kelab memanah akma - archery.my · 5.3. pendaftaran dan borang pasukan dibuat secara online melalui...
TRANSCRIPT
KELAB MEMANAH AKMA
(No. Badan Sukan: 9522/2018)
No. 13-1, Jalan Universiti Bangi 1, Taman Universiti Bangi, 43000 Kajang, Selangor
No. Tel: 016 4214136 / 010 5606296
Ruj. Kami : AKMA/KBS/180806/010
Tarikh : 15/OGOS/2018 Kepada yang berkenaan,
Tuan/ puan,
KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Memanah AKMA dengan sokongan Persatuan Memanah Selangor(SELAR)
akan menganjurkan Kejohanan memanah buat julung kalinya. Kategori yang dipertandingkan adalah kategori Asas Mula
(beginner) , U12 , U16 dan Kategori Terbuka pada 02, 03 dan 04 November 2018 bertempat di Padang German-
Malaysian Institute, Bangi Selangor.
3. Sehubungan ini, pihak kami menjemput sekolah, kelab, persatuan ataupun pihak perseorangan untuk
mengambil bahagian didalam kejohanan ini. Bersama surat jemputan ini disertakan lampiran jadual pertandingan
dan borang untuk makluman pihak tuan/puan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi EN.Azan Bin Radzali ditalian
016-421-4136.
4. Semoga dengan kehadiran pasukan tuan/puan dapat memeriahkan lagi kejohanan kami .
Sekian.Terima kasih.
Yang benar,
(MOHD AZAN BIN RADZALI)
Pengerusi Kelab Memanah AKMA
PERATURAN KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN & TERBUKA
AKMA A.C
1. PERATURAN AM 1.1. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut:
1.1.1. Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN & TERBUKA AKMA A.C dan atau Keputusan Bersama Mensyuarat Pengerus-pengurus Pasukan.
1.1.2. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang World Archery (WA) dan atau Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
1.1.3. Sebarang keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN & TERBUKA AKMA A.C, adalah MUKTAMAD.
2. TARIKH PERTANDINGAN 2.1. 02, 03 & 04 NOVEMBER 2018
2.1.1.1. Tarikh tutup penyertaan pada 26 oktober (Jumaat) JAM 11:00 PM.
2.1.1.2. Atau, penyertaan peserta cukup seramai 400 peserta.
3. TEMPAT PERTANDINGAN
3.1.1. Pertandingan akan dijalankan di Padang German Malaysian Institute (GMI) , Kajang, Selangor.
4. KATEGORI UMUR
4.1. Kategori Asas Mula (beginner) bawah14 tahun.
4.2. Kategori Terbuka.
4.3. Kategori bawah 16 tahun – (2002 – 2005.)
4.4. Kategori bawah 12 tahun – (2006 – 2011.)
5. YURAN PENYERTAAN
5.1. Kategori :RM 100.00 (Bukan ahli)
:RM 80.00 ( Ahli AKMA)
:RM50.00 (Asas Mula)
5.2. Pengurus Pasukan & Jurulatih :RM 30.00 Seorang.
5.3. Pendaftaran dan borang pasukan dibuat secara online melalui pautan [email protected]
.Yuran penyertaan juga hendaklah di BANK-IN kan ke akaun BANK CIMB BANK atas nama AL RAZZAQ
OUTDOOR SPORTS dengan
nombor akaun 8602079953 sebelum 26 Oktober 2018.
5.4. Semua pasukan hendaklah mengemukakan Borang Pendaftaran Pasukan dan Salinan kad pengenalan
kepada pihak Jawatankuasa Pengelola semasa hari pendaftaran.
6. MENSYUARAT PENGURUS PASUKAN
6.1. Mensyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 03 November 2018.
6.2. Pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan borang pendaftaran pasukan bersama salinan kad
pengenalan , pasport atau salinan dokumen yang berkaitan untuk pengesahan. Hanya pertukaran
nama atlet sahaja dibenarkan dan tiada penambahan bilangan atlet selepas pendaftaran ditutup.
6.3. Senarai atlet yang disahkan semasa mensyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
7. KATEGORI
7.1. Kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :-
KATEGORI LELAKI
U12 , U16, & OPEN.
KATEGORI PEREMPUAN
U12 , U16, & OPEN.
Pusingan Klasifikasi (QR) Pusingan Klasifikasi (QR)
Double 30M,60M,70M Double 30M,60M,70M
122cm Target face 122cm Target face
ELIMINATION ROUND (OR) ELIMINATION ROUND (OR)
1/8 1/8
KATEGORI ASAS MULA (beginner)
-Single Round-
lelaki & perempuan
20 Meter
122cm Target face
7.2. Untuk pusingan Klasifikasi kategori U12,U16 & Open, setiap atlet dikehendaki memanah jarak yang
ditetapkan mengikut kategori dipertandingkan sebanyak ( 72 ) anak panah. Atlet lelaki dan wanita
yang berjaya mendapat kedudukan 16 terbaik akan layak ke Pusingan Olimpik hanya kategori
U12,U16 & Open.
7.3. Untuk kategori asas mula (beginner) , setiap atlet dikehendaki memanah jarak yang ditetapkan
mengikut kategori dipertandingkan sebanyak ( 36 ) anak panah.
8. PERALATAN PERTANDINGAN
8.1. Peralatan yang dibenarkan bagi kategori Asas Mula (beginner) & U12 adalah seperti berikut :-
NO. Kategori Peralatan Spefikasi
1.
U12
Limbs
Fiberglass & kayu sahaja
Anak panah
aluminum sahaja.
2.
Asas Mula (beginner)
Limbs (max 30#)
Fiberglass & kayu sahaja
Busur Panah
(Bow)
Busur panah :
Bowhawk, jati
tunggal,Rolland snake
dibenarkan.
Anak panah
Fiberglass / Aluminum
sahaja
9. MELAPORKAN DIRI
9.1. Setiap peserta dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua hakim (C.O.J) kejohanan untuk pemeriksaan
peralatan pertandingan (Tackle Judge ) pada hari pertama kejohanan.
10. LATIHAN RASMI & PEMERIKSAAN PERALATAN
10.1. Pemeriksaan peralatan pemanah akan dilakukan pada hari pertama kejohanan.
10.2. Setiap pemanah mesti mempamirkan nombor pemanah semasa hari pertandingan.
10.3. Pengurus pasukan dan jurulatih mesti mempamirkan tag jurulatih/pengurus pasukan sewaktu berada
dalam kejohanan.
11. PEGAWAI TEKNIKAL
11.1. Pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan melantik ketua deligat teknikal, pegawai teknikal, pengadil
dan hakim setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada Kelab Memanah AKMA.
11.2. Pengadil-pengadil akan diberi taklimat sebelum pertandingan dijalankan.
12. BANTAHAN/TATATERTIB
12.1. Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan untuk membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat
secara bertulis dan disertakan wang RM300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS)
12.2. Wang tersebut akan luput sekiranya bantahan yang dikemukan itu tidak wajar.
12.3. Bantahan hendaklah dihantar kepada ketua Deligat dalam masa lima belas minit
(15 minit) selepas keputusan dimaklumkan atau kejadian berlaku.
13. JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB
13.1. Pelantikan Jawatankuasa Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah seperti yang digunakan
oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia yang terdiri :
- Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakil
- Pengrah pertandingan atau wakil
- Delegat teknikal atau wakil
- Tiga (3) orang penurus pasukan yang tidak terlibat dalam kes bantahan atau tatatertib.
13.2. Jawatankuasa Bantahan / tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak
yang berkaitan untuk membuat sesuatu keputusan
13.3. Jawatankuasa Bantahan / tatatertib akan bersidang dalam masa lima belas
(15 minit) minit selepas menerima laporan daripada Ketua Deligat Teknikal dan membuat keputusan sekiranya
tindakan perlu diambil.
13.4. Segala keputusan yang dibuat oleh Jwatankuasa Bantahan/tatatertib adalah muktamat.
14. GANTI RUGI
14.1. Kelab Memanah AKMA & Ahli Jawatan Kuasa Pengelola kejohanan Tidak akan bertanggungjawab diatas
sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana pemanah, pegawai ataupun
peralatan semasa kejohanan ini berlangsung samada di padang dan ditempat penginapan.
15. HADIAH KEJOHANAN
15.1. Hadiah utama bernilai RM2,300.00.
15.2. Pingat – pingat yang akan dipertandingkan seperti berikut :
BIL.
KATEGORI
ACARA
PINGAT
EMAS PERAK GANGSA KE-4
1.
RECURVE MAN
(OPEN)
Q .R
KESELURUHAN
1
1
1
1
O .R
INDIVIDU
1
1
1
1
RECURVE
WOMEN (OPEN)
Q .R
KESELURUHAN
1
1
1
1
O.R
INDIVIDU
1
1
1
1
2.
RECURVE BOY
(U16)
Q .R
KESELURUHAN
1
1
1
1
O.R
INDIVIDU
1
1
1
1
RECURVE GIRL
(U16)
Q .R
KESELURUHAN
1
1
1
1
O.R
INDIVIDU
1
1
1
1
3.
RECURVE BOY
(U12)
Q .R
KESELURUHAN
1
1
1
1
O.R
INDIVIDU
1
1
1
1
RECURVE GIRL
(U12)
Q .R
KESELURUHAN
1
1
1
1
O.R
INDIVIDU
1
1
1
1
4.
BEGINNER BOY
(U14)
INDIVIDU
1
1
1
1
BEGINNER GIRL
(U14)
INDIVIDU
1
1
1
1
15.3. Sijil penyertaan akan diberi kepada peserta kejohanan.
15.4. Hadiah yang dipertandingkan bagi kategori Asas mula dari tempat 1 hingga ke 25.
16. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR.
16.1. Hanya pemanah, jurulatih dan pengurus sahaja dibenarkan berada dilapang sasar kejohanan.Semua
pengurus , jurulatih yang membayar yuran akan diberikan tag pengenalan.
16.2. Jawatankuasa penganjur berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan
perlu.Keputusan adalah muktamat.
17. PENGINAPAN.
17.1. Tidak disediakan.
18. MAKANAN DAN MINUMAN.
18.1. Tidak disediakan.Gerai jualan akan disediakan.
LAMPIRAN 1
ATURCARA KEJOHANAN.
02 Nov 2018, ( Jumaat)
Registration & Practice
09.00 pagi – 12.00 tengah hari Pendaftaran & Equipment Inspection
10.00 pagi – 12.00 tengah hari Practice
12.00 petang – 03.00 petang Rehat / Solat
03.15 petang –04.15 petang Team Manager’s Meeting
03.30 petang – 05.30 petang Practice & Equipments Inspection
03 Nov 2018, ( Sabtu )
Qualification Rounds
08.00 pagi – 08.30 pagi Beginner,Under 12, Under 16 ,Open warming up.
08.45 pagi – 10.15 pagi
Distance 1
KAT. Open Men ( Jarak 70m )
KAT. 16 Men( Jarak 60m )
KAT. 12 Men (jarak 30m)
10.30 pagi -11.00 pagi
Perasmian Kejohanan Memanah oleh:
Pengarah atau wakil KBS Selangor.
-penyampaian cederahati penaja.
-Ucapan daripda pengarah KBS .
-Ucapan daripada pihak penganjur kejohanan.
-Ucapan daripada pihak panaja utama.
11..00 pagi – 12.30 tengah hari KAT. Beginner Boy (jarak 20m)
KAT. Beginner Girl (jarak 20m)
12.45 petang – 02.15 petang
Distance 1
KAT. Open Girl ( Jarak 70m )
KAT. 16 Girl( Jarak 60m )
KAT. 12 Girl (jarak 30m)
02.30 petangi – 04.00 petang
Distance 2
KAT. Open Men ( Jarak 70m )
KAT. 16 Men( Jarak 60m )
KAT. 12 Men (jarak 30m)
04.15 petang – 05.45 petang
Distance 2
KAT. Open Girl ( Jarak 70m )
KAT. 16 Girl ( Jarak 60m )
KAT. 12 Girl (jarak 30m)
06.00 petang – 06.30 petang
Penyampaian hadiah kategori :
Asas mula (beginner)
04 Nov 2018, ( Ahad )
Olympic Round
08.00 pagi – 08.30 pagi Warm up
08.30 pagi – 10.30 pagi
Olympic Round 1/8
Lelaki / Perempuan U12 ( Jarak 30m)
Lelaki / Perempuan U16 ( Jarak 60m)
Lelaki / Perempuan Terbuka ( Jarak 70 m)
10.30 pagi – 11.30 petang
Olympic Round 1/4
Lelaki / Perempuan U12 ( Jarak 30m)
Lelaki / Perempuan U16 ( Jarak 60m)
Lelaki / Perempuan Terbuka ( Jarak 70m)
11.30 petang – 12.30 petang
Olympic Round 1/2
Lelaki / Perempuan U12 ( Jarak 30m)
Lelaki / Perempuan U16 ( Jarak 60m)
Lelaki / Perempuan Terbuka ( Jarak 70m)
2.30 petang – 02.00 petang
Rehat / Solat
02.00 petang – 03.00 petang
Gold & Bronze
Lelaki / Perempuan U12 ( Jarak 30m)
Lelaki / Perempuan U16 ( Jarak 60m)
Lelaki / Perempuan Terbuka ( Jarak 70m)
03.30 petang – 05.30 petang Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah
BORANG PENDAFTARAN.
KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018.
-Kategori : Asas mula (beginner) , U12 , U16 & Terbuka.
NO.
NAMA PENUH
TARIKH LAHIR (D.O.B)
JANTINA
KATEGORI BEG B / B U12 / B U16 / B OPEN BEG G / G U12 / G U16 / G OPEN
EXPL. MUHAMAD AMMAR B. RADZALI 21 / O8 / 1999 LELAKI PENGURUS PASUKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Borang pendaftaran dan bukti pembayaran boleh dihantar melalui email [email protected] ataupun whatsapp di talian
016-4214136 (En.Azan) . Yuran penyertaan juga hendaklah dijelaskan ke akaun CIMB BANK atas nama AL RAZZAQ OUTDOOR SPORTS
nombor akaun 86-020799-53.
NAMA KUMPULAN
NAMA PENGURUS PASUKAN
NOMBOR TELIFON