kedatangan orang sikh dan penubuhan gurdwara di tanah melayu€¦ · kepercayaan dan sejarah agama...

12
31 KEDATANGAN ORANG SIKH DAN PENUBUHAN GURDWARA DI TANAH MELAYU Sarjit Singh a/l Darshan Singh Gill* PENDAHULUAN Komuniti Sikh merupakan salah satu kelompok etnik minoriti yang telah menetap di Tanah Melayu sejak tahun 1870-an iaitu pada zaman pemerintahan kolonial British lagi. Kehadiran komuniti ini telah menambahkan kepelbagaian masyarakat di Tanah Melayu yang sebelum ini rata-ratanya diduduki oleh bangsa Melayu, India dan Cina. Kaum Sikh mudah dikenali oleh masyarakat setempat kerana kaum lelakinya mempunyai tubuh badan yang besar dengan penampilan yang berbeza iaitu mereka berserban serta berjanggut. Walaupun orang Sikh telah lama menetap di sini namun masih ada masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui agama yang dianuti oleh penganut Sikh. Malah ada juga beranggapan bahawa agama yang dianuti oleh mereka mempunyai persamaan dengan agama Hindu yang dianuti oleh masyarakat Tamil. Sebenamya, komuniti Sikh menganuti agama Sikh yang telah diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji lebih lima ratus tahun yang lalu di mana ia merupakan salah sebuah agama yang termuda di dunia. Kajian mengenai komuniti Sikh di Tanah Melayu masih baru terutamanya dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas negara mencapai kemerdekaan, banyak kajian telah dijalankan khususnya dalam bidang sejarah yang kebanyakannya menyentuh tema sosioekonomi dan politik komuniti India yang berbangsa Tamil. Kajian mengenai komuniti Sikh di Tanah Melayu pula kuran mendapat perhatian 1 dan jumlah kajian yang dijalankan * Penulis adalah calon Doktor Falsafah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 1 Setakat ini penulis telah mengenalpasti beberapa bentuk kajian yang menyentuh mengenai komuniti Sikh di Tanah Melayu dan kebanyakannya memfokus dalam bidang sejarah. Antara beberapa kajian penting yang berkaitan dengan proses migrasi masyarakat lndia dalam pelbagai bidang seperti perladangan, perlombongan dan keselamatan termasuklah lndians in Malaysia: Some Aspects of Their lmmigration and Settlement (1786-1957) oleh Kernial Singh Sandhu yang diterbitkan pada tahun 1969. Kajian- kajian lain termasuklah oleh Inder Singh, History of Malay States Guides yang dlterbitkan pada tahun 1965; Sikh Naujawan Sabha Malaysia, Ugama Sikh yang diterbitkan pada tahun 1969; Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu bertajuk Some Sikh Culture. Customs and Traditions in Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1971; Amarjit Kaur pula dalam tesis Sarjana Sastera yang bertajuk North Indians

Upload: others

Post on 07-Nov-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

31

KEDATANGAN ORANG SIKH DAN PENUBUHAN GURDWARA

DI TANAH MELAYU

Sarjit Singh a/l Darshan Singh Gill*

PENDAHULUAN Komuniti Sikh merupakan salah satu kelompok etnik minoriti yang telah menetap di Tanah Melayu sejak tahun 1870-an iaitu pada zaman pemerintahan kolonial British lagi. Kehadiran komuniti ini telah menambahkan kepelbagaian masyarakat di Tanah Melayu yang sebelum ini rata-ratanya diduduki oleh bangsa Melayu, India dan Cina. Kaum Sikh mudah dikenali oleh masyarakat setempat kerana kaum lelakinya mempunyai tubuh badan yang besar dengan penampilan yang berbeza iaitu mereka berserban serta berjanggut. Walaupun orang Sikh telah lama menetap di sini namun masih ada masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui agama yang dianuti oleh penganut Sikh. Malah ada juga beranggapan bahawa agama yang dianuti oleh mereka mempunyai persamaan dengan agama Hindu yang dianuti oleh masyarakat Tamil. Sebenamya, komuniti Sikh menganuti agama Sikh yang telah diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji lebih lima ratus tahun yang lalu di mana ia merupakan salah sebuah agama yang termuda di dunia. Kajian mengenai komuniti Sikh di Tanah Melayu masih baru terutamanya dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas negara mencapai kemerdekaan, banyak kajian telah dijalankan khususnya dalam bidang sejarah yang kebanyakannya menyentuh tema sosioekonomi dan politik komuniti India yang berbangsa Tamil. Kajian mengenai komuniti Sikh di Tanah Melayu pula kuran mendapat perhatian1 dan jumlah kajian yang dijalankan

* Penulis adalah calon Doktor Falsafah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, Selangor. 1 Setakat ini penulis telah mengenalpasti beberapa bentuk kajian yang menyentuh mengenai komuniti

Sikh di Tanah Melayu dan kebanyakannya memfokus dalam bidang sejarah. Antara beberapa kajian penting yang berkaitan dengan proses migrasi masyarakat lndia dalam pelbagai bidang seperti perladangan, perlombongan dan keselamatan termasuklah lndians in Malaysia: Some Aspects of Their lmmigration and Settlement (1786-1957) oleh Kernial Singh Sandhu yang diterbitkan pada tahun 1969. Kajian-kajian lain termasuklah oleh Inder Singh, History of Malay States Guides yang dlterbitkan pada tahun 1965; Sikh Naujawan Sabha Malaysia, Ugama Sikh yang diterbitkan pada tahun 1969; Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu bertajuk Some Sikh Culture. Customs and Traditions in Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1971; Amarjit Kaur pula dalam tesis Sarjana Sastera yang bertajuk North Indians

Page 2: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

32

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH pula amat kurang jika dibandingkan dengan kajian mengenai masyarakat India di Tanah Melayu. Hakikatnya, kajian mengenai komuniti minoriti Sikh sama ada pembabitan secara aktif dalam aspek sosial, ekonomi mahupun dalam bidang politik masih kurang terutamanya dalam bidang antropologi dan sosiologi.

Sungguhpun kajian mengenai komuniti minoriti Sikh di Malaysia terutamanya dalam bidang antropologi dan sosiologi masih baru tetapi fokusnya masih sama dengan kajian etnik lain di Malaysia iaitu melihat bentuk perubahan atau transformasi dalam pelbagai aspek seperti sosiobudaya, ekonomi dan politik.2

Tulisan ini cuba melihat kepentingan institosi gurdwara dalam kehidupan penganut Sikh kerana gmdwara dalam agama Sikh dianggap mempengamhi, membentuk dan menentukan identiti sosial serta keagamaan orang Sikh. Justem tulisan ini juga penting untuk meninjau faktor-faktor kedatangan orang Sikh di Tanah Melayu dan penubuhan beberapa bush gurdwara yang terawal di Tanah Melayu di zaman pemerintahan kolonial British. Namun sebelum itu penulis ingin menghuraikan secara ringkas mengenai sejarah kemunculan agama Sikh dan kepercayaan mereka serta kepentingan institusi gurdwara di kalangan penganut Sikh.

in Malaya: A Study of their Economic, Social and Political Activities with Special Reference to Selangor 1870s-1940s pada tahun 1973; dan Manjit Singh Sidhu yang telah menyumbangkan dua artikel menarik mengenai Social Changes Among Sikhs in Penisular Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1981 dan Sikhs in Penisular Malaysia: Their Distribution and Occupations diterbitkan pada tahun 1983.

2 Sehingga kini, penulis telah mengenalpasti sepuluh buah kajian yang telah dijalankan di peringkat ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Kajian-kajian tersebut menyentuh empat tema utama iaitu merangkumi institusi gurdwara, upacara-upacara keagamaan, masaIah identiti dan persoalan gender di kalangan komuniti minoriti Sikh di Malaysia. Pertama, tema mengenai institusi gurdwara menjadi fokus kajian yang utama dan terdapat lebih lima buah penyelidikan telah dijalankan mengenai latar belakang institusi gurdwara dan peranannya di Malaysia. Antaranya sila lihat Amarjit Kaur, 1973. ‘North lndian in Malaya. a study of their economic, social and political activities with special reference to Selangor 1870s-1940s.’ Tesis Sarjana Satera, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya; Sukhdave Singh, 1988. ‘Beberapa aspek sosiologi gurdwara di Wilayah Persekutuan’, Latihan Ilmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya: Manchindar Kaur, 1992. ‘Gurdwara satu institusi sosial komuniti Sikh’, Latihan Ilmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia; Sarjit Singh, 1998. ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia’, Latihan llmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia; dan Daljit Kaur, 2000. ‘Gurdwara Sahib Tatt Khalsa dalam sejarah sosial masyarakat Sikh’, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Kedua, terdapat tiga kajian yang menyentuh tema masaIah identiti di kalangan komuniti Sikh. Antaranya sila lihat Serjit Sahib Singh, 1992. ‘Krisis identiti di kalangan komuniti peranakan Punjabi yang beragama Sikh: satu kajian kes di pantai barat Sabah’, Latihan Ilmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia; Someeta Kaur Sidhu, 1996. ‘Kebangkitan semula agama Sikh: satu kajian kes di Kuala Lumpur’, Latihan ilmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia; dan Sarjit Singh, 1999. ‘Identiti Sikh’, Kertas Projek Sarjana, Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tema seterusnya pula menyentuh tentang upacara-upacara keagamaan dalam agama Sikh yang dibuat oleh Daljeet, 1986. ‘Ritus perpeloncoan dalam komuniti Sikh: Satu kajian etnografi’, Latihan Ilmiah jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia Dan terakhir tema persoalan gender merupakan satu bidang kajian yang baru dibuat oleh Manjit Kaur, 1998. ‘Status dan peranan wanita dalam masyarakat minoriti Sikh di Malaysia: satu kajian etnografi di institusi Gurdwara’, Latihan Ilmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 3: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

33

KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh yang diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji (1469-1539). Agama ini adalah agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai ketuhanan yang satu, bersifat nirankar atau tidak berbentuk (formless), abadi, sangat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan berada di mana-mana jua. Tuhan sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Ini dapat dilihat dalam Japji Sahib (Mukadimah dalam kitab suci, Sri Guru Granth Sahib Ji) yang juga dikenali sebagai MooI Mantar menyatakan:

Ika Ongkar (Tuhan hanya satu) Sat Naam (NamaNya benar) Karta Purkh (Dia Maha Pencipta) Nir Bhau (Waheguru tiada perasaan takut) Nir Vair (Waheguru tidak mempunyai musuh) Akaal Moorat (Waheguru kekal abadi) Ajuoni (Waheguru tidak melalui kehidupan dan kematian) Saibhang (Tiada yang menciptaNya) Gurparsaad (Waheguru boleh ditemui melalui berkat Guru)3

Walaupun Guru Nanak dibesarkan dalam keluarga Hindu namun minatnya yang mendalam

untuk mengetahui hal-ha1 ketuhanan telah mendorongnya mempelajari ajaran agama Islam. Hasil dari pemahamannya mengenai agama Islam dan agama Hindu serta menguasai kitab suci al-Quran dan Brahmanical Shastras di samping pengalamannya merantau ke beberapa buah negara termasuk tempat suci penganut agama Islam di Mekah, akhirnya Guru Nanak telah memperkenalkan ajaran baru yang dikenali sebagai Sikhism.4 Guru Nanak menolak secara total sistem kasta yang diamalkan oleh masyarakat Hindu dan menyeru pengikutnya mengamalkan konsep persaudaraan sesama manusia.5 Baginda senantiasa menekankan konsep kemanusiaan sejagat dan menyeru tiada siapa yang berkedudukan tinggi atau rendah di kaca mata Waheguru. Ajaran-ajaran utama Guru Nanak dapat diringkaskan seperti berikut:- 1. Semua orang adalah sama dan dianggap sebagai saudara. 2. Waheguru adalah bebas daripada ikatan lahir dan mati. Waheguru adalah Maha agung. 3. Waheguru berada di semua tempat dan bukan di satu penjuru atau tempat. 4. Berkongsilah pendapatan anda dengan orang yang memerlukan. 3. Bekerja keras mencari rezeki secara halal. 6. Sentiasa bercakap benar. 7. Jalani kehidupan yang jujur6

3 Sikh Naujawan Sabha, 1995. Moo1 Mantar. dlm. The Sikh. Jil 29 (2), Kuala Lumpur: Sikh Naujawan

Sabha Malaysia. hlm. 5 4 J.D. Cunningham, 1974. A History of The Sikhs. New Delhi: S. Chand and Co. hlm. 35-37.

M. Tully dan S. Jacob, 1986. Amritsar: Mrs. Gandhi’s Last Battle. London: Jonathan Cape, hlm. 17 6 Sikh Naujawan Sabha, 1995. Guru Nanak, Guru Kita. dlm. The Sikh. Jil. 29 (2), Kuala Lumpur: Sikh

Naujawan Sabha Malaysia, hlm. 3.

Page 4: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

34

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Guru Nanak juga tidak pernah menggalakkan sesiapapun memeluk agama Sikh sebaliknya sentiasa memberi nasihat kepada orang ramai agar mematuhi ajaran agama masing-masing. Penganut agama Sikh adalah pengikut kepada ajaran Sri Guru Nanak Dev Ji dan sembilan orang Guru yang lain iaitu Sri Guru Angad Dev Ji (Guru 1539-1552). Sri Guru Amar Das Ji (Guru 1552-1574), Sri Guru Ram Das Ji (Guru 1574-1581), Sri Guru Arjan Dev Ji (Guru 1581-1606), Sri Guru Hargobind Sahib Ji ( Guru 1606 –1644) , Sri Guru Har Rai Ji (1644-1661), Sri Guru Har Kishan Ji (Guru 1661-1664), Sri Guru Teg Bahadur Ji (Guru 1664-1675) dan Sri Guru Gobind Singh Ji (Guru 1675-1708). Selepas guru yang terakhir ini, penganut Sikh menghormati kitab suci, Sri Guru Granth Sahib Ji sebagai sumber ajaran agama mereka yang muktamad.7

Pada tahun 1699, Sri Guru Gobind Singh Ji telah memperkenalkan satu orde baru yang dikenali sebagai Khalsa atau bermaksud “yang tulen”. Tujuannya untuk melindungi identiti kaum Sikh daripada diresapi oleh ajaran agama Hindu dan Islam. Konsep mi menghendaki penganut Sikh melaksanakan konsep 5K.8

Dalam agama Sikh, kaum Khalsa merupakan golongan yang terpenting khususnya di dalam bidang ketenteraan dan mereka sentiasa ditanam dengan semangat militan dengan seruan ‘Raj Karega Khalsa’ yang bermaksud ‘Khalsa mesti memerintah’. Seruan seperti ini boleh membawa kesan positif dan negatif. Kesan positif misalnya, semasa zaman pemerintahan Maharaja Ranjit Singh (1799-1839), yang digelar sebagai The Lion of the Punjab, kaum Sikh telah berjaya membentuk satu pasukan tentera yang kuat dan kemudiannya berjaya menubuhkan sebuah empayar Sikh yang terdiri daripada seluruh wilayah Punjab dan beberapa wilayah di bahagian utara India termasuk Kashmir. Kesan negatifnya pula, di dalam system politik moden kini, seruan tersebut boleh mencetuskan suatu keadaan yang tidak stabil di antara kaum Sikh dengan pihak berkuasa India yang majoritinya didominasi oleh para pemimpin Hindu.9

Gurdwara merupakan pusat ibadat penganut agama Sikh. Komuniti Sikh menghormati institusi gurdwara kerana ia bukan sahaja merupakan tempat ibadat, malah pusat masyarakat Sikh kerana kehidupan seseorang Sikh disusun di sekitar gurdwara. Sejak zaman pengasas agama Sikh, iaitu Sri Guru Nanak Dev Ji, gurdwara dibina dt India dan kerap kali dikenali dengan nama dharamsala atau place of worship.10 Ringkasnya, di mana-mana sahaja ada penganut Sikh, ada gurdwara. Tanpa gurdwara, penganut Sikh tidak dapat mengamalkan kehidupan agama dan tidak dapat mempelajari peraturan hidup sebagai seorang Sikh.

Pritam Singh Gill menjelaskan kepentingan gurdwara kepada penganut Sikh sepetti pernyataan berikut:

Gurdwaras produces Sikhs and Sikhs produce Gurdwaras. Gurdwaras are the memory of their Gurus whom they can never forget.11

7 Sarjit Singh. ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia’, Latihan Ilmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi

Universiti Kebangsaan Malaysia, Sesi 1997/1998, hlm 18-19. 8 M. Tully dan S.Jacob, Amritsar: Mrs. Gandhi’s Last Battle. hlm. 20. Untuk maklumat lanjut mengenai

simbol 5K, sila lihat Sarjit Singh, 1990. Diaspora dan Masalah Identiti Sikh di Malaysia, Akademika Jil. 55, hlm. 183-192.

9 Sarjit Singh. ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia’, hlm.24-25. 10 Khushwant Singh, 1966. A History of The Sikhs. New Jersey. Prentise Hall, Jil.2: 1839-1964 hlm. 193 11 Pritam Singh Gill, 1990. Trinity of Sikhism. Jullundur: New Academic Publishing, hlm. 227-23

Page 5: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

35

KEDATANGAN ORANG SIKH DAN PENUBUHAN GURWARA DI TANAH MELAYU Gurdwara merupakan satu-satunya tempat suci untuk penganut Sikh berkumpul dan

menjalankan tugas keagamaan mereka. Kerana di situ terletak kitab suci mengenai agama Sikh, Sri Guru Granth Sahib Ji. Penganut Sikh mengiku dan menghormati ajaran kesepuluh orang Guru yang termaktub dalam kitab itu, yang mengandung 1,430 halaman. Kitab suci ini istimewa dari segi agama dan sejarah kerana inilah hanya kitab suci di seluruh dunia yang ada mengandungi sabda penganut beragama Sikh, Islam dan Hindu dari pelbagai kasta, latar belakang pekerjaan dan wilayah yang berbeza.12 Inilah juga kitab yang mengandung sabda yang ditulis sendiri oleh orang yang mengasaskan agama itu. Di setiap gurdwara kitab ini diletakkan di tempat yang paling agung serta diberi penghormatan yang paling tinggi.13 Granthi atau giani memainkan peranan penting dalam perjalanan sesuatu upacara keagamaan di gurdwara. Seorang granthi merupakan Khalsa14 yang arif tentang pengetahuan keagamaan dan falsafah. Semua penganut Sikh menghormati granthi kerana statusnya dapat disamakan sebagai wazir Tuhan.

Penganut Sikh memberi salam dengan melafaz Waheguru Ji Ka Kholsa, Waheguru Ji Ki Fateh (bermaksud the Khalsa is of God the victory is to God) sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangan ke dada apabila bertemu dengan penganut Sikh yang lain. Seseorang penganut Sikh yang masuk ke gurdwara mesti menutupkan kepalanya dan terus ke darbar sahib (dewan besar) dan meletakkan dahi mereka di lantai di hadapan Sri Guru Granth Sahib Ji. Selepas sujud, perempuan Sikh akan duduk di atas lantai di sebelah kiri manakala lelaki Sikh pula duduk di sebelah kanan. Mereka duduk dengan sopan menghadap kitab suci dan menumpukan perhatian terhadap upacara keagamaan15 yang dijalankan oleh granthi. FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN ORANG SIKH KE TANAH MELAYIJ Masyarakat Sikh adalah kaum minoriti yang ketiga terbesar di India selepas masyarakat Islam dan Hindu dan sebahagian besar daripada mereka tertumpu di negeri Punjab.16 Bakinya tersebar di luar India seperti di England, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Timur, Emiriyah Arab Bersatu, Iran, Malaysia dan Hong Kong.17 Sehingga pertengahan tahun 1994, jumlah orang Sikh di seluruh dunia lebih kurang 20.2 juta orang atau 0.4 peratus daripada penduduk dunia.18 Di Malaysia, jumlah komuniti Sikh pada tahun 2000 dianggarkan seramai 60 ribu hingga 70 ribu orang yang membentuk 0.23 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.19

12 Antaranya ialah Jaidev dari Bengal, Srudah dari Awadh, Namdev, Trilochan dan Parma Nand dari

Maharashtra, Beni, Rama Nand, Pipa, Sain, Kabir, Ravidas dan Bhikhan dari Uttar Pradesh, Dhanna dari Rajasthan dan Farid dari Multan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk, Duggal, K.S. 1993. Sikh Gurus. Their Lives and Teachings. New Delhi: UBS Publishers Distributors Ltd, hlm. 228

13 Sarjit Singh, 2001. Gurdawara Pengekal Budaya Sikh. Dewan Budaya, Januari, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 46.

14 Khalsa bermaksud orang-orang yang terpilih (the pure ones), untuk keterangan Ianjut, sila lihat Sarjit Singh, ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia’. hlm. 32-34.

15 Terdapat empat upacara keagamaan yang penting dijalankan dl gurdwara, iaitu upacara kelahiran (janam sanskar), upacara pembaptisan (amrit sanskar), upacara perkahwman (anand karaj) dan upacara kematian (antam sanskar). Unluk keterangan Ianjut setiap upacara keagamaan ini lihat Sarjit Singh, ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia’ hlm 30-40.

16 K.J. Billa, 1980. Is lndia a Nation, dlm. South Asia and Middle Eastern Studies Jil. 4 (1), hlm 17 K.S. Guninder. 1993. Sikhism World Religions. New York: Facts on File, hlm 6. 18 Encyclopaedia of Britannica Book Yew. 1995 New York: Encyclopaedia Britannica Inc, hlm. 275. 19 Information Malaysia Book Year. 2000. Kuala Lumpur. Berita Publishing, hlm. 26.

Page 6: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

36

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH Agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak juga tersebar dan berkembang luas ke

rantau Asia Tenggara. Malaysia dan Singapura merupakan dua buah negara yang menjadi tumpuan petempatan awal orang Sikh semasa pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu. Terdapat beberapa faktor penting yang menyebabkan penghijrahan orang Sikh dari Punjab, India ke Tanah Melayu.

Pertama, faktor kemangkatan Maharaja Ranjit Singh (1799-1839) iaitu Maharaja Punjab, pada 22 Jun 1839 dan penaklukan Punjab oleh kerajaan British menyebabkan penghijrahan beramai-ramai orang Sikh keluar dari Punjab.20

Kesannya, ramai antara orang Sikh yang menjadi pegawai di dalam pentadbiran telah diberhentikan dan tempat mereka diambilalih oleh orang-orang Eropah. Justeru, pemerintah British juga telah menambahkan kekuatan tentera di Punjab dari 2,500 orang tentera kepada 32,000 tentera. Perang Sikh 1 dan 2 telah meletus pada tahun 1845 dan 1849 dengan kemenangan di pihak British dengan perjanjian damai Lahore pada Mac 1846 dan Mac 1849 menyebabkan separuh daripada kerajaan Punjab telah diserahkan kepada British.21 Ringkasnya, penguasaan British di Punjab telah menimbulkan banyak masalah sosio-ekonomi sehingga menyebabkan ramai orang Sikh berhijrah ke kawasan lain termasuk ke Tanah Melayu.

Faktor pemindahan para banduan Sikh dari India ke Negeri-negeri Selat juga merupakan satu permulaan proses diaspora Sikh yang terawal di Tanah Melayu. Dipercayai ada dua orang banduan politik Sikh yang tiba di Negeri-negeri Selat pada tahtm 1850. Mereka bernama Nihal Singh (dikenali umum sebagai Bhai Maharaj Singh) dan Kharak Singh yang dibuang negeri seumur hidup kerana terlibat dalam perang menentang penjajah British dalam tahun-tahun 1840-an.22 Kedatangan mereka ini pula diikuti dengan banduan Sikh yang lain. Ringkasnya, Negeri-negeri Selat telah menjadi dumping ground bagi banduan-banduan dari India seperti pernyataan berikut:

…some 15,000 Indian convicts may how reached the Straits Settlements from lndia between 1790 and 1860, at an average of about 200 arrivals per year23. Walau bagaimanapun, pergerakan ini telah berhenti selepas tahun 1860 apabila Kerajaan

India bersetuju untuk menghentikan pemindahan banduan dari India ke Negeri-negeri Selat sebagai reaksi kepada rasa bimbang dan khuatir orang Inggeris tempatan. Pada 8 Mei 1873, banduan dari India telah dipindahkan ke Andaman. Banduan Sikh yang telah tamat tempoh hukuman, tidak pulang semula ke India. Sebaliknya mereka menetap di Negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, banduan Sikh di Negeri-negeri Selat pada masa itu tidak mempunyai hubungan kekeluargaan secara langsung di antara penduduk Sikh di Malaysia dan Singapura pada mass kini.24

Kemudian pada tahun 1865 bermula lagi proses migrasi tetapi dalam bentuk yang lain iaitu penglibatan orang Sikh dalam bidang pekerjaan pasukan keselamatan dalam Empayar

20 Nayar, Baldev Raj, 1966. Minority Politics in Punjab. Englewood Cliffs, New Jersey: Princeton University

Press, hlm. 60. 21 Khushwant Singh, 1959. The Sikhs Today. New Delhi: Orient Longman Ltd. hlm 40-42. 22 Kernial Singh Sandhu. 1993. “Sikhs in Malaysia. A Society in Transition”, dlm. K.S. Sandhu dan A.

Mani (eds,). lndian Communities in Southeast Of Asia. Singapura: Time Academic Press, hlm. 559. 23 Kernial Singh Sandhu, 1969. Indians in Malaya: Some Aspects of Their immigration and Settlement

(1786-l957). Cambridge: Cambridge University Press, hlm. 134. 24 Kernial Singh Sandhu, “Sikhs in Malaysia: A Society in Transition”, hlm. 559-560

Page 7: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

37

KEDATANGAN ORANG SIKH DAN PENUBUHANAN GURDWARA DI TANAH MELAYU British. Pemerintah British yang menyediakan bukan sahaja peluang untuk berkhidmat sebagai tentera malah memberi peluang berhijrah ke seluruh Empayar British. Tanah Melayu merupakan salah satu daripada pusat kedatangan tentera Sikh, dan lainnya termasuklah di Fiji, New Zealand, Australia dan Kanada.25

Peranan Kapten James Speedy di Perak, Tanah Melayu yang membawa 95 orang Sikh, Pathan dan Punjabi-Muslim untuk menyelesaikan pertelingkahan kongsi gelap Cina pada 1870-an mengenai masalah perlombongan bijih timah di Larut juga menandakan satu pemulaan awal kemasukan orang Sikh di Tanah Melayu.26

Pada 29 September 1873, Kapten Speedy bersama pasukannya berjaya menyelesaikan masalah pertelingkahan orang Cina di Larut. Kemudian, Kapten Speedy dilantik menjadi Penolong Residen di Perak dan diarahkan untuk mengerah kembali seramai mungkin tentera Menteri (Ngah Ibrahim) untuk menjadi pengawal Residensi, iaitu nukleus cadangan Pasukan Polis Perak. Pengambilan seterusnya telah dilakukan oleh Kerajaan British pada tahun 1880- an untuk berkhidmat di Jelebu dan Sungai Ujung.27

Pada awal tahun 1877, pasukan polis bersenjata yang pertama ditubuhkan di Perak dikenali sebagai Perak Armed Police (PAP). Pesuruhjaya Polis bagi pasukan ini ialah Leftenan Paul Swinburne, seorang pegawai polis yang berkaliber. Beliau boleh berbahasa Hindustani dan Melayu. Inilah faktor yang menyebabkan Gabenor Negeri-negeri Selat, William Jervois memilih Leftenan Swinburne sebagai Pesuruhjaya Polis PAP yang berpusat di Taiping. Pada akhir tahun 1877, terdapat lebih kurang 300 orang Sikh yang menganggotai pasukan PAP.28 Pada 15 Mei 1884, Pasukan Polis Bersenjata Negeri Perak yang mempunyai ciri-ciri tentera, yang dianggotai oleh sebahagian besar orang Sikh yang menganggap diri mereka lebih sebagai askar dari anggota Polis, telah ditukarkan nama kepada First Battalion Perak Sikh (FBPS). Jawatan Pesuruhjaya ditukarkan kepada Komandan. Mereka kini dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan bersenjata dengan pemeriksaan tahunan oleh Pegawai Pemerintah Negeri-negeri Selat. Tentera Sikh Perak mengandungi tiga pasukan iaitu Pasukan Berjalan Kaki (infantry), Pasukan Meriam (artillery) dan Tentera Darat yang menjalankan tugas-tugas sebagai tentera dan polis. Nisbah orang Sikh dan Melayu dalam pasukan ini ialah 3:1. Antara tahun 1884 hingga 1896, Pasukan Sikh Perak berjaya dalam memerangi jenayah dan membantu dari segi keanggotaan kepada mana-mana tempat yang mempunyai masalah di Tanah Melayu termasuk mengambil bahagian dalam peperangan di Pahang pada tahun 1891 hingga 1894.29 Ringkasnya. orang Sikh telah memonopoli pekerjaan dalam bidang keselamatan di Tanah Melayu. Ini dapat dilihat seperti pernyataan berikut:

In Malaya during the period of the British Residential system the world police was almost synonymous with the Sikhs. Looking back, it seems the Sikhs had almost the sole monopoly on the Police service on the Straits Settlements and the Federation on Malaya.30

25 Kobin Cohen. 1997 Global Diasporas: An Introduction. London: UCL Press, hlm. 109. 26 Kernial Singh Sandhu, “Sikhs in Malaysia: A Society in Transition”, hlm. 560 27 lbid. 28 Sushila Kaur. 1990 ‘First Battalion Perak Sikhs’, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan

Malaysia, sesi 1990, hlm 36-37. 29 Hasan Yusof, 1994 “Pasukan Polis di Negeri-negeri Melayu (1870-1941)” dlm. Malaysia in History, Ji1

22. hlm. 37. 30 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, 197I. Some Sikh Culture, Customs and Traditions in

Malaysia. Pulau Pinang: Lopo Ghar, hlm 25.

Page 8: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

38

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Pada tahun 1896 Malay States Guides (MSG) pula telah ditubuhkan di bawah Kolonel R.S.F. Walker menggantikan pasukan FBPS. Majoriti daripada mereka adalah orang Sikh yang berasal dari Punjab.31 Ia merupakan batu asas dalam sejarah kedatangan komuniti Sikh ke Malaysia.32 Ia umumnya dianggotai oleh orang Sikh, Pathan dan Hindu dari Punjab, India. MSG adalah sebuah pasukan keselamatan yang penting di Tanah Melayu dan berjaya bertahan selama 23 tahun sehingga dibubarkan pada tahun I919. Pasukan bersenjata ini di-tubuhkan berikutan daripada Perjanjian Persekutuan (Federation Treaty) yang telah ditandatangani pada Julai 1895 oleh para Sultan dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Semasa menandatangani pejanjian ini, keempat-empat Sultan tersebut telah bersetuju menerima syarat bahawa apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1896, satu pasukan bersenjata India akan dibawa berkhidmat di Tanah Melayu. Tujuannya untuk menangani sebarang masalah jika berlaku kekacauan di antara Kerajaan British dengan sebarang kuasa lain.33

Orang Sikh yang telah menganggotai MSG telah banyak menyumbang dalam aspek sosial, pendidikan, keagamaan dan juga politik bagi masyarakat Sikh di Tanah Melayu. Setelah MSG dibubarkan dalam tahun 1919 (selepas berjuang dalam Perang Dunia Pertama di Aden), ramai anggotanya terus menetap di sini dan menceburkan diri dalam bidang yang lain. Terdapat beberapa buah keluarga Sikh di Malaysia yang berasal dari keturunan anggota pasukan MSG seperti pernyataan berikut:

Many soon returned to Malaya to seek their fortunes in other fields. Some settled down permanently. A considerable number of the old Sikh families established in Malaya today descend from these Sikh.34 Seterusnya migrasi orang Sikh pada awalnya juga dipengaruhi oleh faktor peribadi di

mana pegawai-pegawai British yang berkhidmat di Punjab dan Jajahan Bersatu yang lain berhasrat untuk mendapatkan khidmat orang Sikh di Tanah Melayu. Apabila migrasi bermula, maka orang Sikh yang lain juga tertarik dan berminat dengan tempat dan pelbagai sektor pekerjaan di Tanah Melayu dan menceburkan diri dalam bidang keselamatan seperti polis, perkhidmatan keselamatan di pelbagai jabatan kerajaan dan pegawai teknikal di stesen keretapi.35

Terdapat beberapa sebab mengapa orang Sikh digemari oleh kolonial British untuk diserapkan ke dalam pasukan keselamatan di keseluruhan empayar British termasuk di Tanah Melayu. Pihak British mendapati orang Jawa, Filipina, Boyan dan Bugis tidak sesuai untuk dijadikan tentera dan polis. Ini kerana British mendapati mereka kurang sesuai dan tidak berminat serta tidak suka dengan disiplin yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh British. Pekerjaan polis dan tentera juga memerlukan waktu yang berbeza dengan corak kehidupan seharian yang dijalankan oleh kaum-kaum tadi. British telah menganggap orang

31 INTAN, 1980. Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: lnstitut

Tadbiran Awam Negara, hlm 5. 32 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaysia,

hlm. 15. 33 Ibid., hlm. 51. 34 Ibid., hlm 16 35 S. Arasaratnam, 1979. lndians in Malaya and Singapore. Revised Edition. Kuala Lumpur: Oxford

University Press, hlm. 35

Page 9: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

39

KEDATANGAN ORANG SIKH DAN PENUBUHAN GURDWARA DI TANAH MELAYU

Melayu ‘malas’ dan tidak berkesan dalam menghadapi ancaman kongsi-kongsi gelap Cina. Dalam keadaan inilah, British mengalih pandangan ke wilayah-wilayah Utara India, khususnya Punjab untuk mendapatkan anggota polis dan tentera bagi menjaga kepentingannya di Tanah Melayu.36 Mereka juga dipilih untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mempunyai susuk badan yang tegap dan berani.37

Keberanian orang Sikh terbukti kerana mereka bukan sahaja telah berkhidmat di negeri lndia malah juga telah berkhidmat dalam pasukan tentera British di China, Burma dan kawasan-kawasan jajahan British. Kejayaan mereka di China dapat dilihat iaitu selepas perjanjian Tienstin ditandatangani, beberapa pasukan Sikh telah diberi “penghormatan peperangan”. Antara pasukan yang mendapat penghargaan ini ialah The First Sikh Cavalry dan dua rejimen infantri dari Punjab.38

Penglibatan orang Sikh dalam bidang keselamatan di Tanah Melayu juga telah mendapat pengiktirafan secara tidak langsung daripada kerajaan Malaysia. Buktinya, pada 11 Novem-ber setiap tahun satu perbarisan hormat akan diadakan sempena mengingati jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) Perang Dunia Kedua (l935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Terdapat lebih kurang 232 nama orang yang tersemadi di Tugu Negara dan 33 orang dari jumlah tersebut terdiri daripada orang Sikh.

Justeru, tekanan politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di negara-negara Asia juga telah menyebabkan migrasi secara besar-besaran kaum India dan Cina dari negara asal mereka ke Tanah Melayu. Orang Sikh juga tidak terlepas daripada masalah ini yang memaksa mereka berhijrah ke Tanah Melayu, contohnya, penduduk yang padat dari semasa ke semasa telah menyebabkan negara menghadapi masalah ekonomi yang genting kerana tanah yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat dan sering berlaku pergaduhan antara keluarga kerana soal pembahagian tanah pusaka. Hasil pendapatan yang diperolehi daripada tanah tersebut tidak mencukupi ditambah pula dengan malapetaka seperti banjir dan kemarau mengakibatkan kehidupan rakyat semakin terhimpit.39 Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan orang Sikh yang sanggup meninggalkan tanah air dan berhijrah ke Tanah Melayu dengan harapan mengumpul seberapa banyak wang untuk dibawa pulang ke Punjab, India.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, peluang-peluang pekerjaan dan dasar imigrasi yang liberal mendorong penghijrahan orang Sikh ke Tanah Melayu. Faktor ini juga telah menyumbang kepada pertambahan semulajadi di kalangan orang Sikh yang sedia ada menetap di negara ini.40 PUSAT PETEMPATAN AWAL KOMUNlTl SIKH DAN PENUBUHAN GURDWARA DI TANAH MELAYU Kebanyakan orang Sikh yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari lima buah wilayah utama di Punjab iaitu dari wilayah Mahja, Malwa, Main Doabia, Doabia dan Potholar Sikh. 36 Untuk keterangan Ianjut sila rujuk, Ranjit Singh a/l Malkiat Singh. ‘Jagat Singh 1886-1956: Satu Kajian

Biografi Tentang Peranan dan Sumbangan Seorang Tokoh Sikh Tempatan’. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Sesi 1997/98, hlm. 4-6.

37 Sarjit Singh, ‘Identiti Sikh’, Kertas Projek ljazah Sarjana Sastera, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Sesi 1999, hlm. 53.

38 SushiIa Kaur. ‘First Battalion Perak Sikhs,‘ hlm. 70. 39 Ibid., hlm. 48 40 Kernial Singh Sandhu, “Sikhs in Malaysia. A Society in Transition”. hlm. 560-561.

Page 10: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

40

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Setiap wilayah mempunyai beberapa buah daerah, misalnya wilayah Mahja merangkumi daerah Amritsar, Gurdaspur dan Lahore; wilayah Malwa pula merangkumi daerah-daerah seperti Ludhiana, Ferozpur, Bhatinda, Patiala, Sangrur, Faridkot, Nalho dan Malerkotla; sementara wilayah Main Doabia hanya mempunyai sebuah daerah iaitu Ambola; wilayah Doabia pula mempunyai tiga daerah, iaitu Jullundur, Hoshiapur dan Kapurthala; dan wilayah Potholar Sikh merangkumi daerah Rawalpindi, Gujranwala dan Sheikhpura.41

Sungguhpun jumlah pergerakan imigran Sikh tidak diketahui secara rasmi pada masa itu, tetapi dianggarkan bahawa sebanyak 35 peratus daripadanya berasal dari wilayah Mahja dan Malwa, sementara 20 peratus pula dari wilayah Doaba.42 Secara tidak langsung telah wujud kesedaran semangat kedaerahan (regional consciousness) yang kuat di kalangan komuniti Sikh di Tanah Melayu ketika itu di mana sering berlaku pertelingkahan dan konflik antara mereka. Ini kerana komuniti Sikh dari kawasan Doaba menganggap diri mereka lebih tinggi darjahnya daripada orang Sikh dari kawasan Malwa, sementara golongan Malwa pula menganggap diri mereka lebih superior daripada golongan Doaba dan Mahja.43

Orang Sikh dari Punjab yang membuat keputusan untuk berhijrah ke Tanah Melayu telah menaiki kereta lembu menuju ke stesen keretapi yang berhampiran. Dari situ, mereka menaiki keretapi menuju ke Calcutta. Setibanya di Calcutta, mereka menuju ke gurdwara yang berhampiran, sementara menunggu ketibaan kapal yang akan membawa mereka ke Tanah Melayu. Dua buah gurdwara yang menjadi tumpuan tempat persinggahan sementara imigran-imigran Sikh ialah Gurdwara Vadi Sangat dan Gurdwara Khaligat di Calcutta.44

Orang Sikh yang dibawa masuk dari Punjab sejak akhir tahun 1873 juga telah membawa masuk bersama-sama agama mereka. Mereka tidak boleh dipisahkan daripada agama mereka dan juga berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang terdapat di dalamnya. Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh ke Perak, agama Sikh menjadi elemen penting yang menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan PAP. Ini juga merupakan faktor utama mengapa boleh terjalinnya hubungan yang erat di kalangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan ini.45

Agama Sikh mengajar penganutnya mengamalkan sifat-sifat yang baik dan terpuji seperti bersikap jujur, bermurah hati, bersabar dan bersikap rendah hati. Orang Sikh dalam pasukan PAP telah mempraktiskan ciri-ciri ini di dalam kehidupan mereka. Seseorang penganut agama Sikh boleh menjadi insan yang baik jika dia menyemaikan semangat dan sifat-sifat yang baik ini di dalam kegiatan seharian mereka. Agama Sikh juga menolak segala bentuk ritual kerana prinsip utama dalam agama Sikh ialah seseorang itu harus berkelakuan baik untuk mendapatkan balasan yang baik di kemudian hari. Atas sebab ini, orang Sikh dalam pasukan PAP tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk ritual seperti menyembah gambar-gambar tuhan atau dewa-dewi sebelum mereka memulakan tugas mereka.46

41 Ranjit Singh Malhi, 1984. “Some Historical Notes on the Sikh Community in Malaya” dlm Malaysia in

History, Jil. 27, hlm. 33. 42 Kernial Singh Sandhu, Indians in Malaya: Some Aspects of Their lmmigration and Settlement (1786-

1957), hlm.124. 43 Sarjit Singh, ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia,’ hlm, 56. 44 Daljeet Kaur, ‘Ritus Perpeloncoan Dalam Komuniti Sikh: Satu Kajian Etnografi’, Latihan Ilmiah, Jabatan

Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Sesi 1986, hlm. 25. 45 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 43-44. 46 Ibid., hlm. 44.

Page 11: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

41

KEDATANGAN ORANG SIKH DAN PENUBUHAN GURDWARA DI TANAH MELAYU

Pegawai British juga menghormati ajaran agama yang dianuti oleh anggota Sikh dalam pasukan keselamatan di Tanah Melayu. Misalnya, Leftenan Swinburne dan beberapa orang pegawai British lain yang pernah bekerja dalam pasukan tentera di India juga mengetahui prinsip-prinsip dalam agama Sikh dan tidak melarang orang Sikh dari mengamalkan ajaran agama mereka. Malah ada yang memandang tinggi dan mulia prinsip-prinsip yang terdapat dalam agama Sikh yang jauh berbeza dari agama lain.47

Pusat-pusat petempatan komuniti Sikh yang terawal di Tanah Melayu adalah di berek-berek polis dan kawasan lombong bijih timah.48 Mereka telah mendirikan gurdwara tempat bersembahyang komuniti Sikh di kawasan petempatan mereka untuk memenuhi keperluan kerohanian dan penyatuan masyarakat Sikh. Gurdwara awal di Malaysia telah dibina mengikut keperluan sesuatu kelompok pekerjaan. Terdapat tiga jenis gurdwara yang awal dibina oleh penganut Sikh di Malaysia berdasarkan garis stratifikasi pekerjaan di Tanah Melayu.49

Gurdwara yang pertama di Tanah Melayu telah didirikan oleh anggota polis Sikh berhampiran dengan berek-berek polis. Misalnya di negeri Selangor, gurdwara pertama didirikan pada tahun 1890 oleh anggota polis Sikh, sementara pada tahun 1898 didirikan sebuah lagi gurdwara di Kelang dan sebuah lagi di Ibu pejabat Polis High Street pada tahun 1904.50 Ada juga beberapa buah gurdwara polis yang lain dibina di Tanah Melayu seperti Gurdwara Polis Pulau Pinang, Gurdwara Polis Ipoh dan Gurdwara Polis Depot.51 Pemerintah British juga tidak menghalang komuniti Sikh untuk mendirikan gurdwara kerana gurdwara dilihat sebagai pusat penyatuan masyarakat Sikh.

Sementara itu, gurdwara jenis kedua pula adalah bersifat sementara dan sentiasa berubah kedudukannya mengikut pergerakan orang Sikh yang bekerja sebagai buruh binaan landasan keretapi.52 Misalnya, ketika landasan keretapi dari Gemas ke Tumpat dibina pada akhir tahun 1920-an, terdapat lebih kurang 20 buah gurdwara di sepanjang landasan tersebut untuk memenuhi keperluan buruh-buruh Sikh yang terlibat dalam pembinaan landasan dan jambatan. Apabila pekerja-pekerja berpindah ke tempat yang baru, gurdwara mereka juga akan dipindahkan ke situ. Akhirnya, sebaik sahaja landasan tersebut siap dibina, orang Sikh pula mula berselerak maka “gurdwara bergerak” tersebut ditutup dan harta serta tabungnya didermakan kepada gurdwara yang berhampiran.53 Gurdwara Sahib Sentul yang dibina pada tahun 1912 oleh orang Sikh yang bekerja di landasan keretapi di Sentul, Kuala Lumpur merupakan salah satu contoh yang terbaik.

Gurdwara jenis ketiga pula didirikan di kawasan-kawasan di mana terdapatnya penduduk Sikh yang padat, misalnya di kawasan luar bandar atau kawasan penternakan lembu seperti di kawasan Kajang, Rawang, Rasa dan Serendah. Kesemua gurdwara ini dibina melalui derma

47 Ibid., hlm. 46. 48 Amarjit Kaur, 1983. “Ethnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya,”

dlm. Malaysia in History, Jil. 26, hlm. 32-33. 49 Sarjit Singh, ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia,’ hlm. 70. 50 Amarjit Kaur, “Ethnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya,” hlm.

37-38. 51 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaysia,

hlm.135. 52 Amarjit Kaur, “Ethnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya,” hlm.

38. 53 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaysia,

hlm.134-135.

Page 12: Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu€¦ · KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH KEPERCAYAAN DAN SEJARAH AGAMA SIKH Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh

42

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

yang dikutip daripada penduduk Sikh di kawasan berkenaan.54 Selepas negara mencapai kemerdekaan, banyak daripada gurdwara lama yang bersifat sementara telah diberi taraf yang tetap dengan pembinaan sturuktur yang baru. Gurdwara baru ini didapati di bandar-bandar seperti Serendah, Alor Star, Ipoh, Batu Gajah, Butterworth, Tapah, Tanjung Rambu-tan, Tumpat, Petaling Jaya, Seremban, Jalan Pudu dan Kampung Pandan di Kuala Lumpur.55

Ringkasnya, institusi gurdwara memainkan pelbagai peranan sosial yang penting dalam masyarakat Sikh. Gurdwara bukan sahaja menjadi pusat keagamaan malah menjadi pusat pengajaran sekolah gurmukhi, pusat penyatuan sosial dan juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan umum yang menyentuh perkara yang memberi kesan kepada kehidupan orang Sikh. Setiap gurdwara ditadbir oleh Jawatankuasa Gurdwara yang dipilih oleh sanggat (congregatio n). Granthi atau ketua agama juga dipilih oleh Jawatankuasa Gurdwara.55 KESIMPULAN Kedatangan orang Sikh ke Tanah Melayu memang penting dikaji oleh para sarjana dalam pelbagai bidang sama ada sejarah, antropologi mahupun sosiologi. Penghijrahan awal komuniti Sikh sebenamya telah banyak mengubah nasib dan kehidupan mereka dalam pelbagai aspek seperti sosio-budaya, ekonomi dan juga politik. Walaupun tujuan sebenar kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah bersifat sementara iaitu mengumpulkan seberapa banyak wang untuk dibawa pulang ke Punjab, India tetapi lama-kelamaan perspektif mereka turut berubah. Mereka sebenarnya mahu mendapatkan satu kehidupan yang lebih baik dan selesa berbanding dengan negara asal mereka yang mempunyai pelbagai masalah sosioekonomi, konflik keluarga, dan bencana alam. Ringkasnya, mereka semua berharap untuk mendapat satu kehidupan yang lebih baik daripada negara asal mereka yang mempunyai taraf hidup yang lebih rendah.

Sejak awal kedatangan komuniti minoriti Sikh di Tanah Melayu, mereka telah mendirikan gurdwara untuk memenuhi keperluan kerohanian dan agama Sikh. Gurdwara dianggap penting dalam membentuk peribadi penganut Sikh agar hidup dengan norma-norma yang berpandukan kepada ajaran agama Sikh. Sejak awal kedatangan ke Tanah Melayu, komuniti Sikh kurang bergaul dengan etnik India yang lain terutamanya Tamil kerana mereka mempunyai perbezaan fahaman dan worldview mengenai doktrin keagamaan. Ini menyebabkan komuniti Sikh lebih suka menyesuaikan diri mereka dengan kelompok sendiri dan mendirikan gurdwara di tempat tinggal mereka agar dapat memenuhi keperluan kerohanian dan sosial ketika itu. Ringkasnya, gurdwara bukan sahaja menjadi sebuah pusat sosial yang dapat mengekalkan kebudayaan dan menyatupadukan penganut Sikh, malah yang lebih penting sekali ialah dapat mengekalkan identiti Sikh yang sebenamya. Tanpa gurdwara, penganut Sikh mungkin akan menghadapi pelbagai masalah. Oleh sebab itu gurdwara amat penting dibina kerana kehidupan seorang Sikh secara keseluruhannya disusun di sekitar gurdwara.

54 Amarjit Kaur, “Ethnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya,”

hlm. 38. 55 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malay-

sia, hlm. 135-136. 55 Kernial Singh Sandhu, 1993. “The Coming of the Indian to Malaysia”, dlm. K.S. Sandhu dan A. Mani

(eds,) Indian Communities in Southeast Asia. Singapura: Time Academic Press, hlm 181.