kata kerja
DESCRIPTION
kata kerja bahasa melayu linguistikTRANSCRIPT
PENGENALAN
☺Definisi kata kerja mengikut Tatabahasa Dewan ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi (susunan atau kedudukan kata-kata) frasa kerja.
☺Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur seperti
kata bantu objek
pelengkapayat
komplemen
Contohnya;
Ali tidur.
PENGGOLONGAN KATA KERJA
☺Dibahagikan kepada dua kumpulan utama;
Kata kerja aktif Kata kerja pasif
Kata kerja aktif
» Kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan.
☺Terbahagi kepada dua :
(i) Kata kerja aktif tak transitif
(ii) Kata kerja aktif transitif
i) Kata kerja aktif tak transitif
►Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
►Dibahagikan kepada dua ;
a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
b) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
►Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh ayat :
Semua orang pulang.
Contoh kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah;
menyanyi bangun menangis
►Boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang berfungsi memberikan maklumat tambahan.
Contoh ayat;
Semua orang pulang pada waktu petang.
b) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
►Mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
►Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.
Contoh ayat :
Keadaan bapanya beransur baik.
►Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Seandainya dipasifkan ayat menjadi tidak sempurna.
Contoh ayat;
Baik diansurkan oleh keadaan bapanya.
► Unsur yang menjadi pelengkap iaitu kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
Contoh unsur menjadi pelengkap;
i) Kata adjektif sebagai pelengkap
►berfungsi sebagai kata adverba (menerangkan kata kerja, kata sifat)
Contoh ayat;
Lukanya beransur baik.
(ii) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
►membawa pengertian tempat yang berfungsi sebagai pelengkap.
Contoh ayat:
Keluarga Encik Ali berasal dari Pahang.
(iii) Kata nama sebagai pelengkap
►menerima imbuhan ber-….-kan dan kata kerja menjadi dan ada.
Contoh ayat:
Kami tidur berbantalkan lengan.
Ali menjadi guru sandaran.
Pak Samad ada sawah di kampung.
ii) Kata kerja aktif transitif
►kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contoh ayat:
Saya telah menjawab surat itu.
Contoh-contoh lain kata kerja transitif:
menendang bola menaiki bas
memukul gendang melukis gambar
menghulurkan tali mencipta lagu
Kata kerja pasif
►kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Contoh ayat yang dipasifkan:
Surat itu telah saya jawab.
►selain imbuhan meN-…(kan/i) yang wujud dalam kata kerja aktif transitif , awalan ter- juga boleh hadir.
Misalnya; terlanggar, terminum, terpijak, tertelan
Contoh ayat;
Bas persiaran itu terlanggar tembok rumah Ali.
► Kata kerja pasif juga boleh mengandungi awalan ter-.
Misalnya; terkarang, termaktub, ternampak.
Contoh ayat;
Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka.
Kesimpulannya, penjenisan golongan kata kerja dapat digambarkan seperti berikut;
kata kerja
kata kerja kata kerja
aktif pasif
aktif tak aktif transitif
transitif
Tanpa berpelengkap
pelengkap
PEMBENTUKANKATA KERJA
7.3: PEMBENTUKAN KATA KERJA
Kata kerja dalam bahasa melayu terdiri daripada 4 bentuk, iaitu:
(i) Kata kerja tunggal
(ii) Kata kerja terbitan
(iii) Kata kerja majmuk
(iv) Kata kerja ganda
7.3.1: Kata kerja tunggal (KKT)Terbentuk tanpa imbuhan
Boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan & bersifat tak transitif. Contoh KKT:
Contoh penggunaan KKT dalam ayat:
a) kanak-kanak itu balik ke rumah.
b) Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir.
c) Gadis itu tidak mahu pulang ke rumah.
d) Misi menyelamatkan anak kucing itu telah gagal.
e) Dia lahir di Logan Bunut, Baram.
AdaBalikPulangDatangGagalHancur
Ikut JagaKeluarLahirMaraterbang
Kata kerja tunggal akronim (KKTA)
Hanya 1 kata kerja tunggal akronim dalam BM;Berdikari – wujud daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri
Merupakan kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,
iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar &
melahirkan perkataan-perkataan terbitan.
Terdapat 4 jenis imbuhan, iaitu awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.
4 jenis imbuhan ini terdapat dalam proses
pembentukan kata kerja bahasa Melayu.
7.3.2.1: Awalan kata kerja
Awalan yang membentuk KKT dalam BM ialah;
i. meN-
ii. beR-
iii. teR-
iv. di-
v. mempeR-
vi. dipeR-
i) Awalan meN-
a) Bentuk awalan meN- Membentuk kata kerja aktif (transitif @ tak transitif) Mempunyai 4 varian bergantung pada huruf
pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-.
Bentuk-bentuk varian yang berlaku seperti berikut;
I. meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w dan y
Contohnya:
Masak – memasak
Nanti – menantiNyala–
menyalaNganga - menganga
Rayu – merayuLawan – melawanWangi – mewangiYakin -
meyakinkan
Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s
Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik) iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s. contohnya;
Pesan – memesan
Pukul – memukul
Tetap – menetap
Tari – menari
Karang – mengarang
Kata – mengata
Salin – menyalin
Sinar - menyinar
II. meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p, dan v, dan gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. contoh;
Contoh perkataan yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya:
Beri – memberi Bantu – membantu Bilas – membilas Bentuk - membentuk
Veto – memvetoFitnah – memfitnahFatwa – memfatwakanPamer – mempamerkanPopular - mempopularkan
Proses – memprosesPraktik – mempraktikPlagiat – memplagiatBlok – memblokBrek - membrek
Beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dianggap kecualian. Contoh;
Pelopor – mempeloporiPelawa – mempelawaPercaya – mempercayaiPunya – mempunyaiPeduli - memperdulikan
III. meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z. contoh;
•Deru – menderu
•Dayung – mendayung
•Duga - menduga
•Cari – mencari
•Cuci – mencuci
•Jemur- menjemur
•Jaja - menjaja
•Syarat -
mensyaratkan
•Syukur – mensyukuri
•Ziarah – menziarahi
•Zalim - menzalimi
meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada perkataan pinjaman & perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s. Namun begitu etimologi kata asalnya dikekalkan. Contoh;
Dua kecualian pada kata dasar yang menerima awalan men-
tanpa berlaku pengguguran Ternak –menternak Tertawa - mentertawakan
•Tabligh – mentablighkan•Tadbir – mentadbirkan•tafsir – mentafsirkan•Takrif – mentakrifkan•Tauliah – mentauliahkan•Terjemah – menterjemahkan
•Transkripsi – mentranskripsikan•Transformasi -mentransformasikan•Sintesis – mensintesiskan•Swasta – menswastakan•stabil – menstabiklan•Skru – menskrukan
IV. meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh, dan h (bunyi konsonan), dan a,e,i,o dan u (bunyi vokal). Contoh;
Meng- juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasar bermula dari huruf k termasuk gugus konsonan yang bermula dari k dan etimologi kata asal dikekalkan. Contoh;
•Gali-menggali•Gulung-menggulung•Ghairah-menggairahkan•Ghaib-mengghaibkan•Khusus-mengkhususkan•Khayal-mengkhayalkan
•Hantar-menghantar•Heret-mengheret•Ambil-mengambil•Alir-mengalir•Ejek-mengejek•Embun-mengembunkan
•Elak-mengelakan•Ikut-mengikut•Ikat-mengikat•Olah-mengolah•Ulang-mengulang•Ulit-mengulit
•Kabul-mengkabulkan•Kanun-mengkanunkan•Katalog-mengkatalogkan
•Kategori-mengkategorikan•Klasifikasi-mengklasifikasikan•Kritik-mengkritik
Kecualian- pada kata dasar kaji iaitu huruf pertamanya tidak berubah menjadi bentuk sengau apabila digabung dengan awalan meng-, iaitu;
kaji - mengkaji
Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun pinjaman, contoh;
Kecualian timbul pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan, iaitu awalan meng- tidak berubah menjadi menge-. Contoh;
i) stor-mengstor
ii) brek-mengbrek
iii) klip-mengklip
•Cat-mengecat•Bom-mengebom•Sah-mengesah•Pos-mengepos
•Tin-mengetin•Lap-mengelap•Kod-mengekod•Had-mengehad•Khas-mengekhaskan
(b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan meNAwalan meN- boleh digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada berbagai-bagai golongan kata, iaitu kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Contoh;
Kata nama Kata adjektif Kata kerja
(transitif)Kata kerja (tak transitif)
Dayung-mendayungLombong-melombongLangit-melangitKail-mengailSusu-menyusu
Putih-memutihTinggi-meninggiBesar-membesarTebal-menebalTakut-menakutkan
Beri-memberiJual-menjualPakai-memakaiBaca-membacaAmbil-mengambil
Tangis-menangisNaik-menaikLaung-melaungturun-menurunBangun-membangun
( c ) Jenis kata kerja berawalan meN-
Kata kerja boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Dalam kata kerja yang menerima awalan meN-, terdapat 3 jenis kata kerja awalan meN;
I. Kata kerja aktif transitif tanpa akhiran
II. Kata kerja aktif transitif berakhiran
III. Kata kerja aktif tak transitif
I. Kata kerja aktif transitif tanpa akhiran
Kata kerja yang hanya menerima awalan meN- tanpa apa-apa akhiran, tetapi diikuti lansung oleh objek, contoh;
Daripada contoh, buku, tulang, bola, sayur dan baju ialah objek @ penyambut kata kerja yang mendahului perkataan-perkataan tersebut. Contoh dalam ayat;
i. Kakak sedang membaca buku di ruang tamu
ii. Anjing itu menggonggong tulang
iii. Abu menendang bola ke pintu gol
iv. Ibu membeli sayur di pasar
v. Para pelajar memakai baju seragam
membaca bukumenggonggong tulangmenendang bolamembeli sayurmemakai baju
II. Kata kerja aktif transitif berakhiran
Kata kerja berawalan meN- boleh juga hadir dalam ayat aktif transitif dengan akhiran, iaitu akhiran –kan dan –i. contoh;
Menjalankan-menjalani Mendekatkan-mendekati Menaikkan-menaiki Memasukkan-memasuki
III. Kata kerja aktif tak transitif
kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan penyambut atau objek. Contoh;
Anak kecil itu menangis Suhu badannya semakin menaik Ombak memutih di pantai Sejak akhir-akhir ini harga barang menurun Padi di sawah sedang menguning
(d) Aspek makna awalan meN-
Kata kerja yang terbentuk dari awalan meN- ialah kata kerja yang membawa maksud melakukan sesuatu, sama ada kata kerja transitif atau tak transitif
penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan 2 makna iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan.
i) Melakukan perbuatana) Melakukan sesuatu, contoh;
mengarang
menggoreng
memproses
Contoh ayat;
1) penulis itu sedang mengarang sepuluh buah buku
2) pak mat sedang menggoreng pisang di warungnya.
3) jawatankuasa sedang memproses borang permohonan.
b) Mengeluarkan suara, contoh;
Mengaum
Mencicit
Mengiau
Contoh ayat;
1) harimau itu mengaum ketika hendak menerkam mangsanya.
2) tikus itu mencicit di belakang almari kain
3) kucing belang mengiau meminta makanan.
c) Membuang, mencari atau mengumpulkan sesuatu, contohnya merumput, merotan, mendamar.
contoh ayat;
1) petani itu merumput di ladangnya
2) pak Abu merotan di hutan sebagai mata pencarian
3) orang asli mendamar sebagai kerja sampingan
d) Menuju sasaran, contohnya melaut, mendarat, menepi. Contoh ayat;
1) penyu itu melaut setelah bertelur di pantai
2) helikopter itu mendarat di padang sekolah
3) sampan itu menepi ke pangkalan untuk mengambil penumpang
e) Berlaku seperti atau menyerupai sesuatu, contohnya mengekor, membusut, membukit. Contoh ayat;
1) adiknya mengekor sahaja kemana Ali pergi.
2) sarang anai-anai itu membusut di bawah tanah.
3) timbunan sampah yang tidak dibakar membukit di belakang rumah.
ii) Menyatakan keadaana) Hidup sebagai, contohnya membujang, menduda.
Contoh ayat;
1) dia berasa lebih senang hidup membujang
2) sejak menduda Encik Ali menumpukan perhatian pada hobinya.
b) Menjadi, contohnya memucat, memutih, memanjang. Contoh ayat;
1) mukanya memucat apabila mendengar berita kemalangan itu.
2) ombak memutih di pantai.
3) papan itu dipotong memanjang untuk dijadikan dinding rumah.
ii) Awalan beR-
(a) Bentuk awalan beR-
perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tak transitif, sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap.
terdapat 1 betuk awalan beR-, yakni ber- yang digabungkan dengan semua kata dasar. Contoh;
angkat-berangkat fikir-berfikir
ikut- berikut gelut-bergelut
ekor-berekor jiran-berjiran
baju-berbaju lari-berlari
dayung-berdayung nyanyi-bernyanyi
beR- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya;
ber + rasa - berasa
ber + renang - berenang
ber + raja - beraja
ber + rendam - berendam
Awalan ber- bergabung dengan perkataan yang konsonan awalannya diikuti oleh –er-, maka r dalam awalan ber- tidak gugur. Contoh: derma – berderma
sesetengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan, tetapi tidak digugurkan dalam ejaan. Contoh: berderma, berserban, berternak
bagi perkataan kerja yang dieja bekerja , r digugurkan sebagai kecualian
bagi perkataan ajar dan unjur, gabungan ber- dengannya menghasilkan bentuk kecualian, iaitu belajar dan belunjur.
(b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beR-
boleh digabungkan pada kata dasar empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contoh:
Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas
•Buah-berbuah
•Kereta-
berkereta
•Baju-berbaju
•Haba-berhaba
•Kedai-berkedai
•Buat-berbuat
•Ubah-berubah
•Baring-berbaring
•Lari-berlari
•Tukar-bertukar
•Susah-bersusah
•Gembira-
bergembira
•Sedih-bersedih
•Dukacita-
berdukacita
•Lapar-berlapar
•Satu-bersatu
•Tiga-bertiga
•Ratus-beratus
•Oleh-beroleh
•Serta-beserta
( c) Jenis kata kerja berawalan beR-
kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- bersifat tak transitif, iaitu ;
Contoh Contoh ayat
i) tak transitif tanpa pelengkap
•Berjalan•Berkereta•Bernyanyi•Bercukur •bergurau
•mereka sedang berjalan•bapa tidak berkereta ke pejabat hari ini•murid-murid sedang bernyanyi di atas pentas•sebelum ke pejabat Azhar bercukur•hasnah suka bergurau dengan adiknya.
ii) tak transitif berpelengkap
•beransur baik•berbuat jahat•bertukar tangan•berterima kasih•berdatang sembah
•pesakit itu sudah beransur baik•jangan sekali-kali berbuat jahat•buku itu sudah bertukar tangan sejak dua hari lalu•Mereka berterima kasih kerana pertolongannya•mamanda menteri segera berdatang sembah
(d) Aspek makna awalan beR- Pada dasarnya perkataan-perkataan yang
berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar.
Namun begitu terdapat juga pengertian khusus bergantung kepada golongan perkataan tertentu.
Aspek makna pada perkataan yang berawalan beR- dibuat mengikut jenis golongan kata.
I) beR- yang bergabung dengan kata kerja(a)beR- yang memberi makna melakukan perbuatan
dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar
(b) beR- yang memberi pengertian reflektif, iaitu perbuatan yang melibatkan @mengenai diri sendiri.
Contoh Contoh ayat
•Tukar - bertukar•Senam – bersenam•Kayuh – berkayuh•Runding – berunding•Undur - berundur
•Pekerja itu sudah bertukar ke Sarawak•Pelatih PLKN itu bersenam di tepi pantai•Nelayan itu berkayuh ke tepi sungai•Mereka berunding tentang projek bantuan rakyat itu•Musuh mula berundur sejak subuh tadi.
Contoh Contoh ayat
•Cukur – bercukur•Hias – berhias•Jemur – berjemur•Sembunyi – bersembunyi•Sandar – bersandar
•Ayah sedang bercukur di bilik mandi•Pengantin baharu sedang berhias•Kucing memang suka berjemur•Tikus itu bersembunyi di bawah almari•Pak Bob bersandar pada dinding itu.
( c)beR- yang memberi pengertian perbuatan bersalingan, iaitu saling melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja.
(d) beR- yang memberi pengertian suatu keadaan yang sudah sedia berlaku, yang mirip dengan pengertian pasif. Kata kerja yang
berawalan beR- ini dapat bertukar ganti dengan awalan di-.
Contoh Contoh dalam ayat
•Tumbuk – bertumbuk•Temu – bertemu•Janji – berjanji•Kelahi – berkelahi•Laga – berlaga
•Semalam Ali bertumbuk dengan Abu•Mereka bertemu di dewan sekolah•Dia berjanji akan berusaha seterusnya•Kedua-dua pihak mula berkelahi•Ayam jantan itu suka berlaga
Contoh Contoh dalam ayat
•Tulis – bertulis (sedia ditulis)•Hidang – berhidang (sedia dihidang•Jawab – berjawab (sedia dijawab•Susun – bersusun (sedia disusun)•Jahit – berjahit (sedia dijahit)
•Laporan itu belum bertulis lagi•Makanan yang lazat sudah berhidang•Surat yang dikirm kepadanya belum berjawab•Pakaian mereka bersusun rapi di dalam almari•Baju kurungnya sudah dijahit.
II) beR- yang digabungkan dengan kata nama
(a) ber- yang membawa pengertian mempunyai.
(b) beR- yang membawa pengertian memakai atau menggunakan.
Contoh Contoh dalam ayat
Baju – berbajuRumah – berumahPelajaran – berpelajaranIsteri – beristeriHak – berhak
•Para pramugari berbaju seragam•Orang kaya lazimnya berumah besar•Anak-anaknya berpelajaran belaka•Usahawan muda itu sudah beristeri•Rakyat berhak untuk bersuara
Contoh Contoh dalam ayat
Kasut – berkasutKereta –berkeretaBedak – berbedakBasikal – berbasikalBahasa – berbahasa
•Adik berkasut baharu ke sekolah•Ayah tidak suka berkereta ke pejabatnya•Anita suka berbedak dan bercelak•Abu berbasikal ke sekolah•Rita Kok dapat berbahasa Melayu dengan baik.
( c) beR- yang membawa pengertian mengerjakan atau mengusahakan sesuatu.
(d) beR- yang membawa pengertian menghasilkan, melahirkan, atau mengeluarkan sesuatu.
(e) beR- yang membawa pengertian meminta bantuan daripada.
Contoh Contoh dalam ayat
Sawah – bersawahKebun – berkebunLadang – berladangKedai – berkedaiRotan – berotan
•Pak Din bersawah padi di kampungnya•Petani itu berkebun buah sejak tahun lepas•Dia cuba berladang pula sejak perniagaannya merosot•Ah Chong berkedai runcit•Mereka pergi berotan di hujung kampung.
Contoh Contoh dalam ayat
Buah – berbuahTelur – bertelurAnak – beranakTunas – bertunasAkar – berakar
•Pokok jambu saya mula berbuah•Ayam itu sudah bertelur•Kucing Asan beranak dua ekor•Dahan yang dicantas itu sudah bertunas•Pokok besar itu berakar banyak
Contoh Contoh ayat
Guru – berguruDukun – berdukun
•Kesemua mereka berguru kepada Tok Misai•Jiran saya lebih suka berdukun daripada berubat di hospital
III) beR- yang digabungkan dengan kata adjektif
(a) beR- yang membawa pengertian berada dalam keadaan
(b) beR- yang membawa pengertian memperoleh
Contoh Contoh dalam ayat
Gembira – bergembiraSukacita – bersukacitaDuka – berdukaSedih – bersedihMuram – bermuram
•Mereka bergembira dengan kejayaan Ali•Keluarga itu bersukacita sepanjang hari•Semenjak kematian ibunya dia sentiasa berduka•Janganlah bersedih dengan pemergiannya•Seminggu lamanya Abu bermuram durja
Contoh Contoh dalam ayat
untung – beruntung •Pasangan itu beruntung mendapat anak kembar
IV) beR- yang digabungkan dengan kata tugas
(a) beR- yang membawa pengertian menjadi atau menunjukkan bilangan dalam kumpulan
(b) beR- yang membawa pengertian bersama-sama
(c)beR- yang membawa pengertian mendapat
Contoh Contoh dalam ayat
satu – bersatuDua – berduaLima – berlima
•Mereka bersatu menentang musuh•Mereka berdua sahaja tinggal di rumah itu•Mereka berlima pahlawan hebat
Contoh Contoh dalam ayat
Serta - berserta • pesalah akan dikenakan hukuman sebat beserta denda
Contoh Contoh dalam ayat
Oleh – beroleh •Pasukan Harimau Malaya beroleh kekalahan lagi.
Awalan teR
a. Bentuk awalan teRi. Digabung dengan semua kata dasar
contoh:
ikat – terikat
ambil – terambil
pakai – terpakai
ii. Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf ‘r’ yang bergabung dengan ‘ter-’, satu daripada ‘r’ gugur hasil daripada proses peleburan bunyi.
contoh:
rasa – terasa
rendam – terendam
rancang – terancang
iii. Bergabung dengan kata konsonan awalnya diikuti oleh -er- , ‘r’ dalam awalan er- t tidak gugur.
contoh:
sergam – tersergam
percik – terpercik
perdaya – terperdaya
Dalam pengucapan lisan, terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan ‘r’.
b. Golongan kata yang bergabung dengan awalan teR
Digabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja, baik kata kerja transitif mahupun kata kerja tak transitif, dan kata nama.
Contoh:
Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif
beli – terbeli duduk – terduduk
makan – termakan baring – terbaring
ambil – terambil jatuh – terjatuh
Kata nama
paku – terpaku
nama – ternama
pelajar – terpelajar
c. Aspek makna awalan teRi. Membawa pengertian tak sengaja bagi kedua-dua
kata kerja aktif dan pasif
Kata kerja aktif transitif
terminum racun
tersepak batu
terpijak paku
Kata kerja Pasif
terlanggar oleh lori
tertelan olehnya
terambil oleh bapa
ii. Memberi pengertian keupayaan
contoh:
terangakat batu yang besar
terbaca tulisan yang buruk itu
tertewas oleh pasukan pelawat
iii. Memberi pengertian dalam keadaan tersedia
contoh:
tersusun
terhidang
tertutup
Awalan di- Awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk
membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga
a. Bentuk awalan di-
sebagai pembentuk kata kerja pasif mempunyai hanya satu bentuk
contoh:
sapu – disapu
tulis – ditulis
pukul – dipukul
b. Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan di-
Bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama
contoh:
kata kerja kata nama
tulis – ditulis gulai – digulai
panjat – dipanjat jerat – dijerat
olah – diolah panah – dipanah
Kebanyakan kata nama yang menerima awalan di- juga menerima akhiran - kan dan - i untuk menjadikannya kata kerja transitif
c. Jenis kata kerja berawalan di – Kata kerja yang dibentuk dengan awalan di- ialah kata kerja pasif
yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga.Contoh:
tulis – ditulis
tarik – ditarik
panjat – dipanjat
Kata kerja pasif yang berawalan di- di atas mempunyai bentuk aktif yang menerima awalan meN-:
contoh:
Aktif Pasif
menulis - ditulis
menarik - ditarik
memanjat - dipanjat
d. Aspek makna awalan di- Tidak terdapat makna khusus pada awala di- selain pembentuk kata kerja
pasif untuk orang ketiga.
Awalan mempeR-
a. Bentuk awalan mempeR- Awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam
satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah mejadi diper- dalam ayat pasif.
Contoh:
memper- + alat – memperalat
memper- + isteri – memperisteri
memper- + cepat – mempercepat
b. Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan memper-
Dapat digabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas.
contoh:
Kata nama
alat – memperalat (menjadikan seseoerang sebagai alat)
daya – memperdaya (menjadikan seseorang tertipu melalui muslihat)
hamba – memperhamba (menjadikan seseorang sebagai hamba)
kata adjektif
luas – memperluas
besar – memperbesar
cepat – mempercepat
kata tugas, iaitu yang terdiri daripada kata sendi nama:
contoh:
oleh – memperoleh
Terdapat satu contoh penggunaan memper- dengan kata kerja, iaitu memperbuat. Walaubagaimanapun, bentuk ini sebenarnya bentuk lewah bagi membuat.
c. Jenis kata kerja berawalan memper- Perkataan yang dibentuk dengan awalan memper- ialah kata
kerja aktif transitif.
Contoh:
memperalat
memperkemas
memperdaya
d. Aspek makna awalan memper- Apabila digabungkan dengan segelintir kata dasar daripada
golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan.
contoh:
budak – memperbudak
hamba – memperhamba
daya – memperdaya
Kekecualian:
Dari segi makna memperisteri dan mempersuami membawa maksud menjadikan seseorang itu isteri atau suami. Sebenarnya bentuk ini menerima apitan memper-…-i tetapi oleh sebab bentuk dasar perkataan tersebut berakhir dengan huruf i maka bentuk i dalam apitan memper-…i digugurkan.
Awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar.
Contoh:
besar – memperbesar (menjadikan lebih besar)
kemas – memperkemas (menjadikan lebih kemas)
cepat – mempercepat (menjadikan lebih cepat)
Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu.
contoh:
oleh – memperoleh (mendapat)
Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang boleh dibentuk melalui penggunaan imbuhan berikut, iaitu meN-…, meN-…-i, meN-…-kan dan memper-. Pembentukan perkataan dengan imbuhan-imbuhan ini menghasilkan berbagai-bagai makna:
halus – tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang)
menghalusi – menyelidik atau memeriksa dengan teliti; menipu musuh dengan cara yang sangat licin.
Menghaluskan – menjadikan halus Memperhalus – menjadikan lebih halus
Awalan dipeR-a. Bentuk awalan dipeR Awalan yang membentuk kata kerja pasif yang
wujud dalam satu bentuk, iaitu diper-.
contoh:
diper- + cepat – dipercepat
diper- + oleh – diperoleh
diper- + alat – diperalat
b.Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan diper-
Awalan diper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas.
kata nama
alat – diperalat
daya – diperdaya
isteri – diperisteri
kata adjektif
luas – diperluas
besar – diperbesar
tinggi – dipertinggi
kata tugas, iaitu yang terdiri daripada kata sendi nama:
oleh – diperoleh
Awalan diper- juga boleh bergabung dengan kata kerja buat menjadi diperbuat-. Dianggap juga lewah untuk perkataan dibuat.
c. Jenis kata kerja berawalan diper-
Jenis kata yang dibentuk dengan diper- ialah kata kerja ayat pasif yang subjek asalnya daripada orang ketiga.
contoh:
isteri – diperisteri
besar – diperbesar
kacang – diperkacang
d. Aspek makna awalan diper-
Apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan sebagai maksud perbuatan kata dasar dan sering membawa makna kiasan, kecuali bagi diper- dengan kata dasar isteri dan suami yang membawa makna harfiah.
contoh:
isteri – diperisteri
alat – diperalat
daya – diperdaya
Awalan diper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan lebih atau bertambah, bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar.
Contoh:
besar - diperbesar (dijadikan lebih atau dijadikan bertambah
besar)
kemas - diperkemas
cepat - dipercepat
Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna terdapat sesuatu.
Contoh:
Oleh - diperoleh
Akhiran kata kerja Terdapat hanya dua akhiran kata kerja dalam bahasa
Melayu, iaitu: -kan -i
i. Akhiran -kan
a) Bentuk akhiran -kan
Akhiran -kan mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu -kan.
(b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan akhiran –kan Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja,kata
adjektif, dan kata beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk
membentuk kata kerja, contohnya:
kata nama
buku - bukukan
diri - dirikan
riwayat - riwayatkan
kata kerja transitif
cari - carikan
baca- bacakan
kirim - kirimkan
Kata kerja tak transitif
lahir - lahirkan
tidur - tidurkan
terbang - terbangkan
kata adjektif
besar - besarkan
panjang - panjangkan
sejuk - sejukkan
kata tugas
dahulu - dahulukan
serta - sertakan
sudah - sudahkan
(c) Jenis kata kerja berakhiran -kan Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja
yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu:
(I) Dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua, contohnya:
~ Rencana-rencana itu saya bukukan.
~ Rumah itu kami dirikan besama-sama.
~ Kisah itu anda riwayatkan dengan jelas.
(II) Dalam ayat suruhan , contohnya:
~ Belikan saya sepasang kasut.
~ Tolong padamkan lampu itu.
~ Hendaklah kamu naikkan bendera itu.
Akhiran -kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-…-kan, beR-…-kan, mempeR-…-kan, di-…-kan, dan dipeR-…kan.
contoh:
menjadikan
membelanjakan
mempertingkatkan
berbantalkan
dijadikan
dipertingkatkan
bersulamkan
Aspek makna akhiran –kan salah satu imbuhan yang membentuk kata kerja transitif.
Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu:
Memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya:
buku – bukukan
waris – wariskan
tinggi – tinggikan
Memberi pengertian benekatif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya:
jahit – jahitkan
ambil – ambilkan
masak – masakkan
Akhiran -ia. Bentuk akhiran -i Akhiran -i juga mempunyai hanya satu bentuk , iaitu -i
b. Golongan kata yang boleh hadir dalam akhiran –i Semua golongan kata utama, iaitu kata kerja, kata
nama, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -i untuk membentuk kata kerja, conthnya:
kata nama kata kerja
contoh – contohi duduk - duduki
jalan – jalani kahwin - kahwini
air – airi turun - turuni
kata adjektif kata tugas
baik – baiki serta – sertai
kotor – kotori sudah – sudahi
dekat – dekati atas – atasi
c. Jenis kata kerja yang berakhiran –i Akhiran –i juga membentuk kata kerja transitif, dan
wujud dengan awalan meN- atau di-. Seperti –kan juga, kata kerja yang hadir dengan akhirn –i tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu:
(i) Dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua, contohnya:
~ perangainya yang baik itu akan kami contohi.
~ pondok usang itu kami duduki selama setahun.
~ Jangan kamu tangisi pemergiannya.
(ii) Dalam ayat suruhan, contohnya:
~ Tolong baiki basikal yang rosak itu.
~ Dekatilah tempat itu perlahan-lahan.
~ Teladanilah peragai yang baik itu.
Akhiran -i boleh hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-…-i, mempeR-…-i, di-…-I dan diper-..-i.
contoh:
mendekati
didekati
memperingati
diperingati
memperkawani
diperkawani
d. Aspek makna akhiran –i Akhiran –i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat
dua pengertian khusus penggunaan akhiran –i, iaitu:
(i)Memberi pengertian kausatif atau menyebabakan sesuatu jadi:
baik – baiki
hamba – hambai
sudah – sudahi
(ii)Memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat:
naiki bas – naik ke atas bas
turuni lurah – turun ke lurah
tumpahi meja – tumpah ke atas meja
Perbezaan antara akhiran –kan dengan –i.
Dari segi fungsi, kedua-duanya membentuk kata kerja transitif, dan oleh itu, memerlukan objek. Tetapi dari segi makna terdapat persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya.
(i). Persamaannya ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif, contohnya:
baiki – menyebabkan sesuatu menjadi baik
tinggikan – menyebabkan sesuatu menjadi tinggi.
Sudahi – menyebabkan sesuatu jadi sudah.
(ii).Perbezaannya ialah akhiran –kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran –i mengandungi unsur tempat atau lokatif. Contohnya:
belikan – membeli untuk orang lain
masakkan – memasak untuk orang lain
naiki – naik ke suatu tempat
dekati – dekat pada tempat /orang
Terdapat sebilangan kecil perkataan yang menerima kedua- dua akhiran ini (dengan awalan meN- dan di- ) yang dibezakan maksudnya dari segi makna-makna yang dibincangkan tadi. Contohnya:
~ Saya menduduki kerusi yang kosong itu.
~ Saya mendudukkan anak patung itu pada kerusi yang di hadapan.
Apitan Kata KerjameN…kanbeR…kanbeR…an Apitan ialah unsur di…kan imbuhan yang hadir pada meN…i kata dasar iaitu duaMemper…kan bahagian imbuhan hadirMemper…i pada awal dan akhir Ke…an perkataan secaradiper…kan serentakdiper…i
Tiga jenis kata terbitan
kata kerja
Kata dasarnya boleh menerima awalan meN-,..,di- atau beR- dan boleh menerima apitan meN-..kan, di…kan, beR..an atau beR..kan .Contoh : membaca – membacakan diberi - diberikan mengalir – mengalirkan bersedih – bersedihan
bertilam – bertilamkan digulai - digulaikan
Kata dasar hanya dapat menerima apitan meN..kan, di..kan atau beR..an dan tidak dapat menerima awalan meN.., di..atau beR..sahaja.Contoh: mengabaikan - * mengabai
dihapuskan - * dihapus berterbangan - * berterbang
Kata dasar yang menerima awalan beR- sahaja dan tidak dapat menerima apitan beR..kan.Contoh : berajar – *berajarkan
beralih – *beralihkan berasah – *berasahkan
Golongan kata yang boleh mengabungkan dengan meN…kan untuk membentuk kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif
tidur – menidurkanjatuh – menjatuhkan
masuk - memasukkan
Kata kerja transitif
lempar – melemparkanbeli – membelikancari - mencarikan
Kata nama
hamba-menghambakanwarna – mewarnakandiri – mendirikan Kata adjektif
tinggi – meninggikanmerah – memerahkan
besar - membesarkan
Kata tugas
ramai – meramaikanbiasa- membiasakandahulu-mendahulukan
Apitan meN…kan ialah kata kerja transitif iaitu digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif.
1. Kata kerja meN…kan dengan satu objek. ( subjek+kata kerja+ objek) ( S) ( K.K) (O)
Contoh : Ibu sedang menidurkan adik
2. Kata kerja meN…kan dengan dua objek.( subjek+kata kerja+objek 1+objek 2) ( S) (K.K) ( 0.1) (O.2)
contoh : Hasnah membelikan Asri sebuah buku.
► objek 1 iaitu objek tepat ,manakala objek 2 iaitu objek sipi
3. objek tepat boleh mengalami proses pasif iaitu proses yang mengedepankan objek asal menjadi subjek terbitan ayat pasif atau unsur yand diterangkan.
contoh : Asri dibelikan sebuah buku oleh Hasnah.
4. objek sipi tidak dianggap gramatis jika berada dihadapan (0.S) (K.K) (O.T) (S)
contoh : Sebuah buku dibelikan Asri oleh Hasnah.
5. Objek sipi asal boleh berubah selepas kata kerja dan menjadi objek tepat baharu, manakala objek tepat yang asal berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi nama untuk atau kepada dan kata kerja tidak mengandungi – kan. ( subjek+ kata kerja+ objek sipi( objek tepat baharu)+ kata sendi nama + frasa nama)
(S) (K.K) (O.S) (K.S.N) (F.N) Contoh :Hasnah membeli sebuah buku untuk Asri.
6. Objek tepat dalam ayat-ayat terbentuk di atas barulah boleh mengalami proses pasif.
contoh: Sebuah buku dibeli oleh Hasnah untuk Asri
Kata kerja yang membentuk dengan apitan meN…kan menghasilkan kata kerja transitif dengan
maksud.
Maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar.Contoh : Yayasan itu merancangkan Projek Ikhtiar.
Dia meyakinkan saya tentang kebenaran cerita itu.
Maksud benefaktif atau manfaat (ayat terbentuk memerlukan dua objek)
Contoh : Ayah membelikan adik buku. Kakak membuatkan Ali secawan kopi.
Maksud kausatif atau menyebabkanContoh : Encik Ali membesarkan rumahnya.
Perbuatan pemuda itu memalukan keluarganya.
Golongan kata yang boleh mengabungkan
dengan beR…kan
Kata nama
Tilam- bertilamkan
Isteri- beristerikan
Bantal-berbantalkan
Kata kerja
Ukir – berukirkan
Pandu – berpandukan
Sulam - bersulamkan
Apitan beR..an digabungkan dengan semua kata dasar tetapi terdapat
kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung akan
berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi.
Contoh : ber+ raja + kan = berajakan
ber+ rumah+kan = berumahkan
Apitan beR..kan bermaksud membentuk kata kerja tak transitif yang
memerlukan pelengkap.
Contoh: Pengembara itu tidur bertilamkan rumput. ( menjadikan rumput sebagai tilam )
Golongan kata yang boleh mengabungkan
dengan beR…an
Kata kerja transitif
Kirim – berkirimanSambut – bersambutan
Tabur - bertaburan
Kata kerja tak transitif
Terbang – berterbanganGantung – bergantungan Lari - berlarian
Kata Adjektif
Lanjut – berlanjutanJauh – berjauhan
Sedih - bersedihan
Kata Nama
Maaf – bermaafanLubang – berlubanganSalam - bersalaman
Apitan beR.. an digabungkan dengan semua kata dasar tetapi terdapat
kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung akan
berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi.
Contoh : ber+ rebut + an = berebutan
ber + rendam + an = berendaman
Kata kerja tak transitif : Daun kering berterbangan apabila ditiup angin.
Kata kerta terbitan : maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek
yang banyak.
Contoh: Daun kering berguguran di halaman rumah.
Konsep jamak boleh diperluaskan untuk maksud;
1. Berbuatan antara dua pihak atau bersalingan
Contoh: bertembakan – bertembak-tembakan
bersalaman – bersalam-salaman
2. Perbuatan yang berulangan,berterusan atau berpanjangan.
Contoh : berlarian – berlari-larian
berpanjangan – berpanjang-panjangan
Apitan di…kan ialah bentuk pasif bagi men…kan.
Contoh : Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan.
Kata kerja aktif men…kan
MemberikanMenafikan
menghapuskan
Kata kerja pasif di…kan
DiberikanDinafikan
digambarkan
Apitan di...kan
Golongan kata yang boleh mengabungkan dengan meN…i untuk membentuk kata kerja
Kata kerja tak transitif
masuk – memasukiNaik – menaiki
Bohong - membohongi
Kata kerja transitif
tutup – menutupiUlang – mengulangiTolong - menolongi
Kata nama
belakang -membelakangiContoh – mencontohiJalan - menjalani Kata adjektif
sakit – menyakitiDalam – mendalami
Kotor - mengotori
Kata tugas
Sudah – menyudahiSerta – menyertaiAmat - mengamati
Apitan meN…i membentuk kata terbitan yang bersifat transitif iaitu kata kerja yang memerlukan objek.
1. Kata kerja meN…i dengan satu objek. ( subjek+kata kerja+ objek) ( S) ( K.K) (O)
Contoh : Encik Ismail menjalani kursus selama dua bulan.
2. Kata kerja meN…i dengan dua objek.( subjek+kata kerja+objek 1+objek 2)
( S) (K.K) ( 0.1) (O.2)contoh : Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
► objek 1 iaitu objek tepat manakala objek 2 iaitu objek sipi
3. hanya objek tepat boleh mengalami penjudulan dalam proses pasif. (O.T/1) (K.K) (O.S/2) (S)
contoh : Ahmad dihadiahi sebuah basikal oleh Pak Osman.
4. objek sipi tidak dianggap gramatis jika berada dihadapan (0.S) (K.K) (O.T) (S)
contoh : * Sebuah basikal dihadiahi Ahmad oleh Pak Osman.
5. Objek sipi menjadi objek tepat baharu dan hadir selepas kata kerja, manakala objek tepat yang asal berpindah ke bahagian belakang ayat dan menerima kata sendi nama. ( subjek+kata kerja+ objek sipi( objek tepat baharu)+kata sendi nama + objek tepat/1)
( S) (K.K) (O.T.B) (K.S.N) (O.T/1)Contoh : Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad.
6. Kata sendi nama oleh kedudukannya selepas sahaja kata kerja boleh digugurkan secara pilihan.
contoh: Sebuah basikal dihadiahi oleh Pak Osman kepada Ahmad.
meN…kan
kausatifContoh : Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad.
2. Menerima objek yang tidak bernyawaContoh : Ali memberikan makanan kepada kucing.
meN…i
lokatifContoh : Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
2. Menerima objek yang bernyawa.Contoh : Ali memberi kucing makanan.
perbezaan
Apitan di…kan ialah bentuk pasif bagi men…i.
Contoh : Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dilopori oleh kaum bangsawan.Kebebasan sewajarnya dibatasi oleh undang-undang.
Kata kerja aktif men…i
MempeloporiMengotorimeyakini
Kata kerja pasif di…i
DipeloporiDikotoridiyakini
Apitan di...i
Golongan kata yang boleh mengabungkan
dengan mempeR…kan
Kata nama
Isteri – memperisterikan
Senda – mempersendakan
Jodoh - memperjodohkan
Kata kerja
Dengar – memperdengarkan
Lihat – memperlihatkan
Banding - memperbandingkan
Kata kerja terbentuk dengan apitan mempeR…kan bersifat transitif iaitu diikuti oleh objek.Contoh : Raja itu memperisterikan putera sulungnya.
Makna apitan mempeR…kan1. Kausitif iaitu menjadikan atau menyebabkan contoh: mempertemukan – menjadikan atau menyebabkan bertemu
2. Pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan contoh : memperdengarkan – menyebabkab orang mendengar
MempeR
Kata adjektif : maksud menjadikan lebih/ bertambahContoh: besar – memperbesar( menjadikan lebih besar atau bertambah besar)
mempeR…kan
Kata kerja : maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan
Kata nama: kuasatifContoh: hamba – memperhambakan ( menjadikan diri seperti hamba)
Kata nama boleh menerima awalan memper dan apitan memper…kan untuk menghasilkan maksud yang
berlainan
mempeRContoh: Encik Hamid
memperisteri seorang gadis kampung.
mempeR…kanContoh : Pak Tua
memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.
Apitan mempeR….iBentuk terbitan lewah
Menerima awalan men/memper..kan,apitan men..i atau apitan memper..kan
memperolehi memperoleh
Memperbaiki membaiki
Mempersetujui menyetujui
Memperdalami mendalami
memperkuasai menguasai
memperakui Mengakui/memperlakukan
Golongan kata yang boleh mengabungkan apitan ke…an untuk membentuk kata kerja
dalam ayat pasif.
Kata nama
Hujan – kehujanan
Cina – kecinaan
Siang – kesiangan
Kata kerja
Curi – kecurian
Dengar –kedengaran
Lihat - kelihatan
Kata Adjektif
Panas – kepanasan
Sempit – kesempitan
Duka - kedukaan
Apitan ke…an membentuk makna kata kerja pasif iaitu subjek ayat mengalami perbuatan dalam kata dasar.
Contoh : Malam tadi jiran saya kecurian Badannya berpeluh kerana kepanasan
Golongan kata yang boleh mengabungkan dengan dipeR…kan
Kata nama
Isteri – diperisterikan
Senda – dipersendakan
Jodoh - diperjodohkan
Kata kerja
Dengar – diperdengarkan
Lihat – diperlihatkan
Banding - diperbandingkan
Kata kerja yang terbentuk dengan apitan diper..kan wujud dalam ayat pasif iaitu
ayat yang menjudulkan objek asal.
Contoh: Putera sulungnya diperisterikan oleh raja itu.
Dua aspek makna dipeR..kan dalam kata dasar;
1. Membawa pengertian terjadi atau disebabkan
Contoh : dipertemukan – dijadikan atau disebabkan bertemu
2. Membawa pengertian menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lain.
Contoh : diperlihatkan – menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain.
Diper
Kata adjektif : maksud dijadikan lebih/ dijadikan bertambah
Contoh: besar – diperbesar( dijadikan lebih besar/ bertambah besar)
DipeR…kan
Kata kerja : maksud menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lainContoh : diperlihat
Kata nama: maksud dijadikan sesuatu mengikut kata dasarContoh: hamba – diperhambakan ( dijadikan diri seperti berhamba kepada seseorang.
Kata nama boleh menerima awalan diper dan apitan dipeR…kan untuk menghasilkan maksud
yang berlainan
DiperContoh: Seorang gadis
kampung diperisteri oleh Encik Hamid.
DipeR…kanContoh : Ali diperisterikan
dengan gadis dari seberang oleh Pak Tua.
Apitan dipeR…iBentuk terbitan lewah
Menerima awalan di/diper,apitan di…i/apitan diper..kan
diperolehi diperoleh
diperbaiki dibaiki
dipersetujui disetujui
diperdalami didalami
diperkuasai dikuasai
diperakui Diakui/diperlakukan
Kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat membentuk kata kerja melalui proses pengimbuhan.
SISIPAN KATA KERJA
Sisipan – el-
Gelabah-
mengelabah
Jelajah –
menjelajah
Sisipan – er-
Serabut –
berserabut
Gerodak -
menggerodok
Sisipan - em-
Gemuruh –
bergemuruh
Gemerlap -
bergemerlap
KATA KERJA MAJMUK ( KKM)
KKM terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas @ lebih .
Kebanyakan kata majmuk terdiri daripada golongan kata nama.
Contoh kata majmuk yang tergolong sbg kata kerja : kenal pasti, ambil alih, campur aduk, lipat ganda
Kecuali perkataan beritahu dieja sbg perkataan satu perkataan kerana sudah dianggap mantap dan utuh.
KATA MAJMUK JENIS KATA NAMA KATA KERJA MAJMUK
KATA MAJMUK
IMBUHAN AWALAN- KATA DSAR DIEJA
TERPISAH. CONTOH SATU PADU ->
BERSATU PADU
APITAN – KATA DASAR DIEJA BERCANTUM.
CONTOH: URUS NIAGA ->
MENGURUSNIAGAKAN
AWALAN – DIEJA BERCANTUM.
CONTOH:TANGGUNGJAWAB-> BERTANGGUNGJAW
ABKERJASAMA-> BEKERJASAMA
KATA GANDA (KKG)
KATA GANDA ADA TIGA JENIS:
PENGGANDAAN PENUH PENGGANDAAN SEPARA PENGGANDAAN BERENTAK
KATA KERJA GANDA PENGGANDAAN PENUH
MENGGANDAKAN SELURUH KATA DASAR. CONTOH:
GELAK
GELENG
AGAH
GELAK-GELAK
GELENG-GELENG
AGAH-AGAH
PUSING PUSING-PUSING
KATA KERJA GANDA PENGGANDAAN SEPARA ( KKG-PS)
MENGGANDAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KATA DASAR. TERDAPAT TIGA KEADAAN (KKG-PS)
KATA KERJA GANDA IMBUHAN CONTOH
PENGGANDAAN SEPARA PADA KATA KERJA AWALAN
ber-ter-di-meN-
Berlari-lariTersenyum-senyumDitanya-tanyaMencari-cari/ meronta-ronta/cari-mencari
PENGGANDAAN SEPARA PADA KATA KERJA BERAKHIRAN kan & i
-kan-I
Risik-risikan/doa-doakan/tinggal-tinggalkanAmat-amati/pukul-pukuli
PENGGANDAAN SEPARA PADA KATA KERJA APITAN
ber- …anmeN-…-kanmeN-…-Idi-…-kan
Bersalam-salaman/Membisik-bisikanMemukul-mukuliDitinggal-tinggalkan
KATA KERJA GANDA – PENGGANDAAN BERENTAK(PB)
PROSES MENGGANDAKAN KATA DASAR BERDASARKAN BUNYI TERTENTU DALAM KATA DASAR
(PB) BERSAMAAN BUNYI KONSONAN
(PB) BERSAMAAN BUNYI VOKAL
(PB) BEBAS
Bolak-balik/ mandi-manda/ susup-
sasap/mundar-mandir/
cerai.-berai/gotong-royong
Ulang-alik
Sambungan….. KKG-(PB) BEBAS
DAPAT MENERIMA IMBUHAN AWALAN . CONTOH:
Bergotong-royong
Berulang-alik
Membeli-belah
Menduduk-dadak
Proses penggandaan mempunyai makna tertentu
PERBUATAN YANG BERSUNGGUH-
SUNGGUH
PERBUATAN YANG BERPANJANGAN
PERBUATAN YANG SALING
BERBALASAN
PERBUATAN YANG BERULANG-
ULANG