kemahiran lari berpagar

4
Kemahiran Lari Berpagar Terdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah: Permulaan Lonjakan Melangkah pagar Penamat (a) Fasa permulaan Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan. Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja. Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah terakhir. Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan daripada kaki yang melangkah pagar. (b) Fasa lonjakan Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

Upload: sueh-ping-choo

Post on 13-Dec-2015

285 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lari berpagar

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Lari Berpagar

Kemahiran Lari Berpagar

Terdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa

tersebut ialah:

Permulaan

Lonjakan

Melangkah pagar

Penamat

(a) Fasa permulaan

Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut.

Gunakan gaya dekam di blok permulaan.

Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan

lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di

hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.

Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah

terakhir.

Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan

daripada kaki yang melangkah pagar.

(b) Fasa lonjakan

Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

Ketinggian atlet

Kelajuan larian

Page 2: Kemahiran Lari Berpagar

Jarak jangkauan kaki hadapan

Kelajuan langkah kaki hadapan

Jarak lonjakan ke pagar adalah mengikut keupayaan atlet. Lonjakan pagar juga

bergantung kepada kecondongan badan yang sesuai melepasi pagar dengan

meminimumkan pergerakan di udara. Kecondongan badan ke hadapan (dip)

membantu keselesaan di udara dan dapat menimbangi daya tarikan graviti.

Gaya lonjakan kaki yang baik:

Meninggalkan muka trek sama seperti pecut

Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki

Kaki hadapan diangkat tinggi

Kepala tegak memandang ke hadapan

Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

Page 3: Kemahiran Lari Berpagar

(c) Fasa layangan 

Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan

yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.

Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan

yang selari dengan kaki belakang dengan pantas.

Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

(d) Fasa melangkah pagar

Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang

melepasi pagar.

Berat badan di hadapan kaki.

Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan

pantas.

Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)

(e) Fasa penamat

Lari dengan pecutan maksimum sebaik sahaja kaki hadapan mendarat.

Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki

belakang.

Pecut hingga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja