kaun islam

Upload: 274868

Post on 30-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    1/29

    Kaunsel ing ___________________________________________________________________________________

    Pengenalan

    Bimbingan dan kaunseling ialah adalah proses pengajaran dan pembelajaran sosial yang berlaku dalam bentuk bersemukaantara seorang yang pakar dalam psikologi kaunseling (kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu (klien) .Dalamsituasi begini ,teknik dan kaedah teknikal dan prapisional digunakan dalam bertujuan menolong klien untuk menyelesaikanmasalah yang dihadapi, masalah itu dengan kaedah penyesuaian yang langsung dan menggalakkannya menerima takdir

    daripada Allah Taala.Bimbingan dan kaunseling tidak bermakna kaunseling agama sahaja ,tetapi merangkumi kaunseling agama dan kurniaan

    sekaligus konsep ibadat dalam Islam itu mengandungi aktiviti-aktiviti manusia dalam segala segi kehidupan.Jadi tujuan bimbingan dan kaunseling itu adalah untuk menolong menyuluhi dan menggalakkan manusia membuat keputusan

    dan membimbing kehidupan bagi mengerjakan yang bermunafaat di akhirat tetapi janganlah ia melupakan bahagianya di dunia .

    Konsep Dan Pengertian Kaunseling.

    Terdapat berbagai-bagai difinisi kaunseling yang telah dikemukakan oleh pakar dalam bidang perkhidmatan kaunseling

    antaranya ialah:1. Erbuckle(1965) mengatakan bahawa kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri denganmasyarakat malah hal itu menolong klien memahami dirinya yang sebenar,apa kelebihan serta kekurangannya ,apa yang dibuat

    dengan mudah ,apa yang dapat dibuat tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak dapat dibuatnya langsung.

    2. Shertzer dan Stone ( 1968 ) menyatakan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu itumemahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu

    itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.3. Correy (1977) mengatakan bahawa kaunseling sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspekdiri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan dan masalah baginya.Peneroka ini akan menimbulkan kesedaran tentang diridan situasi serta pilihan-pilihan yang ada padanya.Proses ini diharap dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    2/29

    yang mengenalpasti bakat atau kebolehan untuknya hidup dengan lebih berkesan.4. Patterson dan Eisenberg ( 1968 ) menerangkan bahawa kaunseling ialah proses pertemuan interaktif bersemuka antara

    seorang kaunselor dengan klien yang akan mengakibatkan perubahan-perubahan berlaku pada klien.5. Smith pula mengatakan bahawa kauseling ialah proses seorang kauselor membantu seorang individu atau klien mentafsirfakta-fakta yang berkaitan dengan sesuatu yang berkaitan dengan sesuatu pilihan,perbincangan atau penyesuaian yang perlu

    dibuat.Jika diteliti difinisi yang diberikan diatas dapat diringkaskan bahawa kaunseling itu memberikan pengertian yang berikut:a) Sebagai perhubungan bersemukab) Perhubungan yang disifatkan sebagai menghormati komunikasi yang berkesan ,penerimaan klien secara tulin oleh kaunselor.

    c) Perhubungan terbuka iaitu tanggung jawab hasil prosesnya adalah tergantung pada klien ,bukan pada kaunselor.d) Perhubungan unit yang menggalakkan pemikiran dan penyertaan perasaan kliene) Perhubungan yang menggalakkan perkembangan dan pada diri klien yang menyebabkan klien berfungsi dengan lebih

    berkesan lagi.f) Perhubungan dengan menghormati keinginan klien untuk merahsiakan maklumat mengenainya.g) Perkhidmatan profasional yang memerlukan kemahiran ,pengetahuan dan sikap yang tertentu.h) Bukannya semata-mata memberi maklumat kerana pemberian maklumat hanya merupakan satu aspek kecil dalam

    kaunseling .i) Bukannya semata-mata memberi nasihatj) Tidak cuba untuk mempengaruhi nilai,kepercayaan atau sikap klien dengan cara memujuk atau menyakinkannya.k) Bukannya proses mempengaruhi tingkah laku dengan cara mengugut memberi amaran atau mendesak klien.l) Bukannya proses temudugam) Bukanya proses memilih kerjaya untuk klien.6. Abdul Halim (1990) Mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan yang berbentuk fasiologokal untuk membantu

    manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistemetik dan bertanggung jawab.

    Matlamat Kaunseling

    Terdapat banyak matlamat-matlamat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam buku masing-masing, antara matlamat

    kaunseling ialah seperti berikut :1) Muhd. Mansur Abdullah dalam bukunya Proses Kaunseling mengemukakan matlamat kaunseling beliau menyatakan bahawawalau apa pun matlamat yang diharapkan oleh seseoramg klien haasil daripada sessi kaunselingnya itu, pakar psikologi dan

    pakar tingkah laku membahagikan matlamat kaunseling secara umumnya kepada enam pekara :i) Menyediakan perubahan tingkah laku.iii) Membentuk kemahiran daya tindak.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    3/29

    v) Memperbaiki perhubungan.2) Kamal Abdul Manaf mengemukakan beberapa matlamat menurut kaunseling dan psikologi dalam kaunseling yang akan dapatmemberi faedah kepada klien yang akan memerlukan pertolongan atau bantuan daripada kaunselor. Matlamat-matlamat

    tersebut ialah :a) Memperkembangkan personaliti individu kearah yang positif untuk menyelesaikankerumitan-kerumitan dengan berkesan dalam hidupnyab) Memperkembangkan satu rasa memajukan diri sendiri dalam kehidupan seharian.c) Meningkatkan integrasi personaliti atau mengurangkan konflik-konflik intrapsikik.d) Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat melalui perkembangan konsepkendiri.e) Membekalkan pengalaman-pengalan baru yang dapat mewujudkan peluang-peluang kepada kliensupaya mereka memahami perbezaaan diri mereka dengan kehidupan..f) Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dan oranglain.g) Matlamat terakhir di dalam Islam ialah untuk menjadi seorang insan yang berjaya menjadi khalifah

    Allah Yang Maha Pencipta di bumi ini dan beribadat kepada-Nya.3) George dan Coistini pula mengemukakan lima matlamat utama dalam kaunseling iaitu :

    a) Menolong perubahan tingkah laku klien.b) Menambah kemahiran klien mengendalikan kehidupan seharian.c) Menambah kemahiran klien membuat keputusan di saat saat yang penting.d) Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli dalam masyarakat.e) Membantu perkembangan bakat klien.

    4) Mohd Salleh Lebar mengemukakan matlamat kaunseling adalah seperti berikut :a) Menolong individu berasa lebih yakin dengan kekuatan dalam dirinyadan sanggup untuk merancangsesuatu.b) Menolong individu untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain.

    c) Membantu individu memperkembangkaan personaliti kearah positifd) Mengajar individu dengan kemahiran tertentu.e) Membatu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.f) Dapat mempercepatkan kebolehan seseorang menjadi rasional dalam menghadapi hidupnya.g) Memahami serta mengelolakan kecemasan dalam diri seseorang.

    Kepentingan Dan Tujuan Kaunseling

    Setiap manusia tidak terlepas daripada berbagai-bgai masalah hidup, ini disebabkan kerana fitrah manusia dijadikan dengan

    sifat-sifat yang lemah.Allah sendiri mengakui yang manusia menghadapi berbagai masalah hidup sebagai percubaab dari-Nya.Firman Allah Taala :Maknanya :Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.(an- Nisa 28)

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    4/29

    Antara tujuan kaunseling boleh dilihat seperti berikut :

    1. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesorang klien.

    Seseorang yang menghadapi masalah biasanya memerlukan pertolongan orang lain bagi menyelesaikan masalahnya, inikerana ada kalanya seseorang itu perlu mendapat petunjuk bagi mnyelesaikan masalahnya sendiri. Kita wajib bersimpati danmenolong insan lain yang ditimpa kesusahan. Kita sendiri memerlukan petolongan orang lain sekiranya kita menghadapi

    masalah dan buntu untuk mencari jaaln penyelesaiannya.2. Membantu dan memberi kefahaman kepada klien menghadapi situasi sekitar atau cabaran-cabarannya bagi membolehkan

    berlaku perubahan tingkah laku kearah matlamat yang di ingini untuk mecapai kesempurnaan diri.3. Membimbing klien membuat keputusan yang bijaksana serta memahami dan bertanggungjawab secara sedar keatas setiap

    keputusan yang dibuat. Mereka disedarkan tentang risiko-risikodan matlamat-matlamat yang bakal diterima.4. Bertindak secara lojik, waras dan atas dasar keimanan dan bukan atas dasar hasutan nafsu atau syaitan.5. Membantu klien mawujudkan hubungan yang baik, mersa, harmoni,baik sangka dan iklas dengan ibu bapa, saudara mara

    dan sahabat handai, guru-guru dan masyarakat seluruhnya.6. Membantu klien yang terlibat dalam perbuatan keji seperti terlibat dengan maksiat , penyalahgunaan dadah, disiplin di sekolah

    atau apa sahaja pekara yang dilarang oleh Allah.Firman Allah Taala : Maksudnya :Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat

    berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).( al-Araf : 165)7. Membentuk Tabiat diri agar sentiasa berdisiplin dengan sesiapa sahaja dan menjadikan klien insan yang dihormati dan

    disukai.Kesemua tujuan kaunselin yang dinyatakan diatas itu adalah untuk melahirkaan dan mewujudkan insan yang berinspirasi tinggi,

    berakhlak mulia dan mencapai kesempurnaan hidup secara amal makruf dan nahi mungkar. Allah berfirman :Maksudnya :Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruhberbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula berimankepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yangsemestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan

    mereka: orang-orang yang fasik.( Ali- Imran : 110)begitu juga denga Firman Allah yang lain :Maksudnya :Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), danmenyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang

    bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.( ali- Imran : 104 )

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    5/29

    Bi mbingan Dan Kaunsel ing Isla m_____________________________________________________________________

    Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Islam

    Konsep kaunseling Islam lebih luas daripada konsep kauseling biasa ,ini kerana kauseling biasa ialah satu perkhidmatanperhubungan diantara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantuklien bagi mengatasi masalah yang dihadapi.iaitu penerokaan diri dan emosi,menilai persepsi,intraksi dengan orang

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    6/29

    lain,penentuan masa hadapan dan sebagainya.Proses ini digunakan sebagai landasan untuk menilai diri dengan Allah ketika

    individu menghadapi masalah dan ikhtiar mengatasinya.Konsep kauseling Islam mencakupi hal-hal yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti tentang ketuhanan ,alamakhirat ,dosa pahala,syurga,neraka,hari kiamat ,untung baik atau jahat dan sebagainya.Ini bermakna kaunseling Islam meliputi

    semua perkara dialam nyata dan hal-hal yang dialami selepas mati.Sebagai manusia ,seseorang akan melalui empat prosesiaitu didalam rahim ibu,dialam dunia,dialam kubur dan dialam akhirat.Justeru itu konsep kauseling Islam bukan sahaja merupakan nasihat,bimbingan ,bantuan atau pertolongan untuk hidupsejahtera didunia ,tetapi yang lebih utama ialah kehidupan didunia dan diakhirat,yang mendapat keredhaan Allah s.w.t.Setiapmanusia harus ingat dan wajib mengakui bahawa hidup didunia ini adalah sememtara sahaja ,tidak ada manusia yang tidak

    akan mati.Firman Allah s.w.t:Maksudnya:Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.(al-Imran:185)Oleh itu peranan kauselor mengikut konsep kauseling Islam ialah cuba membimbing,monolong ,mendorong ,memberi nasihatdan contoh-contoh yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t kepada individu-individu yang didapati menyeleweng daripada

    kehidupan yang dianjurkan oleh Islam yang diredhai Allah sebagaimanaFirman Allah s.w.t :Maksudnya:Sesiapa yang berpegang teguh kepada agama Allah,maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus,( ali-Imran,ayat 101 )Dalam memberi pertolongan kepada klien ,seseorang kaunselor seharusnya mempunyai pendidikan atau latihan ,pengalamanyang luas dan sifat-sifat kesesuaian sebagai kaunselor.Seseorang kaunselor hendaklah lebih baik daripada kliennya,inidisebabkan kauselor merupakan tempat rujuk,model dan contoh yang bermanfaat kepada klien.Sabda rasulullah s.a.w yang

    bermaksudnya:

    Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada manusia.

    Sebagai kaunselor yang sempurna ,ia tidak boleh lari daripada petunjuk atau merujuk daripada al-Quran dan Hadis rasulullah

    sebagaimana firman Allah s.w.t :Maksudnya:Manusia adalah umat yang satu ,maka Allah yang mengutus para Nabi sebagai pemberi Khabar gembira dan peringatan danAllah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar untuk memberi keputusan diantara manusia tentang tentang perkara

    yang mereka persisihkan ( al-Baqarah ayat 213 )Dalam al-Quran terdapat segala nasihat ,panduan ,teguran ,suruhan ,amaran,bimbingan contoh teladan dan sebagainya.oleh itu

    bantu-membantu dan tolong-menolong sesama manusia untuk mencari keredhaan Nya.firman Allah s.w.t :Maksudnya:Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa

    dan permusuhan.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    7/29

    ( al-Maidah.ayat 2 )Seseorang kaunselor hendaklah mendapat latihan yang cukup dan mempunyai pengalaman yang luas,tetapi lebih banyakmenggunakan endapat sendiri tampa merujuk kepada al-Quran dan Hadis ,maka perkhidmatannya tidak boleh dipakaisepenuhnya.Setiap sesuatu yang dilakukan hendaklah dirujuk atau berpegang kepada kitab Allah s.w.t serta seruan

    Rasulullah.Sabda Nabi s.a.w :Maksudnya:Aku diutus untuk menjadi rahmat,dan aku bukan diutus untuk memberi laknat ( mengutuk )

    Contoh kaunselor Islam yang baik ,paling ideal dan paling sempurna dan memenuhi ciri-ciri konsep kaunseling Islam ialah Nabi

    Muhamad s.a.w :Firman Allah Taala :Maksudnya:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan

    beriman kepada Allah s.w.t.( ali-Imran ayat 110 )

    Walaubagaimanapun ,setiap insan hendaklah menyerahkan soal hidup dan mati ,ibadat dan pekerjaan serta segala sesuatu

    kepada Allah s.w.t Firmanya :Maksudnya:Katakan :sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan semester alam.Tiada sekutubaginya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada

    Allah ).( al-Anam,ayat 162-163 )Kesimpulanya konsep kaunseling Islam berlandaskan kepada:i- Peribadi kaunselor yang terpuji,seperti taubat dari segala dosa,takut kepada Allah,tidak terpengaruh kepada nafsu

    syaitan,sabar,syukur,ikhlas,tawakal,kasih kepada Allah,reda dengan qadak dan qadar Allah dan mengingati mati.ii- Al-Quran,al-Hadis,sunnah Rasulullah s.a.w dan ijmak ulama

    Allah menjadikan manusia dan alam semster supaya menjadi panduan untuk mencapai cita-cita hidupnya di dunia dan di akhirat, dan juga menjadi panduan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh manusia. Oleh itu kandungan al-Quran

    ialah fitrah Allah yang menjadikan manusia di atasnya. Kitab al-Quran merupakan kaunselor agung bagi manusia , keranasemua pekara yang berhubung dengan manusia ada di sebut di dalamnya ,Firman Allah Taala :Maksudnya :Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya,melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka

    semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).( Surah al-Anam : 38 )

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    8/29

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    9/29

    a) Membangunkan rohRoh ialah rahsia atau urusan Allah Taala dan ini merupakan perkara yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh manusia untukmenjaga nama baik roh,manusia harus mencintai dan patuh kepada perintah Allah.Roh yang baik datangnya daripada amalan

    dan perbuatan manusia yang baikb) Hubungan manusia dengan sesama manusiaManusia memerlukan hubungan dengan semua jenis manusia tampa mengira kaum,bangsa,warna kulit dan sebagainya.c) Hubungan manusia dengan tugasannya sebagai khalifah dimuka bumiAsas ini penting bagi manusia dalam menjalankan tanggungjawab memelihara keselamatan dan keamanan tempat tinggal.d) Hubungan manusia dengan tujuan hidupnya.Ia menekankan bahawa manusia mempunyai tujuan yang perlu sisesuaikan dengan kegiatan dan keperluannya.

    Prinsip-Prinsip Bimbingan Dan Kaunseling

    Dalam melaksanakan tugas kaunseling secara profesional ,kaunseling haruslah berpegang kepada beberapa prinsip sebagaigaris panduan .Prinsip-prinsip ini haruslah diketahui dan difahami secara jelas agar proses perkhidmatan kaunseling ataupunbimbingan ini berjalan dengan lancar,penuh dengan keikhlasan ,sopan dan berkesan.Sekiranya seseorang kaunselor tidakbegitu jelas dengan prinsip pengkaunselingan sudah pasti teknik,kaedah dan pendekatan yang digunakan tidak mencapai hasil

    yang diharap-harapkan.Antara prinsip-prinsip kaunseling ialah :

    a- Perkhidmatan kaunseling hanya diberikan kepada insan normal yang menghadapi masalah-masalah atau kerungsingan yangtidak berat Misalnya masalah hendak membuat pilihan atau keputusan .Insan yang tidak normalseperti hilang akal,cacat anggotabadan,adalah layak dan harus rujuk serta menerima khidmat khusus daripada pakar-pakar yang berkenaan .masalah-masalahyang harus dirujuk kepada kaunselor hanya melibatkan masalah tidak berat atau tidak krunik,kaunselor hanya berfungsi sebagaipembantu kepada klien dalam membuat sesuatu pilihan ,keputusan dan sebagainya yang tidak dapat dibuat secaraberseorangan oleh klien,ini bermakna kaunselor hanyalah berperanan sebagai rakan pembimbing atau pembantu untukbertukar-tukar pendapatdan membuat perbincangan ,membantu seseorang yang berada dalam kesulitan ,kerunsingan atau

    kesusahan adalah wajibsebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:Tolong saudara kamu baik yang teranianya orang mahupun orang yang menganianya.Sahabat berkata : Bagaimana kamihendak menolong orang yang menganianya? Maka jawab nabi: Engkau cegah dia melakukan penganianyaan ,dan dengan

    demikian engkau sudah menolong orang yang menganianya daripada terjerumus kedalam dosanya.(Al-Bukhari)Firman Allah Taala:Maksudnya:.Dan tolong menolong kamu atas kebajikan dan takwa dan jangan kamu tolong menolong atas dosa dan juga permusuhan ( Al-Maidah ayat 2)

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    10/29

    b- Kaunseling ialah satu bentuk intraksi antara seseorang kaunselor denga klien berdasarkan kepada saling percayamempercayaai,jujur dan ikhlas demi tanggung jawab kepada sesama insan dan Allah.Sikap percaya mempercayai ini amat

    penting kerana ia merupakan asas kepada kerahsiaan dalam peroses kaunseling.Sekiranya tidak wujud sikap percaya mempercayai antara kaunselor dan klien sudah tentu akan timbul berbagai-bagai

    perasangka dan ragu-ragu.justeruitu proses kaunseling tidak akan berjalan dengan lancar dan matlamatyang hendak dicapaikemungkinan besar akan gagal.Bagi melahirkanrasa percaya kepada klien ,kaunselor yang dipilih hendaklah seorang pembantuyang berkemampuan ,ikhlas ,bertanggung jawab,amanah dan sebagainya.Klien haruslah bertemu dengan kaunselor dengan

    sikap terbuka yang timbul daripada hati nurani klien sendiri.c- Dalam kaunseling ,peranan kaunselor hanyalah sebagai penolong atau pembantu kepada klien membuat keputusan.Kaunselor tidak boleh membuat keputusan untuk kliennya.kaunselor hanya berperanan sebagai pemberi maklumat,penerangdan pembimbing sahaja.Walau begitu dalam konteks kaunselor Islam kaunselor hendaklah sedaya upaya memainkan peranansebagai pendorong yang berkesan kepada klien untuk bertindak dengan waras ,ini merupakan tanggungjawab kaunselor yang

    hakiki.Sabda rasulullah yang maksudnya :Tidak ada satu kaum pun yang melakukan maksiat ,sedangkan dalam kalangan kaum itu ada yang mampu mencegah merekadaripada perbuatan itu tetapi ia tidak berbuat,tiadakah ia berasa bimbang bahawa Allah s.w.t hampir-hampir akan menimpakan

    siksaan keatas mereka sekelian .

    Firman Allah Taala.Maksudnya :Adakanlah antara kamu satu umat yang mengajak kepada kebaikkan menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat.(Al-Imran ayat 104)Hasil daripada dorongan yang berkesan itu akan melahirkan perkembangan keupayaan klien untuk membuat pilihan dankeputusan sendiri tampa bergantung kepada kaunselor.Ini bermaksud kata pemutus berada ditangan klien,tetapi kaunselorhendaklah menjelaskan sejelas-jelasnya mungkin akan kebaikkan dan keburukan yang bakal diterima oleh klien akan keputusan

    yang akan dibuat.d- Asas perkhidmatan kaunseling adalah berdasarkan kepada sukarela dan bukannya paksaan .Kaunselor dan klien sama-samarela untuk bekerja sama dalam sesuatu sesuatu proses kaunseling.Sekiranya kaunseling diadakan diatas dasar paksaankemungkinan besar tidak akan wujud kerja sama.kemesraan dan kejujuran diantara kaunselor dan klien.Kaunseling dalambentuk paksaan akan menimblkan ketiadaan emosi terbuka ,bebas dan puas hati,implikasinya tidak akan tercapai matlamat

    yang diharap-harapkan.e- Kaunselor haruslah berkeyakinan bahawa klien atau sesiapa individu mempunyai keupayaan bagi mencapai kesejahteraandiri.justeru itu kaunselor haruslah membuka seluas-luas peluang kepada klien bagi mengembangkan keupayaan masing-masing,Kaunselor tidak wajar meletakkan klien dalam keadaaan pasif,tidak tahu dan serba salahsepanjang masa proseskaunseling berjalan .Kauselor hendaklah mendorong klien sebaik-baik mungkin agar mereka berkeyakinan dan bertenagamencari kesejahteraan diri atas landasan yang diredhai Allah s.w.t .Kehormatan dan nilai-nilai diri klien hendaklah diletakkan

    ditempat yang wajar sebagai mulia disisi Allah .Firman Allah S.W.T:Maksudnya:Wahai orang yang beriman ,janganlah kamu menghina satu kaum lain ,sebab mungkin sekali mereka yang menghina itu lebihbaik dari orang yang menghina .Dan janganlah pula kaum perempuan menghina perempuan lain ,barangkali mereka yang

    menghina itu lebih baik daripada yang menghina.Klien hendaklah diletakkan dalam keadaan sedia diterima dan dialu-alukan oleh kaunselor sebagai rakan mencari ikhtiar

    menyelesaikan masalah ,bertukar-tukar pendapat secara mesra dan tidak saling memandang rendah.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    11/29

    f- Seorang kauselor hendaklah menggunakan kaedah atau pendekatan atau kauseling yang sesuai dengan kliennya.Diantara

    pendekatan yang boleh boleh digunakan ialah:

    Prinsip-Prinsip Dalam Kaunseling Individua) Kaunselor hendaklah menghormati klien sebagai orang yang memerlukan bantuan dan bimbingan.b) Kaunselor hendaklah menerima klienyang sama jenis jantina,kecuali dalam keadaan kecemasan,darurat atau perkara yang

    tidak dapat dielakkan.c) Faktor yang berkaitan dengan masa,tempat hendaklah dijelaskan oleh kaunselor agar perkhidmatannya memberi kesan yang

    diharapkan.d) Jikalau kes dikendalikan nya amat berat,maka kaunselor hendaklah merujuk kepada pihak lain yang difikirkan layak,sesuaidan boleh mengendalikannya.e) Klien hendaklah memberi keyakinan oleh kaunselor bahawa hasil maklumat yang diberikan oleh klien adalah sulit dan

    dirahsiakan.Sabda Rasulullah s.a.w Percakapan diantara kamu adalah amanat

    Ciri-Ciri Kaunseling IndividuCiri-ciri penting yang harus di ingat oleh tiap-tiap kaunselor ialah :e) Kaunselor harus menghormati kejujuran klien yang datang meminta pertolongan.f) Menjadi tugas kaunselor untuk menyedarkan klien tentang syarat-syarat dia menerima kaunseling supaya tidak timbul salah

    anggap atau salah harapan.g) Menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mengundurkan diri jika di dapati dia tidak berupaya untuk menolong dan

    mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.h) Menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan.i) Pertemuan bersemuka antara seorang kaunselor dengan seorang klien.j) Dalam keadaan tertentu ianya memerlukan kepada kaunseling yang tertutup.kaunselor hendaklah menemui klien yang sama

    jenis jantina, kecuali dalam hal-hal kecemasan, darurat atau pekara yang tidak dapat dielakkan.

    Matlamat Kaunseling Kelompoka) Mengekalkan sifat kemesraan antara ahli kumpulan, setiap ahli menyampaikan masalahnya dengan ikhlas.b) Menyemai rasa diterima dan menerima antara ahli kumpulan.c) Menunjuk kerah sesuatu yang murni dan asli.d) Menjauhkan diri daripada hasutan luar seperti mesti, harus dan hendaklah.e) Dapat menerima pandangan orang lain secar jujur dan terbuka.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    12/29

    f) Mengakui dan memahami bahawa ada nya persamaan dalam diri manusi.g) Mempelajari bagaimana menyoal secara terus terang , berhati-hati, jujur dan ikhlas.h) Berusaha mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

    Tujuan Kaunseling Kelompoka) Cuba mengawal dan boleh memahami diri sendiri daripada maklum balas ahli-ahli dalam kelompok.Daripada proses ini klienakan dapat melihat kelemahan dan kelebihan diri sendiri.Daripada aspek psikologi hendaklah dibantu oleh ahli yang lain agar

    tidak terkeluar daripada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.b) Membina kelompok untuk memupuk kemahiran berinteraksi diantara individu,Apabila kemahiran itu dikuasai maka

    pengalaman itu boleh digunakan dalam kelompok yang lebih besar atau dalam masyarakat.c) Membina dan mengembangkan kebolehan membuat pilihan,keputusan,mengatasi masalah dan membina tujuan hidup yang

    diredhai Allah s.w.t.d) Membina sikap kepekaan terhadap kehendak ,sifat dan tingkah laku orang lain seperti memahami perasaan orang lain,boleh

    bertolak ansur dan sebagainya.e) Memberi keyakinan kepada ahli kumpulan agar mereka boleh meluahkan perasaan dengan jujur,terbuka,tepat dan tidak ragu-

    ragu.f) Membentu ahli kumpulan agar membina keyakinan bahawa mereka diterima oleh orang lain,semua manusia adalah sama danmempunyai kebolehan dan keupayaan tersendiri meskipundikalangan manusia terdapat pelbagai golongan ,pangkat yang

    berbeza-beza.g) Membina ahli kumpulan membina semangat yang kukuh,sabar dan jujur dalam menghadapi segala masalah,cabaran danrintangan ,perkara tersebut harus dihadapi dengan perassaan penuh keimanan ,agar seseorang itu tidak tergelincir daripada

    ketetapan yang ditentukan oleh Allah.h) Menolong Klien mendapat atau mempelajari kemahiran mendengar secara empati.dengan ini ahli kumpulan menilai kata-kataseseorang samada yang tersirat atau tersurat.dengan ini ada yang ingin menyuarakan rasa hati atau masalah tidak secara

    berterus terang,mereka seka menggunakan kata-kata kiasan dan seumpamanyai) Membentuk sikap individu agar tidak mementingkan diri sendiri,tidak buruk sangka,menyakini diri sendiri,mengurangkan emosirendah diri ,tidak membuat keputusan yang tergesa-gesa,boleh menerima pendapat dan teguran orang lain ,tidak putus

    asa,mempelajari cara yang baik,memberi nasihat,boleh melihat potensi diri dan daya cipta yang terpendam.Dalam membentuk kelompok kaunseling ,beberapa perkara yang harus ditentukan terlebih dahulu,antara perkara yang harus

    diambil kira ialah:

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    13/29

    Individu yang tidak mengakui kelemahan diri dan sentiasa melihat kesalahan orang lain akan merosakkan perjalanan

    kaunseling,individu seumpama ini harus diberi kaunseling khusus iaitu.

    Faktor yang penting dalam kedua-dua jenis kaunseling ini ialah kerjasama diantara kaunselor dan klien.Sekiranya tidak adapersefahaman dan kerjasama ,besar kemungkinan matlamat yang hendak dicapai akan gagal,misalnya,Klien dipaksa bertemudengan kaunselor atau individu yang dipaksa menjadi ahli umpulan atau kelompok kaunseling boleh menimbulkan masalah

    kepada kaunselor atau ahli kelompok.

    Ciri-Ciri Kaunseling KelompokMohd Salleh Lebar mengemukakan ciri-ciri utama kaunseling kelompok ialah seperti berikut :a) Ia memberi fokus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku.b) Ia menggalakkan interaksi terbuka.c) Peserta-peserta adalah orang yang normal daan bukan parthological.d) Fasilatornya merupakan penggerak yang penting.e) Perlu diwujudkan suasana demokratik oleh kaunselor.f) Penyertaan kaunseling kelompok berdasarkan konsep suka rela.g) Sebelum sessi bermula, kaunselor perlu memberi penerangan bimbingan dan objektifnya.h) Segala maklumat hasil dari perbincangan hendaklah dirahsiakan.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    14/29

    Ciri-Ciri Penting Bagi Kaunselor

    Mengikut Abdullah Nasin Ulwan (1988), ciri-ciri penting yang perlu ada pada pembimbing muslim ialah:a) Ikhlas.b) Takwa.c) Berilmu pengetahuand) Bersopan santun atau beradabe) Mempunyai perasaan bertanggungjawabNuraini (1989),menjelaskan pada asalnya seseorang Kaunselor yang berkesan adalah seorang manusia yang berkesan yangpeka kepada ciri-ciri kemanusiaan yang berbagai-bagai ragam serta menyedari sifat-sifat kemanusiaannya sendiri,tabah,berani

    dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Laporan National Vacational (Iuidance Association (1949),menyatakan sepatutnya Kaunselor mestilah sentiasa memberikan

    pendapat yang benar dalam khidmatnya supaya dia mudah diterima sebagai seorang yang jujur dan ikhlas.Berdasarkan perbincangan tersebut boleh dirumuskan bahawa ciri-ciri penting seseorang Kaunselor adalah seperti yang

    berikut:a) Seseorang Kaunselor yang berkualiti ialah yang pernah menjalani praktikum.b) Mempunyai ilmu dan kepakaran yang tertentu dalam bidang Kaunseling.c) Mempunyai pengetahuan dalam bidang perkembangan psikologi kanak-kanak dan remajad) Mempunyai keyakinan diri danpercaya kepada kebolehan orang lain.e) Mempunyai kredibiliti tinggi,iaitu boleh dipercayai.f) Mampu mengurangkan risiko semasa proses Kaunseling.g) Mempunyai sifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu.h) Sanggup melibatkan diri dalam masalah klien.i) Amanah ,jujur dan ikhlas.j) Bersikap terus terang,tegas dan tidak boleh menyebunyikan sesuatu.k) Tidak mempunyai syak wasangka terhadap klien.l) Mempunyai sikap sejati seperti ketepatan dalam pernyataan dan dalam tingkah laku.m) Bijak melayani klien dan boleh mewujudkan suasana mesra,iaitu dengan menggunakan perkataan yang lembut dan menarik

    hati.n) Berprihatin,bersimpati dan peka kepada perasaan klien.o) Persepsi Kaunselor terhadap hubungan dengan klien mestilah positif.p) Mempunyai beberapa kemahiran seperti mendengar,memimpin,mentafsir,merumus dan menyampaikan maklumat.q) Kebolehan berfikir lebih jauh daripada klien.r) Kebolehan menentukan objektif jangka pendek dalam sesuatu perkara dan berupaya menjalankan sesuatu temuduga.s) Kebolehan menyampaikan idea dan menganalisis perasaan klien.t) Sabar dan tidak jemu dengansesi Kaunseling.u) Peramah dan tidak sombong.v) Mengutamakan kebajikan klien.w) Mempunyai fikiran yang waras,sihat,dan emosi yang stabil.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    15/29

    Sifat-Sifat Kaunselor Islam

    Di Malaysia walaupun kita banyak mengkaji dan menerapi nialai-nilai barat dalam dalam perkhidmatan bimbingan dankaunseling ,namun bagi kaunseling muslim perlu juga memahami unsur-unsur ,nilai,penyelesaian menurut pendekatan Islamdalam bidang tersebut.Dengan cara ini mungkin setiap klien yang mengadu masalah kepada kaunselor muslim akan merasa

    lega,bebas,tertarik dan kagum.

    Seseorang kaunselor yang sejati sentiasa menjaga personaliti atau peribadinya agar dipandang baik dan mulia pada bila-bilamasa ,dimana dan dengan siapa sahaja.Sebagai contoh lihatlah peribadi Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.Merekamerupakan model atau contoh kaunselor yang sempurna,pembimbing yang berkesan dan penasihat yang berguna,mereka

    sentiasa meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri.

    Dalam konteks sebenar,kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat latihan khas dari segiteoridan praktik dalam bidang kaunseling.Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor Islamdirujuk kepada sifat-sifat kenabian.Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna.Sifat-sifat kenabian yangwajib ada pada seseorang kaunselor ialah sidiq,amanah,tabligh dan fatanah.Rasulullah sendiri merupakan kaunselor yang amatprosional kerana ia mendapat latihan daripada Allah s.w.t sendiri.Segala nasihat dan bimbingan dan petunjuk yang diberikan

    oleh nabi datang dari Allah .Semua peribadi nabi samaada zahir atau batin datangnya daripada Allah s.w.t.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :Sesungguhnya aku telah utuskan untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.( Malik )

    Kaunselor yang jujur,berupaya,berilmu,berpengalaman adalah membantu dalam menjayakan satu-satu sisi kaunseling .Antara

    sifat yang perlu ada pada kaunseling ialah :SIDDIQSetiap kaunselor wajib mempunyai sifat ini ,sifat ini menjadikan seseorang itu bercakap benar ,terus terang dan tidakmenambah atau mengurangi apa yang didengarnya.Benar yang dimaksudkan disini bukan sahaja dari segi tutur kata ,tetapi jugadari segi perbuatan dan niat.Setiap satunya mistilah sama sekiranya tidak sama ia akan menjadi manusia pendusta dan

    munafik.Firman Allah s.w.tMaksudnya:Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untukberjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di

    antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    16/29

    ( Al-Ahzab ayat 23 )BERANIKaunselor juga mesti ada sifat berani ,iaitu berani kerana Allah dan berani kerana hak,jika kita merujuk kepada rasulullah s.a.wKita dapati baginda seorang yang berani,beliau berani menghadapi apa sahaja risiko meskipun mengancam nyawanya sendiri

    semata-mata kerana Allah s.w.t .Sekiranya kaunselor takut berhadapan dengan klien dari segi masalahnya,sudah tentukaunselor tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan berkesan.kaunselor mestilah berani mengatakan dan

    melakukan sesuatu yang hak,sekiranya benar hendaklah dikata benar dan sekiranya salah hendaklah dikata salah.SABAR DAN TENANG.Seseorang kaunselor harus mempunyai sifat benar dan tenang,Sekirany kaunselor tidak mempunyai sifat ini sudah pasti ia tidakakan dapat mengawal emosi dan keadaan ,sekiranya timbul ketegangan dalam sisi kaunseling.Rasulullah pernah berhadapan

    dengan orang yang bercakap dengan suara yang marah,tetapi Rasulullah sabar dan tenang.Firman Allah s.w.t yang berbunyi:Maksudnya:"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukanperbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu

    adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.( Lokman ayat 17 )

    TIDAK MUNAFIKSeseorang kaunselor itu adalah model yang paling berkesan kepada klien,segala sesuatu dilakukan oleh kaunselor akanmenjadi perhatian dan ikutan klien.Justeru itu sifat-sifat terkeji seperti lain yang dikata lain yang dibuat.janganlahdiamalkan.Sekiranya kaunselor menasihati klien agar berbuat kepada jiran tetangga,maka kaunselor sendiri hendaklah berbuatbaik kepada jiran tetangga.Ini merupakan contoh dan amalan yang baik,sekiranya kaunselor tahu manasihati orang lain agarberbuat baik,sedangkan ia sendiri tidak berbuat demikian ,maka jadilah ia seorang munafik.Perbuatan munafik amat besar

    dosanya .Sabda Rasulullah s.a.w:Maksudnya:Tiga perkara ,sesiapa sahaja yang berada didalamnya,maka ia dicop munafik,sekalipun ia berpuasa ,sembahyang dan mengaku

    dirinya seorang muslim,iaitu:Apabila berbicara ia bohong,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila menerima amanahia khianati.

    MERENDAH DIRISifat merendah diri merupakan satu sifat yang mat disenangi oleh semua orang.Sifat angkuh dan sombong pula amatdibenci,maka dengan ini seseorang kaunselor mestilah bersifat merendah diri.Sekiranya dia merendah diri dengan kliennyamaka tidak akan jatuh tarafnya,malah klien akan lebih kagum menghormatinya.Rasulullah merendah diri dengan sesiapapun,baginda sering melawat orang sakit,mengiringi jenazah ketanah perkuburan,menjahit sendiri baju dan kasutnya yang

    koyak.Maka sekiranya seseorang kaunselor suka meninggi diri sudah pasti klien tidak akan mendekatinya.SENTIASA INGIN MEMBANTUKaunselor yang baik ialah mempunyai minat dan sayang kepada kerjaya dan tugasnya.Ia sentiasa menolong ,membantu danmembimbing mereka yang memerlukan pertolongan ,menolong sesama manusia tampa mengira tempat ,pangkat,masa dan

    sebagainya,merupakan sifat mulia

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    17/29

    Firman Allah Taala:Maksudnya:Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), danmenyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang

    bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.( al-Imran ayat 104 )

    MENEPATI JANJISifat-sifat lain yang perlu ada pada kaunselor yang benar-benar memelihara dirinya yang menandakan akhlaknya yang terpujiialah menepati janji.Tetapi janji merupakan perujudan kesetiaan dan merupakan ketinggian akhlak yang dimiliki oleh

    kaunselor.Islam sangat menekankan kesetiaan terhadap janji.Firman Allah s.w.t:Maksudnya:Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk

    mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkankasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."( al-Isra ayat 34 )

    BERIMAN DAN BERTAKWAKaunselor hendaklah seorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t .Dengan keimanan dan bertakwaan.seseorangkaunselor mempunyai keyakinan yang teguh dalam menjalankan tugas kaunseling.Mereka yakin segala usaha yang baik akanmendapat pertolongan daripada Allah s.w.t.Mereka bertawakal sepenuhnya kepada Allahs.w.t terhadap usaha ikhtiar yang

    mereka lakukanFirman Allah s.w.t :Maksudnya:Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.( Surah Al-Fatihah 5)

    JUJUR DAN IKHLAS- Kaunselor hendaklah bersifat jujur dalam semua keadaan samada terhadap dirinya dan juga terhadap kliennya.Kejujuranmestilah lahir dari hati yang ikhlas dalam menjalankan tugasnya,dan hendaklah membuktikan dengan amalan dan perkataan.Sekiranya kaunselor yang tidak jujur dan berlaku kianat dalam menjalankan tugas kaunselor ,maka tidak akan mendatangkanfaedah dan sia-sia saja.Selainitu kaunselor hendaklah sentiasa prasangka baik terhadap kliennya dengan meletakkan keyakinan

    bahawa kliennya yang memerlukan pertolongan dalam mambantu penyelesaian masalah yang dihadapinya.Firman Allah Taala: Maksudnya:Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allahsekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkansangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka

    petunjuk dari Tuhan mereka.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    18/29

    ( Surah an-Najm.23 )

    ADIL- Kaunselor hendaklah bersifat adil dalam membuat sesuatu tindakan dan keputusan .kaunselor yang adil menyebabkan klien

    akan merasa berpuas hati.Berasa dirinya dihormati dan dimuliakan .Sifat ini adalah dituntuk oleh islam.Firman Allah Taala:Maksudnya:"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya),sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dantimbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "danapabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipunorang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan.

    Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".( Surah al-Al an am.152 )

    BERILMU ,TERLATIH DAN SESUAI.- Seseorang kaunselor secara profesional wajib mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang pengkauselingan sama

    ada yang diperoleh secara formal atau tidak formal.Fiman Allah Taala:Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain)maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamubangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang

    diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNyatentang apa yang kamu lakukan.(al-Mujadah 11)

    MURAH HATI DAN DERMAWAN- Seseorang kaunselor mesti menunjukkan rasa murah hati dan dermawan ,sekiranya seseorang kelien benar-benarmemerlukan pertolongan dalam bentuk kewangan ,kaunselor harus cuba membantunya secepat mungkin,kerana itu merupakanmasalahnya yang sebenar sebagai kaunselor,Rasulullah s.a.w dikatakan orang yang paling murah hati diantaramanusia,Baginda sanggup menolong atau menderma sehingga tidak ada apa lagi dalam tangannya.Tangannya sentiasa terbuka

    untuk menolong ,dadanya sentiasa lapang untuk memaafkan kesalahan,sebagaimana firman Allah s.w.t:Maksudnya:Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan)orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).( al-Araf:199 )

    ADAT DAN AKHLAK

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    19/29

    - Adat dan akhlak yang baik bagi seseorang ialah tidak berdendam,boleg memaafkan kesalahan orang lain,memberi salamkepada sesiapa yang ditemui dan menghormati orang lain.sebagai contoh.Rasulullah s.a.w ketika bercakapsentiasamenghadapkan wajahnya kepada orang yang bercakap dengannya.Dia tidak sekali-kali memalingkan mukanya kearahlain.Baginda juga memanggil seseorang dengan gelaran yang sedap didengar dan bukannya memanggil seseorang dengan

    nama atau gelaran kasar.Sikap umpama ini boleh menambat hati orang yang mengasihi dan menyukainya.Allah berfirman:Maksudnya:

    Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah merekalari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlahampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,

    sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(ali-Imran:159 )

    TOLERENSI- Kaunselor misti tahu dan bijak menggunakan tolerensi dengan klien.Sikap diktator,ketua dan orang yang serba tahu,hendaklahdielakkan.Kaunselor harus boleh menerima pendapat ,pandangan dan hujjah klien serta boleh mengakui kelemahan dirisendiri.Kaunselor harus membuang sama sekali sikap bahawa apa sahaja yang dikatakan olehnya misti diikuti oleh klien.Klienberhak dan bebas menerima dan menolak pendapat kaunselor,kaunselor hendaklah bersifat lemah lembut dan tidak cubamenunjukkan sifat garang atau begis kepada klien.Sebagai contoh:Rasulullah mempunyai watak yang lemah lembut ,bagindatidak suka memperlihatkan sikap kebenciannya kepada seseorang secara terus terang.Ia akan cuba sedaya upaya untuk

    mengelakkan rasa benci kepada orang lain.Kesimpulannya Nabi dan Rasul dalam konteks kaunseling merupakan kaunselor yang paling ideal.Mereka perlu dicontohi ,diikutisegala kata nasihat,buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang .Ini disebabkan nabi dan rasul merupakan utusan Allah

    s.w.t kepada seluruh umat di dunia.

    Kemahiran Perancangan DanPerlaksanaan Kaunseling Islam.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    20/29

    Prosedur Sessi KaunselingDalam melaksanakan sessi kaunseling, kaunselor perlu tahu prosedur-prosedur yang harus di ikuti. Prosedur-prosedur tersebut

    boleh dibahagikan seperti berikut :1. Bersedia meneriman klien.Pada peringkat ini kaunselor hendaklah menyakinkan klien bahawa ia boleh dipercayai oleh klien.Kaunselor harus berwajah tenang , air muka berseri dan dan berkeadaan menerima klien .2. Suasana bilik atau tempat kaunseling hendaklah seslesa, kelihatan tenang, berwarnaa lembut, tidaak mempunyai banyaakgambar yang bergantung, dan tidak perlu ada meja atau kerusi dan sebagainya. Apa yang harus ada hanyalah dua buah kerusi

    yang letaknya secara berhadapan.3. Sebelum memulakan sessi kaunseling, kaunselor hendaklah memberikan salam kepada klien, kaunselor dan klien sama-

    sama membacakan Bismillahhi RahmaniRahhim dan surah al-Fatihah dari awal hingga akhir. Ini kerana ayat dalam surah al-Fatihah ini mengandungi pengakuan dan

    doa hamba kepada Allah Yang Maha Kuasa.4. Kaunselor hendaklah mencari, memahami dan mendapatkan intisari yang jelas atau yang asas tentang masalah klien.Sebaiknya soalan yang diberikan kepada klien berbentuk terbuka yang mana ianya memerlukan kepada jawapan huraian dan

    penjelasan.5. Seterusnya kaunselor bolehlah menentukan keyakinan dan tanggungjawabnya. Pada peringkat ini, kaunselor bolehbertanyakan diri sendiri , sama ada beliau boleh dan berkemampuan mengendalikan kes kliennya, menunaikan harapan klien

    atau boleh selesa dengan kliennya.6. Setelah kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk meneruskan kaunseling, maka satu perjanjian dibuat iaituperjanjian di antara kaunselor dan klien yang mana kedua-dua mereka berhasrat untuk sama-sama berusaha dan

    bertanggungjawab bagi mencapai matlaamat kaunseling. Perjanjian ini hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan tidakboleh dipermain-mainkan. Dalam Islam orang yang berjanji tetapi tidak boleh menunaikan janjinya ialah oraang munafik, Firman

    Allah Taala :Maksudnya :Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak(mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai

    Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. ( an-Nahl : 91 )begitu juga dengan Firman Allah yang lain iaitu :Maksudnya :Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar,maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuankami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan

    bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".( ali-Imran : 61 )

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    21/29

    7. Pengeratan hubunganKedua-dua pihak hendaklah sama-sama berusaha untuk membina dan memupuk hubungan yang lebih erat daripada aspeksaling yakin menyakini dalam usaha menyelesaikan masalah dengan tetap berpegang teguh kepada landasan-landasan yang

    ditentukan oleh Allah, sebagaimana firman Allah Taala :Maksudnya :Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglahnikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hatikamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islamyang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allahselamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat

    keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.( ali-Imran : 103 )

    8. Mengawal dan mengekalkan hubungan.Kedua-dua hendaklah mengawal hubungan itu sebaik mungkin agar berterusan mengikut jalan yang diredhai Allah dan sentiasa

    menggalakkan klien mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya, Sebagaimana Firman Allah Taala :Maksudnya :Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; merekamenyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberizakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi

    Maha Bijaksana.( at-Taubah : 71 )

    9. Peneguhan.Pada peringkat ini seharusnya klien sudah boleh menyatakan apakah hasil yang telah diperolehi daripada kaunseling yang telahdijalankan . Sekiranya pilihan pertama tidak memuaskan, kaunselor hendaklah memberikan pilihan atau kemahiran lain untuk

    dicuba seterusnya.10. Penyelesaian.Pada thap ini pencapaian klien akan dirumuskan. Klien hendaklah membuat sendiri keputusan iaitu kesimpulan atau rumusan

    sama ada kaunseling yang dibuat mencapai matlamat atau tidak.Bagi menamatkan proses tersebut, kaunselor dan kliennya patut bersyukur kepada Allah kerana memberi petunjuk dan hidayahdalam memberikan jalan penyelesaian masalah, menyabarkan hati dalam menempuh pelbagai konfliksemasa proses berjalan.

    Firman Allah Taala :Maksudnya :Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentumasanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kamiberikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari

    balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.( ali-Imran : 145 )

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    22/29

    Kemahiran Dan Teknik Kaunseling .1) Kemahiran tingkah laku memberi perhatian.2) Memberi salam kepada klien dengan wajah yang manis.a) Tempat duduk klien dengan kaunselor hendaklah bertentangan atau berhadapan.3) Klien dan kaunselor hendaklah dalam keadaan tenang.a) Kedudukan kaunselor hendaklah condong sedikit ke arah klien.b) Air muka hendaklah berseri, tenang dan memperlihatkan ia suka dan mengalu-alukan kedatangan klien.c) Semasa bercakap mata kaunselor dan klien hendaklah bertentangan.d) Kaunselor hendaklah menggunakan soalan jenis terbuka.kaunselor hendaklah menggunakan dorongan minimum untuk

    menggerkkan klien agar terus bercakap.e) Kata-kata simpati dan empati hendaklah juga digunakan apabila sesuai dan perlu.4) Kemahiran mendengar5) Kemahiran mengenalpasti masalah6) Kemahiran mendorong klien.7) Kemahiran mendapatkan penjelasan.8) Kemahiran memberi nasihat.9) Kemahiran membuat refleksi emosi10) Kemahiran mengulas.11) Kemahiran konfrontasi12) Kemahiran pendedahan kendiri.13) Kemahiran mencegah kensenyapan.14) Kemahiran pernyataan tanpa bahasa lisan.15) Kemahiran teknik relaks fizikal.a) Tenangkan perasaan klien yang tidak menentu.b) Minta klien membaca surah al-Fatihahc) Teruskan pula dengan melakukan langkah relaks anggota badan.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    23/29

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    24/29

    3. HukumMenurut pandangan Barat dari segi hukum masalah kebebasan individu melakukan sesuatu selagi ia tidak mencerobohi hakorang lain atau atas dasar suka sama suka tidak diiktiraf sebagai hak asasi perseorangan. Masalah hukum pantang larang

    agama tidak dijadikan titik tolak dalam menentukan nilai individu. Contohnya seorang yang bersekedudukan tanpa prosesperkhawinan tidak dianggap sah,asalkan ia berumur lebih daripada 18 tahun.Manakala menurut pandangan Islam atau Kaunseling Islam individu yang bersekedudukan tanpa sebarang ikatan perkahwinan

    yang sah adalah diharamkan sama sekali.

    4. TeknikDari segi teknik Kaunseling Barat tidak sesuai diamalkan dalam menanggani persoalan remaja,kerana Kaunseling Barat tidakberkesan dalam membaiki tingkah laku remaja. Di mana dapat dilihat gejala sosial di Barat berlaku dengan berleluasa tanpa adasegan silu. Keadaan ini bertentangan dengan Kaunseling Islam yang mengamalkan budaya hidup Islam yang berdasarkan

    kepada Al-Quran dan Hadis.

    5. Pendidikan.Akhirnya terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi perbezaan Amalan Kaunseling Barat dengan Kaunseling Islam iaitu

    dari segi pendidikan dan pengabdian tanggungjawab sebagai ibu bapa.

    7. Pengabaian TanggungjawabDari segi Pengabdian tanggungjawab kedua ibu bapa tidak mementingkan pendidikan moral di kalangan anak-anak. Merekamemberi kebebasan kepada anak-anak untuk melakukan apa yang difikirkan baik bagi mereka sehingga ramai yang terjebak

    dalam gejala seksual dan sebagainya.Manakala Kaunseling Islam menekankan ibu bapa memberi pendidikan anak-anak semasa dalam kandungan sehinggalah

    dewasa dengan didikan agama iaitu didikan yang berpandukan Al-Quran dan Hadis.

    6. Spiritual Manusia.Kaunseling barat tidak memberi penekanan terhadap aspek-aspek spritual manusia. Manakalan teori kaunseling Islam

    mementingkan aspek-aspek spiritual manusia di mana dijelaskan di dalam al-Quran , Firman Allah Taala :Maksudnya :Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    25/29

    maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara

    yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.( surah al- Thalaq : 3 )

    8. Tujuan Diadakan ManusiaSigmed Freud dalam teori psikoanalisisnya mengandaikan manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan melainkan untukmemenuhi desakan-desakan naluri seks dan kerangsangan, manusia boleh bertindak secara bengis, membinasa, tidak matang,

    antisosial dan agresis. Mengikut pandangan Freud personaliti manusia terbentuk dari tiga sistem iaitu Id, Ego dan Superego.Perbezaan pendangan terhadap manausia antara teori Freud dan teori Islam adalah jelas Islam menyatakan bahawa, manusia

    itu secara fitrahnya baik.Freud menyatakan manusia semulajadinya bersifat biasa. Manakala Islam menyatakan manusia dilahirkan ke bumi untuk

    menjadi khalifah Allah yang bertanggungjawab keatas setiap perbuatannya.Sebagai mana Firman Alllah Taala :Maksudnya :Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan dibumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbihdengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak

    mengetahuinya".( al-Baqarah : 30 )

    9. Kebebasan ManusiaMenurut pandangan Rogers pula manusia dianggap mempunyai kebebasan mutlak dan menentukan matlamat-matlamathidupnya. Berbeza dengan teori Islam dimana manusia merupakan makhluk ciptaan Allah , dianugerahkan akal dan mempunyai

    kebebasan yang terbatas dengan konsekuansi tanggungjawab secara perseorangan di hari akhirat kelak.Sebagai mana Firman Allah Taala :Maksudnya :Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada

    bertaqwa; -( asy-Syams : 8 )

    Albert Ellis mengemukan teori Terapi rasoinal Emotif ( RET ) yang mengandaikan manusia mempunyai potensi untuk bertindaksecara rasional dan berfikiran waras. Teori ini tidak dinafikan oleh Islam tetapi tentang fungsi akal itu agak berbeza pada

    pandangan Islam.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    26/29

    Persamaan Kaunseling Islam DenganKaunseling Barat

    Carl Rogers dalam teori Client-Centered mengganggap bahawa manusia adalah makhluk yaang positif, rasional dan sentiasabergerak maju. Manusia bertendensi kearah penyempurnaan kendiri. Sekiranya ia diberi kebebasan menjalani, memenuhi danmenyempurnakan keperluan-keperluan asasnya. Teori Rogers dan titik persamaan dengan pandangan Islam di mana manusiasecara fitrahnya adalah baik. Manusia dianugerahkan oleh Allah Taala denga akal yang membolehkannya menuju ketingkat

    kehidupan yang lebih sempurna. Firman Allah Taala :Maksudnya :Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan

    Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".( al- Araaf : 79 )Rumusan yang dapat di buat dari perbezaan teori kaunseling barat ini, walaupun terdapat perbezaan antara pandanganbeberapa teori barat dengan teori kaunseling Islam, ini bukan bermakna keseluruhan teori-teori manusia dari barat ditolak. Yangpenting kita perlu bersikap terbuka dan berani pula untuk melihat kelemahan-kelemahan yang terdapat pada teori-teori disamping memberi nafas baru dengan agama dan nekad kita. Tidak dapat dinafikan bahawa paandaangan teori kaunseling daribarat adalah sempit dan mengenepikan aspek-aspek spirituaal dan ketuhanan. Teori-teori ini perlu diubah suaai atau diadaptasi

    supaya tidak bercanggap dengan agama yang dianuti dalam nekad yang bertujuan untuk mencari kesempurnaan.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    27/29

    Bi mbingan Dan Kaunsel ing Pendid ikan Is lam _________ ____________ _____ _________________________________

    Peranan Guru Dan Pelajar DalamBimbingan Dan Kaunseling.

    Bimbingan merupakan salah satu tugas dalam pendidikan. Ia merupakan suatu aspek pendidikan yang tidak boleh dipisahkankerana setiap kanak-kanak perlu di beri bimbingan supaya sesuai dengen kehendak bangsa, agama, dan negara. Bimbingan ini

    lebih menitik beratkan tentang aspek pencegahan daripada pembaikan.

    Tugas Guru Dalam Bimbingan Dan Kaunseling

    Guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing para pelajar di bawah jagaannya. Pelajar biasanyamemerlukan bimbingan dalam menentukan dan membuat penyesuaian peribadi, emosi, sosial dan akademik dengan

    persekitaran sekolah, peraturan tata tertib dan sebagainya.Antara tugas-tugas guru dalam bimbingan dan kaunseling ialah :a. Guru menjadi penunjuk cara kepada pelajar yang mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah,

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    28/29

    cara pengurusan masa pelajar dan sebagainya. Program orentasi merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mencapai

    matlamat ini.b. Memberikan bimbingan perancangan pelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan dan minat pelajar. Guru perlu

    menanamkan sikap sukakan kepada pelajaran.c. Mengenal pasti kesulitan atau keadaan yang tidak memuaskan dan yang boleh menggangu pencapaian akademi pelajar,mengembangkan aspek peribadidan sosial pelajar.d. Masalah remaja yang dihadapi oelh pelajar sekolah menengah perlu mendapat perhatian dan bimbingan serta bantuan

    daripada gurunya.e. Guru perlu menolong pelajar membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja membina yang sempurna. Ini bermakna

    bahawa guru harus menanam tabiat menjalankan kerja yang dianmanahkan dengan sempurna kepada pelajar.f. Seterusnya guru hendaklah bekerjasama dengan ibu bapa dalam haal ehwal perkembangan pelajar, sekolah, proses pelajaran

    korikulum dan kokurikulum.

    Dalam pengurusan, terdapat beberapa komponen yang perlu dilaksanakan oleh guru bimbingan. Komponen-komponen itu ialah

    :1- PerancanganGuru bimbingan dan kaunseling perlu merancang program bimbingan dan kaunseling untuk sekolahnya dengan teliti dan

    sempurna.2- PengelolaanGuru bimbingan dan kaunseling perlu mengadakan prosedur-prosedur pengelolaan program

    3- Hala arahGuru bimbingn dan kaunseling mengetui program yaang dijalankannya, membuat keputusan, mengeluarkan garis panduan,

    meningkatkan motivasi dan kaunseling.4- Pengawalan.Guru bimbingan menilai keberkesanan program, mengenalpasti kelemahan dan masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan

    untuk mengatasinya.Perhubungan.Guru bimbingan merupakan penghubung antara klien ( pelajar ) dengan guru lain di sekolah, pelajar-pelajar lain dan ibu

    bapanya. Sekiranya masalah yang melibatkan guru-guru lain, maka guru bimbingan boleh menghubungi guru berkenaan untukmenyelesaikan masalah.

    Struktur Organisasi Perkhidmatan BimbinganDan Kaunseling Di Sekolah.

  • 8/14/2019 Kaun Islam

    29/29

    Carta organisasi diwujudkan bagi bertujuan untuk mengelakkan salah faham di kalangan kakitangan yang terlibat dalam

    pengurusan perkhidmatan bimbingan kaunseling di sekolah. Terdapat dua jenis struktur organisasi iaitu :1- Pentadbir bertanggungjawab dalam menentukan dasar program.2- Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk merangka dan bertanggungjawab terhadap dasar program.( terdapat grafik pengurusan Unit bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah dan rendah, sila rujuk pada buku )

    Dalam struktur organisasi pertama, kuasa berada pada pengetua sekolah untuk mengawal rancangan yang akan dijalankan.

    Manakal kakitangan yang lain menerima tanggungjawab mewujudkan perkhidmatan ini seperti yang diarahkan.Dalam struktur organisasi yang kedua pula, terdapat tiga tugas utama jawatankuasa bimbingan, iaitu :1- Mengkaji keperluan, tujuan dan tatacara yang sesuai untuk mewujudkan perkhidmatan ini.2- Menjelaskan kepada pentadbir dan kakitangan tentang aktiviti dan dasar-dasar yang dipersetujui.3- Menyelaras dan menilai aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.

    Bimbingan Dan KaunselingDi Sekolah Rendah Dan Menengah.( rajah grafik disini tidak dapat dimasukkan kerana masalah teknikal, sila rujuk beberapa buah buku lain )Rajah : Struktur organisasi kegiatan bimbingaan daan kaunseling di sebuahsekolah menengah

    Laman utama Sek. Keb. Sungai Ranggam

    http://www.geocities.com/azrul_7642/school.htmlhttp://www.geocities.com/azrul_7642/school.htmlhttp://www.geocities.com/azrul_7642/school.htmlhttp://www.geocities.com/azrul_7642/school.html