kementerian pendidikan malaysia kurikulum · pdf filerukun negara bahawasanya negara kita...
TRANSCRIPT
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
BAHASA MALAYSIA
TAHUN LIMA
DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
BAHASA MALAYSIA
TAHUN LIMA
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN
i. Matlamat
ii. Objektif
iii. Pelaksanaan Subjek Modul
5
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 15
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
TAFSIRAN UMUM
TAFSIRAN MATA PELAJARAN
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
16
16
17
18
21
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua
murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan
akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di
Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan
pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap
keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
DRAF
2
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
DRAF
3
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
DRAF
4
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada elemen
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
DRAF
5
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam
KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
Matlamat
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran
digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan
boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, berdikari,
memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan
maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan
bermakna.
Fokus
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan
dapat:
i) Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan menyebut
bunyi bahasa perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
ii) Mendengar, memahami dan memberi respons berdasarkan
arahan, pesanan dan pertanyaa dengan betul;
iii) Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang
sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan
betul dan bertatasusila;
iv) Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis
dengan sebutan dan intonasi yang betul;
v) Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada
pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;
vi) Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan kosa
kata dan maklumatuntuk memupuk minat membaca;
vii) Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
viii)Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;
ix) Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
DRAF
6
x) Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan
dan penulisan; dan
xi) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,
semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti
berbahasa.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran
bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
i. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid mendengar
dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara
yang didengar dalam situasi bercerita dan mendiskriminasikan
perkataan serta memberi respons
ii. Kemahiran Bertutur
Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi untuk
menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan
juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul.
iii. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.
Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu
murid dapat menghayati teks yang dibaca.
iv. Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid
menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan
perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur
pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran
bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
DRAF
7
Aspek Seni Bahasa
Aspek Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid
memperolehi bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik
bercerita dan berpuisi. Seni bahasa ini menampakkan keindahan
bahasa dari aspek pembentukan ayat yang menggunakan
personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea
ini dapat dilahirkan dalam bentuk lisan dan penulisan.
Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan
tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan
secara terancang
Sistem Bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata,
sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan
murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.
Penjelasan bagi perkara tersebut di nyatakan di bawah.
Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis
i) Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi
unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit
tatabahasa sama ada bentuk tunggal. Golongan kata pula
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain
dalam golongan yang sama;
a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi:
i) kata asli bahasa Melayu
b) Bentuk kata terdiri daripada:
ii) kata tunggal
c) Golongan kata terdiri daripada:
i) kata nama
ii) kata kerja
iii) kata adjektif
DRAF
8
ii) Sintaksis
Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan ayat. Ini bermakna bidang sintaksis
ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
menjadi dasar kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat. Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut:
a) Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa
klausa dan aspek pembinaannya serta
pembahagian subjek dan predikat.
b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat tanya
c) Binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat
majmuk
Tanda Baca
Tanda baca perlu dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk
memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Contohnya,
koma dan tanda noktah mewakili hentian di dalam pertuturan.
Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam
bacaan dan tulisan.
Sistem Ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah:
a) Pola keselarasan huruf vokal
b) Ejaan kata pinjaman
c) Ejaan kata dasar
Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut
perkataan dan ayat yang betul serta memahami intonasi dan jeda.
Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan
membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya
murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.
a) Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata
dengan betul. Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di
sekolah hendaklah menggunakan Bahasa Melayu baku.
DRAF
9
b) Intonasi
Intonasi ayat Bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan
mengikut pola ayat yang berikut:
i) ayat penyata
ii) ayat tanya
iii) ayat perintah
iv) ayat aktif
v) ayat pasif
Kosa kata
Kosa kata daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata
perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan agar murid dapat
mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan
penambahan ilmu dalam mana-mana mata pelajaran yang dipelajari
di peringkat ini.
Pelaksanaan Modul
Modul Pengajaran
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum
Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu guru
menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh
mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut
keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan
pencapaian prestasi murid.
Modul Pembelajaran
Modul pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga
disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi
lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid
untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penekanan 5P
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P
iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan
pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep
bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi
pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut;
i. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,
DRAF
10
beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga
dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat
dalam standard kandungan.
ii. Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,
unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh
diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan
disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.
iii. Penilaian
Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk
mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam
prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti
dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap
seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau
pengayaan.
iv. Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid
menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai
dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini
terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan,
dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-
peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.
Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
v. Pengayaan
Program pengayaan disediakan untuk memantapkan
kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid
hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan
secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan
bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh
diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran
dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal
daripada jangka masa yang ditentukan.
DRAF
11
Pendekatan berpusatkan murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan
mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan
berbahasa.
Pendekatan Tematik
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia
diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran
bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan
pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di
samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih
mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan
tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian
dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya
kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.
Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:
i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika
merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat
dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang
meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan
kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat
dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati
diri warga Malaysia.
ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan
merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan
keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal,
mental , emosi dan rohani serta mempunyai
semangat juang dan sanggup berkorban demi
negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid
untuk melahirkan masyarakat madani yang
mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada
negara.
iii) Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu
pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh
diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat
DRAF
12
menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai
diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan
yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan
sesuatu yang berinovasi.
iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk
keupayaan murid menjaga dan mengurus alam
sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia,
haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan
kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai
diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta
bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan
teknologi hijau.
v) Pertanian dan Penternakan
Tema pertanian dan perternakan memberi murid
pendedahan perihal asas-asas pertanian dan
penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini
sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang
kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan
penternakan dalam kehidupan.
vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan
Kewangan
Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal
bidang perniagaan dan keusahawanan dalam
menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan.
Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran
tentang kepentingan bidang ekonomi dan
membudayakan sikap keusahawanan dalam
kehidupan.
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M ,
guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya
adalah:
i. Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam kumpulan murid belajar bersama-
sama, saling belajar dan membantu antara satu sama lain
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan
bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk
mencapai matlamat sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan
DRAF
13
interaksi dan kerjasama serta semangat berpasukan di
dalam kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran.
ii. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian
individu, masyarakat dan persekitaran. Pembelajaran
berlaku apabila murid berupaya berhubungkaitkan
pengetahuan terbaharu secara bermakna dan menghayati
proses pembelajaran dalam kehidupan mereka.
iii. Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai
aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran berfikir sama ada dari segi percambahan idea,
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah
penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada
masa hadapan.
iv. Didik Hibur
Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara santai dan berhibur
yang terancang dan bersistematik dengan penekanan
pelaksanaannya terhadap dua elemen komponen sastera
iaitu nyanyian dan puisi.
v. Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk
perkataan, frasa dan ayat. Murid perlu menggunakan
kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari
untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.
vi. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan Projek memastikan murid
menggunakan maklumat lama dan baharu untuk
menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan
murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan
mempersembahkan dapatannya. Ini dapat membantu guru
menilai perkembangan murid dan kualiti pembelajaran
murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan
sesuatu projek.
vii. Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina
DRAF
14
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri
berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih yakin, faham dan seronok belajar
sepanjang hayat mereka.
viii. Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik belajar
yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan
murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak
untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah-ubah
untuk pembelajaran sepanjang hayat.
ix. Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran
untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
perkara atau isu yang lampau, masa kini dan akan datang.
Perkara seperti ini memberikan murid untuk menjangka,
meramal serta menangani perubahan semasa supaya
mereka mendapat memanfaat sepenuhnya.
x. Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran akses kendiri ialah memberi peluang murid
belajar secara kendiri dengan menggunakan bahan
pembelajaran. Murid diberi peluang untuk memilih aktiviti,
menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka
sendiri. Ini memberi peluang mereka bertanggungjawab
terhadap hasil pembelajaran mereka.
xi. Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang terancang, berstruktur dan
berpusatkan murid. Kaedah ini mengukuhkan pemahaman
murid terhadap konsep yang dipelajari di bilik darjah. Ia
memberi pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang
sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial dan kerja
berpasukan.
xii. Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri adalah memastikan murid
menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum berpindah
keunit seterusnya. Pembelajaran ini dipecahkan kepada
unit-unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai murid.
Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah
digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan
yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah
DRAF
15
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akses internet
dapat memberi peluang kepada murid di dalam mendapatkan
sumber pengajaran dan pembelajaran.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
murid berkeperluan pendidikan khas.
(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013).
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan
tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
2000)
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
DRAF
16
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
dengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina
berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
(growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran
Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat
tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak
membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain.
Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan
dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara
adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
DRAF
17
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan
pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan
dan kebolehan masing-masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia.
Tafsiran Umum
MAKSUD TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN UMUM
Tahu 1
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
Tahu dan
Faham 2
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
3
Murid menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
4
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
atau secara sistematik.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
5
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
pada situasi baharu, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal,
dan bersikap positif.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
pada situasi baharu secara sistematik,
bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta
boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
DRAF
18
TAFSIRAN MATA PELAJARAN
Jadual 2:Tafsiran Tahap Penguasaan bagi matapelajaran Bahasa
Malaysia
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan
banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.
2
Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan,
panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.
3
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan
idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.
4
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan
bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran
kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.
5
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea
dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.
6
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi
secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain
dalam kemahiran bahasa.
DRAF
19
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah
Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti
yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah
dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.
Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif
atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
DRAF
20
DRAF
21
KEMAHIRAN MENDENGAR
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.1 Mendengar dan
memahami arahan
1.2 Mendengar dan
memahami pesanan
1.1.1 Mendengar dan
mengingat arahan
1.1.2 Memahami dan
menyatakan semula
arahan
1.2.1 Mendengar dan
mengingat pesanan
1.2.2 Mendengar dan
menyebut semula
pesanan
1 Menyebut semula arahan atau pesanan yang didengar
2 Memberi respons secara lisan atau gerak laku terhadap
arahan atau pesanan yang didengar
3
Menyampaikan arahan atau pesanan yang didengar secara
lisan atau bertulis
4
Melakukan arahan atau pesanan yang didengar secara lisan
atau bertulis dengan beradab
5 Melakukan arahan atau pesanan yang didengar dengan
intonasi yang sesuai secara yakin, tekal dan beradab
6
Melakukan arahan atau pesanan yang didengar dengan
intonasi yang sesuai, yakin, beradab dan mempengaruhi
khalayak
DRAF
22
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.3 Mendengar dan
memahami cerita
1.3.1 Mendengar dan
mengingat urutan
cerita yang
diperdengarkan
berpandukan
gambar bersiri
1.3.2 Menceritakan
semula cerita yang
diperdengarkan
1 Memberi respons secara lisan atau gerak laku terhadap cerita
yang diperdengarkan
2 Menyatakan maklumat mengenai cerita yang diperdengarkan
berpandukan gambar
3 Bercerita mengikut urutan gambar
4 Menceritakan semula cerita yang diperdengarkan dengan tertib
5 Menceritakan semula cerita yang diperdengarkan dengan
tertib, yakin dan bertatasusila
6 Menceritakan semula cerita yang diperdengarkan dengan
tertib, kreatif dan mempengaruhi khalayak
DRAF
23
KEMAHIRAN BERTUTUR
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.1 Berbual dan memahami
isi penting
2.1.1 Bersoal jawab
berpandukan gambar
tentang ;
i. permainan gasing
ii. permainan
congkak
iii. permainan batu
seremban
iv. permainan layang-
layang
1 Memberi respons terhadap gambar secara lisan atau gerak
laku
2 Menyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar
3 Bersoal jawab mengenai gambar
4 Berbual mengenai gambar berpandukan isi penting
5 Berbual mengenai gambar secara yakin, tekal dan beradab
6 Berbual mengenai gambar secara kreatif dan boleh dicontohi
DRAF
24
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.2 Bercerita tentang bahan
yang dibaca
2.2.1 Bersoal jawab untuk
mendapatkan
maklumat tentang
gambar;
i. hobi
ii. haiwan peliharaan
iii. bencana alam
iv. aktiviti riadah
2.2.2 Berbincang
berdasarkan situasi
sebenar atau gambar
tentang aktiviti;
i. sukan sekolah
ii. gotong-royong
iii. perkhemahan
iv. Hari Kanak-kanak
1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku tentang gambar
atau situasi sebenar
2 Menyatakan maklumat mengenai gambar atau situasi
sebenar
3 Berbincang berkaitan gambar atau situasi sebenar
4 Bercerita mengenai gambar atau situasi sebenar
5 Bercerita mengenai gambar atau situasi sebenar dengan yakin
dan tertib
6 Bercerita mengenai gambar atau situasi secara kreatif dan
boleh dicontohi
DRAF
25
KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.1 Mengeja, membatang
dan menyebut suku
kata
3.2 Membaca mekanis
3.1.1 Mengeja, membatang
dan menyebut suku
kata KV+KV+KV
3.1.2 Mengeja, membatang
dan menyebut suku
kata KV+KV+KVK
3.1.3 Mengeja, membatang
dan menyebut suku
kata KV+KVK+KV
3.1.4 Mengeja dan
membatang
perkataan diftong
3.2.1 Membaca kuat
perkataan yang telah
dipelajari
1 Megajuk perkataan
2 Mengeja dan membatang suku kata
3 Mengeja dan membaca perkataan dalam frasa atau ayat
4 Membaca kuat perkataan dalam frasa atau ayat dengan
sebutan dan intonasi yang sesuai
5 Membaca kuat perkataan dalam frasa atau ayat dengan
sebutan dan intonasi yang sesuai secara beradab
6 Membaca kuat ayat dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
secara yakin dan boleh dicontohi
DRAF
26
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.2.2 Membaca kuat frasa
yang mengandungi
perkataan dipelajari
3.2.3 Membaca kuat ayat
tunggal yang
mengandungi
perkataan dipelajari
DRAF
27
KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.1 Menulis secara mekanis
4.1.1 Menulis perkataan
KVKVKV
4.1.2 Menulis perkataan
KVKVKVK
4.1.3 Menulis perkataan
KVKVKKV
4.1.4 Menulis perkataan
diftong
1 Menyalin perkataan
2 Menulis perkataan
3 Menulis perkataan secara tertib
4 Menulis perkataan secara tekal dan tertib
5 Menulis perkataan secara tekal,yakin dan tertib
6 Menulis perkataan secara tekal, yakin dan tertib serta
boleh dicontohi
DRAF
28
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.2 Menghasilkan penulisan
mentalis
4.2.1 Melengkapkan
karangan berpandukan
gambar secara
deskriptif
4.2.2 Menghasilkan penulisan
berbentuk deskriptif
berpandukan gambar
1 Menyalin karangan
2 Melengkapkan karangan berpandukan gambar
3 Melengkapkan karangan bentuk diskriptif berpandukan
isi penting
4 Menulis karangan bentuk deskriptif berpandukan
gambar dan isi penting secara tertib
5 Menulis karangan bentuk deskriptif mengikut situasi
secara yakin, tekal dan beradab
6 Menulis karangan bentuk deskriptif mengikut situasi
dengan kreatif, gramatis dan boleh dicontohi
DRAF
29
SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
5.1 Menyebut dan
memahami unsur seni
dalam lagu melalui
nyanyian
5.1.1 Menyebut seni kata
lagu mengikut rentak
5.1.2 Memahami seni kata
lagu melalui bahan
grafik
1 Mengajuk seni kata lagu
2 Menyanyikan lagu mengikut rentak
3 Menyanyikan lagu mengikut rentak sambil membuat
gerak laku
4 Menyanyikan lagu mengikut rentak berpandukan
bahan grafik sambil membuat gerak laku
5 Menyanyikan lagu mengikut rentak berpandukan
bahan grafik sambil membuat gerak laku dengan
kreatif
6 Menyanyikan lagu mengikut rentak berpandukan
bahan grafik sambil membuat gerak laku dengan yakin,
kreatif dan mempengaruhi khalayak
DRAF
30
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
5.2 Melafazkan dan
memahami syair dengan
betul menggunakan
bahasa yang indah
5.2.1 Melafazkan bait-bait
syair dengan sebutan
yang jelas
5.2.2 Melagukan syair
dengan betul
1 Mengajuk bait-bait syair yang diperdengarkan
2 Melafazkan bait-bait syair dengan sebutan yang jelas
3 Melagukan syair mengikut irama yang sesuai
4 Melagukan syair mengikut irama dan gaya yang
sesuai secara tertib
5 Melagukan syair mengikut irama dan gaya yang
sesuai secara tertib dan kreatif
6 Melagukan syair secara kreatif dan mempengaruhi
khalayak
DRAF
31
TATABAHASA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
6.1 Mengenal dan
menggunakan golongan
kata mengikut konteks
6.1.1 Memilih kata nama am
hidup bukan manusia
mengikut konteks
6.1.2 Mengenal dan
menggunakan kata
nama khas hidup
bukan manusia
mengikut konteks
6.1.3 Mengklasifikasikan dan
menggunakan kata
ganti nama diri pertama,
kedua dan ketiga dalam
pelbagai konteks
6.1.4 Mengenal pasti dan
menggunakan kata
adjektif dalam pelbagai
konteks
1 Menyatakan kata nama am atau kata nama khas atau
kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya
2 Menyenaraikan kata nama am atau kata nama khas
atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya
mengikut konteks
3 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas
atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya
secara lisan atau bertulis mengikut konteks
4 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas
atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya
secara lisan atau bertulis mengikut konteks dengan
beradab
DRAF
32
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
6.1.5 Menggunakan kata
tanya dalam pelbagai
konteks
5 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas
atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya
mengikut konteks secara beradab terpuji
6 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas
atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya
mengikut konteks secara bertatasusila dan boleh
dicontohi
DRAF
33
GLOSARI BAHASA MALAYSIA
BIL PERKATAAN MAKSUD DALAM KONTEKS DOKUMEN STANDARD
1 Arahan Kata yang menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu
2 Ayat tunggal Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
3 Bait Bahagian dari teks yang berirama
4 Diftong Gabungan dua bunyi vokal (ai- salai, au- pulau dan oi-amboi) yang disebut dalam satu suku kata
akibat perubahan kedudukan lidah
5 Deskriptif Karangan bebas yang menggambarkan tentang suasana, peristiwa dan benda
6 Frasa Kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa; atau
Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi dua perkataan ataupun satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih
7 Gambar bersiri Lebih daripada sekeping gambar
DRAF
34
8 Gambar tunggal Sekeping gambar
9 Gerak laku Tingkah laku atau gerak geri, perbuatan atau kelakuan
10 Kata Adjektif Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat
11 Konteks (Lin) Sesuatu yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan
12 Membaca mekanis Bacaan kuat secara cekap, pantas dengan penggunaan tanda bacaan serta intonasi yang betul
13 Menulis secara mekanis Penekanan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca.
14 Pesanan Perintah/nasihat yang mesti dilakukan atau disampaikan kepada orang lain
15 Respons Sesuatu perbuatan yang dilakukan sebagai tindak balas terhadap sesuatu keadaan
16 Urutan Susunan yang berturut-turut; susunan yang teratur mengikut giliran; angka (nombor) yang berturut-turut;
(nombor, bilangan, dan lain-lainl)
Rujukan : Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka
DRAF
35
Cadangan tema;
1. Kebudayan, Kesenian dan Estetika
2. Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan
3. Sains, Teknologi dan Inovasi
4. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
5. Pertanian dan Penternakan
6. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Cadangan lagu kanak-kanak:
1. Lagu Tiga Kupang
2. Buai Laju-laju
3. Anak Itik Tok Wi
DRAF
36
DAFTAR KATA TAHUN LIMA
POLA KATA PERKATAAN
KV+KV+KV
kelapa berita pelita rebana kemeja kebaya delima budaya cahaya keliru
putera puteri terima teruna cerita sutera berita betina ketawa jelita
KV+KV+KVK
teratak belukar riwayat belalang senapang selaput binatang tilawah separuh terusan
senangin kelamin selaput kelawar
KV+KVK+KV belanja keranda kelambu royalti setanggi kerengga terumbu kerangka semambu
DIFTONG
silau pulau amboi salai sepoi cakoi petai kaloi kurau murai
serai cerai
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk