kenyataan akhbar kementerian kesihatan...
TRANSCRIPT
1
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019
(COVID-19) DI MALAYSIA 20 OKTOBER 2020
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari
ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 634 kes. Ini
menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19
adalah 14,351 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan
kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Sabah (433 kes);
Kedah (109 kes);
Selangor (77 kes);
Wilayah Persekutuan Labuan (10 kes);
Negeri Sembilan (2 kes);
Johor (1 kes);
Pahang (1 kes); dan
Terengganu (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 20 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 862 kes baharu
telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah
2
sebanyak 22,225 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan
COVID-19 adalah 7,681 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1
peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah
serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhan, sebanyak 235
kes (27.3 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan
Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak
menjangkiti masyarakat.
Berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi,
Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baru setiap hari.
Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan
daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk
lapan (8) kes dari kluster-kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan
pulang dari Sabah.
Ingin dimaklumkan daripada 862 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2)
kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan
satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara iaitu dari negara:
Mesir (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
Indonesia (1 kes di Sarawak)
Daripada 860 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan
pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan
mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah
sebanyak 452 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
3
Sabah: 673 kes
o 260 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 243 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kertang; dan
o 168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 132 kes
o 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
o 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 17 kes
o 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
Perak: Sembilan (9) kes
o Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
o Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
4
Negeri Sembilan: Enam (6) kes
o Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes
o Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-
19.
Sehingga kini, terdapat 95 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit
Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and
Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa
terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru,
jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 193 kes
(0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
5
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes kematian
Kes No.
Negeri Jantina Umur
(tahun) Hospital
Latar Belakang
191 13509 Sabah Lelaki WN
78 Hospital Tawau
Penyakit
darah tinggi, dislipidemia
dan penyakit jantung
192 14987 Sabah Perempuan
WN 59
Hospital Tawau
Penyakit
darah tinggi, kencing
manis dan penyakit
buah pinggang
kronik
193 22036 Sabah Perempuan
WN 90
Hospital Queen
Elizabeth
Penyakit
darah tinggi dan
penyakit jantung
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
6
KLUSTER BAHARU: KLUSTER KERTANG
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kluster baharu telah
dikenal pasti pada hari ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes
indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) telah dikenal pasti positif COVID-19
hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu,
Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif
COVID-19.
Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah
disaring, di mana:
21 kes dikesan positif COVID-19; dan
195 individu negatif.
PENINGKATAN KES YANG MENDADAK DI SELANGOR
Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif
COVID-19 di Selangor adalah 3,489 kes. Bagi gelombang ketiga ini, negeri
Selangor mula menyaksikan peningkatan kes pada penghujung bulan
September 2020 setelah kemasukan dan kepulangan pengunjung dari negeri
Sabah.
Kluster pertama yang dilaporkan di Selangor dalam gelombang ketiga ini adalah
Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September 2020 di mana ianya telah
melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah. Peningkatan kes penularan
tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober 2020 dan
meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.
7
Untuk makluman, sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula
kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan
(Kluster Hentian):
• Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) adalah kluster jangkitan
tempatan, manakala lapan (8) kluster (30.8 peratus) adalah mempunyai
perkaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.
• Enam (6) kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober 2020 adalah
berkaitan dengan jangkitan tempatan.
• Sembilan (9) dari 26 kluster mempunyai kaitan yang amat rapat dengan
perebakan di tempat kerja (34.6 peratus).
• Satu (1) kluster dikaitkan dengan tempat membeli belah awam (3.8
peratus).
Situasi ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi di
kalangan penduduk di negeri Selangor dan pengunjung di negeri Selangor.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-
nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu
kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place),
elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang
atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
8
Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),
memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah
diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos
2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang
lebih berkonsep peringatan seperti:
o Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-
mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara
kebiasaan bersalam;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap
disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP);
O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan
orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan
bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter
diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara,
dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa
dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM
9
akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah
dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 20 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
10
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 20 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
BILANGAN KES
BAHARU *( )
BILANGAN
KES
KUMULATIF
SABAH 673 8,755
SELANGOR 132 3,489
W.P. KUALA LUMPUR 7 (1) 2,860
KEDAH 17 1,957
NEGERI SEMBILAN 6 1,110
JOHOR 1 840
SARAWAK 1 (1) 769
PULAU PINANG 8 670
PERAK 9 424
PAHANG 0 388
MELAKA 0 299
KELANTAN 1 174
TERENGGANU 0 163
W.P. LABUAN 6 160
W.P. PUTRAJAYA 1 129
PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 862 (2) 22,225
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(20 Oktober 2020)
Kluster Negeri Daerah Kes
Baharu
Jumlah
Kes
Jumlah
Yang Disaring
Kes Aktif
(Kes ICU)
Jumlah
Sembuh
Jumlah
Kematian
1 Penjara Kepayan
Sabah Kota Kinabalu 231 415 680 415 (0) 0 0
2 Hentian Selangor Hulu Langat 42 49 127 49 (0) 0 0
3 Benteng LD
Sabah Lahad Datu, Tawau,
Sandakan, Kinabatangan,
Tuaran
12 1,077 16,503 194 (0) 882 1
4 Auto Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Petaling, Klang, Kuala Langat,
Seremban, Titiwangsa, Putrajaya
12 62 577 62 (0) 0 0
LAMPIRAN 2
5 Bah Sintok
Kedah, Negeri Sembilan, Selangor
Kubang Pasu, Seremban, Gombak
11 49 491 48 (0) 1 0
6 Buntar Kedah, Perak, WP Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau
Pinang
Kuala Muda, Kerian,
Putrajaya, Batu Pahat, Johor
Bahru, Petaling, Sepang,
Seberang Perai Selatan
10 33 335 33 (0) 0 0
7 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur
Gombak, Hulu Langat,
Petaling, Alor Gajah, Lembah
Pantai
9 194 865 176 (0) 18 0
8 Jalan Bomba
Sabah Sandakan 9 25 316 21 (0) 2 2
9 Menara Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu,
Melaka
Hulu Langat, Petaling,
Gombak, Klang, Sepang, Cheras,
Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya,
Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka
Tengah
8 49 361 47 (0) 2 0
10 Bah Manggis
Sabah, Selangor, Negeri Sembilan
Tawau, Kuala Langat,
Seremban
7 48 733 30 (0) 18 0
11 Alma Pulau Pinang Seberang Perai Tengah,
Seberang Perai Selatan,
Seberang Perai Utara
7 24 224 24 (0) 0 0
12 Tembok Kedah, Perak Kota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai
Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut,
Matang & Selama
4 1,576 7,391 823 (5) 752 1
13 Ramai-Ramai
Sabah Sandakan 4 195 734 156 (1) 39 0
14 Sungei Way
Selangor, WP Kuala Lumpur, Pulau
Pinang
Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala
Langat, Titiwangsa,
Lembah Pantai, Cheras, Timur Laut Seberang
Perai Utara
2 56 329 48 (0) 8 0
15 Simera Terengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak,
Johor, WP Putrajaya
Besut, Kuantan, Petaling, Klang,
Hulu Langat, Gombak, Port
Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor
Bahru, Putrajaya
2 54 737 43 (1) 11 0
16 Saguking WP Labuan Labuan 2 41 533 41 (0) 0 0
17 Keladi Selangor Klang 2 30 216 30 (0) 0 0
18 Merbok Selangor Kuala Langat, Klang, Hulu
Langat, Petaling, Kuala
Selangor
2 18 615 18 (0) 0 0
19 Tujuh Serangkai
Sabah Tuaran 1 164 2,655 122 (0) 41 1
20 Benteng PK
Selangor Klang, Kuala Langat
1 61 432 17 (0) 44 0
21 Bah Tropicana
Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Petaling, Gombak, Klang,
Titiwangsa, Lembah Pantai
1 51 716 39 (0) 12 0
22 Tanamera Sabah Tawau 1 47 84 33 (0) 14 0
23 Bestari Sabah Sandakan 1 27 61 15 (0) 12 0
24 Kencana Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur,
Terengganu
Petaling, Hulu Langat, Klang,
Gombak, Cheras, Johor Bahru, Batu
Pahat, Pontian, Kuala Nerus
1 26 242 21 (0) 5 0
25 Tasik Sarawak, Selangor Miri, Petaling, Hulu Langat,
Klang, Gombak
1 24 552 20 (0) 4 0
26 Olive Selangor, Sabah Hulu Langat, Penampang, Kota Marudu
1 18 541 16 (0) 2 0
27 Buang Sayang
Sabah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya,
Negeri Sembilan
Sipitang, Pitas, Putatan,
Titiwangsa, Seremban,
Rembau
1 17 414 8 (0) 9 0
*BWN = Bukan Warganegara