karya catan artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

of 50 /50
KARYA_KARYA SENI TEMPATAN : CATAN YEO J.L YUSOFF GHANI

Upload: rubin-rockzz

Post on 14-Feb-2015

558 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

regrthnfbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbr

TRANSCRIPT

Page 4: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Catan

Definisi Catan

Catan ialah proses menghasilkan seni 2D dengan menggunakan bahan pewarna 'pigment' terlarut dalam pelarut (atau medium) dengan agen pengikat (gam) kepada permukaan sokongan seperti kertas, kanvas, atau dinding.

Aktiviti catan membolehkan seorang pelukis meluahkan perasaan dengan berus dan warna. Aktiviti catan dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.  

Komponen alat yang digunakan dalam catan :

Pewarna - cat air, cat minyak, cat poster, akrilik, gouch, tempera dan fresko.

Agen Pelarut -  gam arab, minyak linsid, turpentin, air.

Alatan -  pembancuh warna, berus cat, kanvas, kertas.dinding.

Page 5: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Sejarah CatanSejarah catan dikatakan bermuala sejak Zaman Yunani Purba. Pada masa itu catan dihasilkan  bertujuan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan.  Media catan pada masa itu ialah mozek dan fresko.

Zaman kelahiran semula atau zaman pembaharuan atau Zaman Renaissance (Bahasa Perancis) merupakan zaman kemuncak senilukis di Eropah.

Pelukis-pelukis tersohor pada zaman itu ialah Leonardo da Vincci yang menghasilkan karya 'Monalisa', Albrecht Durer dengan catannya bertajuk ' The Great Piece of Turt).  Albrecht Durer mendapat gelaran "Bapa Catan Air Eropah".  Pelukis-pelukis zaman itu menghasilkan catan realistik.

Page 6: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Title: Great Piece of Turf, Study of Weeds

By: Albrecht Durer (1471 - 1528)

Original Size: 31 x 40 cms / 12.2 x 15.7 inches

Medium: Watercolour and Bodycolour on Vellum

   

Page 7: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

'Monalisa' 

 Leonardo da Vincci.

Pada abad ke 2 hingga ke 20, muncul aliran baru dalam seni catan.  Pelukis-pelukis mula mempersembahkan catan dalam semi abstrak dan abstrak.  

Pelukis-pelukis pada masa itu ialah Paul Cezzane, Vincent van Gogh, Pablo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollock dan lain-lain.

Pelukis tempatan yang terkenal pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Young Man Seng. Mereka banyak menghasilkan catan air yang berkisar kepada lanskap tanah air.

Beach Beauty, 1961.

Mohd. Hoessein Enas (1924-1995);

Oil on canvas; 63cm x 84cm.

Page 8: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

 Malayan Rural Scene

Abdullah Ariff (Malaysia (1904-1962)

 Medium : Cat air

Saiz : 11 1/2x 15in (29cm x 39cm)

Zaman, Aliran dan Perkembangan Seni Barat.

1. Zaman Pertengahan

Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian

Kebanyakan karya arca dinding

 Seni Neo Klasik, Seni Romantik, Seni Medieval'

 Pelukis: Giotto, Duccio

Page 9: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

 Seni Neo Klasik

2.  Zaman Renaisancce

Zaman Pembaharuan seni catan

Figuara menjadi tumpuan utama dalam pengkaryaan

Karya seni mendapat tempat dikalangan bangsawan dan istana

Seni Romantik, Klasik, Naturalisme

Pelukis : Leonardo da Voncci, Albrecht Durer, Rephael, Micheiangelo

Page 10: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

3.  Zaman Baroque dan Rococo

 The Militia Company of Captain Frans Banning Cocq

Karya Rembrandt

Dikenali zebagai zaman Renaissance tinggi

Baroque membawa maksud 'mutiara yang tidak sempurna tetapi indah'

Menekankan komposisi, aksi, warna dan pencahayaan

Latar belakang karya gelap dan cahaya tertumpu pada objek

Seni Barroque, Dutch Painting

Pelukis : Berlini, Rembrandt, Rubens

4.  Abad ke 18       Romantisne Neo-Klasik

Teknik-teknik Cat Air

1.    Teknik basah atas basah 

Page 11: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

menghasilkan kesan lut sinar.

teknik paling istimewa dan dramatik.

paling sukar dikawal sapuan warnanya.

2.    Teknik basah atas kering 

merupakan teknik yang paling banyak digunakan kerana kesesuaiannya dengan beberapa jenis media senang dikawal dari segi sapuan warna

dapat menghasilkan kesan lut sinar.

Page 12: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

3.    Kering atas basah

permukaan kertas dibasahkan terlebih dahulu

kemudian dengan menggunakan warna terus dari tiub sapukan ke atas kertas yang telah di basahkan.

4.    Kering atas kering 

memberikan kesan legap

menimbulkan kesan  jalinan.

 Bahan ABM Catan dari Karya Guru

Page 15: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Pelukis : Dzulkifli Buyong

Tajuk : 'MEMBAKAR SEMUT' (1967) 

Media : Kapur Pastel 

Pelukis : LatiffMohiddin

Tajuk : 'PAGO-PAGO' ( 1964)

Media :  Cat Minyak

Page 17: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Nota Catan (PSV)

Definisi catan

• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.

• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.

Sejarah Seni Catan

• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko.

Page 18: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko.

• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.

Aliran-aliran seni catan di barat

• Klasik

• Barroque

• Romanticisme

• Impressionisme

• Post-Impressionisme

• Ekspressionisme

• Kubisme

• Surelisme

• Seni Pop

Aliran Klasik

• Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.

• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.

• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.

• Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.

• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.

• Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Aliran Romanticism

•      Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.

•      Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.

Page 19: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

•      Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.

•      Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura

•      Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.

•      Penggunaan garisan luar yang terang.

•      Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.

•      Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.

•      Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Aliran Barroque

• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.

• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.

• Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.

• Latar belakang karya berwarna gelap

• Karya tertumpu kepada objek

Aliran Impressionism

•  Aliran muncul pada abad ke-19.

•  Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.

•  Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.

•  Warna bertindih-tindih.

•  Tidak melukid secara detail.

•  Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.

•  Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.

•  Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.

•  Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

Aliran Post-Impressionisme

Page 20: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

• Realiti itu sentiasa baru dan tegas

• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.

• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.

• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.

• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.

• perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.

• warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

Aliran Kubisme

• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.

• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.

• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.

• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.

• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.

• Warna yang bertenaga

Aliran Ekpresionisme

•  Menolak ciri-ciri tradisi klasik

•  Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.

•  Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.

•  Penggunaan warna yang dramatik

•  Tidak ada imej yang jelas.

•  Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Aliran Surelisme

•  Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.

•  Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.

Page 21: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

•  Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.

•  Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.

•  Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.

•  Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Aliran Seni Pop

•  Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.

•  Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.

•  Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.

•  Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.

•  Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.

•  Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

LOGO

DEFINASI

-  Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.

-  Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.

FUNGSI LOGO

Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi:

-  Pertubuhan

-  Persatuan

-  Kelab

-  Barangan komersial

-  Syarikat

-  Perkhidmatan

-  Kempen

Page 22: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

-  Pameran

1. Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan, iklan, poster, bungkusan serta bahan-bahan bercetak seperti sampul surat, kertas surat, invois, kulit depan, faks, memo, resit dan sebagainya bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan.

2. Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya.

SUMBER ILHAM CIPTAAN LOGO

Logo punca fauna

•  Flora

•  Fauna

•  Manusia

•  Ciptaan Manusia

•  Huruf

•  Angka

•  Bentuk Geometri

JENIS-JENIS LOGO

Terdapat 3 kumpulan jenis logo iaitu:

1. Logo Huruf

2. Logo Representasi

3. Logo Simbol

LOGO HURUF

•  Logo huruf dikenal sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’ dalam bahasa Inggeris

•  Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka sahaja, beberapa huruf yang digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu perkataan.

•  Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan dipilih untuk gubahan logo pertubuhan itu.

LOGO REPRESENTASI

Page 23: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

•  Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris.

•  Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling.

•  Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu.

•  Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.

LOGO SIMBOL

•  Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.

•  Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.

CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO YANG BERMUTU

•  Corak logo asli, unik dan bermakna.

•  Bentuk logo jelas dipandang dan mudah difahami.

•  Mempunyai mesej yang mudah diingati

•  Pilihan warna yang sesuai dan berkesan

•  Ciptaan logo mempunyai kaitan dengan tajuk dan tema.

•  Jika huruf digunakan, huruf asalnya dapat dikesan.

PELUKIS-PELUKIS SELEPAS MERDEKA

Syed Ahmad Jamal. Dilahirkan pada tahun 1929 di Johor.Beliau menerima pendidikan seni secara fomal di Landon dan Amerika.Beliau melukis , mengajar , mengolah , menilai , dan menulis serta dapat menjalankan tanggungjawab yang beraneka dengan baik.Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam pelbagai pergerakan seni lukis.Antaranya ialah Pengerusi APS , Presidens Persatuan Pelukis Malaysia , Ketua jabatan Seni Lukis MPIK dan pengarah balai Seni Lukis Negara

-   Nama pelukis : Syed Ahmad Jamal.

Page 24: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

-   Tahun karya dihasilkan : 1959

-   Media : Cat minyak

-   Teknik : Sapuan berus tegas ,  ruang latar tidak mengandungi cat , bentuk- bentuk organik berpusar dan berlingkar menimbulkan pergerakan .penggunaan warna panas yang menunjukkan penegasan , bentuk-bentuk lengkungan

-   Gaya atau aliran : Utas-utas logam yang berbeza tebalnya seakan-akan mencantumkan dua bentuk besar di kiri dan kanan.

-   Nilai: Idea dua demensi dapat diekpres dalam bentuk tiga demensi , simbolik yang amat berkesan.

Apresiasi: Karya ini mempunyai asas seni reka seperti garisan , warna yang garang dan menunjukkan penegasan , irama dan pergerakan , jalinan , rupa dan bentuk.Karya ini menunjukkan keadaan yang tegang.

Dzulkifli Buyong menerima pendidikan seni di Victoria Institutiondari 1961 hingga 1965, belajar di bawah artis VI terkenal dan guru seni, Patrick Ng, dan merupakan ahli biasa Kumpulan Seni Rabu .Ketika berusia 19 tahun , beliau telah pun membuat pameran awam dan telah memenangi banyak hadiah.

Dzulkifli  suka melukis kanak-kanak, permainan berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling saya Kecantikan tidak penting yang lebih baikperkara biasa bahawa orang lain tidak melihat Setiap hari kejadian, kanak-kanak khususnya, keriangan mereka dan kegembiraan.Jiran dan kanak-kanak menikmati  ketika dia melukis."

-   Nama Pelukis : Dzulkifli Buyong

-   Tahun karya dihasilkan : 1966

-   Media :Pastel

-   Teknik : Secara bersahaja dalam gaya impresionis manakala figura yang digayakan mempunyai daya tarikan spontan dan naïf.

-   Gaya atau aliran : Impresionis

Page 25: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

-   Tema : Kapal kertas.Budaya tempatan di desa yang memperlihatkan kehidupan kanak-kanak melayu .

-   Apresiasi: Karya ini menunjukkan keriangan , kenakalan , keharmonian dan kegembiraan hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain dan bergurau dalam persekitaran alam tempatan.

-   amat jelas tergambar bahawa makna dan mesej yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang mudah sebagai contoh situasi kanak-kanak sedang bermain kapal kertas, namun penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah persahabatan.Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai persahabatan yang akrab diantara kanak-kanak tersebut yang mengisi waktu lapang mereka dengan bermain kapal kertas bersama-sama. Didalam karya tersebut, dilihat, permainan kapal yang diperbuat daripada kertas, yang menggambarkan permainan kanak-kanak pada masa dahulu, yang hidup dalam serba kekurangan dan menggunakan alat permainan yang mudah dan objek yang boleh mereka cipta sendri untuk dijadikan permainan.

-   gaya impressionis. pelukis menggambarkan kanak2 bermain lipatan kertas utk dijadikan kapal kertas. digambarkan gaya brsahaj menunujukkn pelukis peka dgn peniruan alam sebenar. peristiwa bleyh citer lagi pelukis memggambrkan suasana budaya tempatan di kmpung iaitu melambangkn kanak2 melayu di kmpung dibuktikan dgn pkaian bju kurung & krtas akhbar tulisan jawi.

PELUKIS-PELUKIS SEBELUM MERDEKA

Mohamed Hoessein Enas (1924-1995) datang ke Malaya dari Bogor, Jawa pada tahun 1947. Enas, yang sebahagian besarnya tidak, menguasai gaya Eropah dalam potret realis, dan lukisan potret beberapa Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja Malaysia. Pada tahun 1956, beliau menerajui Majlis Kesenian Melayu (kemudian, Angkatan Pelukis Semenanjung), sebuah kumpulan yang termasuk Mazeli Mat Som, dan Zakaria Noor. Kumpulan ini telah didedikasikan untuk menggambarkan  idea kecantikan gadis Melayu  dan budaya melayu.

Beliau adalah ahli Persatuan Felo Diraja Sastera, London; ahli Lembaga Pemegang Amanah; bekas Ketua Rekabentuk dan Pemeringkatan Perkhidmatan, Radio dan Televisyen Malaysia; dan pengasas dan Presiden pertama Angkatan Pelukis Semenanjung.Pada tahun 1990, lima tahun sebelum kematiannya, Mohammed Hoessein Enas telah dilantik Kesakitan Potret Diraja kepada DYMM Sultan Selangor.

Page 26: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

-   Nama pelukis    :Mohamed  Hoessein Enas

-   Tahun katya di hasilkan: 1950 an

-   Media atau bahan yang digunakan: cat minyak (49 x 39 cm )

-   Teknik : Garisan , sapuan berus kasar

-   Gaya atau aliran :Realistik dan naturalistik

-   Tema: Gadis Melayu

-   Peristiwa :Beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia merujuk keindahan wajah dan budaya tempatan

Apresiasi : Karya ini terkandung unsur seni seperti garisan , rupa , bentuk, jalinan dan warna.Warna yang digunakan dalam karya ini ialah warna harmoni.Jalinan pada rambut menampakkan ketelitian pelukis dalam menghasilkan karya ini.Karya ini menampakkan stail pelukis dalam menghasilkan figura manusia dan menggunakan teknik sapuan berus yang spontan.Karya ini menunjukkan bahawa pelukis mahu menyampaikan tentang budaya melayu dan adat resam orang melayu.

Abdullah Ariff  lahir di Pulau Pinang pada tahun 1904. Dia adalah seorang seniman yang mempelajari dengan sendiri dan merupakan guru seni di Sekolah Anglo-China, Penang (sekarang dikenali sebagai Sekolah Methodist Boy). Pada tahun 1920-an, tidak ada kumpulan seni tempatan dan kumpulan seni hanya diadakan pada waktu itu terdiri daripada ekspatriat Eropah (ibu rumah tangga sebahagian besar bahasa Inggeris) yang menyebut diri mereka sebagai "Penang Impresionis". Asia tidak dibenarkan untuk menyertai dengan kumpulan eksklusif yang merupakan refleksi dari imperialisme kolonialistik yang berlaku kemudian. Namun Abdullah Ariff diterima ke dalam kumpulan pada pertengahan usia 30 tahun kerana jasa-jasanya sebagai pengajar seni diperlukan. "Penang Impresionis" dibubarkan sebelum awal Perang Dunia 2, dan tidak pernah disatukan kembali                                              

-   

Page 27: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

-   Nama dan biodata  pelukis : Abdullah Arif

-   Tahun karya di hasilkan : 1948

-   Media : Cat air

-   Teknik :sapuan berus kasar yang menunjukkan kesan pencahayaan

-   Gaya : Pengolahan ruang yang berkesan , menggunakan ton warna yang mewujudkan kesan-kesan yang mewujudkan kesan-kesan kekabusan itu yang dikenal sebagai perspektif atmosfera

-   Aliran : Impresionis

-   Tema : Mengambarkan suasana waktu fajar di sebuah ladang pokok kelapa.

-   Nilai : Suasana tempatan yang indah dan damai digambarkan menerusi perubahan cahaya dalam ruang yang diolah melalui imej-imej pokok kelapa yang berfungsi sebagai garis-garis menegak.

Apresiasi : Unsur seni yang terdapat dalam karya seni ini ialah garisan sepertimana garisan pokok kelapa yang terdapat pada batang pokok kelapa tersebut.Ruang yang memperlihat keadaan depan dan belakang serta jarak diantara satu pokok ke pokok yang lain.Warna yang digunakan dalam karya ini menunjukkan keadaan yang harmoni daripada kesibukkan kota.Selain itu , karya ini dapat menimbulkan perasaan yang tenang dan aman apabila kita melihatnya.Karya ini menunjukkan bahawa kehidupan di luar kota seperti di perkampungan yang jauh dari kesibukan dan pencemaran.

Peter Haris merupakan seorang ekspatriat lepasan sekolah seni lukis di United Kingdom yang bertugas sebagai Pengawas Seni Lukis Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur pada tahun 1951.

pengasas “Wednesday Art Group” pada tahun 1952 untuk guru-guru seni lukis yang berminat

memperkenalkan estetika dan tenik seni lukis kepada pelukis muda tempatan yang berminat.

memperkenalkan penggunaan berus besar dan keras, dan guac sebagai media catan yang baru di Malaysia.

beliau juga mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap pendidikan seni lukis di sekolah-sekolah pada tahun 1950-an.

Page 28: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Peter Harris

1956

Cat Guac

sapuan berus spontan

Catan gaya impresionis,

Pemandangan landskap tempatan

Merakamkan keindahan dan kepermaian permandangan alam tempatan

Karya di atas memaparkan sebuah rumah yang berada di tebing sungai, iaitu rumah rakit di Sungai Pahang. Pengkarya mengaplikasikan penggunaan warna sejuk serta monokromatik untuk menimbulkan kesan ruang depan, tengah dan belakang. Penggunaan  warna kehijauan lembut dan mendamaikan iaitu warna sejuk untuk menimbulkan kesan ruang Ini menonjolkan keindahan dan ketenangan alam semula jadi. Karya ini juga bersifat impresionis kerana pengkarya melakukan teknik berus secara spontan. Karya juga tidak seimbang di mana sebelah kiri lebih berat daripada sebelah kanan. Bentuk pada rumah bersifat dua dimensi membuatkan karya kelihatan lebih asli. Manakala jalinan pada daun dan rekahan pada pokok menimbulkan bentuk daripada kesan- kesan sapuan berus. Jalinan yang terdapat dalam karya ini nampak bersahaja dan spontan. Seterusnya, permukaan pada permukaan air menunjukkan pergerakan yang harmoni.

1. Pengenalan

-   Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan

-   Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon,pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya

-   Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan

-   Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo daVinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figuramereka.

Page 29: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

2. Teknik-teknik lukisan

-   Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak,garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur 

-   Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran

3. Proses melukis

-   Pilih objek yang hendak dilukis

-   Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan

-   Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

4. Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran ± merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

2. Lukisan ± merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton,cahaya, ruang dan komposisi.

3. Catan ± merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yangmemerlukan bahantara air dan minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan ± pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat

5. Teknik Melukis

1. teknik garisan,

2. garisan pangkah,

3. titik,

4. lorekan dan

5. campuran.

6. Media Lukisan

 Pensel:

Page 30: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

 Dibuat daripada arang dan tanah liat.Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan penselsemasa melukis dan tekanan pada pensel.lukisan media pensellukisan media arang

Arang:

 Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.Media yang tertua sekali.Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.lukisan media penlukisan media pastel

7. Asas Sebelum Melukis

1. Memilih teknik melukis.

2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokusuntuk lukisan pemandangan.

3. Memilih objek atau terra.

4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.

5. Membuat Lakaran objek.

6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.

7. Tetingkap FokusMerupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.Memilih sudut yang menarik dan indah.Digunakan untuk melukis di luar studio.

8. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.

9. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang balk.

10.         Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk.

(a)   Cetakan Timbulan (Relief)

•   Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.

Page 31: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

•   Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.

•   Contoh cetakan jenis ini ialah:

Cetakan Kayu

Cetakan Lino

Cetakan Kolograf

Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Skrin

•   Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu.

•   Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.

•   Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:

Kaedah Potongan Kertas Pendua

Kaedah Filem Leker

Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar

•   Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.

•   Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.

•   Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.

•   Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan

•   lukisan pensil.

•   Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)

•   Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.

•   Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.

Page 32: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

•   Contoh cetakan jenis ini ialah:

(a)   Kaedah Turisan (engraving)

(b)   Kaedah Gurisan Asid (etching)

(c)   Kaedah Akuantin (aquantint)

(d)   Kaedah Mesotin (mezzotint)

(e) Cetakan Gurisan Asid

•   Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.

•   Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.

•   Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.

•   Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.

•   Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

(f) Cetakan Kayu

•   Kaedah yang paling awal digunakan.

•   Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.

•   Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.

•   Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.

•   Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.

•   Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.

•   Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.

Page 33: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

•   Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.

 (g) Cetakan Lino

•   Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.

•   Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

(h) Cetakan Lithografi

•   Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.

•   Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.

•   Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.

•   Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.

•   Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.

•   Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil.

•   Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(i) Cetakan Sutera Saring

•   Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.

•   Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.

•   Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.

•   Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.

•   Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.

•   Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:

(a)   Kaedah Potongan Kertas Pendua

(b)   Kaedah Filem leker

Page 34: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

(c)   Kaedah Lilin

(d)   Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua

Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker

1. Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.

2. Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.

3. Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

PENANG IMPRESSIONISTS (IMPRESIONiS PULAU PINANG)

Tahun Penubuhan 1928

Pengasas -

Ahli-ahli Semua ahli terbahagi daripada pegawai dagang  Eropah terutamanya suri rumah berbangsa Inggeris. Antaranya:-

-Puan Lim Cheng Kung, isteri jutawan yang member sumbangan kewangan kepada petubuhan.

Page 35: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

-Abdullah Arif, guru lukis ahli persatuan.

Karya 1928, Abdullah Arif, Malayan Rural Scence (water colour)

Pameran Mengadakan pameran tahunan dan pameran berkala.permainan terakhir ialah pada tahun 1936.

Aliran Realisme dan Impressionisme.

Tamat Terkubur sekitar tahun 1937.

Tahun Penubuhan

1953

Tempat Pulau Pinang

Pengasas Souter, Tay Hooi Keat dan A. Sabapaty

Objektif Menganjurkan pelbagai pameran seni bagi pelukis tempatan dan luar negara di Pulau Pinang.

Aliran Realisme, impressionism, post-impressionism, kiubisme dan abstract expressionism.

Tahun ditubuhkan Pada tahun 1956

Pengasas Mohamed Hoessen Anas

Ahli dan Ajk -Setiausaha ialah Idris salam

-Ajk ialah Zakariah Noor, Sabtu Yusof, Habibah Baharuddin

Penukaran nama Ditukar nama dari Majlis Kesenian Melayu kepada Angkatan Pelukis Semenanjung pada 1964 hasil daripada

Page 36: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

kesedaran guru-guru yang telah menubuhkan Majlis Kesenian Melayu.

Penaung -Majlis Kesenian Melayu : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

-Ankatan Pelukis Semenanjung : Tan Sri Yaacob Latif dan Mohd Hoessen Anas

Ahli-ahli yang terkenal Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahamad Hassa, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor

Objektif Memperjuangkan nasib semua pelukis dan menjadi penghubung antara pelukis dengan kerajaan negara.

Aliran/Hasil Karya -Realisme yang menampilkan identiti Melayu dan pengaruhi         seni tampak barat.

-Naturalism

-selepas tahun 1970-an pelbagai gaya telah bercampur

Pameran Pada 1998, Balai

Page 37: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Seni Lukis member penghormatan mengadakan pemeran khas semperna mengenag jasa Angkatan Pelukis Semananjung

Tahun Penubuhan

1957

Tempat Pulau Pinang

Pengasas Tay Hooi Keat

Objektif Memperkenalkan konsep seni lukis yang baru

Aktiviti Kelas lukisan diadakan pada setiap hari Khamis dan Rabu

Mengelolakan seni perbincangan dan pameran

Ahli-ahli yang aktif

Tay Hooi Keat, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juen, William K.K. Lau dan tokoh lain.

Gaya Karya Beraneka- banyak di pengaruhi oleh aliran impresionis, ekspresionis dan abstrak ekpresionis

Tahun ditubuhkan

1 Mei 1974

Pengasas Abdul Latif Mohiddin

-anak kelahiran Lenggeng, Negeri Sembilan

-20 Ogos 1941

-Penyajak dan pelukis

-Pameran pertama 23-29 Disember 1951 di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura

Page 38: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Ahli Mustapa Hj. Ibrahim

Zulkifli Dahlan

Ali Rahmad

Ismail Abdullah

Abdul Ghafar Ibrahim

Khalil Ibrahim

Aliran Dipengaruhi oleh gaya ekspressionisme abstrak

Contoh karya Abdul Latiff Mohidin (arca dinding)

Mustapha Hj. Ibrahim (meneroka alam fantasi)

-The British Council : imej manusia dan studio adak alam 1979

Ali Rahamad dan Zulkifli Dahalan (catan surelistik)

Aktiviti -Meliputi bidang seni, kesusasteraan dan teater

-pameran : Hotel Equational 1983

-mempersembahkan teater spontan dan jalanan

Tahun Penubuhan

1956

Tempat Kuala Lumpur

Pengasas Mohd Hossein Enas

objektif Untuk memaju dan memperkembangkan seni dan budaya tanah air, banyak kegiatan kesenian telah dirangka dan dilaksanakan sejak awal penubuhannya.

Aktiviti menganjurkan pelbagai aktiviti kebajikan misalnya memungut derma Pelarian Afghanistan sebanyak RM54,000 pada tahun 1980 dan menganjurkan Pameran Terbuka dan Hari Terbuka Artis di perkarangan “Rumah Hidayat”, kediaman rasmi Tun Daim Zainuddin pad tahun 1990, di samping mengadakan pameran seni lukis yang lain. 

Page 39: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Ahli-ahli yang aktif

Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.

Gaya karya Realistik, visual abstrak dan semiabstrak,

Tahun ditubuhkan Pada 26 mei 1979 sehingga sekarang

Pengasas Syed Ahmad Jamal

Naib Presiden Yeoh Jin Jamal

Setiausaha Ham Rabeah

Ahli jawatankuasa

Mazli Mat Salam

Ahmad Khalid

Ruzaika Omar Basree

Hasim Hassan

Redza Piyadasa

Lee Kian Seng

Syed Hood Alhabhi

Karya Syed Ahmad Jamal

Tajuk : Gunung Ledang

Media : cat minyak

Tema : gambaran mitos

Yeoh Jin Leng

Tajuk : Sawah, Dusun, Bukit, Langit

Medaia : cat minyak

Tema : Pemandangan di sawah padi

Mazli Mat Som

Tajuk : Yati

Page 40: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Media : Pastel

Tema : portrait seorang anak gadis melayu

Aktiviti Mengadakan pameran perdana

Sesi bantuan

Nasihat kepada pelukis yang ingin mengadakan pameran

Mengadakan ceramah tentang seni lukis

Bengkel

Menerbitkan majalah seni

MAJLIS SENI LUKIS PULAU PINANG (THE PENANG ARTS COUNCIL)

KUMPULAN PELUKIS HARI RABU (THE WEDNESDAY ART GROUP)

Pengasas Peter Haris.

Penubuhan diwujudkan kerana Peter Haris merasakan perlunya para pelukis-pelukis berkumpul.

1952 telah ditubukan di Kuala Lumpur.

Tujuan memperkenalkan estetika dan cara seni lukis moden kepada guru dan pelukis muda tempatan.

Tema kumpulan seni sebagai wardah ekspresi diri yang bermaksud seni dilihat sebagai alat melauhkan ekpresi atau bermaksud menyampaikan maksud yang tersirat yang wujud dalam diri pengkarya.

Ojektif :-

Memperkenalkan estetika

Memperkenalkan cara seni lukis

Memperkenalkan alat dan catan media baru kepada ahli-ahli.

Aktiviti dijalankan pada hari rabu dan sabtu.

Antara ahli :-

Page 41: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

Jolly Koh

Antony Lau

Dzulkifli Buyong

Ismail Mustam

Mustapha Mahmud

Zakaria Noor

Abd Halim Mat

Antara contoh hasil karya

Peter Haris : Rumah Rakit - Kuala Lipis 1956

Peter Haris : Bumi Air dan Udara - 1958

Dzulkifli Buyong : Murid Sekolah - 1992

Dzulkifli Buyong : Kapal Kertas - 1996

Aliran Realism, memperkenalkan aspek figura dan alam semulajadi

Lukisan lebih kepada kehidupan masyarakat.

MAJLIS KESENIAN MELAYU

KUMPULAN SENI LUKIS THURSDAY (THE THURSDAY ART GROUP)

KUMPULAN ANAK ALAM

ANGKATAN PELUKIS SEMENANJUNG (APS)

PERSATUAN PELUKIS MALAYSIA (PPM)

1. SEJARAH SENI SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA.

3. CATAN AIR.(TEKNIK MENGHASILKAN)

Page 42: KARYA Catan Artikulregregregreeeeeeeeeeeeat

-senaraikan pelukis2 slpas merdeka

-wednesday art group

-teknik hasilkan lukisan

-teknik hasilkan catan

-teknik hasilkan cat air

-objektif utama karya slpas merdeka

-proses anyaman

-cat minyak