kementerian pendidikan pendidikan kemahiran hidup bersepadu pppm kemahiran hidup bersepadu...

Download KEMENTERIAN PENDIDIKAN pendidikan kemahiran hidup bersepadu pppm kemahiran hidup bersepadu perdagangan

Post on 19-Jun-2018

219 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 1

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PANDUAN PERKEMBANGAN

    PEMBELAJARAN MURID

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

    TINGKATAN 1

  • Cetakan 2014

    Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

    ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

    tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

    Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 0

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1 PENDAHULUAN 1

    2

    3

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

    2

    3

    4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

    5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

    6 TAFSIRAN 5

    7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

    8 PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 7

    9 PEMETAAN 8

    10 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 9

  • 1

    PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • 2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 3

    MATLAMAT MATA PELAJARAN

    Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

    serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OBJEKTIF MATA PELAJARAN

    OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

    kayu, papan lapis dan bahan komposit.

    OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

    menghasilkan produk.

    OM3 Menjalankan kerja buat sendiri menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

    OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

    OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

    OM6 Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

    OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

    OM8 Mengenal pasti kaedah meyimpan rekod secara sistematik.

    OM9 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

    keputusan rekaan dan penghasilan projek.

    OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

  • 4

    OBJEKTIF PENTAKSIRAN

    Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

    dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

    OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

    OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

    OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

    OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

    OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

    OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

    (Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 5

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

    pelaporan individu.

    o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

    gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

    dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

    atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

    dan dicapai.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

    secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

    o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

    peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga

    Peperiksaan.

  • 6

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

    Tahu

    Faham Tahu

    Boleh Buat Faham Tahu

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab

    Terpuji

    Faham

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab

    Mithali

    Faham

  • 7

    PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

    BAND PENYATAAN STANDARD

    6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Mithali)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

    5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Terpuji)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.

    4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.

    3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

    2 (Tahu dan Faham)

    Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

    1 (Tahu)

    Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

  • 8

    PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

    KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

    TINGKATAN 1

  • 9

    BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

    REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    1. Organisasi bengkel dan keselamatan

    2. Reka bentuk dan penghasilan projek

    B1 Menyatakantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan empat amalan 4M.

    B2 Menerangkantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan dua amalan 4M.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasi

Recommended

View more >