kbk 3043-tugasan 2
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
1/34
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013
KBK 3043
PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH ( TUGASAN 2 )
KUMPULAN
UPSI 01(A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
UMI KALSUM BINTI ISHAK D20102043267 0175073792
NAMA TUTOR E-LEARNING : CIK MARZAIDA BINTI BADARUDDIN
TARIKH SERAH : 5HB.MEI 2013
PEMARKAHAN
BAGI MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU,PROGRAM EKONOMI
TOKEN BERKESAN KE ARAH TINGKAH LAKU YANG POSITIF.ANDA DIMINTA
MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MELAKSANAKAN
PROGRAM EKONOMI TOKEN.SEDIAKAN BAHAN-BAHAN BERKENAAN.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
2/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
1
Bersyukur kehadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus
perkembangan fizikal pada masa yang telah ditetapkan. Saya,Umi Kalsum Binti Ishak ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah E-Learning UPSI 01(A122PJJ)
iaitu Cik Marzaida Bt. Badaruddin yang merupakan pensyarah kepada kursus ini kerana telah
membantu dalam memberikan sedikit sebanyak maklumat dalam menyiapkan dan
meyempurnakan tugasan ini.Tidak lupa juga pada ahli keluarga saya,terutamanya kepada
kakak saya yang banyak membantu berkongi maklumat untuk kerja kursus ini, serta rakan-
rakan yang secara tidak langsung turut membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini.Pada
permulaan saya mendapat tugasan ini, saya mulai mengumpul maklumat di internet,kerana
tiada tempat rujukan lain yang lebih munasabah,wajar dan mudah dirujuk.Ini adalah kerana
tidak ada perpustakaan yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya selain kekangan
masa yang sentiasa menghambat,lantaran saya bekerja sambil belajar.Namun itu semua
bukan satu alasan untuk saya melaksanakan tugasan pendidikan jarak jauh ini.
Masa memang tidak mencukupi untuk saya untuk mencari maklumat
diperpustakaan,lebih-lebih lagi di UPSI.Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini,secara tidak
langsung,bahan-bahan dalam tugasan tersebut dapat saya gunakan dan membantu saya
supaya lebih memahami subjek ini dengan lebih baik.Saya juga mendapat gambaran yang
semakin jelas mengenai perkembangan fizikal dan psikologi murid-murid di sekolah.Fakta-
fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai seorang guru agar sesi pembelajaran dan
pengajaran dapat berjalan dengan jayanya.Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat
Malaysia yang mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui kearahpenambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi.
Terima kasih diucapkan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sekian.Terima kasih.
PENGHARGAAN
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
3/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
2
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN HALAMAN
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi Token Ekonomi 3-5
3.0 Konsep Token Ekonomi 5-7
4.0 Merancang Token Ekonomi 7-85.0 Kelebihan Token Ekonomi 8-9
6.0 Menjamin kejayaan Ekonomi Token. 9-10
7.0 Proses Melaksanakan Sistem Token Ekonomi 10-23
8.0 Penyediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk melaksanakan program
token ekonomi.
23-28
9.0 Refleksi 28-29
10.0 Cadangan untuk penambahbaikan bagi sistem Token Ekonomi pada masa
akan datang.
29-30
11.0 Penutup 30
12.0 Rujukan 31
Lampiran 32-33
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
4/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
3
1.0Pengenalan
Kebanyakan kanak-kanak sering menunjukkan tingkah laku yang disruptif yang mana
selalu menganggu gugat semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam
bilik darjah.Oleh itu penggunaan Token Ekonomi ialah merupakan satu strategi yang popular
dan sesuai dilaksanakan di sekolah,terutamanya di sekolah Pendidikan Khas ataupun di kelas
pemulihan.Sudut token ekonomi selalunya diletakkan berhampiran dengan pintu masuk
kerana ia mudah dilihat oleh semua pihak yang telah masuk ke dalam kelas.Sudut token
ekonomi ini akan memberikan peranan sebagai satu sudut kesedaran bagi murid-murid
pendidikan khas.Bagi murid-murid pendidikan khas,mereka pasti akan mengawasi sikap
mereka bagi mengelakkan hukuman yang diterima.
Bagi murid-murid pendidikan khas yang mempunyai token ekonomi yang banyak
mereka akan merima ganjaran dari guru mereka.Token ekonomi ialah merupakan satu sistem
peneguhan yang simbolik kerana mendapatkan sesuatu untuk satu-satu tingkahlaku yang
ditunjukkan seperti point,sticker,tanda semakan(right) atau sebarang objek yang bersesuaian
sebagai hadiah atau reward.Ianya boleh diedarkan kepada kumpulan.Contohnya apabila
ahli dalam kumpulan telah menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas.
Pendekatan token ekonomi telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk membantu guru mengatasi masalah tingkah laku murid-murid yang mengganggu
kelancaran sesebuah proses pembelajaran.Kaedah ini diaplikasikan dalam proses
pembelajaran dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh
murid supaya penglibatan mereka secara aktif semasa sesi pembelajaran dapat
dipertingkatkan.Berdasarkan tinjauan awal oleh guru,murid didapati kurang bermotivasi
untuk melibatkan diri semasa sesi pembelajaran.Murid juga didapati sering mendiamkan diri
apabila disoal oleh guru dan mengasingkan diri dari melakukan sebarang aktiviti semasa
proses pembelajaran.
2.0 Definisi Token Ekonomi.
Defini token ekonomi ialah satu sistem pengurusan di mana guru dan murid bersetuju dengan
tingkahlaku sasaran yang akan diberi peneguhan.Murid akan diberikan token dengan segera
jika murid melakukan tingkah laku sasaran.Token ini kemudiannya boleh ditukarkan dengan
ganjaran atau hadiah yang disukai oleh murid.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
5/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
4
Token dapat diperolehi atau
dikumpulkan mengikut cara murid
bertingkahlaku.Murid mengawal
tingkah laku mereka manakala guru
mengawal peneguhan.
Token yang dikumpulkan semakin
meningkat nilainya kerana aktiviti, bahan, atau keistemewaan yang boleh ditukarkan
dengannya.Ekonomi token ialah satu program di mana murid akan diberikan mata atau token
bagi setiap tingkah laku yang dipamerkan,kemudian menukarkannya dengan aktiviti,objek
atau keistimewaan yang ditawarkan. Sehubungan itu,ekonomi token adalah berkaitan dengan
program intensif dalam kelas untuk pengukuhan positif bagi meningkatkan dan mengekalkan
pencapaian dan tingkah laku sasaran.Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah
sebuah teknik dimana individu mendapatkan token untuk tingkah laku diingini yang
ditunjukkan.Token yang dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup
reinforcer).Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang
diinginkan terhadap klien.Gambarajah dibawah menunjukkan kitaran ekonomi token yang
mengandungi empat peringkat.(Kitaran Token Ekonomi dalam gambarajah 1 diatas).Menurut
Barkley(1990),dengan memberikan contoh kanak-kanak yang berumur 4 hingga 7
tahun,menentukan pendekatan bagaimana langkah-langkah untuk memperoleh penghargaan
dan nilai dari setiap penghargaan dengan menggunakan guntingan kartun berbentuk bintang,
model perangko atau stiker.Setiap penghargaan diletakkan di atas meja belajar mereka di
dalam kelas.Menurut Robinson T.J. Newby dan S.L. Ganzell, (1981) merumuskan bahawa
langkah utama dalam pelaksanaan sistem token ekonomi dapat dikembangkan dengan
menentukan tujuan,jumlah token yang dapat diperoleh,nilai yang diperolehi untuk setiap
penghargaan yang diberi malah dapat meningkatkan
motivasi murid untuk belajar.Menurut Wallin(2009),token ekonomi ialah merupakakan sistem
perlakuan pemberian penghargaan kepada murid yang
diwujudkan secara visual.Token ekonomi juga adalah
satu usaha untuk mengembangkan tingkahlaku yang
sesuai dengan tujuan yang diharapkan melalui
penggunaan penghargaan.Setiap individu yang mendapat penghargaan setelah menunjukan
tingkahlaku yang diharapkan.Hadiah dikumpul selanjutnya setelah hadiah terkumpul ditukar
dengan penghargaan yang bermakna.(Lihat gambarajah 2 disebelah).
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
6/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
5
Token ekonomi juga digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku
yang tidak diingini melalui sebuah struktur semasa rawatan.Setiap poin yang diterima untuk
tingkah laku yang diingini adalah merupakan token.Setiap kali murid menunjukkan tingkah
laku yang diingini, klien akan diberikan token.Kemudian token ditukarkan dengan peneguh
simpanan.
Apabila token dipasangkan dengan peneguh yang lain, maka hal tersebut akan
menjadi satu peneguh baru yang dapat memperkuatkan tingkah laku yang
diingini.Menurut(Ayllon & Azrin,1965; Kazdin & Bootzin, 1972; maag, 1999).menyatakan
bahawa Token ekonomi dapat digunakan untuk memperkuatkan tingkahlaku sasaran dengan
segera selepas terjadinya sesuatu tingkah laku yang tidak diingini atau negatif.Dengan
itu,token ekonomi bersifat lebih berstruktur, sehingga tingkahlaku sasaran yang diinginkan
dapat diperhatikan berlaku secara teratur dengan lebih konsisten.
Peneguh simpanan hanya dapat diperolehi dengan menggunakan token
ekonomi.Manakala token pula hanya dapat diperolehi apabila tingkah laku yang diingini
ditunjukkan.Peneguh simpanan dipilih kerana guru mengetahui kekuatan peneguh kepada
murid semasa dalam tempoh program token ekonomi.Oleh itu, murid akan bermotivasi untuk
menunjukkan tingkah laku yang diingini dan akan mengelak daripada melakukan tingkah
laku yang tidak diingini.
Peneguh simpanan ialah dimana token berkesan sebagai peneguh terlazim kerana
ianya dipadankan dengan peneguh simpanan.Oleh itu,keberkesanan token ekonomi adalah
bergantung kepada peneguh simpanan.Peneguh simpanan harus dipilih secara khusus untuk
individu dalam program token ekonomi kerana peneguh bagi setiap individu adalah berbeza.
3.0 Konsep Token Ekonomi.
Penggunaan teknik ganjaran (token) merupakan sistem peneguhan yangsimbolik(Kazdin,1977;Kazdin & Botzin,1972).Teknik ganjaran (token) dipanggil sistem
ekonomi kerana ia berdasarkan sistem kewangan,yang mana wang merupakan bentuk token
yang paling asas.Dalam dunia pekerjaan,apabila seseorang selesai melaksanakan
tugasan,mereka akan menerima wang gaji sebagai balasan.Seterusnya wang itu akan
digunakan untuk membeli rumah,makanan dan sebagainya iaitu sama prinsip yang digunakan
dalam kaedah pemberian ganjaran(token).Oleh itu,token yang diterima mempunyai nilai
ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan
kepada murid.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
7/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
6
Pelajar akan menerima ganjaran(token)apabila berjaya menunjukkan tingkah laku
yang telah ditetapkan,di mana mereka boleh menukar token itu dengan objek atau aktiviti
yang telah dikenal pasti boleh dijadikan sebagai peneguhan.Kaedah peneguhan melalui
pemberian ganjaran (token) telah digunakan dengan jayanya kepada semua peringkat umur
dan populasi termasuk pra-sekolah (Blanding,Richards, Bradley-Johnson, & Johnson, 1994),
pelajar yang bermasalah pada organ deria,termasuk bermasalah pendengaran
(Buisson,Murdock, Reynolds,&Cronin,1995);individu yang bermasalah mental(Corigan,
1995); dan pelajar pelbagai masalah tingkahlaku (Lucker& Molloy, 1995).
Bagi meningkatkan motivasi murid di dalam sesi pembelajaran, token ekonomi
digunakan untuk mengubahsuai masalah tingkah laku mereka.Dalam melaksanakan kaedah
ini, guru memberikan token berbentuk bintang ke atas setiap tingkah laku positif yang
ditunjukkan oleh murid,manakala penarikan token bintang berlaku apabila wujud tingkah
laku yang negatif atau tidak diingini.
Ganjaran yang sesuai dengan minat murid diberikan pada akhir bulan jika token
bintang berjaya dikumpulkan mengikut mata ganjaran yang disenaraikan oleh guru.Token
bintang diberikan sekiranya murid menunjukkan tingkah laku positif dan penarikan token
dilakukan sekiranya murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.Komponen asas token
ekonomi adalah berdasarkan kepada perkara seperti berikut:
Kenalpasti tingkahlaku sasaran tingkah laku yang diingini dan dikuatkan(peraturan) Token digunakan sebagai peneguh terlazim(token) Mengenalpasti ganjaran yang diperolehi.(Contoh: bekas pensel ) Peneguh simpanan yang akan ditukarkan dengan token.(menu ganjaran) Kenalpasti bahan token.( Contoh: cip,cop bintang dan lain-lain ) Kenalpasti kadar nilai ganjaran(menu ganjaran.Contoh: 10 bintang dapat sebatang
pensel)
Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.Melalui komponen asas token ekonomi,data dikutip menggunakan beberapa
instrumen seperti temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen digunakan.Melalui dapatan
kajian didapati terdapat peningkatan dalam perubahan tingkah laku murid yang
bermasalah.Ini membuktikan bahawa penggunaan token ekonomi dapat memotivasikan
murid supaya dapat mengawal tingkah laku disruptif.Akhirnya membawa kepada perubahan
positif dimana tingkah laku bermasalah ini dapat dikurangkan.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
8/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
7
Ekonomi token melibatkan pemberian token kepada tingkah laku yang sesuai bagi
tujuan memberikan peneguhan kepada tingkah laku itu.Token yang dibuat selalunya adalah
berbentuk seperti cip,bintang,stem,butang,kupon,tudung penutup botol,kotak mancis dan
sebagainya.Token tersebut boleh ditukarkan kepada bentuk peneguhan yang berupa barangan
yang istimewa yang boleh menimbulkan perasaan suka atau berasa minat kemudiannya.
Dengan memberi token ekonomi,guru membuat respon atau ransangan yang
positif.Murid pula mempunyai bukti nyata yang tingkah lakunya bertambah baik dan diterima
oleh guru serta rakan-rakan sekelas.Token ekonomi perlu diberi dengan kerap dan
bersistematik.Token ekonomi adalah berjaya jika guru sendiri mengetahui mengapa token
diberi dan murid juga tahu mengapa mereka perlu diberikan token serta
ganjarannya(barangan, keistimewaan, aktiviti)yang sangat digemari oleh murid.Justeru,token
ekonomi telah membuktikan bahawa penggunaannya dapat memotivasikan murid bermasalah
emosi dan tingkahlaku kepada perubahan yang positif di mana tingkah laku negatif atau
disruptif murid telah berkurangan.
Kaedah ini merupakan satu strategi yang terbaik berbanding yang lain untuk
mengawal tingkah laku,terutama bagi murid Pendidikan Khas.Sistem yang digunakan ialah
berkonsepkan hukum dan ganjaran di mana setiap tingkah laku yang positif diberikan pelekat
sebagai penyelesaian masalah kepada murid manakala bagi tingkah laku yang negatif akan
ditarik semula pelekat tersebut.Namun begitu,Token Ekonomi mempunyai jangka masa yang
tertentu dan hadiah akan diberikan kepada murid berdasarkan bilangan pelekat yang
diperolehi sepanjang tempoh pelaksanaan.
4.0 Merancang ekonomi token
Sebelum memulakan token ekonomi seorang guru haruslah menitikberatkan perkara-perkara
yang tersebut di bawah ini,iaitu: Pilih tingkahlaku yang hendak diubah. Tetapkan jenis token yang akan digunakan Tentukan jenis ganjaran yang boleh ditukarkan dengan token Berikan nilai kepada ganjaran Susun atur kelas Menyediakan peraturan kelas Memberitahu guru besar dan ibu bapa Memungut data dasar
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
9/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
8
Selepas itu baharulah guru boleh melaksanakan token ekonomi di dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.Seorang guru harus mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam mengendalikan token ekonomi adalah seperti berikut:
Berkomunikasi secara verbal dan non-verbal. Belajar mengelakkan konflik peribadi. Belajar ubah suai aktiviti. Bekerja sendiri dan berkumpulan. Bercakap terus jika perlu. Sediakan persekitaran yang selamat Menguruskan rutin kelas. Menguruskan tingkah laku. Mengawal emosi. Ketekalan dalam tindakan. Siasat sebelum ambil tindakan. Abaikan tingkah laku tertentu
5.0 Kelebihan Token Ekonomi.
Ganjaran(token) boleh diberikan kepada pelajar dengan memerlukan usaha yang
minimum daripada pelajar iaitu sama ada untuk terus berada dalam tingkahlaku negatif atau
menunjukkan tingkahlaku positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, guru bolehmemberikan ganjaran dengan mudah kepada
pelajar tetapi keberkesanan kaedah pemberian ganjaran itu boleh dilihat apabila token harus
diterima oleh pelajar yang layak iaitu pelajar yang menunjukkan tingkahlaku positif dan
mencapai tahap yangditentukan oleh guru (Llyod, Eberhardt, & Drake, 1996).
Sebarang penggunaan token adalah lebih meluas.Menurut Zirpoli dan Melloy,(1993)token ekonomi dapat mengubahsuai atau mengawal pemberian ganjaran mengikut masa yang
sesuai.Kekuatan ekonomi token dapat menyediakan satu ganjaran untuk semua murid yang
mempunyai pelbagai cita rasa.Token boleh diberikan tanpa menganggu masa pembelajaran
atau aktiviti.Kelebihan yang terdapat pada token ekonomi ialah seperti berikut:
Memberikan peluang tingkah laku diberikan peneguhan pada bila-bila masa,keranamudah dan senang untuk digunakan.
Dapat mengawal tingkahlaku murid seperti yang dikehendaki.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
10/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
9
Dapat diubahsuai atau dikawal pemberian mengikut masa yang sesuai. Menjadi motivasi kepada murid untuk memajukan diri mereka. Tidak mengganggu pembelajaran murid (diberi selepas pembelajaran) Mempunyai pelbagai pilihan peneguhan. Dapat menyediakan satu ganjaran(token) untuk semua murid yang mempunyai
pelbagai cita rasa.
Pelaksanaan token ekonomi adalah berkait rapat dengan peneguhan,hukuman ataudenda.
Token boleh diberikan tanpa mengganggu masa pembelajaran dan aktiviti.
Oleh itu,token perlu diberikan secara kerap dan sistematik.Memandangkan token
boleh digunakan untuk mendapatkan ganjaran pilihan,token harus tidak menimbulkan rasa
kejemuan di kalangan murid.Prinsip token ekonomi itu berjaya apabila diaplikasikan
sekiranya seseorang guru itu mengetahui tujuan,punca dan sebab musabab mengapakah
sebuah token ekonomi itu harus diberikan kepada murid serta diaplikasikan di dalam proses
pembelajaran dari sudut praktikalnya.
6.0 Menjamin kejayaan Ekonomi Token.
Ekonomi token merupakan satu sistem pertukaran yang melibatkan pembahagian
mata ganjaran,stiker atau bentuk ganjaran lain yang diberikan kepada murid sebagai
pengukuh pembelajaran.Terdapat tiga asas penggunaan teknik ini.Asas pertama ialah murid
diberikan token apabila tingkahlaku yang diingini ditunjukkan.Kedua token diberi
bersesuaian dengan usaha atau pencapaian tugasan murid.Asas ketiga ialah token boleh
ditukar dengan bentuk pengukuh yang lain.Token ekonomi boleh diberikan kepada kumpulan
kecil atau individu.Penggunaan teknik perlulah mengikut peraturan seperti yang berikut:
Fikirkan satu sistem token yang dapat digunakan sebagai jaminan kepada peneguhansebenar.
Sistem token boleh terdiri daripada stiker, mata ganjaran atau dalam bentuklain.Boleh digunakan sebagai kredit kepada peneguhan.Guru boleh memilih
untuk melakukan secara kumpulan.Ianya juga boleh menjadi kebanggaan
kepada sesuatu kumpulan yang berjaya apabila token yang dimenangi
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
11/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
10
dipamerkan di tempat yang sesuai dan ia boleh menjadi pendorong kepada lain
juga.
Sediakan peraturan-peraturan yang menyatakan dengan jelas tingkah laku yang akandiberikan token.
Pemberian token boleh membentuk tingkahlaku yang diingini.Tingkahlakumurid boleh diketahui melalui bilangan token yang diperolehi.Bina satu set
peraturan yang menyatakan tingkahlaku yang akan diganjarkan dengan token.
Murid perlu diberitahu apa bentuk tingkahlaku yang akan diberikan ganjarantoken dan dalam keadaan apa token berkenaan akan diberikan.Adalah baik
jika token diberikan pada masa-masa tertentu sahaja dan bukan pada setiap
masa.
Berikan token kepada murid yang banyak menyumbang kepada kejayaan kumpulan. Guru haruslah memastikan semua individu dalam menerima token
berdasarkan kerjasama dalam kumpulan.Kadangkala token diberikan jika
mereka menyelesaikan tugasan kelas dengan baik.Agihkan token kepada
murid yang memberi sumbangan kepada pencapaian kumpulan.
Sediakan sistem pertukaran token dengan ganjaran,aktiviti dan keistimewaan yangdipilih.
Boleh dipelbagaikan untuk mengelakkan perasaan kejemuan.Guru perlumenukarkan atau memperuntukkan jangka masa tertentu bagi penukaran
bentuk atau jenis token.Murid diberikan kebebasan masa untuk melakukan
aktiviti berfaedah yang digemari apabila telah mencapai piawaian terhadap
tingkahlaku yang ingin dikurangkan.
Contohnya seperti lawatan luar kelas yang diatur oleh guru.Bentuk satu sistempertukaran token.Guru perlu menyediakan masa tertentu untuk menukarkan
token sebagai pengukuh.Pengukuh boleh wujud dalam bentuk lawatan,masa
untuk melakukan aktiviti pembelajaran yang disukai atau mungkin juga dalam
bentuk sijil penghargaan.
7.0 Proses Melaksanakan Sistem Token Ekonomi
Guru sering berhadapan dengan pelbagai ragam bermasalah tingkah laku pelajar
bermasalah pembelajaran yang menunjukkan perlakuan agresif, pasif,perlakuan negatif sosialdan bermasalah emosi.Oleh itu,guru perlu membuat satu program pengurusan tingkah laku
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
12/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
11
bagi mengubahsuai tingkah laku masalah terbabit.Oleh itu pelaksanaan token ekonomi ini
harus dijalankan bagi mengembalikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dengan
wujudnya komunikasi secara dua hala di antara guru dan murid semasa berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik ganjaran.
Murid perlu dibenar membincangkan dan menimbangkan item di menu.Murid juga
diajak berbincang untuk menentukan token bagi setiap item.Guru harus laksanakan ekonomi
token.Token boleh bermula dengan kecil-kecilan.Guru harus menerangkan sistem token
dengan jelas dan terperinci kepada murid.Guru harus berikan peneguhan atau token dengan
segera kepada tingkah laku yang sesuai jika berlaku.Setelah mantap berikan token cara
berjadual.Guru perlu berikan masa untuk menukarkan token dengan ganjaran.Menu ganjaran
perlu kerap diubah untuk memenuhi cita rasa murid.
Penggunaan teknik ganjaran (token) juga dapat meningkatkan minat pelajar untuk
terus melibatkan diri secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Teknik-teknik
ini perlu penambahbaikan sehingga mantap melalui beberapa kitaran fasa tindakan dalam
konteks guru-guru Pendidikan Khas.(Lihat rajah 1).
Rajah 1.
REKODKAN
PEMERHATIAN
TINGKAH
LAKU.
KENAL PASTI
TINGKAH LAKU
SASARAN.
PEMILIHAN
TOKEN.
PERATURAN
KELAS
PEROLEHAN
TOKEN
REKODKAN
PERUBAHANTINGKAH LAKU
MENU
GANJARAN
PENARIKAN
TOKEN DANITEM SEWAAN
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
13/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
12
Fasa 1-Data Dasar
7.1 Rekodkan pemerhatian tingkahlaku
Sebelum menjalankan intervensi,guru telah membuat pemerhatian terhadap
tingkahlaku murid terlebih dahulu.Pemerhatian dilakukan semasa murid sedang mengikuti
pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah.Selain itu, guru juga boleh memerhatikan
gerak-geri dan tingkahlaku murid ketika mereka makan di kantin dan ketika murid bergaul
dengan rakan-rakan sebayanya.Pemerhatian ini bertujuan untuk melihat perwatakan murid,
dan masalah tingkah laku murid secara rawak.
7.1.1 Pungut Data Dasar
Pungut data lebih kurang seminggu sebelum memulakan program token ekonomi.Ini
dapat menentukan keberkesanan program ini.Akhir sekali data dasar boleh dinyatakan dalam
bentuk graf.Lihat contoh rajah 2,berkaitan dengan tingkahlaku murid dibawah ini.
NAMA MURID : _______________________________________
MASALAH TINGKAHLAKU: ____________________________
JANGKA MASA/TARIKH : _____________________________
Bilangan
token
yang
diperolehi.
Rajah 2
0
10
20
30
40
50
SESI 1 SESI 2 SESI 3 SESI 4
CARTA TINGKAHLAKU
MENYIAPKAN TUGASAN PATUHI ARAHAN GURU
BERTUTUR DENGAN SOPAN
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
14/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
13
7.1.2 Peraturan asas melaksanakan ekonomi token.
Bagi token ekonomi,terdapat beberapa peraturan asas untuk melaksanakannya dengan jaya.
Pilih tingkah laku sasaran. Berikan gambaran kepada murid,mereka dapat melakukan tingkah laku sasaran. Tampalkan peraturan dan semak kembali seberapa kerap yang boleh. Memilih token yang sesuai. Memilih peneguhan yang boleh ditukarkan dengan token. Menyediakan menu ganjaran dan menampalkannya di dalam bilik darjah.
Murid-murid perlu dibenarkan menimbangkan item di menu.Murid juga boleh diajak
berbincang untuk menentukan token bagi setiap item,iaitu :
Laksanakan ekonomi token,bermula dengan kecil-kecilan.Dengan menerangkansistem token secara lebih jelas dan terperinci.
Berikan peneguhan token dengan segera kepada tingkah laku yang sesuai jika berlaku. Setelah mantap berikan token ekonomi dengan cara berjadual. Memberikan masa untuk menukarkan token dengan ganjaran. Menu ganjaran perlu kerap diubah untuk memenuhi cita rasa murid.
7.2 Kenal pasti tingkah laku sasaran.
Walaupun pemerhatian ke atas murid telah dijalankan,tingkah laku negatif yang
ingin diperhatikan adalah masih belum jelas.Oleh itu, guru harus menggunakan kaedah
temubual dan senarai semak untuk mengenalpasti tingkah laku negatif murid.Apabila
maklumat berkenaan tingkah laku negatif guru telah siap dikumpulkan,guru perlu menelitidan mengenalpasti tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh murid dengan
menyenaraikan tingkah laku tersebut.
Tingkah laku yang paling kerap dan sering mengganggu kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran akan dianggap sebagai tingkah laku sasaran.Berikut adalah hasil dapatan
daripada senarai semak yang telah diagihkan kepada guru-guru yang mengajar murid.
Melalui dapatan ini,guru telah memilih dua jenis tingkahlaku negatif yang paling kerap
ditunjukkan oleh murid.Tingkah laku murid itu adalah dengan mendiamkan diri ketika disoal
dan mengasingkan diri daripada sebarang aktiviti pembelajaran.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
15/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
14
7.2.1 Memilih tingkah laku sasaran
Dalam memilih tingkahlaku sasaran terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan
seperti jenis tingkahlaku,kekerapan berlaku(frequency),tempoh masa(duration),tahap
keterukan masalah tingkahlaku itu(intensity) dan jumlah keseluruhan tingkahlaku.Berikut
adalah merupakan cara untuk menentukan sasaran bagi tingkahlaku bermasalah.
Pastikan apa juga tindakan yang hendak diambil akan dapat meningkatkan bilangantugasan yang akan disiapkan untuk mengelakkan diri daripada dihukum atau didenda.
Dapat dilihat dan diukur supaya murid dapat menyiapkan tugasan seperti yangdiarahkan dan sebagainya.Dinyatakan dengan jelas tahap bagaimana yang boleh
mendapat token.Dengan melibatkan semua murid dalam membuat keputusan ini.
Memastikan murid mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya. Murid dapat melakukan tingkah laku dan berpeluang mendapat token dari awal lagi.
7.3 Pemilihan token
Guru telah memilih token bintang yang dirasakan bersesuaian bagi kajian ini.Guru
mendapati bahawa token bintang adalah sistematik dan sesuai digunakan kerana ianya cepat
dan mudah diberikan kepada murid.Token diberikan kepada murid dengan cara melukis
simbol bintang ke atas jadual token ekonomi.Jika sebarang tingkah laku negatif wujud, token
bintang yang dilukis dengan pen marker akan dipadam oleh guru.
7.3.1 Memilih token.
Untuk memilih token,guru memerlukan beberapa garis panduan untuk menghasilkan sebuah
token ekonomi yang terbaik seperti berikut:
Kecil,mudah diberikan,saiz sesuai untuk dipegang oleh murid. Unik,ada kelainan dan disukai oleh murid. Tidak mudah diperolehi sebarangan.(Tidak mudah diperolehi di tempat lain). Mencukupi bila diperlukan. Praktis - tidak menyusahkan. Dapat dilihat,dipegang dan dikira. Murah dan mudah disediakan.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
16/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
15
Ada daya ketahanan.(Tahan lebih lama). Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.
7.3.2 Contoh token.
Terdapat beberapa bahan atau objek yang sesuai dan boleh dijadikan sebagai
token.Contohnya adalah seperti berikut:
Cip Bintang emas atau perak Butang plastik Stem yang ada nama guru Bentuk cincin Kad individu Duit plastik atau kertas. Kupon dan kertas warna.
Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau
carta.Sistem ekonomi token ini berkesan di atas dua sebab utama.Pertama, token ekonomi
tidak menekankan unsur persaingan dengan murid-murid lain.Kedua,di dalam menu ganjaran
merupakan ransangan yang menarik minat dan diidam-idamkan oleh murid secara
individu,sekiranya mereka menunjukkan respons yang baik bagi membentuk tingkahlaku
semasa proses pembelajaran di dalam ataupun di luar bilik darjah.
7.4. Peraturan Kelas atau bilik darjah.
Seorang guru harus menetapkan peraturan di dalam bilik darjah di mana peraturan ini
haruslah dipatuhi oleh semua murid.Jika murid melanggar peraturan yang telah diberi, token
seperti bintang akan dipadam dari jadual token ekonomi.Peraturan yang telah ditetapkan oleh
guru wajar diterangkan terlebih dahulu oleh guru kepada murid demi mengelakkan
kekeliruan.Guru harus memastikan agar semua murid faham tentang isi peraturan dan
membuat demonstrasi bagaimana murid boleh mendapatkan token bintang.(Lihat dalam
Jadual 1 di bawah).
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
17/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
16
Jadual 1
7.4.1 Menyusun atur kelas
Menyusun atur kelas adalah dengan berdasarkan kepada perkara yang tersebut di bawah ini.
Pusat permainan Pusat pembelajaran Sudut sains,matematik dan bahasa. Pusat ganjaran.
7.5. Perolehan token
Token diberikan setiap kali murid melakukan tingkah laku positif yang disasarkan
oleh guru. Guru harus memberitahu kepada murid bahawa setiap tingkah laku positif yang
mereka tunjukkan mempunyai nilai yang tersendiri.Nilai tingkah laku ini ditetapkan sendiri
oleh guru dan dipamerkan di dalam bilik darjah sebagai bahan rujukan ketika pemberian
token dibuat.Dengan wujudnya nilai bagi setiap tingkah laku ini, murid akan sentiasaberusaha mengumpul token disamping melakukan sesuatu tingkahlaku yang lebih baik dari
semasa ke semasa yang menunjukkan bagi setiap tingkahlaku positif.Contoh perolehan token
boleh dilihat seperti di dalam jadual 2 di bawah.
Bil . Peraturan di dalam bilik darjah.
1. Duduk di tempat sendiri semasa guru sedang mengajar.
2. Dilarang bergerak ke sana sini..
3. Dilarang bising semasa guru sedang mengajar..
4. Dilarang bermain semasa guru sedang mengajar..
5. Dilarang bertutur perkara yang tidak sopan..
6. Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan.
7. Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
8. Patuhi segala arahan yang diberikan oleh guru.
9. Beri salam kepada guru ketika mula waktu belajar.
10. Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar.
Bil Tingkah laku positif Nilai Token
1 Responden mengangkat tangan ketika menjawab soalan 5 bintang
2 Responden tidak membuat bising semasa pengkaji sedang mengajar. 5 bintang
3 Responden memberi perhatian semasa pengkaji sedang mengajar. 5 bintang
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
18/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
17
Jadual 2
7.5.1 Memberi nilai kepada ganjaran.
Pada peringkat permulaan token ekonomi mesti mempunyai nilai kepada ganjaran denganmenentukan perkara yang berikut terlebih dahulu iaitu:
Pastikan berapa jumlah token yang diberikan kepada perlakuan yang mantap. Ada yang agak murah harganya supaya dapat berpeluang untuk membelinya. Ada yang mahal dan sukar diperolehi supaya murid berusaha keras. Harga bergantung kepada token dalam pusingan.Jika murid dengan mudah mendapat
token,maka sudah tentu harganya pun agak mahal.
7.5.2 Garis panduan untuk menetapkan harga.
Harga bergantung kepada token dalam pusingan.Jika dengan mudah dapat token, harga perlu
mahal.Berikut adalah beberapa garis panduan untuk menetapkan harga bagi sebuah token
ekonomi.
a) Token ekonomi harus ditetapkan dengan harga yang tinggi jika berlaku perkara yangtersebut:
Permintaan tinggi dan kerap dibeli oleh murid Mengambil masa guru yang lama Penawaran ganjaran yang terhad Untuk mengelak murid membelinya(menjadi jemu jika kerap menjadi bahan belian) Mahu murid berusaha untuk mendapatkannya Kelebihan yang ada pada token ialah menyebabkan murid-murid bertukar kepada
sikap positif.
b) Berikan harga rendah kepada token ekonomi apabila:
4 Responden memberi salam semasa masuk dan keluar bilik darjah. 4 bintang
5 Responden menyiapkan tugasan yang diberikan 4 bintang
6 Responden menyumbang pendapat semasa sesi pembelajaran. 3 bintang
7 Responden dapat menjawab soalan dengan betul. 3 bintang
8 Responden bertutur dengan sopan. 2 bintang
9 Responden menunjukkan sahsiah dan contoh yang baik. 2 bintang
10 Responden patuh pada arahan yang diberikan oleh guru. 2 bintang
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
19/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
18
Token ekonomi harus ditetapkan dengan harga yang rendah jika berlaku perkara yang
tersebut:
Terlalu banyak penawaran Permintaan rendah dan jarang dibeli oleh murid. Memastikan murid membeli barangan yang berkenaan
7.5.3 Nilai Token Ekonomi.
Nilai bagi setiap token adalah bergantung kepada guru yang difikirkan munasabah dan
bersesuaian dengan jenis ganjaran yang ditetapkan oleh guru.Oleh itu,guru harus memastikan
berapa token yang patut diberi kepada perlakuan murid yang mantap.Ada yang agak murah
supaya dapat berpeluang untuk membelinya manakala ada yang mahal dan sukar diperolehi
supaya murid berusaha dengan keras gigih untuk mendapatkannya.Contoh seperti gambarajah
3 dibawah.
Gambarajah 3
= 1 markah
5 =
10 =
30 =
90 =
= 1 markah
5 =
10 =
30 =
90 =
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
20/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
19
7.6 Menu ganjaran
Murid perlu dibenar membincangkan dan menimbangkan item di menu.Murid juga
perlu diajak berbincang untuk menentukan token bagi setiap item.Guru harus laksanakan
ekonomi token.Token boleh bermula dengan kecil-kecilan.Guru harus menerangkan sistem
token dengan jelas dan terperinci kepada murid.Guru harus berikan peneguhan atau token
dengan segera kepada tingkah laku yang sesuai jika berlaku.Setelah mantap berikan token
cara berjadual.Guru perlu memberikan masa untuk menukarkan token dengan ganjaran.Menu
ganjaran perlu kerap diubah untuk memenuhi cita rasa murid.
Pemilihan menu ganjaran adalah berdasarkan minat murid.Murid diingatkan supaya
berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang dinginkan atau diidamkan dengan mengumpul
token sebanyak yang mungkin.Jika murid berjaya mengumpul token murid akan mendapat
ganjaran yang mereka inginkan.Jika murid tidak berjaya mencapai sasaran tersebut,murid
hanya akan mendapat ganjaran yang kecil sahaja.
7.6.1 Senarai ganjaran.
Berikut adalah beberapa contoh ganjaran yang mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu:
TANGIBEL KEISTIMEWAAN
Pembaris Masa bermain yang lebih
Pensil Ke pusat sumber,Menonton televisyen atau video
Snek Memberi makan binatang peliharaan,Guru membaca buku
cerita
Minuman Menggunakan radio atau televisyen
Barang perhiasan Duduk hampir dengan guru atau jadi pembantu guru
Gambar Pungut dan mengembalikan buku
Kertas warna atau patung mainan Ketua kumpulan,membunyikan loceng kelas
Sijil atau surat kepada ibubapa Dapat menyewa barangan
Jadual 3
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
21/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
20
7.6.2 Menu ganjaran
Berikut ialah beberapa menu ganjaran yang mempunyai nilai mata ganjaran untuk ditukarkan
dengan token selepas dikumpul oleh murid.
Contoh:
Gambarajah 4
Contoh:Sasaran Untuk Mengumpul Bilangan Token
Jadual 3
Bil Ganjaran Jumlah token yang perlu dikumpul
1 Kereta mainan 5 bintang
2 Bola sepak 5 bintang
3 Kek 5 bintang
4 Mainan plastesin 4 bintang
5 Donat bersalut coklat rice 4 bintang
6 Coklat bar 3 bintang
7 Pensil 2B-2 batang 3 bintang
8 Pembaris Doraemon 2 bintang
9 Gunting 2 bintang
10 Coklat coki-coki 2 bintang
15 mata 40 mata
50 mata 100 mata
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
22/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
21
Fasa 2-Intervensi
7.7 Penarikan Token dan Item sewaan
Penarikan Token Dendaan atau hukuman terhadap murid dikenakan dengan cara
penarikan balik token.Penarikan balik token adalah dendaan yang diberikan kepada
responden jika murid melakukan tingkah laku negatif (Abdul Rahim, 2009).Jika murid
melanggar peraturan bilik darjah, token bintang akan dipadam dari jadual token.Jumlah
penarikan token adalah bergantung kepada kehendak guru.
7.7.1 Pemotongan atau penolakan markah token.
Markah akan dipotong ataupun ditolak adalah disebabkan oleh kesalahan tingkahlaku seperti
berikut :
Membuat bising 3
Bergaduh di dalam kelas 4
Ingkar arahan guru 5
Menggangu rakan 10
Bergaduh 20
7.7.2 Item Sewaan.
Berikut adalah beberapa contoh item sewaan yang boleh ditukarkan dengan token yang
dimiliki oleh murid.Namun item sewaan ini boleh ditarik semula sekiranya murid-murid
melakukan tingkahlaku bermasalah.
Gambarajah 5
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
23/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
22
Jadual Sewaan Alatan
Bil. Item Jumlah token
1 Pensel warna 5 token
2 Gam 3 token
3 Pemadam 3 token
4 Gunting 2 token
5 Pengasah pensel 1 token
6 Pensel 1 token
Jadual 4
Fasa 3-Susulan
7.8 Rekodkan perubahan tingkah laku
Dalam kajian ini, guru telah membuat pemerhatian secara sistematik dengan
menggunakan borang data perekodan kekerapan atau peristiwa iaitu event
recording.Pemerhatian ini telah direkodkan dengan cara tally counting.Melalui
pemerhatian ini,guru dapat mencatatkan jumlah tingkah laku yang diperhatikan dalam
tempoh masa yang telah dirancang serta melihat perubahan tingkah laku murid dengan
menggunakan Borang Markah Token Ekonomi dan Borang Catatan Token Ekonomi.Selepas
perlaksanaan sistem token ekonomi, guru akan menilai kembali perubahan-perubahan tingkah
laku ke atas murid yang disasarkan.Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid,
perubahan tingkah laku murid.Dengan ini,guru dapat membuat perbandingan prestasi murid
sebelum, semasa dan selepas token ekonomi digunakan ke atas murid.
7.8.1 Borang Markah Token Ekonomi.
Berikut ialah satu contoh borang pemarkahan bagi token ekonomi.
Bil. Nama murid Baki
terdahulu
HariJumlah Ditukar BakiI S R K J
1 Rohani Bt.Lazim 4 5 4 3 5 3 24 - 24
2 Solehan B. Kasim - 2 4 6 4 5 21 20 1
3
Jadual 5
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
24/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
23
7.8.2 Borang Catatan Token Ekonomi.
Berikut ialah satu contoh borang catatan bagi token ekonomi.
Bil. Nama murid Baki
dahulu
HariJumlah Beli CatatanA I S R K
1 Darus 5 2 1 3 4 15 15
2 Jonathan 5 5 3 4 5 22 20 Baki 2
3 Zubaidah 1 3 2 3 3 12 12
4 Rohaya 4 3 3 2 4 16 16
5 Keow Ming 4 2 4 2 4 16 16
Jadual 6
8.0 PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK
MELAKSANAKAN PROGRAM TOKEN EKONOMI.
Pengurusan tingkah laku murid semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
adalah merupakan salah satu aspek penting.Namun, apabila wujudnya tingkah laku yang
beremosi dan disruptif telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu,
dengan menggunakan token ekonomi adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah
laku yang tidak diingini.Justeru saya telah merancang satu program token ekonomi terhadap
murid yang terdiri daripada empat(4)orang murid lelaki dari Tahun 2 Persona di Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat,Hutan Melintang,Perak.Mereka menghadapi masalah emosi
kategori Autisme dan Slow Learner.
Token berbentuk stiker digunakan dan diberikan kepada murid yang menepati kriteria
dan penolakan token juga dilakukan sekiranya tingkah laku negatif ditunjukkan.Penglibatan
dan minat murid memainkan peranan penting dari aspek pengumpulan dan penolakan mata
ganjaran.Data diperoleh melalui senarai semak, pemerhatian dan soal selidik.Dapatan
dianalisa menggunakan graf dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan.Hasil
dapatan kajian selama empat(4)sesi telah membuktikan bahawa penggunaan token ekonomi
dapat memotivasikan murid-murid.Sehubungan itu tingkah laku bermasalah murid-murid
juga didapati telah berkurangan.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
25/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
24
a) MENU GANJARAN TOKEN EKONOMI
Guru perlu menghormati keadaan pelajar yang berbeza-beza latarbelakang
pelajaran.Ada yang suka menyimpan token mereka dan ada juga yang akan menebus semua
token yang mereka kumpul sekaligus.Setiap pelajar seharusnya mempunyai peluang untuk
mendapatkan sekurang-kurangnya satu token pada setiap waktu pengajaran dan pembelajaran
dan tiada had maksimum untuk mengumpulkan token.
Token yang dipilih mestilah sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan mudah oleh
pelajar seperti dengan cara membeli sendiri atau mencuri.Jika hal ini berpotensi untuk
berlaku,guru mesti menyimpan token tersebut di tempat yang selamat atau tidak mudah
diambil.Setiap murid mesti memahami bahawa setiap token boleh ditebus dengan pelbagai
bentuk peneguhan atau ganjaran yang menarik minat murid.(Lihat gambarajah 5 dibawah.)
Gambarajah 5
Dalam gambajah 6 dan 7 di bawah terdapat beberapa menu ganjaran yang disediakan
oleh guru untuk ditukarkan dengan token ekonomi oleh murid mengikut jumlah token yang
telah dikumpul oleh mereka.Guru meletakkan menu ganjaran ini didalam bilik darjah di
sebuah sudut di bahagian hadapan kelas,supaya dapat dilihat dengan lebih jelas oleh murid
sebagai ransangan dan peneguhan positif semasa proses pengajaran serta pembelajaran di
dalam bilik darjah.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
26/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
25
Gambarajah 6
Gambarajah 7
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
27/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
26
Berikut ialah beberapa orang murid yang terlibat dalam ekonomi token di dalam
sebuah bilik darjah.Murid-murid ini telah mengumpul beberapa jumlah token berbentuk kek
cawan untuk ditukarkan dengan menu ganjaran yang telah disediakan guru sebagai satu
galakan kepada semua murid.Mereka semua akan mendapat ganjaran sepertimana yang
mereka ingini selepas berjaya mengumpul sejumlah nilai token yang terdapat di dalam menu
ganjaran.Sebagai contoh Nazrien ingin memiliki ganjaran sebuah tabung telur gergasi.Oleh
itu,beliau harus mengumpul token ekonomi sebanyak 50 keping token kek cawan bagi
mendapatkan ganjaran sepertimana yang dipamerkan oleh guru di dalam bilik darjah.
Gambarajah 8
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
28/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
27
Sasaran Untuk Mengumpul Bilangan Token Ekonomi
Bil Ganjaran Jumlah token yang perlu dikumpul
1 Tabung telur gergasi 50 token cupcake
2 Replika kasut 40 token cupcake
3 Kereta mainan 60 token cupcake
4 Beg bunga Matahari 5 token cupcake
5 Key chain dan note pad 10 token cupcake
6 Hamper 30 token cupcake
7 Album photo 20 token cupcake
Jadual 7
b.NILAI TOKEN EKONOMI.
Gambarajah 9
= 1 markah
5 =10 =
30 =90 =
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
29/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
28
c. BORANG PEMARKAHAN TOKEN EKONOMI.
Bil. Nama murid Baki
terdahulu
Hari
Jumlah Ditukar Baki
I S R K J
1 AGAVANTHINI 4 4 3 1 4 4 31 - 35
2 HAIKAL - 4 4 3 4 5 35 20 15
3 NIEZMAN 1 3 3 3 4 14 2 12
4 NIZAM 3 4 4 2 5 18 18
Jadual 8
d. BORANG CATATAN TOKEN EKONOMI.
Bil. Nama murid Baki
dahulu
Hari
Jumlah Beli Catatan
I S R K J
1 AGAVANTHINI 4 3 1 4 4 31 6 Baki 25
2 HAIKAL 4 4 3 4 5 35 15 Baki 20
3 NIEZMAN 1 3 3 3 4 14 14
4 NIZAM 3 4 4 2 5 18 18
Jadual 9
9.0 Refleksi
Tugasan token ekonomi telah banyak memberi pengetahuan kepada saya berkenaan
dengan murid-murid berkeperluan khas dengan lebih mendalam.Saya juga merasakan bahawa
pengetahuan dalam melaksanakan tugasan ini adalah penting dan perlu dilaksanakan bagi
individu yang bergelar guru.Saya berpendapat bahawa sesuatu permasalahan di dalam
pengajaran dan pembelajaran boleh selesaikan dan diketahui dengan strategi melaksanakan
program ekonomi token.
Pelaksanaan ekonomi token ini telah membuahkan kejayaan bagi saya dalam
mengurangkan tingkah laku negatif murid.Kaedah token ekonomi ternyata membuatkan
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
30/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
29
murid berusaha dengan gigih untuk menunjukkan tingkah laku positif disamping mengumpul
token bintang supaya token tersebut dapat ditebus kepada ganjaran yang disukainya.Saya
juga mendapati bahawa, tingkah laku murid semasa sesi pembelajaran dalam bilik darjah
semakin mudah dikawal dengan menggunakan token ekonomi.
Kesan positif juga turut dapat dilihat apabila token ekonomi dihentikan pada minggu
terakhir.Ini kerana,walaupun sistem token ekonomi telah dihentikan kadar kekerapan tingkah
laku negatif murid didapati masih berkurang.Saya juga berpendapat bahawa murid mula
membiasakan diri dengan perubahan positif melalui token ekonomi, dan telah berusaha untuk
menjadikan perubahan tingkah laku itu sebagai rutin harian.Walaubagaimanapun, saya
mengakui bahawa terdapat kelemahan penggunaan token ekonomi dalam mengubahsuai
tingkah laku negatif murid.Kelemahan yang ketara dapat dilihat ialah semasa saya
mengumpul data melalui pemerhatian.
Semasa pemerhatian dibuat,saya terpaksa melakukan dua perkara dalam satu masa
iaitu mengajar dan memerhati tingkah laku murid-murid.Perkara ini boleh menyebabkan
ketidakadilan dalam pengagihan token kepada murid kerana saya mungkin terlepas pandang
akan tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid semasa sesi pembelajaran.Sebagai
guru juga,wajar saya mengakui bahawa guru seharusnya konsisten dengan pemberian token
ekonomi supaya murid dapat memperoleh jumlah token yang berpatutan dengan tingkah laku
positif yang mereka tunjukkan.Pengagihan token haruslah diberi dengan lebih sistematik
supaya tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid dihargai sepenuhya.
10.0 Cadangan untuk penambahbaikan bagi sistem Token Ekonomi pada masa akan
datang.
Melalui tugasan ini telah membuktikan kejayaan guru dalam menggunakan token
ekonomi sebagai ganjaran untuk mengubah tingkah laku bermasalah murid berkeperluan khas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Tagasan ini juga didapati banyak membantu guru
dalam meningkatkan tingkah laku positif responden(murid).Terdapat beberapa cadangan
untuk penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang, iaitu :
Penggunaan buku token adalah penting untuk meningkatkan nilai kendiri
murid.Keberkesanan penggunaan buku token perlu dikaji untuk melihat sejauh mana kanak-
kanak berkeperluan khas boleh berdikari dengan menggunakan buku token tersebut.Ini boleh
dijalankan dengan memberikan buku token kepada murid supaya murid dapat belajar
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
31/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
30
mengumpul mata token tanpa bimbingan guru.Setiap kali tingkah laku positif dilakukan,
murid akan menandakan buku tokennya dengan arahan guru..
Pemberian ganjaran pada setiap pencapaian mengikut objektif pembelajaran.Dalam
tugasan ini, saya telah menyenaraikan objektif pembinaan token ekonomi yang sesuai dengan
tahap keupayaan dan kebolehan murid.Murid juga haruslah diransang oleh guru untuk supaya
berusaha untuk mencapai objektif tersebut.Fokus tugasan ini adalah bertumpu samaada
ganjaran berbentuk hadiah dapat memotivasikan murid dalam mencapai objektif
pembelajaran dan secara tidak langsung dapat mengubah tingkahlaku negatif tersebut.
Oleh itu,guru haruslah menunjukkan bahawa ganjaran berbentuk hadiah akan dapat
meningkatkan motivasi murid untuk berusaha dengan lebih gigih dalam bidang
akademik.Token ekonomi boleh diteruskan dengan melanjutkan tempoh kepada dua bulan
atau lebih.Tempoh sebulan sahaja mungkin tidak menunjukkan perubahan tingkah laku yang
dikehendaki begitu ketara,namun jika tempoh token ekonomi dilanjutkan ke bulan yang
kedua perubahan tingkah laku responden dapat dilihat dengan lebih jelas dan sahih
Dengan menggunakan token ekonomi sebagai intervensi pada bulan
pertama,kemudian token ekonomi diberhentikan pada bulan yang kedua.Perbandingan
prestasi responden antara bulan pertama dan bulan kedua pasti menunjukkan perbezaan
tingkah laku yang lebih jelas.Secara intihanya,token ekonomi adalah praktikal
pelaksanaannya di dalam bilik darjah sebagai satu galakan,motivasi dan peneguhan ke atas
tingkahlaku bermasalah serta meningkatkan pencapaian yang cemerlang di dalam akademik
sama ada bagi murid-murid berkeperluan khas ataupun murid aliran perdana.
11.0 Penutup.
Program Token Ekonomi ialah suatu ganjaran yang diberikan kepada murid dalam
pelbagai bentuk.Saya telah menyediakan satu ruang untuk mempamerkan hadiah dan
ganjaran kepada murid yang berjaya mengumpul markah yang telah ditetapkan.Pemberianmarkah dilakukan dengan merujuk jawapan yang betul berdasarkan lembaran kerja yang
telah dibuat oleh murid.Jumlah markah akan dikumpul dan murid boleh menebus barangan
berdasarkan mata barangan.Program ini diadakan sepanjang tahun dan murid berpeluang
untuk memperolehi lebih banyak hadiah.Antara berikut ialah contoh barangan yang
ditawarkan kepada murid iaitu beg bunga matahari,tabung telur gergasi,kereta mainan,key
chain dan note-pad dan sebagainya.Oleh itu, program ini telah memberi impak yang baik
terutamanya dari segi motivasi untuk bersaing sesama murid.Gambar-gambar diatas
merupakan aktiviti token ekonomi yang djalankan sepanjang tahun.
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
32/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
31
Rujukan
Buku rujukan.
Alberto, P.A., & Troutman, A. C. (1986).Applied behavior analysis procedures for teachers:
Influencing student performance(4th ed.).Columbus, OH: Charles E. Merrill Publishing.
Barkley, R. A. (1990)..Attention Deficit Hyperactivity Disorder: A handbook for diagnosis
and treatment.New York: Guilford.
Jenson, W. R., Sloane, H., & Young, R. (1988). Token economies.Applied behavior analysis
in education: A structured teaching approach.New York: Prentice Hall.
Sulzer-Azaroff, B., & Mayer, G. R.(1996).Applying behavior-analysis procedures
withchildren and youth.New York: Holt, Rinehart, and Winston.
Walker, H. M., & Buckley, N. (1974).Token reinforcement techniques.Eugene,OR:E-B Press
Sumber Jurnal
Abdul Rahim Marzuki,Amir Omar,dan Rosni Abdullah.(2006).Perlaksanaan program
ekonomi token dalam menguruskan tingkah laku bermasalah murid pendidikan khas,1,22-23.
Ayllon T, Azrin NH. The measurement and reinforcement of behavior of psychotics. J Exp.
Anal Behav.1965 Nov;8(6):357383.
Santhi Periasamy, Lew Moi Mooi dan Jeya Velu. (2009). Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas.Jurnal Penyelidikan Tindakan Pelajar ,1,183.
Sumber Internet yang berwibawa.
http://en.wikipedia.org/wiki/Token_economy
http://www.behavioradvisor.com/Tokens.html
http://www.educateautism.com/token-economy.html
http://psikology09b.blogspot.com/2012/10/shaping-dan-token-ekonomi.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Token_economyhttp://en.wikipedia.org/wiki/Token_economyhttp://www.behavioradvisor.com/Tokens.htmlhttp://www.behavioradvisor.com/Tokens.htmlhttp://www.educateautism.com/token-economy.htmlhttp://www.educateautism.com/token-economy.htmlhttp://psikology09b.blogspot.com/2012/10/shaping-dan-token-ekonomi.htmlhttp://psikology09b.blogspot.com/2012/10/shaping-dan-token-ekonomi.htmlhttp://psikology09b.blogspot.com/2012/10/shaping-dan-token-ekonomi.htmlhttp://www.educateautism.com/token-economy.htmlhttp://www.behavioradvisor.com/Tokens.htmlhttp://en.wikipedia.org/wiki/Token_economy -
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
33/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
32
LAMPIRAN 1
Promosi jualan bulan dan mingguan bagi token ekonomi.
TARIKH PERTUKARAN
MULA : 30 .6 .2013
AKHIR : 30 .9 .2013
TARIKH PERTUKARAN
MULA : 15 .6 .2013
AKHIR : 20 .6 .2013
-
7/30/2019 KBK 3043-TUGASAN 2
34/34
KBK3043PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
Contoh Buku Catatan Token Ekonomi.
NAMA MURID : MOHAMAD NIEZMAN BIN SAIFUL AZIM
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT,36400
HUTAN MELINTANG,PERAK.