kefahaman konsep respirasi dan pernafasan bagi … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep...

24

Upload: duongngoc

Post on 14-Jun-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar
Page 2: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar
Page 3: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI MANUSIA DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT YANG MENGAMBIL MATA

PELAJARAN BIOLOGI DI DAERAH KUANTAN PAHANG

SUHAILA BINTI IKHSAN

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2003

Page 4: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar
Page 5: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

iv

DEDIKASI

Sujud kesyukuranku padaMu Tuhan Yang Maha Esa diatas kurniaan nafas, kesihatan diri,

kecelikan akal untukku meneruskan perjuangan hidup ini.

Buat abah mak tercinta

Titisan air mata ini bagaikan tiada dapat ditahan lagi mengenangkan hamparan kasihmu yang tiada

kesudahan…

Akan kukenang segala pengorbananmu hingga ke akhir hayat…

Moga Allah mempermudahkan bagiku…

Membalas jasa-jasamu…

Buat kakak-kakak sekeluarga dan adik…

Rosmalawati, Zahanafiza, Khairul anuar

Terima kasih kerana sentiasa bersama dalam senyum juga tangisku…

Buat insan yang ku sayang

Mohd Jamil bin Ramlan serta keluarga

Ucapan terima kasih atas segala dorongan dan semangat yang diberi…

Kejayaan ini milik kita bersama

Buat teman seperjuangan…

Aini, nisa, yati, lin, odah, kak zufa, adik yati juga teman-teman lain…

Terima kasih kerana sentiasa bersama dalam suka dan duka menghadapi perjuangan suci…

Moga kejayaan yang diimpikan menjadi milik kita…

Page 6: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

v

PENGHARGAAN

Bimillahirrahmanirrahim……..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, dengan izinNya serta usaha yang telah

dilaksanakan, kajian yang dijalankan telah dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah

ditetapkan. Sekalung penghargaan buat penyelia PSM Prof. Madya Aziz Bin Nordin.

Terima kasih atas segala teguran dan tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan.

Tidak dilupakan, penghargaan buat pihak yang terlibat, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (Pahang), Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, Pengetua, Guru Panitia Sains, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Panching Selatan, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Mahkota dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah yang telah

memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.

Buat akhirnya, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada, secara

langsung ataupun tidak langsung di atas idea dan pandangan yang diberikan dalam

menjayakan kajian ini.

Wassalam..

Page 7: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

vi

ABSTRAK

Respirasi merupakan topik yang sukar difahami di kalangan pelajar sains

sekolah menengah. Kajian ini betujuan untuk mengkaji kefahaman pemahaman konsep

respirasi dan pernafasan manusia di kalangan pelajar tingkatan empat.dari tiga buah

sekolah di Daerah Kuantan, Pahang. Kajian ini melibatkan 73 orang pelajar tingkatan

empat. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui ujian pensel

dan kertas berbentuk soal selidik bagi mendapatkan maklumat berkaitan kefahaman

konsep respirasi dan pernafasan manusia.Soal selidik terdiri daripada bahagian A iaitu

berkaitan latar belakang pelajar seperti jantina, bangsa dan gred yang diperolehi dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bahagian B pula, mengandungi 20 soalan objektif

dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian

mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar dalam konsep respirasi. Selain itu,

konsep asas respirasi, struktur dan fungsi struktur respirasi, mekanisma pernafsan,

konsep pertukaran gas dan mekanisma kawal atur pernafasan adalah bahagian-bahagian

yang tidak begitu jelas di kalangan pelajar. Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat

mendedahkan kesukaran yang dialami para pelajar ketika mempelajari topik ini. Dengan

itu, sebarang tindakan yang wajar untuk mengatasi masalah pengajaran dan

pembelajaran terhadap topik ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Page 8: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

vii

ABSTRACT

Respiration is a topic which is poorly understood by science students in

secondary schools. The aim of this survey is to study the understanding of respiration

and human breathing concept among form four secondary school students selected from

three schools in Kuantan, Pahang. This survey involves 73 form four students. The

instrument used for obtaining data was a paper and pencil test eliciting students

understanding of respiration and related the concepts Section A of the instrument asks

for students background such as sex, race and PMR examination grades. Section B

consists of 20 objective questions and 7 structural questions on respiration. and human

breathing concept. The respondents were given one hour to answer both sections. The

study found that students have misconceptions on respiration and human breathing

concept. Beside, the basic concepts of respiration, structure and function of respiratory

organ, mechanisms of breathing, gas exchange and mechanisms of breathing control,

are all area of knowledge which are poorly understood by student. It is hoped that the

findings of this research will be able to highlight the problem faced by students while

studying this topic. Necessary actions will be taken for the improvement on the teaching

and learning of these topic immediately.

Page 9: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK iii

HALAMAN DEDIKASI iv

HALAMAN PENGHARGAAN v

ABSTRAK VI

ABSTRACT VII

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

Page 10: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

ix

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Batasan Kajian 6

1.7 Hipotesis Kajian 7

1.8 Kepentingan Kajian 7

1.9 Definisi Istilah 8

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Kesukaran Memahami Sesuatu Konsep 10

Dalam Biologi

2.1.1 Kesukaran pada peringkat memahami 11

pengkhususan sel

2.1.2 Konsep yang abstrak 12

2.2 Pengetahuan konsep Sains 13

2.3 Konsep respirasi 15

2.4 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) 16

konsep sains

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 19

3.3 Lokasi Kajian 20

3.4 Sampel Kajian 20

3.5 Tatacara pengumpulan data 21

3.6 Instrumen Kajian 21

3.7 Kajian Rintis 23

3.8 Prosedur Kajian 24

3.9 Analisis Data 24

Page 11: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

x

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis maklumat latar belakang responden 27

4.2.1 Kekerapan dan peratusan mengikut 29

bangsa

4.2.2 Kekerapan dan peratusan mengikut 30

pencapaian PMR dalam mata pelajaran

Sains

4.3 Analisis item soal selidik 31

4.3.1 Taburan pencapaian responden 31

berkaitan konsep respirasi dan

pernafasan bagi manusia

4.4 Analisis perbandingan pencapaian pelajar 39

mengikut jantina dalam soal selidik

berkaitan konsep respirasi dan pernfasaan

manusia

4.5 Analisis perbandingan antara faktor jantina 46

dengan kefahaman konsep respirasi

dan pernafasan bagi manusia di kalangan

pelajar tingkatan empat

4.6 Analisis hubungan antar pencapaian PMR 47

dalam mata pelajaran Sains dengan

kefahaman konsep respirasi dan pernafasan

bagi manusia di kalangan pelajar tingkatan

empat

4.7 Analisis hubungan antara faktor kaum Melayu 48

dan kaum Bukan Melayu dengan kefahaman

konsep respirasi dan pernafasan bagi manusia

di kalangan pelajar tingkatan empat

4.8 Kesimpulan 49

Page 12: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

xi

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Kefahaman konsep respirasi dan 51

pernafasan bagi manusia

5.2.2 Analisis perbandingan faktor jantina 56

dengan kefahaman konsep respirasi

dan pernafasan manusia.

5.2.3 .Analisis perbandingan faktor kaum 57

Melayu dan kaum Bukan Melayu dengan

kefahaman konsep respirasi dan pernafasan

manusia.

5.2.4 Analisis perbandingan pencapaian Sains 57

dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)

dengan kefahaman konsep respirasi dan

pernafasan manusia.

5.3 Kesimpulan Kajian 58

5.4 Implikasi Kajian Terhadap Pendidikan 59

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60

Page 13: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

xii

RUJUKAN 61

LAMPIRAN A : Soal Selidik 66

LAMPIRAN B : Skema Soal Selidik 77

LAMPIRAN C : Jadual Kerja Penyelidikan 80

LAMPIRAN D : Surat Kebenaran Menjalankan 82

Kajian

Page 14: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian soalan soal selidik berdasarkan 22

Lima aspek dalam topik respirasi

3.2 Skor jawapan soal selidik kefahaman 22

Konsep respirasi dan pernafasan manusia

4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut 27

sekolah

4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut 28

jantina

4.3 Kekerapan dan peratusan mengikut bangsa 29

4.4 Kekerapan pencapaian Penilaian Menengah 30

Rendah (PMR) dalam mata pelajaran Sains

4.5 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 32

Konsep respirasi dan penghasilan tenaga

(soalan objektif)

Page 15: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

xiv

4.6 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 33

Konsep respirasi dan penghasilan tenaga

(soalan subjektif

4.7 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 33

Struktur dan fungsi struktur respirasi

(soalan objektif

4.8 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 35

Struktur dan fungsi struktur respirasi

(soalan subjektif)

4.9 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 36

Mekanisma pernafasan (soalan objektif)

4.10 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 37

Mekanisma pernafasan (soalan subjektif)

4.11 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 38

Pertukaran gas pada permukaan respirasi dan

Pengangkutan dalam dalam badan manusia

4.12 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan 39

Mekanisma kawal atur dalam proses pernafasan

4.13 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 40

berkaitan konsep respirasi dan penghasilan tenaga

(soalan objektif)

Page 16: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

xv

4.14 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 40

berkaitan konsep respirasi dan penghasilan

tenaga (soalan subjektif)

4.15 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 41

berkaitan struktur dan fungsi struktur respirasi

(soalan objektif)

4.16 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 42

berkaitan struktur dan fungsi struktur respirasi

(soalan subjektif)

4.17 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 43

berkaitan Mekanisma pernafasan (soalan subjektif)

4.18 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 43

berkaitan Mekanisma pernafasan (soalan subjektif)

4.19 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 44

Berkaitan pertukaran gas pada permukaan respirasi

Dan pengangkutan dalam dalam badan manusia

(soalan objektif)

4.20 Kekerapan dan pencapaian berdasarkan jantina 45

berkaitan mekanisma kawal atur dalam proses

pernafasan

4.21 Kefahaman konsep respirasi dan pernafasan bagi 46

manusia antara pelajar lelaki dan perempuan

Page 17: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

xvi

4.22 Kefahaman konsep respirasi dan pernafasan bagi 47

manusia di kalangan pelajar yang mempunyai gred

yang berbeza bagi mata pelajaran Sains dalam PMR

4.23 Taburan responden melayu dan bukan melayu 48

4.24 Kefahaman konsep respirasi dan pernafasan 49

bagi manusia di kalangan Pelajar Melayu dan Bukan

Melayu

Page 18: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 65

B Skema Soal Sedlidik 77

C Jadual Kerja Penyelidikan 80

D Surat Kebenaran Menjalankan 82

Kajian

Page 19: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Antara tujuan yang ingin dicapai melalui Wawasan 2020 adalah untuk

mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan

jauh. Namun begitu matlamat tersebut hanya dapat dicapai sekiranya masyarakat celik

sains serta dapat memanfaatkan teknologi yang sedia ada seterusnya dapat

memperkembangkan ilmu sains pada abad ke 21 seperti mana yang kita harapkan

menjadi kenyataan. Oleh itu ramai yang menyedari terutamanya di kalangan para ilmuan

bahawa bagi melahirkan masyarakat yang celik sains adalah melalui pendidikan sains.

Pendidikan sains boleh memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan

Wawasan 2020 kerana melaluinya, proses pembangunan dan pemodenan negara dapat

dilaksanakan .Ini jelas seperti mana menurut Kamariah et.al (1996) “Bagi mendapatkan

sumber tenaga kerja yang saintifik, progresif dan inovatif serta masyarakat celik sains

untuk menangani abad sains dan teknologi ini, penekanan yang lebih kepada pelajaran

sains perlu dilakukan”.

Page 20: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

2

Salah satu matlamat yang terkandung dalam Sains KBSM adalah untuk

mengembangkan daya pemikiran saintifik dan dengan tercapainya matlamat ini,

diharapkan para pelajar dapat memahami dan menghargai sains dan mengaplikasikannya

dalam kehidupan dan ke arah pembangunan negara serta berkeupayaan menyelesaikan

masalah harian bagi membentuk warga negara yang bertanggung jawab demi

kesejahteraan manusia. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).

Kebolehan untuk mengaplikasikan sains dalam kehidupan harian semestinyalah

memerlukan kefahaman dalam menghubungkaitkan konsep-konsep asas sains. Dengan

mengukur kebolehan para pelajar merangkaikan segala konsep dengan konsep yang

lain.Secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam memahami satu-satu topik

yang agak sukar dipelajari.Kepentingan dalam pengusaan konsep ini dapat dijelaskan

berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Subahan (1993). Beliau mendapati bahawa

kebolehan mengingat, memahami dan menghubungkaitkan konsep-konsep sains dapat

menentukan kemampuan para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran sains.

Oleh sebab itu, topik respirasi didapati sesuai dan ideal untuk dikaji dan

digunakan bagi tujuan kajian untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam

mengaitkan konsep-konsep sains. Dalam topik tersebut ia merangkumi aspek fsiologi,

biokimia dan pertukaran tenaga. Kerencaman topik tesebut adalah dibuktikan seperti

mana kajian yang telah dilaksanakan oleh Simpson dan Arnold (1982) iaitu pengajaran

yang kritikal terhadap topik respirasi dan fotosintesis. Manakala menurut Haslam dan

Treagust (1987) yang menggunakan soal selidik aneka pilihan bagi mengenalpasti tahap

kefahaman pelajar dalam topik fotosintesis dan respirasi dalam tumbuhan.

Gabungan antara aspek fsiologi, biokimia dan pertukaran tenaga menjadikan

respirasi sebagai satu topik yang mempunyai konsep yang sepadu. Di Malaysia, respirasi

merupakan topik yang terkandung di bawah tajuk “Respirasi”

Page 21: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar telah membina konsep yang berkaitan topik sains sebelum mereka

mempelajarinya di sekolah lagi, terutamanya bagi topik yang mempunyai kaitannya

dengan pengalaman diri seperti pernafasan. Oleh itu, pengetahuan tentang konsep asas

dalam mata pelajaran sains amat penting kepada pelajar sebagai persediaan mengikuti

tahap yang lebih tinggi. Kesediaan pelajar dapat membantu pelajar mengukuhkan

konsep sains dalam mata pelajaran sains. Sepertimana menurut Bell (1981), Driver

(1981), dan Osborne dan Freyberg (1985) telah menekankan pentingnya pengetahuan

awal bagi mempelajari sains. Osborne dan Freyberg (1985) dalam kajiannya, bahawa

pengetahuan awal dalam sains dan pengetahuan asas akan mempengaruhi dalam

pembelajaran mereka.

Menurut Steward dan Yaroch (1985), terdapat beberapa topik Biologi yang telah

dikenalpasti berdasarkan tahap kesukaran di dalam pengajaran dan pembelajaran.Antara

topik yang disenaraikan adalah termasuk topik respirasi dan pernafasan. Ini jelas

menunjukkan topik respirasi adalah topik yang rencam dan sukar bagi kebanyakan

pelajar. Kebanyakan kajian adalah berkaitan pernafasan, pertukaran gas dan respirasi

(Simpson dan Arnold, 1982, Seymour dan Longden, 1991) dalam kajian mereka

terhadap respirasi.

Kepelbagaian konsep dalam topik respirasi menyebabkan ramai di kalangan

pelajar menghadapi masalah untuk memahami dan menguasai konsep serta kemahiran

dalam subjek sains. Antara punca permasalahan ini kerana tidak terdapat satu

penyesuaian di antara kehendak konsep dengan pertumbuhan kognitif pelajar. Ausubel

(1968) menekankan bahawa pelajar mesti dapat menghubungkan idea baru dan

maklumat bagi mewujudkan struktur kognitif pelajar di dalam kefahaman mereka.

Page 22: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

4

Pertumbuhan kognitif pelajar yang berbeza menyebabkan kemampuan intelek

pelajar menguasai sesuatu topik juga berbeza. Bagi pelajar aras tinggi adalah mudah

untuk mereka menguasai topik yang abstrak dan rencam tetapi sebaliknya berlaku

kepada pelajar pada tahap aras sederhana dan rendah. Umpamanya topik respirasi yang

memerlukan pemikiran di tahap abstrak untuk pelajar memahami dan menguasai topik

tersebut.

1.3 Penyataan Masalah

Respirasi merupakan salah satu topik yang rencam dan sukar. Tanpa kefahaman

yang mendalam terhadap topik tesebut, menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi sukar dan tidak berkesan. Justeru itu juga usaha untuk mencapai

kecemerlangan dalam subjek biologi adalah sukar dicapai. Di peringkat sekolah

menengah topik respirasi telah diajar sejak tingkatan dua lagi. Kajian ini adalah

mengkaji kefahaman konsep respirasi dan pernafasaan manusia bagi pelajar tingkatan

empat.

Page 23: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

5

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengukur tahap kefahaman konsep respirasi dan pernafasan bagi manusia

pelajar tingkatan empat

2) Mengenalpasti bagaimana pelajar menguasai aspek respirasi dan penghasilan

tenaga, struktur respirasi, mekanisma pernafasan, pertukaran gas pada

permukaan respirasi dan mekanisma kawal atur dalam proses pernafasan

3) Mengkaji perbezaan kefahaman konsep respirasi dan pernafasan manusia di

antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan

4) Mengkaji perbezaan kefahaman konsep respirasi dan pernafasan manusia di

antara Pelajar Melayu dan Bukan Melayu

5) Mengkaji perbezaan kefahaman konsep respirasi dan pernafasan di antara pelajar

dengan pencapaian gred yang berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah

(PMR) bagi mata pelajaran Sains.

1.5 Persoalan Kajian

Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan berikut dapat terjawab:

1) Apakah tahap kefahamaan konsep respirasi dan pernafasan bagi manusi pelajar

tingkatan empat?

2) Bagaimanakah pelajar menguasai aspek respirasi dan penghasilan tenaga,

struktur respirasi, mekanisma pernafasan, pertukaran gas pada permukaan

respirasi dan mekanisma kawal atur dalam proses pernafasan

3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan kefahaman konsep

respirasi dan pernafasan manusi antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan

Page 24: KEFAHAMAN KONSEP RESPIRASI DAN PERNAFASAN BAGI … · dan 7 soalan struktur berkaitan konsep respirasi dan pernafasan manusia. Kajian mendapati berlaku salah konsep di kalangan pelajar

6

4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan kefahaman konsep

respirasi dan pernafasan manusi antara Pelajar Melayu dan Bukan Melayu?

5) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan kefahaman konsep

respirasi dan pernafasan manusia antara pelajar dengan pencapaian gred yang

berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains?

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah di sekitar Daerah Kuantan, Pahang.

Seramai 73 orang pelajar dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Soalan-soalan dalam

kaji selidik ini adalah berbentuk objektif dan subjektif bagi menilai pemahaman konsep

respirasi dan pernafasan bagi manusia di kalangan responden yang dipilih. Terdapat

beberapa perkara yang perlu diambil kira dan diambil perhatian ketika kajian dijalankan.

Beberapa andaian yang dibuat bahawa, pelajar-pelajar adalah jujur ketika menjawab

soal selidik iaitu tidak berbincang bersama rakan ataupun meminta bantuan guru serta

menjawab dalam masa yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk memperolehi

maklumat yang baik untuk dianalisis.