kata bantu

2

Click here to load reader

Upload: qisya10

Post on 19-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ggggg

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Bantu

Kata bantu, yang hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek (telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum) dan kata bantu ragam (hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin)

Kata Bantu Aspek Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilaksanakan. Tergolong kepada tiga jenis aspek masa: - Sudah dilakukan: Ø Sudah, telah, pernah, baru. - Sedang dilakukan: Ø Sedang, masih, mula. - Belum dilaksanakan: Ø Belum, akan. Contoh Ayat:- - Sudah dilakukan Ø Mereka sudah menonton cerita itu. - Sedang dilakukan Ø Ibu sedang memasak nasi. - Belum dilakukan Ø Murid itu akan menulis surat kepada ibunya.

Kata Bantu Ragam Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu.

Antara Kata Bantu Ragam jenis ini ialah: Ø Mungkin, hendak, mahu, harus, enggan, boleh, dapat, mesti, patut.

Contoh: Ø Encik karim hendak mengembara ke Afrika.

Ø Kerani itu harus menyiapkan kerja dengan segera.

Boleh hadir bersama-sama: - Mungkin+dapat Ø Karim mungkin dapat lulus dengan cemerlang jika dia berusaha bersungguh-sungguh. - Patut+dapat Ø Kerajaan patut dapat menangani masalah pengangguran dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

Tidak boleh hadir bersama-sama: Ø Hendak + mahu Ø Hendak +harus Ø Mahu +mesti Ø Mahu + dapat Ø Mesti + harus Ø Dapat +hendak Ø Hendak + dapat

Kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama-sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya. -

Kata bantu aspek+kata bantu ragam Ø Karim sedang hendak ke bandar ketika kami sampai. Ø Dia belum hendak makan kerana masih kenyang. -

Kata bantu ragam+kata bantu aspek Ø Mereka mesti akan datang lagi. Ø Pada waktu itu bapa mesti sudah ke pejabat. Ø Polis mesti telah menangkap pencuri itu sesudah mendapat maklumat.