kenapa kulit kura-kura retak

2
Cerita Kenapa Kulit Kura2 Retak Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering. Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang. Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya. Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung. Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan. “Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh terbang….! Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang. Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik.

Upload: mohd-azman

Post on 23-Jun-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenapa Kulit Kura-kura Retak

Cerita Kenapa Kulit Kura2 Retak

Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada

suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan

kolam tempat mereka bermain juga kering.

Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia

tidak boleh terbang.

Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik

akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-

kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.

Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka

bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai

sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung.

Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah

bersorak kehairanan.

“Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh

terbang….!

Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya

ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang.

Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa

oleh itik.

Page 2: Kenapa Kulit Kura-kura Retak

Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya

retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di

sana sini..