keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

31
MAAHAD PENGAJIAN ISLAM JALAN LONG YUNUS 15200 KOTA BHARU KELANTAN MALAYSIA KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2011 PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN PINTU GANG KOTA BHARU,KELANTAN NAMA : WAN NURUL KHALIDAH WAN KHUDZAIRI TINGKATAN: 3 MU’MIN NAMA GURU: SHAIDI MD ZAHRUAHSARI ………………………… ………………………….

Upload: wan-nurul-khalidah

Post on 03-Jul-2015

374 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

MAAHAD PENGAJIAN ISLAM

JALAN LONG YUNUS

15200 KOTA BHARU KELANTAN

MALAYSIA

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DI KAWASAN

PINTU GANG

KOTA BHARU,KELANTAN

NAMA : WAN NURUL KHALIDAH WAN KHUDZAIRI

TINGKATAN: 3 MU’MIN

NAMA GURU: SHAIDI MD ZAHRUAHSARI

………………………… ………………………….

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

Page 2: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN PENGHARGAAN 1

PENDAHULUAN 2 OBJEKTIF KAJIAN 3 KAWASAN KAJIAN 4 KAEDAH KAJIAN 8 DAPATAN KAJIAN 9 BAHAN GRAFIK 14 RUMUSAN 16 LAMPIRAN 17 RUJUKAN 18

Page 3: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepeda ALLAH S.W.T kerana

telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek ini dengan

sempurna.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua,Ku Amazon Binti Tuan

Yusof yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Shaidi Md Zahruahsari ,guru geografi

yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan nasihat kepada saya.

Selain itu,ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Penghulu dan penduduk

Kampung, Pintu Gang Kota Bharu, Kelantan. Tidak ketinggalan ribuan terima kasih

kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi galakan agar

saya dapat menghasilkan kerja yang baik.

1

Page 4: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

PENDAHULUAN

  Saya telah memilih tajuk kajian bertemakan pencemaran alam sekitar. 

Tajuk kajian saya ialah ‘Pencemaran Alam Sekitar di Kampung

Pintu Gang’. Saya memilih kampung ini kerana tempat kediaman

nenek saya terletak di kampung ini. Saya juga memilih kampung ini

kerana pada hari cuti saya akan pulang ke sini. Saya juga

menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus

Geografi PMR Tingkatan 3 Tahun 2011.Saya telah mengambil

masa selama 8 minggu untuk menjalankan kajian danmenulis laporan

secara lengkap. Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti

kepelbagaian pencemaran alam sekitar yang terjadi di kampong

ini. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan

manfaat kepada saya dan seluruh penduduk kampung ini.

2

Page 5: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian saya di Kampung Pintu Gang adalah untuk :

•Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar.

•Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar.

•Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar.

•Mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar.

•Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

Saya berbangga kerana dapat berada di Kampung Pintu Gang dalam keadaan yang

selamat dan aman   

3

Page 6: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya bertempat di Kampung Pintu Gang,

Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.Kampung Pintu Gang

terletak di barat daya Bandar Kota Bharu, Kelantan. Jaraknya

lebih kurang tujuh kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kampung

ini terdiri daripada lebih 100 buah rumah. Bentuk muka bumi

di sini bertanah pamah. Saya memilih kampung ini sebagai kawasan

kajian kerana tempat kediaman nenek saya berada di kampung

ini.Kawasan Kampung Pintu Gang mempunyai banyak

kemudahan awam seperti klinik desa, masjid, telefon awam dan

stesen minyak. Jaringan pengangkutan di sini sentiasa berada

dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan. Di kampung

ini juga terdapat sekolah rendah dan sekolah menengah

sebagai pusat pendidikan bagi anak-anak yang menetap di sini.

4

PETA KAJIAN

Page 7: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

1. PETA NEGERI KELANTAN

5

Page 8: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

2. PETA DAERAH KOTA BHARU

6

3. PETA KAWASAN KAJIAN ( KAMPUNG PINTU GANG )

Page 9: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

 

7

Page 10: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam mendapatkan maklumat 

dan data yang saya perlukan untuk kajian ini. Antara kaedah

kajian yang saya gunakan adalah :

1. Kaedah pemerhatian Saya telah memerhatikan kawasan persekitaran

di Kampung Pintu Gang dalam jarak kurang daripada lima kilometer

 dari tempat kediaman saya dan mengenal 

pasti pencemaran yang berlaku di kampung ini.

2. Kaedah temu bual Saya telah menemu bual sebanyak tiga orang

penduduk di Kampung Pintu Gang.Tujuannya adalah untuk

mengumpul maklumat tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku

di kampung ini dan kesannya kepada kegiatan masyarakat di kampung ini.

3. Kaedah rujukan Dalam proses mengumpul maklumat,

 saya telah merujuk buku dan risalah di perpustakaan sekolah dan

perpustakaan awam untuk menambahkan maklumat tentang punca

berlakunya pencemaran alam sekitar di kampung ini

8

Page 11: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

DAPATAN KAJIAN  Konsep Pencemaran Alam Sekitar.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda 

atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran

 menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan

Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaranadalah sebarang

perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat

fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam

sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga

menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu

 keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan

atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk

pencemaran alam.Jadi, tidak mustahillah kalau semua tempat mungkin 

mengalami pencemaranwalaupun sedikit.Dari kajian ini, saya berasa bersyukur

kerana walaupun Kampung Pintu Gang juga mengalami pencemaran, 

saya tetap boleh bermain di sini dengan gembira.

 9

Page 12: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

Jenis Pencemaran Alam Sekitar.

Secara umumnya, pencemaran yang berlaku di kawasan Kampung Pintu

Gang dapat dikategorikan dan dibahagikan kepada beberapa jenis. 

Antaranya termasuklah pencemaran sungai, pencemaran bunyi, pencemaran

udara . Saya berasa bangga kerana dapat menetap di Kampung Pintu

Gang kerana bentuk muka bumi di sini sangat sesuai dan selamat

untuk saya diami.

Punca Pencemaran Alam Sekitar.

Seperti yang telah disebutkan dalam dapatan kajian saya sebelum ini, Kampung Pintu

Gang mengalami pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran sungai.

Setelah disoal selidik, ternyata pencemaran udara di kampung ini berlaku disebabkan

oleh kenderaan yang melalui jalan raya di sepanjang Kampung Pintu Gang.

Pencemaranudara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan

yang mengganggu Atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan,

binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap,

kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon,

 Sulfur Oksida , bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Jumlah kenderaan yang melalui kampung ini meningkat hampir 2 kali ganda sejak

tahun lepas. Bilangan kenderaan ini bertambah terutamanya pada waktu pagi dan

petang. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang

dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan penduduk kampung.

10

Page 13: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

Manakala punca berlakunya pencemaran sungai adalah berpunca

 daripada pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,

minyak dan najis secara tidak terkawal oleh pihak yang tidak 

bertanggungjawab. Seterusnya, Kampung Pintu Gang juga turut

mengalami pencemaran bunyi yang datang daripada bunyi bising

kenderaan yang kerap kali menggunakan jalan di Kampung Pintu

 Gang memandangkan jalan ini menghubungkan antara Pasar

Borong Wakaf Che Yeh dan Bandar Kota Bharu.Kedua-dua tempat 

ini memang seringkali menjadi tumpuan penduduk Kelantan, jadi tidak

hairanlah banyak kenderaan menggunakan kemudahan jalan raya di sini.

 Kesan Pencemaran Alam Sekitar.

Sebelum ini telah ditulis tentang punca berlakunya pencemaran alam

sekitar di kawasan kajian . Jadi, setiap tindakan yang dilakukan oleh

manusia pasti memberi kesan terhadap alam sekitar. Di Kampung

Pintu Gang, salah satu kesan yang dapat dilihat secara jelas ialah perubahan 

landskap. Menurut keterangan daripada salah seorang responden yang telah

ditemu bual oleh saya, sebelum kampung ini mengalami pembangunan seperti 

sekarang, kampung ini memang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau.

Kampung Pintu Gang ketika terpelihara daripada sebarang pencemaran.

Namun, apabila kampung ini menjadi satu lokasi petempatan, jalan-jalan

bertar telah dibina sebagai laluan utama penduduk.

11

Page 14: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

Banyak pokok-pokok ditebang untuk didirikan bangunan-bangunan

seperti sekolah, klinik, kilang batik dan pasaraya. Stesen minyak

Petronas turut dibina di sini. Rentetan daripada ini, kampung ini 

selalu menjadi tumpuan pemandu-pemandu kenderaan yang akhirnya

memberi kesan negatif kepada penduduk kampung. Pada waktu

malam, penduduk-penduduk diganggu oleh bunyi bising daripada

motor-motor yang digunakan oleh remaja untuk berlumba haram.

Selain itu,masyarakat di sini juga tidak lagi dapat menikmati 

keindahan sungai kampung ini. Pencemaran udara pula telah membuatkan

para penduduk mengalami pelbagai penyakit seperti batuk kering dan selsema.

 Langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar.

Hasil daripada kajian ini, pelbagai pengetahuan yang saya peroleh tentang bentuk 

muka bumi di Kampung Pintu Gang. Kajian ini juga telah menanam sikap prihatin

dalam diri saya terhadap alam sekitar. Jadi, pada pendapat saya, langkah-langkah

segera perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan kesan kegiatan

manusia terhadap alamsekitar. Memandangkan Kampung Pintu Gang sering

 menjadi tumpuan pengguna-pengguna jalan raya, jadi adalah wajar jika saya

mencadangkan supaya pihak kerajaan membina jalan raya alternatif 

yang jauh daripada kawasan petempatan penduduk.Langkah ini akan menyelesaikan

 masalah gangguan psikologi yang berlaku kepadapenduduk kesan daripada

12

Page 15: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

pencemaran bunyi. Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu mungkin

perlu meletakkan bilangan tong sampah yang lebih banyak di kawasan kampung

ini bagi mengelakkan sampah dibuang merata-rata tempat seperti di dalam

sungai. Seterusnya, masyarakat seharusnya selalu bekerjasama dalam menjaga

kebersihan sungai kampung yang tercinta. Mereka perlu diberi kesedaran

tentang kepentingan sungai dalam kehidupan kita. Selain itu, dengan adanya

teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan

dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa

plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden.Ini 

dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada

kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapasawit sebagai pengganti bahan

api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.

Dengan adanya teknologi moden jentera-jenteradan mesin-mesin dapat diubahsuaikan

menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. 

13

Page 16: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

Bahan Grafik 

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG PINTU GANG

14

Kesan Pencemaran Alam Sekitar  Peratus (%)Memberi gangguan psikologi 30Mencacatkan pemandangan 15 Penyakit batuk dan selsema 15Penyakit batuk dan selsema 40

Page 17: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PENCEMARAN SEKITAR DI KAMPUNG PINTU GANG

15

PENGGUNAAN TEKNOLOGI

MODEN

MENGGUNAKAN PETROL

TANPA PLUMBUM

MEMBERI KESEDARAN

TENTANG KEPENTINGAN

SUNGAI

MEMBINA JALAN RAYA ALTERNATIF

LANGKAH MENGURANGKAN

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DIKAMPUNG PINTU GANG

Page 18: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

RUMUSAN

Hasil daripada kajian ini, saya dapat mengetahui jenis pencemaran alam

sekitar yang terjadi di Kampung Pintu Gang

serta punca-puncanya bagi tempat ini. Selain itu, saya juga

dapat mempelajari kesan pencemaran alam sekitar kepada manusia bagi

kawasan tersebut.Di samping itu, kajian ini dapat memaklumkan

saya tentang seribu satu langkah-langkah yang boleh diambil oleh setiap pihak 

dalam memastikan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.Saya

mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat memberikan perhatian

yang lebih mendalam terhadap alam sekitar kerana alam merupakan

anugerah Tuhan yang besar kepada manusia untuk dipelihara. Kajian

ini juga telah menerapkan sikap tanggungjawab dan prihatin ke dalam diri

saya serta menanamkan semangat patriotismetinggi terhadap negara Malaysia

tercinta.

16

Page 19: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

LAMPIRAN

17

Page 20: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

RUJUKAN

Page 21: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

18

 

•Buku Rujukan 1. Fokus 2U Geografi PMR.

Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh.2006.

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

•Orang Sumber

1. Che Sarimah binti Che Ya

72 tahun.

No. 172, Kampung Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

2. Mohd Radzi bin Ab Rahman.

40 tahun.

No. 231, Kampung Pintu Gang, 15100 Kota Bharu, Kelantan

.3. Mohd Nor bin Muda.

52 tahun.

Lot 881, Lorong Pak Nor Belut, Kampung Pintu Gang, 15100 Kota Bharu,Kelantan.

Page 22: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

19

•Internet 1.http://www.geographia.com/malaysia.html  

2.http://www.wikipedia.com/thailand  

3.http://www.wisatathailand.com/mapofthailand

4.http://www.googlemap.com/kotabharu_kelantan  

•Buku teks 1. Geografi Tingkatan 1

Chong Mui Sen, Dr. Azizan bin Hj. Abu Samah.2002.

Sasbadi Sdn. Bhd.

2. Geografi Tingkatan 3 Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim.2004.

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd

Page 23: keja krusus geografi tingkatan 3 tahun 2011

20