karangan spm- gula (nikmat atau bencana)

2
Gula- Nikmat dan bencana Gula. Boleh dikatakan rakyat malaysia sukakannya. Hampir setiap hari kita tidak terlepas dengan sajian teh tarik, nescafe tarik, Milo tarik dan bermacam macam tarik lagi yang kita minum serta kuih muih juga mengandungi gula. Pendek kata, kebanyakan makanan kita tidak terlepas dengan kandungan gula. Betul badan kita memerlukan gula untuk tetapi kandungan gula dalam badan tidak lah dalam kuantiti yang banyak kerana kita sememangnya tahu akibat dan kesan gula kepada badan jika diambil berlebihan, tetapi masih mahu mangambil gula dengan banyak. Memang tidak dapat saya nafikan keistimewaan gula yang dapat memberi kemanisan kepada hampir semua makanan dan minuman. Makanan yang pahit menjadi manis kerananya. Sebab itulah manusia telah menggunakannya sejak 2000 tahun dahulu. Gula semula jadi yang terdapat di dalam buah-buahan lain pula ceritanya. Gula semula jadi lebih baik daripada gula tiruan. Berbanding dengan rasa masin garam, kemanisan gula lebih memikat selera. Hal ini sebabnya ada ibu bapa memasukkan gula dalam makanan anak untuk menggalakkan mereka makan. Namun kesilapan kecil ini merangsang cita rasa anak terhadap makanan manis dan sikap ini biasanya berlanjutan hingga dewasa. Gula terbahagi kepada 2 bahagian; pertama Glukose dan 2 adalah Fruktose. Glukose akan terus diserap ke dalam darah manakala fruktose perlu melalui proses penukaran kepada glukose melalui hati. Pankreas digunakan untuk menghasilkan insulin dalam bentuk hormon yang digunakan untuk menyerap gula didalam darah. Bagi mereka yang normal kandungan insulin yang dikeluarkan daripada Pankreas itu cukup untuk menyerapkan gula dalam darah. Cuba bayangkan berapa banyak insulin yang perlu dikeluarkan oleh pankreas demi meneuteralkan gula dalam darah. Perlu diingat bahawa pankreas juga perlu dijaga bagi memastikan kesihatan pankreas berada di dalam keadaan yang baik. Ini kerana,tubuh badan kita adalah seperti sebuah kereta, jika kita menggunanya terlalu kerap dan tidak menjaganya dengan betul, ia akan rosak sedikit demi sedikit. Selain itu, gula juga boleh membawa kepada penyakit obesiti, diabetes dan kencing manis. Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit-penyakit seperti ini berkait rapat dengan kesan pengambilan gula. Pengambilan gula pada kadar berpatutan yang diperlukan tubuh tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia hanya mengundang padah apabila pengambilan secara berlebihan yang menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi.. Gula bukan sekadar partikel kecil berkilat tetapi juga boleh diperoleh daripada sumber lain. Malah semua perkataan yang berakhir dengan ‘ose’ (dalam bahasa Inggeris) adalah gula, misalnya glukose dan sucrose (bahan pemanis). Justeru, ancaman kesihatan seperti masalah obesiti, kardiovaskular dan diabetes di Malaysia tidak akan berakhir selagi negara tidak mempunyai strategi kesihatan yang berkesan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. . Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak

Upload: m-d

Post on 19-Jul-2015

1.780 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan SPM- Gula (Nikmat atau Bencana)

Gula- Nikmat dan bencana

Gula. Boleh dikatakan rakyat malaysia sukakannya. Hampir setiap hari kita tidak terlepas dengan sajian teh tarik, nescafe tarik, Milo tarik dan bermacam macam tarik lagi yang kita minum serta kuih muih juga mengandungi gula. Pendek kata, kebanyakan makanan kita tidak terlepas dengan kandungan gula. Betul badan kita memerlukan gula untuk tetapi kandungan gula dalam badan tidak lah dalam kuantiti yang banyak kerana kita sememangnya tahu akibat dan kesan gula kepada badan jika diambil berlebihan, tetapi masih mahu mangambil gula dengan banyak. Memang tidak dapat saya nafikan keistimewaan gula yang dapat memberi kemanisan kepada hampir semua makanan dan minuman. Makanan yang pahit menjadi manis kerananya. Sebab itulah manusia telah menggunakannya sejak 2000 tahun dahulu. Gula semula jadi yang terdapat di dalam buah-buahan lain pula ceritanya. Gula semula jadi lebih baik daripada gula tiruan. Berbanding dengan rasa masin garam, kemanisan gula lebih memikat selera. Hal ini sebabnya ada ibu bapa memasukkan gula dalam makanan anak untuk menggalakkan mereka makan. Namun kesilapan kecil ini merangsang cita rasa anak terhadap makanan manis dan sikap ini biasanya berlanjutan hingga dewasa.

Gula terbahagi kepada 2 bahagian; pertama Glukose dan 2 adalah Fruktose. Glukose akan terus diserap ke dalam darah manakala fruktose perlu melalui proses penukaran kepada glukose melalui hati. Pankreas digunakan untuk menghasilkan insulin dalam bentuk hormon yang digunakan untuk menyerap gula didalam darah. Bagi mereka yang normal kandungan insulin yang dikeluarkan daripada Pankreas itu cukup untuk menyerapkan gula dalam darah. Cuba bayangkan berapa banyak insulin yang perlu dikeluarkan oleh pankreas demi meneuteralkan gula dalam darah. Perlu diingat bahawa pankreas juga perlu dijaga bagi memastikan kesihatan pankreas berada di dalam keadaan yang baik. Ini kerana,tubuh badan kita adalah seperti sebuah kereta, jika kita menggunanya terlalu kerap dan tidak menjaganya dengan betul, ia akan rosak sedikit demi sedikit.

Selain itu, gula juga boleh membawa kepada penyakit obesiti, diabetes dan kencing manis. Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit-penyakit seperti ini berkait rapat dengan kesan pengambilan gula. Pengambilan gula pada kadar berpatutan yang diperlukan tubuh tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia hanya mengundang padah apabila pengambilan secara berlebihan yang menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi.. Gula bukan sekadar partikel kecil berkilat tetapi juga boleh diperoleh daripada sumber lain. Malah semua perkataan yang berakhir dengan ‘ose’ (dalam bahasa Inggeris) adalah gula, misalnya glukose dan sucrose (bahan pemanis). Justeru, ancaman kesihatan seperti masalah obesiti, kardiovaskular dan diabetes di Malaysia tidak akan berakhir selagi negara tidak mempunyai strategi kesihatan yang berkesan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. . Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak

Page 2: Karangan SPM- Gula (Nikmat atau Bencana)

tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain. Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori.. Tambahan pula, gula juga menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus.

Selain itu, gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.. Di samping itu, gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan gigi akan berlubang dan banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi. Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

Kesimpulannya, gula membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Oleh itu , berpada-padalah dalam menggunakan gula dalam kehidupan seharian. Kurangkanlah pengambilan gula kerana ia boleh membawa kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Ingatlah bahawa "mencegah lebih baik dari mengubat".