kata ganti-nama1-

20
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan

Upload: norhayati-samsuddin

Post on 04-Aug-2015

201 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata ganti-nama1-

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )b) Kata Nama Khasc) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitane) Kata bilangan

Page 2: Kata ganti-nama1-

Nama Betul

Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Page 3: Kata ganti-nama1-

Manusia , orang

ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan

pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Page 4: Kata ganti-nama1-

Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata namayang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripadakata asal dan kata nama terbitan.

Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:buai ‑ buaiantua ‑ ketuaraja ‑ kerajaantahu ‑ pengetahuan

Page 5: Kata ganti-nama1-

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh: 

Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.

Pada awal ayat

Page 6: Kata ganti-nama1-

* Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

* Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Page 7: Kata ganti-nama1-

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebutsesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

c)    binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Page 8: Kata ganti-nama1-

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam

binatang Tompok (kucing),Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah),Seremban (bandar),Jepun (negara)

bangunan Pudu Raya

(perhentian bas dan teksi),

Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah),Rentong (novel),Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana (kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)

Page 9: Kata ganti-nama1-

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas  

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas

Benda bangunankeretabukusekolah

Bangunan Tabung HajiProton SagaBahasa MelayuS.K. Darau

Orang doktorkeranigurubudak lelaki

Doktor EfendiPuan Zainun Cikgu AzmiMuhamad Fauzi

Binatang kucinglembukatakayamburung

Si TompokLembu SapiKatak PuruAyam BelandaBurung Murai

Tempat negeribandarkampungtasek

TerengganuJertehKampung Pasir AkarTasek Perdana 

Tumbuhan pisangcilijambulimau

Pisang EmasCili PadiJambu BatuLimau Kasturi

Page 10: Kata ganti-nama1-

* Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

* Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

di awal kata ( awalan )di akhir kata ( akhiran )di awal dan di akhir kata ( apitan )

Page 11: Kata ganti-nama1-

Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

di awal katape- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir kata

per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an, pem-….-an, pe-….-an, dan ke-…-an

Page 12: Kata ganti-nama1-

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

kelas kata kata dasar kata terbitan

kata kerja peragalatih bawalawan

peragawati latihanpembawaanperlawanan

kata sendi olehuntuk

perolehanperuntukan

kata nama lombongrumahguru

perlonbonganperumahanperguruan

kata adjektif cantikbesartinggi

kecantikanpembesarketinggian

Page 13: Kata ganti-nama1-

* Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.  * Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b) kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu.

Page 14: Kata ganti-nama1-

Kata Ganti Diri Pertama

1.Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan

diri orang yang bercakap.

2.Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Page 15: Kata ganti-nama1-

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang

berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Page 16: Kata ganti-nama1-

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak  

Bentuk contoh kata nama diri pertama

tunggal beta, patik, aku, saya

jamak kita, kami, kita orang

Page 17: Kata ganti-nama1-

Kata Ganti Diri Kedua

 Penggunaannya

     

anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua

apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapathubungannya dengan kita

engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.

tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.

kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu (tunggal dan jamak)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapathubungannya dengan kita.

Page 18: Kata ganti-nama1-

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua

1. Awak pekerja yang patuh

2. Kamu semua adalah murid yang baik

3. Guru mencari engkau.

4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti

5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Page 19: Kata ganti-nama1-

Kata Ganti diri ketiga * Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

• Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu tunggal dan

jamak.

    

Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya

   

baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan

beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnyaibu bapa, guru, dan pemimpin

dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Page 20: Kata ganti-nama1-

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.  1. Dia pegawai pendidikan.

2. Mereka itu orang India.

3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.

4. Ia diburu oleh pihak polis.

5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.

6. “Dia menolong bapanya”, kata Sang Murba kepada Sang Samba.

 7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.

8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.

9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi.

10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut‑pengikutnya.