kementerian pendidikan malaysia · secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. o pentaksiran sekolah...

21
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 1

Upload: phammien

Post on 07-Sep-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN

PEMBELAJARAN MURID

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

EKONOMI RUMAH TANGGA

TINGKATAN 1

Cetakan 2014

© Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

0

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2

3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

2

3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA 7

10 STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA 8

1

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

3

MATLAMAT MATA PELAJARAN

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5 Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk kecerian kawasan tertentu.

OM6 Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7 Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri

dan antarabangsa.

OM8 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM9 Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

OM10 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM11 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

4

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan.

6

KERANGKA STANDARD PRESTASI

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh Buat Faham Tahu

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Faham

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Faham

7

PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA

BAND PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

2 (Tahu dan Faham)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

1 (Tahu)

Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

KHB EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 1

9

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

1. Organisasi bengkel dan keselamatan

2. Reka bentuk dan penghasilan projek

B1 Menyatakantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan empat amalan 4M.

B2 Menerangkantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan dua amalan 4M.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah mengikut prosedur1.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan daya usaha1.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projeksecara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan nilai tambah1 dan membimbing1.

prosedur1 : Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik.

daya usaha1 : Lakaran mesti : (i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan) (ii) bersih.

nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid. membimbing1 : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.

(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

10

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

3. Elektrik B1 Menyatakantentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar.

B2 Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dengan daya usaha2.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dan membimbing1.

prosedur2 : Mengikut langkah kerja yang betul. daya usaha2 : (i) Hasil kerja kemas dan betul

(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.

11

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

4. Kerja paip B1 Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis perangkap.

B2 Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan perangkap dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip dengan membuat penyenggaraan perangkap.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap dengan daya usaha2.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap dan membimbing1.

12

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

5. Jahitan B1 Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.

B2 Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung dengan daya usaha2.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan dan membimbing1.

13

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

6. Tanaman hiasan B1 Menyatakan tentangtanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang.

B2 Menerangkan tentangtanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuran medium semaian.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan menyemai keratan dalam medium semaian.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dengan daya usaha2.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dan membimbing1.

14

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

EKONOMI RUMAH

TANGGA

7. Pemakanan dan pengurusan sajian B1

Menyatakan tentang pemakanan dan pengurusan sajian dengan memberikan dua prinsip memasak.

B2 Menerangkan tentang pemakanan dan pengurusan sajian dengan menjelaskan pengertian memasak dengan haba lembap atau haba kering.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan sajian dengan memasak dengan haba lembap atau haba kering.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan sajian secara sistematik dengan memasak dengan haba lembap atau haba kering mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan sajian secara sistematik dengan memasak dengan haba lembap atau haba kering dengan daya usaha3.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan sajian secara sistematik dengan memasak dengan haba lembap atau haba kering dan membimbing1.

daya usaha3 : (i) Rasa, tekstur dan warna yang betul. (ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.

15

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

EKONOMI RUMAH

TANGGA

8. Bater 9. Kuih tempatan

B1 Menyatakan tentang bater dengan memberikan dua jenis bater.

B2 Menerangkan tentang bater dengan menjelaskan pengertian bater.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kuih tempatan dengan memasak satu jenis kuih tempatan menggunakan kaedah mengukus.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kuih tempatan dengan memasak satu jenis kuih tempatan secara sistematik menggunakan kaedah mengukus mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kuih tempatan dengan memasak satu jenis kuih tempatan secara sistematik menggunakan kaedah mengukus dengan daya usaha3.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kuih tempatan dengan memasak satu jenis kuih tempatan secara sistematik menggunakan kaedah mengukus dan membimbing1.

16

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

EKONOMI RUMAH

TANGGA

10. Pakaian 11. Jahitan

B1 Menyatakan tentang pakaian dengan memberikan prinsip pemilihan pakaian.

B2 Menerangkan tentang pakaian dengan menjelaskan pemilihan stail dan corak pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan dengan menjahit contoh jahitan lisu pemadan dan memanjang atau memendekkan pola skirt berkasing.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit lisu pemadan dan memanjang atau memendekkan pola skrit berkasing mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit lisu pemadan dan memanjang atau memendekkan pola skrit berkasing mengikut daya usaha3.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit lisu pemadan dan memanjang atau memendekkan pola skrit berkasing dan membimbing1.

17

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

EKONOMI RUMAH

TANGGA

12. Pengenalan kepada perniagaan B1

Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan jenis perniagaan

B2 Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

B3 Menerangkan tentang perniagaan dengan mengenal pasti kepentingan perniagaan kepada individu masyarakat dan negara.

B4 Menghuraikan tentang perniagaan dengan mengenal pasti perubahan dalam aktiviti perniagaan dahulu dan masa kini.

B5 Menghuraikan tentang perniagaan dengan membanding beza perniagaan dahulu dan masa kini.

B6 Menghuraikan tentang perniagaan dengan meramalkan perubahan ciri perniagaan pada masa akan datang.

18

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787

Faks : 03-88843783

Web :http://www.moe.gov.my/lp

e-mel : [email protected]