kecergasan 4

106
PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SEK. MEN. TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN DENGAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 23TAHUN NEGERI SEMBILAN EEZEAMREE BIN HUSSIN PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SUKAN FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK APRIL 2005

Upload: bun-sisengrat

Post on 26-Jul-2015

1.703 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: kecergasan 4

PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SEK. MEN. TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN DENGAN PASUKAN

BOLA SEPAK BAWAH 23TAHUN NEGERI SEMBILAN

EEZEAMREE BIN HUSSIN

PROGRAM PENDIDIKAN SAINS SUKAN FAKULTI SAINS SUKAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK

APRIL 2005

Page 2: kecergasan 4

PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN

DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SEK. MEN. TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN DENGAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH

23 TAHUN NEGERI SEMBILAN

OLEH

EEZEAMREE BIN HUSSIN

Satu penulisan ilmiah yang dikemukakan kepada Program Pendidikan Sains Sukan

Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjong Malim, Perak

Sebagai memenuhi ketetapan kursus KSS 4103 Program Pendidikan Sains Sukan

APRIL 2005

Page 3: kecergasan 4

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa segala penulisan ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali

petikan dan ringkasan yang mana setiap satunya telah saya diperjelaskan sumbernya.

………………………………….

( EEZEAMREE HUSSIN ) 20012-09100

Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan

Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim, Perak

APRIL 2005

Ii

Page 4: kecergasan 4

PENGESAHAN

Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Eezeamree Hussin telah berjaya menyiapkan

kertas projek ilmiah yang bertajuk “Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kemahiran Di antara Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Sek. Men.

Tunku Ampuan Durah, Seremban Dengan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan”

dan memperaku telah diterima sebagai memenuhi sebahagian keperluan kursus KSS

4103 untuk memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains

Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

…………………………………..

( Prof. Madya Dr. Jabar Bin Hj. Johari )

Pensyarah Penasihat KSS 4103 Fakulti Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim

Perak

APRIL 2005

iii

Page 5: kecergasan 4

PENGESAHAN

Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Eezeamree Hussin telah berjaya menyiapkan

kertas projek ilmiah yang bertajuk “Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kemahiran Di antara Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Sek. Men.

Tunku Ampuan Durah, Seremban Dengan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan”

dan memperaku telah diterima sebagai memenuhi sebahagian keperluan kursus KSS

4103 untuk memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains

Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

…………………………………..

( Dr. Ong Kuan Boon )

Penyelaras Kursus KSS 4103 Fakulti Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim

Perak

APRIL 2005

Iv

Page 6: kecergasan 4

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-

Nya dapat saya menyiapkan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat kursus

Penyelidikan dalam Sains Sukan (KSS 4103). Sekalung penghargaan dan terima kasih

khas buat pensyarah penyelia, Prof. Madya Dr. Jabar Bin Haji Johari yang telah banyak

membimbing serta memberi nasihat dalam menghasilkan penulisan ilmiah ini. Segala

masa dan tenaga yang diluang dan disumbangkan amat saya hargai.

Tidak dilupa kepada pihak-pihak lain yang terbabit dalam penghasilan penulisan

ilmiah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih diucapkan

buat barisan pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Sukan atas bantuan dan

kerjasama yang diberikan. Juga penghargaan dan terima kasih kepada pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi kebenaran kepada saya untuk

membuat penyelidikan ini. Di samping itu tidak lupa kepada pemain serta jurulatih

pasukan bola sepak Sek. Men. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 tahun

Negeri Sembilan kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa proses

pengumpulan data di jalankan. Ucapan terima kasih juga buat rakan seperjuangan,

serta ahli keluarga yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan untuk

menyiapkan penulisan ilmiah ini

V

Page 7: kecergasan 4

ABSTRAK

PERBANDINGAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SEK. MEN. TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN DENGAN PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH

23 TAHUN NEGERI SEMBILAN

OLEH :

EEZEAMREE BIN HUSSIN

APRIL 2005

PENYELIA :

PROF. MADYA DR. JABAR BIN HJ. JOHARI

Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan tahap kecergasan fizikal

berlandaskan kemahiran di anatar pasukan bola sepak bawah 18 tahun Sek. Men.

Tunku Ampuan Durah dengan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan. Subjek yang

terpilih terdiri daripada 40 orang subjek iaitu 20 orang pemain bagi setiap pasukan.

Terdapat enam jenis ujian yang di jalankan iaitu Ujian Dirian Bangau (Keseimbangan),

Ujian Ketangkasan SEMO (Ketangkasan), Ujian Zig Zag Bola Sepak (Koordinasi), Ujian

50 ela lari pecut (Kepantasan), Ujian Lompat Menegak (Kuasa) dan Ujian Tindak Balas

Pilihan Nelson (Masa Reaksi)

xii

Page 8: kecergasan 4

Hasil keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

bagi keenam-enam ujian tersebut. Pengujian hipotesis juga menunjukkan bahawa

hipotesis nol adalah di terima bagi semua ujian tersebut. Bagi hipotesis nol

ketujuh juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran di antara pasukan bawah 23 tahun Negeri

Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Terdapat beberapa

faktor yang mempengaruhi keputusan ujian tersebut di antaranya ialah kekerapan

latihan, corak latihan, umur serta keaadaan fizikal subjek.

xiii

Page 9: kecergasan 4

v

DEDIKASI

Untuk ayahanda dan bonda yang disayangi

Yang sentiasa mencurahkan kasih sayang setiap saat,

Pengorbananmu akan ku balas dengan segulung ijazah

Buat kekanda yang sentiasa di hatiku,

Yang sentiasa menemaniku di kala sepi,

Untuk menghiburkan hati yang lara.

Buat sahabat handai yang sentiasa disisku,

Ku harap ikatan persahabatan yang dibina sentiasa teguh,

Kerana suka dan duka di lalui bersama,

Moga kita sama-sama tempuh segala dugaan bersama,

Kerana perjuangan kita belum selesai…..

Page 10: kecergasan 4

vii

KANDUNGAN Muka Surat DEDIKASI i

PENGHARGAAN ii

KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL iv

SENARAI RAJAH v

SENARAI LAMPIRAN vi

ABSTRAK vii

BAB I

PENGENALAN 1

Penyataan Masalah 3

Kepentingan Kajian 5

Objektif Kajian 6

Hipotesis Kajian 7

Batasan Kajian 9

Definisi Operasional 10

BAB II

SOROTAN LITERATURE 13

Page 11: kecergasan 4

viii

BAB III

METADOLOGI KAJIAN 29

Rekabentuk Kajian 29

Kerangka Konseptual 30

Sampel Kajian 31

Pembolehubah Kajian 32

Instrumen Kajian 33

Prosedur Pengumpulan Data 40

Penganalisian Data 42

BAB IV

PENGUMPULAN DATA 43

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 65

Perbincangan 65

Kesimpulan 68

Cadangan 69

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 12: kecergasan 4

ix

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

4.1 Jumlah Responden 43

4.2 Jumlah Subjek Mengikut Umur 44

4.3 Taburan Berat Pemain Bawah 23 dan 18 tahun 45

4.4 Taburan Ketinggian Pemain Bawah 23 dan 18 tahun 46

4.5 Jumlah Skor Min Berat Dan Tinggi Pemain

Bawah 23 dan 18 tahun 47

4.6 Perbandingan Nilai Min Ujian Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kemahiran Pasukan Bawah 23 dan

18 Tahun 48

4.7 Perbandingan Nilai Min Ujian Dirian Bangau 51

4.8 Perbandingan Nilai Min Ujian Lompat Menegak 53

4.9 Perbandingan Nilai Min Ujian Zig Zag Bola Sepak 55

4.10 Perbandingan Nilai Min Ujian Pergerakan Tindak

Balas Pilihan Nelson 57

4.11 Perbandingan Nilai Min Ujian Lari Pecut 50 ela 59

4.12 Perbandingan Nilai Min Ujian Ketangkasan SEMO 61

4.13 Perbandingan Jumlah Min Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kemahiran 63

Page 13: kecergasan 4

x

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

3.1 Rangka Konseptual Kecergasan Fizikal 30

Berlandaskan Kemahiran

4.1 Perbandingan Nilai Min Bagi Enam Ujian Kecergasan

Fizikal Berlandaskan Kemahiran Pasukan Bawah 23

Dan 18 Tahun 49

4.2 Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Dirian Bangau 52

4.3 Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Lompat Menegak 54

4.4 Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Zig Zag Bola Sepak 56

4.5 Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Pergerakan Tindak

Balas Pilihan Nelson 58

4.6 Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Lari Pecut 50 Ela 60

4.7 Kedudukan Nilai-t Bagi Ujian Ketangkasan SEMO 62

4.8 Kedudukan Nilai-t Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kemahiran 64

Page 14: kecergasan 4

xi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran 76

Malaysia (KPM)

B Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran 79

Negeri Sembilan (JPNS)

C Surat Kebenaran Persatuan Bola Sepak 82

Negeri Sembilan (PBNS)

D Borang Skor Ujian 84

E Norma Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan 86 Kemahiran F Keputusan Analisis Ujian-t 90 G Surat Perakuan Pelajar 97

Page 15: kecergasan 4

BAB I

PENGENALAN

Kecergasan fizikal samada berlandaskan kesihatan mahupun kemahiran

merupakan aspek yang selalu dikaitkan dengan sesuatu sukan yang diceburi. Di dalam

permainan bola sepak, penguasaan tahap kecergasan fizikal yang baik adalah sangat

diperlukan kerana setiap pemain akan melakukan banyak pergerakan seperti berlari,

melompat, menukar arah selain dari aspek kemahiran individu pemain. Menurut Beck,

Biddle, Looy dan Thomas (1995), untuk membentuk satu pasukan bola sepak yang kuat,

semua pemain hendaklah meningkatkan dan mengekalkan kemahiran permainan bola

sepak mereka termasuklah kecergasan fizikal, pengetahuan tentang pemakanan,

pencegahan kecederaan dan latihan mental. Winnick dan Short (1985), menyatakan

bahawa pengukuran bagi tiga bahagian fungsi fisiologi yang berhubung terus dengan

kesihatan adalah terdiri daripada bahagian fungsi kardiorespiratori, komposisi badan dan

fungsi otot rangka dibahagian abdomen serta otot di bahagian hamstring.

Sementara Fall (1980), menyatakan bahawa kecergasan fizikal boleh

dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan dan

kecergasan fizikal berlandaskan sukan. Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek

yang berkaitan dengan fisiologi dan psikologi yang mana ia memberi perlindungan

kepada individu dari ancaman penyakit hipokinetik. Kecergasan fizikal berlandaskan

sukan pula meliputi aspek yang berkaitan dengan fungsi serta keupayaan individu untuk

Page 16: kecergasan 4

2

bertanding dalam aktiviti sukan yang memerlukan tenaga, kuasa, kekuatan dan

kecergasan fizikal lebih daripada tahap kompetitif biasa. Kenyataan tersebut disokong

oleh The American of Health Physical Education Recreation and Dance (AAHPERD)

yang telah mengklasifikasikan komponen kecergasan kepada dua iaitu berlandaskan

kesihatan dan kemahiran. Komponen kesihatan termasuklah daya tahan kardiovaskular,

daya tahan otot, kekuatan otot,kelembutan dan komposisi tubuh badan. Manakala

komponen kemahiran pula merangkumi kuasa, keseimbangan, ketangkasan, masa

reaksi, koordinasi dan kepantasan.

Di samping itu, Getchell (1992) mentakrifkan kecergasan fizikal sebagai

kemampuan sistem jantung, salur darah, paru-paru dan otot untuk berfungsi dengan

efisyen pada tahap yang optimum. Selain itu beliau menyatakan bahawa kecergasan

fizikal juga merupakan kemampuan daya tahan yang penghabisan, tekanan yang tinggi

dan untuk melakukan kesungguhan dibawah keadaan yang sukar apabila individu yang

tidak cergas akan cepat mengalah. Menurut Clarke (1971), kecergasan fizikal boleh

didefinisikan sebagai kemampuan atau keupayaan melaksanakan tugas harian tanpa

merasa penat, sentiasa berwaspada dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk

menikmati aktiviti riadah serta mampu menghadapi sebarang bentuk kecemasan yang

mungkin akan timbul.

Berdasarkan kepada definisi yang telah dinyatakan, kenyataan yang dibuat oleh

Fall (1980) bahawa kecergasan fizikal berlandaskan sukan adalah berkaitan keupayaan

individu untuk bertanding dalam sesuatu sukan. Kenyataan ini menunjukkan perkaitan

yang jelas dengan tajuk kajian bahawa setiap pemain bawah 18 dan 23 tahun

memerlukan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik untuk bertanding di

Page 17: kecergasan 4

3

peringkat yang kompetitif. Maka, adalah penting bagi setiap pemain memiliki tahap

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik. Ini kerana, dalam permainan bola

sepak, keenam-enam komponen ini amat diperlukan oleh setiap pemain bagi

menghasilkan persembahan yang baik.

PENYATAAN MASALAH

Tahap kecergasan fizikal berkait rapat dengan prestasi dan persembahan

pemain dalam sukan bola sepak. Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini

boleh di jadikan kriteria untuk pemilihan pemain dalam pasukan bola sepak. Ini kerana,

pemilihan pemain bukan sahaja bergantung kepada tahap kecergasan fizikal

berlandaskan kesihatan sahaja tetapi juga bergantung kepada tahap kecergasan

berlandaskan kemahiran.

Seperti yang diketahui bahawa pemain bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku

Ampuan Durah merupakan salah sebuah sekolah projek bola sepak di Malaysia. Oleh

itu, program latihan mereka juga adalah sistematik kerana terlibat dalam pertandingan

peringkat kebangsaan. Walaupun demikian, mereka hanya menjalani latihan pada waktu

petang sahaja dan hanya menjadikan sukan bola sepak ini sebagai aktiviti sampingan

atau kedua penting selain akdemik. Memandangkan mereka ini hanya menjalani latihan

pada waktu yang terhad sahaja, maka penyelidik ingin mengetahui tentang tahap

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran setiap pemain bola sepak sekolah tersebut

samada mereka mampu mencapai tahap kecergasan yang baik walaupun mempunyai

tempoh latihan yang terhad. Berbanding dengan pemain bawah 23 tahun Negeri

Sembilan, kesemua pemain tersebut adalah berstatus profesional iaitu mereka bermain

Page 18: kecergasan 4

4

bola sepak sepenuh masa dan menjadikannya sebagai suatu pekerjaan. Waktu latihan

mereka pula adalah sistematik dan menjalani latihan pagi dan petang. Secara umunya,

pemain bola sepak bawah 23 tahun ini mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik

dan tidak terdapat perbezaan yang ketara pada setiap pemain. Oleh itu, penyelidik ingin

mengetahui sejauh mana tahap kecergasan fizikal berlandas kemahiran setiap pemain

profesional ini yang mempunyai latihan yang sistematik dan berterusan.

Berdasarkan kenyataan diatas menunjukkan bahawa pemain bawah 23 tahun

mempunyai tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik berbanding

pemain bawah 18 tahun. Ini berdasarkan kepada corak ataupun kekerapan latihan yang

dijalankan oleh kedua-dua pasukan tersebut. Namun, untuk mengetahui sejauh mana

perbezaan diantara kedua-dua pasukan maka penyelidik telah melakukan kajian

tersebut. Di samping itu juga, keadaan fizkal setiap pemain kedua-dua pasukan sentiasa

berbeza terutama tinggi dan juga berat badan selaras dengan peningkatan umur.

Menurut kajian yang di lakukan oleh Espenschade (1963) yang mendapati bahawa

faktor ketinggian dan berat badan akan mempengaruhi prestasi ujian kecergasan motor.

Berdasarkan kenyataan tersebut, maka penyelidik melakukan kajian bagi mengetahui

tentang kebenaran kenyataan yang di buat oleh Espenschade.

Clarke (1971)) telah menyatakan bahawa pengaruh umur memberi kesan ke atas

prestasi kecergasan motor. Kanak-kanak dan remaja akan berubah menjadi semakin

tinggi dan kuat selaras dengan peningkatan umur. Namun hasil pemerhatian rambang

oleh penyelidik mendapati tiada perbezaan yang ketara terhadap prestasi kecergasan

motor pemain bagi kedua-dua peringkat umur ini (bawah 18 dan 23 tahun). Oleh sebab

itu, penyelidik ingin melihat sejauh mana kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Clarke.

Page 19: kecergasan 4

5

KEPENTINGAN KAJIAN

Setelah melihat mutu persembahan yang kurang memberangsangkan bagi sukan

prestasi tinggi khususnya sukan bola sepak pada hari ini, maka setiap individu

khususnya pemain dan jurulatih haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap

kepentingan kecergasan fizikal. Ini di akui oleh jurulatih pasukan bawah 20 tahun

pasukan Korea Selatan bahawa pemain bawah 20 tahun negara kita kekurangan dari

aspek kecergasan dan juga saiz fizikal.

Hasil daripada kajian ini, maka jurulatih kedua-dua pasukan akan dapat

mengetahui tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran setiap pemain dalam

pasukan mereka. Oleh itu, hasil kajian ini penting kerana mereka akan dapat

membentuk program latihan yang sistematik dan efektif bagi meningkatkan lagi tahap

kecergasan fizikal setiap pemain. Selain itu, kajian ini juga penting bagi setiap pemain

kerana berdasarkan kajian tersebut, mereka akan mengetahui tentang kelebihan dan

kekurangan mereka dalam aspek kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini.

Selain daripada itu, dapatan ujian yang di jalankan ini akan memberi

pengalaman, pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar tentang jenis ujian yang di

jalankan untuk menilai tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran mereka. Oleh

itu, mereka tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada guru atau jurulatih untuk

meningkatkan tahap kecergasam fizikal samada berlandaskan kesihatan dan kemahiran.

Page 20: kecergasan 4

6

Melalui kajian ini juga, para guru dan jurulatih mendapat pengetahuan tentang

perlaksanaan ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran. Dengan ini, mereka

dapat melakukan sendiri ujian ini pada masa yang akan datang. Bagi pasukan bawah 18

tahun, hasil dapatan kajian ini dapat membantu guru dan jurulatih merangka program

latihan yang lebih baik seperti mencari alternatif untuk meningkatkan intensiti dan

kekerapan latihan untuk meningkatkan lagi keupayaan prestasi kecergasan motor pada

tahap yang maksima memandangkan mereka mempunyai latihan yang terhad.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain

pasukan bawah 18 tahun Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (STAD).

2. Mengenal pasti tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain

pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan.

3. Melihat perbezaan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain Bawah 18

Tahun STAD dan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan berdasarkan komponen

ujian yang dijalankan.

4. Mengetahui tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain bawah 18

tahun dan 23 tahun berdasarkan ketinggian dan berat badan pemain.

Page 21: kecergasan 4

7

5. Mengetahui perbezaan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pemain

bawah 18 tahun dan 23 tahun berdasarkan perbezan umur kedua-dua pasukan.

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan angkubah bersandar dan angkubah yang tidak bersandar yang

dikemukakan dalam kajian ini dapat dihipotesiskan bahawa:

H0i : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

keseimbangan di antara pemain bola sepak bawah 23 tahun

dengan bawah 18 tahun.

HAi : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap terhadap tahap

keseimbangan di antara pemain bola sepak bawah 23 tahun

dengan bawah 18 tahun.

HOii : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kuasa di

antara pemain bola sepak bawah 23 tahun dengan bawah 18

tahun.

HAii : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kuasa

di antara pemain bola sepak bawah 18 tahun dengan bawah 23

tahun.

HOiii : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

koordinasi di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

Page 22: kecergasan 4

8

bawah 18 tahun.

HAii : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

koordinasi di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

bawah 18 tahun.

Hoiv : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

masa reaksi di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

bawah 18 tahun.

HAiv : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi

di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah

18 tahun.

HOv : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

kepantasan di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

bawah 18 tahun.

HAv : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

kepantasan di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

bawah 18 tahun.

HOvi : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

ketangkasan di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain

Page 23: kecergasan 4

9

bawah 18 tahun.

HAvi : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ketangkasan

di antara pemain bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18

tahun.

HOvii : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap prestasi

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran di di antara pemain

bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

HAvii : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap prestasi

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran di di antara pemain

bawah 23 tahun dengan pemain bawah 18 tahun.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya terbatas kepada 40 orang pemain bola sepak. Responden yang

di pilih terdiri daripada dua peringkat umur iaitu pasukan bola sepak bawah 18 tahun

Sek. Men. Tunku Ampuan Durah, Seremban dan pasukan bawah 23 tahun Negeri

Sembilan. Seramai 20 pemain akan dipilih sebagai subjek kajian bagi setiap pasukan.

Dalam kajian ini ia hanya menguji kecergasan fizikal pemain hanya berdasarkan

komponen kemahiran sahaja. Terdapat enam komponen kecergasan yang akan diuji.

Komponen tersebut meliputi kuasa, keseimbangan, ketangkasan, masa reaksi,

koordinasi dan kepantasan.

Page 24: kecergasan 4

10

Dalam mentadbir ujian yang akan dijalankan, aspek kesahan dan

kebolehpercayaan ujian akan diragui sekiranya para penguji kurang cekap dan tidak

memahami prosedur serta kurang mahir dalam melaksanakan ujian kecergasan fizikal.

Oleh itu, sebelum melakukan ujian tersebut, penguji perlulah membuat bacaan dan

mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya tentang pengukuran sesuatu instrumen.

Faktor persekitaran seperti cuaca yang tidak menentu amnya, sedikit sebanyak akan

menjejaskan kelancaran ujian. Sekiranya hujan turun, ujian yang akan dilakukan

dikawasan terbuka akan mengalami masalah dan menggangu responden untuk

melakukan ujian,

Faktor psikologi responden seperti ketidakstabilan emosi, kesihatan, dan

ketegangan yang dialami oleh responden pada masa ujian dilakukan juga akan

mengganggu dan mempengaruhi keputusan ujian. Faktor seperti latarbelakang subjek,

sikap, keikhlasan dan komitmen serta kesungguhan responden ketikan melakukan ujian

juga sukar diramal dan ia juga boleh mempengaruhi kajian ini.

DEFINISI OPERASIONAL

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang mempunyai definisi operasional

yang khusus iaitu:

Perbandingan

Melihat perbezaan diantara dua kumpulan.

Page 25: kecergasan 4

11

Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai

keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan

tenaga yang maksima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa

kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan. Kecergasan adalah kebolehan

untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap.

Pemain Bola Sepak bawah 18 tahun

Pemain bola sepak yang berumur diantara 16 hingga 17 tahun atau yang berada di

tingakatan 4 dan 5.

Pemain Bola Sepak bawah 23 tahun

Pemain bola sepak yang berumur diantara 18 hingga 22 tahun.

Kemahiran

Keupayaan individu dalam menguasai sesuatu lakuan berdasarkan kepada tingkah laku

yang dipelajari

Ketangkasan

Kebolehan seseorang menukar kedudukan dan arah badan dengan cepat, mudah dan selamat. Kuasa Otot

Keupayaan sekumpulan otot menghasilkan daya penguncupan yang maksimum

terhadap sesuatu rintangan.

Page 26: kecergasan 4

12

Masa Reaksi

Jangka masa suatu lakuan apabila seseorang individu terdedah kepada rangsangan.

Keseimbangan

Kebolehan individu mengekalkan sistem saraf otot dalam keadaan untuk bertindak balas secara berkesan atau kecekapan semasa melakukan pergerakan. Kepantasan

Keupayaan melakukan pergerakan dalam jangka masa pendek. Koordinasi

Kemampuan dan kebolehan menggunakan pancaindera serta anggota badan dan

berkaitanengan mental dalam pergerakan yang sempurna.

Page 27: kecergasan 4

BAB II

SOROTAN LITERATUR

Pada dekad ini, kecergasan fizikal merupakan salah satu komponen yang

penting perlu dimiliki oleh setiap ahli sukan bagi mempamerkan prestasi yang terbaik

setiap kali pertandingan. Seperti yang telah di sebutkan oleh Corbin dan Lindsey (1988)

bahawa kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan fizikal berlandaskan

kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran atau kecergasan motor.

Secara keseluruhannya setiap ahli sukan perlu menguasai kedua-dua komponen berikut

bagi mendapatkan kecergasan fizikal yang tinggi. Di dalam bahagian ini, kita akan

melihat secara lebih terperinci mengenai kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik

tentang komponen yang terdapat didalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran.

Di dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran, terdapat enam komponen utama

iaitu ketangkasan, keseimbangan, masa reaksi, koordinasi, kepantasan dan kuasa. Hasil

daripada kajian yang telah dilakukan oleh individu tersebut akan dapat membantu para

penyelidik yang lain untuk meneruskan penyelidikan yang baru di dalam bidang mereka.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang kajian berkaitan komponen

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran, terlebih dahulu kita akan membicarakan

tentang kecergasan fizikal.

Kecergasan fizikal boleh ditakrifkan sebagai suatu kebolehan untuk menghadapi

cabaran fizikal yang berpotensi dalam kehidupan untuk meraih kejayaan seperti mana

Page 28: kecergasan 4

14

yang dinyatakan oleh Lamb (1978). Menurut Malpeli (1997), pada hari ini, kebanyakan

tugas harian dilaksanakan oleh mesin dan robot. Situasi ini secara tidak langsung

mendatangkan implikasi yang negatif ke atas kecergasan fizikal seseorang. Bagi

mengatasi masalah ini langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mempertingkatkan

lagi tahap kecergasan dan kesihatan yang sempurna. Taraf kesihatan seseorang itu

bukan sahaja diperhatikan bebasnya daripada sebarang penyakit, tetapi ia dilihat dan

ditentukan oleh tahap kecergasan setiap individu yang merangkumi aspek fizikal,

mental, emosi, sosial dan rohani. (WHO)

Hasil kajian oleh Baumgartner dan Jackson (1991) membuktikan bahawa tidak

terdapat perbezaan tahap kecergasan fizikal antara atlet yang bermain dalam permainan

yang sama. Mereka juga berpendapat bahawa individu yang melibatkan diri dalam

aktiviti permainan yang berterusan adalah lebih cergas daripada individu yang terlibat

dalam aktiviti permainan yang tempohnya selalu diganggu. Institute for Aerobics

Research of the Cooper Clinic (1992) dan ditaja oleh Prudential Insurance Company of

America telah melakukan kajian dan menghasilkan Prudential Fitness Program.

Program ini tidak hanya menyeluruh kepada program kecergasan kepada remaja

malahan mengandungi ujian kecergasan fizikal terhadap golongan remaja. Kebaikan

program ini merubahkan kecergasan fizikal tetapi juga boleh digunakan untuk

membentuk komponen kognitif, efektif dan tingkah laku remaja dalam melakukan aktiviti

fizikal. Sementara itu, Bompa (1983) berpendapat bahawa individu yang memiliki

kecergasan fizikal yang baik adalah asas dalam sesuatu program latihan. Program

latihan yang bakal di jalankan oleh individu atau pasukan perlulah menegaskan kepada

perkembangan fizikal yang spesifik mengikut keperluan sesuatu jenis sukan tersebut.

Beim (1977) telah menyatakan dalam kajiannya bahawa seseorang pemain bola sepak

Page 29: kecergasan 4

15

dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan motor dengan lebih berkesan menerusi

latihan yang khusus dan spesifik. Menerusi latihan yang khusus dan sistematik ini

seseorang pemain dapat meningkatkan tahap kecergasan dan permainannya. Kajian

yang di lakukan oleh Hockey (1981) yang telah menyenaraikan beberapa prinsip latihan

dalam sesebuah program latihan iaitu intensiti, tempoh latihan, kekerapan dan

penambahan bebanan. Ini kerana jika prinsip-prinsip tersebut di amalkan ia akan

memberi kesan ke atas kecergasan fizikal individu. Prentice (1971) dalam kajiannya

mengatakan bahawa peningkatan tahap kecergasan ini adalah hasil daripada

penglibatan diri dalam latihan aktiviti fizikal yang bersistematik dan berterusan.

Seterusnya William (1995) menyatakan bahawa untuk memenuhi tahap

kecergasan, seseorang itu perlu memiliki komponen kecergasan aerobik, kekuatan otot,

daya tahan otot, kelajuan, kuasa, imbangan, ketangkasan dan koordinasi. Kepentingan

komponen kecergasan kepada individu bergantung kepada sukan yang diceburi oleh

mereka. Di samping itu, Clarke (1971) di dalam kajiannya mendapati bahawa pengaruh

umur akan memberi kesan ke atas prestasi kecergasan motor. Menurut beliau, apabila

umur semakin meningkat maka kecergasan motor individu akan menjadi semakin tinggi

selaras dengan peningkatan umur. Kajian yang di lakukan oleh Thomas dan French

(1985) yang berkaitan dengan umur mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai

tahap prestasi kecergasan motor yang berbeza dengan lelaki mengikut peringkat umur

kerana kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi yang lebih baik daripada lelaki

dalam aspek keseimbangan. Contoh yang ketara adalah dalam sukan gimnastik. Kajian

yang di lakukan oleh Pangrazi dan Corbin (1990) menjelaskan bahawa pelajar sekolah

yang lebih tua umurnya mempunyai prestasi kecergasan fizikal dan motor yang lebih

baik. Ini kerana mereka mempunyai kekuatan otot dan dan tulang selaras dengan

Page 30: kecergasan 4

16

peningkatan umur. Apabila umur semakin meningkat maka terdapat perubahan pada

keadaan fizikal individu seperti ketinggian dan berat badan. Faktor ketinggian dan berat

badan juga mempengaruhi kecergasan fizikal seseorang. Menurut kajian yang di

lakukan oleh Espenschade (1963) yang mendapati bahawa ketinggian dan berat badan

akan mempengaruhi kecergasan motor seseorang. Ini kerana remaja akan berubah

menjadi semakin tinggi, melebar dan kuat selaras dengan peningkatan umur.

Henry (1958) pula telah mencadangkan satu teori pembelajaran dan perlakuan

motor yang dipanggil teori gelondang ingatan memory-drum. Teori ini menjelaskan

bahawa kecergasan motor adalah spesifik kepada sesuatu perlakuan berbanding

dengan perlakuan umum dalam kebanyakan aktiviti kecergasan motor. Dengan lain

perkataan, prestasi seseorang individu dalam sesuatu kemahiran motor tidak boleh

digunakan bagi menjangkakan prestasi ke atas lakuan motor yang berlainan. Mengikut

teori tersebut, setiap lakuan atau kemahiran motor yang dipersembahkan adalah

bergantung kepada sejumlah besar bilangan keupayaan yang dimiliki. Apabila lakuan

bertukar, maka keupayaan yang dimiliki bagi menyokong lakuan tersebut sudah

semestinya bertukar menurut permintaan lakuan motor yang baru.

Thomas dan Nelson (1996) telah menyatakan terdapat dua kajian klasik yang

telah dilaksanakan sebagai panduan untuk menentukan tahap intensiti minimum untuk

meningkatkan keupayaan aerobik. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap minimum

seseorang untuk mendapatkan kesan latihan ialah pada tahap kadar nadi bersamaan

60% dari kadar nadi maksimum. Subjek untuk kajian ini terdiri daripada sepuluh orang

pelajar kolej yang menjalani latihan 30 minit, lima hari seminggu selama lima minggu

pada kadar nadi 120, 135 atau 150 denyutan seminit. Apabila kumpulan tersebut

Page 31: kecergasan 4

17

dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan tahap kecergasan rendah dan kumpulan tahap

kecergasan tinggi, kumpulan tahap kecergasan tinggi menunjukkan kemajuan hasil

latihan pada kadar nadi 120 denyutan seminit sementara kumpulan yang satu lagi telah

menunjukkan kesan yang negartif.

Secara keseluruhannya, bahawa kecergasan fizikal ini dapat dipertingkatkan

dengan melakukan latihan dan mengikut program latihan dengan betul malahan

kecergasan fizikal juga tidak terbatas kepada golongan atlit sahaja tetapi individu biasa

juga perlu menguasai setiap komponen tersebut. Seterusnya, kita akan melihat tentang

kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik tentang komponen kecergasan fizikal

berlandaskan kemahiran iaitu ketangkasan, keseimbangan, masa reaksi, kepantasan,

koordinasi dan kuasa.

KETANGKASAN

Dalam permainan bola sepak, ketangkasan merupakan salah satu komponen

yang perlu ada bagi setiap pemain bagi memudahkan mereka melakukan pergerakan

dengan sempurana. Untuk mendapatkan tahap ketangkasan yang tinggi maka setiap

pemain perlulah melakukan pelbagai latihan yang dapat meningkatkan tahap

ketangkasan semasa permainan. William (1995) telah mentakrifkan ketangkasan

sebagai keupayaan individu untuk menukar posisi keseluruhan badan dengan pantas

dan tangkas. Beliau menyatakan bahawa dalam permainan bola sepak dan hoki, setiap

pemain memerlukan tahap ketangkasan yang tinggi kerana setiap pemain harus

menukar posisi badan dan arah pergerakan untuk melakukan pelbagai aksi.

Page 32: kecergasan 4

18

Cozen (1929) telah melakukan kajian bagi menentukan kesahan dan

kebolehpercayaan dalam ujian ketangkasan. Beliau telah memilih subjek yang terdiri

daripada penuntut kolej lelaki dan salah satu ujian yang dijalankan ialah ‘Dodging Run’.

Ketangkasan juga merupakan salah satu ujian kecergasan yang perlu di lakukan bagi

menilai kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran. Ini telah di nyatakan oleh Barrow &

McGee (1979) bahawa ketangkasan adalah salah satu pengukuran bagi kecergasan

motor dan ia telah di gunakan di Manitoba, Kanada.

Selain itu, perbezaan fizikal individu juga merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi ketangkasan. Ini berdasarkan kenyataan Bookwalter (1952) yang

menjalankan kajian tentang perhubungan saiz dan bentuk badan individu. Beliau

membuat kesimpulan bahawa purata saiz lelaki yang kurus melakukan ketangkasan

yang lebih baik daripada purata saiz lelaki yang mempunyai badan sederhana besar.

Curreton (1941) menjalankan kajian tentang hubungan bentuk badan dengan tahap

ketangkasan. Hasil kajian menunjukkan, mereka yang mempunyai bentuk badan

mesomorf adalah lebih tinggi tahap ketangkasan berbanding dengan bentuk badan

endomorf. Salah satu kajian yang telah dilakukan oleh Klinzing (1980) terhadap anggota

polis dan pelajar kolej telah menunjukkan bahawa anggota polis mempunyai tahap

ketangkasan yang rendah berbanding pelajar kolej disebabkan peratusan lemak yang

tinggi dalam badan. Secara keseluruhannya, individu yang endomorf mempunyai tahap

ketangkasan yang rendah dan ini akan menyukarkan mereka melakukan pergerakan

dengan pantas terutama bagi individu yang terlibat dalam permainan sukan.

Sementara itu, kekerapan latihan, ulangan dan pengalaman individu dalam

menjalani aktiviti sukan juga mampu meningkatkan tahap ketangkasan. Baumgartner

Page 33: kecergasan 4

19

dan Jackson (1991) di dalam kajiannya telah mendapati bahawa tahap ketangkasan

larian individu akan meningkat dari setiap percubaan setelah diberi sebanyak tiga kali

percubaan berturut-turut. Susulan kajian yang dilakukan oleh Baumgartner dan Jackson

(1991), Clarke (1997) telah membuat kajian tentang keberkesanan latihan ‘Slide Board’

selama enam minggu sebagai satu program latihan pelaziman pra-pertandingan

terhadap kekuatan dan ketangkasan otot hamstring. Hasil kajiannya telah membuktikan

bahawa latihan selama enam minggu itu telah berjaya meningkatkan kekuatan

penguncupan kosentrik otot hamstring dan ketangkasan lateral. Ini menunjukkan

bahawa faktor latihan yang berterusan juga telah meningkatkan tahap ketangkasan

individu.

Di samping itu, keberkesanan program latihan yang berkesan dan sistematik juga

mampu meningkatkan tahap ketangkasan individu dalam permainan. Ini berdasarkan

kajian yang di lakukan oleh Weatherly & Schick (1996) menyatakan adalah perlu bagi

pasukan bola lisut membentuk dan menggubal program latihan yang berkesan kerana ia

memerlukan setiap pemain untuk menukar arah dengan pantas. Kenyataan yang

dinyatakan oleh mereka ini tidak terbatas kepada sukan bola lisut sahaja kerana sukan

bola sepak juga memerlukan pemain menukar arah dengan pantas.

KUASA

Kuasa juga merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam kecergasan

fizikal berlandaskan kemahiran. Dalam permainan bola sepak, kuasa otot kaki juga amat

perlu dalam melakukan pergerakan seperti menanduk, melompat dan juga semasa

melakukan sepakan. Memandangkan kuasa adalah penting dalam setiap jenis sukan

Page 34: kecergasan 4

20

terutama seperti bola sepak, olahraga, bola tampar dan sebagainya maka ramai

penyelidik talah melakukan banyak kajian berkaitan dengan kuasa. Barrow (1977) telah

menyatakan bahawa jika lebih banyak kerja yang dilakukan dalam sesuatu masa akan

menghasilkan lebih kuasa yang digunakan didalam sesuatu aktiviti. Menurut Barrow dan

McGee (1979) mereka telah menyatakan bahawa kuasa adalah keupayaan individu

untuk menghasilkan penguncupan otot maksimum pada kadar yang paling pantas.

Berdasarkan kepada kenyataan mereka, ini jelas menunjukkan bahawa kuasa adalah

keupayaan seseorang untuk menghasilkan penguncupan otot yang maksimum pada

kadar yang paling singkat atau cepat. Contohnya di dalam permainan bola sepak,

komponen kuasa ini amat diperlukan apabila seorang pemain melakukan lonjakan untuk

membuat tandukan.

Kenyataan yang dibuat oleh Corbin dan Lindsey (1988), kuasa ialah komponen

kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor kerana kuasa yang dihasilkan bergantung

kepada kepantasan. Kajian yang dilakukan oleh Coutts (1975) tentang hubungkait

diantara kuasa kaki dan prestasi pemain bola tampar Kanada. Tujuan kajian ini ialah

untuk menguji kuasa otot kaki pemain tersebut dan dua jenis ujian yang telah dijalankan

untuk menguji kuasa otot kaki ialah Ujian Margaria-Kalamen dan Ujian Lompat Sargent.

Berdasarkan kepada keputusan ujian tersebut menunjukkan bahawa tiada korelasi

diantara keputusan nilai velositi kedua-dua ujian tersebut. Walaubagaimanapun terdapat

hubungkait yang nyata pada nilai kuasa bagi kedua-dua ujian ini.

Seterusnya O’shea dan rakan-rakan (1992), telah membuat kajian perbandingan

untuk menguji keberkesanan tiga program latihan iaitu latihan squat, pliometrik dan

squat-pliometrik untuk meningkatkan kuasa pada bahagian pinggul dan paha. Subjek

Page 35: kecergasan 4

21

yang telah dipilih untuk kajian ini terdiri daripada 48 orang yang mengikuti kelas untuk

latihan kekuatan. dan mereka telah dibahagiakan secara saksama dalam empat

kumpulan besar dengan 12 orang setiap kumpulan. Secara keseluruhannya terdapat

tiga kumpulan yang akan melakukan latihan yang berlainan sementara satu kumpulan

lagi bertindak sebagai kumpulan kawalan. Kesemua subjek akan menjalani latihan

selama dua hari seminggu untuk tempoh tujuh minggu. Dapatan kajian telah

menunjukkan terdapat peningkatan kuasa pinggul dan paha bagi ketiga-tiga kumpulan.

KEPANTASAN

Satu lagi komponen yang terlibat dalam kecergasan fizikal berlandaskan

kemahiran adalah kepantasan. Dalam permainan bola sepak, kepantasan merupakan

salah satu aspek penting kerana setiap pemain yang mempunyai tahap kepantasan

yang baik merupakan satu kelebihan bagi sesebuah pasukan. Kepantasan selalu

digunakan untuk membuat pecutan, larian dengan bola dan mengelecek pihak lawan.

Dari segi definisi, Hastad dan Lacey (1998) telah menyatakan bahawa kepantasan ialah

keupayaan melakukan pergerakan dalam jangka masa yang pendek.

Sementara Brook (1988) pula menyatakan kepantasan merupakan salah satu

komponen yang paling penting di dalam acara-acara yang melibatkan daya tahan seperti

bola sepak, hoki dan sebagainya. Oleh itu, adalah penting untuk individu meningkatkan

tahap kepantasan yang secara tidak langsung akan meningkatkan daya tahan. Beliau

juga menyatakan peningkatkan di dalam jarak langkahan kaki juga akan dapat

meningkatkan kepantasan. Ini disusuli pula kenyataan yang telah dibuat oleh Hemery

(1988) menyatakan bahawa tahap kepantasan adalah bergantung kepada kadar nisbah

Page 36: kecergasan 4

22

anggota tubuh kepada kuasa. Ini bermakna, anggota tubuh individu mestilah berada

dalam keadaan cergas untuk melakukan penambahan kuasa dalam pergerakannya

yang seterusnya akan meningkatkan kepantasan. Selain dari aspek latihan yang boleh

meningkatkan kepantasan, motivasi juga dapat memberi kesan kepada kepantasan

seseorang Ini berdasarkan kajian oleh Harari (1969) yang mengkaji kesan motivasi ke

atas pemain bola sepak dalam ujian 200 meter. Sebahagian daripada pemain tersebut

telah diberitahu tentang masa terbaik yang dilakukan oleh rakan mereka manakala

sebahagian lagi telah diberikan masa terbaik yang dilakukan oleh diri mereka sendiri.

Dapatan kajian menunjukkan pemain yang menerima maklumat tentang masa yang

terbaik yang dilakukan oleh rakan mereka akan melakukan masa yang terbaik dalam

bentuk maklumat. Hasil kajian mendapati motivasi berkenaan mampu meningkatkan

kepantasan pergerakan.

MASA REAKSI

Komponen yang keempat di dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran

ialah masa reaksi. Masa reaksi yang baik akan membolehkan setiap atlit bertindak

dengan cepat dalam situasi permainan. Sebelum melihat kajian-kajian yang telah

dilakukan oleh penyelidik tentang masa reaksi, terlebih dahulu kita melihat definisi yang

telah diberikan oleh individu tertentu.

Definisi yang dinyatakan oleh Oxendine (1968) ialah masa reaksi boleh diukur

secara objektif dan pengukurannya pula agak tepat bagi menyatakan tahap prestasi

masa reaksi individu tersebut. Oleh itu, masa reaksi merujuk kepada kepantasan

membuat keputusan dan memulakan aksi, keupayaan antisipasi yang tinggi boleh

Page 37: kecergasan 4

23

mempercepatkan masa reaksi. Berdasarkan kepada definisi tersebut, ia menyatakan

bahawa masa reaksi juga ada hubungkait dengan kepantasan kerana dua elemen

tersebut merupakan perkara penting untuk kejayaan prestasi kecergasan motor dalam

kebanyakan sukan. Kajian tentang masa reaksi ini di mulakan pada sekitar tahun 1950-

an lagi dimana Sigerseth dan York (1954) dalam telah membuat perbandingan

kepantasan masa reaksi diantara atlit dan bukan atlit. Hasil daripada kajian tersebut,

mereka telah merumuskan bahawa atlit mempunyai kepantasan masa reaksi yang lebih

baik jika dibandingkan dengan bukan atlit. Salah satu faktor yang mempengaruhi

dapatan kajian ini ialah, menurut mereka latihan-latihan untuk meningkatkan prestasi

sukan juga dapat meningkatkan kepantasan masa reaksi. Ini bermakna bahawa individu

yang terlibat secara langsung dengan sukan yang melakukan latihan yang sistematik

mampu meningkatkan masa reaksi mereka.

Kenyataan tersebut telah di sokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh

Dintiman (1964) yang mendapati bahawa kombinasi latihan-latihan membina

kecergasan dan bebanan yang sistematik dapat meningkatkan kepantasan pergerakan

dan kepantasan masa reaksi seseorang atlit. Sementara William (1995)

memperkukuhkan lagi kajian tersebut dengan menyatakan bahawa latihan berintensiti

tinggi dapat meningkatkan masa reaksi.

Satu kajian yang telah dibuat oleh Sheldon (1979) menunjukkan bahawa masa

reaksi mudah adalah lebih pantas daripada masa reaksi pilihan dengan memilih seramai

12 orang pemain hoki Universiti. Di dalam kajian yang dilakukannya, subjek akan

bertindak sebagai penjaga gol akan di uji berdasarkan kepada dua jenis masa reaksi

iaitu mudah dan pilihan. Pergerakan mereka akan dikesan pada tangan dan kaki melalui

Page 38: kecergasan 4

24

litar pemutus cahaya dimana pakaian peserta akan dipasang dengan suis pemutus litar

yang mampu mengesan gerak balas hingga ke milisaat. Sebuah kotak mengandungi

empat lampu rangsangan dan satu lampu amaran diletakkan 5 meter kaki dihadapan

pintu gol.

Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Hascelik, Basgoze, Turker, Norman dan

Ozker (1989) berkenaan kesan latihan fizikal terhadap kecergasan fizikal dan masa

reaksi. Hasil kajian mereka telah menunjukkan bahawa individu yang melakukan latihan

fizikal dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan masa reaksi. Walaubagaimana pun,

tidak semua latihan fizikal yang diikuti dapat meningkatkan masa reaksi kerana ia juga

bergantung kepada intensiti, corak latihan dan jangka masa latihan dijalankan.

Sementara itu, tahap penglibatan atlit juga mampu mempengaruhi kepantasan masa

reaksi. Berdasarkan kajian yang dibuat menunjukkan kepantasan masa reaksi atlit yang

mewakili universiti adalah tinggi berbanding pelajar yang terlibat dalam peringkat

dalaman (Magil, 1985). Ini bermakna, individu yang terlibat dalam pertandingan

peringkat tinggi seperti peringkat kebangsaan mempunyai masa reaksi yang baik

berbanding atlit yang mewakili peringkat sekolah.

KESEIMBANGAN

Seperti dalam sukan gimnastik yang memerlukan atlit mempunyai tahap

keseimbangan yang tinggi sukan lain seperti bola sepak juga memerlukan setiap pemain

mempunyai tahap keseimbangan yang baik. Contohnya semasa menanduk bola dan

berlari memerlukan keseimbangan kerana tanpa keseimbangan yang baik mungkin

tandukan yang dilakukan tidak menepati ssasaran. Dari segi definisi, Hastad dan Lacey

Page 39: kecergasan 4

25

(1988) keseimbangan ialah kebolehan individu mengekalkan sistem saraf otot dalam

keadaan untuk bertindak balas secara berkesan atau kecekapan semasa melakukan

pergerakan. Berdasarkan petikan daripada Johnson dan Nelson (1986) pula, beberapa

kajian praktikal yang awal berkaitan keseimbangan statik dan dinamik telah dijalankan

pada tahun (1939) oleh Ruth Bass. Hasil daripada kajian yang dilakukan, didapati

bahawa tahap keseimbangan statik adalah berdasarkan kepada tempoh masa seseuatu

kedudukan pegun dapat dikekalkan dan diukur dengan melaui Ujian Kayu Bass

Melintang dan Ujian Kayu Bass Memanjang.

Johnson (1979) telah memperkenalkan sejenis alat iaitu ‘Levelometer’ didalam

ujian ‘Challenger’ yang membolehkan ukuran kemahiran keseimbangan diambil daripada

posisi bagi displin beberapa jenis sukan tertentu sahaja. Johnson dan Nelson (1986)

menyatakan apabila umur meningkat, latihan fizikal akan membantu memperkukuhkan

tahap keseimbangan seseorang individu. Sementara Layne dan Abraham (1987) telah

mengkaji corak aktiviti pergerakan otot kaki hasil ujian dirian sebelah kaki. Alat

electromyographic (EMG) digunakan untuk mengesan pergerakan otot tibialis anterior,

peroneus longus, gluteus medius dan adductor magnus. Responden yang dipilih terdiri

draipada sepuluh orang kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun. Setiap subjek

dikehendaki melakukan imbangan sebelah kaki di atas sebuah pelantar yang boleh

mengesan penyesuaian posisi tubuh selama 30 saat setiap percubaan. Hasil daripada

ujian yang dijalankan menunjukkan peralihan keseimbangan ke sisi dipengaruhi oleh

otot pergelangan kaki, manakala otot bahagian pinggang menstabilkan pelvis .

Walaupun begitu, didapati otot pinggang tidak konsisten dengan aktiviti pergelangan

kaki.

Page 40: kecergasan 4

26

Selain dari postur badan memainkan peranan semasa imbangan, penglihatan

juga merupakan aspek yang penting dalam keseimbangan kerana setiap lakuan yang

dilakukan tanpa penglihatan akan memberi kesan ke atas keseimbangan inidvidu.. Ini

telah di buktikan oleh Robertson dan Elliot (1996) yang melakukan kajian bahawa tanpa

penglihatan ahli gimnastik yang telah mahir dalam imbangan dinamik di atas palang

akan menghadapi masalah saam dengan ahli gimnastik yang kurang mahir. Ini kerana

visual information memainkan peranan yang penting dalam mengawal motor

keseimbangan pada peringkat permulaan, maka proprioceptive information menjadi lebih

penting dalam menjalankan latihan pada peringkat seterusnya. Sensory information

menjadi semakin kurang penting apabila terdapat vestibular information sahaja. .Secara

keseluruhannya, keseimbangan ini merupakan satu proses yang komplek kerana ia

banyak melibatkan sensori motor dan juga fungsi fisiologi.

KOORDINASI

Komponen yang terakhir dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran

adalah koordinasi. Koordinasi adalah merupakan kemampuan dan kebolehan

menggunakan pancaindera serta anggota badan dan berkaitan dengan dengan mental

dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana lakuan yang dikehendaki. Kebolehan

ini merupakan panduan di antara pelbagai kebolehan yang disatukan bagi meghasilkan

suatu pergerakan yang licin. Koordinasi juga bolehlah ditakrifkan sebagai keberkesanan

dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan individu. Dalam

permainan bola sepak, koordinasi juga adalah penting dalam melakukan pelbagai

pergerakan seperti mengecek bola dan juga larian bersama bola.

Page 41: kecergasan 4

27

Barrow dan Mc Gee, (1979), telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai

kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati mempengaruhi

koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan dan mata dengan kaki.

Koordinasi juga melibatkan keupayaan motor individu dalam melakukan pergerakan

tersebut. Barrow (1977) telah menjadikan pelajar lelaki kolej sebagai subjek dalam ujian

lakuan motor. Hasil kajian tersebut, Barrow memperkenalkan dua set bateri ujian. Bateri

ujian pertama terdiri daripada enam item iaitu lompat jauh berdiri, lontar softball, lari zig-

zag, lantun bola ke dinding, lontar bola segar dan lari pecut enam puluh ela. Bateri ujian

kedua terdiri daripada tiga item iaitu lompat jauh berdiri, lontar bola segar dan lari zig-

zag.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dinyatakan, jelas bahawa

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini adalah penting bagi individu yang terlibat

secara aktif dengan sukan. Secara keseluruhannya, kecergasan fizikal berlandaskan

kemahiran ini amat diperlukan terutama bagi individu yang terlibat dengan pelbagai

aktiviti sukan. Ini termasuklah sukan bola sepak dimana setiap pemain perlu menguasai

setiap komponen di dalam kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini bagi

meningkatkan prestasi mereka semasa perlawanan dan latihan. Jika dilihat dari setiap

komponen kecergasan fizikal berlandakan kemahiran di atas, menunjukkan bahawa

penyelidik telah membuat kajian dengan mengaitkan setiap komponen dengan faktor

yang mampu meningkat kecergasan motor inidividu. Di antara faktor tersebut adalah

seperti kekerapan latihan, intensiti latihan dan program latihan mampu untuk

meningkatkan kecergasan motor individu.

Page 42: kecergasan 4

28

Selain itu faktor umur juga turut mempengaruhi kecergasan motor di mana

individu yang semakin berusia akan mengalami penurunan dari segi kecergasan motor

mereka. Selain itu, penyelidik lampau juga telah melakukan kajian tentang keberkesanan

ujian dan jenis latihan yang mampu meningkatkan kecergasan motor individu. Kesemua

faktor tersebut telah dibuktikan oleh mereka di dalam kajian mereka yang terdahulu.

Secara keseluruhannya, aspek kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran ini dapat

membantu dalam aktiviti dan gerak kerja fizikal yang spesifik. Peningkatan tahap

kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan

bebanan yang mungkin timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih dari lakuan biasa

harian terutama apabila melibatkan aktiviti sukan pada tahap prestasi tinggi.

Page 43: kecergasan 4

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini adalah berkaitan dengan metadologi kajian. Perkara yang akan

dibincangkan di dalam bab ini termasuklah reka bentuk kajian, tempat kajian, pemboleh

ubah kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, pengumpulan data dan penganalisian

data.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah eksperimenta..

Menurut Majid (2000), reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan

cara penyelidikan dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan

penyelidikan yang akan dilakukan. Kajian ini berbentuk deskriptif iaitu penyelidikan yang

dilakukan dengan matlamat mengkaji dan menerangkan peristiwa yang sedang berlaku.

Hasil dapatan kajian yang diperolehi untuk dianalisis dalam kajian ini diambil dari pemain

bola sepak bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sekolah Menengah

Tunku Ampuan Durah, Seremban. Item dalam kajian berhubung dengan aspek

kecergasan fizikal yang berlandaskan kemahiran iaitu ketangkasan, masa reaksi,

keseimbangan, kepantasan, koordinasi dan kuasa.

Page 44: kecergasan 4

31

SAMPEL KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah memilih reka bentuk persampelan

rawak mudah. Persampelan rawak mudah membolehkan setiap individu dalam populasi

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dalam sampel. Kaedah ini membolehkan

penyelidik mengesan anggaran ralat persampelan. Subjek yang di pilih dalam kajian ini

terdiri daripada dua kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan pemain bola sepak bawah

18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Duran dan kumpulan pemain bawah 23 tahun

Negeri Sembilan. Sampel atau subjek kajian terdiri daripada 40 orang iaitu 20 pemain

bagi pasukan 23 tahun sementara 20 pemain lagi daripada pasukan bawah 18 tahun.

Subjek tersebut dipilih kerana seiring dengan objektif kajian yang ingin melihat dan

mengukur tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran setiap pemain yang

mewakili pasukan tersebut selain daripada pasukan tersebut mempunyai latihan yang

konsisten sepanjang tahun.

Page 45: kecergasan 4

32

PEMBOLEHUBAH KAJIAN

Di dalam kajian ini terdapat 2 pembolehubah yang digunakan iaitu:

i) Pembolehubah Tidak Bersandar

Pembolehubah tidak bersandar bagi ujian tahap kecergasan fizikal dalam

penyelidikan ini ialah 40 pemain pemain bola sepak yang di bahagikan mengikut

kumpulan umur setiap pasukan.

ii) Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah bersandar bagi ujian tahap kecergasan fizikal dalam kajian ini

ialah, tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pelajar yang diukur dengan

menggunakan ujian lompat menegak, ujian dirian bangau, ujian SEMO, ujian larian

pecut 50 ela, ujian zig zag bola sepak dan ujian tindak balas pergerakan Nelson yang

mana setiap ujian tersebut mewakili komponen kecergasan fizikal berlandaskan

kemahiran.

Page 46: kecergasan 4

33

INSTRUMEN KAJIAN

Menurut Majid (2000) instrumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk

mengukur dan mengumpul bukti empirik. Di dalam kajian ini, penyelidik telah

menggunakan 6 ujian untuk menguji tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran

iaitu:

1) UJIAN KESEIMBANGAN DIRIAN BANGAU

PERKARA

KETERANGAN

Objektif

Ujian ini bertujuan untuk mengukur imbangan statik subjek di atas bebola kaki dominan.

Kebolehpercayaan r = 0.87

Kesahan

Kesahan lahir diterima

Alatan Jam randik

Prosedur

i. Subjek berdiri di atas bebola kaki dominan.

ii. Sebelah kaki lagi diletakkan menapak pada

bahagian sisi lutut yang dominan tadi.

ii. Kedua- dua tangan menyekak di pinggang.

iii. Bila isyarat mula, subjek mengangkat tumit kaki

dominan dan berdiri dengan bahagian bebola

kaki. Bacaan masa dimulakan. Subjek

dikehendaki mengekalkan kedudukan ini

Skor

i. Subjek diberikan tiga percubaan.

ii. Masa terbaik akan diambil untuk pengukuran

Page 47: kecergasan 4

34

2) UJIAN KETANGKASAN SEMO PERKARA MAKLUMAT / BUTIRAN Objektif

Iaitu menguji ketangkasan umum anggota badan semasa

melakukan melakukan pergerakan ke hadapan dan ke

belakang dan ke sisi.

Kesahan

R=0.63 (Johnson & Nelson 1986)

Kebolehpercayaan

R=0.88 (Johnson & Nelson 1986)

Kemudahan / Alatan

i. Kawasan seluas 12’ X 9’

ii. Skital – 4

iii. Jam randik 1

Arahan / Penerangan 1. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan

2. Peserta berlari apabila dilepaskan secara sisi

tanpa menyilang kaki ke skital B.

3. Lari mengundur dari skital B ke skital D 4. Lari pecut dari skital D ke A. 5. Larian secara mengundur dari A ke C 6. Larian pecut dari C ke B dan ke A sehingga ke

garisan penamat.

7. Peserta diberi 2 percubaan dan masa terbaik

akan diambil .

Page 48: kecergasan 4

35

3) UJIAN PERGERAKAN TINDAK BALAS NELSON

Perkara Penjelasan Ujian

Objektif Di akhir ujian, subjek dapat membuat pengukuran tindak

balas dan bergerak pantas apabila rangsangan pilihan

diberi

Kesahan Kesahan muka diterima

Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 0.87 (Johnson & Nelson, 1986)

Alatan i. Pita pengukur

ii.Pita pelekat

iii.Jam randik

iv.Skitel

Kaedah

i.Subjek berada di titik tengah antara dua garisan penamat

dan dalam bersedia menghadap penguji

ii.Jarak antara dua garis penamat adalah 14 ela.

iii. Penguji memegang jam randik dengan tangan di angkat

ke atas.

iv. Penguji menyebut “SEDIA” dan memberi isyarat

“MULA” dengan mengarah tangan samada ke kiri atau

kanan. Bacaan masa di buat serentak dengan isyarat mula

yang diberikan.

v. Subjek bergerak pantas ke arah yang di tunjukkan

hingga garisan penamat.

Page 49: kecergasan 4

36

vi. Jam randik dihentikan apabila subjek tiba di garisan

penamat.

Skor i. Subjek diberi percubaan sebanyak 10 kali iaitu 5 ke

kanan dan 5 ke kiri yang diberikan secara rawak.

ii.Jeda rehat selama 20 saat setiap percubaan.

iii.Masa diambil apabila penguji mengarahkan tangan dan

hingga subjek melintasi garisan.

iv. Skor diambil daripada purata 5 bacaan masa yang

terdekat.

UJIAN LARIAN PECUT 50 ELA

Objektif Untuk mengukur kelajuan seseorang

Kesahan Kesahan binaan. ( AAPHER 1976 dalam buku Hastad dan

Lacy 1998 ).

Kebolehpercayaan : r = .94 ( Jackson dan Baumgartner 1969 dalam buku

Hastad dan Lacy 1998 ).

Alatan ujian i.Dua jam randik

ii.Tapak larian yang sesuai iii. Bendera kecil

Prosedur ujian:

1. Dua sampel berlari dalam masa yang sama.

2. Berdiri dalam keadaan bersedia.

3. Pelepas memberi arahan“ready” dan “ go” sambil

menjatuhkan bendera .

Page 50: kecergasan 4

37

4. Semasa memberi arahan “mula”, penguji

menjatuhkan tangan agar penjaga masa dihujung

trek dapat melihat permulaan ujian .

5. Sampel berlari sepantas yang boleh melepasi jarak

50 ela.

Skor i. Masa diambil bila penguji menjatuhkan tangan

ii. Masa juga di catat berdasarkan 10 saat yang hampir iii. Masa akan di catat dalam borang skor.

UJIAN LOMPATAN MENEGAK (VERTICAL JUMP) Perkara Penerangan

Objektif Pada akhir ujian pelajar-pelajar dapat:

a. Mengukur kuasa kedua belah kaki dalam aktiviti

lompatan menegak dengan betul dan tepat.

b. Menggunakan data yang diperolehi bagi

menentukan kuasa kaki berpandukan jadual skor

lompatan menegak.

Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 0.93, (Johnson dan Nelson, 1986)

Keobjektifan 0.93 [Jack Clayton, (1969) dalam Johnson dan Nelson,

1986]

Kesahan 0.78 (Johnson dan Nelson, 1986)

Alatan 1. Serbuk kapur/tepung

2. Pita pengukur

Page 51: kecergasan 4

38

3. Pemadam papan hitam

4. Kerusi

5. Permukaan dinding yang rata sekurang-kurangnya

12 kaki tinggi dari lantai

Prosedur a. Subjek berdiri sisi di tepi dinding dan kaki di buka

seluas bahu tanpa memakai kasut.

b. Subjek mencelupkan jarinya ke dalam serbuk

kapur/tepung pada tangan yang paling hampir

dengan dinding.

c. Sebelah tangan subjek yang ada serbuk kapur

diluruskan ke atas dan ditandakan ukuran sebelum

membuat lompatan.

d. Subjek membengkokkan lutut, hayunkan tangan,

melompat ke atas lalu membuat tanda. dengan jari

pada dinding.

e. Subjek diberi tiga percubaan.

f. Penguji memberi motivasi pada percubaan terakhir

dengan memberitahu bahawa ini adalah percubaan

terakhir serta meminta subjek untuk melompat

setinggi yang boleh.

Pengukuran Perbezaan jarak antara tanda sebelum melompat dengan

tanda yang paling tinggi dicapai semasa lompatan dikira

skor.

Catatan Lompatan yang hilang imbangan tidak diambil kira.

Page 52: kecergasan 4

39

UJIAN KEMAHIRAN ZIG ZAG BOLASEPAK (AAPHERD)

PERKARA KETERANGAN

Objektif 1. Mengukur kebolehan menggelecek dan mengawal

bola dengan kedua – dua belah kaki.

Kesahan Dilaporkan r = 0.92

Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 0.99

Alatan 1. Bola sepak

2. Skitel

3. Jam randik

4. Kad skor

5. Kad arahan

6. Pita penanda

Prosedur 1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.

2. Bola hendaklah di belakang garisan

3. Apabila isyarat “ mula” diberikan, subjek mula

menggelecek ke sebelah kiri halangan pertama

dan ke sebelah kanan halangan kedua.

4. Gunakan kedua belah kaki kiri dan kaki kanan

apabila menggelecek ke kanan dan ke kiri apabila

menggelecek ke kiri.

5. Subjek perlu mengawal bola dengan kedua – dua

belah kaki dan ini dapat mengelakkan

kemungkinan melanggar penghalang yang

diletakkan.

Page 53: kecergasan 4

40

Pengukuran 1. Masa dicatat sebaik sahaja isyarat “ mula” dan

apabila bola melintasi garisan permulaan.

2. Skor dalam ujian ini adalah masa terbaik daripada

tiga percubaan yang dilakukan.

PENGUMPULAN DATA

Menurut Ahmad Hashim (2003), prosedur untuk menjalankan ujian kecergasan

melibatkan lapan tugas iaitu memahami ujian, membina prosedur ujian, membina

arahan, persediaan individu untuk diuji, aktiviti memanaskan badan dan ujian percubaan,

peralatan yang selamat dan persediaan kemudahan ujian, borang skor ujian dan

anggaran masa melakukan ujian. Di antara langkah yang di jalankan oleh penyelidik

dalam melakukan kajian ini ialah:

1) Penyelidik akan memberi taklimat kepada subjek yang dipilih mengenai tujuan

dan objektif pengukuran ini dijalankan dan menerangkan kepada subjek tentang

peralatan yang akan digunakan serta prosedur pengukuran yang hendak

dilakukan.

2) Sebelum melakukan ujian penyelidik akan memastikan semua kemudahan dan

peralatan ujian berada dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.

Page 54: kecergasan 4

41

3) Setelah kesemua selesai, penyelidik akan mengedarkan borang skor kepada

subjek dan mereka dikehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki terutama

tentang butir diri subjek.

4) Penguji akan menjelaskan kepada subjek tentang ujian yang dijalankan serta

skor yang diambil. Sebelum melakukan ujian penguji akan melakukan

demonstrasi supaya subjek faham dan jelas tentang ujian yang perlu dilakukan.

5) Setelah kesemua ujian selesai, penyelidik akan mengumpulkan kesemua data

untuk di analisi.

6) Tambahan: Memandangkan terdapat enam ujian, maka penyelidik akan

melakukan 2 fasa ujian iaitu:

i) Fasa I: Pengukuran bagi Pemain Bawah 18 tahun

ii) Fasa II: Pengukuran bagi Pemain Bawah 23 tahun.

Selain itu, di sebabkan tempoh masa yang terhad terutama melibatkan subjek,

maka penyelidik telah melakukan ujian selama 2 hari bagi setiap fasa dengan 3=1 hari.

Page 55: kecergasan 4

42

PENGANALISIAN DATA

Kesemua data yang diperolehi daripada enam ujian yang di jalankan merupakan

skor mentah dan akan di tukarkan kepada skor-t.. Analisa secara statistik akan di

gunakan bagi mengetahui perbezaan skor min di antara kedua-dua subjek.

Perbandingan skor min dari enam ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran akan

dianalisis menggunakan perisian SPSS-Version 11.5. Ujian-t akan digunakan untuk

menentukan samada hipotesis nol di terima atau ditolak dan pengujian hipotesis di buat

berdasarkan tahap keertian p=0.05

Page 56: kecergasan 4

BAB IV

ANALISIS DATA

Dalam bab ini, penyelidik akan menganalisis data yang diperolehi

berdasarkan ujian yang telah di jalankan. Penyelidik akan menganalisis data

demografi subjek berdasarkan pasukan bola sepak yang di wakili pemain, umur,

berat dan ketinggian pemain. Bahagian seterusnya, penyelidik akan menganalisis

data yang diperolehi daripada 6 ujian yang di jalankan.

Jadual 4.1

Bilangan Subjek Berdasarkan Pasukan Bola Sepak Yang Di Wakili

PASUKAN

BILANGAN

PERATUS

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

20

50%

NEGERI SEMBILAN

20

50%

JUMLAH

40

100%

N= 40 Pemain

Jadual 4.1 menunjukkan analisis statistik bilangan pemain mengikut pasukan

yang di wakili. Daripada jumlah keseluruhan terdapat seramai 40 orang pemain bagi

kedua-dua pasukan. Bagi pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan

Durah terdapat seramai 20 orang pemain atau (50%) manakala 20 orang pemain

(50%) terdiri daripada pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan.

Page 57: kecergasan 4

44

Jadual 4.2

Bilangan Subjek Berdasarkan Umur Mengikut Pasukan Yang Di Wakili

PASUKAN

UMUR

BILANGAN

PERATUS

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

(BAWAH 18 TAHUN)

16

17

8

12

40%

60%

JUMLAH

20

100%

NEGERI SEMBILAN

19

20

21

5

11

4

25%

55%

20%

JUMLAH

20

100%

N= 40 Pemain

Jadual 4.2 menunjukkan analisis statistik pemain kedua-dua pasukan mengikut

umur. Hasil analisis menunjukkan pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah terdiri daripada 8 orang pemain (40%) yang berumur 16 tahun dan 12

orang pemain (60%) yang berumur 17 tahun. Bagi pasukan bawah 23 tahun Negeri

Sembilan pula, terdapat 5 orang pemain (25%) yang berumur 19 tahun, 11 orang

pemain (55%) berumur 20 tahun dan 4 orang pemain (20%) berumur 21 tahun.

Page 58: kecergasan 4

45

Jadual 4.3

Taburan Berat Pemain Pasukan Bawah 18 Tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan

Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

BERAT

BILANGAN

PERATUS

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

45-55 Kg

10

50%

56-65 Kg

8

40%

66-75 Kg

2

10%

JUMLAH

20

100%

NEGERI SEMBILAN

50-60 Kg

7

35%

61-70 Kg

11

55%

71-80 Kg

2

10%

JUMLAH

20

100%

Jadual 4.3 menunjukkan taburan berat pemain pasukan bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah. Seramai 10 orang (50%) pemain mempunyai berat 45-55 kg dan

8 orang (40%) pemain mempunyai berat antara 56-65 kg. Sementara hanya 2 pemain

(10%) mempunyai berat 66-75 kg. Manakala bagi pasukan bawah 23 tahun Negeri

Sembilan, terdapat seramai 7 orang (35%) pemain mempunyai berat 50-60 kg dan 11

orang (55%) pemain mempunyai berat 61-70 kg. Bagi berat 71-80 kg pula, hanya

terdapat 2 pemain (2%). Daripada data tersebut menunjukkan pemain pasukan bawah

23 tahun Negeri Sembilan mempunyai berat yang lebih dari pasukan bawah 18 tahun

SMK. Tunku Ampuan Durah.

Page 59: kecergasan 4

46

Jadual 4.4

Taburan Ketinggian Pemain Pasukan Bawah 18 Tahun SMK. Tunku Ampuan Durah

dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

TINGGI

BILANGAN

PERATUS

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

160-165 cm

4

20

166-170 cm

11

55

171-175 cm

5

25

JUMLAH 20

100%

NEGERI SEMBILAN

165-170 cm

3

15

171-175 cm

11

55

176-180 cm

6

30

JUMLAH 20

100%

Data di atas menunjukkan taburan ketinggian pemain bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah dan 23 tahun Negeri Sembilan. Bagi pasukan bawah 18 tahun,

seremai 4 pemain (20%) mempunyai ketinggian 160-165 cm manakala 11 pemain (55%)

mempunyai ketinggian 166-170 cm. Bagi ketinggian 171-175 cm pula, hanya terdapat 5

pemain (25%). Pasukan bawah 23 tahun pula terdapat 3 pemain (15%) mempunyai

ketinggian 165-170 cm manakala 11 pemain (55%) mempunyai ketinggian 171-175 cm.

Seramai 6 pemain (30%) mempunyai ketinggi 176-180 cm. Analisis tersebut

menunjukkan bahawa pemain pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan mempunyai

tahap ketinggian yang lebih berbanding pasukan bawah 18 tahun.

Page 60: kecergasan 4

47

Jadual 4.5

Perbandingan Min Berat dan Tinggi Pasukan Bawah 18 Tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan.

PASUKAN MIN

(BERAT)

MIN

(TINGGI)

SMK. TUNKU AMPUAN DURAH

56.9 KG

168.15

NEGERI SEMBILAN

63.35 KG

173.75

Jadual 4.5 menunjukkan perbandingan skor min bagi tinggi dan berat antara

pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan pasukan bawah 23 tahun

Negeri Sembilan. Min bagi berat pemain pasukan bawah 18 tahun ialah 56.9 kg

manakala pasukan bawah 23 tahun ialah 63.35. Sementara min bagi ketinggian pasukan

bawah 18 tahun ialah 168.15 dan pasukan bawah 23 tahun ialah 173.75. Daripada

jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa pemain bawah 23 tahun Negeri Sembilan

mempunyai berat dan tinggi yang lebih berbanding dengan pemain bawah 18 tahun.

Perbezaan skor min bagi tinggi ialah 5.6 cm manakala untuk berat badan pula ialah 6.45

kg.

Page 61: kecergasan 4

48

Jadual 4.6

Perbandingan Nilai Min dan Sisihan Piawai Skor t Ujian Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kemahiran Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah dan Pasukan Bawh 23 Tahun Negeri Sembilan

UJIAN SUBJEK MIN SISIHAN

PIAWAI

STAD

49.51

8.90

Ujian Dirian Bangau

NEGERI SEMBILAN

50.49

11.21

STAD

47.81

12.54

Ujian Lompat Menegak

NEGERI SEMBILAN

52.21

6.15

STAD

50.43

10.78

Ujian Zig Zag Bola Sepak

NEGERI SEMBILAN

48.57

10.31

STAD

49.79

1.16

Ujian Pergerakan Tindak

Balas Pilihan Nelson NEGERI SEMBILAN

49.50

0.84

STAD

51.50

7.32

Ujian Pecut 50 ela

NEGERI SEMBILAN

48.25

9.81

STAD

50.64

12.94

Ujian Ketangkasan SEMO

NEGERI SEMBILAN

48.57

6.01

Page 62: kecergasan 4

49

Rajah 4.1 : Perbezan Min Skor T Bagi Pasukan Bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah.

5

55

105

155

205

255

BMI DJ BTLB LJB BLEEP JUMLAHSKOR T

BWH 13 THNBAWAH 14 THN

Jadual 4.6 menunjukkan data deskriptif yang di perolehi hasil daripada enam

ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang telah di lakukan ke atas pasukan

bola sepak bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan pasukan bawah 23 tahun

Negeri Sembilan. Hasil daripada skor mentah yang diperolehi, skor tersebut akan di

tukar kepada skor Z terlebih dahulu sebelum mendapat jumlah min skor T.Dalam ujian

dirian bangau, min pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah 49.51

Page 63: kecergasan 4

50

berbanding pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan iaitu 50.49. Perbezaan min

antara kedua-dua pasukan ialah 0.98. Sementara bagi i ujian lompat menegak pula, min

bagi pasukan SMK. Tunku Ampuan Durah adalah 47.81 dan pasukan bawah 23 tahun

Negeri Sembilan ialah 52.21.Skor tersebut menunjukkan perbezaan min skor t ialah 4.4.

Untuk ujian zig zag bola sepak pula, menunjukkan min pasukan bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah adalah lebih tinggi 50.43 dan pasukan bawah 23 tahun Negeri

Sembilan ialah 48.57. Di sini terdapat perbezaan sebanyak 1.86.Manakala bagi ujian

Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson pula, perbezaan min kedua-dua pasukan ialah

0.29. Min bagi pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah ialah 49.79

sementara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan ialah 49.50. Dalam ujian lari pecut

50 ela, min pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah ialah 51.50 dan nilai

min pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan adalah 48.25. Perbezaan min pula ialah

3.25. Dalam ujian ketangkasan SEMO pula, nilai min pasukan bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah ialah 50.64 berbanding pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan

pula nilai min ialah 48.57. Secara keseluruhanya, keputusan min skor t ini tidak

menunjukkan t perbezaan yang ketara di antara skor min bagi kedua-dua pasukan.

Page 64: kecergasan 4

51

Jadual 4.7

Perbandingan Nilai Min Ujian Dirian Bangau bagi Pasukan Bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN

DURAH

49.51

8.90

NEGERI SEMBILAN

50.49

11.21

38

-.305

.762

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di

perolehi ialah -.305.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap keseimbangan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan

bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap keseimbangan pasukan

bawah 23 tahun (min=50.49) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun

SMK. Tunku Ampuan Durah (min=49.51).

Page 65: kecergasan 4

52

Rajah 4.2

Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Dirian Bangau

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis Penolakan Hipotesis

-4.439 - 2.024 -0.305 0 +2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu -0.305 bagi ujian Dirian Bangau menunjukkan ia

terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol pertama yang

menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap keseimbangan

antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah adalah di terima.

Page 66: kecergasan 4

53

Jadual 4.8

Perbandingan Nilai Min Bagi Ujian Lompat Menegak bagi Pasukan Bawah 18 tahun

SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN

DURAH

47.81

12.54

NEGERI SEMBILAN

52.21

6.15

38

-1.411

.169

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di

perolehi ialah –1.411.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap kuasa kaki pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan

bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap kuasa kaki pasukan bawah 23

tahun (min=52.21) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah (min=47.81).

Page 67: kecergasan 4

54

Rajah 4.3

Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Lompat Menegak

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis Penolakan Hipotesis

-4.439 - 2.024 -1.411 0 +2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu –1.411 bagi ujian Lompat Menegak menunjukkan

ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol kedua yang

menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kuasa kaki antara

pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan

Durah adalah di terima.

Page 68: kecergasan 4

55

Jadual 4.9

Perbandingan Nilai Min Ujian Zig Zag Bola Sepak bagi Pasukan Bawah 18 Tahun

SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN

DURAH

50.43

10.78

NEGERI SEMBILAN

48.57

10.31

38

.557

.581

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di

perolehi ialah 0.557.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap koordinasi pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan

bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap koordinasi pasukan bawah 23

tahun (min=48.57) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah (min=50.43).

Page 69: kecergasan 4

56

Rajah 4.4

Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Zig Zag Bola Sepak

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis Penolakan Hipotesis

-4.439 - 2.024 0 0.557 +2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.557 bagi ujian Zig Zag Bola Sepak

menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol ketiga

yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap koordinasi

antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah adalah di terima.

Page 70: kecergasan 4

57

Jadual 4.10

Perbandingan Nilai Min Bagi Ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan Nelson bagi

Pasukan Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah

23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN

DURAH

49.79

1.16

NEGERI SEMBILAN

49.50

0.84

38

.892

.378

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di

perolehi ialah 0.892.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap masa reaksi pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan

bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap masa reaksi pasukan bawah

23 tahun (min=49.50) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah (min=49.79).

Page 71: kecergasan 4

58

Rajah 4.5

Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Pergerakan Tindak Balas

Pilihan Nelson

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis Penolakan Hipotesis

-4.439 - 2.024 0 0.892 +2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.892 bagi ujian Pergerakan Tindak Balas Pilihan

Nelson menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol

keempat yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

masa reaksi antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun

SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

Page 72: kecergasan 4

59

Jadual 4.11

Perbandingan Nilai Min Ujian Lari Pecut 50 ela Bagi Pasukan Bawah 18 tahun

SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN

DURAH

51.50

7.32

NEGERI SEMBILAN

48.25

9.81

38

1.188

.242

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di

perolehi ialah 1.188.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap kepantasan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan

bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap kepantasan pasukan bawah

23 tahun (min=48.25) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah (min=51.50).

Page 73: kecergasan 4

60

Rajah 4.6

Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Lari Pecut 50 ela

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis Penolakan Hipotesis

- 2.024 0 1.188 +2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 1.188 bagi ujian Lari Pecut 50 ela menunjukkan

ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol kelima yang

menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap masa reaksi

antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah adalah di terima.

Page 74: kecergasan 4

61

Jadual 4.12

Perbandingan Nilai Min Bagi Ujian Ketangkasan SEMO bagi Pasukan Bawah 18

tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN

DURAH

50.64

12.94

NEGERI SEMBILAN

48.57

6.01

38

.649

.520

Pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di

perolehi ialah 0.649.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap kepantasan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan

bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap kepantasan pasukan bawah

23 tahun (min=48.57) adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK.

Tunku Ampuan Durah (min=50.64).

Page 75: kecergasan 4

62

Rajah 4.7

Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Ujian Ketangkasan SEMO

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis Penolakan Hipotesis

- 2.024 0 0.649 +2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.649 bagi ujian Krtangkasan SEMO

menunjukkan ia terletak di kawasan penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol

keenam yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

masa reaksi antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun

SMK. Tunku Ampuan Durah adalah di terima.

Page 76: kecergasan 4

63

Jadual 4.13

Perbandingan Nilai Min Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran bagi Pasukan

Bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dan Pasukan Bawah 23 Tahun

Negeri Sembilan

PASUKAN

MIN

SISIHAN PIAWAI

df

NILAI-t

Sig (2-tailed

SMK. TUNKU AMPUAN

DURAH

299.68

28.04

NEGERI SEMBILAN

297.60

24.33

38

.251

.803

Analisis ujian-t menunjukkan pada tahap kesignifikan p=0.05 dan df=38, nilai t

kritikal ialah + 2.024. Nilai t kira yang di perolehi ialah 0.251.

Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan bawah 23

tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun Sek. Men. Tunku Ampuan Durah. Tahap

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan bawah 23 tahun (min=297.60)

adalah lebih baik berbanding pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah

(min=299.68).

Page 77: kecergasan 4

64

Rajah 4.8

Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kemahiran

Penerimaan Hipotesis

Penolakan Hipotesis Penolakan Hipotesis

- 2.024 0 0.251 +2.024

Berdasarkan kepada nilai t iaitu 0.251 menunjukkan ia terletak di kawasan

penerimaan hipotesis. Oleh itu, hipotesis nol ketujuh yang menyatakan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran

antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah adalah di terima.

Page 78: kecergasan 4

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Di dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan hasil dapatan kajian yang

diperolehi melalui enam ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang di

jalankan. Selain itu, penyelidik juga akan membincangkan dapatan kajian yang

diperolehi dengan menghubung kaitkan dengan penulisan berkaitan. Di samping itu

juga, penyelidik akan mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai agar dapat di

jadikan panduan kepada pihak yang terlibat atau penyelidik pada masa hadapan ke arah

meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal atlet.

PERBINCANGAN

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam objektif kajian iaitu untuk melihat

perbandingan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan bawah 18

tahun SMK. Tunku Ampuan Durah dengan pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan.

Maka tahap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran pasukan tersebut telah di nilai

berdasarkan kepada enam ujian bagi menguji tahap keseimbangan, kuasa, koordinasi,

ketangkasan, kepantasan dan masa reaksi.

Page 79: kecergasan 4

66

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min skor pasukan bawah 23 tahun

Negeri Sembilan adalah lebih baik daripada pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah. Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan di antara min skor bagi ujian Dirian Bangau, Lompat Menegak, Zig Zag Bola

Sepak, Ketangkasan SEMO, Tindak Balas Pilihan Nelson dan Lari Pecut 50 ela.

Hipotesis kajian pula menunjukkan hipotesis nol pertama hingga keenam yang

menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pasukan bawah 23 tahun

Negeri Sembilan dan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah di terima manakala.

hipotesis alternatif di tolak. Begitu juga dengan hipotesis nol ketujuh yang menyatakan

tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan fizikal

berlandaskan kemahiran antara pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan dan bawah

18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah di terima serta menolak hipotesis alternatif.

Walaupun secara keseluruhannya tahap kecergasan fizikal berlandaskan

kemahiran pasukan bawah 23 tahun Negeri Sembilan adalah lebih baik dari pasukan

bawah 18 tahun tetapi jika di lihat pada jumlah kseluruhan skor min setiap ujian

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara bagi kedua-dua pasukan. Ini di

sokong oleh kajian yang di buat oleh Baumgartner dan Jackson (1991) yang

menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kecergasan antara atlet yang

bermain dalam permainan yang sama. Di samping itu, salah satu faktor yang

mempengaruhi keputusan ujian tersebut adalah kekerapan latihan oleh setiap pemain.

Berdasarkan kepada kekerapan latihan, jelas meununjukkan bahawa pasukan bawah 23

tahun mempunyai kekerapan latihan yang tinggi iaitu lapan kali seminggu termasuk

pada sebelah pagi. Berbanding dengan pasukan bawah 18 tahun yang terikat dengan

jadual persekolahan pada waktu pagi, mereka hanya menjalani latihan sebanyak 5 kali

seminggu. Ini di sokong melalui kajian oleh Fox dan Mathew (1981) yang menyatakan

Page 80: kecergasan 4

67

satu prinsip mengenai kekerapan menjalani latihan dan kesan ke atas tahap kecergasan

fizikal pemain. Mereka berpendapat, untuk memperolehi tahap kecergasan fizikal yang

tinggi dan memuaskan, kekerapan latihan sebanyak 3 kali seminggu adalah di perlukan.

Oleh sebab itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pasukan bawah 23 tahun yang

menjalani latihan yang kerap mempunyai kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran

yang baik berbanding bawah 18 tahun.

Selain itu, faktor umur juga menunjukkan perbandingan dapatan kajian. Ini

berdasarkan kepada kenyataan Clarke (1971) yang menyatakan bahawa pengaruh

umur memberi kesan ke atas prestasi kecergasan motor. Menurut beliau, apabila umur

semakin meningkat maka kecergasan motor individu akan menjadi semakin tinggi

selaras dengan peningkatan umur. Jadi, berdasarkan kepada kajian Clarke (1971) ia

dapat menyokong hasil kajian yang menunjukkan pasukan bawah 23 tahun mempunyai

kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran yang baik berbanding bawah 18 tahun

walaupun perbezaannya tidak ketara.

Selain itu, program latihan yang di jalankan juga telah mempengaruhi keputusan

ujian kecergasan fizikal tersebut. Oleh sebab kedua-dua pasukan akan menyertai

pertandingan yang kompetitif di peringkat kebangsaan maka program latihan yang di

ikuti adalah sistematik dan mengikut prinsip-prinsip latihan bagi meningkatkan

kecergasan pemain. Jika dilihat pada dapatan kajian menunjukkan tahap kecergasan

motor kedua-dua pasukan adalah tidak berbeza. Ini selaras dengan kenyataan yang di

buat oleh Hockey (1981) yang telah menyenaraikan beberapa prinsip latihan dalam

sesebuah program latihan iaitu intensiti, tempoh latihan, kekerapan dan penambahan

bebanan. Ini kerana jika prinsip-prinsip tersebut di amalkan dalam latihan ia akan

memberi kesan ke atas kecergasan fizikal individu. Dapatan kajian juga menyokong

Page 81: kecergasan 4

68

kajian yang di lakukan oleh Beim (1977) yang menjelaskan bahawa seseorang pemain

bola sepak akan dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan motor dengan lebih

berkesan menerusi latihan yang khusus dan spesifik. Menerusi latihan yang khusus dan

spesifik, seseorang pemain dapat meningkatkan tahap kecergasan dan permainannya.

Di samping itu, faktor fizikal pemain juga seperti ketinggian dan berat badan juga

boleh mempengaruhi kecergasan motor. Ini berdasrkan kepada hasil kajian yang di

lakukan oleh Espenschade (1963) yang mendapati bahawa ketinggian dan berat badan

akan mempengaruhi prestasi kecergasan motor individu. Hasil dapatan kajian ini

menyokong kajian yang di lakukan oleh Espenschade (1963) kerana jika di lihat min

tinggi dan berat kedua-dua pasukan adalah berbeza. Min tinggi pasukan bawah 23

tahun Negeri Sembilan ialah 173.45 cm dan min berat adalah 63.35 kg. Manakala min

tinggi pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah adalah 167.15 cm dan min

berat ialah 56.9 kg. Mengikut dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pasukan bawah

23 tahun mempunyai tahap kecergasan motor yang lebih baik berbanding pasukan

bawah 18 tahun kerana faktor ketinggian dan berat badan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran antara pemain bola

sepak bawah 23 tahun Negeri Sembilan dengan pemain bawah 18 tahun SMK. Tunku

Ampuan Durah. Walaupun pasukan bawah 18 tahun merupakan pasukan sekolah

berbanding pasukan negeri bagi pasukan bawah 23 tahun tetapi tidak semestinya

terdapat perbezaan yang ketara antara pasukan negeri dan pasukan sekolah dari segi

kecergasan fizikal. Ini kerana pasukan SMK. Tunku Ampuan Durah merupakan salah

Page 82: kecergasan 4

69

sebuah sekolah projek bola sepak di Malasia dan kebanyakan pemainnya mempunyai

pengalaman beraksi pada peringkat yang kompetif. Dapatan kajian menunjukkan jurang

perbezaan skor min di antara kedua-dua pasukan tidak begitu ketara. Semasa ujian ini

di lakukan, pasukan bawah 18 tahun SMK. Tunku Ampuan Durah sedang dalam fasa

latihan peringkat akhir bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tunas

Cemerlang Malaysia manakala pasukan bawah 23 tahun baru memulakan fasa latihan

peringkat awal. Ini juga merupakan salah satu faktor yang menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pasukan.

Oleh itu faktor latihan yang berterusan dan mengikut prinsip-prinsip latihan

seperti intensiti, kekerapan dan tempoh masa latihan akan mampu mengekalklan tahap

kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan motor. Kenyataan Prentice (1971)

bahawa peningkatan tahap kecergasan ini adalah hasil daripada penglibatan diri dalam

latihan aktiviti fizikal yang bersistematik dan berterusan. Adalah lebih baik jika

seseorang atlet dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal dengan memberi

penekanan kepada semua komponen kecergasan berlandaskan kesihatan dan motor

secara bersepadu. Pemilihan ujian yang telah di jalankan adalah bersesuaian dengan

pemain bola sepak kerana kesemua komponen kecergasan motor terlibat dalam

permainan bola sepak.

CADANGAN

Bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik, penyelidik menyarankan supaya

penyelidik yang akan menjalankan penyelidikan pada masa hadapan agar memberi

perhatian terhadap aspek-aspek berikut;

Page 83: kecergasan 4

70

1. Penyelidik perlu mematuhi segala prosedur yang berkaitan dengan ujian seperti

yang dinyatakan semasa melakukan ujian ke atas sampel. Hal ini penting kerana

semua aspek yang dinyatakan dalam syarat menjalankan ujian boleh

mempengaruhi keputusan ujian. Oleh itu dicadangkan setiap penyelidik dan

penolong penguji perlu cekap dalam mentadbir ujian. Ini disebabkan ujian yang

dijalankan tanpa mematuhi prosedur akan mempengaruhi skor ujian tersebut dan

skor yang tepat sukar diperolehi. Di sampaing, penyelidik juga perlu membuat

rujukan terlebih dahulu sebelum melakukan ujian tersebut.

2. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih menyeluruh, bilangan sampel perlulah

lebih besar. Oleh itu disarankan penyelidik dapat menggunakan populasi yang

lebih besar supaya memperolehi keputusan yang lebih menyeluruh dan tepat

dari aspek perbandingan.

3. Selain itu, pembolehubah luaran perlu diberi perhatian oleh penyelidik. Aspek-

aspek seperti pemakanan, latihan, motivasi, kosentrasi, kelesuan, masa, tempat

dan alatan ujian yang dijalankan perlu diberi perhatian supaya sampel dapat

mencatat skor yang lebih baik semasa melakukan ujian.

4. Dicadangkan juga, sampel yang terlibat dalam ujian perlu diberikan latihan

spesifik terlebih dahulu dalam jangka masa tertentu sebelum melakukan ujian.

Bagi mengurangkan kesilapan semasa melakukan ujian, adalah dicadangkan

supaya penyelidik melakukan demonstrasi terlebih dahulu kepada subjek.Ini

kerana kebanyakan sampel tidak mempunyai pengetahuan untuk melakukan

ujian tersebut.

Page 84: kecergasan 4

71

5. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh jurulatih serta guru

Pendidikan Jasmani untuk memilih pemain pada masa akan datang. Ini kerana

dalam permainan bola sepak kecergasan fizikal adalah amat penting samada

berlandaskan kesihatan atau motor

6. Pembolehubah

Terdapat beberapa pembolehubah luaran yang boleh mempengaruhi keputusan

kajian. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya penyelidik pada masa akan datang

melakukan kawalan yang lebih ketat ke atas pembolehubah seperti waktu ujian,

kesungguhan subjek, teknik pentadbiran ujian dan sesi memanaskan badan.

Page 85: kecergasan 4

72

RUJUKAN

Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim : Quantum

Books. Baumgartner, T. & Jackson, A. S. (1991). Measurement for Evaluation In Physical

Education and Exercise Science (4th ed.). Dubuque : Wm. C. Brown. Barrow, H.M. & McGee, R. (1979). A Practical Approach to Measurement in

Physical Education (3rd ed.). Philadelphia: Lea and Fobiger. Beck, M., Biddle, S., Looy, A.D. & Thomas, P. (1995). Soccer Trainning. Bristol: Crowood Press Ltd. Beim, George. (1977). Principles of Modern Soccer. Boston: Houghton Mifflin Co.

World Cup Sport, Inc.

Bompa, T.O. (1983). Theory and Methadology of Training: The Key to Athletics Performance. Dubuque, Iowa: Kendall/Hunt Publishing Co.

Bookwalter, K.W. (1952). The Relationship of Body Size and Shape to Physical

Performance. Research Quarterly. 23:279-285. Brook, N. (1988). Endurance Running. Marlborough: The Crowood Press. Clarke, H.H. (1971). Physical and motor tests in the Medford Boy’s Growth Study.

Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. Clarke, H.H. (1976). Application of Measurement to Health and Physical Education

(5th ed.). Endglewood, New Jersey: Prentice-Hall. Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1988). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (6th ed). Dubuque:. Brown and BrenchmarkPublishers. Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1997). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (8th ed.). Dubuque: Brown and BrenchmarkPublishers. Corbin, C. B., Welk, G. J., Lindsey, R., Corbin, W. R., ( 2004 ). Concepts of Fitness and

Wellness : A Comprehensive Lifestyle Approach. (5th ed.). McGraw-Hill Co. Coutts, D. (1976). Leg Power and Canadian Female Volleyball Players.

Research Quarterly. 47, 3, 325-335 Cozen, F.W. (1929). The Measurement of General Athletics Ability in College Men. Oregon: University of Oregon Press. Dintiman, G.B (1979). A comprehensive Manual of Foundation and Physical Education

Activities for Men and Women. Menneapolis: Burges Publishing Company.

Page 86: kecergasan 4

73

Espenschade,A. (1963). Restsudy of Relationship Between Physical Performance of School Children and Age, Height and Weight. Research Quaterly. 34, 144-153.

Falls, H. B., Baylor, A. M., & Dishman, R.K. (1980). Essentials of fitness.

Philadelphia : Saunders. Getchell, B., ( 1992 ). Physical Fitness A Way To Life (4th ed.). New York:

Macmillan Pub.Co. Hascelik, Z., Basgose, O., Turker, K., Norman, S., Ozker, R. (1989). The Effects of

Physical Training on Physical Fitness Test and Auditory and Visual Reaction Time of Volleyball Player. The Journal of Sports Medicine and Physical Fitness, 29, 234-236.

Harari, D.K. (1969). The Physiological Basic of Physical Education and Athletics (2nd ed.). Philadelphia: College Publishing. Co.

Hastad, N.D. & Lacey, C.A. (1998). Measurement and Evaluation in Physical Education

& Exercise Science (3rd ed.). United States: Allyn & Bacon. Hemery, D. (1988). Athletics in Action. London: Stanley Paul Company. Henry, F.M. (1958). Increased Response Latency for Complicated Movements and a

Memory Drum Theory of Neuromotor Reaction. Research Quaterly. 31:448-458. Hockey, R.V. (1980). Physical Fitness: The Pathway to Healthful Living (4th Ed. ). St. Louis: C.V. Mosby Co. Jaski, A. & bale, P. (1987). Te Physique and Body Composition of Top Class Squash

Player. Journal of Sports Medicine. 27:114-118. Johnson, B. L. , & Nelson, J. K. (1979). Practical Measurements for Evaluation in

Physical Education (3th ed.). New York : Macmillan Publishing. Johnson, B.L., & Nelson, J.K. (1986). Practical measurements for evaluation

in physical education ( 4th ed. ). New York, Macmillan Publishing. Klinzing, T.E. (1980). The Physical Fitness Status of Police. Journal of Sports Medicine. 20:291-295. Lamb, David, R. (1978). Physiology of Exercise. New York : Macmillan Publishing Co.

Magil, R.A. (1985). Motor Learning: Concept & Application. Iowa: WBC. Malpeli, R., Herton, M., & Davey, G. (1997). Physical Education (2nd ed.).

South Melbourne International : Thomson Publishing Company. Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 87: kecergasan 4

74

Mathews, D. (1973). Measurement In Physical Education. (4th ed.). Philadelphia: W.B Sanders Co.

O’shea, J.P. (1992). Scientific Principles and Methods of Strength Fitness.

California: Addiso-Wesley Co.

Oxendine, J. B. (1968). Phsychology of Motor Learning. New Jersey: Prentice Hall. Pangrazi, R.P. & Corbin, C.B. (1990). Age as a Factor to Physical Fitness Test

Performance. Research Quarterly for Exercise and Sports. 61(4):410-414. Prentice, W.E. (1971). Fitness for College and Life (4th ed.). Champain.J.L: Human Kinetics. Sheldon, L.S. (1979). Reaction Time of Indian Hockey Players With Reference to

Three Level of Participation. Journal of Sports Medicine. 19, 199-202. Thomas, J.R. & French, K.E. (1985). Gender Difference a Cross Age in Motor

Performance: A Meta-Analysis. Research Quaterly. 98(2), 260-282. Thomas, J.R. & Nelson, J.K. (1996). Research Method in Physical Activity. USA:

Human Kinetics. Warden, P. (1986). Sprinting and Hurdling. Marlborough: The Crowood Press. Williams, P. (1995). An Introduction to Health and Physical Education for Secondary

School (2nd ed.). South Melbourne: Moreton Bay Pub. Winnick, J.P., Short, F.X. (1985). Physical Fitness Testing of the Disabled

(Project Unique). Champaign, Illinois: Human Kinetics. Weatherly, J. & Schinck, C. (1996). Concept for Baseball Conditioning. Journal of

Strength and Research. 10(2)32-38.

Page 88: kecergasan 4

LAMPIRAN A

SURAT KEBENARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Page 89: kecergasan 4
Page 90: kecergasan 4

LAMPIRAN B

SURAT KEBENARAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNS)

Page 91: kecergasan 4
Page 92: kecergasan 4
Page 93: kecergasan 4

LAMPIRAN C

SURAT KEBENARAN PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS)

Page 94: kecergasan 4
Page 95: kecergasan 4

LAMPIRAN D

BORANG SKOR UJIAN

Page 96: kecergasan 4

BORANG SKOR

NAMA: ___________________________

UMUR: __________________________

TINGGI: ______________________

BERAT: ________________________

KEKERAPAN LATIHAN: ___________ KALI SEMINGGU

PASUKAN: _____________________

SKOR (Percubaan)

UJIAN 1 2 3

1. Ujian Dirian Bangau

2. Ujian Lompat Menegak

3. Ujian Zig Zag Bola Sepak

4. Ujian Lari Pecut 50 ela

5. Ujian Ketangkasan SEMO

6. Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson

TARIKH: __________________ T.TANGAN PENGUJI:

____________________

Page 97: kecergasan 4

LAMPIRAN E

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN

Page 98: kecergasan 4

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN

NORMA UJIAN LARI PECUT 50 ELA

PERCENTILE KADAR CATATAN MASA LELAKI

95 6.0 saat

75 6.3 saat

50 6.6 saat

25 7.0 saat

5 7.7 saat

NORMA BAGI UJIAN DIRIAN BANGAU

TAHAP PENCAPAIAN

MASA

Cemerlang

51 saat ke atas

Baik

37-50 saat

Memuaskan

15-36 saat

Lemah

5-14 saat

Sangat Lemah

0-4 saat

Page 99: kecergasan 4

NORMA UJIAN LOMPAT MENEGAK

Vertical (cm) Score

Males

> 70 Excellent

61 – 70 Very good

51 – 60 Above average

41 – 50 Average

31 – 40 Below average

21 – 30 Poor

< 21 Very poor

NORMA UJIAN KEMAHIRAN MENGGELECEK ZIG ZAG BOLA SEPAK (AAHPERD)

(PERCENTILE) 95

9.9

7.7

7.8

8.0

8.7

7.7

7.7

8.4

75

10.7

9.3

8.8

9.0

9.5

8.6

8.7

9.0

50

11.5

10.3

9.6

9.7

10.0

9.1

9.3

9.6

25

12.5

11.3

10.5

10.3

10.7

9.9

10.1

10.3

5

15.8

14.2

12.3

12.1

12.0

11.5

12.2

12.1

Page 100: kecergasan 4

NORMA UJIAN KETANGKASAN SEMO

Pencapaian Lelaki

Cemerlang

10.72 dan ke bawah

Baik

11.49 –10.73

Sederhana

13.02 – 11.50

Lemah

13.79 – 13. 03

Sangat Lemah

13.80 dan ke atas

NORMA UJIAN PERGERAKAN TINDAK BALAS PILIHAN NELSON

PERFORMANCE LEVEL

SCORE (second)

Advanced

1.30 and below

Advanced Intermediate

1.60-1.35

Intermediate

2.40-1.65

Advanced Intermediate

2.70-2.45

Beginner

2.75 and above

Meadows, P. E. ( 1959 ). The Effect of Isotonic and Isometric Muscle Contraction Training on Speed, Force, and Strength. Microcarded doctoral dissertation, University of Illinois : Urbana-Champaign.

Page 101: kecergasan 4

LAMPIRAN F

KEPUTUSAN ANALISIS UJIAN-t

Page 102: kecergasan 4
Page 103: kecergasan 4
Page 104: kecergasan 4
Page 105: kecergasan 4

LAMPIRAN G

SURAT PERAKUAN PELAJAR

Page 106: kecergasan 4