kemahiran abad ke21 - ggge3403...
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN ABAD KE21
1.0 DEFINISI KEMAHIRAN ABAD KE21
Kemahiran abad ke21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk
berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran
yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke21 ialah kemahirankemahiran yang meliputi
kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan
teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara
untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad21, seseorang guru perlu menguasai
pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi
(pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilainilai murni bagi
tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.
2.0 CIRICIRI KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN
Dalam menjalani abad ke21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu
terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke21 ini.
Elemenelemen tersebut adalah seperti yang berikut;
• Kreativiti dan Inovasi
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah
• Komunikasi dan Kolaborasi
• Literasi Maklumat
• Literasi Media
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri
• Kemahiran Sosial dan AntaraBudaya
• Produktiviti dan Akauntabiliti
• Kepimpinan dan Tanggungjawab
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui
ciriciri guru abad ke21. Antara ciriciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• Memahami perkembangan muridmurid dan menyayangi mereka
• Memahami psikologi pembelajaran
• Memiliki kemahiran kaunseling
• Menggunakan teknologi terkini
Manakala ciriciri pelajar abad ke21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubungkait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
Antara bukubuku serta keratan akhbar yang berkaitan dengan Kemahiran Abad ke21 ialah
Gambar 1: Learing For Life In Our Times, Bernie Trilling & Charles Fadel
Gambar 2: Creativity for 21st Century Skills, Jane Piirto
Gambar 3: Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti
Gambar 4: Keratan Akbar mengenai guru di Terengganu mengubah landskap pendidikan dari
sudut teknologi
3.0 CABARANCABARAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha
membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan
negara memerlukan usahausaha yang strategi yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabarancabaran abad
ke21.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik.
Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir
dan tersingkir. Intelektual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang
atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan
amalan hirarki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu
sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi
atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf
baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan
menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke40 barubaru ini, telah meminta rakyat supaya
mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri
dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk
semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masingmasing. Jika rakyat tidak bersedia
menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negaranegara maju lain.
Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar
keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Kerap
juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan
kita sendiri".
Antara cabarannya ialah cabaran Alaf Baru. Perubahanperubahan yang hebat dan pantas
dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh
rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabarancabaran itu
sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan
teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik,
ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke5, dalam tahun 1997 yang
lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk
global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani.
Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah
pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta
kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order
thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia
mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr.
Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana
setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan
kegiatankegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di
tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan
asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga,
masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh
saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda
kita untuk menghadapi keungkinankemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global,
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan
urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir,
bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi
yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak
diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang
terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu
gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil
ciriciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah "suatu sistem sosial yang subur yang
diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan
kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi
pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan
pemerintahan mengikut undangundang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan
keterdugaan serta ketelusan sistem.
Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah,
ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya
menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai
merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan
masyarakat.
4.0 DEFINISI PLAGIRISME
Plagiarisme adalah penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat, dan sebagainya dari
orang lain dan menjadikannya seolah karangan dan pendapat sendiri. Plagiat dapat dianggap sebagai
satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain. Dalam konteks pendidikan pelaku plagiarisme
selayaknya menerima hukuman berat seperti dikeluarkan dari sekolah atau institut pengajian tinggi.
Pelaku plagiat juga digelar sebagai plagiator.
Antara golongan plagiator ialah mereka yang menggunakan artikel atau jurnal orang lain secara
terus, tanpa memberikan tanda jelas seperti merujuk kepada nama penulis artikel atau jurnal tersebut
bahawa teks tersebut diambil dari pendapat atau artikel mereka dan mengambil gagasan orang lain
tanpa memberikan maklumat yang cukup mengenai penulis tersebut. Dalam buku Bahasa Indonesia:
Sebuah Pengantar Penulisan Ilmiah, Felicia Utorodewo dkk. menggolongkan halhal berikut sebagai
tindakan plagiarisme:
Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri,
Mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri
Mengakui temuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri
Mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri,
Menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeda tanpa menyebutkan
asalusulnya
Meringkas dan memparafrasekan (mengutip tak langsung) tanpa menyebutkan sumbernya, dan
Meringkas dan memparafrasekan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan
pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.
Halhal yang tidak tergolong plagiarisme ialah mereka menggunakan informasi yang berupa
fakta umum. Menuliskan kembali (dengan mengubah kalimat atau parafrase) opini orang lain dengan
memberikan sumber jelas atau mengutip secukupnya tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas
jelas bahagian kutipan dan menuliskan sumbernya.
5.0 MASALAH PLAGIARISM DALAM KEMAHIRAN ABAD KE21
Amat memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian
tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga
menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit. Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia
akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah ahli akademik dalam profesion kolar
putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan. Biarpun segelintir pihak menganggap budaya
berkenaan sebagai terpencil, tanpa kekangan atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik
sekolah hingga boleh dipersoalkan masyarakat. Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin
pada kemampuan diri sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain? Atau kerana sikap
sambil lewa masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej
warga terpelajar. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu
‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa.
Gambar 5: Plagiat ialah satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain
Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan
kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang
lain. Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu
bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu
dilakukan mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘golongan intelektual’. Sudah tentu ia satu penipuan
dan merendahkan martabat malah masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan
ini dalam menghasilkan hasil bermutu dan bersifat akademik. Bukankah ini sungguh mencalarkan imej
padahal mereka mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak
jujur? Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak
memalukan diri sendiri dan institusi. Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis, kertas
kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara idea, data,
ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.
Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen dan
penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan. Beliau berkata, mahasiswa dan
pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan penumpuan serta
integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu. Malangnya, sebahagian besar hanya
melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme dan harga diri sematamata
memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai. Mereka tolak ke tepi nilai ilmu
yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi
pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum
berjaya. Barulah hasil kejayaan dikecapi itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil
orang lain, apakah makna perjuangan ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan
karya perlu dilakukan dengan penuh teliti. Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah
pemikiran baru selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum
diiktiraf.
Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis sedikit
demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah plagiat, apakah kualiti
yang mampu dicapai. Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan tidak adil kepada kelompok lain
yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap mendapat pengiktirafan sama. Meskipun
universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk membendung budaya itu, masih ada yang berani
melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa tahu’ selain menjimatkan masa. Setiap institusi
mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan
nama baik institusi. Bagaimanapun, masih ada yang berani menongkah arus sematamata memastikan
misi tercapai. Lebih hebat, mereka turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad
hanya pada golongan akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya. Cuma caranya berbeza
dengan penilaian atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana
menjatuhkan nilai ilmuwan dan intelektual.
Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh penyelia
selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenalpasti bahagian diciplak
penulis tanpa menyatakan sumbernya. Sama ada budaya ini boleh dikekang, beliau berkata, semuanya
terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri
sendiri serta masa depan. Perkara ini amat subjektif, hanya diri sendiri saja yang boleh menentukan dan
merencanakan perjalanan kejayaan masingmasing. Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar
dihentikan. Perlu yakin pada kemampuan diri sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci
yang ada untuk mencapai kejayaan. Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang
yang mungkin dapat mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha
orang lain, bukan diri sendiri;” soalnya
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemahiran abad ke21 amat penting dalam konteks pendidikan. Hal ini
demikian kerana, teknologi pada zaman ini diperlukan bagi setiap individu untuk melaksanakan
tugasantugasan yang diberikan. Sebagai contoh, setiap guru perlu mempunyai Sistem Maklumat Pelajar
untuk dihantar kepada Kementerian Pendidikan sebagai rujukan bagi prestasi setiap pelajar tersebut.
Walaubagaimanapun, teknologi juga mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pendidikan iaitu
plagiarisme. Kebanyakannya plagiarisme ini terjadi kepada penunut di institusi pengajian tinggi. Hal ini
demikian kerana, maklumatmaklumat yang ingin diperolehi boleh didapati dengan mudah dalam
pencarian internet seperti Google, Yahoo, Mozilla dan sebagainya.
Kemahiran abad ke21 ini mempunyai nilai positif dan negatif berdasarkan pendirian individu
tersebut terhadap teknologi. Oleh itu, amalan palgiarisme ini harus dibendung agar dapat melahirkan
mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti bagi menjana tenaga kerja negara. Jelaslah bahawa,
kemahiran abad ke 21 ini banyak memberi impak dalam pendidikan tidak kira pelajar, guru dan
masyarakat.