karangan spm- rasuah

Download Karangan SPM- Rasuah

If you can't read please download the document

Upload: m-d

Post on 30-Jun-2015

17.942 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 1. Amalan rasuah melumpuhkan negara. Bagaimanakah gejala ini ditangani? Menuju ke arah negara maju, Malaysia telah menampakkan kemajuan daripada pelbagai aspek baikdari segi prasarana dan insfrastruktur, hinggalah ke sektor pelancongan. Selain itu, ekonomi negara kitaberbilang kaum ini juga semakin kukuh.Menurut kenyataan Bank Negara, Malaysia telah mencatatkanpertumbuhan ekonomi sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu. Malah, ekonomi Malaysiadijangka meningkat 6.2 peratus pada tahun ini. Teknologi maklumat pun terus menggusur ke arahglobalisasi. Bermulanya daripada pelancaran satelait MEASAT pada 1996, Negara kita telah mengoraklangkah besar dalam dunia teknologi. Kini, hampir semua rakyat mempunyai telefon sendiri dan telahmenjadi kebiasaan seseorang untuk memiliki 2 hingga 3 telefon bimbit pada satu satu masa. Sepertikata Thomas L Friedman dalam bukunya yang sangat terkenal The World is Flat : When the world goesflat and you are feeling flattened,reach for shovel and dig inside yourself. Dont try to build walls.Sebuah pesan yang bijak dalam menyikapi arus informasi dan teknologi yang semakin berkembangdengan melihatnya sebagai sebuah peluang dan tantangan dalam memperluas jaringan informasi danmeningkatkan kapabilitas diri. Namun begitu, kesemua pencapaian negara yang dinyatakan itu akandianggap sia-sia jika rasuah di negara kini masih berleluasa. Sebagai contohnya, pada tujuh bulanpertama tahun 2010, penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati meningkat dengansekurang-kurangnya 520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai kesalahan.

2. Rasuah secara umumnya bermaksud perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam,termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurutundang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), denganmenyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Menurut SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelumnya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah(BPR), tedapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah, menawar ataumemberi rasuah, membuat tuntutan palsu, dan menyalahguna jawatan atau kedudukan. Oleh itu,sesuatu perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini. Fenomena rasuah juga sering dikaitkandengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepadaimej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakinrendahkan persepsi masyarakat luar (masyarakat antarabangsa) terhadap kemampuan rakyat negaraterbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa turut menyiarkanpelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah inisebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial inimempunyai pelbagaiimlikasi danmemerlukanlangkahpenyelesaianyang efektif.Melentur buluh biarlah dari rebungnya ".Pepatah ini boleh dijadikan pedoman untuk melahirkan 3. generasi muda yang berpegang teguh pada integriti dan membenci rasuah. Anak-anak diibaratkansebagai sekeping kertas putih, manakala pendidik merupakan pencorak yang mencorakkannyamengikut matlamat dan idea masing-masing. Masa depan generasi muda bergantung pada ilmu dandidikan yang diberi di samping dipengaruhi oleh budaya yang baik dan juga membesar di persekitaranyang elok. Ibu bapa yang bertanggungjawab ke atas anak-anak haruslah sentiasa menjadi teladan yangbaik kepada anak . Dari aspek jenayah rasuah, apabila anak yang dibesarkan dalam keluarga yangmementingkan kebendaan ini mula memegang jawatan dan mempunyai kuasa, mereka akan lebihcenderung mengetepikan undang-undang dan peraturan semata-mata untuk mengaut keuntungan diri.Ibu bapa juga haruslah memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Pada zaman yangpenuh dengan saingan ini, ibu bapa berlumba-lumba untuk mencari rezeki. Senario ini menyebabkanmasa ibu bapa bersama-sama dengan anak ataupun masa berkualiti amatlah sedikit sehinggakan adayang tergamak mengabaikan anak-anak. Ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersama anak danmemberi pendidikan yang secukupnya untuk membina modal insan yang ihsan. Ibu bapa juga harusfaham tentang jenis pendidikan yang diberi kepada anak dan impaknya sama ada menjadi orang yangberguna kepada masyarakat ataupun menjadi sampah mesyarakat. Pada era ini, ibu bapa yang semakinsibuk dengan kerjaya masing-masing sering mengabaikan aspek pendidikan kerohanian, termasuk nilai 4. agama dan etika dalam proses mendidik anak-anak. Itulah hakikatnya yang perlu ditelan dek mengejarkemajuan duniawi.Di samping itu, kempen, ceramah dan kursus meningkatkan integriti juga harusdipergiatkan. Kempen pendidikan pencegahan rasuah harus dilakukan secara berperingkat.Kerajaan boleh bermula dari peringkat sekolah. Baru-baru ini,, Sekolah Menengah Chung Hwa telahmengadakan Ceramah Pendidikan Pencegahan Rasuah pada November 2009. Selain itu, ceramah-ceramah juga patut diperbanyak untuk meningkatkan integriti masyarakat. Pendidik- pendidik negaradigalakkan agar mengikuti kursus khas untuk mendidik generasi muda tentang kepentinganintegriti, dan isu rasuah menerusi kurikulum, sahsiah dan kepimpinan supaya mereka sedarsedar bahawa integriti amatlah penting kepada diri sendiri dan seterusnya menyumbangkepada pembangunan negara sebagai pewaris negara pada masa hadapan. Salah satubuktinya ialah bermulanya tahun 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dariseluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Integriti danPencegahan Rasuah di peringkat sekolah. Selain guru kaunselor, pentadbir sekolah turutmengikuti seminar berkenaan. Mereka yang mengikuti seminar tersebut hendaklahmemahami dan mengamalkan konsep pengurusan integriti dalam organisasi dan memainkanperanan penting dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan integriti menerusi 5. pelbagai kokurikulum dan kokurikulam agar mereka membenci rasuah. Moga-moga kempen,ceramah dan kursus yang pelbagai dapat member kesedaran kepada masyarakat tentangbetapa pentingnya peningkatan integriti dalam membanteras rasuahBukan setakat itu sahaja, peningkatan integriti boleh dilaksanakan melalui pelaksanaanagenda integriti untuk institusi politik. Tanah air kita adalah sebuah negara yangmengamalkan sistem demokrasi dengan memilih pemerintah atau kerajaan melalui prosespilihan raya. Sistem pentadbiran ini merupakan sistem Raja berperlembagaan dengan sistempemerintahan berparti di peringkat pusat dan negeri dengan memilih wakil rakyat. Semenjakkemerdekaan, sistem ini berjalan dengan lancar dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Oleh sebab sistempentadbiran memberi kesan ke atas kemajuan masyarakat dan negara, maka integritikesemua institusi ternyata penting. Parti yang memegang kuasa mempunyai tugas yangpenting, iaitu memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat.Rakyat kini sedar akan hak mereka. Mereka tidak lagi bersikap teragak-agak untukmengemukakan tuntutan bagi hak mereka itu. Justeru, rakyat berhasrat mendapat pemimpinyang berkhidmat untuk pembangunan negara betul-betul mempunyai sikap yang amanah,bertanggungjawab, bertoleransi, telus dan mementingkan rakyat. Pada masa ini, terdapat 6. persepsi dalam kalangan sebahagian masyarakat yang mencurigai integriti ahli politik. Rakyat berasa kurang yakin dengan ahli politik dan menganggap politik sebagai kotor. Pelbagai usaha harus dilakukan untuk meningkatkan citra parti politik, memastikan integritiparti dan ahli politik, meningkatkan ketelusan, mengatasi penyelewengan dan salah gunakuasa. Pelaksanaan strategi dan pelan tindakan dalam kalangan pentadbir akanmeningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini dapatmenyumbang kepada pembangunan yang lestari, kestabilan politik dan kesejahteraan hiduppelbagai kaum.Seterusnya,rakyat juga perlu betul-betul memahami konsep 1 Malaysia, Rakyatdidahulukan Pencapaian diutamakan yang diperkenalkan oleh Perdana menteri Malaysiayang keenam, Yang Amat Berhormat, Dato Seri Najib Tun Razak sejak perlantikan rasminyasebagai perdana menteri pada 3 April 2009. Gagasan 1 Malaysia merujuk kepada enamBidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan oleh kerajaan dalam konteksuntuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Antara NKRAtersebut ialah memerangi rasuah. Jadi, jika rakyat benar-benar memahami konsep yangpopular ini, pastinya kes rasuah tidak akan berlaku. Selain itu, ajaran agama perlu diterapkandalam hati penduduk. Ini kerana mereka yang mengamalkan rasuah bukannya orang yang 7. mematuhi agamanya. Mana tidaknya, semua agama menerapkan nilai-nilai murni untukdipraktikkan dan menjauhi perkara yang buruk dan melanggari undang-undang. Dalamagama Islam contohnya, Allah subhanahua taala telah berfirman yang bermaksud : danjanganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamudengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakimsupaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahalkamu mengetahui .Dari maksud ayat di atas, Allah subhanahua taala menjelaskankepada kita agar kita jangan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah ataubatil, termasuk makan harta orang lain dengan cara yang salah iaitu menerima rasuah. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah kita hendaklah berkerjasama danbersatupadu bagi membanteras rasuah yang kian meningkat. Selain itu, kita juga perlumenjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diridaripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menanganigejala ini , rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripadapenghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkanperilaku baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak 8. perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya ,tiada sebab kita akan gagal. Bagi rakyat jelata pula, janganlah hanya duduk diam. Bertindaklah danbantulah kerajaan sedaya upaya kerana mereka sentiasa bertungkus lumusuntuk memastikan negara kita berada dalam landasan yang betul untuk menjadi negaramaju menjelang 2020. Janganlah pula memandang enteng program yang dijalankankerajaan. Ingat, anda mempunyai peranan penting sebagai warganegara Malaysia yangbertanggungjawab. Usah biarkan perkara ini mencacatkan lagi ekonomi negara kerana padamasa itu, nasi sudah menjadi bubur dan segala usaha ketika itu pastinya tidak akan berhasil.