kamus pepatah

28
Dada manusia tidak dapat diselami Bunga kembang menunggu layu

Upload: azmega12

Post on 07-Dec-2014

4.612 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kamus pepatah

Bunga kembang menunggu layu

Dada manusia tidak dapat diselami

Page 2: Kamus pepatah

1. Ada gula adalah semut

Di mana ada rezeki, disitulah ada orang berkumpul

2. Air dicincang tiada putus

Persaudaraan adik-beradik tidak akan terputus walaupun mereka bergaduh.

Aa

Page 3: Kamus pepatah

3. Air digenggam tiada

Sangat berjati- hati membelanjakan wang

4. Antah patah, lesung hilang

Berturut-turut ditimpa kemalangan.

Bb

Page 4: Kamus pepatah

5. Bunga kembang menunggu layu

Kecantikan seorang perempuan tidak kekal selama-lamanya.

6. Bapa borek, anak rintik

Seorang anak mengikut sikap bapanya.

7. Belum menetas, sudah dibilang

Page 5: Kamus pepatah

Orang yang suka berangan-angan sebelum mencapai hajatnya.

8. Beranak tidak berbidan

Mendapat susah kerana kesalahan sendiri

9. Berhakim kepada beruk

Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat Kerugian

\

13. Cacing hendak menjadi naga

Orang yang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi.

14. Cencaru makan petang

Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yang baik dan lumayan.

Cc

Page 6: Kamus pepatah

15..Dada manusia tidak dapat diselami

Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui

Dd

Ee

Page 7: Kamus pepatah

16. Enggang lalu ranting patah

Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia dsyaki walaupun tidak melakukannya

17. Genting putus, biang tembuk

Perkara yang sudah muktamad dan tidak dapat di ubah lagi

18. Gigi dengan lidah adakala tergigit juga

Gg

Page 8: Kamus pepatah

Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga

19. Gigi tanggal, rawan murah

Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi

20. Genggam bara api biar sampai jadi arang

Membuat sesuatu pekerjaan sehingga berjaya

22. Getikkan puru di bibir

Page 9: Kamus pepatah

Susah hendak membenci isteri atau anak sendiri walaupun perangai mereka buruk

23. Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali

Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah

24. Gunting dalam lipatan

Orang yang melakukan kejahatan secara diam-diam

25. Hanya air dingin yang dapat memadamkan api

Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah

26. Hapus panas setahun oleh hujan sehari

Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit

27. Harimau menunjukkan belangnya

Orang yang menunjukkan kekuasaan dan keberaniannya

28. Harimau menyembunyikan kukunya

Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya

29. Hati bak serangkak dibungkus

Hh

Page 10: Kamus pepatah

Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini

30. Hendak harum terlalu hangit

Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya mendapat malu

31. Hendak bertanduk kepala berpahat

Sanggup berhutang kerana hendak berlagak

32. Hendak dapat pisang terkupas Inginkan kesenangan tapi malas berusaha

.

33. Hujung lurus pangkal berkait

Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak

Ii

Page 11: Kamus pepatah

34. Indah khabar dari rupa

Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan

35. Intan disangka batu kelikir

Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya

36. Itik berenang dalam air mati kehausan

Menderita kesusahan walaupun banyak wang

37. Jauhari juga yang mengenal manikan

Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu

38. Jauh panggang dari api

Jj

Page 12: Kamus pepatah

Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku

39. Jerih menentang boleh, rugi menentang laba

Menolong seseorang kerana mahu dirinya ditolong

40. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang

Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu

41. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

42. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang

Page 13: Kamus pepatah

Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu

43. Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang biasanya

Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan

44. Jiwa bergantung di hujung rambut

Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya

45. Jual sutera beli mastuli

Mendapat ganti yang lebih berharga lagi

46. Kain basah kering di pinggang

Keadaan orang yang terlalu miskin

47. Kalau secupak takkan jadi segantang

Sesuatu yang telah ditentukan tidak boleh diubah lagi

48. Karam berdua basah seorang

Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum

49. Kura-kura hendak memanjat kayu

Melakukan sesuatu yang mustahil

Kk

Ll

Page 14: Kamus pepatah

50 . Lading tajam sebelah

Selalu menerima pemberian orang tetapi tidak suka memberi

51. Lain bengkak lain bernanah

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula dipersalahkan

52. Lagi murah, lagi ditawar

Semakin diberi semakin banyak diminta

53. Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh

Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik

Page 15: Kamus pepatah

54. Lemak-lemak santan berlada

Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam

55. Lembut gigi daripada lidah

Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu

56. Makan hati berulam jantung

Perasaan sedih yang amat sangat

57. Menantikan nasi disajikan ke lutut

Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan

Mm

Page 16: Kamus pepatah

datang kepadanya

58. Minyak takkan bercampur dengan air

Sesuatu yang tidak apat disatukan

59. Murai berkicau di siang hari

Sesuatu yang sudah nyata

60. Naga ditelan ular lidi

Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan

61. Nak menangguk ikan, tertangguk batang

Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian

62. Nasi masak periuk pecah

Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi

63. Nasi sudah menjadi bubur

Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dipetulkan lagi

64. Niat hati nak peluk gunung

Ingin sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya

NNn

Page 17: Kamus pepatah

65. Nyiur setandan tetapi berlainan jenisnya

Dua beradik yang berlainan tabiat

66. Orang mencubit, kita menampar

Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja

67. Orang mengantuk disorongkan bantal

Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira

68. Orang tua diajar makan pisang

Sia-sia mengajar orang pandai

Oo

Pp

Page 18: Kamus pepatah

69. Padi setangkai bernas semuanya

Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia

70. Patah kemudi perahu hanyut

Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir

71. Perahu papan bermuat intan

Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai

72. Pipit pekak makan berhujan

Sangat rajin

73. Rajin bekerja mudah belanja

Rr

Page 19: Kamus pepatah

Orang yang rajin sentiasa murah rezeki

74. Rantai besi dimakan bubuk

Cerita yang tidak logik

75. Rebung tidak jauh dari rumpun

Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa

mereka

76. Ringan mulut berat punggung Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja

77. Ringan tulang berat perut

Rajin bekerja mudah belanja

78. Rosak badan kerana mulut Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri

79. Rosak tapai kerana ragi

Page 20: Kamus pepatah

Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati

80. Rumah sudah pahat berbunyi Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan

81. Sambil berdiang, nasi masak

Membuat dua kerja dalam satu masa

82. Si kudung mendapat cincin

Orang yang mendapat sesuatu berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik

83. Sirih naik junjungan patah

Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan

Ss

Page 21: Kamus pepatah

84. Sudah diludah, dijilat balik

Sudah dicela atau dibuang dipuji dan diambil semula

89. Sudah menjadi abu arang

Dalam keadaan yang telah rosak binasa

90. Sukakan kemenyan, dibakar

Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas- luasnya

91. Tak dapat tanduk telinga dipulas

Sanggup melakukan apa saja asalkan dapat membalas dendam

Tt

Page 22: Kamus pepatah

92. Takkan buaya menolak bangkai

Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk

93. Tanam padi lalang yang tumbuh

Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa.

94. Tiada beban batu digalas

Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri

95. Udang merentak dalam tangguk

Perasaan tidak tenteram, gelisah

96. Ukur baju di badan sendiri

Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri

97. Ulat di dalam batu pun hidup juga

Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan

Uu

Page 23: Kamus pepatah

98. Umpama kayu buruk

Nasib malang yang tidak dapat dielakkan

99. Zaman Tuk Nadur berkajang kain

Zaman yang telah lalu, sangat lama

Zz