kemahiran menggunakan papan tulis dalam pengajaran bahasa melayu
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
Bab 1 : Pengenalan
1.1 Objektif
1.2 Batasan
1.3 Definisi
Bab 2 : Penggunaan Papan Tulis dalam pengajaran Bahasa Melayu.
2.1 Sejarah Papan Tulis
2.2 Jenis-jenis Papan Tulis.
2.3 Objektif-objektif Penggunaan Papan Tulis dalam Pengajaran.
2.4 Prinsip-prinsip Penggunaan Papan Tulis dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
2.5 Komponen-komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis.
2.6 Penggunaan Papan Tulis.
Bab 3 : Kesan-kesan Penggunaan Papan Tulis dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
3.1 Membantu meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar.
3.2 Penumpuan pelajar yang lebih terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.
3.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih tersusun.
3.4 Penilaian atau pandangan pelajar terhadap guru lebih positif..
Bab 4 : Kesimpulan dan Cadangan1
1.0 PENGENALAN.
1.1 Objektif
Kerja kursus ini bertujuan untuk :
I. Mengenalpasti jenis-jenis papan tulis.
II. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang prinsip-prinsip
penggunaan papan tulis dalam pengajaran Bahasa Melayu.
III. Mengenalpasti komponen-komponen kemahiran penggunaan papan tulis.
IV. Mengenalpasti kesan-kesan penggunaan papan tulis dalam pengajaran
Bahasa Melayu.
1.2 Batasan.
Batasan kerja kursus ini adalah terhadap penggunaan papan tulis dalam
pengajaran bahasa melayu. Ia lebih tertumpu kepada cara-cara penggunaan papan
tulis dalam pengajaran bahasa melayu. Ianya tidak melibatkan matapelajaran lain.
Untuk itu, dengan batasan yang ada ini, penumpuan kerja kursus perlu
lebih spesifik dan perlu membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat
dengan lebih tepat, sesuai dan betul. Ini juga kerana, bahasa melayu merupakan
mata pelajaran paling utama dan teras di sekolah-sekolah. Bahasa melayu juga
merupakan mata pelajaran wajib lulus. Dalam pengajaran bahasa melayu juga ia
melibatkan kemahiran mengeja, membaca dan menulis.
2
1.3 Definisi.
Papan tulis merupakan salah satu jenis daripada papan unjuran. Papan tulis
merupakan satu kemudahan atau alat yang disediakan di dalam kelas-kelas untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis papan tulis yang biasa digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Papan Tulis, Papan putih, Papan
Magnetik, Papan Flip, Papan Pameran / Papan Kenyataan, Papan Flanel, Papan Gulung,
Papan Slip dan papan Elektronik. Setiap jenis mempunyai cara penggunaan yang agak
berbeza. Ini akan diperjelaskan lagi dalam topik-topik yang seterusnya.
Papan hitam ialah sejenis permukaan untuk menulis dan melukis menggunakan
kapur (sejenis bahan yang diperbuat daripada kalsium sulfat) dan boleh digunakan
berulang-ulang kali. Pada zaman dahulu, papan hitam pada asalnya hanyalah diperbuat
daripada batu loh atau papan batu yang licin dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap.
Fesyen yang terbaru pula biasanya berwarna hijau atau coklat dan oleh sebab itu, ia
kadang-kadang dipanggil juga papan hijau.
Papan hitam biasanya digunakan dalam proses pengajaran di kebanyakan institusi
pendidikan, walaupun dalam kebanyakan negara kaya, penggunaannya telah dihapuskan.
Tulisan kapur pada papan hitam amat mudah dipadam dengan menggunakan kain, span
atau pemadam papan hitam khas. Walau bagaimanapun, tulisan kapur yang ditulis di atas
papan hitam yang basah agak sukar untuk dipadamkan. Oleh sebab itu, pengeluar papan
hitam selalunya menasihatkan supaya papan hitam yang baru dibeli disapu dengan sisi
sebatang kapur tulis sepenuhnya dan dipadamkan semula agar dapat digunakan seperti
biasa.
3
Namun, papan hitam mempunyai sedikit kelemahan; ia menghasilkan habuk
kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur tulis yang digunakan. Sesetengah
orang tidak gemar akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya. Pada masa yang
sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini dengan masalah pernafasan.
Habuk ini juga boleh menimbulkan masalah kepada bahan yang sensitif habuk seperti
komputer.
Cakaran kuku pada papan hitam termasuk cakaran menggunakan objek keras
seperti logam diketahui umum akan menghasilkan bunyi yang tidak digemari
(mengilukan). Ramai juga yang enggan bukan sahaja melihat bahkan membayangkan
bunyi ini.
Papan hitam juga selalu digunakan di berbagai-bagai tempat (seperti kedai
arak),restoran sebagai alat pengiklanan bagi menu serta untuk merekod mata dalam
acara-acara sukan di peringkat bawahan.
2.0 PENGGUNAAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
2.1 SEJARAH PAPAN TULIS/ PAPAN HITAM
Papan hitam pada zaman dahulu hanyalah sekeping batu untuk mencatat nota di
atasnya tanpa menggunakan kapur tulis kerana pada masa itu kapur tulis masih belum
wujud lagi. Kanak-kanak hanya menggunakan batu kecil untuk menulis di atasnya.
Tulisan dengan mudahnya dipadam menggunakan sehelai kain buruk bagi membolehkan
nota atau masalah lain ditulis.
4
Pada lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19, ‘’papan batu’’ ini sering
digunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. ‘’Papan
batu’’ ini ditambat pada rangka kayu untuk membantu mengukuhkannya dan
mengelakkannya daripada retak. Pada masa itu, kertas amat mahal dan sukar untuk
didapati dan oleh sebab itu, ‘’papan batu’’ ini amat sesuai sebagai pengganti.
Namun, pada suatu ketika, ‘’papan batu’’ ini mula digunakan dengan kaedah
terbaru. Seorang guru geografi yang bekerja di Scotland dilaporkan telah mengambil
‘’papan batu’’ daripada pelajar-pelajarnya dan menggantungkannya pada dinding. Dia
kemudiannya menggunakannya untuk membuat papan tulis yang boleh diubah untuk
menulis maklumat geografi yang membolehkan pelajarnya membaca bersama-sama.
Revolusi papan hitam bermula dari sini.
Idea ini diaplikasikan dengan cepat. Penggunaan papan hitam dalam cara ini yang
pertama sekali direkodkan ialah di benua Amerika Utara, iaitu apabila papan hitam
digunakan di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di West Point. Akademi
ketenteraan yang lain juga kemudiannya mengikut kaedah penggunaan papan hitam ini
dan akhirnya, kaedah ini telah tersebar di semua sekolah-sekolah yang lain.
Kebanyakan pelombongan ‘’papan batu’’ di Amerika Syarikat bertempat di
bahagian timur laut, iaitu di kawasan seperti Maine, Vermont, Pennsylvania dan sedikit
di bahagian selatan di Virginia. Apabila Amerika Syarikat mula berkembang ke sebelah
barat, jalan-jalan raya batu membolehkan ‘’papan batu’’ untuk dijadikan papan hitam
dihantar dari negeri-negri ini ke sekolah sepanjangGreat Plain dan kawasan prairi pada
5
sekitar tahun 1840-an. Papan hitam ini tetap tersebar ke sekolah-sekolah kemana sahaja
Amerika Syarikat berkembang.
Pada sekitar 1850-an, sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan papan hitam
bersama-sama dengan beberapa perkakas lain seperti dapur (yang menggunakan kayu
untuk memasak) dan bangku. Walau bagaimanapun, penggunaan papan hitam masih lagi
belum menjadi sesuatu yang biasa.
Apabila teknologi semakin maju, batu yang digunakan untuk menulis pada papan
hitam telah digantikan dengan kapur tulis. Kapur tulis yang lembut ini lebih mudah untuk
digunakan pada papan hitam dan juga lebih mudah untuk dibersihkan. Kain buruk yang
pernah digunakan untuk memadam tulisan pada papan hitam telah digantikan
dengan pemadam papan hitam yang baru, yang mana mampu menyerap lebih banyak
habuk kapur tulis dan mengelakkannya daripada berterbangan di udara. Papan hitam juga
tidak lagi diperbuat daripada ‘’papan batu’’ tetapi kepingan besi dengan porselin.
Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah menggantikan papan hitam
dengan papan putih kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang mungkin timbul
akibat habuk kapur tulis.
6
2.2 JENIS-JENIS PAPAN TULIS.
Terdapat pelbagai jenis papan tulis yang biasa digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Papan Tulis
Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat bantu mengajar di dalam
bilik darjah. Papan Tulis juga dikenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau
serta digunakan sejak lama dahulu.Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada
dalam bilik dajah(kekal). Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan
istimewa. Perubahan atau tambahan isi juga boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan
sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk
ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan. Papan
putih juga tidak mengeluarkan habuk sepertimana papantulis yang menggunakan kapur.
Malahan papan putih juga, tulisan padanya lebih mudah untuk dipadamkan.Papan putih
juga ada yang mudah dialih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.Pada masa sama ia
mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut. Pada masa kini
kebanyakkan sekolah- sekolah di Malaysia telah mula diperlengkapkan dengan papan
putih kerana ia lebih kondusif dan mesra pengguna.
7
Papan Magnetik
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Kepingan-kepingan magnet kecil akan
melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan
tersebut. Magnet dapat melekatkan bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah.
Kesan tarikan magnet juga tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan
hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan,
tempat dan masa.Ia juga boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan
atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke tempat baharu atau
dapat tindan- tindih akan visual-visual itu dengan lebih mudah.
Papan Flip/lipat
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan
ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong ke belakang. Papan
flip boleh dialihkan kepelbagai sudut sama ada untuk pembelajaran atau pameran.Selain
itu, ia boleh digunakan untuk mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah
dijilid. Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk mereka yang suka
belajar berkumpulan.Malah ia dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.
Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di
kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu
permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar.
Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel
8
boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel.
Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain
yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad
visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.
Kelebihan papan flannel ni ialah cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit
demi sedikit.Malahan ia sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.Selain itu, ia
mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan. Disamping itu, sebarang
perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah
tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.Ini akan membantu
menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti
aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya. Paling
penting papan flannel mudah disimpan, dibawa atau digunakan.
Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau
disimpan. Papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah.
Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain
kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru
boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya
mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada
guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu,
9
atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.Disamping itu,
kelebihan papan gulung ini ialah ianya mudah dibuat, mudah dibawa, digunakan atau
disimpan. Selainitu, bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal
dengan baik dan sempurna.Ia juga sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh
digunakan di dalam atau di luar bilik darjah.
Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf
boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih
atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan
flannel. Papan Slip juga boleh dibuat sendiri. Ia juga senang dibawa serta dapat
digunakan di dalam atau di luar bilik darjah.
2.3 OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS DALAM
PENGAJARAN.
Terdapat beberapa objektif penggunaan papan tulis. Antaranya adalah seperti berikut :
I. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
II. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap
peringkat pengajaran.
III. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan.
IV. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara
sistematik.
V. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid.
VI. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mencatat nota dari papan tulis.
10
2.4 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
I. Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan
gambar rajah dapat di letakkan ditempat yang sesuai.
II. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah
yang menarik.
III. Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan
kepada seluruh kelas.
IV. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan
atau penekanan.
V. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan.
VI. Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
penggunaan papan tulis.
VII. Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan
masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.
2.5 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
Terdapat beberapa komponen yang penting dalam kemahiran penggunaan papan
tulis yang perlu diberi perhatian. Antaranya :
11
KEJELASAN Saiz tulisan yang sesuai Tulisan kemas dan tepat Gambar rajah jelas dan ringkas.
SUSUNAN Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan
seimbang. Susunan dapat dilihat dan teratur.
PENONJOLAN DAN PENEKANAN
Penggunaan kapur warna yang sesuai Penggunaan kapur warna yang menarik
TEKNIK PERSEMBAHAN
Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat Permudahkan konsep atau idea yang susah. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-
pembelajaran. Gunakan dalam masa yang sesuai.
A) Kejelasan.
Kejelasan bermaksud dari segi penggunaan tulisan. Tulisan perlulah ditulis
dengan saiz yang sesuai iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ini bagi
memastikan tulisan yang digunakan dapat dibaca dan dilihat oleh murid dengan jelas
dan selesa.
Kekemasan tulisan juga turut perlu diberi perhatian kerana ini bagi memastikan
tumpuan dan pandangan murid tidak teralih kea rah yang lain. Malahan ianya akan
menjadi contoh dan andaian murid terhadap guru akan sentiasa positif (baik). Jika ada
menggunakan gambar rajah dalam pengajaran pula, gambar rajah itu perlulah jelas,
12
terang dan mudah difahami oleh murid. Gambar rajah yang jelas akan mampu
menarik perhatian murid terhadap pengajaran guru.
B) Susunan.
Dalam pengajaran bahasa melayu, penggunaan papan tulis oleh guru perlu
dirancang dengan teliti. Guru juga perlu bijak menggunakan ruang papan tulis yang
ada dengan sebaiknya. Susunan di sini bermaksud penggunaan tulisan dan gambar
rajah perlulah sesuai dan seimbang.
Selain itu, setiap susunan perlu dapat dilihat oleh pelajar dengan jelas, kemas dan
tersusun. Jika penggunaan papan tulis tidak tersusun, ini akan menimbulkan
kecelaruan dan kekeliruan dalam diri pelajar. Berkemungkinan tahap pemahaman
pelajar juga tidak mencapai apa yang disasarkan oleh guru tersebut. Bermakna
objektif pengajaran dan pembelajaran telah gagal.
Pada zaman ini, boleh dikatakan pengetahuan sedia ada murid adalah kurang
berbanding pelajar zaman 70-an atau 80-an dahulu. Ini kerana murid-murid zaman
kini kurang diberi pendedahan dengan dunia luar oleh ibu bapa. Jika ada, hanya
sekadar makan angin tanpa ada sebarang pengetahuan yang diterapkan.
Disebabkan itu, dengan adanya pengetahuan yang kurang ini, maka guru
memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat. Oleh itu,
dalam pengajaran bahasa melayu, penggunaan papan tulis perlu digunakan sebaiknya
bagi menyampaikan maklumat kerana papan tulis banyak kegunaan.
13
C) Penonjolan dan penekanan.
Bagi menyampaikan maklumat yang tepat, serta mudah diingati oleh murid,
penggunaan kapur warna juga memainkan peranan. Ini kerana dengan adanya warna
yang pelbagai dan sesuai penggunaannya secara tidak langsung dapat menarik
perhatian, tumpuan dan meningkatkan minat murid.
Namun demikian, penggunaan warna kapur tulis perlulah yang sesuai dan jelas
serta mudah dilihat oleh murid. Dengan adanya tulisan yang berwarna-warni, mampu
membantu murid untuk mengingati apa yang ingin disampaikan dalam sesuatu
penulisan tersebut. Kapur warna juga mampu membuat pemikiran murid menjadi
lebih tenang dan gembira.
D) Teknik Persembahan.
Teknik persembahan juga memainkan peranan yang penting. Jika sesuatu
persembahan itu menarik, pelbagai dan mudah difahami, ianya akan mampu menarik
minat murid untuk terus member tumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan papan tulis bukan digunakan oleh guru sahaja, sebaliknya jika ia
melibatkan murid maka ini akan member peluang kepada murid untuk berani dan
berketrampilan. Malahan secara tidak langsung murid akan lebih berkeyakinan dan
mendapat pengalaman dan pengetahuan secara tidak langsung. Pengalaman dan
pengetahuan secara tidak langsung inilah yang biasanya menjadi satu daya ingatan
jangka panjang.
14
Pengajaran menggunakan papan tulis juga perlu digunakan pada masa yang
sesuai. Ianya tidak boleh digunakan sepenuh masa kerana ini akan menimbulkan rasa
bosan. Ia akan menyebabkan murid hilang tumpuan. Oleh itu, guru perlu
menggunakan papan tulis pada waktu yang sesuai dan diperlukan sahaja.
2.6 PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh,maka bidang tersebut dapat
dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian.
‡ Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan
20% di sebelah kanan.Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan
sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan
tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri.
‡ Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran
dan juga digunakan sebagai tempat untuk untuk kerja murid dalam menyelesaikan
soalan latihan. Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses
pembelajaran berlangsung. Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk
menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut
harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator
hasil belajar.
‡Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian
di papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat
mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.
15
3.0 KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU.
3.1 Membantu meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar.
Penggunaan papan tulis yang berkesan dan tersusun akan mampu
meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar. Ini kerana pengajaran yang
berkesan adalah pengajaran yang telah dirancang dengan teliti dan menarik.
Pengajaran sebegini yang mampu memupuk minat pelajar.
Selain itu, penggunaan papan tulis juga mampu meningkatkan pemahaman
dalam diri pelajar jika ianya menggunakan pelbagai warna yang menarik dan jelas
serta mudah dilihat. Penggunaan tulisan yang bersaiz sesuai, kemas dan tersusun
serta mudah dilihat juga mampu meningkatkan tahap pemahaman murid ke tahap
yang lebih baik.
3.2 Penumpuan pelajar yang lebih terhadap pengajaran oleh guru.
Guru yang mampu menyusun dan memaksimumkan penggunaan papan
tulis dengan baik mampu membuatkan pelajar untuk terus member tumpuan yang
lebih. Ini kerana tumpuan pelajar hanya akan hadir jika guru itu tahu apa yang
diinginkan dan disukai oleh mereka.
Pelajar sukakan sesuatu yang mudah untuk mereka faham. Jika apa yang
disampaikan menggunakan sesuatu yang mudah difahami oleh pelajar maka,
secara tidak langsung pelajar akan terus minat untuk setia memberi tumpuan.
16
Penggunaan tulisan dengan gambar rajah perlu sesuai dan seimbang.
Tulisan yang cantik, kemas dan mudah dibaca akan menarik minat pelajar. Ayat-
ayat yang mudah difahami juga akan mampu menarik minat pelajar untuk
memberi tumpuan. Dengan adanya penumpuan maka secara tidak langsung,
mereka juga mudah untuk menerima apa yang ingin disampaikan.
Penggunaan kapur warna yang menarik dan sesuai juga akan membuatkan
pelajar memberi tumpuan ketika guru mengajar. Ini kerana pada pandangan
mereka menunjukkan bahawa guru yang sebegini adalah guru yang kreatif dan
bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu.
3.3 Proses pengajaran dan pembelajaran lebih tersusun.
Penggunaan papan tulis dengan baik dan terancang menunjukkan bahawa
seseorang guru itu telah menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan tersusun. Ini juga bermakna guru itu telah memahami, dan menguasai
langkah-langkah penggunaan papan tuis dengan cara yang betul.
Pengetahuan sesorang guru tentang langkah-langkah penggunaan papan
tulis dengan langkah yang betul amatlah penting. Langakah-langkah penggunaan
ini tidak boleh diabaikan sebaliknya ia perlu sentiasa dipraktikkan dan
ditambahbaik cara penggunaannya. Dengan adanya proses pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun bermakna semua objektif yang telah disasarkan akan
dapat dicapai. Ini bermakna pengajaran guru itu bukan sia-sia atau bukan sekadar
melepaskan batok di tangga.
17
3.4 Penilaian atau pandangan pelajar terhadap guru lebih positif.
Guru yang mampu menyampaikan maklumat dengan baik menggunakan
papan tulis akan membuat pandangan pelajar terhadap dirinya akan lebih baik. Ini
kerana pelajar sentiasa memerhati segala tingkah laku guru. Bagi mereka guru
yang baik adalah guru yang sentiasa prihatin dan berkemampuan untuk mengajar
mereka sehingga mereka faham.
Guru perlu bijak menarik minat pelajar. Penggunaan papan tulis dalam
pengajaran bahasa melayu memang perlu. Ini kerana bahasa melayu melibatkan
mengeja, menulis, membaca dan sebagainya. Malahan, bahasa melayu juga
banyak menggunakan ayat, frasa, perkataan, suku kata, dan laian-lain lagi yang
perlu difahami. Semua ini tidak boleh hanya disampaikan secara lisan, sebaliknya
ia juga memerlukan penyampaian maklumat secara bertulis bagi meningkatkan
pemahaman pelajar.
Disebabkan itulah, penggunaan papan tulis perlu bagi seseorang guru yang
mengajar bahasa melayu. Jika penggunaan papan tulis dapat dikuasai dengan
baik, maka penilaian dan pandangan pelajar terhadap guru bahasa melayu juga
akan lebih positif.
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN.
Bagi kerja kursus ini dapat disimpulkan bahawa papan tulis digunakan untuk
menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Ia juga adalah bagi
memberikan peluang kepada murid-murid mencata tnota dari papan tulis. Selain itu, ia
digunakan untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia
18
juga diperlukan bagi mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah yang
sistematik.
Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis pula ialah memberi murid-murid peluang
untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Perancangan bagi penggunaan
papan tulis juga perlu dilakukan lebih awal. Masa yang digunakan perlulah sepadan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tulisan dan gambarajah yang
digunakan hendaklah jelas kelihatan kepadaseluruh kelas. Kapur warna pula perlu
digunakan untuk menggambarkan penekanan. Terdapat beberapa kesan apabila
kemahiran penggunaan papan tulis digunakan dengan baik iaitu murid-murid dapat
menumpukan perhatian selain dapat menarik minat murid dengan tulisan yang berwarna-
warni. Murid-murid juga dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih
jelas dan tepat. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih baik.
Manakala konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan di dalam ingatan.
Perlu diketahui bahawa kejelasan tulisan sangat penting dalam menggunakan papan tulis.
Begitu juga dengan susunan perkara yang ditulis dan dipelajari. Termasuk juga perkara
yang perlu ditekankan harus ditulis dengan menarik supaya murid mengetahui perkara
yang ingin guru tekankan.
Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam
pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif
untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:
(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.
(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.
(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.
19
(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebahagian besar
murid.
(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya
dengan penggunaan warna, grafik, jadual).
(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.
20