keberkesanan kicup dalam penukaran unit...

13
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 132 KEBERKESANAN KiCUP DALAM PENUKARAN UNIT PANJANG DALAM KELAS PEMULIHAN MATEMATIK Khoo Chwee Hoon 1 dan Lay Yoon Fah 2 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah, Malaysia [email protected] 2 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Kit Converter Unit Panjang (KiCUP) dalam penukaran unit panjang. Kajian ini menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan KiCUP sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Projek inovasi ini telah dilaksanakan di sekolah rendah yang terpilih di daerah Tuaran dan daerah Papar, Sabah. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. KiCUP yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan murid pemulihan matematik. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik khususnya bagi murid pemulihan matematik. KiCUP ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah penukaran unit panjang dalam kalangan murid pemulihan matematik sekolah rendah, ia juga dapat menjimatkan masa penguasaan matematik khususnya dalam operasi penambahan dan penolakan bagi unit panjang. Akhir sekali, KiCUP juga dapat mengurangkan beban dan menjimatkan masa guru untuk mengajar kemahiran penukaran unit panjang bagi semua peringkat murid sekolah rendah. Kata Kunci: Murid Pemulihan Matematik, Penukaran Unit Panjang LATAR BELAKANG KAJIAN Pendidikan Matematik penting dalam membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti murid-murid. Menurut Mok (2004), sukatan pelajaran bagi sekolah rendah telah disemak semula pada tahun 1998 yang membolehkan murid- murid sekolah rendah dapat mempelajari kemahiran asas matematik. Salah satu topik yang penting dalam sukatan pelajaran 1998 ialah Ukuran Panjang.

Upload: doanngoc

Post on 07-Jun-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

132

KEBERKESANAN KiCUP DALAM PENUKARAN UNIT PANJANG DALAM KELAS PEMULIHAN MATEMATIK

Khoo Chwee Hoon

1 dan Lay Yoon Fah

2

1Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah, Malaysia

[email protected] 2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Kit Converter – Unit Panjang (KiCUP) dalam penukaran unit panjang. Kajian ini menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan KiCUP sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Projek inovasi ini telah dilaksanakan di sekolah rendah yang terpilih di daerah Tuaran dan daerah Papar, Sabah. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. KiCUP yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan murid pemulihan matematik. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik khususnya bagi murid pemulihan matematik. KiCUP ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah penukaran unit panjang dalam kalangan murid pemulihan matematik sekolah rendah, ia juga dapat menjimatkan masa penguasaan matematik khususnya dalam operasi penambahan dan penolakan bagi unit panjang. Akhir sekali, KiCUP juga dapat mengurangkan beban dan menjimatkan masa guru untuk mengajar kemahiran penukaran unit panjang bagi semua peringkat murid sekolah rendah.

Kata Kunci: Murid Pemulihan Matematik, Penukaran Unit Panjang

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan Matematik penting dalam membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti murid-murid. Menurut Mok (2004), sukatan pelajaran bagi sekolah rendah telah disemak semula pada tahun 1998 yang membolehkan murid-murid sekolah rendah dapat mempelajari kemahiran asas matematik. Salah satu topik yang penting dalam sukatan pelajaran 1998 ialah Ukuran Panjang.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

133

Hal ini menunjukkan topik unit panjang ini perlu dikuasai oleh setiap murid. Topik ini penting dalam membantu murid menyelesaikan masalah kehidupan seharian yang berkaitan dengan ukuran panjang. Tujuan inovasi ini adalah untuk memperkenalkan Kit Converter – Unit Panjang (KiCUP) kepada murid-murid pemulihan matematik sekolah rendah di daerah Tuaran dan daerah Papar, Sabah. Murid-murid tersebut mempunyai pelbagai miskonsepsi dalam penukaran unit panjang.

Penyelidik telah mencadangkan satu inovasi untuk membantu murid menukarkan unit panjang dengan menggunakan KiCUP. Penyelidik menggunakan KiCUP sebagai satu bahan inovasi kerana ia bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Thorndike yang menekankan korelasi antara rangsangan dengan gerak balas yang akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku tersebut menyeronokkan atau memuaskan.

Bah kata Confucius (551 – 479 SM) (seperti dalam Myrko Thum, n. d.), “Saya dengar dan saya lupa. Saya lihat dan saya ingat. Saya lakukan dan saya faham”. Dengan demikian, penyelidik berharap responden dapat menguasai proses penukaran unit panjang dengan berinteraksi melalui KiCUP. Bahan inovasi ini juga dapat diguna pakai untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran murid dalam operasi penambahan dan penolakan bagi unit panjang. Pernyataan Masalah Secara khususnya masalah utama yang dihadapi oleh murid pemulihan matematik ialah mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang dan berasa bosan untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang kerana kurang mahir untuk memindahkan titik perpuluhan ke kiri atau ke kanan (selepas proses pendaraban atau pembahagian) untuk memperoleh jawapan yang tepat. Memandangkan kemahiran penukaran unit panjang ini penting dalam membantu murid menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan Ukuran Panjang yang melibatkan empat operasi asas. Justeru itu, satu inovasi amat perlu dilaksanakan untuk membantu murid-murid ini supaya mereka dapat menguasai kemahiran penukaran unit panjang. Objektif Kajian

Kajian ini cuba mencapai lima objektif seperti berikut:

i) Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penukaran unit panjang murid pemulihan matematik sebelum penggunaan KiCUP.

ii) Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penukaran unit panjang murid pemulihan matematik selepas penggunaan KiCUP.

iii) Mengenal pasti persepsi murid pemulihan matematik terhadap penggunaan KiCUP dalam menyelesaikan soalan penukaran unit panjang.

iv) Mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan KiCUP untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang dalam kalangan murid pemulihan matematik.

v) Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

134

Hipotesis Kajian Hipotesis nol dibentuk berdasarkan soalan kajian (v) yang telah dinyatakan. Aras keertian, p < .05 adalah ditetapkan untuk tujuan analisis data dengan menggunakan statistik takbiran.

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian

pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra

dan ujian pasca bagi sampel kajian. Batasan Kajian Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada kemahiran penukaran unit panjang yang melibatkan unit meter, sentimeter, dan milimeter. Unit-unit lain seperti kilometer, gram, kilogram, dan seumpamanya tidak diselidik dalam kajian ini. Selain itu, penguasaan kemahiran penukaran unit panjang dalam kalangan murid pemulihan matematik hanya diukur melalui 20 item Ujian Pra dan 20 item Ujian Pasca yang digubal berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 (Curriculum Development Centre, 2006). Kajian ini tidak dapat menguji penguasaan kemahiran matematik lain yang perlu dikuasai murid. Oleh itu, tahap penguasaan kemahiran penukaran unit panjang hanya berdasarkan kemahiran penukaran unit panjang yang dikemukakan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca sahaja. Untuk mengelakkan gangguan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah, kajian ini tidak menyediakan banyak set ujian untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran penukaran unit panjang murid. Justeru, dalam kajian ini tahap penguasaan kemahiran penukaran unit panjang murid hanya diukur berdasarkan satu set Ujian Pra dan satu set Ujian Pasca sahaja. Murid pemulihan matematik Tahun 5 yang menghadapi masalah dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran penukaran unit panjang sahaja yang dilibatkan dalam kajian ini. Justeru, hasil kajian ini hanya dapat digeneralisasikan kepada murid pemulihan matematik Tahun 5 yang menghadapi masalah menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran penukaran unit panjang di sekolah rendah di seluruh Negeri Sabah sahaja. Dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid Tahun 5 di sekolah rendah di Sabah atau seluruh Malaysia.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan KiCUP sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

135

Kaedah Pensampelan dan Sampel Kajian Sampel kajian ini dikenalpasti melalui satu Ujian Pra yang disediakan oleh penyelidik. Murid-murid yang memperoleh skor kurang daripada 60% (jumlah item = 20) dikategorikan sebagai murid pemulihan matematik. Sampel kajian terdiri daripada murid-murid pemulihan matematik di sebuah sekolah rendah daerah Tuaran. Oleh itu, sampel kajian berfokus kepada 44 orang murid yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran penukaran unit panjang yang kurang memuaskan. Manakala, sampel kajian yang menjawab PGPK terdiri daripada 170 orang guru pelatih, guru sekolah rendah, dan guru sekolah menengah. Prosedur Pengumpulan Data Prosedur pengumpulan data dalam kajian ini termasuk menggunakan instrumen Ujian Pra, Ujian Pasca, soal selidik Persepsi Guru terhadap Penggunaan KiCUP, dan soal selidik Persepsi Murid terhadap Penggunaan KiCUP. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan untuk mengutip data kuantitatif dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Ujian Pra; (ii) Ujian Pasca; (iii) Persepsi Murid terhadap Penggunaan KiCUP (PMPK); dan (iv) Persepsi Guru terhadap Penggunaan KiCUP (PGPK).

Analisis Data Sebelum penganalisisan data dilaksanakan, penyemakan terhadap setiap instrumen dijalankan. Sekiranya terdapat bahagian-bahagian tertentu dalam instrumen yang tidak terjawab oleh sampel kajian atau tidak mengikut arahan yang diberikan, maka instrumen tersebut adalah dianggap sebagai tidak lengkap dan dikecualikan daripada pemprosesan data seterusnya. Data-data yang dikumpul melalui instrumen PMPK dan PGPK dianalisis melalui pakej analisis statistik “Statistical Packeges for Social Sciences (SPSS) for Windows version 16.0‟.Aras keertian, p=.05 digunakan dalam semua analisis data tersebut untuk membenarkan ralat sebanyak 5% sesuai dengan penggunaan statistik takbiran dalam bidang sains sosial. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pertama pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Sebelum penganalisisan data dilaksanakan, kenormalan taburan data akan disemak melalui ukuran kepencongan dan kurtosis.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Semua data yang dikumpul dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian statistik „Statistical Packages for Social Sciences (SPSS-PC) for Windows version 16.0‟ untuk menentukan kebolehpercayaan bagi instrumen kajian yang digunakan. Jadual 1 menunjukkan bilangan item dan nilai pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach mengikut instrumen.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

136

Jadual 1: Taburan Item dan Nilai Alfa Cronbach bagi PMPK, PGPK, Ujian Pra dan Ujian Pasca

Instrumen Bilangan Item Nilai Alfa Cronbach

PMPK 10 .631 PGPK 9 .897

Ujian Pra 9 .703 Ujian Pasca 9 .762

Keempat-empat instrumen ini mempunyai pekali kebolehpercayaan alfa

Cronbach 0.631, 0.897, 0.703, dan 0.762 masing-masing. Nilai pekali- kebolehpercayaan Alfa Cronbach ini adalah memadai. Menurut Stanley dan Hopkins (1972), satu instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi juga mempunyai kesahan yang tinggi.

Ujian Kenormalan bagi Taburan Data Kajian Ujian kenormalan telah dilaksanakan terhadap semua data yang diperoleh melalui instrumen-instrumen kajian (PMPK, PGPK, Ujian Pra, Ujian Pasca) yang digunakan agar memastikan data-data tersebut tertabur secara normal. Dalam hal ini, ukuran kepencongan dan kurtosis telah digunakan untuk mengesan sebarang penyimpangan daripada taburan normal. Data bagi sesuatu pemboleh ubah yang tertabur secara normal akan mempunyai nilai sifar bagi ukuran kepencongan dan kurtosis (Hair et al., 1998). Memandangkan nilai kepencongan dan kurtosis bagi taburan data yang diperoleh daripada instrumen Ujian Pra, Ujian Pasca, PMPK, dan PGPK terletak di dalam julat -1 dan +1 (kecuali PGPK), maka dapat disimpulkan bahawa semua data yang dipungut melalui instrumen Ujian Pra, Ujian Pasca, PMPK, dan PGPK adalah tertabur secara normal dalam populasi. Ringkasan nilai kepencongan dan kurtosis bagi instrumen kajian ditunjukkan dalam Jadual 2 seperti berikut:

Jadual 2: Nilai Kepencongan dan Kurtosis bagi Instrumen Kajian

Instrumen Kepencongan Kurtosis

Ujian Pra .765 -2.85

Ujian Pasca -.704 -.369

PMPK .356 .681 PGPK -.334 -1.279

Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Murid Pemulihan Matematik Sebelum Penggunaan KiCUP Sebelum inovasi diperkenalkan, satu Ujian Pra telah ditadbirkan kepada 54 murid di sekolah rendah. Berdasarkan analisis Ujian Pra yang ditadbirkan kepada 54 orang murid tersebut, didapati bahawa terdapat 44 (81.5%) murid berada pada tahap penguasaan kemahiran penukaran unit panjang yang kurang memuaskan. Oleh yang demikian, 44 orang murid tersebut telah dikategorikan sebagai murid pemulihan matematik dalam kemahiran penukaran unit panjang. Jadual 3 berikut menunjukkan taburan kekerapan dan peratus mengikut tahap penguasaan murid pemulihan matematik dalam kemahiran penukaran unit panjang. Rajah 1 pula memaparkan keputusan Ujian Pra dalam bentuk carta palang.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

137

Jadual 3: Taburan Kekerapan dan Peratus Mengikut Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang (Ujian Pra)

Gred Tahap Penguasaan Julat Kekerapan Peratus

A Baik 80 - 100 0 0.0

B Memuaskan 60 - 79 0 0.0

C Sederhana 40 - 59 6 13.6

D Lemah 20 - 39 14 31.8

E Sangat Lemah 0 - 19 24 54.5

JUMLAH 44 100.0

Rajah 1: Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Mengikut Peratus (Ujian Pra)

Sebelum inovasi dilaksanakan, hasil analisis keputusan Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat 54.5% sampel kajian berada pada tahap penguasaan sangat lemah dan 31.8% sampel kajian berada pada tahap penguasaan lemah. Hanya 13.6% sampel kajian berada pada tahap penguasaan sederhana. Secara khususnya masalah utama yang dihadapi oleh sampel kajian dapat dilihat melalui tahap penguasaan murid mengikut peratusan. Keputusan analisis data terhadap tahap penguasaan murid pemulihan matematik menunjukkan bahawa majoriti murid (anggaran 80%) ini berada pada tahap tiada penguasaan dan tahap penguasaan rendah dalam kemahiran penukaran sesuatu unit panjang kepada sesuatu unit panjang yang lain. Selain itu, murid pemulihan matematik juga menghadapi masalah-masalah lain iaitu:

0.0

10.0

20.0

30.0

40.0

50.0

60.0

E D C B A

Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Mengikut Peratus (Ujian Pra)

PERATUS (UJIANPRA)

Gred

Peratus

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

138

i) Mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang; dan

ii) Merasa bosan untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang kerana kurang mahir untuk memindahkan titik perpuluhan ke kiri atau ke kanan (selepas proses pendaraban atau pembahagian) untuk memperoleh jawapan yang tepat.

Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Murid Pemulihan Matematik Selepas Penggunaan KiCUP Selepas inovasi dilaksanakan, satu Ujian Pasca telah ditadbirkan kepada 44 sampel kajian tersebut. Analisis keputusan Ujian Pasca sangat membanggakan kerana tahap penguasaan 44 sampel kajian ini telah meningkat (Jadual 4 dan Rajah 2).

Jadual 4: Taburan Kekerapan dan Peratus Mengikut Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang (Ujian Pasca)

Gred Tahap Penguasaan Julat Kekerapan Peratus

A Baik 80 - 100 17 38.6

B Memuaskan 60 - 79 13 29.5

C Sederhana 40 - 59 11 25.0

D Lemah 20 - 39 3 6.8

E Sangat Lemah 0 - 19 0 0.0

Jumlah 44 100.0

Rajah 2: Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Mengikut Peratus (Ujian Pasca)

0.0

5.0

10.0

15.0

20.0

25.0

30.0

35.0

40.0

E D C B A

Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Mengikut Peratus (Ujian Pasca)

PERATUS (UJIANPASCA)

Peratus

Gred

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

139

Berdasarkan dapatan Ujian Pasca, didapati bahawa 38.6% murid berada pada tahap penguasaan baik, 29.5% murid berada pada tahap penguasaan memuaskan, 25.0% murid berada pada tahap penguasaan sederhana. Hanya terdapat 6.8% murid berada pada tahap penguasaan lemah. Tiada murid yang berada pada tahap penguasaan sangat lemah yang hanya mampu menyelesaikan tiga item dengan betul. Selepas KiCUP digunakan, didapati bahawa sampel kajian telah mampu menyelesaikan soalan penukaran unit panjang. Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa KiCUP telah berjaya memperbaiki kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian. Seterusnya, sampel kajian ini dapat menjawab Ujian Pasca dengan baik dan tepat selepas menggunakan KiCUP. Persepsi Murid Pemulihan Matematik terhadap Penggunaan KiCUP dalam Menyelesaikan Soalan Penukaran Unit Panjang

Jadual 5: Min dan Sisihan Piawai Skor PMPK Mengikut Aspek dan Secara Keseluruhan (N = 44)

Aspek Persepsi N % M SD Julat

Keberkesanan

Negatif 4 9.1 3.00 1-3

Positif 40 90.9 4.23 4-5

Keseluruhan 44 100 4.11 0.538 1-5

Penjimatan Masa

Negatif 4 9.1 3.00 1-3

Positif 40 90.9 4.40 4-5

Keseluruhan 44 100 4.27 0.568 1-5

Minat

Negatif 4 9.1 3.00 1-3

Positif 40 90.9 4.28 4-5

Keseluruhan 44 100 4.16 0.568 1-5

Keseronokan

Negatif 2 4.5 3.00 1-3

Positif 42 95.5 4.57 4-5

Keseluruhan 44 100 4.50 0.591 1-5

Menarik

Negatif 1 2.3 3.00 1-3

Positif 43 97.7 4.40 4-5

Keseluruhan 44 100 4.36 0.532 1-5

Cepat

Negatif 0 0.0 - 1-3

Positif 44 100.0 4.34 4-5

Keseluruhan 44 100 4.34 0.479 1-5

Mudah Negatif 1 2.3 3.00 1-3

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

140

Positif 43 97.7 4.37 4-5

Keseluruhan 44 100 4.34 0.526 1-5

Tepat Negatif 3 6.8 3.00 1-3 Positif 41 93.2 4.46 4-5 Keseluruhan 44 100 4.36 0.613 1-5

Masa Depan

Negatif 5 11.4 3.00 1-3

Positif 39 88.6 4.28 4-5

Keseluruhan 44 100 4.14 0.594 1-5

Kepuasan

Negatif 2 4.5 3.00 1-3

Positif 42 95.5 4.56 4-5

Keseluruhan 44 100 4.48 0.590 1-5

Keseluruhan

Negatif 0 0.0 - 1-3

Positif 44 100.0 4.31 4-5

Keseluruhan 44 100 4.31 2.71 1-5

Instrumen Persepsi Murid terhadap Penggunaan KiCUP (PMPK) yang

digubal oleh penyelidik digunakan untuk mengukur persepsi murid pemulihan matematik Tahun 5 terhadap penggunaan KiCUP dalam menyelesaikan soalan penukaran unit panjang. Dalam hal ini, murid yang memperoleh skor yang melebihi skor 3 dianggap mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan KiCUP manakala murid yang memperoleh skor yang sama atau kurang daripada skor 3 dianggap mempunyai persepsi negatif terhadap penggunaan KiCUP. Jadual 5 memaparkan min dan sisihan piawai bagi skor PMPK dalam kalangan murid.

Berdasarkan Jadual 5, didapati bahawa min bagi skor PMPK dalam kalangan murid ialah 4.31 dengan sisihan piawai 2.71. Dalam hal ini, tiada sampel kajian yang menunjukkan persepsi negatif terhadap penggunaan KiCUP. Semua sampel kajian (n = 44) mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan KiCUP. Di samping itu, data dalam Jadual 5 juga menunjukkan bahawa min PMPK bagi persepsi positif terhadap penggunaan KiCUP mengikut aspek penilaian dalam susunan menurun ialah „seronok‟ (M = 4.57), „kepuasan‟ (M = 4.56), „Ketepatan‟ (M = 4.46), „menarik‟ (M = 4.40), „penjimatan masa‟ (M = 4.40), „mudah‟ (M = 4.37), „cepat‟ (M = 4.34), „minat‟ (M = 4.28), dan „masa depan‟ (M = 4.28).

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

141

Persepsi Guru terhadap Penggunaan KiCUP untuk Menyelesaikan Soalan Penukaran Unit Panjang dalam Kalangan Murid Pemulihan Matematik

Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Skor PGPK Mengikut Aspek dan Secara Keseluruhan (N = 170)

Aspek Persepsi N % M SD Julat

Keberkesanan

Negatif 0 0.0 - 1-3 Positif 170 100 4.55 4-5

Keseluruhan 170 100 4.55 0.499 1-5

Jimat Masa Murid

Negatif 2 1.2 3 1-3

Positif 168 98.8 4.61 4-5 Keseluruhan 170 100 4.59 0.517 1-5

Minat

Negatif 1 0.6 3.0 1-3 Positif 169 99.4 4.56 4-5

Keseluruhan 170 100 4.55 0.510 1-5

Jimat Masa Guru

Negatif 5 2.9 3.0 1-3 Positif 165 97.1 4.65 4-5 Keseluruhan 170 100 4.49 0.557 1-5

Menarik

Negatif 3 1.8 3.0 1-3

Positif 167 98.2 4.59 4-5

Keseluruhan 170 100 4.56 0.532 1-5

Cepat Negatif 1 0.6 3.0 1-3 Positif 169 99.4 4,54 4-5 Keseluruhan 170 100 4.53 0.512 1-5

Mudah Negatif 2 1.2 3.0 1-3

Positif 168 98.8 4.55 4-5

Keseluruhan 170 100 4.54 0.523 1-5

Tepat Negatif 2 1.2 3.0 1-3 Positif 168 98.8 4.54 4-5 Keseluruhan 170 100 4.52 0.524 1-5

Kurang Beban Guru

Negatif 2 1.2 3.0 1-3 Positif 168 98.8 4.58 4-5

Keseluruhan 170 100 4.56 0.521 1-5

Keseluruhan

Negatif 0 0.0 - 1-3

Positif 170 100 4.54 4 -5

Keseluruhan 170 100 4.54 3.47 1 - 5

Instrumen Persepsi Guru terhadap Penggunaan KiCUP (PGPK) yang

digubal oleh penyelidik digunakan untuk mengukur persepsi guru terhadap penggunaan KiCUP untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang dalam kalangan murid pemulihan matematik. Dalam hal ini, guru yang memperoleh skor yang melebihi skor 3 dianggap mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan KiCUP manakala guru yang memperoleh skor yang sama atau kurang daripada skor 3 dianggap mempunyai persepsi negatif terhadap penggunaan KiCUP. Jadual 6 memaparkan min dan sisihan piawai bagi skor PGPK dalam kalangan guru.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

142

Berdasarkan Jadual 6, didapati bahawa min bagi skor PGPK dalam kalangan guru ialah 4.54 dengan sisihan piawai 3.47. Dalam hal ini, tiada sampel kajian yang menunjukkan persepsi negatif terhadap penggunaan KiCUP. Semua sampel kajian (n =170) menunjukkan persepsi positif terhadap penggunaan KiCUP.

Di samping itu, data dalam Jadual 6 juga menunjukkan bahawa min PGPK bagi persepsi positif terhadap penggunaan KiCUP mengikut aspek penilaian dalam susunan menurun ialah „jimat masa guru‟ (M = 4.65), „jimat masa murid‟ (M = 4.61), „menarik‟ (M = 4.59), „kurang beban guru‟ (M = 4.58), „minat‟ (M = 4.56), „keberkesanan‟ (M = 4.55), „mudah‟ (M = 4.55), „cepat‟ (M = 4.54), dan „tepat‟ (M = 4.54). Perbezaan dalam Min Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Sampel Kajian

Dalam kajian ini, Ujian-t untuk sampel bersandar telah digunakan untuk menguji hipotesis nol pertama pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 7 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra iaitu sebanyak 9.89 daripada skor 20 sebagai skor penuh. Jadual 7: Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 8: Jadual Ujian –t untuk Sampel Bersandar

Paired Differences

Mean

Std. Deviation

Std. Error Mean

95% Confidence Interval of the

Difference

t df

Sig. (2-

tailed) Lower Upper

Pair 1

PRA - PASCA -9.88636 3.41825 .51532 -10.92561 -8.84712 -19.185 43 .000

Berdasarkan analisis data melalui Ujian-t untuk sampel bersandar (Jadual 8), didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig = .000), justeru Ho1 yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian berjaya ditolak. Sebagai rumusan, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian (t = -19.185; sig = .000). Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Justeru, KiCUP yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan sampel kajian.

Min N Sisihan Piawai

Pair 1 PRA 3.7955 44 2.94586

PASCA 13.6818 44 3.58143

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

143

KESIMPULAN DAN CADANGAN Selepas inovasi dilaksanakan, didapati bahawa tahap penguasaan murid pemulihan matematik telah meningkat. Di samping itu, murid pemulihan matematik juga boleh menyelesaikan soalan penukaran unit panjang. Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa KiCUP telah berjaya memperbaiki kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid. Seterusnya, murid-murid ini dapat menyelesaikan soalan-soalan penukaran unit panjang dengan baik dan tepat tanpa menggunakan KiCUP. Selain itu, KiCUP dapat memanfaatkan kedua-dua pihak murid dan guru. KiCUP ini dapat menjimat masa murid menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan penukaran unit panjang. Ini adalah disebabkan murid telah diperkenalkan teknik dan prosedur penggunaan KiCUP dengan betul. KiCUP ini juga dapat menjimatkan masa guru kerana tidak perlu memperbetulkan kesilapan yang banyak dilakukan oleh murid. Guru boleh menggunakan bahan KiCUP ini untuk mengajar murid agar menguasai semua kemahiran penukaran unit panjang yang melibatkan unit kilometer, meter, sentimeter, dan milimeter dalam tempoh masa yang singkat iaitu anggaran 2 – 3 waktu kelas. Murid berasa puas hati untuk menyelesaikan item-item yang berkaitan dengan penukaran unit panjang melalui penggunaan KiCUP. Selepas murid diperkenalkan prosedur penggunaan kad converter - unit panjang, murid-murid berasa bahawa bahan inovasi ini sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Guru juga berpuas hati dengan pencapaian murid kerana kebanyakan murid telah menguasai kemahiran penukaran ukuran unit panjang dengan sepenuhnya. Inovasi ini sepadan dengan kata-kata yang dinyatakan dalam National Policy on Education (1992, seperti dalam Manpal Singh 2004), “menekankan penggunaan bahan bantu terutamanya bahan yang ditambah baik untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan realistik.

sewajarnya bahan inovasi seperti ini dapat diperluaskan lagi supaya murid dapat belajar melalui penggunaan KiCUP. Ini adalah disebabkan secara keseluruhan KiCUP ini mampu menarik minat serta mempunyai unsur-unsur pembelajaran yang sangat berguna kepada murid pemulihan matematik. Akhirnya, penyelidik berharap bahan inovasi KiCUP ini dapat diketengahkan untuk menjadi satu trend penyampaian ilmu secara hands-on selain ia mempraktikkan pedagogi pembelajaran aktif yang diwawarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Secara keseluruhannya, KiCUP ini berjaya menghasilkan intervensi yang memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang dipelajari. Tidak dapat dinafikan bahawa pengenalan kemahiran penukaran unit panjang dengan menggunakan KiCUP dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional (Chalk and talk). Program ini juga berjaya menerapkan tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif di samping membentuk sahsiah dan keperibadian unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif, dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Oleh yang demikian, penyelidik telah mencadangkan penggunaan KiCUP untuk mengajar kemahiran penukaran unit panjang.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

144

RUJUKAN

Curriculum Development Centre. (2006). Integrated curriculum for primary schools: Curriculum specifications mathematic year 5. Kuala Lumpur: Ministry of Education Malaysia.

Manpal Singh. (2004). Modern teaching of mathematics. New Delhi: Anmol

Publications. Myrko, Thum. (n. d.). Confucius says: The top 10 wise confucius quotes.

Dilayari pada 12 Februari 2013 di URL http://www.myrkothum.com/confucius-says-the-top-10-quotes-by-confucius/

Stanley, J.C., & Hopkins, K.D. (1972). Educational and psychological

measurement and evaluation. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.