kenyataan tender...(i) tender untuk bekalan baja (ii) no. tender : ppn.sel (t)0 1 /202 1 dan...
TRANSCRIPT
1
KENYATAAN TENDER
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/kontraktor yang berdaftar dengan Unit
Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Kementerian Kewangan di
bawah Kod Bidang berkaitan dengan menggunakan Sistem Tender Selangor
yang layak membuat tawaran Tender untuk pembekalan berikut:-
No. Tawaran
Jenis Bekalan
Kod
Bidang
Taraf
PPN.SEL.(T)01/2021
Membekal dan menghantar Baja Sebatian (16% N: 16% P2O5: 16% K2O) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor
070101
Terbuka
Membekal dan menghantar Baja Sebatian (13% N: 13% P2O5: 21% K2O) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Membekal dan menghantar Baja UREA (46% N) Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Dokumen tender boleh dibeli melalui laman web selangor tender https: //tender.selangor.my/ selepas sesi taklimat.
Tawaran di atas hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di :
Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
sebelum atau pada 31 Mei 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari. Tarikh Iklan : 10 Mei 2021
2
SENARAI SEMAK
Bil Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat
Untuk Ditanda Oleh
Jawatankuasa Pembuka Tender
1 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan (Kod 070101)
( ) ( )
2 Salinan Sijil Akuan Bumiputera dari Kementerian Kewangan (Jika ada)
( ) ( )
3 Borang Tender telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani (Lampiran I)
( ) ( )
4 Borang Jadual Harga (Diisi dengan lengkap) (Lampiran II)
( ) ( )
5 Maklumat Tambahan petender (Lampiran III) ( ) ( )
6 Latar belakang Pembekal Utama (Lampiran IV) ( ) ( )
7 Surat Pengesahan dan Jaminan dari Pembekal Utama Bagi Setiap Item (Salinan Asal)
( ) ( )
8 Penyata Akaun Bank yang disahkan oleh Bank berkaitan (3 bulan terakhir dan terkini)
( ) ( )
9 Surat Akuan Petender (Lampiran V) ( ) ( )
10 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan/ SSM Pembekal Utama
( ) ( )
11 Jadual Penghantaran Baja Dan Bahan Pelengkap Ke Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor (Lampiran VI)
( ) ( )
Sekiranya ada tanda ( / ) Sekiranya tiada tanda ( × )
3
Petender wajib mengemukakan dokumen sebagaimana senarai semak kecuali
perkara ”2” untuk melayakkan tender ini dipertimbangkan
(Semua dokumen yang dikemukakan dalam bentuk salinan perlu disahkan oleh
Pegawai Kerajaan dalam kategori Pengurusan dan Profesional)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya
telah membaca dan memahami semua
syarat dan terma yang dinyatakan di dalam
dokumen tender. Semua maklumat yang
dikemukakan adalah benar. Saya juga faham
bahawa sekiranya saya tidak
mengemukakan maklumat ditetapkan seperti
di atas tender saya ini tidak akan
dipertimbang.
...................................................
(Tandatangan)
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Cop / Meterai Syarikat:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Tender
mengesahkan penerimaan dokumen
bertanda kecuali bagi perkara
bil................(jika ada)
.......................................................
(Tandatangan)
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
......................................................
(Tandatangan)
(Nama:
Jawatan:
Tarikh:
4
PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
(S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 JLD.26 SK.7 (3) – 28 FEBRUARI 2009)
1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan
jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694).
2. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694).
3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694).
4. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi
dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan
berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
5
INTEGRITY PACK DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
4.1 Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan (SAP)
rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK.2 (13) bertarikh 1 April
2010
4.1.1 Semua petender yang menghantar dokumen tender hendaklah
menandatangani Surat Akuan Petender bahawa ia tidak akan
menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan
kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Petender
hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau ialah
individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan
bagi urusan perolehan/perjanjian bagi perkara ini.
4.1.2 Petender yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan
Petender Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai
ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang
menandatangani Surat Akuan Petender Berjaya hendaklah juga
melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak
syarikat.
6
DOKUMEN TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN
BAJA UNTUK JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
No. Tender : PPN.SEL.(T) 01/2021
A. ARAHAN KEPADA PETENDER
1. Tender adalah dipelawa kepada petender baja yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang dikelaskan di bawah Kod 070101 bagi membekal dan menghantar baja ke stor di daerah Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
2. Petender hendaklah mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran yang
sah (untuk Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan salinan dokumen-dokumen berikut:
(a) Untuk Syarikat-Syarikat Perkongsian/ Pemilik Tunggal
(i) Borang A - Pendaftaran perniagaan yang sah
Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
(ii) Borang B - Perubahan Pendaftaran Perniagaan.
(iii) Borang D - Sijil Pendaftaran
(b) Untuk Syarikat-Syarikat Terhad/ Public Limited
(i) Memorandum and Articles of Association (mengikut Akta
Syarikat 1965).
(ii) Borang 24 - Pembatalan Pembahagian Saham- Saham (Return of Allotment of Shares).
(iii) Borang 49 - Senarai Ahli-Ahli Lembaga Pengarah.
(c) Untuk Organisasi Kooperatif/ Lembaga Pertubuhan
(i) Undang-Undang Kecil Pertubuhan.
DOKUMEN A
7
3. Harga yang disebut ialah:-
(i) Di Stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor (SEPERTI
DI LAMPIRAN)
(ii) Ringgit Malaysia.
4. Tempoh sah laku harga tender ialah 180 hari selepas tarikh tender
ditutup.
5. Sekiranya petender menghadapi apa-apa keraguan kepada maksud dan tujuan dokumen ini, maka hendaklah semasa menyerahkan tender menerangkan di dalam suratnya akan tafsiran-tafsiran dan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan.
6. Sekiranya mana-mana "Spesifikasi Umum" atau "Spesifikasi Khusus"
tidak dapat dipenuhi, petender hendaklah menyebut dan menjelaskan di dalam surat-surat yang dihantar bersama-sama dokumen tendernya.
7. Jabatan Pertanian tidak akan bertanggungjawab ke atas segala
perbelanjaan atau kehilangan yang mungkin berlaku semasa penyediaan dan penyerahan tender. Jabatan Pertanian tidak terikat untuk menerima tender-tender termurah atau mana-mana tender serta mempunyai hak untuk memilih lebih dari satu petender. Keputusan Jawatankuasa Tender adalah muktamad.
8. Anggaran keperluan Baja bagi tempoh tender ini adalah seperti Jadual
di bawah:-
Jenis Baja
Kg/Bag
Anggaran Jumlah
Keperluan
( bag)
Baja Urea 50kg
1,466
Baja NPK 13:13:21 50kg
14,706
Baja NPK 16:16:16 50kg
4,828
9. Jabatan Pertanian tidak terikat untuk membuat tawaran kesemua
jumlah Baja dan Bahan Pelengkap seperti dinyata di atas atau mana-mana bahagian dalam dokumen tender. Jabatan Pertanian berhak untuk membuat tawaran sebahagian daripada kuantiti sebagaimana dinyatakan di atas dan berhak memilih lebih dari satu petender.
10. Petender dikehendaki mengemukakan sampel baja yang ditender
minimum 250 gram bagi jenis Baja berbutir / debu / nugget atau 500ml bagi Baja dan Bahan Pelengkap jenis cecair/pekatan teremulsi yang ditender bersama dokumen tender. Sampel yang
8
dihantar mestilah mempunyai label butir-butir penting Tender dan nama Pembekal serta penentuan jenis Baja dan Bahan Pelengkap. Sampel Baja dan Bahan Pelengkap tidak akan dikembalikan. Tender yang dikemukakan tanpa sampel Baja dan Bahan Pelengkap adalah tidak lengkap dan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
11. Pembekalan hendaklah dibekalkan dalam tempoh dua puluh satu (21)
hari dari tarikh Pesanan Tempatan dikeluarkan. Tempoh kontrak tender ini bermula dari tarikh surat setuju terima daripada pihak petender.
12. Petender dikehendaki mengemukakan salinan asal laporan makmal
berakreditasi (Rujuk LIST OF AgLAM MEMBERS) mengenai setiap jenis Baja ditender yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti di borang format analisis baja.
13. Petender dalam kes-kes di mana petender tidak terdiri daripada
pengilang hendaklah mengemukakan salinan asal surat pengesahan daripada pengilangnya bagi menjamin yang petender ini adalah diberi hak untuk membekal Baja yang dikeluarkannya. Pengilang berkenaan hendaklah mengesahkan secara bertulis bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bersama dari segi kualiti dan kuantiti Baja dan Bahan Pelengkap yang dikeluarkan. Petender tidak dibenarkan menukar pengilang selain yang dinyatakan dalam Tender tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pertanian terlebih dahulu. Bagi petender yang mengilang sendiri Baja dan Bahan Pelengkap hendaklah mengemukakan dokumen yang membuktikan ianya adalah pengilang atau pembekal utama.
14. Hanya petender yang berjaya sahaja akan dimaklum melalui surat.
Petender yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak perjanjian bagi pembekalan dengan Jabatan Pertanian.
15. Bon Perlaksanaan
(a) Petender hendaklah, sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan pembekalan di bawah kontrak ini, mendepositkan dengan Jabatan Pertanian, suatu Bon Perlaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank yang diluluskan yang senilai dengan lima peratus (5%) daripada Jumlah Harga Kontrak, sekiranya nilai kontrak melebihi RM500,000.00 dan 2.5% nilai kontrak RM500,000.00 ke bawah, bagi pematuhan dan pelaksanaan yang wajar untuk kontrak ini.
(b) Bon Perlaksanaan hendaklah meliputi keseluruhan tempoh
kontrak yang diluluskan.
(c) Bon Perlaksanaan ini akan dikembalikan sesudah kontrak disempurnakan dengan memuaskan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh Jabatan Pertanian mengikut peruntukan dalam perjanjian yang akan dibuat oleh Jabatan Pertanian berhubung dengan apa-apa kegagalan melaksanaan perjanjian tersebut atau apa-apa pelanggaran syarat-syarat perjanjian yang akan dilakukan oleh Petender di bawah
9
perjanjian tersebut. 16. Petender-petender dikehendaki mengisikan segala butir-butir yang
diperlukan di dalam Borang Tender di Lampiran I dan Borang Jadual Harga di Lampiran II dengan lengkap dan sempurna. Tawaran dari petender-petender yang tidak lengkap akan ditolak.
17. Peraturan Mengisi Dan Mengirimkan Borang-Borang
(a) Semua borang hendaklah diisi dengan lengkap sebagaimana
ditetapkan mengikut turutan senarai semak, kemas dan jelas. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi petender dibenarkan menaip maklumat-maklumat itu di dalam kertas tambahan dan mestilah ditandatangani oleh petender-petender serta dicopkan dengan cop syarikat. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang hendaklah ditandatangani ringkas oleh petender dan bertarikh.
(b) Dokumen A (Dokumen Tender) dan Dokumen B (Perincian
Teknikal Tender) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul Dokumen A dan Dokumen B yang dilakri hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul / bungkusan yang mana dibahagian kiri atasnya ditulis / dicatat nombor rujukan tender.
(c) Petender tidak dibenarkan mencatat nama petender dan
harga pada dokumen Perincian Teknikal Tender (Dokumen B). (d) Borang-borang tender yang perlu dikembalikan ke Jabatan ini
ialah seperti berikut:-
(i) Borang Tender di Lampiran I.
(ii) Borang Jadual Harga di Lampiran II. (iii) Salinan dokumen yang disahkan berkaitan dengan
syarikat atau organisasi seperti di perkara A.2 di atas.
(iv) Maklumat Tambahan Petender seperti di Lampiran III. (v) Perincian Teknikal Tender cadangan petender
(Dokumen B). (Dokumen B hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan dan berlakri).
(vi) Salinan asal surat pengesahan dan jaminan daripada
pembekal utama. (vii) Laporan makmal berakreditasi seperti perkara 12
(salinan asal) keputusan analisis baja hendaklah dihantar bersama-sama dokumen tender sebelum tarikh tutup.
(e) Sampul dokumen A dan sampul dokumen B hendaklah dimasukkan ke dalam satu bungkusan atau sampul yang berlakri dan ditanda dengan butir-butir berikut:
10
(i) Tender untuk bekalan Baja
(ii) No. Tender : PPN.SEL(T)01/2021
dan dialamatkan kepada : Pengarah Pertanian Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14,
40632 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(f) Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender
yang telah disediakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau dihantar melalui pos.
(g) Tarikh tutup penerimaan borang-borang tender adalah pada 31
Mei 2021 tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari.
(h) Borang-borang tender yang lewat diterima tidak akan diproses.
Penting: Dilarang menceraikan Buku Dokumen Tender. Petender dibenarkan untuk membuat salinan untuk simpanan.
B. BUNGKUSAN
1. Jenis bungkusan dan berat / isipadu bagi setiap Baja hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Dokumen B (Perincian Teknikal Tender).
2. Pada setiap bungkusan hendaklah ditulis tanda pengenalan dengan warna
hitam seperti mana berikut:-
i. (i) Tanda / pengenalan - Baja Jabatan Pertanian
ii. (ii) Tarikh pembungkusan - (Tarikh Sewajarnya)
3. Baja hendaklah dibalut dengan clear stretch film. Pembalutan baja yang dibekalkan perlu dibuat dipintu kilang, dilapik bersama pallet plastik. Setiap satu lapisan mempunyai 5 guni beg baja, dan mempunyai jumlah 35 beg baja bagi setiap pallet. Bungkusan pallet tersebut perlu di susun dengan sempurna mengikut arahan pegawai penerima/stor.
11
C. PENGAMBILAN SAMPEL BAJA BAGI TUJUAN KAWALAN KUALITI
1. Baja yang dibekalkan oleh pembekal adalah tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jawatankuasa Kawalan Kualiti Baja atau Pegawai Jabatan Pertanian di lokasi penghantaran.
2. Sampel akan diambil secara rawak dan wakil pembekal boleh hadir semasa proses pengambilan sampel. Pengambilan sampel akan dijalankan berdasarkan Piawaian Malaysia Standard MS417:1:1994, AMD1:2001 - The Analysis of Fertilizers Part 1: Method of Sampling and Sample Preparation (First Revision).
3. Satu sampel komposit Baja dibahagikan kepada tiga (3) sub sampel
dan berat setiap sub sampel sebanyak 250gram / 500ml. Sub sampel pertama mesti dianalisis di makmal yang sama seperti yang dinyatakan dalam perkara 17. (d)(vii). Sub sampel kedua dihantar kepada pembekal dan satu (1) sub sampel disimpan oleh Jabatan Pertanian.
4. Kaedah analisis bagi Baja hendaklah sebagaimana termaktub dalam
Piawaian Malaysia (Malaysian Standard) MS 417:1994 (series) - The
Analysis of Fertilizers.
5. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian berhubung dengan analisis yang
dibuat, analisis pengesahan bolehlah dibuat dengan mana-mana makmal
Kerajaan / Badan Berkanun / swasta yang ditetapkan oleh Jabatan
Pertanian. Keputusan analisis pengesahan ini adalah muktamad.
D. PERATURAN-PERATURAN UMUM
1. Kegagalan Memenuhi Spesifikasi Baja
Sekiranya petender gagal mematuhi spesifikasi Baja yang ditetapkan
maka Kerajaan adalah berhak untuk:-
a) menolak Baja tersebut dan menamatkan perjanjian ini; atau
b) membeli Baja yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain
dan membatalkan pesanan Baja dan Bahan Pelengkap
berkenaan yang telah dipesan daripada petender. Bagi hal yang
demikian, jika kos memperoleh Baja daripada punca yang lain
adalah melebihi harga dalam perjanjian ini, petender adalah
dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan
kepada Kerajaan; atau
c) menolak Baja tersebut dan petender perlu membayar gantirugi
diatas kelewatan kepada Kerajaan berdasarkan nilai Baja yang
ditolak.
12
2. Jadual Pengeluaran di Kilang Memproses
(a) Petender Baja hendaklah mengemukakan kepada Jabatan
Pertanian jadual memproses baja di kilang masing-masing. Ini
membolehkan Jabatan Pertanian menghantar pegawainya dari
semasa ke semasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas
pemprosesan dan kedudukan bahan-bahan / campuran yang
digunakan, sebagai satu cara pengawalan kualiti.
(b) Petender hendaklah memberi kebenaran kepada pengawai
Jabatan Pertanian melawat dan memeriksa kilang pemprosesan
dan stor untuk memudahkan pemeriksaan bahan-bahan mentah
dan stok baja.
3. Pelanggaran Peraturan-Peraturan Kontrak
Petender-petender hendaklah mematuhi syarat-syarat tersebut di atas
dan apa-apa peraturan sebagai petender yang dikenakan oleh
Kementerian Kewangan. Setiap petender yang didapati melanggar
peraturan kontrak akan diambil tindakan sepertimana disebutkan di
dalam peraturan Tender ini dan juga dilaporkan kepada Kementerian
Kewangan untuk tindakan selanjutnya.
4. Tempahan dan Penghantaran Baja
Penghantaran baja hendaklah dilaksana berdasarkan tempahan yang
akan dibuat oleh Jabatan Pertanian dengan menggunakan Pesanan
Tempatan (L/O). Penghantaran hendaklah mengikut jadual dan masa
yang telah ditetapkan.
5. Dokumen Perjanjian
Dokumen Tender ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada syarat-
syarat perjanjian kontrak dan petender dikehendaki membiayai kos
stamping / duti setem.
6. Dokumen Tawaran Tender
a) Borang Jadual Harga (Lampiran II) hendaklah diisi. Cadangan
harga yang ditawarkan hendaklah tidak termasuk kenaan SST.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam perincian pengiraan
yang dikemukakan, jumlah kiraan harga yang lebih rendah akan
diguna pakai.
13
b) Pada peringkat penyediaan cadangan teknikal, petender
dikehendaki mengisi maklumat Teknikal di Dokumen B. Petender
juga perlu mengisi maklumat jadual spesifikasi berkenaan untuk
dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam sampul teknikal
(tanpa ada apa-apa nama, maklumat atau petanda syarikat).
c) Jabatan Pertanian Negeri Selangor tidak akan bertanggungjawab di
atas kegagalan penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan
Teknikal yang dihantar serta kegagalan menerima Dokumen Sokongan
atau kehilangan borang-borang berkaitan tender tersebut sebelum
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender yang disediakan di
Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
14
LAMPIRAN I
BORANG TENDER
TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN BAJA UNTUK
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Mengikut spesifikasi seperti di Dokumen ‘B’ dalam Dokumen Tender. Salinan-salinan Dokumen Meja Tender yang merangkumi Syarat-syarat Kontrak, Pelan-pelan dan Spesifikasi yang tersebut di atas dan Dokumen Tender yang lain boleh diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam Notis Tender dalam masa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja hingga tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender. Kepada : Pengarah Pertanian Negeri Selangor Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tuan Di bawah dan tertakluk kepada syarat-syarat membuat tender, yang bertandatangan di bawah ini, adalah dengan ini membuat tender dan menawar untuk membekal dan menyerah hantar segala benda dari tiap-tiap jenis masing-masing disebut, ditunjuk, diperihal dan dimaksudkan dalam, atau yang diambil kesimpulan daripada Dokumen Tender untuk dibekal dan diserah hantarkan oleh pihak Kontraktor, sebagaimana yang diperihalkan di atas, dengan menepati Dokumen Tender tersebut bagi berbagai kadar harga yang telah ditetapkan oleh yang bertandatangan di bawah ini, dalam Borang Jadual Harga yang dikembalikan bersama-sama Tender ini. 2. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjadi terikat oleh dan tunduk kepada Syarat-syarat Kontrak dan Spesifikasi dan Jadual Harga-harga, dan bersetuju bahawa harga-harga didalamnya hendaklah menjadi asas bagi penilaian bayaran-bayaran bagi sesuatu butiran atau butiran-butiran bekalan yang dari semasa ke semasa dipesan oleh Pegawai Penguasa. 3. Yang bertandatangan di bawah ini selanjutnya bersetuju menyiapkan serah hantaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh setujuterima tender atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diperuntukkan dalam Syarat-syarat Kontrak. 4. Bahawasanya adalah diketahui bahawa Jabatan Pertanian sentiasa berhak menyetujuterima atau menolak Tender ini, namun demikian yang bertandatangan di bawah ini bersetuju yang Tender ini akan berterusan sah dan tidak akan menarik balik dalam tempoh Satu Ratus Lapan Puluh (180) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan tender dan bersetuju bahawa tiada apa-apa, syarat atau janjian lain
15
akan dikenakan oleh yang bertandatangan di bawah selepas tarikh tersebut. 5. Yang bertandatangan di bawah ini selanjutnya bersetuju, jika Tender ini disetujuterima, mendeposit dengan Jabatan Pertanian Bon Pelaksanaan yang dinyatakan dalam Fasal 15 (a) Syarat-syarat Kontrak dan melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal sebaik sahaja ianya siap untuk ditandatangani. 6. Yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan, selepas menyemak sendiri bahawa dokumen-dokumen yang digunakan oleh yang bertandatangan di bawah ini untuk menyusun Tender ini, adalah salinan-salinan sebenar dokumen-dokumen yang dimasukkan dalam Dokumen Meja Tender. 7. Yang bertandatangan di bawah ini jika sekiranya Tender ini disetujuterima, borang Tender berserta Surat Setujuterima Tender ini hendaklah menjadi Kontrak yang mengikat di antara Jabatan Pertanian dengan yang bertandatangan di bawah ini, walaupun Perjanjian Kontrak yang formal belum ditandatangani. 8. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa:
(a) Jika yang bertandatangan menarik balik Tender ini sebelum tamatnya tempoh sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
(b) jika yang bertandatangan di bawah ini mengenakan apa-apa had,
syarat atau janjian tambahan kepada Tender ini selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan, atau
(c) jika sekiranya Tender ini telah disetujuterima, yang bertandatangan di
bawah ini enggan atau tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon Pelaksanaan sebagaimana dikehendaki oleh Syarat-syarat Kontrak atau gagal untuk meneruskan pembekalan, maka dalam mana-mana hal itu, tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya Jabatan Pertanian sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini.
Bertarikh pada...................................haribulan.......................................2021
………………………………………….. Tandatangan Petender
…………………………………………..
(Nama Penuh) No K.P………………………………….
………………………………………….. Tandatangan Saksi
…………………………………………..
(Nama Penuh) No K.P…………………………………. Pekerjaan………………………………
16
Atas sifat
Yang diberi kuasa dengan sempurnanya
Untuk menandatangani Tender ini untuk
dan bagi pihak:
............................................................................ Metrai atau Cop Petender
Alamat
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
Alamat
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
17
LAMPIRAN II
BORANG JADUAL HARGA
A. HARGA TAWARAN ADALAH DALAM HARGA BERSIH Semua harga yang ditawarkan oleh petender hendaklah harga bersih tanpa kenaan SST di
tempat penghantaran termasuk semua cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia, kos membekal, kos penghantaran, kos menyusun dan sebagainya. Nilai harga hendaklah disebut dalam Ringgit Malaysia sahaja.
TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN BAJA UNTUK JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini telah membaca dan memahami segala
arahan kepada bakal-bakal petender dan bersetuju menawarkan harga bersih tanpa kenaan SST membekal dan menghantar baja-baja berikut ke stor Jabatan Pertanian Negeri Selangor (Seperti di lampirkan) :
Jenis Baja Kuantiti
(Bag)
Anggaran
Jumlah Keperluan
(Bag)
Harga Seunit (RM)
Jumlah Harga (RM)
Baja Urea
50kg
1,466
Baja NPK 13:13:21
50kg
14,706
Baja NPK 16:16:16
50kg
4,828
JUMLAH
Petender : Saksi :
Tandatangan : ______________ Tandatangan : _______________
Nama: ____________________ Nama: _____________________
No. K.P: ___________________ No. K.P: ____________________
Jawatan: ___________________ Pekerjaan :__________________
Pekerjaan:__________________ Tarikh :_____________________
18
B. TEMPOH PENGHANTARAN Permulaan penghantaran Baja adalah 14 hari dari tarikh Pesanan Tempatan
dikeluarkan dan tempoh penyempurnaan penghantaran adalah sehingga 30 September 2022 (mengikut keperluan di pesanan tempatan pada tahun semasa). Jadual dan lokasi penghantaran kuantiti baja adalah seperti di Lampiran VI.
C. TEMPOH PERJANJIAN
Tempoh perjanjian ini berkuatkuasa sehingga 30 September 2022 dari tarikh Surat Setuju Terima daripada pihak Petender. Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada satu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Permohonan bagi melanjutkan perjanjian ini boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.
Saksi:
Tandatangan: __________________
Nama: ________________________
No K.P: _______________________
Pekerjaan: ____________________
Tarikh: ________________________
Petender:
Tandatangan:__________________
Nama:________________________
No K.P: _______________________
Jawatan: ______________________
Pekerjaan: ____________________
Cop: _________________________
19
LAMPIRAN III
MAKLUMAT TAMBAHAN PETENDER
1. Rekod Tender / Sebut harga berkaitan Yang Diperolehi Oleh Syarikat dari Agensi-Agensi Dalam Tahun 2019, 2020 dan 2021 (Salinan surat tawaran daripada Agensi berkenaan wajib disertakan untuk mengesahkan syarikat menerima tender / sebut harga tersebut di atas)
Nama Agensi
Jenis baja / lain-lain berkaitan
Jumlah
Nilaian (RM)
Tempoh Tender /
Sebut Harga
Mulai
Tamat
Nota: Sila lampirkan keterangan yang berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
2. Kewangan:
Kemukakan penyata bank bagi 3 bulan terakhir (disahkan oleh Bank berkaitan). Penting: Penyata Bank yang tidak disahkan tidak akan diterima dan dianggap tidak dikemukakan.
Nama: ………………………………… Tandatangan: ……………………..........
Jawatan: ………………………………….
Cop Syarikat: ……………………………
20
3. Tenaga Pekerja:
Senarai kakitangan Syarikat
Bil
Nama
No. Kad
Pengenalan Jawatan
* Kelulusan/ Pengalaman
* Sila nyatakan kelulusan, kemahiran dalam bidang tertentu, pengalaman dan lain-lain
berkaitan. Maklumat tambahan petender ini hendaklah disahkan dan dikemukakan bersama-sama borang tender berkenaan.
Nama: ………………………………… Tandatangan: ……………………..........
Jawatan: ………………………………….
Cop Syarikat: ……………………………
21
4. Kilang Memproses Baja Untuk Pembekal (Diisi oleh Petender yang
mempunyai kilang sendiri)
Tempat, alamat dan pemilik kilang memproses syarikat kami ialah:
Tempat dan Alamat Kilang Memproses
Mesin
Memproses
Pengeluaran Maksimum (Tan/Hari)
Pemilik Mesin
Memproses Sama Ada Milik Sendiri,
Disewa dan Diuruskan oleh
Petender atau diberi Kontrak Memproses Baja oleh Petender
Bil
Jenis
Nama: ………………………………… Tandatangan: ……………………..........
Jawatan: ………………………………….
Cop Syarikat: ……………………………
22
LAMPIRAN IV
LATAR BELAKANG PEMBEKAL UTAMA (PRINCIPAL)
1. (a) Nama Penuh Pembekal Utama (Principal):
________________________________________________________ 2. Kilang Memproses Baja Untuk Pembekal Utama
Tempat, alamat dan pemilik kilang memproses bagi syarikat kami ialah:
Tempat Dan Alamat Kilang Memproses
Mesin
Memproses Pengeluaran Maksimum (Tan/Hari)
Pemilik Mesin Memproses
Sama Ada Milik Sendiri, Disewa dan Diuruskan Oleh
Petender Atau Diberi Kontrak Memproses Baja
Oleh Petender
Bil
Jenis
NOTA: (a) Sila kemukakan dokumen sokongan untuk perkara 1 - 4 seperti laporan
kewangan syarikat terakhir (2021/2022) atau lain-lain dokumen hendaklah
disahkan oleh Pegawai Atasan Syarikat sama ada Pengurus Besar /
Pengarah Kewangan Syarikat berkenaan.
(b) Maklumat latar belakang pembekal utama ini hendaklah dikemukakan oleh
petender bersama-sama tender berkenaan. Sekiranya ada sila sertakan
salinan dokumen kebenaran untuk mengimport baja dari luar negara.
23
LAMPIRAN V
SURAT AKUAN PETENDER BAGI
TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN BAJA UNTUK JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tender No. : PPN.SEL(T)01/2021
Saya, …..........................................................nombor K.P…………..................................yang mewakili Nombor pendaftaran ................................................................. dengan ini mengisytiharkan saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
i. Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender diatas; atau ii. Penamatan kontrak bagi tender di atas ; dan iii. Tindakan-tindakan tatatertib lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis berhampiran. Yang Benar, …...................................................................................
Nama : No. KP : Jawatan : Cop Syarikat : No. Telefon :
............................................................................................................................ (Nama Syarikat)
24
LAMPIRAN VI
LOKASI DAN KUANTITI PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
BAGI TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022
1. Baja Sebatian: 16% N: 16% P2O5: 16% K2O @ 50kg/beg
BIL
NAMA DAERAH
KUANTITI 2021
KUANTITI 2022
LOKASI
PEMATUHAN
PENGHANTARAN (TIDAK MELEBIHI 21 HARI DARI TARIKH
PESANAN TEMPATAN DIKELUARKAN)
YA
TIDAK
1 SABAK BERNAM 791 791 Pusat Pertanian Parit Baru, Sabak Bernam
2 KUALA SELANGOR 500 500 Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor
3 GOMBAK/PETALING 215 215 Pusat Pertanian Gombak
4 KLANG 32 32 Pusat Pertanian Meru, Klang
5 KUALA LANGAT 263 263 Pusat Pertanian Teluk Datuk, Kuala Langat
6 SEPANG 220 220 Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang
7 HULU LANGAT 264 264 Pusat Flora Cheras, Hulu Langat
8 HULU SELANGOR 129 129 Pusat Pertanian Kalumpang
JUMLAH 2414 2414
Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada pesanan tempatan (LO) yang akan dikeluarkan.
25
LAMPIRAN VI
LOKASI DAN KUANTITI PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
BAGI TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022
2. Baja Sebatian: 13% N: 13% P2O5: 21% K2O @ 50kg/beg
BIL
NAMA DAERAH
KUANTITI 2021
KUANTITI 2022
LOKASI
PEMATUHAN
PENGHANTARAN (TIDAK MELEBIHI 21 HARI DARI TARIKH
PESANAN TEMPATAN DIKELUARKAN)
YA
TIDAK
1 SABAK BERNAM 3414 3414 Pusat Pertanian Parit Baru, Sabak Bernam
2 KUALA SELANGOR 2756 2756 Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor
3 GOMBAK/PETALING 94 94 Pusat Pertanian Gombak
4 KLANG 81 81 Pusat Pertanian Meru, Klang
5 KUALA LANGAT 370 370 Pusat Pertanian Teluk Datuk, Kuala Langat
6 SEPANG 264 264 Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang
7 HULU LANGAT 217 217 Pusat Flora Cheras, Hulu Langat
8 HULU SELANGOR 157 157 Pusat Pertanian Kalumpang
JUMLAH
7353
7353
Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada pesanan tempatan (LO) yang akan dikeluarkan.
26
LAMPIRAN VI
LOKASI DAN KUANTITI PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
BAGI TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022
3. Baja Sebatian: Urea (46% N) @ 50kg/beg
BIL
NAMA DAERAH
KUANTITI 2021
KUANTITI 2022
LOKASI
PEMATUHAN
PENGHANTARAN (TIDAK MELEBIHI 21 HARI DARI TARIKH
PESANAN TEMPATAN
DIKELUARKAN)
YA
TIDAK
1 SABAK BERNAM 7 7 Pusat Pertanian Parit Baru, Sabak Bernam
2 KUALA SELANGOR 510 510 Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor
3 GOMBAK/PETALING 9 9 Pusat Pertanian Gombak
4 KLANG 15 15 Pusat Pertanian Meru, Klang
5 KUALA LANGAT 40 40 Pusat Pertanian Teluk Datuk, Kuala Langat
6 SEPANG 104 104 Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang
7 HULU LANGAT 48 48 Pusat Flora Cheras, Hulu Langat
JUMLAH 733 733
Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada pesanan tempatan (LO) yang akan dikeluarkan.
27
LAMPIRAN VI
JADUAL PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR UNTUK TAHUN 2021
NAMA BAJA
TAHUN 2021
JUMLAH (BAG)
JULAI
OGOS
SEPT
OKT
UREA
1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat
733
NPK 13:13:21
1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor
7353
NPK16:16:16
1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor
2414
JUMLAH
Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada keputusan tawaran tender
28
JADUAL PENGHANTARAN BAJA KE STOR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR UNTUK TAHUN 2022
NAMA BAJA
TAHUN 2022
JUMLAH (BAG)
MAC
APRIL
MEI
JUN
JUL
OGOS
SEPT
UREA
1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat
733
NPK 13:13:21
1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor
7353
NPK 16:16:16
1.Sabak Bernam 2.Kuala Selangor 3.Gombak/ Petaling 4.Klang 5.Kuala Langat 6.Sepang 7.Hulu Langat 8.Hulu Selangor
2414
JUMLAH
Nota: Sebarang perubahan kuantiti penghantaran tertakluk kepada
keputusan tawaran tender
29
PERJANJIAN BAGI PEMBEKALAN BAJA
Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian”) dibuat pada
………………………… 2021.
DI ANTARA
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR, Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan (selepas
ini disebut sebagai “JPNS”) di satu pihak.
DAN
___________________________________________________________________
sebuah syarikat berdaftar yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]
dan beralamat di …………………………………………………………………………......
………………………………………………………………………………………………….
(selepas ini disebut sebagai “Pembekal”) sebagai satu pihak yang lain.
BAHAWASANYA-
Pembekal bersetuju, berwaad dan mengakujanji untuk membekal dan menghantar
kepada JPNS, Baja mengikut syarat-syarat dan penentuan seperti yang dinyatakan
di Dokumen A dan Dokumen B.
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN adalah dengan ini dipersetujui seperti berikut:
1. TAKRIF
Dalam Perjanjian ini dan dalam syarat-syarat penentuan serta jadual-jadual
yang dilampirkan bersama, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki
makna yang lain:
1.1 'BEKALAN BAJA ' ertinya baja dalam bentuk dan spesifikasi yang
dinyatakan dalam dokumen B (Perincian Spesifikasi Teknikal)
sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam perjanjian ini.
1.2 'DOKUMEN TENDER' ertinya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR dengan rujukan:
PPN.SEL(T)01/2021 yang ditandakan sebagai Dokumen A dan dibaca
sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.
(Petender)
30
1.3 ‘RENDAH KUALITI’ ertinya tidak memenuhi syarat-syarat bentuk,
spesifikasi unsur dan bungkusan seperti Perincian Teknikal Tender
(Dokumen B).
1.4 ‘ROSAK’ ertinya beg koyak, basah atau keras (caking) yang tidak boleh
dileraikan semasa penerimaan bekalan.
2. PESANAN
2.1. Pesanan-pesanan untuk pembekalan Baja akan dibuat oleh pegawai
JPNS kepada Pembekal atau wakil-wakil yang dilantik oleh
Pembekal. Pesanan akan dibuat secara rasmi dengan menggunakan
Pesanan Tempatan (LO).
2.2. JPNS tidaklah menjamin bahawa semua anggaran kuantiti jenis Baja
yang dinyatakan di Bahagian A perenggan 8 Dokumen Tender
(Dokumen A) akan dipesan sepenuhnya.
2.3. Selain daripada kuantiti yang dinyatakan di Bahagian A perenggan 8
Dokumen Tender (Dokumen A) pembekal bersetuju, sekiranya
dikehendaki oleh JPNS membekal kuantiti tambahan kepada JPNS
pada masa yang dikehendaki.
3. PEMBEKALAN: KUANTITI, HARGA, TEMPAT DAN MASA
3.1. Pembekal akan, atas permintaan JPNS membekal dan menghantar
Baja sebagaimana di Bahagian A perenggan 8 Dokumen Tender
(Dokumen A) mengikut kuantiti dan jenis yang dipesan dengan harga
dan pada tempoh masa yang ditentukan dalam Jadual tersebut ke
tempat seperti yang dinyatakan dalam borang pesanan.
3.2. Semua Baja yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah bekalan
Baja keluaran semasa, baru, tulen dan belum digunakan kecuali bagi
tujuan ujian kualiti di kilang pembuat (static running).
31
4. TEMPOH PERJANJIAN
Perjanjian ini adalah berkuatkuasa untuk tempoh selama 15 bulan bermula
dari 1 JULAI 2021 hingga 30 SEPTEMBER 2022 melainkan jika ditamatkan
mengikut peruntukan Fasal 26 dan boleh dilanjutkan kepada satu tempoh
yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak melalui persetujuan bertulis dan akan
dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini. Permohonan bagi
melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.
5. BON PELAKSANAAN
Pembekal adalah dikehendaki memberi Bon Pelaksanaan bernilai Lima
Peratus atau Dua Setengah Peratus mengikut mana diperlukan dari Nilai
Tender dalam bentuk gerenti bank (bank guarantee). Bon Pelaksanaan ini
akan dikembalikan kepada Pembekal selepas tarikh tamat Perjanjian
tertakluk kepada Perjanjian ini telah dilaksanakan dengan memuaskan JPNS
dan tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh JPNS mengikut
peruntukan dalam Perjanjian ini berhubung dengan apa-apa pelanggaran
syarat-syarat Perjanjian ini yang dilakukan oleh Pembekal di bawah
Perjanjian ini.
6. CONTOH BAJA
Pembekal hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai-Pegawai yang
berkenaan daripada JPNS memberi dengan tiada apa-apa bayaran, contoh
Baja yang akan dibekalkan untuk diuji oleh JPNS.
7. PEMERIKSAAN
Pembekal hendaklah membenarkan pegawai yang berkenaan dari JPNS
untuk masuk bagi maksud pemeriksaan dalam waktu-waktu bekerja biasa ke
kawasan di mana bekalan Baja itu sedang dikilangkan atau disimpan.
Pegawai yang berkenaan ialah pegawai-pegawai yang dibenarkan dengan
bertulis oleh JPNS.
32
8. PEMBUNGKUSAN
8.1 Baja yang dibekalkan hendaklah dibungkus dengan sempurna seperti
yang ditetapkan di dalam Bahagian B dan C Dokumen Tender (Dokumen
A). Pembekal hendaklah menepati apa-apa arahan mengenai
pembungkusan yang diberi dari semasa ke semasa oleh JPNS. Apa-apa
kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh pembungkusan hendaklah
diganti oleh Pembekal atas perbelanjaan sendiri.
8.2 Baja hendaklah dibalut dengan clear stretch film. Pembalutan baja yang
dibekalkan perlu dibuat dipintu kilang, dilapik bersama pallet plastik. Setiap satu
lapisan mempunyai 5 guni beg baja, dan mempunyai jumlah 35 beg baja bagi
setiap pallet. Bungkusan pallet tersebut perlu di susun mengikut arahan pegawai
penerima/stor.
9. PENYERAHAN
9.1. Pembekalan Baja hendaklah bermula dalam tempoh Empat Belas (14)
hari dari tarikh Pesanan Tempatan dikeluarkan.
9.2. Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Fasal 9.1 hendaklah
dipersetujui oleh JPNS secara bertulis.
9.3. Pembekal hendaklah pada tiap-tiap penyerahan memastikan bahawa
kuantiti Baja yang dihantar itu tidak kurang daripada kuantiti seperti
yang dipesan.
10. PENERIMAAN BERSYARAT
Walaupun bekalan Baja telah diterima, JPNS adalah sentiasa berhak
menolak semua pengiriman Baja dan Bahan Pelengkap di bawah Fasal 11
jika bekalan Baja dan Bahan Pelengkap itu tidak menepati kualiti yang
ditentukan di Bahagian B Dokumen Tender (Dokumen A).
33
11. HAK JPNS APABILA BARANG ROSAK ATAU RENDAH KUALITI
11.1. Bagi setiap pesanan jika Pembekal telah menyerahkan Baja yang
rosak atau rendah kualiti daripada penentuan-penentuan dalam
Bahagian B Dokumen Tender (Dokumen A) kepada Perjanjian ini
JPNS boleh sama ada:
11.1.1. menolak Baja itu dan menamatkan Perjanjian ini
mengikut Fasal 26; atau
11.1.2. menolak Baja itu secara bertulis dan meminta
penggantian pembekalan Baja tersebut yang mana
hendaklah diserahkan oleh Pembekal dalam tempoh
Dua (2) minggu dari tarikh surat penolakan tersebut.
Jika penggantian Baja itu tidak diserahkan dalam tempoh
yang ditetapkan, JPNS boleh membeli Baja yang
dikehendaki itu daripada punca-punca lain dengan syarat
sentiasa bahawa jika kos bagi memperolehi Baja dan
Bahan Pelengkap itu daripada punca-punca lain melebihi
harga dalam Borang Tender kepada Perjanjian ini,
Pembekal boleh dikenakan membayar amaun yang lebih
itu sebagai pampasan kepada JPNS.
11.1.3 Pihak pembekal perlu mengemukakan bersama Salinan
laporan makmal berakreditasi dari badan yang disahkan
oleh Agriculture Laboratory Asociation of Malaysia
(AGLAM) dan menghantar baja sama seperti laporan
yang dikemukakan kepada JPNS
11.2. Selepas Baja dihantar, JPNS berhak untuk menjalankan ujian
pengesahan spesifikasi Baja secara rawak di makmal yang diiktiraf
yang ditentukan oleh JPNS. Jika didapati tidak menepati spesifikasi
dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam formulasi Baja, JPNS berhak
menolak kesemua penghantaran Baja yang telah diterima dan
menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 26. Pembekal adalah
bertanggungjawab membayar kepada JPNS pampasan sebanyak nilai
34
Baja dan Bahan Pelengkap yang dibekalkan atau apa-apa nilai yang
ditentukan oleh JPNS tidak lebih daripada nilai Baja dan Bahan
Pelengkap yang dibekalkan tidak kira sama ada JPNS menamatkan
Perjanjian ini atau tidak.
12. HAK JPNS APABILA BEKALAN BAJA TERLEWAT DISERAHKAN
Bagi Baja yang bekalannya terlewat diserahkan oleh Pembekal, JPNS boleh
sama ada:
12.1. menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 26; atau
12.2. membatal / menolak pesanan Baja yang dipesan daripada Pembekal
dan membeli Baja yang dipesan daripada punca-punca lain. Dalam hal
sedemikian, jika kos pembelian Baja itu daripada punca-punca lain
melebihi harga dalam Perjanjian ini, Pembekal boleh dikenakan
membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada JPNS;
atau
12.3. setuju terima Baja itu dan Pembekal boleh dikenakan membayar satu
amaun sebanyak minimum 5% daripada nilai Baja dan Bahan
Pelengkap yang dipesan sebagai pampasan kepada JPNS.
13. HAK JPNS APABILA PENYERAHAN BEKALAN TIDAK SEMPURNA
Bagi bekalan Baja yang diserahkan dengan tidak sepenuhnya, JPNS boleh
sama ada:
13.1. setuju terima Baja itu dan Pembekal boleh dikenakan membayar satu
amaun sebanyak minimum 5% daripada nilai Baja yang belum
diserahkan sebagai pampasan kepada JPNS; atau
13.2. setuju terima Baja itu dan membeli Baja yang berkurangan tersebut
daripada punca-punca lain. JPNS berhak meminta Pembekal
35
membayar kos Baja yang dibeli dari punca-punca lain.
14. HAK JPNS APABILA BEKALAN BAJA TIDAK DISERAHKAN
Bagi hal Baja yang tidak diserahkan Pembekal selepas pesanan dibuat,
JPNS boleh menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 26 dan Pembekal
boleh dikenakan membayar satu amaun sebanyak harga penuh Baja yang
dipesan itu sebagai pampasan kepada JPNS.
15. PAMPASAN BAGI PEMBELIAN DI LUAR KONTRAK
Di dalam hal di mana JPNS terpaksa membeli Baja itu daripada punca lain
sebagaimana yang dinyatakan pada Fasal 11.1.2 dan berikutan daripada
pelanggaran kepada Fasal 13 dan 14, JPNS boleh selain daripada apa-apa
tuntutan yang JPNS berhak di bawah Perjanjian ini, membuat tuntutan
pampasan yang jumlahnya tidak melebihi 5% daripada nilai Baja yang
dipesan.
16. PENGALIHAN BEKALAN BAJA
Di mana JPNS telah menolak Baja yang dipesan seperti diperuntukkan di
bawah Fasal 11.1.2. dan 12.2. Pembekal hendaklah mengalihkan Baja
tersebut dalam tempoh satu minggu. Sekiranya Baja tersebut tidak dialih di
dalam tempoh masa tersebut, JPNS berhak mengalihkan Baja tersebut dan
menuntut kos daripada Pembekal.
17. 'SET OFF'
JPNS boleh memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Pembekal
di bawah Perjanjian ini atau di bawah mana-mana Perjanjian, sama ada
Perjanjian itu secara bertulis atau tidak atau sebahagian bertulis dan
sebahagian lagi tidak bertulis, daripada apa-apa wang yang kena dibayar oleh
JPNS kepada Pembekal di bawah Perjanjian ini jika wang yang JPNS
berhutang kepada Pembekal itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan
JPNS; atau
JPNS boleh menuntut baki wang daripada Pembekal dan Pembekal
36
hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya Tiga Puluh (30) hari
selepas menerima tuntutan itu.
18. PEMBAYARAN
Pembayaran bagi setiap penyerahan akan dibuat oleh JPNS dalam tempoh
selewat-lewatnya Empat Belas (14) hari selepas Baja dan invois diterima
daripada Pembekal. Pembayaran kepada Pembekal tidak boleh dianggap
sebagai perakuan bahawa bekalan Baja itu adalah mengikut kualiti yang
dikehendaki. Pembayaran oleh JPNS tidak melepaskan Pembekal atas
tanggungjawab di bawah Fasal 11, 12, 13, 14 dan lain-lain Fasal yang
berkaitan dalam Perjanjian ini.
19. PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI
19.1. Jika dalam tempoh Perjanjian ini, terjadi sebarang perubahan pada
mana-mana kadar duti kastam, cukai jualan, cukai tokok dan eksais,
harga kontrak akan disesuaikan oleh kontraktor dengan persetujuan
JPNS mengikut setakat mana kos Pembekal bertambah atau
berkurangan.
19.2. Sebarang tambahan atau kekurangan pada harga kontrak akan dibuat
ke atas bekalan Baja yang terlibat di dalam perubahan di bawah Fasal
19.1. di atas sahaja.
20. PERUBAHAN PENENTUAN-PENENTUAN
20.1. JPNS boleh mengkaji dan jika perlu dengan persetujuan Pembekal
mengubah dari semasa ke semasa penentuan-penentuan, yang
terkandung dalam Bahagian B Dokumen Tender (Dokumen A)
kepada Perjanjian ini. Mulai dari tarikh yang dipersetujui bekalan Baja
yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan tersebut dan ia
hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.
20.2. Jika sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan
tentang kos bagi pengeluaran atau tempoh yang dikehendaki bagi
37
pengeluaran, maka harga kontrak dan masa penyerahan bagi bekalan
Baja terlibat oleh perubahan itu bolehlah diubah dengan persetujuan
kedua-dua pihak.
21. PAMPASAN (COMPENSATION)
21.1. Pembekal hendaklah memberi pampasan kepada JPNS terhadap
segala bayaran, tuntutan, belanja, ganti rosak, tanggungan, kerugian
dan perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke
atas JPNS sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari
perlanggaran Perjanjian ini oleh Pembekal. Jika bentuk perniagaan
Pembekal adalah perkongsian maka tanggungan bagi tiap-tiap
pekongsi hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan masing-
masing.
21.2. Pembekal hendaklah memberi pampasan kepada JPNS terhadap apa
juga tindakan tentang pelanggaran Surat Jaminan Hak atau Reka
Bentuk Berdaftar (yang disiarkan pada tarikh kontrak ini) kerana
mengguna atau menjual mana-mana juga bekalan Baja atau bahan
yang dibekalkan oleh Pembekal di bawah Perjanjian ini dan terhadap
segala belanja dan ganti rosak yang JPNS itu atau yang JPNS
mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu. Dengan
syarat sentiasanya gantirugi itu tidaklah dikenakan terhadap apa-apa
juga perlanggaran yang disebabkan oleh Pembekal telah menurut
reka bentuk atau arahan diberi oleh JPNS.
22. IKLAN Iklan-iklan mengenai Perjanjian ini tidak boleh disiarkan dalam sebarang
akhbar, majalah atau lain-lain pengiklanan tanpa kelulusan bertulis JPNS.
23. PEMAJAKAN DAN KONTRAK KECIL
Pembekal tidak boleh memajakkan atau membuat atau memberi sub-kontrak
terhadap Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya dengan tidak terlebih
38
dahulu mendapat persetujuan bertulis JPNS.
24. PEMBERIAN MILIK
Pembekal tidak boleh memberi milik kontrak atau mana-mana bahagian
kontrak atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau
mempertanggungkan apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar atau
yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa
faedah yang terlibat dari atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini
dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis JPNS.
25. FORCE MAJEURE
Pembekal adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau
kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan
itu timbul daripada keadaan-keadaan yang seperti rusuhan dan kekacauan
awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab
atau bahaya-bahaya yang seumpama yang tidak dikawal oleh mana-mana
pihak. Dalam keadaan sedemikian yang menyebabkan mana-mana pihak
tidak dapat menyempurnakan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini boleh
ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.
26. PENAMATAN PERJANJIAN
26.1. JPNS boleh dengan memberi notis bertulis kepada Pembekal
menamatkan Perjanjian ini jika:
26.1.1. Pembekal melakukan pelanggaran terhadap mana-mana
syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini; atau
26.1.2. Pembekal itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila
Pembekal itu adalah suatu firma, mana-mana perkongsi firma
itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap atau suatu perintah
penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau
membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau
39
bagi faedah pemiutang-pemiutang atau membuat sesuatu
pindah hak atau penyerah hak bagi faedah pemiutang-
pemiutang atau jika Pembekal itu adalah suatu syarikat,
meluluskan suatu ketetapan atau mahkamah membuat suatu
perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu
penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan)
atau jika seseorang penerimaan atau pengurus bagi pihak
seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan
yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang
sipiutang melantik seorang penerimaan atau pengurus, atau
yang memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah
penggulungan; atau
26.1.3. JPNS mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa
Pembekal atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau
bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar
pengetahuan Pembekal) melakukan perbuatan rasuah,
dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini
tidak menyentuh hak-hak JPNS untuk mendapatkan balik
ganti rosak, pampasan dan lain-lain hak yang sedia ada.
26.1.4. JPNS boleh menamatkan Perjanjian ini dalam keadaan-
keadaan lain sebagaimana yang difikirkan munasabah selain
daripada yang tersebut di bawah Fasal Kecil 26.1 di atas.
27. KELELAPAN BON PERLAKSANAAN
Dalam hal di mana Pembekal melakukan pelanggaran terhadap
tanggungjawab di bawah Perjanjian ini atau di mana JPNS menamatkan
Perjanjian ini mengikut Fasal 26, Bon Pelaksanaan seperti yang disebutkan
dalam Fasal 5 atau apa-apa bahagian daripadanya yang JPNS fikirkan patut
boleh dilelap kepada JPNS.
28. DUTI SETEM
Apa-apa duti setem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini
akan ditanggung oleh Pembekal.
40
29. UNDANG-UNDANG
Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan dan dikawal mengikut Undang-Undang
Malaysia.
30. PINDAAN-PINDAAN
Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat
secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak.
31. ALAMAT SURAT MENYURAT
Semua surat menyurat kepada kedua-dua belah pihak hendaklah dengan pos
berdaftar dan hendaklah dialamatkan kepada alamat-alamat berkenaan
seperti berikut:
(a) JPNS : PENGARAH
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 4, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3 JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40632 SHAH ALAM
Telefon : 03 5518 9888.
Faks :03 5510 5044 / 03 5510 0040
(b) Pembekal Nama : ………………………………………….
No. Pendaftaran: .......................................................
Alamat : ………………………………………….
…………………………………………..
…………………………………………..
…………………………………………..
Telefon : ………………………………………….
Faks : ...........................................................
41
Sebarang pertukaran butiran-butiran Fasal 31 (b). hendaklah diberitahu oleh
Pembekal kepada JPNS secara bertulis.
32. AKAUN PEMBEKAL
Pembekal hendaklah membuka suatu akaun bank yang berdaftar di Malaysia
bagi urusan Perjanjian ini:
Nama Bank :…………………………………………………………..
Alamat Bank :…………………………………………………………..
No. Akaun :…………………………………………………………..
33. PILIHAN
JPNS boleh melanjutkan Perjanjian ini untuk suatu tempoh yang dipersetujui
bersama dengan atau tanpa sebarang perubahan terhadap Perjanjian
setelah diberi notis bertulis kepada Pembekal dalam tempoh Perjanjian
sedang berjalan.
34. TIMBANGTARA
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara JPNS dengan Pembekal mengenai
pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa Perjanjian, atau hak dan tanggungan
pihak- pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang
berhubung dengannya hendaklah kecuali jika selainnya dipersetujui dengan
tertentu dengan bertulis di antara JPNS dengan Pembekal, dirujukkan
kepada penimbangantaraan dua orang, seorang dilantik oleh JPNS dan
seorang oleh Pembekal dan aturcara timbangtara itu adalah seperti
diperuntukkan di dalam Akta Timbangtara 2005.
(LEBIHAN MUKA SURAT INI DIKOSONGKAN DENGAN SENGAJA)
42
PADA MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT maka pihak-pihak yang tersebut dalam
Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada haribulan dan tahun yang mula-
mula tertulis di atas.
Ditandatangani dan dimetrai )
oleh dan bagi pihak JPNS )
)
) ……………………………………………….
) ( )
No. K/P:
Pengarah
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Malaysia
Tarikh:
Di hadapan: )
) ……………………………………………...
) No. K/P:
Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi)
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Malaysia
Ditandatangani dan dimetrai ) T.Tangan :…………………………………
oleh dan bagi pihak Pembekal ) Nama :……………………………………..
) No. K/P:……………………………………
) Jawatan :…………………………………..
Tarikh:
Di hadapan ) T.Tangan :…………………………………
) Nama :……………………………………..
) No. K/P:……………………………………
) Tarikh :…………………………………..