kdn. pp 12635 / 5 /2006 edaran …nadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi ingress edisi 12...

24
KDN. PP 12635 / 5 /2006 www.ingresscorp.com.my Edaran Dalaman A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H 12 Muka surat 12 - 15

Upload: leduong

Post on 21-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

KDN. PP 12635 / 5 /2006 www.ingresscorp.com.my

Edaran Dalaman

A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H

12

Muka surat 12 - 15

Page 2: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabara-katuh.

Segala pujian hanya bagi Allah, Pencipta dan Pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah s.a.w, pembawa rahmat ke seluruh alam, keluarga Baginda, para sahabat dan para pengikut Baginda radhiallahu’anhum.

Pertama-tama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia, kehendak dan keizinan-Nya, kita diberi peluang untuk bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi yang Kedua Belas. Terlebih dahulu, Sidang Pengarang ingin mengambil kesempatan yang berharga ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1427 Hijrah kepada seluruh warga Ingress khususnya yang beragama Islam.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Sebaik sahaja kita menyambut Tahun Baru Masehi pada 1 Januari 2006 yang lalu, kita menyambut pula kedatangan Tahun Baru 1427 Hijrah pada 31 Januari 2006. Kedatangan Tahun Baru Hijrah yang penuh dengan cabaran telah mengingatkan kita kepada konsep asas hijrah, iaitu semasa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan dan meluaskan syiar Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan ke seluruh pelusuk dunia.

Sebenarnya, jika kita halusi konsep hijrah dengan sedalam-dalamnya, ia bukan sahaja meliputi konsep hijrah lokasi dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi hijrah juga merangkumi aspek jasmani dan rohani. Hijrah yang menumpukan kepada aspek kerohanian meliputi seluruh nilai luhur yang merangkumi akhlak dan amal soleh dengan berlandaskan kepada kepercayaan kepada Allah s.w.t boleh menciptakan persaudaraan unggul di kalangan ummah sehingga melahirkan kekuatan luar biasa yang tidak dapat ditandingi. Konsep ini bukan sahaja akan menjurus ke arah hidup yang bersatu-padu, tetapi juga akan mengeratkan perpaduan dan mewujudkan keharmonian di segenap lapisan masyarakat samada ketika berada di dalam keadaan yang harmoni ataupun sebaliknya. Segala cabaran dan ujian yang kita hadapi akan dapat kita

Dari Meja Pengarang

Dari Meja Pengarang

selesaikan dengan baik dan sempurna jika kita bersatu-padu.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Hijrah haruslah dilakukan sepanjang perjalanan hidup kita sebagai seorang Muslim dan semua ini menuntut kepada jihad dan kesungguhan. Oleh sebab itulah, iman, hijrah dan jihad merupakan kunci bagi manusia untuk meraih darjat yang tinggi dan mencapai kemenangan dalam hidup untuk melawan musuh-musuh kebenaran.

Firman Allah s.w.t di dalam surah at-Taubah ayat 20 yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman berhijrah dan

Isi KandunganDari Meja Pengarang 2

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 3–4

Berita Korporat 4–5• “Acquisition of New Company”• “Change of Name of a Subsidiary”• “Letter of Intent from

Suzuki International of Indonesia”

Berita HR 5–6• “An Insight to IBMS”• Bengkel Penyediaan

TNA Berteraskan Kompetensi

Berita “Subsidiaries” 7–11• Agihan Zakat dan Duit Raya kepada Fakir Miskin• Lawatan dari TSIM • Lawatan dari PKINK• Lawatan dari DMC dan PERODUA• Lawatan dari ASSB, Toyota• Kempen Keselamatan Jalan Raya• Kempen Derma Darah• Gotong-royong Perdana ITSB

Fokus 12–15• Majlis Jamuan Makan Malam dan

Penyampaian Anugerah 2004

Berita Keselamatan & Kesihatan 16• Keselamatan Bekerja di Pejabat

Berita KKI 17• Kejohanan Bowling Tertutup HELWA• Program Qiyamullail

Personaliti 18–19• Peringkat Eksekutif

Berita Bergambar 20

Jendela “Oversea” 21• Majlis Silaturrahim Aidilfitri• Program Usrah PT IMV

Nostalgia 22–23

Candid Camera 24

Sidang Pengarang

berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

Sempena awal Tahun Baru 1427 Hijrah ini, marilah kita sama-sama membuat tekad baru selaras dengan cita-cita dan aspirasi agama, bangsa dan negara. Nilai-nilai murni dan cara hidup kita yang berlandaskan Islam haruslah kita sentiasa pupuk dan pelihara bagi menjamin kesinambungan kita sebagai sebuah negara, bangsa dan agama yang unggul dari semasa ke semasa.

Sekian daripada Meja Pengarang. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabara-katuh.

Ketua Pengarang

Ramli bin Napiah

Sidang Pengarang

Dr. Che Rosli bin Che MatMohamed Diah bin Baharun

Rosyatimi binti Abdullah

Penyumbang Artikel

Khyrun Anuar bin ZainolAbdul Aziz bin Mohd. Yunus

Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)Nizaiham binti Mohd. Noor (Operasi Nilai)

Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman (Operasi Nilai) Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)

Izdihar bin Anua (MDSB)Ahmad Jeffridin bin Jais (O&G)

Hidzir bin Abdullah (ITC)Charan Hamdanee (IAV)

Rosidi bin Hasan (PT IMV)

Jurufoto dan Edaran

Mohd. Nizam bin Abdullah

Penerbit

Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor,

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang68000 Ampang, Selangor.

Tel: 03-4252 9696Faks: 03-4252 9393

Laman Web: www.ingresscorp.com.my

Rekabentuk dan Urus Cetak

Triknight Communications Sdn. Bhd.36-3, Jalan 24/70A,

Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas,50480 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2300 1051 / 1052Faks: 03-2300 1062

E-mail: [email protected]

Page 3: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

3

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga Baginda dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, kita telahpun melangkah masuk ke era tahun baru Islam iaitu Tahun Baru 1427 Hijrah. Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya, kita masih lagi diberi peluang nikmat umur yang panjang, diberi kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat sehingga kita masih dapat mengecapi nikmat kebahagiaan dan kesejahteraan di dalam meniti kehidupan di dunia ini.

Saya ingin mengajak diri saya dan seluruh warga Ingress untuk memahami Firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisaa’ ayat 100 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah s.w.t (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang banyak dan rezeki yang banyak; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya, kemudian dia menemui ajal (di dalam perjalanannya), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah s.w.t. Dan (ingatlah) bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari tanahair Baginda, kota suci Mekah al-Mukarramah ke tempat yang baru, Yathrib yang kemudiannya ditukar kepada Madinah al-Munawwarah yang bererti kota yang bercahaya merupakan suatu pengorbanan yang besar di dalam membebaskan diri dari kekufuran kepada keimanan, jahiliah kepada Islam, dosa kepada pahala, kesesatan kepada kebenaran, kezaliman kepada keadilan dan lemah tanpa kuasa kepada gagah bersama tertegaknya sebuah negara Islam. Sesungguhnya hijrah Rasulullah s.a.w telah banyak meninggalkan tauladan dan pengajaran yang perlu kita hayati dengan bersungguh-sungguh di dalam mengembalikan semula kemenangan dan kegemilangan Islam. Sebagai seorang Khalifah yang mengaku bahawa kita berjuang untuk meletakkan kalimah Allah s.w.t di tempat yang paling tinggi, maka sudah semestinya kita mengambil iktibar sebanyak mungkin daripada peristiwa hijrah agar semangat kita terus berkobar-kobar dan gerak kerja kita sentiasa berterusan tanpa rasa takut dan gentar untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran yang mendatang.

Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah sekalian,

Sebenarnya, apabila kita memperkatakan mengenai semangat menyambut Tahun Baru Hijrah ini, kita tidak dapat lari dari dua aspek utama yang perlu diberi perhatian iaitu “muhasabah” dan “azam”. Muhasabah bermaksud menilai diri sendiri. Setiap individu, pemimpin, kumpulan atau pertubuhan amat dituntut dan digalakkan supaya sentiasa bermuhasabah dari semasa ke semasa. Melalui muhasabah, kita dapat membuat sesuatu tindakan dengan lebih baik bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Sayyidina Umar radhiallahu ‘anhu pernah berpesan:

“Hisablah dirimu, sebelum kamu dihisabkan”.

Tuntutan bermuhasabah amat dititikberatkan oleh Islam kerana melalui muhasabah kita dapat mengenalpasti segala kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang

wujud. Pada masa yang sama, kita juga dapat memperbincangkan beberapa tindakan untuk memperbaikinya. Kita bersyukur kerana di Ingress, kita sering mengadakan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada konsep muhasabah. Sebagai contoh, perlaksanaan aktiviti QCC / ICC (“Quality Control Circle / Innovative Creative Circle”), MRM (“Management Review Meeting”), QPBR (“Quarterly Performance and Business Review”), dan sebagainya. Melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut, kita dapat menilai sejauhmanakah tahap pencapaian diri, kumpulan, jabatan dan syarikat berdasarkan kepada ADP (“Annual Departmental Plan”) yang telah dirangka sebelum ini. Bagi menjamin keseimbangan di antara urusan duniawi dan keagamaan, pihak pengurusan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti yang berbentuk spiritual (keagamaan) seperti Ceramah Agama Bulanan, Tazkirah Zohor, Program Usrah dan sebagainya.

Namun, persoalan yang perlu kita kupas bersama-sama adalah, “apakah perkara sebenar yang perlu dimuhasabahkan”? Bagi menjawab persoalan ini, saya berminat untuk mengajak diri saya dan seluruh warga Ingress untuk menyemak kembali satu soalan yang sangat asas iaitu, “apakah ertinya kita menganut agama Islam”? Jawapan kepada kedua-dua soalan ini adalah sangat luas, yang meliputi segala aspek yang berkaitan dengan akidah, ibadat, akhlak, keluarga, perjuangan, wawasan, perancangan, strategi dan lain-lain. Muhasabah merupakan suatu aspek yang amat penting kerana ia menyentuh kepentingan daya tahan umat Islam. Muhasabah mengajak kita menggunakan masa dan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya bagi menilai kembali peranan, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dan mengikut segala amalan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Saudara dan Saudari warga Ingress sekalian,

Setelah kita bermuhasabah, kita mestilah memperbaharui azam dan cita-cita untuk lebih berjaya dari tahun-tahun yang lalu.

Bersambung di muka surat 4

TAHUN BARU HIJRAH, SUATU MUHASABAH

Page 4: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

4

Azam dan cita-cita seseorang individu berbeza-beza dengan individu yang lain. Golongan pelajar umpamanya, berazam untuk belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading. Bagi yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang, berazam untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi yang sudah bekerja, berazam untuk mendirikan rumah tangga dan mendapatkan cahayamata. Bagi golongan usahawan, ingin menjadi jutawan, demikianlah seterusnya yang lain-lain, masing-masing dengan azam dan cita-citanya yang tersendiri.

Setiap insan perlu mempunyai cita-cita, kerana dengan adanya cita-cita, jiwa kita akan “hidup”. Cita-cita akan melancarkan perjalanan darah ke setiap nadi dan saraf di dalam tubuh badan kita. Cita-cita akan menggerakkan seluruh pancaindera dan anggota badan kita untuk berusaha dan terus berusaha untuk mencapai kedudukan yang lebih baik berbanding dengan masa lampau. Orang yang belum berkesempatan untuk menunaikan ibadah Haji umpamanya akan berazam dan azam ini perlu diperbaharui pada setiap tahun. Azam ini akan menjadikan kita bekerja dengan lebih kuat dan sebahagian daripada hasil pendapatan yang diperolehi akan dijadikan tabungan. Seandainya tidak ada cita-cita, mungkin kita akan menjadi orang yang berpendapatan tinggi, tetapi boros berbelanja dan menghabiskan wang ringgit tanpa perhitungan sehingga dibelanjakan kepada perkara yang sia-sia.

Demi menjayakan cita-cita murni yang telah ditetapkan, marilah kita mulakan dengan diri sendiri untuk mengubah sikap dan paradigma untuk menjadi insan kamil yang cemerlang dari segala aspek kehidupan. Sejauhmana berbezanya azam dan cita-cita seseorang individu sekalipun, matlamatnya tetap sama iaitu untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Ingatlah firman Allah s.w.t di dalam surah Ali ‘Imran ayat 160 yang bermaksud”:

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapapun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong

kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan dan meningkatkan lagi pengabdian diri kita kepada Allah s.w.t. Jika sebelum ini kita sering melakukan pelbagai kekurangan, maka marilah kita berusaha memajukan diri ke arah kesempurnaan. Jika kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk memperbaiki segala kekurangan, bila lagi? Adalah tidak wajar jika kita menunda-nunda atau menangguh-nangguh sesuatu perkara yang baik kerana kita tidak tahu bilakah kehidupan kita akan berakhir. Ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak menjadikan kehidupan di dunia ini abadi, sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 34-35 yang bermaksud:

“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Inilah hakikat kehidupan, kita tidak akan hidup selama-lamanya. Dari itu, sebagai umat Islam, adalah lebih layak untuk kita bergembira dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah. Marilah kita jadikan tahun baru ini sebagai titik-tolak peningkatan amal kebaikan dan tanamkanlah niat yang ikhlas di dalam menjalani kehidupan ini. Berpegang-teguhlah pada tuntutan Allah s.w.t agar kita dapat merasakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada kita semua.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Ingress Corporation Berhad (“Ingress”) wishes to announce that Ingress has acquired new subsidiary known as Foresight Heritage Sdn. Bhd. on 19 October 2005.

Foresight Heritage Sdn. Bhd. (“FHSB”) was incorporated on 13 September 2005 with an authorized share capital of RM 100,000.00 comprising 100,000 ordinary shares of RM 1.00 each and issued share capital of RM 2.00, comprising 2 ordinary shares of RM 1.00 each. FHSB is a dormant company and is intended for future use by Ingress.

This announcement is made on 20 October 2005.

Acquisition of New CompanyFurther to the announcement made on 20 October 2005, Ingress Corporation Berhad (“Ingress”) is pleased to announce that Foresight Heritage Sdn. Bhd. a wholly-owned subsidiary of the Company, has changed its name to Ingress Auto Sdn. Bhd. with effect from 1 December 2005. The Company received the Certificate of Change of Name from the Companies Commission of Malaysia on 5 December 2005.

This announcement is dated 8 December 2005.

Berita Korporat

Change of Name of a Subsidiary

Sambungan dari muka surat 3

Page 5: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

5

Berita Korporat

IntroductionIngress Corporation Berhad (“Ingress”) is pleased to announce that its Indonesian subsidiary, PT Ingress Malindo Ventures (“PT IMV”) had on, 15 November 2005 received a letter of intent (“LoI”) from Suzuki International of Indonesia for the supply of door sash for the current Suzuki Futura Van (“the Supply”).

The SupplyThe Supply is expected to commence in the final quarter of the next financial year ending 31 January 2007 for a duration of five (5) years to produce approximately a total of 360,000 car sets. This is expected to generate approximately RM 19.7 million in revenue.

Specifically, PT IMV is expected to invest approximately RM 3.2 million

Letter of Intent from Suzuki International of Indonesia

in tooling. Investment in plant and machinery will total approximately RM 3.6 million.

Directors’ and Substantial Shareholders’ InterestNone of the directors and / or major shareholders and / or person connected to them have any interest, direct or indirect, in the Supply.

Directors’ StatementThe Board of Directors of Ingress is of the opinion that the above is in the best interest of Ingress Group.

This announcement is dated 17 November 2005.

Berita HR

Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan (GHRD) dengan kerjasama Jabatan Sistem Pengurusan Kualiti Kumpulan (GQMS) telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk “An Insight to IBMS” pada 16 Disember 2005 di Institut Latihan Keselamatan Sosial, KWSP (ESSET). Seminar ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang dengan kehadiran Pengurus-pengurus Besar, Ketua-ketua Jabatan dan Ahli-ahli Jawatankuasa “Environmental Health & Safety” (EHS), Kumpulan Syarikat Ingress.

Seminar dimulakan dengan penyampaian ucapan dasar oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan, “ASM International Operation”, Tn. Hj. Ramli bin Napiah yang menyentuh mengenai kepentingan ilmu, perlaksanaan sistem yang berteraskan kepada semangat kejujuran, efektif dan sentiasa mengamalkan PDCA. Pengurusan Kanan Kumpulan Syarikat Ingress juga dijemput bagi mengikuti seminar tersebut pada sesi pagi.

Seminar yang dibimbing oleh Pemudahcara Dalaman, Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof, Pengurus Besar GQMS dan Tn. Hj. Ahmad Shukri bin Ishak, Pengurus Kanan GQMS ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai pengenalan kepada IBMS dan juga prosedur-prosedur EHS.

Antara kandungan kursus yang disentuh oleh Pemudahcara adalah seperti berikut:

a) Pengenalan kepada IBMSb) Integrated System – An Insightc) Pemahaman mengenai prosedur EHS

Seminar ini dijalankan melalui syarahan, latihan

“An Insight to IBMS”

◆ Tn. Hj. Ramli bin Napiah sedang menyampaikan Ucapan Dasar.

◆ Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof sedang membentangkan modul seminar.

◆ Sebahagian daripada peserta seminar.

Page 6: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

6

Berita HR

Bengkel Penyediaan TNA Berteraskan KompetensiPada 7 Disember 2005 yang lalu, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Analisa Keperluan Latihan (TNA) Berteraskan Kompetensi. Program ini diadakan di Institut Latihan Keselamatan Sosial, KWSP (ESSET) dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini dihadiri oleh kakitangan Seksyen Latihan, Jabatan Sumber Manusia, Kumpulan Syarikat Ingress.

Bengkel yang dikelolakan oleh Pemudahcara Dalaman, Saudara Khyrun Anuar bin Zainol ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman mengenai segala aspek yang berkaitan dengan proses penyediaan TNA berdasarkan kepada prosedur Ingress. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta mengenai keperluan menjalankan TNA dan membantu para peserta untuk mengenalpasti kompetensi yang wujud melalui pendekatan KSAOs (“Knowledge, Skills, Ability and Other Characteristics”).

Antara kandungan kursus yang diketengahkan oleh Pemudahcara adalah seperti berikut:

a) Keperluan menjalankan TNAb) TNA – Mengenalpasti kompetensic) Proses melaksanakan TNAd) Penyediaan laporan TNAe) Penyediaan Pelan Latihan Tahunan (ATP)

Bengkel ini dijalankan melalui syarahan, latihan dalam kumpulan dan pembentangan.

Ibnu Asahir r.a meriwayatkan, Nabi s.a.w bersabda:

“Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup

selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-

olah kamu akan mati pada esok hari.” (Sahih Muslim)

◆ En. Khyrun Anuar bin Zainol sedang membentangkan modul latihan.

◆ Sebahagian daripada peserta yang hadir.

Page 7: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

7

Berita Subsidiaries

Sempena keberkatan bulan Ramadhan

dan Syawal 1426 Hijrah yang lalu,

Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB)

telah mengagih-agihkan zakat syarikat

kepada golongan fakir dan miskin di

sekitar qaryah Bukit Beruntung dan Bukit

Sentosa pada 27 Oktober 2005.

Program bermula dengan penyampaian

duit raya kepada para pelajar miskin

Pada 8 Disember 2005 yang lalu, Ingress Operasi Nilai telah menerima kunjungan dari Jabatan Pembelian (“Purchasing”), Takanichi SIM (TSIM), sebuah anak syarikat Toyota. Lawatan yang bermula pada jam 2.30 petang ini disertai oleh Mr. Kiyoshi Tsuchiya (Pengurus Besar), Mr. Lee Teck Man (Penolong Ketua Jabatan), En. Mohd. Najib (Eksekutif) dan En. Mohd Fauzi bin Ab Rahman (Eksekutif).

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan terakhir tentang komponen “Weatherstrip Inner” untuk model baru Toyota, New Vios. Semoga Ingress akan menerima LoI (“Letter of Intent”) daripada mereka dalam masa terdekat ini.

Agihan Zakat dan Duit Raya kepada Fakir Miskin

Lawatan dari TSIM

di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa,

Rawang, Selangor Darul Ehsan. Duit raya

diserahkan secara terus kepada Pengetua

sekolah, Pn. Hajjah Syakilla dan majlis

berasingan akan dianjurkan kemudian

oleh pihak pengurusan sekolah tersebut

bagi menyalurkan duit raya tersebut

kepada murid-murid yang layak.

Seterusnya, golongan fakir dan miskin

di sekitar Taman Bunga Raya, Bukit

Beruntung pula dijemput ke ITSB untuk

menjayakan majlis penyerahan zakat

syarikat kepada mereka. Program ini

telah dikendalikan dengan jayanya di

Surau ITSB.

Pada sebelah malamnya pula, ITSB

dijemput ke Surau Cempaka, Bukit

Sentosa, Rawang untuk menyampaikan

sumbangan zakat syarikat kepada fakir

dan miskin di sana.◆ En. Mohd. Maizatul Rizan bin Marhom menyampaikan sumbangan duit raya kepada Pn. Hajjah Syakilla.

◆ En. Anuar bin Ismail menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang fakir miskin di Bukit Sentosa.

Sesungguhnya, pengagihan zakat syarikat

ini merupakan satu usaha murni yang

dituntut oleh syarak sebagai salah satu

daripada kaedah pembersihan harta

dan perniagaan syarikat demi menjamin

keredhaan dan rahmat Allah s.w.t.

◆ Pemeriksaan yang rapi dan teliti dijalankan oleh pihak TSIM.

Page 8: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

8

Berita Subsidiaries

Ingress Operasi Nilai telah dikunjungi oleh kakitangan Perbadanan Kemajuan Ikhtisat Negeri Kelantan (PKINK) pada 22 Disember 2005 yang lalu. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Program ini dikendalikan dengan jayanya di Lobi Eksekutif, Ingress Operasi Nilai dengan penyertaan seramai 26 orang peserta.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas program keseluruhan yang disampaikan oleh Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan, Dr. Che Rosli bin Che Mat. Seterusnya, Pengurus Besar Perkilangan, En. Radzuan Shah bin Jamaludin pula menyampaikan taklimat korporat. Majlis diteruskan dengan penyampaian taklimat yang berkaitan dengan selok-belok kewangan oleh Pengurus Kanan Jabatan Kewangan dan Perakaunan, En. Khairrazi bin Aziz.

Program seterusnya disusuli dengan lawatan ke kawasan perkilangan untuk memberi pendedahan secara ringkas kepada mereka mengenai stok dan inventori yang dipraktikkan oleh Ingress selain daripada melihat perjalanan operasi perkilangan dengan lebih dekat lagi.

Lawatan dari PKINK

◆ Para pelawat mengikuti sesi taklimat di Lobi Eksekutif.

◆ Para pelawat dibawa ke kawasan perkilangan.

Lawatan dari PKINK Lawatan dari PKINK

Page 9: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

9

Berita Subsidiaries

Lawatan dari DMC dan PERODUA

◆ Para pelawat mengikuti sesi taklimat di Board Room, Ingress Operasi Nilai.

◆ Mr. Maruyama memberikan penerangan mengenai produk keluaran ITSB. ◆ En.Hishamudin bin Lah memberikan penerangan di dalam Bahasa Jepun sebelum pelawat dibawa ke kawasan perkilangan ITSB.

Ingress telah diberikan satu penghormatan yang tinggi pada tahun 2005 apabila President Daihatsu Motor Corporation (DMC) sudi mengadakan kunjungan hormat untuk melihat perjalanan operasi perkilangan di Bukit Beruntung, Rawang dan Nilai, Negeri Sembilan.

Siri lawatan dari DMC ini disertai oleh Mr. Teruyuki Minoura (President DMC), Datuk Yoshihiro Uehara (Pengarah Urusan DMC) dan Mr. Tetsuo Miura, Pengurus Besar, Asia Department, DMC) dengan diiringi lima orang wakil pengurusan kanan PERODUA Auto Corporation Sdn. Bhd. iaitu Mr. Toshiharu Imanichi (Pengarah Urusan), Mr. Shigeharu Toda (Pengarah Eksekutif), En. Rosly Aziz (Pengurus Besar Kanan, PVD), En. Zamkhuri Shaari (Pengurus Besar, PVD) dan Mr. Yasuo Tsukomoto (Pengurus Besar, PVD).

Lawatan ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) diadakan pada 11 November 2005.

Mr. Maruyama, Pengurus Besar, ITSB pula mengambil-alih program dengan memberikan penerangan kepada para pelawat mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh ITSB secara ringkas.

Sebulan kemudian, program lawatan susulan dibuat ke Ingress Operasi Nilai pula iaitu pada 12 Disember 2005. Delegasi diraikan dengan penuh keistimewaan oleh Tn. Hj. Rameli bin Musa (Naib Pengerusi Eksekutif), Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain (Pengarah Eksekutif Kumpulan, “ACM Malaysian Business”), Ir. Hj. Abdul Malek bin Othman (Pengarah Projek, Pembangunan Perniagaan) dan Pengurus-pengurus Besar Kanan serta Pengurus-pengurus Besar dari ITSB dan Ingress Operasi Nilai.

Program ini bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir satu jam 15 minit kemudian.

◆ Keberangkatan pulang President DMC.

Setelah diberikan taklimat ringkas oleh En. Hishamudin bin Lah, semua delegasi dibawa melawat ke kawasan perkilangan. Seterusnya

Page 10: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

10

Berita Subsidiaries

Seramai tiga orang perwakilan dari “Assembly

Services Sdn. Bhd. (ASSB), Toyota, salah satu

dari anak syarikat Toyota telah berkunjung ke

Ingress Operasi Nilai pada 9 November 2005

yang lalu. Mereka ialah Mr. S. Hatori, En.

Sofi an Isa dan Cik Maslinda. Program yang

berlangsung selama dua jam bermula dari

jam 3.00 petang ini diadakan dengan tujuan

untuk melihat tahap persediaan Ingress untuk

mengeluarkan komponen “Weatherstrip Inner

dan Outer” untuk model baru Toyota, New Vios.

Lawatan dari ASSB, Toyota Kempen Keselamatan Jalan Raya

◆ Sesi pembentangan status persediaan Ingress untuk mengeluarkan komponen “Weatherstrip”.

◆ Pihak ASSB memberikan komen ke atas “sample” komponen yang dikeluarkan.

◆ En. Hamidi bin Maulod, Pengurus Besar Kanan ITSB menyampaikan cenderamata kepada Penceramah.

◆ Sarjan Mejar Zakaria sedang menyampaikan taklimat.

Pada 26 Oktober 2005 yang lalu, Bahagian Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan, Ingress Technologies Sdn.

Bhd. (ITSB) telah menganjurkan Kempen Keselamatan

Jalan Raya sempena cuti Hari Raya Aidilfi tri 1426 Hijrah.

Kempen ini dikelolakan dengan jayanya di Surau ITSB di

bawah khidmat nasihat Sarjan Mejar Zakaria dari IPD

Kuala Kubu Bharu.

Kempen yang bertemakan “Kemalangan Sifar “0” pada

Musim Perayaan” ini dihadiri oleh barisan pimpinan dan

kakitangan ITSB.

Kemalangan Sifar

“O”

Page 11: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

11

Berita Subsidiaries

Pada 1 Disember 2005 yang lalu, Ingress Operasi Nilai telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pasukan “Unit Bergerak”, Pusat Khidmat Darah, Hospital Seremban. Pasukan ini diterajui oleh Dr. Azizan binti Othman dengan diiringi 10 orang anggota pasukan.

Kempen ini diadakan di kantin Ingress Operasi Nilai bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 4.30 petang. Sesungguhnya sambutan daripada kakitangan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 63 orang kakitangan termasuk kakitangan wanita.

Pada 17 Disember 2005 yang lalu, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan program Gotong-royong Perdana. Program ini dikelolakan dengan jayanya oleh Ahli-ahli Jawatankuasa 5’S yang dipengerusikan oleh En. Azlan bin Mohd Sahbudin. Semua kakitangan memberikan komitmen yang tinggi di dalam memastikan agar kawasan perkilangan, pejabat dan persekitaran ITSB berada di dalam suasana yang selamat, harmoni dan ceria.

Kempen Derma Darah Gotong-royong Perdana ITSB

◆ Pemeriksaan kesihatan dilakukan terlebih dahulu bagi mengenalpasti tahap kesihatan seseorang penderma.

◆ En. Azlan Mohd Sahbudin memberikan taklimat ringkas sebelum gotong-royong dimulakan.

◆ Antara kawasan yang dibersihkan.

◆ Antara kakitangan yang turut serta di dalam kempen tersebut.“O”

Page 12: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

12

Fokus

Majlis Jamuan Makan Malam dan Penyampaian Anugerah 2004

Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana dari setiap anak syarikat telah menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam dan Penyampaian Anugerah 2004. Majlis yang gilang-gemilang ini telah diadakan pada 18 November 2005 di Hotel Istana, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memberikan penghargaan kepada semua warga Ingress. Majlis ini merupakan “Majlis 4 dalam 1” yang merangkumi Majlis Jamuan Makan Malam,

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Anugerah Pekerja Terbaik 2004 dan Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan.

Majlis dimulakan pada jam 8.15 malam. Setelah doa selamat dan bacaan ayat suci al-Quran disempurnakan, majlis diteruskan dengan Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi Program, Dr. Che Rosli bin Che Mat, diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh Naib

Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad, Tn. Hj. Rameli bin Musa.

Seterusnya, hadirin dipersilakan untuk menikmati juadah makan malam sambil dihiburkan dengan alunan lagu-lagu nasyid kontemporari oleh Kumpulan Rabbani. Pada jam 9.50 malam, tibalah acara kemuncak, iaitu Penyampaian Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan dan Anugerah Pekerja Terbaik 2004.

◆ Pekerja terbaik keseluruhan, Sdr. Mat Ali bin Mohamed dengan piala pusingan yang dimenanginya.

� Suasana di dalam dewan.

Page 13: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

13◆ Calon-calon kategori Eksekutif Terbaik 2004.

◆ Barisan Calon Anugerah Penyelia Terbaik 2004.

Fokus

◆ Salah seorang daripada penerima Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan, Sdr. Rosfaizal bin Mohd. Rajab.

◆ Tn. Hj Rameli bin Musa sedang menyampaikan Ucapan Perasmian.

◆ Persembahan yang bertenaga daripada Kumpulan Rabbani.

Bersambung di muka surat 14

◆ Kumpulan Gamelan yang didatangkan khas dari Gemencheh turut memeriahkan suasana.

◆ Calon-calon bagi Anugerah Pekerja Terbaik 2004.

Page 14: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

14

Fokus

Seramai 46 orang kakitangan telah menerima Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan iaitu:

No. Nama Jawatan Syarikat

1 En. Hamidi bin Maulod Pengurus Besar Kanan Ingress Technologies Sdn. Bhd.

2 Ir. Mohd. Haizad bin Hussain Pengurus Besar Matrix Power Services Sdn. Bhd.

3 En. Ahmad Shukri bin Ishak Pengurus Kanan Ingress Precision Sdn. Bhd.

4 En. Zulkifli bin Mohamad Pengurus Kanan Ingress Research Sdn. Bhd.

5 En. Pami bin Jani Pengurus Ingress Technologies Sdn. Bhd.

6 En. Wan Musa bin Wan Daud Pengurus PT Ingress Malindo Ventures

7 En. Mohamed Diah bin Baharun Pengurus Ingress Engineering Sdn. Bhd.

8 Pn. Sabariah binti Mohd Yusoff Penolong Pengurus Ingress Precision Sdn. Bhd.

9 Sdr. Mohd Yazid bin Abu Hanifah Eksekutif Ingress Corporation Berhad

10 Sdr. Jalaludin bin Jaffar Eksekutif Ingress Precision Sdn. Bhd.

11 Sdr. Hidzir bin Abdullah Eksekutif Ingress Research Sdn. Bhd.

12 Sdr. Mohd Faisal bin Ramli Eksekutif Talent Synegy Sdn. Bhd.

13 Sdr. Abu Bakar bin Yaacob Eksekutif Talent Synegy Sdn. Bhd.

14 Sdr. Ahmad Shafuan bin Abdul Rahman Eksekutif Ingress Autoventures Sdn. Bhd.

15 Sdr. Zairin Shazli bin Mustapha Eksekutif PT Ingress Malindo Ventures

16 Sdr. Khairil Anuar bin Abdul Manap Eksekutif Multi Discovery Sdn. Bhd.

17 Sdr. Suhaimi bin Abdul Ghani Penyelia Ingress Engineering Sdn. Bhd.

18 Sdr. Shahrin bin Misran Penyelia Ingress Engineering Sdn. Bhd.

19 Sdr. Hassan bin Yaacob Penyelia Talent Synergy Sdn. Bhd.

20 Sdr. Irwan bin Ismail Penyelia Ingress Technologies Sdn. Bhd.

21 Sdr. Hirman bin Mohamad Saad Penyelia Ingress Technologies Sdn. Bhd.

22 Sdri. Salmiah binti Mustapha Stenographer Ingress Research Sdn. Bhd.

23 Sdr. Mukhtarudin bin Yusoff Penolong Penyelia Ingress Engineering Sdn. Bhd.

24 Sdr. Dhary bin Abdul Rahman Penolong Penyelia Ingress Precision Sdn. Bhd.

25 Sdr. Zamzuri bin Mohd Pilus Penolong Penyelia Ingress Precision Sdn. Bhd.

26 Sdr. Mohd Yusri bin Mat Rahin Penolong Penyelia Ingress Precision Sdn. Bhd.

27 Sdr. Rosfaizal bin Mohd Rajab Penolong Penyelia Ingress Precision Sdn. Bhd.

28 Sdr. Mohamad Azli bin Kadir Penolong Penyelia Ingress Precision Sdn. Bhd.

29 Sdr. Kamaruddin bin Harun Penolong Penyelia Ingress Precision Sdn. Bhd.

30 Sdr. Md Rasid bin Rani Penolong Penyelia Ingress Technologies Sdn. Bhd.

31 Sdr. Zamanhuri bin Abdul Ghaffar Procurement Asst. Multi Discovery Sdn. Bhd.

32 Sdri. Nor A’shikin binti Ismail Kerani Ingress Engineering Sdn. Bhd.

33 Sdr. Aliza bin Alias Kerani Ingress Precision Sdn. Bhd.

34 Sdr. Abdul Talib bin Amat Fitter Ingress Engineering Sdn. Bhd.

35 Sdr. Mohd Kamel bin Yusoff Leader Ingress Engineering Sdn. Bhd.

36 Sdr. Mohd Zulkafli bin Mohamad Noor Leader Ingress Engineering Sdn. Bhd.

37 Sdr. Mohd Zulkifli bin Ishak Fitter Ingress Engineering Sdn. Bhd.

38 Sdr. Saiful Azman bin Mohd Ali Fitter Ingress Precision Sdn. Bhd.

39 Sdr. Ahmad bin Abdullah Leader Ingress Precision Sdn. Bhd.

40 Sdr. Ab Wahab bin Ghazali Leader Talent Synergy Sdn. Bhd.

41 Sdr. M Amiza bin Abdullah Technician Ingress Technologies Sdn. Bhd.

42 Sdr. Zuhuki bin Abu Husain Technician Ingress Technologies Sdn. Bhd.

43 Sdr. Muhammad bin Yusoff Technician Ingress Technologies Sdn. Bhd.

44 Sdr. Muhamad Nazri bin Said Operator Ingress Engineering Sdn. Bhd.

45 Sdr. Amada bin Rawi Operator Ingress Precision Sdn. Bhd.

46 Sdr. Rosli bin Ishak Operator Ingress Precision Sdn. Bhd.

Mereka menerima sekeping sijil penganugerahan dan seutas jam tangan.

Sambungan dari muka surat 13

Page 15: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

15

Fokus

Bagi Anugerah Pekerja Terbaik 2004, seramai 18 orang kakitangan telah dicalonkan yang mewakili tiga kategori iaitu:

i) Kategori Pekerja Terbaik 2004ii) Kategori Penyelia Terbaik 2004iii) Kategori Eksekutif Terbaik 2004

Setiap calon menerima sekeping sijil penganugerahan dan wang tunai berjumlah RM 100.00 setiap seorang. Manakala pemenang bagi setiap kategori pula menerima sekeping sijil penganugerahan, sejumlah wang tunai bernilai RM 500.00, sebuah piala iringan, sebuah piala pusingan dan Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan. Bagi pemenang yang bukan beragama Islam, hadiah Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan akan digantikan dengan pakej berbentuk “business trip” yang bersesuaian.

Calon-calon untuk Kategori Anugerah Pekerja Terbaik 2004 ialah:

No. Nama Syarikat

1 Sdr. Mohd Najib bin Mohd Zain Ingress Engineering Sdn. Bhd.

2 Sdr. Md. Waris bin Salikun Ingress Precision Sdn. Bhd.

3 Sdr. Hapizan bin Abd Majid Ingress Technologies Sdn. Bhd.

4 Khun Petpong Chaibung Ingress Autoventures Co., Ltd.

5 Bpk Adam Farsyah PT Ingress Malindo Ventures

6 Sdri. Fatma Wati binti Hanafi Multi Discovery Sdn. Bhd.

Pemenangnya berpihak kepada Khun Petpong Chaibung.

Kategori Penyelia Terbaik 2004 pula turut menampilkan enam orang calon iaitu:

No. Nama Syarikat

1 Sdr. Anuar bin Abdullah Ingress Engineering Sdn. Bhd.

2 Sdr. Mohd Hisyam bin Yusoff Ingress Precision Sdn. Bhd.

3 Sdr. Norhaskuan bin Wan Hussin Ingress Technologies Sdn. Bhd.

4 Khun Muhammadaluwee Dueramae Ingress Autoventures Co., Ltd.

5 Bpk Joni Wawan Suprianto PT Ingress Malindo Ventures

6 Sdr. Inche’ Azhar bin Sahar Multi Discovery Sdn. Bhd.

Pemenang bagi kategori ini disandang oleh Saudara Norhaskuan bin Wan Hussin.

Calon-calon untuk Kategori Eksekutif Terbaik 2004 juga turut dipertandingkan dan mereka ialah:

No. Nama Syarikat

1 Sdr. Mohd. Fauzali bin Musa Ingress Engineering Sdn. Bhd.

2 Sdr. Hj. Mat Ali bin Mohamed Ingress Precision Sdn. Bhd.

3 Sdr. Mohd Hisham bin Abdul Ghani Ingress Technologies Sdn. Bhd.

4 Khun Udomsak Sangsuk Ingress Autoventures Co., Ltd.

5 Bpk Hendrik Widagdo PT Ingress Malindo Ventures

6 Sdr. Anuwar Ridza bin Mohd Zahari Multi Discovery Sdn. Bhd.

Pemenangnya jatuh kepada Saudara Hj. Mat Ali bin Mohamed.

Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh hadirin untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Pekerja Terbaik Keseluruhan 2004. Keputusan telahpun disaksikan oleh semua kakitangan dan tetamu yang hadir bahawa Saudara Hj. Mat Ali bin Mohamed adalah penerima anugerah yang berprestij ini. Beliau menerima hadiah berbentuk wang tunai bernilai RM 1,000.00, sekeping sijil penganugerahan, sebuah piala iringan dan sebuah piala pusingan.

Pengumuman tersebut menunjukkan bahawa majlis semakin hampir ke penghujungnya. Setelah bacaan Doa Penutup dilafazkan, majlis bersurai sekitar jam 11.00 malam.

Page 16: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

16

2. Tergelincir dan Terjatuh:Tergelincir, terjatuh, terhempap dan terlanggar adalah kemalangan yang sering berlaku di pejabat. Lantai yang sedang dibasuh dan licin hendaklah diletakkan tanda amaran bahaya. Pelapik yang tidak kukuh tidak boleh digunakan untuk memanjat. Kotak dan fail hendaklah disusun dengan rapi dan tegap. Barang yang berat hendaklah diletakkan di para aras pinggang supaya mudah diangkat. Bagi mengangkat barang dari lantai, adalah ditegah sama sekali untuk membongkokkan badan.

Kabel elektrik hendaklah diikat dengan kemas dan dilindungi supaya tidak tersepak. Pakaian dan barang perhiasan hendaklah dipakai dengan kemas supaya tidak mudah tersangkut atau tersepit pada mesin-mesin di pejabat. Berhati-hatilah ketika berjalan dan memegang benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting dan pensil.

3. Keselamatan:Keselamatan pekerja adalah topik asas yang sering diperbincangkan. Ia meliputi keselamatan dalam perjalanan ke tempat kerja atau perjalanan pulang. Elakkan meletakkan kenderaan di kawasan yang tersorok dan cahaya yang suram. Bagi keselamatan ketika menghadapi kecemasan dan kemudahan bergerak, kenderaan hendaklah diletakkan menghala ke jalan keluar.

Sebelum keluar dari kenderaan, perhatikan kawasan sekeliling terlebih dahulu, bagi memastikan tiada sesiapa yang mencurigakan. Begitu juga ketika hendak memasuki kenderaan. Setelah berada di dalam kenderaan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengunci semua pintu. Sekiranya terlibat dengan apa-apa kejadian kemalangan atau sebagainya dan terdapat orang yang mencurigakan, jangan terus keluar dari kenderaan. Hubungi rakan atau saudara terdekat terlebihdahulu dari dalam kenderaan untukmendapatkan pertolongan.

Berita Keselamatan & Kesihatan

Bekerja di pejabat selalu dianggap selamat dan kakitangan sering mengabaikan unsur-unsur yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan kemudian hari.

Langkah pertama yang perlu difahami oleh kakitangan di bahagian pejabat sebagai salah satu dari tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya kemalangan adalah dengan mengenalpasti hazad di tempat kerja dan cara-cara untuk mengawalnya. Hazad berasal dari istilah Bahasa Inggeris (“Hazard”) yang membawa maksud sesuatu keadaan yang boleh mencederakan diri atau merosakkan harta benda.

1. Tempat Duduk dan Meja Kerja:Penyakit yang sering dikaitkan dengan kaedah bekerja dan keadaan tempat kerja ialah “Cumulative Trauma Disorders” (CTD) dan “Muscloskeletal Disorders” (MSD). Penyakit ini sukar dikenalpasti. Ia merangsang berlakunya lesu, penat dan lemah sistem saraf, terutamanya di bahagian anggota badan yang aktif.

Bagi mengurangkan atau mengelakkan kemudharatan ini adalah dengan melakukan kerja dalam keadaan anggota dan otot yang rileks. Letakkan semua peralatan dan keperluan kerja yang sentiasa digunakan di dalam lingkungan yang mudah dicapai. Buat senaman ringan dan rehatkan badan setiap dua jam. Bahagian anggota badan yang perlu direhatkan adalah leher, mata dan pinggang ke bawah.

Keselamatan Bekerja di Pejabat

◆ Kedudukan ergonomik.

◆ Mengangkat dengan cara yang betul.◆ Mengangkat dengan cara yang betul.

di dalam kenderaan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengunci semua pintu. Sekiranya terlibat dengan apa-apa kejadian kemalangan atau sebagainya dan terdapat orang yang mencurigakan, jangan terus keluar dari kenderaan. Hubungi rakan atau saudara terdekat terlebihdahulu dari dalam kenderaan untukmendapatkan pertolongan.

Page 17: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

17

Berita KKI

Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA), Kelab Kakitangan Ingress (KKI), Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup HELWA pada 24 Disember 2005 yang lalu. Kejohanan ini diadakan di Pusat Bowling, Kelab Golf, Bukit Beruntung. Kejohanan ini disertai oleh lima kumpulan: Melati; Anggerik; Teratai; Mawar; dan Melur. Kejohanan yang berlangsung selama lima jam, bermula dari jam 9.00 pagi ini menyaksikan Kumpulan Anggerik yang dianggotai oleh Sdri. Roswati binti Napiah, Sdri. Maizatul Akmar dan Sdri. Nik Rohaidah muncul sebagai juara dengan nilai jatuhan pin sebanyak 843.

Ahli Jawatankuasa Unit Surau dan Kebajikan, Kelab Kakitangan Ingress (KKI), Ingress Technology Centre (ITC) telah menganjurkan Program Qiyamullail kali yang kedua pada 16 Disember 2005. Program yang bertemakan “Ibadah dan Pekerjaan: Satu Gandingan ke arah Pemantapan dan Sahsiah Insan Cemerlang” ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengurusan dan kakitangan serta anak-anak ITC.

Program dimulakan dengan menunaikan solat ‘Isyak berjemaah dan diikuti dengan Kuliah ‘Isyak yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Zaharum bin Ridwan.

Setelah semua peserta melelapkan mata sebentar, mereka diberikan keizinan oleh Allah s.w.t untuk menyempurnakan program Qiyamullail pada jam 4.30 pagi di bawah pimpinan Ybhg. Ustaz Basri bin Khalil,

Kejohanan Bowling Tertutup HELWA

◆ Peserta bergambar kenangan di akhir perlawanan.

Program Qiyamullailbekas imam Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Program seterusnya diambil-alih oleh Ybhg. Ustaz Zaharum bin Ridwan bagi mengimamkan solat Subuh dan seterusnya menyampaikan Kuliah Subuh.

Terdahulu sebelum itu, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) juga telah mengadakan program Qiyamullail untuk kakitangannya di Surau ITSB. Program tersebut diadakan pada 22 Oktober 2005 di bawah pimpinan Ybhg. Ustaz Zubir bin Embong.

Semoga program ini dapat memantapkan lagi kerohanian warga Ingress untuk meniti kehidupan di dunia fana ini dengan penuh ketakwaan dan pengharapan yang tinggi kepada Pencipta Yang Maha Agong.

◆ Ybhg. Ustaz Zaharum bin Ridwan menyampaikan tazkirah selepas Program Qiyamullail di ITC.

◆ Suasana Program Qiyamullail di ITSB.

Page 18: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

18

PendidikanBeliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Lambor Kiri pada tahun 1960. Setelah lulus peperiksaan Darjah Enam, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Dato’ Abd Rahman Yaakob, Bota Kanan, Perak dengan memasuki kelas peralihan Bahasa Inggeris dan lulus “Lower Certificate of Education”.

Bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris, pihak Jabatan Pendidikan Ipoh telah memberikan peluang kepada beliau untuk meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di St. Anthony’s School di Teluk Intan dan menamatkan pelajaran peringkat menengah dengan memperolehi “Malaysian Certificate of Education” dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Biologi, “Health Science” dan Bahasa Melayu.

Disebabkan oleh desakan hidup, cita-cita untuk beliau melanjutkan pelajarannya terbantut. Namun, demi kepentingan hidup di dunia dan di akhirat, beliau mengikuti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara sambilan selama dua tahun di peringkat sijil dan menjalani kursus setaraf Diploma Pengurusan dan Teknologi Makmal juga di UKM walaupun disibukkan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan kerjaya beliau. Bagi memantapkan lagi bidang kerjaya, beliau telah diberi peluang untuk mengikuti kursus “Laboratory Technique and Management” di “Western Australian Institute of Technology”, Perth, Australia.

Perjalanan HidupSebagai anak sulung, kemiskinan keluarga telah mendesak beliau untuk mencari nafkah bagi membantu menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Namun demikian, kemiskinan juga telah menguatkan semangat beliau untuk lebih tabah menghadapi kehidupan dan menghargai rezeki yang telah dianugerahkan oleh Allah walaupun tidak berjaya meraih semua impiannya.

Pengalaman makan nasi berlaukkan garam dan bergulaikan ubi kayu adalah lumrah. Detik ini rupa-rupanya menjadi benteng dan menggarap hati dan jiwa untuk sentiasa merasai kepuasan terhadap apa jua yang diterima dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, beliau terus berusaha untuk meningkatkan dan memajukan diri sesuai dengan kehidupan dan keperluan semasa.

Pendidikan sains yang telah beliau terima di peringkat menengah telah meningkatkan naluri ingin tahu di dalam dirinya terhadap semua hal. “Ini adalah sebagaimana saranan Rasulullah s.a.w bahawa untuk berjaya di dunia dan di akhirat adalah dengan ilmu”, kata beliau.

Ilmu agama yang diterima secara formal di UKM dan tidak formal seperti di masjid, surau dan bergaul dengan orang-orang tua yang berilmu telah memberikan manfaat yang amat besar dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam mengharungi kehidupan kota, pengalaman tidur di dangau bendang semasa di kampung tidak pernah menghalang beliau untuk hidup bersama masyarakat setinggan sementara mendapat rumah sendiri yang tetap.

Pengalaman ke tempat kerja dengan pelbagai cara dan kaedah telah dirasai, berjalan kaki, bermotosikal dan menaiki bas. Semuanya telah menjadi kenangan. Kini, memiliki kenderaan sendiri yang selesa merupakan satu nikmat yang tidak terperi. Aktiviti rekreasi dari dasar laut hinggalah ke puncak Gunung Kinabalu telah memberi erti yang tersendiri di dalam dirinya untuk menghayati keagungan Ilahi. Semua pengalaman tersebut telah memberi banyak pengajaran setelah beliau bertemu dengan pelbagai ragam manusia dan menempuh pelbagai peristiwa.

Pertemuan dengan IsteriPerasaan kasih-mengasihi adalah lumrah di kalangan insani. Hidup berkeluarga menjadi cita-cita semua manusia. Rupa, harta, keturunan dan agama menjadi asas pilihan jiwa. Ada yang kecewa dan ada yang bahagia. Apa yang pasti, Allah menentukan segala-galanya.

Personaliti

PERINGKAT EKSEKUTIF

Nama : Mat Ali bin Mohamed

Tarikh lahir : 10 Mac 1953

Tempat lahir : Parit, Perak Darul Ridzuan

Bilangan adik-beradik : 12 Orang

Nama bapa : Mohamed bin Lebai Yusof

Pekerjaan : Askar Melayu

Nama ibu : Ramlah binti Abd. Raof

Pekerjaan : Sendiri

Status : Berkahwin

Nama isteri : Siti Halimah binti Sorip

Pekerjaan : Suri RumahBIO

DATA

Page 19: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

19

Personaliti

Pertemuan dengan isteri membawa erti yang penuh makna, setelah menempuh pelbagai dugaan dan halangan mengikut pilihan hati dan perasaan. Setelah usia rumah tangga meningkat, baru beliau nampak kebaikannya tidak memperolehi jodoh sebagaimana yang diinginkan oleh hati.

Isteri yang dikasihi ditemui setelah beliau mengadu kepada Ilahi untuk mendapatkan jodoh yang serasi, baik untuk kepentingan di dunia dan juga di akhirat, tanpa mengambil kira faktor rupa, harta dan keturunan. “Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Sekiranya kita memohon kepada Allah untuk menemukan jodoh, maka Allah juga akan membantu kita ketika kita berdoa bagi mengatasi segala kesusahan yang berkaitan dengan pasangan hidup kita”, ujar beliau.

Pengalaman KerjaSebelum bertugas di Ingress, pengalaman kerja yang ada hanya di UKM sebagai Pembantu Makmal. Beliau berpengalaman dalam bidang zoologi, pengawetan haiwan pameran, teknik bioplastik, biokimia, genetik dan yang terakhir mengendalikan sebuah kompleks pemeliharaan haiwan makmal dengan sembilan orang tenaga kerja dan empat blok bangunan. Beliau juga pernah terlibat secara langsung dalam penyelidikan kesan minyak kelapa sawit sebagai agen anti-barah.

Beliau mula bertugas di Ingress pada tahun 1998 sebagai Eksekutif di Bahagian Pentadbiran. Beliau juga pernah ditugaskan untuk menjaga kebajikan pekerja melalui anak syarikat Taman Bakti dan menanam Cili Bangi melalui anak syarikat Ingress Properties Sdn. Bhd. Pada tahun 2002, beliau ditugaskan di Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sehingga sekarang.

Anugerah / Penghargaan yang telah diterimaSepanjang pembabitan beliau dalam arena pekerjaan, pelbagai anugerah telah berjaya diraih olehnya iaitu:

1. UKM - Anugerah Pekerja Cemerlang.2. Kerajaan Malaysia - Pingat Pangkuan Negara (PPN).3. Ingress - Eksekutif Terbaik 2004.4. Ingress - Pekerja Terbaik 2004. Cabaran dan Pengalaman HidupPeringkat awal remaja merupakan suatu zaman yang amat getir dan genting dalam kehidupan. Zaman persekolahan amat berbeza dengan alam pekerjaan. Tinggal bersama dan berhampiran dengan keluarga terdekat di ibu kota sedikit sebanyak dapat menghalang beliau dari bergaul bebas.

Erti hidup berdikari bermula selepas sahaja beliau meninggalkan bangku persekolahan. Ketika menunggu keputusan peperiksaan, beliau menjalankan aktiviti memotong getah. Semasa di bangku sekolah, beliau membantu keluarga membanting tulang untuk mengusahakan sawah.

Di tempat kerja pula, selain dari menjalankan kerja-kerja biasa, beliau sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti peningkatan ilmu pengetahuan dan kebajikan pekerja. Dalam masyarakat pula, aktiviti yang dijalankan

tidak jauh bezanya. Majlis ilmu agama sentiasa menjadi tumpuan.

Cabaran utama dalam kehidupan ini adalah kepercayaan masyarakat yang diberikan untuk memimpin dalam hal-hal keagamaan. Tanggungjawab ini amat berat berbanding dengan ilmu yang ada di dalam dada. Oleh kerana tiada sesiapa yang sanggup menerimanya dan melihat faedah sampingannya secara tidak langsung dapat memaksa diri untuk berubah menjadi lebih baik. Justeru itu, tugas-tugas tersebut terus beliau pikul sambil berserah kepada Ilahi. Kini, selain dari menjadi salah seorang imam di surau tempat beliau bermastautin, beliu juga menjadi Pengerusi Sekolah Agama Rakyat yang asalnya adalah sebuah kelas mengaji al-Quran.

Prinsip dan Falsafah HidupKehidupan di dunia fana ini merupakan ladang akhirat. Setiap gerak kerja yang dilakukan hendaklah mengambil kira kepentingan di akhirat di samping faedah di dunia. Jika tidak mampu memberi pertolongan kepada orang lain, jangan sesekali menyusahkan diri sendiri. Jangan sesekali mengharapkan balasan dari pertolongan yang telah kita berikan kerana semuanya datang daripada Allah s.w.t.

Manusia hanya mampu berusaha dan hanya Allah yang menentukan hasilnya. Ujian adalah suatu yang pasti diberikan oleh Allah untuk manusia yang ingin memajukan diri dan jiwanya. Oleh itu semua manusia ada kekuatan dan kelemahannya. Dengan itu, yang tua kita hormati kerana banyak jasanya dan yang muda kita kasihi kerana kurang dosanya.

Kejarlah akhirat kerana dunia akan mengikutinya dan jangan tinggalkan dunia kerana akhirat akan memanggilnya.

Nasihat untuk Kakitangan IngressTiada nasihat yang boleh diberikan melainkan nasihat yang ada di dalam al-Quran dan Sunnah Rasululullah s.a.w. Buatlah sesuatu kerja dengan jujur dan ikhlas kerana ia akan menjadi pahala samada kita berjaya atau gagal melakukan sesuatu kerja. Hadapilah segala cubaan dan halangan dengan sabar kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dan akan memberikan ilham untuk mengatasi segala masalah dan membuat sesuatu yang lebih baik.

Selain dari syaitan laknatullah, musuh utama manusia adalah dirinya sendiri. Benteng utama yang dapat melemahkan pengaruh syaitan adalah ikhlas dan mengikut akal yang waras. Manakala benteng utama untuk menguasai nafsu ialah dengan sifat berlapang dada kerana manusia yang mulia adalah yang bertakwa.

Kejayaan dan kebahagian dalam hidup adalah bergantung pada sejauh mana kita dapat menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga dari azab api neraka. Anak dan timbunan harta bukan menjadi ukuran. Anak yang soleh adalah aset yang paling berharga. Ia akan menyumbang kepada kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Page 20: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

20

Berita Bergambar

1. Tn. Hj. Rameli bin Musa menerima cek Tuntutan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (PTKB) daripada Syarikat Takaful Malaysia Berhad bernilai RM 350,000.00 untuk disampaikan kepada keluarga Allahyarham Wan Nik Ma bin Wan Pi pada 27 Julai 2005.

2. Lawatan daripada Pengurus Besar, Jabatan PVD, Daihatsu Motor Corporation (DMC) ke ITSB pada 18 November 2005.

3. Seminar “Goods and Services Tax” (GST) untuk para Eksekutif ke atas di Bahagian Kewangan pada 28 November 2005 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang.

4. En. Hamidi bin Maulod, Pengurus Besar Kanan, ITSB memberikan taklimat ringkas kepada para peserta Kursus “TNA (Training Need Analysis) Awareness” yang diadakan pada 15 November 2005.

5. Lawatan daripada Bpk Mas Moechamad Latif, “Director”, PT IMV, ke ITSB pada 15 Disember 2005.

Berita Bergambar

6. Pertandingan Futsal Tertutup antara jabatan di ITSB pada 12 Disember 2005.

7. Simbolik pelancaran “Kanban” oleh En. Wan Mohamad Zain bin Wan Omar, Ketua Jabatan PPC, ITSB kepada En. Ishak bin Abidin, Ketua Jabatan Perkilangan ITSB pada 14 November 2005.

8. Lawatan para penganalisa ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. pada 17 November 2005.

9. Sempena keberkatan Ramadhan 1426 Hijrah yang lalu, ITSB telah menganjurkan Solat Sunat Tarawikh berjemaah di Surau ITSB untuk kakitangan yang berkesempatan.

10. “Perodua Technical Team” diberi taklimat ringkas mengenai operasi perkilangan ITSB oleh pihak pengurusan ITSB sempena lawatan mereka ke sana pada 10 Oktober 2005.

1 2 3

8 9 10

4 6

75 7

Page 21: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

21

Jendela “Oversea”

Sempena meraikan sambutan perayaan Aidilfitri 1426 Hijrah yang lalu, PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV) telah menganjurkan Majlis Silaturrahim Aidilfitri pada hari Sabtu, 26 November 2005.

Acara bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Tetamu yang hadir terdiri daripada kakitangan PT IMV dan keluarga, para pembekal dan juga pelanggan PT IMV iaitu PT Karma Yudha Tiga Berlian (Mitsubishi) dan PT Indomobil Suzuki International (Suzuki).

Program Usrah PT IMVBagi meningkatkan lagi pemahaman mengenai agama Islam dan seterusnya menaikkan semangat serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan karyawan PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV), program usrah telah diadakan pada setiap dua minggu sekali. Ia diadakan secara bergilir-gilir di rumah para “Expatriate” dan juga di rumah karyawan PT IMV. Program ini juga turut menjemput Ybhg Ustaz-ustaz dari masjid-masjid yang berdekatan.

◆ Para peserta Usrah di rumah Bpk Wan Musa.

Acara bertambah meriah dengan persembahan daripada kakitangan PT IMV dan anak-anak “Expatriate”. Di penghujung program, acara “Halal Bihalal” pula diadakan iaitu acara bersalam-salaman di antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Majlis Silaturrahim Aidilfitri

◆ Persembahan daripada anak-anak “Expatriate”.◆ Acara “Halal Bihalal” di antara para Pengurusan Kanan dengan tetamu jemputan.

◆ Persembahan daripada kakitangan PT IMV.

Page 22: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

22

Nama : Asrol Shadmin bin Abu HassanJawatan : Kerani, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Isteri : Rossharmila Yanti binti RomliJawatan : Kerani, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Tarikh Perkahwinan : 13 November 2005

Nama : Nik Rohaida binti Nik Abd RahimJawatan : Kerani, SAPSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Suami : Mohd Noorlizam bin Md AliTarikh Perkahwinan : 5 November 2005

Nama : Ahmad Jeffridin bin JaisJawatan : Eksekutif, “Business Dev. & AdministrationSyarikat : Ingress Environmental Sdn. Bhd.Nama Isteri : Rahimie binti Shafi eeTarikh Perkahwinan : 24 Disember 2005

Nama : Mohd Shahabudin bin SaidJawatan : Penyelia, Jabatan QASyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Isteri : Haslina binti Abd. KadirTarikh Perkahwinan : 27 November 2005

SelamatPengantinBaru

Nostalgia

SelamatPengantinBaru

Page 23: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

23

NostalgiaCahayamata

Nama : Luqman bin RizalTarikh Lahir : 19 Februari 2005Nama Ibu : Siti Nurbaya binti SharirJawatan : Eksekutif, Jabatan Kewangan & PerakaunanSyarikat : Ingress Corporation BerhadNama Bapa : Rizal bin Mohammad Sohaimi

Nama : Nur Sabrina binti ShaifuddinTarikh Lahir : 28 Julai 2005Nama Ibu : Nik Norlaila binti Nik HassanJawatan : Kerani, Jabatan “Moulding”Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Bapa : Shaifuddin bin OthmanJawatan : Kerani, Jabatan “Sash”Syarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Nur Hamizah binti HamzahTarikh Lahir : 7 November 2005Nama Ibu : Norsaila binti HashimNama Bapa : Hamzah bin OthmanJawatan : Operator, Jabatan QA/QCSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Darwisyh bin ZulkiflyTarikh Lahir : 6 September 2005Nama Ibu : Fadhilah binti SamadJawatan : “Stenographer”, “Manufacturing Office”Syarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Bapa : Zulkifly bin mohamad DzakiJawatan : Leader, “Moulding”Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Ainnur Raudhah binti Ahmad ZakiTarikh Lahir : 23 September 2005Nama Ibu : Norazerin binti MohamadNama Bapa : Ahmad Zaki bin AbdullahJawatan : Kerani, “Group Sales & ProjectSyarikat : Ingress Corporation Berhad

Nama : Allissya binti M. AmizaTarikh Lahir : 19 Oktober 2005Nama Ibu : Roslina binti ZakariaJawatan : Kerani, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Bapa : M. Amiza bin AbdullahJawatan : Technician, “Production Engineering”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Page 24: KDN. PP 12635 / 5 /2006 Edaran …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 12 Final.pdf · Muka surat 12 - 15. 2 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi ... yang Kedua

24

“Candid Camera”

A0A1

A2

1

A1

A2

A3

2

Kat sinilah lokasi pertama ayah jumpa mak kamu dulu. Masa tu, ayah handsome lagi…

A4

A5

A6

5

Terimalah hadiah daripada saya sebagai tanda persahabatan kita.

A3 A4

3

Tak dapat jadi pemain

terbaik, dapat jadi

pemain jersi terbaikpun

jadilah!…

A3

A4

A5

4

Awang, awat hang resah semacam ja,

ada “ku2” atas kepala ka?

“Kerana nila setitik, rosak

susu sebelanga”. Semua ahli

kumpulan ini didenda berdiri

sehingga kucing bertanduk

kerana kedegilan seorang

ahli kumpulan mengenakan

pakaian rasmi syarikat.

Candid Camera