karya syed ahmad jamal

5
Karya Syed Ahmad Jamal :"Bumi dan Langit I" (1998) Karya di atas merupakan salah satu karya terunggul yang membawa seribu makna oleh Syed Ahmad Jamal (SAJ) bertajuk "Bumi dan Langit I”. Karya ini telah dihasilkan pada tahun 1998. Karya ini dilukis dengan mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm. Secara keseluruhannya, Syed Ahmad Jamal menggunakkan subjek alam semula jadi sebagai teras untuk menghasilkan karya ini. Jika dilihat dengan teliti, karya ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama yang bermula pada bahagian bawahnya terdiri daripada lapisan bumi, bahagian kedua pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau.

Upload: tulaashini-kalidasan

Post on 25-Nov-2015

1.138 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Seni

TRANSCRIPT

Karya Syed Ahmad Jamal :"Bumi dan Langit I" (1998)Karya di atas merupakan salah satu karya terunggul yang membawa seribu makna oleh Syed Ahmad Jamal (SAJ) bertajuk "Bumi dan Langit I. Karya ini telah dihasilkan pada tahun 1998. Karya ini dilukis dengan mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm. Secara keseluruhannya, Syed Ahmad Jamal menggunakkan subjek alam semula jadi sebagai teras untuk menghasilkan karya ini. Jika dilihat dengan teliti, karya ini terbahagi kepada empat bahagian.Bahagian pertama yang bermula pada bahagian bawahnya terdiri daripada lapisan bumi, bahagian kedua pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau. Pada bahagian ketiga diwakili oleh oleh awan, jalur cahaya dan hujan. Seterusnya pada bahagian keempat di atasnya terdiri daripada langit dan bintang-bintang. Beliau menggunakkan elemen seni seperti kombinasi garisan, rupa, bentuk, dan jalinan untuk mengukuhkan lagi struktur karyanya. Garisan digunakan ialah garisan garisan condong (diagonal line), garisan cembung (curve line), dan garisan melintang (horizontal line). Gabungan daripada garisan ini menghasilkan beberapa jenis jalinan (texture) yang banyak menolong untuk memperkayakan lagi karya Syed Ahmad Jamal.. Secara keseluruhannya Syed Ahmad Jamal menggunakan jalinan mujarad (abstract texture). Dari aspek elemen ruang pula, Syed Ahmad Jamal menggunakan `ruang mendatar dan `ruang cetek. Syed Ahmad Jamal menggunakan `warna panas ke `warna sejuk dalam pengolahan karyanya ini. Warna merah (warna panas) pada bahagian pertama atau bawah karya. Diikuti dengan warna kuning (warna panas) memenuhi sebahagian kawasan bumi. Warna biru muda (warna sejuk) di bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan akhirnya warna biru tua (warna sejuk) di bahagian langit dan bintang-bintang.

Karya Ahmad Khalif Yusof: Hikayat Seribu Satu Malam (1995) Karya ini merupakan lain dari yang lain kerana Ahmad Khalid Yusof menghasilkan sesuatu yang baru daripada berpegang kepada satu kebiasaan sejak tahun 1971dalam karyanya iaitu menggunakkan kaligrafi khat. Karya ini dilukis dengan mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 89cm x 89cm. Melalui karya ini, beliau berhadapan dengan alam fantasi tempat yang diilhamkan daripada kisah Hikayat Seribu Satu Malam. Mesej yang cuba disampaikan oleh Ahmad Khalid Yusof melalui lukisan ini ialah, lukisan yang dilukis menjadi topeng kepada sesuatu suasana di tempat misteri tetapi tidak apa yang berlaku di dalam. Suasana waktu malam ajaib diwarnai dengan campuran warna hijau lumut yang diiringi dengan warna oren terang dan warna merah. Selain itu, garis-garis pendek dan titik digunakan untuk menggantikan tulisan Jawi biasa beliau. Ia telah membantu untuk mengukuhkan lagi struktur karyanya.

Hbart.com.my. 2014.Lot 015. [online] Boleh didapati di: http://hbart.com.my/index.php?page=shop.product_details&product_id=15&flypage=flypage_lite_pdf.tpl&pop=0&option=com_virtuemart&Itemid=91 [ Di akses pada: 8 Apr 2014].Karya Bumi Dan Langit 1, S. A. J. 2013.Pencari Jalan-Jalan Hidayah: Karya Bumi dan Langit 1, Syed Ahmad Jamal. [online] Boleh didapati di: http://datunazib.blogspot.com/2013/04/karya-bumi-dan-langit-1-syed-ahmad-jamal.html [Di akses pada: 8 Apr 2014].