keperluan pertumbuhan pokok hiasan
TRANSCRIPT
TEKNOLOGI PENANAMAN
SAYURAN DAN HIASAN
MASMIZANA BINTI MOHD ZAIN830515-04-5164
PGSR RBT (AMBILAN NOV 2009 – DIS 2013)
-KEPERLUAN PERTUMBUHAN POKOK HIASAN-
KEPERLUAN PERTUMBUHAN POKOK HIASAN
Apa itu tanaman/pokok hiasan?
Tumbuhan yang ditanam untuk menghiasi sesuatu tempat seperti sekitar bangunan, pejabat, pusat perniagaan, sekolah dan rumah.
Ditanam di dalam bekas atau di atas tanah.
JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN
Boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:
Pokok naungan
Pokok renek
Pokok memanjat / menjalar
Pokok palma
Pokok kaktus
Rumput
Pokok bunga semusim
PengenalanSetiap pokok memerlukan pelbagai keperluan asasnya seperti medium tanaman yang sesuai, siraman dan semburan air, dedahan kepada cahaya matahari, pembajaan dan sebagainya yang mencukupi. Tanpa semua ini, pokok yang ditanam tidak mungkin akan menampakkan hasil yang memuaskan.
Antara Jenis Keperluan Pokok
Hiasani. medium tanamanii. kekerapan siraman airiii. dedahan kepada cahaya
matahari iv. jenis bajav. kekerapan pembajaan
Amalan Yang Baik Semasa
Memulakan Tanaman Dengan
1. Mulakan apa-apa kerja penanaman pokok dengan bacaan Bismillah...
2. Berikan segala keperluan pada setiap pokok yang ditanam itu untuknya hidup subur.
3. Bertawakkal kepada ALLAH dan Insya-ALLAH pokok kita akan hidup subur.
Medium Tanaman Pokok HiasanCampuran medium tanaman yang sesuai untuk setiap pokok yang ditanam adalah perlu bagi tujuan berikut:-
1. memudahkan pertumbuhan akar bagi pembesaran pokok.
2. membekalkan nutrien secukupnya dan seimbang bagi keperluan pokok.
3. mengekalkan air atau kelembapan secukupnya untuk pertumbuhan pokok.
4. memastikan pokok tumbuh menegak dan subur sentiasa.
Jenis Medium Tanah peroi
Tanah gambut
Pasir sungai
Bahan organik
Nisbah bancuhan bagi medium yang
berasaskan tanah
Untuk Pokok Berpasu Campuran tanah yang terbaik ialah campuran John Innes dengan nisbah 7:3:2 atau 3:2:1
Tips :
Untuk Semaian Biji Benih HalusGunakan campuran nisbah 2:1:1
Kaedah TutCampuran yang terbaik ialah dengan nisbah 2:1Tips: Campuran hendaklah melekit supaya
senang diletakkan di sekeliling bahagian dahan atau batang yang kulitnya dipotong untuk ditutkan.
Anak Pokok Campuran nisbah yang disyorkan ialah 7:3:2
Tips : Aktiviti mencangkul dan menggembur medium
tanaman berasaskan tanah adalah cara bagi memudahkan pertumbuhan akar untuk pokok yang sihat
Merumput, menambah bahan organik dalam medium tanaman dan membuat sungkupan pula mampu menyuburkan dan menyejukkan medium tanaman
Keperluan air pada pokok hiasanbergantung kepada:Saiz pasu dan saiz tanaman: Jenis pasuKelembapan udara mengikut
musim:
Keperluan air di antara satu pokok dengan yang lain adalah berbeza dan boleh
dikategorikan seperti berikut:
1. Pokok berdaun besar memerlukan kelembapan sentiasa.
2. Pokok di mana medium tanamannya perlu dibiarkan kering dahulu sebelum disiram semula.
3. Pokok yang perlu dijarakkan tempoh siramannya.
Tips: Air hujan adalah contoh terbaik air siraman
kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh pokok, lebih sejuk dan dihasilkan secara semula jadi. Namun begitu, air paip juga boleh digunakan secara terus atau dibiarkan semalaman dalam bekas sebelum ia digunakan. Kaedah ini dilakukan bagi mengurangkan kandungan klorin dalam air tersebut bagi mendapatkan kesan terbaik seperti air hujan kepada pertumbuhan pokok.
Kaedah siraman pokokKaedah 1:- Siraman
Kaedah 2:- Rendamkan pasu
Kaedah 3:
- Menyemburkan air ke daun
Tips: Elakkan daripada terlalu lebihkan siraman air
pada pokok tertentu yang boleh mengakibatkan akarnya terendam, reput dan mematikan pokok berkenaan.
Kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada pokok memerlukan air siraman atau tidak ialah dengan menggunakan jari telunjuk atau pensel dan dicucuk ke dalam medium tanaman sedalam kira-kira 1 inci. Jika didapati hujung jari atau pensel berkenaan kering, maka itu menandakan pokok berkenaan perlu disiram
3 jenis dedahan cahaya
matahari kepada pokok
Dedahan kepada 100%
cahaya matahari atau panas terik.
Dedahan kepada 50% cahaya matahari
Dedahan kepada keadaan yang redup atau teduh seperti di dalam rumah atau pejabat.
Tanda pokok yang terdedah kepada
cahaya berlebihan ialah:1. Daunnya menjadi layu bermula dari hujung dan
seterusnya kelihatan melecur.2. Semua daunnya menjadi bergulung dan
melengkung.3. Warna daun dan bunganya menjadi pudar, tidak
bermaya serta menjadi layu.
Tanda pokok yang kurang dedahan kepada cahaya
pula ialah:1. Pertumbuhan bunganya tidak mekar atau kudup kering
dan layu sebelum kembang.2. Daunnya akan menjadi kekuningan.3. Batang pokoknya menjadi kurus dan panjang, kelihatan
kurang sihat, tidak bermaya dan senang dijangkiti penyakit.
4. Bagi pokok jenis variegated yang biasanya terdapat corak keputihan di permukaan daunnya, ia akan bertukar menjadi hijau pada keseluruhannya.
Tips: 1. Pilih pokok yang hanya memerlukan sedikit
dedahan cahaya untuk ditanam di dalam rumah atau pejabat
2. Jangan biarkan pokok berpasu tumbuh lama pada tempat yang kurang bercahaya. Eloklah ianya diubah ke tempat bercahaya bagi mengekalkan kesuburannya sentiasa
3. Jangan ubah pokok ketika ia sedang berbunga kerana ini akan membantutkan pertumbuhan bunganya atau bunganya akan menjadi layu tiba-tiba dan terus gugur