan

penyelarasan.

2             Pemimpinan berperanan sebagai jurutera manusia. Peminpin sewajarnya mahir dan

cekap dalam aspek perhubungan manusia dalam organisasi, termasuk membina

dan memngekalkan moral tinggi dikalangan kakitangan, mengalakkan inovasi,

kreativiti dan memberi sokongan kepada kakitangan.

3             Pemimpin utama organisasi, memyumbang kepakaran . Ia misti mahir dalam

pengurusan, kurikulum, dignosis keperluan kakitangan, penilian, atau pencerapan

yang berkesan.

4             Pemimpin simbolik, sebagai ketua yang memberi isyarat tentang nilai, kepentingan ,

tujuan atau wawasan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Pemimpin turun

kebawah, melihat sekitar organisasi, mengetuai upacara rasmi, cuba mengenali

kakitangan dengan lebih dekat

Page 4: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

5             Pemimpin budaya. berusaha mencari, mentafsir dan memperkokohkan nilai,

kepercayaan dan unsur budaya menjadikan organisasi itu unit. Mengadakan aktiviti

sosialisasi kakitangan dan pelajar, pelasjar dengan budaya organisasi. Upacara

memberi hadiah, penghargaan dapat mengekalkan imej dan prestasi organisasi.

Kepimpinan pengetua yang berkesan dapat memperbaiki tabait kerja kakitanganya

ke arah kemajuan sekolah. membimbing, menunjuk ajar dan sentiasa memupuk

semangat kerjasama. Disamping itu juga sentia memberi sokongan kemahiran

pengajaran, pengurusan bilik darjah dan memberi galakan inovasi serta

mengemukakann idea-idea baru pada kakitangan. Pengetua juga sebagai jurulatih

atau guru kepada guru. pengetua juga harus meningkatkan pengetahuan,

kemahijran, kepakaran, prestagi kakitangan. ,membina pada profesioan mereka.

Para penyelidik dan ahli tiori dalam pendidikan mengatakan pengetua yang

berkesan menyelia dan membimbing guru, berperanan sebagai pemerhati,

penyelaras, pembimbing dan sebagai tempat rujukan dalam organisasi.

Mengikut (Jaafar 1992) terdapat garis-garis panduan yang boleh digunakan untuk

menjadi pemimpin berkesan dan membawa perubahan keoada organisasi dan

kakitanganya :-

1. Kebanyakan pemimpin terdiri dari mereka yang berpengaruh, pintar, agresif,

berinisiatif dan mempunyai kenyakinan diri dan kebolehan menyelia.

Pemimpin periu membuat keputusan, penilian diri dan peningkatan

kenyakinan diri.

2. Mengetahui dan mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan. Memahami

gaya tersendiri untuk mengekalkan keadaan fleksibel supaya dapat

menyesuaikan dengan pelbagai situasi yang berkenaan.

3. Mempercaya perkara yang baik tentang orang lain. Pemimpin yang

berkesan, persenel yang bijak , bertanggungjawaab dan ingin menyelesaikan.

4. Memenuhi keperluan kakitangan. Pemimpin berkeupayaan mendorong,

menyakin kakitangan untuk berusaha mencapai matlamat organisasi.

Page 5: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Pemimpin berkesan membentuk matlalmat

untuk dijadikan panduan staf, menguatkuasa peraturan yang terancang dan

rapi untuk melaksanakan tugas.

6. Bertindak sebagai pemimpin. Bertindak seperti yang dijangka dan yang di

inginkan oleh pengikut agar sanjungan setaraf dengan pemimpin

Kajian tentang Teacher Perceptions of principle’s leadership as Related to School

Efekteniveness (Geltner 1981). lima peranan Pengetua yang berkaitan dengan

keberkesanan pentadbiranya:-

1. Ahli Falsafah sekolah - Pengetua merupakan orang penting kehidupan

mereka di sekolah. Dia menyampai dan mempercayai matlamat dan tujuan

tugasnya. Guru berkongsi kepercayaan dan sokongan melalui perpaduan

yang wujud.

2. Sebagai Model Pendidikan – Sebagai model dapat mengubah tingkahlaku

guru.

3. Penyokong pendidikan- Sumber untuk mendapat sokongan. Sokongan

pengetua berkesan dan mendalam kepada guru dan profesion semenjak

bertugas dan sentiasa kekal dan diperkukuhkan.

4. Rakan sependidikan (Educational partner). Sebagai rakan sejawat oleh

guru dalam hubungan dengan pelajar dan ibu bapa. Berpengetahuan dalam

prestasi pelajar, berusaha secara kolektif mencapai matlamat pengajaran.

5. Memulakan perubahan pendidikan (Educational innovator). Peneraju

pelaksanaan inovasi sekolah. Perubahan wujud hasil pengembelengan guru

dan pengetua. Guru merasakan mereka terlibat membuat keputusan refomasi

sekolah.

Kesimpulannya, seorang pemimpin adalah seorang pendorong yang berkesan. Ia

mampu mendorong anak buahnya dan dapat mengubah mereka kearah yang baik,

lebih hebat dari kedaan asal. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai

pembolehubah yang sangat penting pada organisasi, kerana tampanya organisasi

Page 6: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

akan menjadi longgokan manusia sahaja. Pemimpin yang berkesan dan berwibawa

berperanan besar mencetus idea, inovasi,kreatif dan imaginasi ke arah

pembentukan generasi pendidik yang berketrampilan dan cintakan perubahan.

Kepimpinan berkesan IPKB - Meneraju Perubahan

Wawasan kepimpinan IPKB dewasa peka kepada perubahan pesat dunia

pendidikan. Pemimpin IPKB yang lepas dan sekarang sentiasa bersedia menganjak

paridma. melakukan lonjakan guantum dengan merubah dan meruntuh tembok

penghalang utama yang menolak perubahan ( Resist Change).Ken Blanchard

pengarang buku ”Thed One Minutes Manager” menyatakan :-

Bila memikir perubahan kita sering memikir perkara yang lepas, bukan

perkara yang kita dapat.

Setiap orang mempunyai tolerensi yang berbeza terhadap perubahan

Sekali pun perubahan telah berlaku, kita secara fitrahnya mahu meletak

perkara-perkara kembali kepada keadaan asal.

Stiven Corvey (1989) dalam bukunya. The Saven Habits of Highly Effektives People.

menyatakan dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status ‘

Orang-orang yang paling berkesan’ iaiatu tahap ’memenangi peribadi’.dan

’memenangi publik’. Tiga tabiat (habit) yang fundsmental bagi seseorang memenngi

diri peribadi adalah:-

Jadilah proaktif (Be Proactive)

Mula dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the end in mind)

Buat dahulu perkara pertama (Put first things first)

Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersonal) tabiat yang perlu diamalkan

ialah:

Fikir menang-menang (Think Win-Win)

Fahami dulu kamudian minta difahami (Seek first to understand and then to

be understood)

Page 7: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

Sinergy (Synergize)

Tajamlah mata gergaji (Sharpen the saw)

Berdasarkan kepada kenyataan diatas, perubahan tidak akan terjadi tampa

pengerak atau penyebabnya. Cabaran pendidikan masa kini sangat memerlukan

kepimpinan IPKB berubah mengikut peredaran dan cabaran pendidikan alaf baru.

Sebagai negara yang sedang berkembang pesat mencapai wawasan 2020, sektor

pendidikan dan wawasan IPKB menjana tenaga pengajar memerlukan perubahan

dan anjakan paridma yang dapat merintis ke arah alaf baru dalam segala aspek.

”Sememangnya tugas ini amat berat, saya memerlukan pasukan benar-benar komited,amanah, jujur

dan sanggup berkerja keras untuk memastikan segala perancangan kita dapat kita laksanakan

dengan cekap dan berkesan, dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.,”

YB Dato Sri Hisamudin Tun Husin On-Perutusan Tahun Baru 2006.PIPP ms 30

1.Pendidikan Bertaraf Dunia

”Pendidikan bertaraf dunia, merupakan satu komitmen kepimpinan IPKB masa kini

dalam menyumbang dan memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ditingkat ke

arah standart yang tinggi dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.

Dalam wacana Dasar Pendidikan negara, pendidikan bertaraf dunia meletakkan ,

membawa implikasi dan impak yang serius kepimpinan pendidikan guru masa kini.

Instuitut Pendidikan Guru dan kepimpinannya , telah bersedia dengan wawasan

melahirkan genarasi pendidik guru yang mengamalkan, budaya fikir, kritis, kreatif

dan inovasi. Hanya manusia yang berdaya fikir dapat bersaing di medan antara

bangsa, menjana idea ke arah penbangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya,

bangsa dan negara.

’ Kita perlu ingat bahawa sini tampa sempadan ini, anak-anak kita tidak lagi bersaing sesama mereka,

tetapi bersaing dengan seluruh masyarakat dunia.’

YB Dato’Sri Hasamudin Tun Husin .Perutusan tahun baru 2006-PIPP ms 118

Page 8: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Misi Nasional dalam jangka 15 tahun akan datang beriltizam menjadikan Malaysia

menjadi negara maju yang teguh, bersatu, memberi penekanan yang tinggi

melahirkan modal insan kelas pertama selaras dengan dengan sistem

nilai, budaya dan pengayatan Islam Hadari dan era globalisasi .Untuk memastikan

wawasan negara tercapai Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dirangka

sebagai garis panduan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif

dan menyeluruh dalam menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua.

Kepimpinan pendidikan masa kini terutama kepimpinan IPKB harus berubah ke

arah, selaras dengan plan PIPP dan memfokuskan pengurusan masa depan bagi

membentuk dan menyediakan landasan yang kukuh membentuk generasi bangsa

Malaysia yang akan datang dan corak pembangunan negara . Kepimpinan IPKB

tidak terkecuali, dalam merencana idea dan perancangan yang koperehensif bagi

merialisasikan wawasan ini.. Kepimpinan IPKB peka pada perubahan dalam

membantu pembentukan sikap kakitangan dalam penghayatan PIPP. Pemimpin di

organisasi IPKB telahpun memberi fokus utama dalam perancangan sedia ada agar

enam teras ini di hayati dalam progranm-program Institut dengan

cemerlang .Menjadi misi dan visi IPKB untuk menyediakan bakal guru masa depan

yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti perancangan dalam PIPP.

’Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini bertujusn untuk memperkemaskan pelaksanaan program

pendidikan serta memantapkan proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan’

YB Datuk Seri Abdullah Abdullah Badawi- Perutusan pelancaran PIPP

’Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program

pendidikan serta memantapkan proses pembinaan modal ibsan secara menyeluruh dan berterusan

supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa.

YB Dato’Sri Hishamuddin Tun Hussen- Perutusan pelancaran PIPP

Perubahan pendidikan guru di IPKB.

Page 9: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

IPKB organisasi pendidik guru tertua di Malaysia dan terunggul di Kelantan Sebagai

orfganisasi latihan guru yang dinamik. dimana segala perubahan yang berlaku

sekarang adalah direncana, dilaksana dan dipantau oleh kepimpinan untuk

meningkatkan keupayaan sebagai intitusi perguruan yang pertama dan yang utama.

Dari dulu dan sekarang IPKB membukti keunggulan dan kewibayaan melahirkan

ribuan tokoh pendidik dan pemimpin masyrakat. Jika dicantum dengan sejarah dan

masa depan ,IPKB kini misti menghadapi cabaran lebih hebat lagi untuk menghasil

guru permulaan di alaf bara negara maju selari dengan wawasan 2020 dan hasrat

kepimpinan negara. Perubahan masa kini menuntut kepimpinan yang berkesan dan

kakitangan yang dinamik yang berperestasi cemerlang segi keilmuan, sikap, gaya

pemikiran. Kepimpinan IPKB sekarang telah berusaha dan bergerak membina

landasan budaya profesionalime keilmuan pada kakitangan dengan kompitensi

pengkulihan, konsultasi, penyelidikan dan pembinaan modal insan minda kelas

pertama. Perubahan meningkatkan kualiti kecemerlanan pendidikan guru yang

dibuat kepimpinan sekarang telah disokong secara kolektif dan strategik oleh

kakitangan . Antara perubahan dan cabaran di IPKB ke alaf baru:

1. Pentadbiran dan mengurusan berteraskan kualiti pengurusan berpandukan

pengurusan kualiti MS ISO 2000.

2. Pengurusan strategik berasakan misi/visi/objektif dan piagan pelanganag.

3. Naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Perguruan.-Mengeluarkan

Diploma Perguruan, Ijazah Pendidikan.

4. Budaya IPKB- Fokus kecermerlangan dan kepakaran setiap jabatan dan

institut- sebagai panda aras kecemerlangan

5. Sumber rujukan padagogi- Kursus dalam perkhidmatan dan kursus pendek

disekolah.

6. Pusat latihan guru bestari kepada guru sekolah .menegah dan rendah di

Kelantan

7. Program kembar dengan universiti luar negara- University of Hertfordshire

England.- B.Ed (Hons) Primary Mathemetics., Universiti Mahjong –B.Ed Tesl)

8. Program kembar dengan universiti dalam negara. UITM dan USM.

Page 10: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

9. Pusat latihan guru J-Qaf dan Guru SAR Kelantan.

10. Perkongsian pintar dengan Universiti Malaysia Kelantan.& Universiti Terbuka

Malaysia.

Kepimpinan IPKB melalui pengurusan strategik

Kepimpinan yang berkesan melalui pengurusan yang strategik diamalkan di IPKB

untuk memastikan organisasi IPKB bersaing dengan dunia mencabar ini.

Untuk mencapai matlamat organisasi dan membawa perubahan kepimpinan yang

berkesan, pengurusab berwawasan serta mempunyai hala tuju yang jelas menjadi

teras kepada kejayaan (Edaris Abbu Bakri-2005-Pengurusan Strategik

konsep dan aplikas. Pemimpin terdahulu di IPKB telah memimpin dengan

cemerlang dan meletak asas yang kukuh kepada kepimpinan sekarang bagi

meneraju perubahan dam pendidikan guru. Kajian kepimpinan IPKB (Yazid 1997.)

bertajuk ’Gaya kepimpian IPKB dengan iklim organisasi’ menggunakan Iventori

Diskriktif Tingkah Laku Ketua (SBDQ – Sepervisory Behevior Description

Questionnaire) berdasarkan kepada tingkahlaku pertimbang (consideration),

Pendayautama Struktur (Initiating), Penekanan kepada pengeluaran (Production

Emphesis) dan sensiviti sosial (Social Sensitivity). Keberkesanan gaya kepimpinan

ini di lihat pertalian dan kesan kepada iklim organisasi dengan menggunakan

Iventeri Persepsi Terhadap Iklim Organisasi ( WES-Work Environment Acale).

Dapatan kajian membuktikan kepimpinan yang berkesan telah memberi kesan

kepada perubahan organisasi , sikap dan tingkah laku kaitangan untuk mengekalkan

kecemerlangan insitusi dibawahnya.(Lampiran I ). Selepas kajin tiga pengarah

meneraju kepimpinan IPKB iaitu Tn.Hj Abd.,Rahman, Th.Hj Mohamad Othman dan

Tn.Hj Sallehudin Abd Wahab. Mereka ini adalah Pengarah berwibawa dan

cemerlang dan telah memimpin IBKB dengan cemerlang dalam menongkak arus

dan menghadapi cabaran pendidikan hari ini.

Bagaimana kepimpinan IPKB memain peranan untuk menangani, membawa dan

mengekalkan perubahan organisasi dan memastikan kakitangan berkhidmat dengan

selari dengan Moto IPKB, GIGIH, ILTIZAM, CEMERLANG. Pemimpin IPKB

(Pengarah) mempunyai kualiti sebagai pemimpin yang berkesan meneraju

Page 11: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

perubahan IPKB. Ketiga pengarah sebelum ini memimpin Instuitut ini berdasarkan

kepada kepimpinan yang berkualiti.dan pengurusan strategk yang berkesan.

1              Merujuk kepada Razali Mat Zain (1989) dalam buku’ Tiori Kepimpinan

Dalam Pengurusan’ saya menganalisa peranannya dan kekuatan yang ada pada

kepimpinan IPKB

          i. Kepimpinan sekarang mempunyai ciri kepimpinan yang berupaya

menetapkan matlamat, mengarah serta menyelaras tugas, aktiviti Institut dan

Jabatan dan pentadbiran untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Beliau

dengan kerjasama Ketua-ketua jabatan dapat mempengaruhi kakitangan berusaha

mencapai objektif IPKB melahirkan guru berwatak, berketerampilan dan berkesan

dalam profesion perguruan.Pelbagai program dilaksanakan dimana Pengarah

menjadi Penasihat atau peraju dan hasilnya mendapat kejayaan baik peringkat,

Institut, Negeri atau Kebangsaan (Lampiran II.)

        ii. 

ii Memberi Kepuasan kakitangan dan menghasilkan prestasi kerja yang

cemerlang. Membuat pemantauan program dan aktiviti atau hasil kerja pekerja,

Teguran ditempat kerja atau melalui mesyuarat Staf dan Ketua Jabatan dan ia

mencadang penambahbaikan membaiki prestasi tersebut.

iii Yakin dengan kepimpinan, membuat keputusan secara berhemah, memenuhi dan

memberi perhatian keperluan ahli, Minat luas pelbagai aktiviti organisasi dan

kakitangan. Tiada sifat pemarah malah bersifat kesempurnan, merasa puas dengan

pekerjaanya.

2        Sabri Saleh (1998) ’ Kepimpinan Sekolah Berkesan’ dalam Seminar Sekolah

berkesan, di Perlis ,1998. menjelaskan tiga kualiti pengetua yang berkesan dan ciri-

ciri saya melihat digunakan dalam kepimpinannya.

          i.        Pengarah saya mahir dan jelas halatuju dan fokus (Misi, Visi) organisasi dan

mampu, berani merencana tindakan untuk merialisasinya. baik dalam mesyuarat,

arahan, percakapan dan sikapnya ialah ke arah untuk mencapai misi dan visi

Institut. Kepada organisasi dan kakitangan beliau meletakkan harapan yang tinggi

mencapai hasrat yang dibena bersama. (Lampiran.III)

Page 12: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

    ii.            Ia Menetapkan tempah masa (time –Frame) menyiapkan satu tugasan,

Pelbagai langkah drastik beliau lakukan, terutama mendapat sokongan dan

kerjasama kakitangan terutama ketua jabatan dan

   iii.            pensyarah. Beliau sentiasa merujuk dan bertindak berdasarkan Piagam

Pelanggang IBKB dalam perlaksanaan MS ISO ( Lampiran IV ).

       iv.        Beliau akan pengesahan matlamat yang hendak dicapai. Sekiranya ada

kelemahan dan kecuai tindakan pembetulan akan dilakukan dengan

        v.        segera. Pengerusi atau ketua jabatan yang berkenaan dengan program akan

berbincang dengan beliau dan melapor secara rasmi dalam mensyuarat Majlis

pengurusan pentadbiran profesianal (Lampiran.V) dan mesyuarat majlis kualiti dan

penambahbaikan kualiti ( Lampiran V I)

3              Dr.Robiah Sadin (1998.ms 49) dalam bukunya ’Asas Pentadbiran” Pemimpin

berkesan adalah ketua kumpulan, pemandu,menyelaras kegiatan ,pemimpin

membuat tindakan dengan mengerakan strukrur berasaskan intarksi pelbagai

bahagian , mempengaruhi kegiatan setiap bahagian untuk mencapai keberkesan

organisasi.

          i.            Pengarah meneraju kepimpinan untuk membina,menyelaras manual prosedur

kerja bersama ketua jabatan dan ahli majlis IPKB. Ia.merupakan dokumen yang

penting di gunakan oleh kepimpinan kepimpinan Instutut dalam memastikan

perjalanan mengikut perancangan dan landasan yang. Pembahagian tugas,

perancangan Jabatan atau bahagian dengan peruntukan dipohon nadi utama

pengerakan aktiviti Institut dan meneraju perubahan. Pengarah

        ii.            menunjukan komitmen tinggi mengurus aktiviti jabatan dan beliau akan membuat

semakan dan pemantauan terancang melalui penilian program pertengahan tahun

dan akhir tahun dan dilapor dalam mesyuarat perancangan. (lampiran. VII)

4              Mohd.Alshari (1998) Kertas kerja ’Kepimpinan berkualiti pengerak kearah

keberkesanan pengurusan organisasi efektif) dalam Kolikium Nasional

5              Angkatan Kepimpinan Abab ke 21, Usaha mementukan kemantapan sistem kualiti

MS ISO 9000, merupakan usaha penambahbaikan .Konsep KAIZEN ditekan untuk

menjamin organisasi terus bersaing.

              i.        Memimpin dan mengurus melalui sistem kualiti.(MS.ISO-9000). Pengarah

ialah Timbalan Wakil Pengurusan dan Timbalan Pengarah pengerusi pelaksana dan

Ketua Jabatan sebagai Pemegang Dokumen Kualiti MS ISO.Mengurus melalui

Page 13: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

majlis kualiti MS ISO 9000.Untuk memastikan pejalana MS ISO mengarah

berupaya meningkatkan kemahiran dan keterampilan tinggi dan berkualiti mengurus

IPKB. Belia memberi keutamaan komitmen, dan pengurusannya dan pengayatan

budaya kualiti kepada kakitangannya yang berkonsep kepada keperluan

pelanggang. Melalui, mesyurat majlis kualiti, Pra –MKSP, pemegang dan pengerak

prosedur kualiti ,audit dalaman, audit pematuhan, pemantauan pajlis kulliti .BPG.

Laporan penambaibaikan kepimpinan IPKB kosisntesi menyediakan perkhidmatan

berkualiti

( lampiran VIII)

            ii.        Sistem yang mantap dan menyesuaikan dengan keperluan

pelanggang.Organisasi penyelidikan di IPKB sebagai pusat pengajian tinggi dan

pendidikan guru yang unggul, berasaskan kepada empat peranan iaitu pengajara,

penyelidikan, penerbitan, dan perhidmatan. Kepimpinan IPKB memastikan setiap

jabatan membuat kajian tindakan terbaharu jabatan , Institut dan BPG. Pengarah

melibatkan diri aktif dalam Mesyuarat pemantau, program keilmuan penyelidikan dan

sokongan dalam menyiapkan penyelidikan amalan IPKB. Pengarah bercita-cita

menjadikan warga Institut mempunyai budaya penyelidikan dan menjadikan

organisasi penyelidikan penyelesaian malasah secara ilmiah dan sumbangan

kepada globalisai ilmuan.Seminar penyelidikan peringkat Inastitut, Zon dan

kebangsaan merupakan program tetap IPKB. Penerbitan melaui majalah Kijang Mas

, Jurnal penyelidikan ,Jurnaal ekademik IPKB menjadi tanda aras kepakaran

penyelidikan dan sumbangan pensyarah. (lampiran IX)

6        Hussin Mahmood (1993.ms 136) mengulas kajian oleh Leithwood dan Montgomery

pengetua berkesan ialah mengalakkan staf menilai dan meningkatkan lagi

kecekapam profesional, memberi sokongan staf perubahan amalan kerja harian,

mengumpul maklumat amalan baru organisasi dan melibatkan diri dalam

pelaksanaan program. Kompentensi pensyarah dan pekerja- Staf , merupakan eset

penting yang bagi menjamin pelanggang mendapat perkhidmatan yang

memuaskan.Kepimpinan IPKB

7        sekarang faham akan keperluan memenuhi kehendak pelanggang, pensyarah

yang ada kopentensi layak menyampikan kepakarannya. jika hendak mencapai Misi,

visi dan objektif organisasi. .Kepimpinan IPKB,mestikan satu analisa dibuat status

Page 14: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

kepakaran kakitngan dan keterluan untuk menigkat kepakaran dan standard ditetap

oleh ISO di patuhi. Merit

kopentensi alat yang digunakan oleh oleh kepimpinan IPKB dalam program

Pembangunan Latihan Staf pensyarah serta kakitangan diberi peluang berkursus

dan mendapat kepakaran bidang di Institut , dalam negeri, dan luar negara.Ilmu dan

kepakaran ini diterjemah dalam Pengajaran & Pembelajaran dan melatih guru

berwatak yang diperlukan di sekolah.,( Lampiran X )

8        Menurut Dato’Abdul Shukur Abdullah (1998) masa merasmi Kolokium Nastional

Angkatan Kepimpinan Abab 21 mengatakan salah satu ciri-ciri kepimpinan berkesan

ialah menentukan iklim organisasi yang positif dan kondusif. Kepimpinan IPKB

mengambil berat tentang persekitaran kerja dan belajar yang kondusif. Bilik kuliah

dinaik taraf ddengan kemudahan ICT, perpustakaan bertaraf IPT, Kemudahan

Internet dijabatan, dan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat. Penswastaan

kebersihan dan berkerja berdasarkan kepada konsep gotong diamalkan di IPKB.

Bawah kepimpinan IPKB akan mengambil bahagian pertandingan 3K, Kebersihan,

Keceriaan dan Keselamatan oleh Kementerian, kerana yakin organisasi dan

kakitanganIKB telah dapat mengubah minda dan memberi sumbangan kepada

persekitaran kerja yang kondusif.

9        Untuk menghadapi cabaran dan bersaing dalam era globalisasi kepimpinan IPKB

melangkah dengan bijak untk memastikan Institut ini menjadi pusat pembelajaran

melalui e-mail, word widewebs, teknologi digital, interner, SD-ROM dan bahan

multimedia intrektif. IPKB telah mengadakan ’link

program dengan Universiti of Herffordshire England, melalui program Study Net

(www.studynewt.herts.ac.uk). Keterampilan pensyarah dan kakitangan mengunakan

teknologi sangat diambil berat oleh Pengarah. Kursus-kursus dijalankan dalaman

atau diluar setiasa dijalankan.kepada kakitangan yang mahir atau belum mahir.

Borang metrit kopentensi digunakan oleh pentadbir mengukur tahap pengunaan ICT

kakitangan. (Lampiran XI.)

10    Mohamad (1999.m.s.9) bukunya ‘Cermin, Pengurusan Pendidikan) ..Kepimpinan

yang berkesan dan meneraju perubahan misti berfokus artikulasi kurikulum, dan

penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran. Di IPKB Pengarah akan

memantau pelaksanaan kurikulum dan aktiviti pengajaran, melalui Ketua-Ketua

Jabatan dan Majlis Pepereksaan Pendidikan Guru dan Mesyuarat Pengurusan

Profesional memastikan stadard penjaran pesyarah dibilik kuliah. Tahap pengajaran

Page 15: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

pensyarah. diukur melalui standard kualiti yang ditetapkan iaitu penilian oleh ketua

jabatan dan persepsi guru pelatih kepada pensyarah melalui soal selidik di akhir

semester. Ketua jabatan akan membuat penilaian dan analisis, persepsi pelajar ,

penilian kepada pensyarah dan melapor kepada mesyuarat jabatan, MPPP dan

majlis kualiti . Pesyarah yang tidak melepasi standard diarah oleh pengarah untuk

mengambil tindakan supaya tahap kecemerlangan dikekalkan. Pensyarah mencapai

standard di kehendaki meningkatkan lagi ke standard lebih tinggi. (lampiran XII).

Kepimpinan IPKB memastikan produk dihasilkan mematuihi kehendak

pelanggang..Pemerhatian saya, Pengarah dan kepimpinan IPKB menggunakan MS

ISO sebagai ukuran standard hendak dicapai, tetapi prosedur analisis S.W.O.T

digunakan bagi menangani perubahan organisasi dan kakitangan selaras dengan

kehendak objektifnya. (Lampiran XIII)

SEBAGAI SATU PROSES . DENTIFIKASI KEPERLUAN

DAN PROSEDUR DIRANGKA . AUDIT PERSEKITARAN

SECARA ’LINER ATAU SECARA . PEMBIKNAAN WAWASAN

’CYCLICAL UNTUK MENJADIKAN . PERUMUSAN MISI

Page 16: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

UNGGUL,EFEKTIF DAN EFISYEN. . PENENTUAN MATLAMAT & OBJEKTIF

AKTIVITI, PROSES DAN PREOSEDUR . PEMBENTUKAN STRATEGI

. PELAKSANAAN DAN PENILAIAN

Rajah Analisis S.W.O.T oleh C.W.Hill 1995. Cesec In Strategic Management, New Jersey.

Pengarah dan ketua-ketua jabatan akan membuat penilaian bedasarkan beberapa

perkaran keperluan dalam analisis SWOT.

  Keperluan menyesuaikan polisi

  Keperluan menghadapi pelbagai respon masyarakat terutama pelanggang

  Keperluan memenuhi kehendak dan permitaan kakitangan.

  Keperluan menghadaapi perubahan.

Untuk mencapai tahap perubahan organisasi selaras dengan perubahan dUnia

pendidikan masa kini C.I.P.P ( Stufflebeam) digunakan. Analisa SWOT dan model

semak CIPP penambaihbaikan kerangka kerja .(lampiran XIV) digunakan organisasi

IPKB untuk memperlihatkan perubahan organisasi dan kakitangan ke arah

menghasilkan guru yang berkualiti.

Kesimpulan

Pemimpin IPKB membuktikan keberkesabnasn kepimpinan meneraju perubahan

organisasi dan kakitangan dengan misi, visi yang jelas dan kualitinya dipaparkan

melalui personaliti, kepercayaan dan mental. Setiap Kepimpinan organisasi terutama

pemimpin IPKB, mempunyai keupayaan menigkatkan keefisyen, kecekapan

pengurusan untuk memastikan organisasi cemerlang dan terus bersaing. Kepiminan

Organisasi yang berkualiti sekarang meneraju perubahan, sentiasa membuat

penambahbaikan berterusan, konsisiten dan berfokus kepada keperluan

pelanggang. Perubahan dunia pendidikan, ledakan teknologi maklumat,

memerlukan peminpin IPKB yang berinovasi, efektif dabn berkualiti.

Page 17: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

Sebagai organisasi yang telah mendapat sijil MS ISO tahun 2004, mistilah

mempunyai kepimpinan berteraskan semangat ISO 9000, Komitmen pihak

pengurusan menjadi keutamaan dalam menentukan orgasisasi ke arah sistem

kepastian kualiti. Komitmen kepimpinan IPKB mistilah meliputi aktiviti dan tindakan

pengurusan dan penglibatan pemimpin mistilah secara total.. Sistem kualiti yang

diamalkan oleh IPKB akan menjaminkan penghasilan produk (guru permulaan

terlatih) yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggang (sekolah) Keupayaan

IPKB menyediakan pengurusan berkualiti, sistem yang

mantap akan menjamin sebuah organisasi terus berfungsi lebih efektif.dan berdaya

saing.

Kejayaan IPKB sekarang ini berpunca dari kepimpinan berkesan, dan wawasan

yang jelas., pemimpin yang berfikiran luas,berpandangan jauh, pemimpin berdaya

maju, berinisiatif, kreatif, berinovasi dan semangat yang tinggi. Peminpin yang yakin

pada kepimpinan dan melaksanakan tugas di amanah, produktif, keikhalasan dan

kematangan bertindak sesuai dengan perkembangan semasa dan kehendah

kakitangan. moto ’kepimpinan melalui teladan’ , perancangan berperingkat dan

berterusan, penglibatan semua warga dalam semua aktiviti, penghargaan pada

kakitangan, keputusan secara kolektif dan pendekatan musyarah serta hubungan

baik dengan agensi luar meletakktan kewpimpinan IPKB cemerlang dan dihormati.

Kemajuan dan perubahan organisasi bergantung kepada individu dalam organisasi,

menggunakan kemudahan yang kondusif,tampa pembaziran tenaga dan sumber.

Wawasan pengarah saya, menjadikan IPKB intitusi bestari dari segi hubungan

insan,sahsiah, penampilan sebagai guru unggul, Intitusi latihan guru yang dinamik,

perubahan yang berlaku direncana, dilaksana dan dipantau secara sistematik

supaya menjadi intitusi pendidik guru, yang bitara, yang pertama dan utama.

(Lampiran XI )

Page 18: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

BIBLIOGRAFI

Abdul Shukur Abdullah (1991), Pengurusan Organisasi, Perpektif pemikiradan

Tiori, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Brent Davies, Linda Ellison,Shukur Mohd.Dom (1999), Pemasaran Strategi Sekolah.

Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Neghara Malysia Berhad.

C.NortcoteParkison, MK Rustomy, SA Sapre. (1992), Idea-idea Hebat Tentang

Pengfurusan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Edaris Abu Bakri. (2005), Pengurusan Strategi, Konsep Dan Aplikasi Untuk

Pendidikan. Kuala Lumpur : UtusanPublication & Distributors Sdn.Bhd.

Husin Mahmood, ( 1993), Kepimpinan Berkesan Sekolah, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Jaafar Muhammad (1988) , Asas pengurusan . Petaling Jaya: Fajar Bakti

Johd West-Burham.Tengku Aziz (2004), Mengurus Kualiti Sekolah, Kuala Lumpur :

Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2007),Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-

2010. Putra Jaya : Pustakaan Negara Malaysia.

Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap kecekapoan, Pengurusan Dan

Pentadbiran. Ipoh : Multimedia Es Resources SAdn.Bhd.

Page 19: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

Mohamad Abd.Rahman, (1999),Cermin Pengurusan Pendidikan, Selangor: Pustaka

Ilmi.

Razali Mat Zain (1996) , Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan

Oublication and Distributors Sdn.Bhd.

Robiah Sadin ( 1998),Asas Pentadbir Pendidikan. Selangor, : Pustaka Cipta Sdn.Bhd.

Sharifah Madinah (2007), Faktor Pengetua, Petaling Jaya : Sasbadi Sdn.Bhd.

Yazid Deraman ( 1997). Thesis Sarjana; Gaya Kepimpinan Dengan Iklim Organisasi,

Kuala Lumur : Universiti Malaya.

Yahya Don, (2005), Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia, PTS Profesional Publishing

Sdn.Bhd.