kem bestari solat

13
SK ALOR GAJAH 1 78000 ALOR GAJAH MELAKA CADANGAN KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1, 2, 3, 4 DAN 5 SESI 2010

Upload: azlan-muis

Post on 28-Apr-2015

151 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kem Bestari Solat

SK ALOR GAJAH 178000 ALOR GAJAH

MELAKA

CADANGAN KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT

TAHUN 1, 2, 3, 4 DAN 5

SESI 2010

DISEDIAKAN OLEH :

AZLAN BIN MUIS

Page 2: Kem Bestari Solat

KEM BESTARI SOLAT 2010SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1

PENDAHULUANKem Bestari Solat merupakan salah satu program j-QAF yang telah diilhamkan oleh pemimpin negara kita dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek rohani dan sahsiah diri. Ianya merupakan satu program yang menekankan kesempurnaan solat murid-murid tahun 1,2, 3, 4 dan 5 sama ada dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini dilaksanakan secara intensif dalam memastikan matlamat pelaksaan tercapai.

RASIONAL Kurang penekanan sesetengah masyarakat terhadap kepentingan dan

kesempurnaan solat di kalangan generasi hari ini telah menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan.

Kesedaran terhadap kepentingan solat harus diterapkan dalam meningkatkan tahap pemikiran murid dalam menghadapi keadaan semasa.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pihak yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan terutamanya dalam aspek keagamaan untuk membantu murid-murid memahami konsep kehidupan sebagai muslim yang unggul.

OBJEKTIF Murid dapat berwudhu’ dengan sempurna. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan

betul dan lancar. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara sendirian

atau berjemaah. Murid dapat melafaz niat solat berjemaah dengan betul dan lancar. Murid dapat menghayati peranan dan kepentingan solat dalam kehidupan

seharian.

TARIKHTahun Siri / Kem Tarikh Hari

Empat dan Lima

1 08 Mac 2010 Isnin2 05 April 2010 Isnin3 28 Jun 2010 Isnin4 02 Ogos 2010 Isnin

Page 3: Kem Bestari Solat

Tahun Siri / Kem Tarikh Hari

Satu, Dua dan Tiga

1 11 Mac 2010 Khamis2 08 April 2010 Khamis3 01 Julai 2010 Khamis4 05 Ogos 2010 Khamis

MASA2.30 – 5.00 petang

RASIONAL PEMILIHAN MASA P&P Kelas KAFA meliputi komponen Kem Bestari Solat dan mempunyai

matlamat dan objektif yang sama. Kebanyakan daripada murid tidak dapat mengikuti program ini pada hari sabtu. Kekurangan fasilitator untuk mengendalikan bilangan murid yang terlalu ramai

iaitu dari tahun 1 hinga 5. Untuk memastikan objektif dan matlamat Kem Besatri Solat tercapai.

JANGKAMASA PROGRAMTahun 1 – 5 ( 2 jam 30 minit X 4 kem)Jumlah masa : 10 jam

TEMPATSekolah Kebangsaan Alor Gajah 1

ANJURANPanitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1

TENAGA PENGGERAKGuru Pendidikan Islam dan j-QAF dan Guru Akademik Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1.

PENGISIAN AKTIVITI Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Amali Wudhu’ dan Solat Solat Berjemaah Ujian Amali dan Bacaan dalam solat Pertandingan Bacaan Majlis Penutup

ATURCARA

Tahun 1 2.30 petang : Pendaftaran peserta2.45 petang : Taklimat dan agihan kumpulan

Page 4: Kem Bestari Solat

3.00 petang : LDK 1 (Anggota wudhu’, niat dan cara berwudhu’)

3.45 petang : LDK 2 (Bacaan dalam Solat)

4.30 petang : LDK 3 (Amali solat)

5.00 petang : Bersurai

Tahun 2 2.30 petang : Pendaftaran peserta2.45 petang : Taklimat dan agihan kumpulan3.00 petang : LDK 1

(Amali wudhu’ / bacaan dalam solat 1)3.45 petang : LDK 2

(Bacaan dalam Solat 2)4.30 petang : LDK 3

(Amali solat)5.00 petang : Bersurai

Tahun 32.30 petang : Pendaftaran peserta2.45 petang : Taklimat dan agihan kumpulan3.00 petang : LDK 1

(Azan, Iqamah, jawab serta doa)3.45 petang : LDK 2

(Amali wudhu’ & tayammum)4.30 petang : LDK 3

(Hafazan surah, bacaan dalam solat & amali solat berjemaah)5.00 petang : Bersurai

Tahun 4 2.30 petang : Pendaftaran peserta2.45 petang : Taklimat dan agihan kumpulan3.00 petang : LDK 1

(Penerangan teori syarat wajib dan syarat sah solat / kedudukan imam & makmum / muafiq dan masbuq)

3.45 petang : LDK 2(Praktikal syarat wajib dan syarat sah solat / kedudukan imam & makmum / muafiq dan masbuq)

4.30 petang : LDK 3 (Amali Wudhu’ dan amali solat)

5.00 petang : Bersurai

Page 5: Kem Bestari Solat

Tahun 52.30 petang : Pendaftaran peserta2.45 petang : Taklimat dan agihan kumpulan3.00 petang : LDK 1

(Penerangan teori syarat wajib dan syarat sah solat / kedudukan imam & makmum / muafiq dan masbuq)

3.45 petang : LDK 2(Praktikal syarat wajib dan syarat sah solat / kedudukan imam & makmum / muafiq dan masbuq)

4.30 petang : LDK 3 (Hafazan surah, bacaan dalam solat & amali solat berjemaah)

5.00 petang : Bersurai

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En. Abu Bakar bin Tamam (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1)

Naib Pengerusi : Pn. Hjh Rohana bte Yahya (GPK Kurikulum dan Pentadbiran)

Pn. Hjh Rosinah bte Ali (GPK Hal Ehwal Murid)

Pn. Norhayati bte Mamat (GPK Kokurikulum)

Setiausaha : En. Azlan bin Muis

Bendahari : Cik Zubaidah bte Hussin

Penyelaras : En. Azman bin Che Haron

AJK : Guru-guru Pendidikan Islam, Guru Pendidikan Islam j-QAF dan Guru Akademik SK Alor Gajah 1

BILANGAN PESERTAAliran Bilangan Murid

Tahun 1 119 orangTahun 2 119 orangTahun 3 122 orangTahun 4 138 orangTahun 5 127 orangJUMLAH 625 orang

Page 6: Kem Bestari Solat

CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KEM 1Bil. Perkara Jumlah1. Makan Tengahari (RM2.00 X 625 0rang) RM1250.00

JUMLAH RM1250.00

ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KEM 2Bil. Perkara Jumlah1. Makan Tengahari (RM2.00 X 625 0rang) RM1250.00

JUMLAH RM1250.00

ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KEM 3Bil. Perkara Jumlah1. Makan Tengahari (RM2.00 X 625 0rang) RM1250.00

JUMLAH RM1250.00

ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KEM 4Bil. Perkara Jumlah1. Makan Tengahari (RM2.00 X 625 0rang) RM1250.00

JUMLAH RM1250.00

ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KESELURUHAN KEMBil. Perkara Jumlah1. Makan Tengahari RM5000.00

JUMLAH RM5000.00

SUMBER KEWANGAN Peruntukan Kementerian

Page 7: Kem Bestari Solat

ANGGARAN BELANJA MENGURUS TAHUN 2010PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

(PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 1)

BIL. JENIS PERBELANJAANANGGARAN

BELANJAWAN

1Makan tengahari peserta Tahun 1 (119 X RM2.00)

RM 238.00

2Makan tengahari peserta Tahun 2 (119 X RM2.00)

RM 238.00

3Makan tengahari peserta Tahun 3 (122 X RM2.00)

RM 244.00

4Makan tengahari peserta Tahun 4 (138 X RM2.00)

RM 276.00

5Makan tengahari peserta Tahun 5 (127 X RM2.00)

RM 254.00

JUMLAH ANGGARAN RM1250.00

Disediakan oleh :

………………………….AZLAN BIN MUISSetiausahaKem Bestari SolatSK Alor Gajah 1

Tarikh :

Page 8: Kem Bestari Solat

PENUTUPSemoga pelaksanaan Kem Bestari Solat ini akan memberikan manfaat yang besar dalam melahirkan generasi Rabbani yang akan datang seterusnya dapat meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab di kalangan murid untuk melaksanakan ibadah solat yang telah difardhukan oleh Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………… ………………………………(AZLAN BIN MUIS) (ABU BAKAR BIN TAMAM) Setiausaha, Guru Besar, Kem Bestari Solat 2010, Sk Alor Gajah 1, SK Alor Gajah 1 Alor Gajah

Page 9: Kem Bestari Solat

PERINCIAN PENGISIAN LDK TAHUN 1

LDK 1 (3.00 – 3.45 petang)1. Penerangan tentang anggota-anggota wuhu’.2. Latih tubi membaca dan menghafaz lafaz niat wudhu’3. Tunjuk Cara dan amali wudhu’.

LDK 2 (3.45 – 4.30 petang)1. Latih tubi membaca dan menghafaz lafaz niat solat fardhu 5 waktu

LDK 3 (4.30 – 5.00 petang)1. Amali perlakuan solat (Solat Asar)

PERINCIAN PENGISIAN LDK TAHUN 2

LDK 1 (3.00 – 3.45 petang)1. Amali wudhu’.2. Latih tubi membaca dan menghafaz bacaan-bacaan dalam solat iaitu :

Surah al-Fatihah Ruku’ I’tidal Sujud

LDK 2 (3.45 – 4.30 petang)1. Latih tubi membaca dan menghafaz bacaan-bacaan dalam solat iaitu :

Doa iftitah Duduk antara 2 sujud

LDK 3 (4.30 – 5.00 petang)1. Amali perlakuan solat (Solat Asar)

PERINCIAN PENGISIAN LDK TAHUN 3

LDK 1 (3.00 – 3.45 petang)1. Tayangan Azan, Iqamah dan doa selepas azan dan iqamah.2. Latih tubi membaca dan menghafaz :

azan iqamah doa selepas azan dan iqamah

LDK 2 (3.45 – 4.30 petang)1. Penerangan dan tunjuk cara :

Tayamum2. Praktikal tayamum.

LDK 3 (4.30 – 5.00 petang)1. Solat Asar secara berjemaah

PERINCIAN PENGISIAN LDK TAHUN 4

Page 10: Kem Bestari Solat

LDK 1 (3.00 – 3.45 petang)1. Penerangan teori :

syarat wajib solat Syarat sah solat Kedudukan imam dan makmum Makmum masbuq dan muafiq

LDK 2 (3.45 – 4.30 petang)1. Praktikal :

Kedudukan imam dan makmum Makmum masbuq dan muafiq

LDK 3 (4.30 – 5.00 petang)1. Solat Asar secara berjemaah

PERINCIAN PENGISIAN LDK TAHUN 5

LDK 1 (3.00 – 3.45 petang)1. Penerangan teori :

syarat wajib solat Syarat sah solat Kedudukan imam dan makmum Makmum masbuq dan muafiq

2. Praktikal : Kedudukan imam dan makmum Makmum masbuq dan muafiq

LDK 2 (3.45 – 4.30 petang)1. Latih tubi membaca :

Bacaan-bacaan dalam solat Lafaz dan pengertian azan dan iqamah

LDK 3 (4.30 – 5.00 petang)1. Solat Asar secara berjemaah