keberkesanan mendraf pola terus pada fabrik bagi baju kurung pesak buluh dan kain ombak mengalun...

16
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PDP TAJUK: KEBERKESANAN TEKNIK MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

Upload: hanizah-talip

Post on 21-Jun-2015

800 views

Category:

Education


12 download

DESCRIPTION

Objektif am modul ini adalah supaya pelajar-pelajar akan dapat memahami dan mneguasai perkara-perkara seperti berrikut:- i) Mengetahui dan mengenali cara lain dalam mendraf pola ii) Menghasilkan pakaian dalam tempoh yang singkat iii) Dapat memberi impak pada perusahaan pakaian

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PDP

TAJUK: KEBERKESANAN TEKNIK MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI

BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT

BANTU PDP

DISEDIAKAN OLEH :

HANIZAH BINTI TALIP

KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM

Page 2: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

1.1Latar Belakang Kajian

Kolej Komuniti berperanan menjadi sebuah gedung ilmu untuk member peluang

latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta memberi

peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau

melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Program Sijil Fesyen di

Kolej Komuniti Bukit Mertajam merupakan Program dalam menyalurkan ilmu

kepada masyarakat setempat. Terdapat beberapa kursus dalam program ini

untuk melayakkan pelajar mendapt sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti.

Kursus membuat Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun

merupakan modul yang dipelajari oleh pelajar SMK 1 Pakaian Tradisonal Wanita

Sijil Modular Kebangsaan Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti. Pendekatan

teknik PDP modul ini berfokus untuk member pendedahan kepada pelajar.

Objektif am modul ini adalah supaya pelajar-pelajar akan dapat memahami dan

mneguasai perkara-perkara seperti berrikut:-

i) Mengetahui dan mengenali cara lain dalam mendraf pola

ii) Menghasilkan pakaian dalam tempoh yang singkat

iii) Dapat memberi impak pada perusahaan pakaian

Kursus Kursus membuat Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun

banyak melibatkan proses amali yang memerlukan pelajar berkemahiran dengan

lebih baik lagi. Teknik pengajian dan penilaian untuk modul ini lebih bertumpukan

kepada penghasilan pakaian secara mudah tampa menggunakan kertas minyak.

Page 3: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

1.2 Pernyataan Masalah

Kebanyakan pelajar Fesyen dan Pakaian tidak menunjukkan minat dan lemah dalam

mendraf pola. Alasan yang sering diberikan oleh pelajar adalah mereka tiada minat dan

kemahiran mendraf pola asas.Antara alasan lain ialah mereka perlu berfikir dengan

mendalam untuk memahami formula-formula asas mendraf pola. Kebanyakan pelajar

pula lemah dalam penguasaan metematik semudah tambah , tolak dan bahagi dalam

membuat pola asas. Alasan ini boleh diketegorikan sebagai tahap motivasi pelajar

untuk belajar yang rendah disebabkan oleh penentuan objektif atau matlamat yang

kabur dan rasa tidak yakin. Penyelidikan Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus

Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat

Bantu PDP,akan berfokus kepada menyelesaikan permasalahan yang timbul iaitu

adakah tingkahlaku pelajar untuk belajar akan berubah daripada tidak mahir dalam

subjek ini kepada lebih menumpukan kepada subjek ini atas keperluan untuk mencapai

objektif yang ditetapkan? Bagi mencapai keputusan kajian, satu topik di dalam SMK 1

Pakaian.

1.3Objektif Kajian

Objektif kajian tentang respon pelajar SMK 1 Pakaian Tradisional Wanita bagi Arena

Pembelajaran Keberkesanan Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik

Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP.

2.1.1 Mengenalpasti tahap kreativiti dan kemahiran pelajar dalam mendraf pola bagi

Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun.

2.1.2 Melihat keberkesanan pelajar dalam mendraf pola pola bagi Baju Kurung Pesak

Buluh dan Kain Ombak Mengalun terus pada fabrik dengan lebih mudah dalam

masa yang singkat.

Page 4: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

1.4Soalan Kajian

Berdasarkan objektif –objektif di atas , kajian ini diharap dapat menjawab soalan-

soalan berikut:

1.4.1 Apakah tahap kemahiran pelajar terhadap pembelajaran

1.4.2 Apakah Penggunaan Mengaplikasikan Teknik Mendraf Pola Terus

Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain Ombak

Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP bantu mengajar dengan mudah

1.4.3 Apakah ganjaran rangsangan daripada pensyrah menyuntik minat

pelajar dalam mendraf pola Baju Kurung Pesak Buluh Dan Kain

Ombak Mengalun

1.5Kerangka Teori

Pavlov, E.L Thorndike dan B.F Skinner telah mengemukan pelbagai jenis teori

dan implikasi pembelajaran kepada guru. Ahli-ahli psikologi Behavoris

berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan

tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajran adalah kerana

wujudnya perhubungan rangsangan (stimulasi) dengan tindak balas (respon)

organism. Berasaskan pelaziaman (conditioning), berkaitan rangsangan dan

tidak balas akan membentuk sesuatu perhubungan sesuatu perrhubungan baru.

Oleh itu, untuk kajian ini, kerangkan teorinya hanya akan menumpukan kepada

teori perubahan tingkah laku seperti yang dihuraikan di dalam Teori

Behavorisiatu, tindakbalas pelajar terhadap pembelajaran dalam proses mendraf

secara terus Pola baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun setelah

melihat cara dan teknik mendraf terus pada fabrik sebagai salah satu cara PDP .

Tindak balas yang dimaksudkan adalah, sama ada pelajar-pelajar akan lebih

memahami dan menumpukan kepada pembelajaran mereka untuk modul ini

Page 5: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

walaupun setelah didapati tidak meminati modul tersebut. Kajian mendapati

bahagian teori untuk modul ini sangat penting bagi membentuk asas

pengetahuan pelajar tentang mendraf pola. Oleh itu pendekatan rangsangan dan

tidakbalas pelajar ini akan dikaji bagi menentukan apakah pendekatan

pengajaran yang sesuai untuk mendapatkan hasil pembelajaran seperti yang

dikehendaki.

2.0KAEDAH KAJIAN

Kaedah Kajian Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung Pesak

Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP ini adalah

berdasarkan kepada kaedah kajian berbentuk kajian kes. Kajian kes adalah

kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes yang berkaitan dengan manusia,

kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek , komuniti atau sebahagian daripada

program ini. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data Kes termasuk data

temuduga, data pemerhatian, data rekod dan penyertaan daripada mana-mana

ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah

pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.

Bagi Kajian yang sedang dijalankan, sampel kajian terdiri daripada pelajar-

pelajar SMK 1 Sijil Fesyen dan Pakaian sesi Januari 2011. Kes yang dikaji di

mana pelajar-pelajar tidak mempunyai kreativiti dalam mendraf pola terus pada

fabrik. Oleh itu beberapa kaedah pengumpulan data dilaksanakan untuk

menghasilkan dapatan dan cadangan penyelesaian bagi kajian yang sedang

dijalankan.

Page 6: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

2.1 Penilaian Dokumen – Dokumen merujuk kepada borang pentaksiran

berterusan (PB) pelajar yang merekod keputusan pelajar sepanjang semester

pengajian bagi membuat Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun.

Kajian dibuat dengan tugasan Amali dengan 3 jenis ukuran badan.. Dapatan

kajian berkenaan dengan perubahan tingkah laku pelajar iaitu sama ada terdapat

perubahan positif atau negatif akan dilihat menerusi markah penilaian pelajar

yang terkandung dalam borang PB tersebut.

2.2 Instrumen – Ujian pantas dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas

selesai peringkat tugasan yang bersaskan pada pelbagai saiz badan. Bagi

mencapai dapatan untuk mengetahui tahap minat pelajar terhdap topik ini , ujian

pantas dengan mentukan keputusan samada mereka dapat menyiapkan pola terus

diatas fabrik dalam masa 45 minit bagi menentukan tahap kemahiran dan

kefahaman pelajar. Dapatan menerusi temuduga ini diperolehi dengan

menggunakan instrument seperti berikut:-

2.2.1 Borang Penilaian Ujian Pantas.

Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan respon yang spesifik.

1. Pelajar dapat mendraf terus pola Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak

Mengalun diatas fabrik

Sangat baik

Baik

Memuaskan

Sangat Tidak Baik

2. Pelajar dapat menyiapkan pola baju kurung pesak Buluh dan Kain Ombak

Mengalun dalam masa 45 minit.

Sangat baik

Baik

Page 7: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

Memuaskan

Sangat Tidak Baik

3. Adakah sesi PDP yang dijalankan dengan teknik mendraf pola terus pada

fabrik ini pelajar dapat menyediakan dengan baik dan sempurna.

Sangat baik

Baik

Memuaskan

Sangat Tidak Baik

2.2.2 Proses Menganalisis Data

i. Tahap pra-analisi, semua ujian , disemak dan dinilai

ii. Tahap Kemasan data, ditranskripsikan dalam word processing atau dalam

format analisis tekstual menggunakan komupter

iii. Tahap persembahan data : Data dipersembahkan dalam bentuk carta pai

dan huraian diberikan untuk menghasilkan sesuatu dapatan yang

menepati kehendak kajian.

iv. Tahap verifikasi data, semua prosedur yang membawa kepad kesimpulan

dinyatakan dengan tepat

v. Tahap dapatan (termsuk interprestai) perbincangan dan interprestasi

dapatan.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Bagi kajian yang dijalankan perrbincangan perbincangan dibuat dengan merujuk

kepada dapatan kajian yang sedia ada tentang teori behaviorsme yang telah

mengemukan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada kaum pendidik.

Page 8: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

Soroton kajian ini diharap akan membantu mencpai dapatan yang diperlukan untuk

kajian tentang Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung

Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP .

3.1 BAHAGIAN A

Bahagian ini membincangkan dapatan secara kuantitatif berkenaan kajian

3.1.1 Pelajar dapat mendraf terus pola Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain

Ombak Mengalun diatas fabrik.

SANGAT BAIK12%

BAIK17%

MEMUASKAN63%

LEMAH8%

PERATUS PELAJAR DAPAT MENDRAF TERUS POLA BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN DIATAS FABRIK.

Rajah 3.1.1

3.1.2 Rajah 3.1.1 menunjukkan peratus pelajar dapat mendraf terus pola Baju

Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun diatas fabrik. Hasil

daripada ujian pantas 63% menunjukkan tahap memuaskan. Peratus ini

merupakan peratus yang tertinggi menunjukkan tahap kebolehan pelajar

mengadaptasikan teknik mendraf pola Baju Kurung Pesak Buluh terus

Page 9: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

pada fabrik. Peratusan bagi tahap baik adalah 17 % dan 8% lemah dalam

mendraf pola terus pada fabrik.

3.1.3 Pelajar dapat menyiapkan pola baju kurung pesak Buluh dan Kain Ombak

Mengalun dalam masa 45 minit.

SANGAT BAIK12%

BAIK17%

MEMUASKAN63%

LEMAH8%

PELAJAR DAPAT MENYIAPKAN POLA BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN DALAM MASA 45 MINIT.

Rajah 3.1.2

Rajah 3.1.2 mengambarkan seramai 63% memuaskan dapat meyiapkan

mendraf pola terus pada fabrik dalam masa 45 minit. Manakala 17% adalah baik

dan sangat baik 12% dan paling rendah 8 %. Ini menunjukkan pelajar boleh

mendraf pola dengan memuaskan terus pada fabrik. Dengan sedikit latihan

ulangan pasti pelajar dapat menjadi lebih baik.

Page 10: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

3.1.4 Adakah sesi PDP yang dijalankan dengan teknik mendraf pola terus pada

fabrik ini pelajar dapat menyediakan dengan baik dan sempurna.

SANGAT BAIK12%

BAIK17%

MEMUASKAN63%

LEMAH8%

Adakah sesi PDP yang dijalankan dengan teknik mendraf pola terus pada fabrik ini pelajar dapat menyediakan dengan baik dan sempurna.

Rajah 3.1.3

Page 11: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

4.0 Cadangan dan kesimpulan

Selaian dari teknik pembelajaran yang baru ini dalam mendraf pola terus pada fabrik

pensyarah perlu member motivasi kepada pelajar seperti member kata-kata pujian dan

samangat kepada pelajar. Contoh kata pujian yang boleh kita gunakan ialah :

“Syabas! Jawapan yang anda beri tepat sekali. Anda memang telah menumpukan

perhatian pada isi pelajaran yang diajar. Teruskan Usaha anda.”:

Dalam memberi pujian, sesuatu ganjaran yang baik tidak hanya memberi pujian kepada

jawapan yang betul sahaja. Bagi jawapan yang salah, respon negatif yang diberi

mestilah berbentuk positif agar pelajar tidak merasa putus asa untuk mencuba

menjawab soalan yang lain.

Ini adalaha kerana, respon negatif yang diberi boleh digunakan sebagai motivasi untuk

menaikkan semanagat pelajar agar berusaha dengan lebih gigih lagi.

Oleh itu,Keberkesanan Teknik Mendraf Pola Terus Pada Fabrik Bagi Baju Kurung

Pesak Buluh Dan Kain Ombak Mengalun Sebagai Alat Bantu PDP dapat menambah

kemahiran pelajar dan boleh menjimatkan masa. Dari segi sudut ekonomi ianya

menguntungkan. Namun begitu jangan dilupakan pujian dan perhatian sewajarnya

hasrus diberikan. Kekangan masa untuk menghasilkan kajian yang lebih mendalam

terhadap topik ini haruslah diperbincangkan di masa akan datang.

Page 12: KEBERKESANAN MENDRAF POLA TERUS PADA FABRIK BAGI BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN KAIN OMBAK MENGALUN SEBAGAI ALAT BANTU PDP

RUJUKAN / BIBILIOGRAPHY

1. John.RAnderson.(1995). Learning and Memory , An Intergrate Approach.John

Wiley & Sons

2. Stephen M.Kosslyn .(2004).Psychology.The Brain the Person The World Library

of Cataloging-in Publication Sdn.Bhd

3. Syarifah Akman Syed zakaria .(2006) panduan dan strategi Motivasi Diri. Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

4. Nicholas J.Machintosh & Andrew M> Colman (1995). <learning and Skilla.

Longman London & New York.