karangan cemerlang spm bhg b peranan untuk membentuk murid yang berdisiplin

Upload: azraiee-marzuki

Post on 02-Mar-2018

1.933 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 KARANGAN CEMERLANG SPM BHG B Peranan Untuk Membentuk Murid Yang Berdisiplin

    1/3

    KARANGAN CEMERLANG SPM : Bahagian B (100 markah)

    ArahanSebagai seorang pengawas, berikan pendapat anda tentang peranan-peranan yangperlu dilakukan untuk membentuk murid yang berdisiplin.

    Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa kesemasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persadaantarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selarasdengan negara-negara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, duduksama rendah berdiri sama tinggi. amun begitu, dari segi pembangunan ataupembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjayasepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakinmeningkat peratus pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat.!al ini telah diakui oleh Datuk "hmad #uad $arkashi, %imbalan &enteri 'elajarandalam satu program temu bual tele(isyen. )saha telah dilakukan oleh pelbagai pihakuntuk mengatasi kemelut yang semakin meruncing ini. Saya sebagai seorangpengawas yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang

    tersendiri untuk membentuk murid yang berdisiplin. *+harnya, seseorang indi(iduyang bergelar pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalammembentuk murid yang berdisiplin.

    'eranan utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk muridyang berdisiplin adalah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolahdengan sebaik mungkin. !al ini saya anggap afdal kerana pengawas telahdiklasikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi muridyang mulia dan mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan muridyang berdisiplin amat penting kerana halifah )mar "l-hattab pernah berkata, jikakamu ingin mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang

    berada di hadapan anda. &aka, kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi mudayang berdisiplin, berdedikasi dan berilti+am dalam setiap aspek amat penting kepadanegara dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu.Jadi, saya sebagai pengawas akan menguatkuasakan undang-undang dan peraturansekolah dengan melakukan beberapa tindakan yang sewajarnya diimplementasikanoleh seorang pengawas sekolah seperti menegur pelajar-pelajar yang berambutpanjang, memantau mereka yang berpakaian tidak mengikut spesikasi yangsepatutnya dan meleraikan pergaduhan antara mana-mana pelajar sekiranyadikirkan tindakan itu tidak membahayakan nyawa. %indakan-tindakan seperti inipenting atau adiwarna diambil demi memastikan keadaan sekolah aman, sesi

    pembelajaran '/'0 berjalan lancar dan perhubungan pelajar sentiasa terkawal.%untasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah merupakan elemen yang pentingdalam membentuk modal insan yang madani dan syumul.

    Selain itu, modus operandi lain yang sepatutnya saya lakukan adalahmenunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak terutama rakan murid dalamsemua aspek termasuk pemakaian, pertuturan, pembelajaran dan yang palingpenting, sikap dan perwatakan. !al ini demikian kerana para pelajar atau muridmerupakan insan yang baru sahaja mengenali dunia sebenar. 1amai pelajar ataumurid yang masih mentah dan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkaraterutama. Jika persekitarannya baik, maka baiklah seseorang itu. Jika persekitaran

    sebaliknya pula muncul, natijah yang membawa impak negatif akan menjuaraitindakan seseorang. Jadi, para pengawas seharusnya berupaya menjadi suri teladankepada orang lain dan seharusnya memantapkan diri lagi dengan sifat-sifat yangmulia dan berkarisma. eupayaan untuk melakukan pengawasan dan pengawalan

  • 7/26/2019 KARANGAN CEMERLANG SPM BHG B Peranan Untuk Membentuk Murid Yang Berdisiplin

    2/3

    secara berhikmah merupakan aset berharga seorang pengawas. Saya yakin danpercaya bahawa para pengawas yang mempunyai keperibadian mulia seperti inisentiasa didambakan oleh para murid justeru menjadikan para pengawas ini sebagaikawan. Jadi, kita seharusnya mendekati para murid itu dengan harapan agar merekaakan menjadi seperti diri kita sendiri. Dengan itu, murid yang berdisiplin dapatdibentuk manakala beban sekolah untuk memastikan semua murid berdisiplin dapatdikurangkan. Senario ini persis slogan, hulurkan tangan ringankan beban. 2leh itu,melalui peranan ini, saya berharap agar dapat membantu sekolah membentuk muridyang berdisiplin di samping mengekalkan nama baik sekolah. Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakanadalah sentiasa bersama dengan para murid yang bermasalahdengan nawaitu inginmemberi nasihat dan panduan kepada mereka. 3angkah turut serta ini menurutseorang moti(ator terkenal, Dr. !ushim 4ahaya merupakan langkah turun padangyang akan merapatkan dan memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yangdipimpin. abi &uhammad S.".5. pernah bersabda, anak-anak yang dilahirkan ibaratsehelai kain putih yang bersih lagi suci. &aka, terpulanglah kepada ibu bapa untukmembentuk akhlak anak-anak sama ada menjadi 4ahudi, &ajusi atau asrani. &elaluisabda 1asulullah S.".5. ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anak-anak ataupun para

    murid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan daripadasemua pihak. *bu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Sesetengah murid yang mempunyai masalah tidak mendapat perhatiandaripada ibu bapa yang sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak puas hatimereka itu di sekolah dengan melanggar peraturan sekolah bermotifkan dendamuntuk menyakitkan hati kedua ibu bapa. Saya berpendapat bahawa dengan caramendekati para murid serta bertanyakan masalah mereka, ini akan mengurangkanrasa ingin memberontak dalam diri mereka. Dengan memberi nasihat danmenyelesaikan masalah mereka melalui kaedah yang betul, hal ini secara tidaklangsung akan menarik minat mereka untuk menjadi murid-murid yang berdisiplin danberwawasan. 2leh itu, peranan seperti ini perlulah dimainkan agar masyarakat kamil

    dapat diwujudkan.

    Dalam pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan kebaikanmerupakan satu tanggungjawab yang sepatutnya saya lakukan bersama denganmurid-murid yang lain. "llah S.5.%. amat menyukai hamba-ya melakukan kebaikandengan penuh ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dandorongan serta perangsang kepada para murid yang ingin melakukan kebaikandengan harapan mereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini keranaada orang atau pihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka disamping mereka mendapat ganjaran daripada "llah S.5.%.. Selain itu, saya akan

    berusaha sedaya upaya untuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam dirimereka. 1amai pemikir termashyur seperti 6onfucius dan Socrates juga amatmenekankan penyemaian nilai-nilai moral dalam diri setiap manusia. Jadi, denganlangkah itu, para murid akan lebih tertarik untuk melakukan kebaikan berbandingkeburukan. *+harnya, modus operandi seperti ini seharusnya saya lakukan demimemastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk bak kata pepatah di mana adakemahuan, di situ ada jalan.

    'eranan saya yang terakhir adalah memastikan bahawa saya berfungsi sebagaiperantara yang berkesan antara para murid dengan pihak sekolah. Saya seharusnyaberupaya menyampaikan maklumat yang jelas kepada murid tentang pelaksanaan

    peraturan dan undang-undang sekolah agar murid memahami dan menerima perkaratersebut dengan sebaik mungkin. &anakala pihak sekolah yang terdiri daripadapengetua dan lembaga disiplin sekolah serta kaunselor akan saya dan rakan-rakanpengawas yang lain nyatakan permasalahan murid dengan penuh hikmah dan

  • 7/26/2019 KARANGAN CEMERLANG SPM BHG B Peranan Untuk Membentuk Murid Yang Berdisiplin

    3/3

    sempurna. Saya merasakan bahawa kemampuan berkomunikasi secara berkesandengan rakan murid dan guru merupakan suatu aset penting. "pabila bercakapdengan murid yang nakal, seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. "pabilamenyampaikan pengumuman semasa perhimpunan, saya akan berusahamenyampaikan informasi dengan jelas. Dengan ini, mesej pihak sekolah akan dapatdifahami oleh semua pihak. Jelasnya, peranan ini akan memantapkan hubungan muriddengan pihak sekolah yang akhirnya membentuk disiplin murid.

    esimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiadapenawarnya. &aka, modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragmatik perludiimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk.Saya dan beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akansentiasa menacri jalan atau alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapatdibentuk dan hasrat kerajaan untuk melihat sifar masalah disiplin dapatdirealisasikan pada tahun 7878. !asrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan9&alaysia akan tercapai dengan terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan nilaiperpaduan dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya kemukakan tadiakan dapat saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta

    pihak-pihak yang lain.