kayu getah

4
Sains & Teknologi LGM 45 Prestasi Klon-Klon Getah Dalam Kumpulan 1 Masahuling Benong, Ramli Othman, Ong Chin Wei & Zarawi Abdul Ghani Pengenalan Syor Penanaman LGM dikemaskini setiap tiga tahun bagi memberikan maklumat mengenai status dan prestasi klon-klon yang disyorkan kepada kepada industri penanaman getah. Syor Penanaman LGM 2006 pada amnya mengikut format sebelumnya di mana klon-klon dibahagi dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Kumpulan 1 terdiri daripada klon- klon dengan rekod maklumat hasil sekurang-kurangnya lima tahun data hasil pada panel torehan BO-I dan dua tahun pada panel torehan BO-II tanpa rangsangan dan juga maklumat ciri-ciri sekunder dalam percubaan-percubaan skala besar seperti Percubaan Klon Skala Besar (LSCT), Projek Pembangunan Terkawalselia (MDP) atau penanaman komersil. Manakala, Kumpulan 2 dibahagi selanjutnya kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 2A dan Kumpulan 2B. Kumpulan 2A terdiri daripada semua klon yang menunjukkan prestasi awal yang baik dalam percubaan-percubaan skala besar dalam persekitaran yang berlainan. Kesemua klon-klon baru yang disyorkan daripada percubaan- percubaan skala kecil dikategorikan dalam Kumpulan 2B. Prestasi klon- klon dalam Kumpulan 2 telah dilaporkan dalam Buletin Sains dan Teknologi LGM Bil. 1/2007 (Masahuling et al., 2007) Klon-klon selanjutnya dibahagi kepada klon-klon lateks balak (LTC) dan klon-klon lateks (LC) mengikut potensi pengeluaran kayu getah seperti berikut: i. Klon lateks balak (LTC) adalah klon yang mempunyai hasil pengeluaran lateks dan kayu getah yang tinggi. Klon-klon ini menunjukkan bentuk pertumbuhan yang baik seperti kadar pertumbuhan yang tinggi dan mempunyai batang yang panjang dan lurus. Klon-klon ini adalah sesuai untuk pengeluaran lateks dan kayu getah atau kayu getah sahaja. (Appendiks 1). ii. Klon lateks adalah klon yang berkeupayaan untuk mengeluarkan hasil lateks yang tinggi tetapi pengeluaran kayu yang rendah. Klon-klon ini adalah sesuai untuk pengeluran lateks dan tidak sesuai untuk pengeluaran kayu getah (Appendiks 1). Klon-Klon Kumpulan 1 Klon-klon Kumpulan 1 disyorkan untuk ditanam di estet dan kebun-kebun kecil tanpa sekatan dikenakan ke atas bilangan klon dan keluasan penanaman. Kumpulan 1 terdiripada 14 klon yang mana 10 adalah klon-klon lateks balak dan selebihnya klon-klon lateks. Klon-klon Lateks Balak Klon-klon ini terdiri daripada RRIM 908, RRIM 911, RRIM 921, RRIM 928, RRIM 929, RRIM 936, PB 260, PB 350, PB 355 dan PB 359. Klon-klon RRIM 928 dan 929 adalah klon-klon yang dinaiktaraf dari pada Kumpulan 2 ke Kumpulan 1. Klon-klon Lateks Klon-klon ini terdiri daripada RRIM 901, RRIM 938, PB 280 dan PB 366. Prestasi Klon-Klon Lateks Balak Hasil Hasil purata klon-klon lateks balak dalam Kumpulan 1 diberikan dalam Jadual 1. Data hasil klon- klon yang baru dinaiktaraf iaitu RRIM 928 dan RRIM 929 serta klon-klon PB iaitu PB 350, PB 355 dan PB 359 diperolehi dari berbagai percubaan klon skala besar sehingga lapan tahun torehan di persekitaran berlainan. Hasil purata ke atas lapan tahun torehan bagi klon-klon ini adalah dari 1,284 kg/ha/thn hingga 1,862 kg/ha/thn menggunakan sistem torehan ½S d/3 6d/7. Hasil purata bagi klon-klon yang lain ke atas 10 Sains & Teknologi LGM 45

Upload: wan-mohd-afzainizam

Post on 10-Aug-2015

192 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kayu getah

Sains & Teknologi LGM45

Prestasi Klon-Klon Getah Dalam Kumpulan 1Masahuling Benong, Ramli Othman, Ong Chin Wei & Zarawi Abdul Ghani

Pengenalan

Syor Penanaman LGM dikemaskini setiap tiga tahun bagi memberikan maklumat mengenai status dan prestasi klon-klon yang disyorkankepada kepada industri penanaman getah. Syor Penanaman LGM 2006 pada amnya mengikut format sebelumnya di mana klon-klondibahagi dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Kumpulan1terdiridaripadaklon-klon dengan rekod maklumat hasil sekurang-kurangnya lima tahundatahasilpadapaneltorehanBO-Idan dua tahun pada panel torehan BO-II tanpa rangsangan danjuga maklumat ciri-ciri sekunderdalam percubaan-percubaanskala besar seperti Percubaan Klon Skala Besar (LSCT), Projek Pembangunan Terkawalselia (MDP) atau penanaman komersil. Manakala, Kumpulan 2 dibahagi selanjutnya kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 2A dan Kumpulan 2B. Kumpulan 2A terdiri daripada semua klon yang menunjukkan prestasi awal yang baik dalam percubaan-percubaan skala besardalam persekitaran yang berlainan. Kesemua klon-klon baru yangdisyorkan daripada percubaan-percubaan skala kecil dikategorikan dalamKumpulan2B.Prestasiklon-klon dalam Kumpulan 2 telah dilaporkan dalam Buletin Sains

dan Teknologi LGM Bil. 1/2007 (Masahuling et al., 2007)

Klon-klon selanjutnya dibahagikepada klon-klon lateks balak(LTC) dan klon-klon lateks (LC)mengikut potensi pengeluaran kayu getah seperti berikut:

i. Klon lateks balak (LTC) adalah klon yang mempunyai hasil pengeluaran lateks dan kayu getah yang tinggi. Klon-klonini menunjukkan bentuk pertumbuhan yang baik seperti kadar pertumbuhan yang tinggi dan mempunyai batang yang panjangdanlurus.Klon-kloniniadalah sesuai untuk pengeluaran lateks dan kayu getah atau kayu getah sahaja. (Appendiks 1).

ii. Klon lateks adalah klon yang berkeupayaan untuk mengeluarkan hasil lateks yang tinggi tetapi pengeluaran kayu yang rendah. Klon-klon iniadalah sesuai untuk pengeluran lateks dan tidak sesuai untuk pengeluaran kayu getah (Appendiks 1).

Klon-KlonKumpulan1

Klon-klon Kumpulan 1 disyorkanuntuk ditanam di estet dan kebun-kebun kecil tanpa sekatandikenakan ke atas bilangan klon dan keluasan penanaman. Kumpulan 1

terdiripada 14 klon yang mana 10 adalah klon-klon lateks balak danselebihnyaklon-klonlateks.

Klon-klon Lateks BalakKlon-klon ini terdiri daripadaRRIM 908, RRIM 911, RRIM 921, RRIM 928, RRIM 929, RRIM 936, PB 260, PB 350, PB 355 dan PB 359. Klon-klon RRIM 928dan 929 adalah klon-klon yangdinaiktaraf dari pada Kumpulan 2 ke Kumpulan 1.

Klon-klon LateksKlon-klon ini terdiri daripadaRRIM 901, RRIM 938, PB 280 dan PB 366.

PrestasiKlon-KlonLateksBalak

HasilHasilpurataklon-klonlateksbalakdalam Kumpulan 1 diberikan dalam Jadual 1. Data hasil klon-klon yang baru dinaiktaraf iaitu RRIM 928 dan RRIM 929 serta klon-klon PB iaitu PB 350, PB355 dan PB 359 diperolehi dari berbagai percubaan klon skala besar sehingga lapan tahun torehan di persekitaran berlainan. Hasil purata ke atas lapan tahuntorehan bagi klon-klon ini adalahdari 1,284 kg/ha/thnhingga 1,862kg/ha/thn menggunakan sistemtorehan½Sd/36d/7.Hasilpuratabagiklon-klonyanglainkeatas10

Sains & Teknologi LGM45

Page 2: kayu getah

Sains & Teknologi LGM46

tahun torehan adalah 1301 kg/ha/thn, 1,632 kg/ha/thn, 1488 kg/ha/thn dan 1,594 kg/ha/thn masing-masing bagi klon RRIM 908, RRIM 911,RRIM921danPB260.Hanyaklon RRIM 936 mengeluarkan hasil melebihi 2,000 kg/ha/thn,walaubagaimanapun ianya ditoreh menggunakan sistem torehan ½S d/2 6d/7. Hasil rendah secararelatif yang dicatit ini berbanding dengan potensi genetiknya adalah disebabkan oleh bilangan hari torehan yang rendah iaitu lebih kurang 70 hari torehan setahun.

Penggunaan sistem torehan yang sesuai dengan rangsangan juga boleh meningkatkan lagi hasil seterusnya.

Ciri-ciriSekunder

Beberapa ciri-ciri sekunder yangpentingbagiklon-klonlateksbalakKumpulan 1 diberikan dalam Jadual 2 dan Jadual 3. Ketahanan klon-klon terhadap kerosakanangin berbeza dari sederhana kepada sangat baik. Klon-klonyang menunjukkan ketahanan

yang baik dan sangat baik terhadap kerosakan angin ialah RRIM 936, PB 350, PB 355, PB 359, RRIM 921, RRIM 928 dan RRIM 929. Manakala kerintangan terhadap penyakit-penyakit daun utamamenunjukkan dari tiada jangkitan hingga jangkitan teruk. Hanyaklon-klon RRIM 908, RRIM 911dan RRIM 921 yang menunjukkan jangkitan penyakit Oidium yang teruk. Kebanyakan klon-klon inimenunjukkan dari sederhana hingga sangat baik bagi ciri-cirisekunder yang lain. Anggaran

KlonTahunTorehan

Purata1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

RRIM 908 929 1089 1491 1506 1561 1358 1395 1431 1193 1055 1301RRIM 911 928 1464 1859 1799 1735 1668 1769 1841 1655 1599 1632RRIM 921 960 1209 1518 1570 0709 1527 1565 1686 1684 1448 1488RRIM 928 1249 1593 1644 1953 1336 1631 1641 1834 - - 1610RRIM 929 1005 1225 1445 1585 1368 1503 1396 1796 - - 1415RRIM 936* 1280 1800 2700 2670 2080 2690 2060 2220 2350 1610 2146

PB 260 1349 1641 1496 1569 1339 1841 1996 1886 1701 1124 1594PB 350 1643 1552 1552 1898 1688 2191 2269 2102 - - 1862PB 355 723 1138 1146 1353 1241 1431 1403 1823 - - 11284PB 359 661 1083 1368 1507 1416 1499 1484 1538 - - 1320

Sistem torehan ½S d/3 6d/7 Data daripada Percubaan Klon Skala BesarPkok per hektar: 327 + 34* Sistem torehan ½ S d/2 6d/

Jadual 1. Purata hasil (kg/ha/tahun) klon-klon lateks balak Kumpulan 1

Ciri-ciri RRIM908

RRIM911

RRIM921

RRIM928

RRIM929 PB260 PB350 PB355 PB359

Hasiluntuk2tahunpertama 4 4 4 4 3 4 5 2 2Hasildari3hingga10tahun 3 5 4 NA NA 5 NA NA NA

Kemerosotan semasa daun luruh 4 2 3 3 3 4 4 4 4Ketahanan terhadap kering kulit 3 4 4 4 5 2 4 4 4

Ketahanan terhadap kerosakan angin 3 3 5 5 5 3 4 4 4Kecergasan semasa buka toreh 4 4 4 5 5 4 5 5 5

Pertambahan ukurlilitan semasa torehan 3 4 3 3 2 3 4 4 4

Ketebalan kulit asal semasa buka toreh 3 3 4 5 3 2 4 5 4Ketebalan kulit gantian 3 3 3 5 3 2 3 4 3

5 = Sangat baik; 4 = Baik; 3 = Sederhana; 2 = Kurang baik; 1 = Teruk, NA = Tidak diperolehi

Jadual 2. Beberapa ciri penting klon-klon lateks balak Kumpulan 1

COPYRIGHT © MALAYSIAN RUBBER BOARD

Page 3: kayu getah

Sains & Teknologi LGM47

Penyakit RRIM908

RRIM911

RRIM921

RRIM928

RRIM929

RRIM936 PB260 PB350 PB355 PB359

Cendawan Angin N N N N N N L N N NOidium S S S L M M M M M M

Colletotrichum M L L L L VL M VL N NCorynespora N L N N N VL N N N N

N = Tiada VL = Sangat ringan L = Ringan M = Sederhana S = Parah * Data daripada bancian penyakit di percubaan-percubaan klon

Jadual 3. Tahap jangkitan penyakit klon-klon lateks balak Kumpulan 14

pengeluaran kayu di antara 19 – 22 tahun selepas ditanam adalah dari 0.74m3/pokokbagiRRIM928danRRIM 936 hingga 1.59m3/pokokbagi PB 355 (Jadual 4). Isipadu batang, yang diukur dari paras tanah hingga cabang pertama pada batangutama,adalahdari0.33m3/pokokbagiPB350hingga0.63m3/

Klon Umur(tahun) IsipaduBatang(m3/pokok)

Isipadukanopi(m3/pokok)

Jumlahisipadukayu(m3/pokok)

RRIM 908 22 0.51 0.51 1.02RRIM 911 22 0.46 0.69 1.15

RRIM 921 22 0.63 0.63 1.26

RRIM 928 21 0.59 0.15 0.74RRIM 929 21 0.60 0.60 1.20RRIM 936 20 0.49 0.25 0.74

PB 260 20 0.37 0.92 1.29PB 350 19 0.33 0.83 1.16PB 255 22 0.53 1.06 1.59PB 359 20 0.42 1.05 1.47

*Data daripada percubaan klon Golden Hope Plantations Bhd. di Prang Besar

Jadual 4. Anggaran isipadu kayu klon-klon lateks balak Kumpulan 1

KlonTahunTorehan

Purata1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

RRIM 938 1350 2220 3310 2310 1910 3460 1920 1930 2360 2150 2292PB 280 1090 1500 1890 2180 2240 2160 2310 2310 2290 2260 2023

RRIM 901 1080 1710 2230 1980 2040 2990 2220 1720 1950 1790 1971PB 366** 1215 1376 1539 1677 1601 1789 1529 1541 - - 1533

Sistem torehan ½S d/2 6d/7 Bilangan hari torehan: 158 + 11 hariData daripada Percubaan Klon Skala BesarPkok per hektar: 327 + 34* *Sistem torehan ½ S d/3 6d/7

Jadual 5. Purata hasil (kg/ha/tahun) klon-klon lateks Kumpulan

pokok bagi RRIM 921. Pada amnya, klon-kloninimempunyaicirri-ciribatang yang lurus dan panjang.

PrestasiKlon-KlonLateks

HasilHasil purata klon-klon lateksdalam Kumpulan 1 diberikan

dalam Jadual 5.Hasilpuratakeatas10 tahun torehan bagi klon-klonRRIM 901, PB 280 dan RRIM 938 masing-masingadalah1,971kg/ha/tahun,2,023kg/ha/tahundan2,292kg/ha/tahun. Kesemua klon-klonini ditoreh dengan menggunakan sistem torehan ½S d/2 6d/7.Manakala hasil purata ke atas

Page 4: kayu getah

Sains & Teknologi LGM48

Perkara RRIM901 RRIM938 PB280 PB366Hasiluntuk2tahunpertama 5 5 5 5Hasildari3hingga10tahun 5 5 5 aNA

Kemerosotan semasa daun luruh 1 3 4 4KEtahanan terhadap kering kulit 2 2 4 4

Ketahanan terhadap kerosakan anginv 4 5 2 4Kecergasan semasa buka toreh 4 5 3 5

Pertambahan ukurlilitan semasa torehan 3 3 3 4

Ketebalan kulit asal semasa buka toreh 4 4 5 4Ketebalan kulit gantian 3 4 5 3

5 = Sangat baik; 4 = Baik; 3 = Sederhana; 2 = Kurang baik; 1 = Teruk, NA = Tidak diperolehi

Jadual 6. Beberapa ciri penting klon-klon lateks Kumpulan 1

Penyakit RRIM901 RRIM938 PB280 PB366Cendawan angin S N N N

Oidium M M M MColletrichum M VL L VLCorynespora L N N N

N = Tiada VL = Sangat ringan L = Ringan M = Sederhana S = Parah * Data daripada bancian penyakit di percubaan-percubaan klon

Jadual 7. Tahap jangkitan penyakit klon-klon lateks balak Kumpulan 1

lapan tahun torehan klon PB 366 adalah 1,533 kg/ha/tahun denganmenggunakan sistem torehan ½Sd/36d/7.

Ciri-ciriSekunder

Beberapa ciri-ciri sekunder yangpentingbagiklon-klonlateksdalamKumpulan 1 diberi dalam Jadual 6 dan Jadual 7. Kecuali klon RRIM 901 dengan jangkitan penyakit cendawan angin yang teruk, klon-klon lain menunjukkan daritiada jangkitan hingga jangkitan sederhana ke atas penyakit-penyakit lain. Begitu juga ciri-cirisekunder yang lain.

Kesimpulan

Kumpulan 1 terdiri daripada 14 klondimana10klonadalahklon-klon lateks balak dan 4 klon adalah

klon-klon lateks.Klon-klonRRIM928 dan RRIM 929 adalah klon-klon yang baru dinaiktaraf dari Kumpulan 2 ke Kumpulan 1 kerana hasilyangtinggidalampercubaan-percubaan skala besar di berbagai sekitaran. Hasil purata klon-klonlateksbalakadalahdari1301kg/ha/tahun hingga 2,146 kg/ha/tahun,pengeluaran kayu adalah dari 0.74 m3/pokok hingga 1.59m3/pokok.Manakala hasil purata klon-klonlateks adalah dari 1,533 kg/ha/tahun hingga 2,292 kg/ha/tahun.Pada amnya klon-klon Kumpulan1 menunjukkan ketahanan yang sederhana hingga sangat baik terhadap kerosakan angin dan penyakit-penyakitutamagetah.

Masahuling Benong

Ong Chin Wei

Ramli Othman

Zarawi Abdul Ghani