kementerian pelajaran malaysia - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · kurikulum standard...
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PENDENGARAN)
MODUL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN
KESIHATAN
TAHUN PENGUKUHAN
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
3
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Peralatan Penjagaan Diri Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif
1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : i. Mengenali peralatan asas dalam penjagaan kebersihan diri. Contoh :
Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : - MS PowerPoint
- Kad perkataan - Kad bergambar
Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: 1. Guru menunjukkan gambar peralatan asas dalam penjagaan kebersihan diri.
Contoh : ii. Sabun iii. Syampu iv. Sikat v. Berus gigi vi. Pengetip kuku
2. Guru menunjukkan isyarat kod tangan bagi setiap peralatan tersebut.
3. Guru menerangkan fungsi / kegunaan setiap peralatan tersebut. 4. Guru mengedarkan lembaran kerja.
4
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Anggota Badan Saya Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif
1.1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan
Standard Pembelajaran : i. Mengenali bahagian anggota badan manusia
Tempoh masa : 2 jam
Bahan sumber : - Model anggota badan manusia - Gambar anggota badan manusia
Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: 1. Guru menunjukkan model anggota badan manusia 2. Guru memperkenalkan bahagian-bahagian anggota badan manusia kepada
murid- murid ( menggunakan kod tangan ). Contoh : - Kepala - Badan - Tangan - Kaki - Telinga
3. Murid dibahagikan kepada kumpulan ( 2 orang ) 4. Guru menunjukkan gambar anggota badan manusia. 5. Guru meminta murid menyentuh anggota badan pasangan yang sepadan
dengan gambar yang ditunjukkan. 6. Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan.
5
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Katakan “TIDAK” Standard Kandungan
: 1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 1.1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan
perempuan
Standard Pembelajaran : ii. Mengenal pasti perbezaan fizikal lelaki dan perempuan
iii. Berkata “TIDAK / JANGAN” kepada sentuhan tidak selamat.
Tempoh masa
:
1 jam
Bahan sumber
:
- Model anggota badan manusia
Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: 1. Guru model anggota badan lelaki dan perempuan. 2. Guru menerangkan perbezaan anggota badan lelaki dan perempuan
3. Guru menunjukkan bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Contoh : iv. Bahagian anggota kemaluan
4. Guru meminta murid menandakan / melabel kembali bahagian anggota badan
yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.
5. Guru meminta murid menyentuh anggota badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja
6
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Saya Suka Kebersihan
Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif 1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : vii. Menjaga kebersihan kepala / rambut dan muka dengan cara yang betul
viii. Memahami kepentingan menjaga kebersihan kepala dan muka
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Syampu
- Pencuci muka - Tuala - Kad bergambar
Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: Aktiviti 1 : 1. Guru menunjukkan botol syampu kepada murid.
2. Guru bertanya kepada murid tentang kegunaan syampu tersebut.
3. Guru menerangkan kebaikan menggunakan syampu.
4. Guru melakukan demonstrasi mencuci rambut dengan betul.
5. Pelajar diminta mencuci rambut rakan masing-masing ( berpasangan ).
Aktiviti 2 :
1. Guru menunjukkan kepada murid contoh gambar kulit muka yang bermasalah.
2. Guru meminta pelajar menunjukkan respons terhadap gambar tersebut.
3. Guru menunjukkan beberapa jenis pencuci muka kepada murid.
4. Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan muka.
5. Guru melakukan demonstrasi mencuci muka dengan betul kepada murid.
6. Pelajar diminta mencuci muka rakan masing-masing ( berpasangan ).
7
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif
1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : ix. Menjaga kebersihan badan dan kaki dengan cara yang betul
x. Memahami kepentingan menjaga kebersihan badan
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Model badan manusia
- Kad perkataan - Sabun
Cadangan Aktiviti :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menunjukkan beberapa jenis sabun kepada murid.
2. Guru bertanya kepada murid tentang kegunaan sabun tersebut. 3. Guru menerangkan tentang kebaikan menggunakan sabun semasa mandi kepada
murid. 4. Guru menggunakan model badan manusia untuk menunjukkan demonstrasi
menggunakan sabun dengan betul.
5. Pelajar diminta mencuba mengulangi demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru.
6. Guru boleh mengulangi aktiviti yang sama untuk menerangkan tentang kebersihan kaki.
8
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif
1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : xi. Menjaga kebersihan tangan dengan cara yang betul xii. Memahami kepentingan menjaga kebersihan tangan
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Sabun
- Tuala - Pengetip kuku - Poster
Cadangan Aktiviti :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru meminta setiap murid menunjukkan kuku tangan mereka.
2. Guru memanggil seorang/ lebih pelajar yang mempunyai kuku yang bersih untuk
dijadikan contoh kepada rakan sekelas. 3. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara memotong kuku dengan betul.
4. Guru meminta pelajar ( yang berkuku panjang ) mencuba memotong kuku.
5. Guru menunjukkan poster tentang cara-cara mencuci tangan dengan cara yang betul.
6. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara mencuci tangan dengan betul.
7. Setiap pelajar dikehendaki mencuci tangan masing-masing mengikut langkah-langkah
yang ditunjukkan pada poster.
9
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif
1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : xiii. Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul xiv. Memahami kepentingan menjaga kebersihan gigi
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Model gigi
- Berus gigi - Ubat gigi - Kad bergambar
Cadangan Aktiviti :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru meminta setiap pelajar menunjukkan gigi masing-masing.
2. Guru memeriksa gigi setiap murid. 3. Guru memberikan pujian kepada murid yang mempunyai gigi yang bersih. 4. Guru mengeluarkan model gigi. 5. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara menggosok gigi dengan cara yang betul. 6. Guru menunjukkan beberapa keping gambar tentang akibat tidak menjaga kebersihan gigi
( gigi yang rosak ). 7. Guru mengedarkan lembaran kerja.
10
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif
1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : xv. Menjaga kebersihan organ genital dengan cara yang betul.
xvi. Memahami kepentingan menjaga kebersihan organ genital
Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : - Model anggota badan manusia
- Sabun
Cadangan Aktiviti :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menunjukkan bahagian anggota genital manusia menggunakan model anggota
badan manusia.
2. Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan anggota genital kepada murid. 3. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara mencuci anggota genital dengan cara
yang betul. kerja
11
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Pakaianku Bersih Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif
1.1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.
Standard Pembelajaran : i. Menjaga kebersihan pakaian
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Pakaian kotor
Cadangan Aktiviti :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru membawa contoh pakaian yang kotor untuk ditunjukkan kepada murid.
2. Guru meminta pendapat murid tentang pakaian tersebut, sama ada bersih atau kotor.
3. Guru memilih beberapa orang murid yang berpakaian bersih untuk dijadikan contoh kepada murid lain.
4. Guru menerangkan kepentingan memakai pakaian yang bersih.
12
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Jangan Kongsi Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif
1.1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.
Standard Pembelajaran : ii. Mengelakkan daripada berkongsi alatan keperluan diri. Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Kad bergambar Cadangan Aktiviti :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru mengarahkan murid duduk dalam satu bulatan.
2. Guru mengeluarkan satu kotak yang mengandungi gambar pelbagai barangan
keperluan diri. Contoh : - Sikat - Berus gigi - Pengetip kuku - Sapu tangan - Stokin - Pakaian dalam - Tuala
3. Guru menerangkan kepada murid bahawa setiap peralatan tersebut tidak boleh dikongsi
dengan orang lain.
4. Guru juga menerangkan kesan yang boleh berlaku jika peralatan tersebut dikongsi dengan orang lain.
5. Guru mengedarkan lembaran kerja.
13
Bidang Pembelajaran
: Kesihatan Fizikal
Tajuk : Pemakanan secara sihat Standard Kandungan
: 1.2 Pemakanan
1.2.1 Mengetahui jenis makanan harian.
Standard Pembelajaran
: i. Menamakan jenis-jenis makanan harian
menggunakan kod tangan.
Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber :
1. Kad gambar makanan
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis makanan harian. 2. Guru meminta murid untuk mengisyaratkan setiap jenis makanan
tersebut. 3. Guru menunjukkan isyarat yang betul untuk setiap jenis makanan
tersebut. 4. Guru mengedarkan lembaran kerja.
14
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Makan Secara Sihat
Standard Kandungan : 1.2 Pemakanan 1.2.1 Mengetahui jenis makanan harian
Standard Pembelajaran : i. Mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai
mengikut waktu makan.
Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : - Model jam
- Kad gambar makanan
Cadangan Aktiviti :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1.Guru memperkenalkan model jam kepada murid dan menerangkan bagaimana cara menggunakan jam tersebut. 2.Guru menunjukkan gambar murid sedang makan. Murid mengecam gambar dan membetulkan jarum jam mengikut waktu makan. 3.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kad gambar makanan diberikan secara rawak kepada setiap kumpulan 4.Murid diminta mengkategorikan kad gambar makanan mengikut waktunya ( sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam) dengan menampal di papan hitam. 5.Murid mengisyaratkan gambar – gambar yang dipamerkan mengikut kategori. 6.Guru mengedarkan lembaran kerja
15
Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal
Tajuk : Makanan untuk kesihatan Standard Kandungan :
1.2 Pemakanan
1.2.1 Mengetahui jenis makanan harian
Standard Pembelajaran : ii. Memilih jenis makanan harian yang berkhasiat
Tempoh masa : 1 jam
Bahan sumber : power point 1, Kad nombor, Gambar makanan
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menerangkan satu permainan.
- Guru mengarah seorang murid ke hadapan dan mencabut kad nombor dari kotak. Murid tersebut klik pad nombor di paparan MS PowerPoint.
- Apabila paparan makanan tersebut dipaparkan murid perlu mengisyaratkan makanan tersebut sama ada makanan tersebut berkhasiat atau tidak. ( power point 1)
- Permainan diulangi beberapa kali. -
2. Guru memperkenalkan permainan “Radio Karat”.
- Guru meminta murid berada di dalam kumpulan dan berada di dalam satu barisan. - Guru memberikan sekeping kad imbasan kepada pelajar yang pertama dan
memintanya untuk disampai kepada murid yang kedua. Murid yang kedua akan memberikan maklumat kepada murid yang seterusnya.
- Murid yang terakhir akan memilih kad di atas meja dan menampalkan di papan hitam mengikut kategori ( makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat
-
3. Kelaskan makanan (lembaran kerja 1)
- Makanan berkhasiat - Makanan yang kurang berkhasiat -
4. Memadankan khasiat makanan dengan gambar yang bersesuaian (lembaran kerja 2)
16
Bidang Pembelajaran
: KESIHATAN FIZIKAL
Tajuk : Apa itu ubat? Standard Kandungan
: 1.3 Penyalahgunaan bahan 1.3.1 Mengetahui pelbagai jenis ubat
Standard Pembelajaran
: i. Mengenal pasti tujuan ubat digunakan. ii. Menyedari bahawa ubat yang berlebihan membahayakan kesihatan.
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - MS PowerPoint
- Kad perkataan
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menayangkan MS Powerpoint. 2. Guru meminta murid-murid menyenaraikan jenis – jenis penyakit yang mereka selalu hadapi. Contoh :
- Demam - Batuk - Sakit tekak - Pening kepala -
3. Guru menerangkan tentang kepentingan mengambil ubat yang sesuai mengikut jenis penyakit berdasarkan nasihat doktor. 4. Guru menerangkan kesan daripada pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan. 5. Guru mengedarkan lembaran kerja.
17
Bidang Pembelajaran
: 1. Kesihatan Fizikal
Tajuk : Sama tapi tidak serupa Standard Kandungan
: 1.3 Penyalahgunaan bahan 1.3.1 Mengetahui pelbagai jenis ubat
Standard Pembelajaran
: iii. Mengetahui kesan daripada penyalahgunaan ubat.
Tempoh masa : 2 jam
Bahan sumber : 1. MS Powerpoint
2. Kad bergambar
3. Video
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menayangkan contoh sampul/bekas ubat.
2. Guru menunjukkan kepada murid cara melihat label ubat dan tarikh luput yang terdapat pada sampul surat.
3. Guru menerangkan bahaya memakan ubat yang tidak sesuai dan telah tamat tempoh.
4. Guru menerangkan tentang bahayanya penyalahgunaan ubat dan akibatnya.
5. Guru mengaitkan dengan penyalahgunaan dadah dengan menunjukkan poster anti dadah.
6. Guru memberi lembaran kerja kepada murid.
18
Bidang Pembelajaran
: Kesihatan mental, emosi dan sosial.
Tajuk : Perasaan saya
Standard Kandungan
: 2.1 Pengurusan Emosi 2.1.1 Memahami Perasaan.
Standard Pembelajaran
: i. Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu.
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : 2. MS PowerPoint
3. Kad perkataan
Cadangan Aktiviti Pengajaran : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menunjukkan gambar-gambar yang menggambarkan emosi. Contoh:- Marah, sedih, gembira, takut dan malu.
2. Guru meminta murid meniru emosi yang ditunjukkan pada kad imbasan.
3. Guru menunjukkan isyarat kod tangan untuk emosi-emosi ditunjukkan.
4. Guru meminta murid melakonkan/menunjukkan mimik muka berdasarkan isyarat kod tangan yang telah ditunjukkan.
5. Guru mengedarkan lembaran kerja.
19
Bidang Pembelajaran
: Kesihatan mental, emosi dan sosial.
Tajuk : Perasaan saya
Standard Kandungan
: 2.1 Pengurusan emosi 2.1.2 Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi.
Standard Pembelajaran
: i. Mengenal pasti individu di sekitar mereka yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan.
Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : MS PowerPoint
Kad perkataan
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menceritakan satu situasi ringkas. Contoh: Murid diajak mengikut orang
yang tidak dikenali ke destinasi yang tertentu.
2. Guru menerangkan kepada murid tindakan yang mereka perlu buat berdasarkan
situasi di atas.
3. Guru memberitahu kepada murid individu yang boleh mereka percayai untuk
mereka meluahkan perasaan. Contoh: Ibu bapa, guru, kakak dan abang.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja.
20
Bidang Pembelajaran
: Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial
Tajuk : Ahli dalam keluarga Standard Kandungan
: 2.2 Kekeluargaan
2.2.1 Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga.
Standard Pembelajaran
: i. Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga.
Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : 1. MS PowerPoint
2. Kad imbasan
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menunjukkan slaid MS PowerPoint/gambar keluarga asas. 2. Guru menunjukkan gambar keluarganya dan memperkenalkan ahli keluarga
kepada pelajar. 3. Guru menunjukkan isyarat kod tangan untuk panggilan ahli keluarga asas..
Contoh :- ibu, bapa, saya, kakak, abang, adik, nenek dan datuk.
4. Guru mempamerkan kad imbasan gambar ahli keluarga asas dan meminta
murid untuk meniru isyarat kod tangan yang ditunjukkan.
5. Guru mengedarkan lembaran kerja
21
Bidang Pembelajaran
: Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial
Tajuk : Siapa Saya? Standard Kandungan
: 2.2 Kekeluargaan
2.2.1 Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga.
Standard Pembelajaran
: ii. Mengenal diri sendiri
Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
1. Guru menunjukkan gambar dirinya sendiri.
2. Guru menyoal murid siapa yang terdapat di dalam gambar tersebut.
3. Guru menunjukkan ejaan nama penuh dan menerangkan perbezaan kedudukan
nama sendiri dengan nama bapa. Contoh: Aiman Bin Abdullah. Aiman (hadapan)
nama sendiri dan Abdullah (belakang) nama bapa.
4. Guru menerangkan perbezaan penggunaan bin dan binti.
5. Guru mengedarkan lembaran kerja.
22
Bidang Pembelajaran
: 3. Kesihatan Persekitaran
Tajuk : Opps! Hati-hati. Standard Kandungan
: 3.1 Keselamatan
3.1.1 Mengetahui keselamatan diri di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam.
Standard Pembelajaran
: i. Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga
ii. Mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali
Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : 1. Kad nama
2. Manila kad 3. Tayangan video
Cadangan Aktiviti Pengajaran : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
i. Guru menunjukkan tayangan video / keratan akhbar tentang kejadian
kehilangan anak di pasar raya.
ii. Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka lihat dalam video / keratan akhbar tersebut dan menceritakan perasaan mereka apabila melihat video / keratan akhbar tersebut.
iii. Guru menerangkan punca kejadian tersebut berlaku.
iv. Guru menunjukkan contoh kad nama yang mengandungi beberapa
maklumat penting, seperti :
i. nama murid ii. nama ibu bapa / penjaga iii. alamat rumah iv. nombor telefon ibu bapa / penjaga
v. Guru menerangkan tentang kepentingan maklumat tersebut terhadap
murid masalah pendengaran vi. Guru mengedarkan manila kad kepada setiap murid dan meminta murid
mencatatkan maklumat diri mereka pada kad tersebut berpandukan contoh yang telah disediakan oleh guru.
23
Bidang Pembelajaran
: 3. Kesihatan Persekitaran
Tajuk : Opps! Hati-hati. Standard Kandungan
: 3.1 Keselamatan
3.1.2 Mengetahui keselamatan diri di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam.
Standard Pembelajaran
: iii. Mengenal pasti barangan keperluan rumah yang boleh mendatangkan bahaya jika disentuh, ditelan, atau dihidu
Tempoh masa : 30 minit Bahan sumber : 1. Cerek,
2. Ubat-ubatan, 3. Racun serangga
2. Lembaran kerja
Cadangan Aktiviti Pengajaran : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: i. Guru menunjukkan beberapa jenis peralatan dan barangan keperluan rumah
yang boleh mendatangkan berbahaya. Contoh : i. Cerek ii. Seterika iii. Pisau iv. Gunting v. Racun serangga vi. Ubat-ubatan
ii. Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka lihat dan apakah kegunaan
peralatan dan barangan tersebut.
iii. Guru menerangkan apakah bahayanya peralatan dan barang-barang tersebut.
iv. Guru menerangkan cara-cara penggunaan peralatan dan barangan tersebut dengan selamat
v. Guru mengedarkan lembaran kerja
24
Bidang Pembelajaran
: 3. Kesihatan Persekitaran
Tajuk : Opps! Hati-hati.
Standard Kandungan
: 3.1 Keselamatan
3.1.3 Mengetahui keselamatan diri di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam.
Standard Pembelajaran
: iv. Menunjukkan cara-cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan ( termasuk penderaan ) dan kecemasan
Tempoh masa : 30 minit
Bahan sumber : 1. Tayangan video 2. Keratan akhbar dan majalah 3. Lembaran kerja
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: i. Guru menayangkan video tentang kemalangan. - Contoh :
i. kemalangan di taman permainan ii. penderaan kanak-kanak iii. kemalangan di rumah
ii. Guru bertanya kepada murid tentang apa yang mereka lihat. iii. Apakah yang mesti mereka lakukan sekiranya kemalangan itu:
i. berlaku pada diri mereka ii. berlaku pada orang lain di sekeliling mereka
iv. Guru menerangkan cara-cara yang terbaik untuk meminta bantuan sekiranya berlaku kecederaan dan kecemasan bergantung kepada situasi.
v. Guru menanyakan nombor talian bantuan kecemasan kepada murid. vi. Guru menanyakan nombor telefon ibu bapa / penjaga kepada murid. vii. Guru menanyakan siapa yang perlu murid hubungi jika berlaku kecemasan. viii. Guru mengedarkan lembaran kerja
25
Bidang Pembelajaran
: 1. Kesihatan Persekitaran
Tajuk : Kuman oh kuman
Standard Kandungan
: 3.1 Penyakit 3.2 Mengetahui kuman
Standard Pembelajaran
: Menceritakan cara kuman merebak
Tempoh masa : 1 jam
Bahan sumber : 1. Gambar 2. Lembaran kerja
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
i. Guru menunjukkan gambar-gambar penyakit yang disebabkan oleh kuman.
ii. Guru menerangkan cara-cara kuman merebak.
Bersentuhan
Batuk
Makan makanan yang tidak bersih
Minum minuman yang tidak bersih
Pakaian kotor
Tempat tinggal kotor
iii. Guru menerangkan akibat tidak menjaga kebersihan
Cirit birit
Pening
Muntah
Demam
Selsema
Kudis
iv. Guru menerangkan cara untuk menjaga kebersihan
Basuh tangan sebelum makan
Tutup mulut ketika bersin atau batuk
Minum air yang telah dididihkan
Pakaian mesti bersih
Makanan mesti ditutup
26
Bidang Pembelajaran
: 1. Kesihatan Persekitaran
Tajuk : Kuman oh kuman
Standard Kandungan
: 3.1Penyakit
3.1.2 Mengetahui penyakit berjangkit
Penyakit kulit
Penyakit tangan, kaki dan mulut
Demam selsema
Standard Pembelajaran
: 1. Mengenali penyakit berjangkit 2. Menceritakan cara penyakit berjangkit merebak 3. Mengamalkan kebersihan diri
Tempoh masa : 1 jam
Bahan sumber : 3. Gambar
4. Lembaran kerja
Cadangan Aktiviti Pengajaran :
Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:
i. Guru mempamerkan gambar-gambar jenis penyakit berikut:
Penyakit kulit
Penyakit tangan, kaki dan mulut
Demam selsema ii. Guru mempamerkan kad perkataan yang menunjukkan nama- nama penyakit tersebut.
Penyakit kulit
Penyakit tangan, kaki dan mulut
Demam selsema
iii. Guru menceritakan cara penyakit berjangkit merebak.
Penyakit berjangkit – sentuhan secara langsung
Penyakit tangan, kaki dan mulut – sentuhan, batuk, bersin
Demam selsema – batuk dan bersin
27
iv. Guru menerangkan cara atau amalan menjaga kebersihan diri.
Basuh tangan sebelum makan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Kebersihan pakaian
Kebersihan tempat tinggal
Kebersihan makanan (bertutup)
Kebersihan diri
28
Padankan gambar di bawah.
1.
2.
3.
4.
5.
Lembaran Kerja ( SK 1.1.1 )
29
Lembaran kerja (SK 1.1.2)
Arahan: Warnakan peralatan yang boleh digunakan untuk menjaga kebersihan gigi.
1. 2.
3. 4.
5. 6.
7.
8.
30
Lembaran kerja (SK 1.1.2)
Arahan: Padankan anggota badan dengan pasangan yang betul.
1.
2.
3.
4.
31
Arahan: Warnakan barang-barang yang digunakan semasa mandi
Lembaran Kerja (SK 1.1.2)
32
Arahan: Bulatkan barang untuk digunakan semasa memberus gigi
Lembaran Kerja (SK 1.1.2)
33
Arahan: Padankan peralatan dengan anggota badan yang betul.
Lembaran Kerja (SK 1.1.2)
34
Arahan: Padankan anggota badan yang sihat dengan gambar yang tidak
sihat.
1.
2.
3.
4.
Lembaran Kerja (SK 1.1.2)
35
Lembaran kerja (SK 1.2.1)
Arahan: Padankan √ pada makanan yang berkhasiat dan X pada makanan tidak
berkhasiat
1.
5.
2.
6.
3.
7.
4.
8.
36
Lembaran kerja (SK 1.2.1)
Arahan: Padankan √ pada anggota badan yang boleh disentuh oleh orang lain dan
X pada anggota badan yang tidak boleh disentuh.