kamus dewan

649
t I huruf ke-20 abjad Rumi. t II kep tan (ukuran berat). ta 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. ta (tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2. huruf ke-17 abjad Jawi. Ta simbol kimia bagi tantalum. taajal Ar dgn terburu-buru, gopoh-gopoh, lekas- lekas, tergesa-gesa, serta-merta, segera: jangan ~ kita membinasakan negeri itu. taakul Ar hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; menaakul membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; taakulan hasil menaakul; penaakulan perbuatan menaakul. Taala Ar maha tinggi (mulia): Allah ~ Allah Yang Maha Tinggi; Allah Subhanahuwa~ Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. taaruf Ar perkenalan. taasub Ar kuat pegangan atau keyakinan yg keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik: mereka sangat ~ dan amat berbangga dgn keturunan dan kaum mereka;

Upload: khairul-aslam

Post on 19-Oct-2015

378 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Kamus dewan

TRANSCRIPT

t I huruf ke-20 abjad Rumi

t I huruf ke-20 abjad Rumi.

t II kep tan (ukuran berat).

ta 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta.ta (tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2. huruf ke-17 abjad Jawi.Ta simbol kimia bagi tantalum.

taajal Ar dgn terburu-buru, gopoh-gopoh, lekas-lekas, tergesa-gesa, serta-merta, segera: jangan ~ kita membinasakan negeri itu.

taakul Ar hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal;

menaakul membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi;

taakulan hasil menaakul;

penaakulan perbuatan menaakul.

Taala Ar maha tinggi (mulia): Allah ~ Allah Yang Maha Tinggi; Allah Subhanahuwa~ Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.

taaruf Ar perkenalan.

taasub Ar kuat pegangan atau keyakinan yg keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik: mereka sangat ~ dan amat berbangga dgn keturunan dan kaum mereka;

mentaasubi berlaku taasub kpd atau terhadap: kamu terlalu ~ kemajuan sehingga terlupa pd insan yg bersaudara denganmu;

ketaasuban keadaan taasub.

taat 1. sentiasa menurut perintah (tuhan dll), tidak mengingkari (perintah dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;

mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd seseorang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan masalah Malaysia;

ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kesetiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati terhadap agama, kesolehan;

ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur.

taat setia tidak berlaku curang, jujur, setia: Khalid ~ di bawah perintah ketua baru itu;

ketaatsetiaan keadaan (tahap) taat setia: diskriminasi spt ini mempertikaikan ~ mereka sbg individu dan sbg kelompok.

taazur Ar halangan, rintangan; ( uzur.

tab = ~ mandi sj tempat mandi berupa bekas atau takung besar drpd besi (tembikar dll) yg dipasangkan di bilik air.

tabah I ( tebah I.

tabah II = ~ hati tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai kejayaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ menerima cabaran dan dugaan hidup; telah dirasainya miskin dan sengsara, hina dan melarat, semua telah dilaluinya dgn ~;

bertabah = ~ hati bersikap tabah, berhati cekal;

menabahkan = ~ hati menjadikan tabah hati, memberanikan (hati), menetapkan hati;

ketabahan = ~ hati perihal tabah, keberanian, kecekalan hati, keteguhan hati: dgn ~ dan keberanian Nabi maka orang Islam telah dapat mencapai kemenangan.

tabah III 1. sj tumbuhan (pokok), berombong, tentulang, Timonius penduncularis; 2. sj tumbuhan (pokok), beras-beras, berombong, merombong, Timonius walichianus.tabak I sj talam atau tetampan.

tabak II Br; menabak menikam (dgn lembing dll).

tabal 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulubalang sekaliannya menjunjung duli;

bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~;

menabalkan 1. merasmikan (mengumumkan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu;

pertabalan perihal bertabal;

penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada dan berbagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu.

taban; ~ balam kuning = ~ putih sj tumbuhan (pokok, menghasilkan getah perca), nyatuh, Palaquium obovatum; ~ bunga sj tumbuhan (pokok, menghasilkan getah), buah gumai, Lucuma maingayi; ~ ketapang sj tumbuhan (pokok, menghasilkan getah), Palaquium oxleyanum; ~ merah sj tumbuhan (pokok) yg menghasilkan getah), Palaquium gutta.

tabar-tabar Jw sj tumbuhan (pokok), setawar, tawar-tawar, Costus speciosus.

tabaruk Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa.

tabas Mn tebas.

tabe (tab) ( tabik.

tabel (tabl) IB daftar (nama, angka, dll) yg disusun dgn teratur, jadual, senarai.

tabela peti mayat, keranda.

tabernakel almari tempat menyimpan kitab agama yg terletak di tengah mazbah dlm gereja Roman Katolik.

tabi Ar pengikut, penganut; ~ tabiin golongan selepas tabiin.

tabia ark sj gendang kecil.

tabiat 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;

bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: mengapakah dia ~ spt itu?; 2. bersifat, beresmi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau.

tabib orang yg ahli dlm hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun); ilmu ~ pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit;

ketabiban 1. ilmu perubatan (kedoktoran); 2. perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit.

tabii Ar menurut sifat (keadaan, bentuk) kejadiannya; ilmu ~ ilmu fizik.

tabiin Ar (jamak bagi tabi) pengikut (menurut ilmu hadis, mereka ialah orang yg bertemu dan berguru dgn para sahabat tetapi tidak bertemu dgn Rasulullah SAW).

tabik 1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku memberi ~ demikian bunyinya, selamat pagi, tuan; 2. perbuatan menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim: jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan sesuatu), minta izin: jika kita lalu di belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita meminta ~ hendak berbuat demikian;

kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri);

bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat;

bertabik hormat-menghormati: dlm percampuran itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;

menabik 1. memberi salam; 2. memberi hormat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka.

tabika akronim bagi taman bimbingan kanak-kanak.

tabir 1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu, tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah muda; 2. ki sesuatu yg menutupi (melindungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~ perjuangannya;

~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~ besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir berbagai-bagai jenis tabir;

bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn, berselindung, berdindingkan;

bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir, bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh;

menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita; 2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat khabar; awan larat ~ langit.tabla (Muz) sj alat bunyi-bunyian yg berupa sepasang gendang kecil yg mempunyai satu muka dan dipalu dgn tangan, biasanya dimainkan oleh orang India.

tablet (tablt) ubat yg berbiji-biji, pil.

tabligh Ar 1. perbuatan menyampaikan perintah Allah kpd yg tidak mengetahui atau memberi peringatan kpd yg mengetahui; 2. sifat wajib yg ketiga bagi Rasulullah SAW;

bertabligh menyampaikan ajaran Islam;

mentablighkan menyiarkan ajaran agama Islam.

tablo 1. sj lakonan pentas yg menggambarkan sesuatu peristiwa atau kejadian (para pelakonnya tidak bergerak); 2. lakonan pentas yg pelakon-pelakonnya tidak bercakap.

tabloid surat khabar yg kecil sedikit saiz halamannya drpd surat khabar biasa (30 cm 40 cm), yg lazimnya banyak menyiarkan gambar dgn beritanya tersiar secara sensasi utk menarik minat pembaca.

tabo; bunga ~ sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan utk memerahkan kuku), inai ayam (pacar), keembung, Impatiens balsamina.

tabrak Jk; ~-tubruk bermacam-macam pelanggaran;

bertabrakan berlanggaran (bertumbukan) dgn;

menabrak 1. membentur, melanggar, melanda (kereta dll): masing-masing terus menolak, ~ lalu tersungkur; 2. mendatangi utk melawan dll, menyerang;

tertabrak terlanggar (oleh), tertumbuk, terbentur;

tabrakan perlanggaran, tubrukan: oto dinas itu rosak kerana ~ seminggu yg lalu.

tabtibau ( taptibau.

tabu I 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?

menabukan menganggap sbg pantang larang.

tabu II; ~ kayu sj tumbuhan (pokok), Crescentia cujete.

tabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal;

akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat,

mulut orang bagaimana menyumbatnya prb

jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya;

menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll);

tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu;

penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang.

tabuk Br jendela, tingkap.

tabun I; menabun 1. = tabun-~ naik berkepul-kepul (asap): ... bersertaan pula bunyi lotong, asapnya naik tabun-~, pelurunya spt kilat panah kelodan memancar-mancar ke sana ke mari; 2. membakar timbunan sampah (kayu dll), menghidupkan api unggun: siapakah yg ~ di kebun itu?

tabunan timbunan sampah (kayu dll) yg dibakar, api unggun.

tabun II dapat ditembusi cahaya, lut sinar.

tabung I 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara;

~ damak tabung (drpd buluh) tempat menyimpan damak; ~ darah badan yg mengumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk mendidihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar;T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran);

menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda;

menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk;

tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos;

penabungan perihal menabung wang, penyimpanan wang;

penabung orang yg menabung (wang), penyimpan.

tabung II; ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), periuk kera, Nepenthes spp.; bunga ~ jarum sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, nyarum-nyarum, Ixora pendula.

tabur I; padi ~ Br padi yg ditanam tidak dgn teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya);

bertabur 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tempat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan;

bertaburan, bertabur-tabur 1. berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak: di hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya; 2. terdapat (kelihatan) dgn banyaknya: mereka singgah di pulau-pulau yg ~ di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu;

menabur 1. menghamburkan supaya berselerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;

~ budi berbuat baik (sering kali atau kpd banyak orang dsb), berbudi; ~ fitnah membuat fitnah merata-rata; ~ wang membuang-buang wang;

menaburi 1. menabur atau menyebar (bunga dll) kpd: sampai di rumah, Wan Derus ditaburi beras kunyit; 2. bertabur di: ejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia;

menaburkan 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukma ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecah-belahkan pemimpin dan umat Islam;

tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata);

taburan 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan;

pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dll) di sesuatu kawasan atau dlm tempoh masa tertentu: keadaan tidak seimbang dlm ~ kuasa;

penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dll);

penabur 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; habis ~ Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata.

tabur II; ~ dol bahagian puncak tiang layar; ~ peruan kayu palang tempat menggantungkan layar tabur; layar ~ layar yg dipasang pd puncak tiang layar.

tabut 1. peti perarakan yg dianyam drpd bilah (menyerupai buraq dll) utk memperingati kematian Hassan dan Hussain pd 10 Muharam; bulan ~ 1 hingga 10 Muharam; 2. perarakan atau keramaian utk memperingati kematian Hassan dan Hussain dgn membawa tabut:

~ perjanjian sj peti berisi batu yg bertulis dgn perintah Tuhan yg diturunkan kpd Nabi Musa.

taci C, bp kakak (perempuan).

tadah I 1. benda yg digunakan utk menampung sesuatu, bekas (spt baldi dll); 2. sesuatu yg digunakan utk mengalas benda lain (spt piring utk cawan dll); 3. perihal menerima barang gelap (curian dll);

~ air pinang gigi yg diasah atau dipapas; ~ cawan (gelas, mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk); ~ embun sikat pisang yg di atas sekali; ~ kanan menampung angin yg datang dr kanan (utk membelok ke kiri); ~ keringat (peluh) kain yg dilekapkan pd sebelah dlm baju; tukang ~ orang yg menerima barang gelap dll;

bertadah 1. memakai tadah; 2. menggunakan alas (lapik), beralas; 3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin);

menadah 1. menyambut apa yg gugur atau jatuh, menampung: di atas tergantung beberapa buah tabung dibuat drpd ruas buluh utk ~ tuak; 2. menerima barang-barang curian (gelap); ~ tangan mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan;

menadahkan 1. menggunakan sesuatu bekas utk menadah, menampungkan: Ramli ~ baldinya yg besar itu berhampiran dgn tempayan yg ada di situ: 2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan spt meminta-minta sesuatu): ~ tangan; 3. mengucapkan (amin ketika berdoa): ~ amin;

tadahan sesuatu yg ditadah: air ~;

penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau;

penadah 1. sesuatu yg digunakan utk menadah, bekas: dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja; 2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti.

tadah II; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), akar fatimah, kacip fatimah, Labisia pathoina.

tadah III; burung ~ hujan hijau sj burung, burung hujan-hujan hijau, Psarisomus dalhousiae psittacinus.

tadak Br cacah;

bertadak bertanda pd kawasan tertentu dgn kayu, buluh, dll.

tadarus Ar pembacaan al-Quran yg dilakukan secara berkumpulan dan dibaca bergilir-gilir seorang demi seorang sambil disemak oleh ahli-ahli kumpulan;

bertadarus Ar membaca al-Quran beramai-ramai hingga tamat (biasanya pd bulan Ramadan): dlm bulan puasa ramai orang pergi ke masjid utk bersembahyang tarawih dan ~.

tadbir urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg empunya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggungjawabkan kpd Lembaga Pengarah;

mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahuan asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pd keadaan pegawai-pegawai yg ~ kerajaan negeri itu;

tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia;

pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus;

pentadbir orang yg mentadbirkan, pengelola, pengurus, pemerintah.

tadi 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang berjumpa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebutkan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang.

tadika akronim bagi taman didikan kanak-kanak.

tadung I; ayam ~ ayam yg hitam bulu kakinya; ( tedung.

tadung II ark; tertadung tersangkut atau terhantuk kaki pd batu (akar), tersandung: kakinya ~ pd batu.

tae kwan do (ta kwan do) sj seni mempertahankan diri.

taf; kain ~ sj kain sutera.

tafahus Ar penyelidikan yg teliti, pemeriksaan, penggeledahan;

mentafahus memeriksa dgn teliti, menyelidiki, menggeledah: setelah ditafahus orang kedapatan suatu surat;

mentafahusi mentafahus.tafakur Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan cipta;

bertafakur 1. bermenung memikirkan sesuatu dgn sungguh-sungguh: Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan segenap perhatian dan fikiran pd sesuatu, mengheningkan cita: semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur;

mentafakurkan memikirkan (dgn sedalam-dalamnya);

tafakuran sesuatu yg ditafakurkan.

tafeta (tafta) (Tks) sj fabrik yg berkilat, nipis dan ringan, biasanya digunakan dlm pembuatan pakaian wanita.

tafsil Ar; mentafsilkan menghuraikan sesuatu dgn terperinci: ~ perkara yg telah diketahui akal secara umum;

tafsilan huraian atau keterangan kata (kalimah) secara terperinci.

tafsir 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut; juru~ orang yg memberi penjelasan (ulasan dll);

mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham;

tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat;

pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu);

pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir.

taftah ark ( taf.

tagak; bertagak-tagak berlengah-lengah (melakukan sesuatu dll), bertangguh-tangguh: pihak yg berkuasa janganlah ~ utk mengambil tindakan yg tegas terhadap peniaga-peniaga itu;

menagak tidak mengendahkan atau mempedulikan (bahaya dll), menahan, menentang, menghadapi;

menagak-nagak menahan-nahan (pekerjaan dll), menangguh-nangguhkan;

tertagak-tagak tertahan-tahan (berbuat sesuatu), tertangguh-tangguh.

tagal; Br setagal sebentar, sekejap; nanti se~ nanti sebentar.

Tagalog bahasa rasmi Filipina.

tagan 1. wang (barang dll) yg dipertaruhkan dlm perjudian, pertaruhan: permata intan dijadikan ~ , kekasih tidak abang tinggalkan; 2. wang dll yg disumbangkan utk (modal dll) usaha bersama, sumbangan; 3. gundu (dlm permainan guli, getah, jengkek, dsb);

bertagan 1. Kl bertaruh, berjudi: di kaki lima ramai orang ~ daun terup; 2. Kd berangan-angan, mengira-ngira: engkau ini belum lagi memulakan kerja itu asyik ~ sahaja.

tagar I (bunyi) guruh (guntur): maka sorak orang pun gemuruhlah spt ~ di langit bunyinya; bagai ~ di Pulau Sembilan prb percakapan yg terlalu tinggi lagi sombong;

bertagar berbunyi spt guruh, gemuruh, berdegar-degar.

tagar II Br; bertagar berkarat: pagar besi di tangga rumah itu ~ menyebabkan tangan saya kotor.

taghut Ar 1. sifat zalim yg melampaui batas; 2. syaitan yg mendorong manusia melakukan kejahatan; 3. nama salah satu berhala kaum Quraisy.

tagih I; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menunaikan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera;

tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang;

penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan;

penagih orang yg menagih.

tagih II; ~ judi suka (kuat) berjudi; ~ rokok suka (kuat) menghisap rokok;

menagih berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan:

menagihkan menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu: Islam juga melarang meminum atau mengambil benda yg ~ spt alkohol dan dadah;

ketagih rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt ~ candu;

ketagihan dlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll);

penagihan perihal menagih sesuatu: ~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang;

penagih orang yg menagih sesuatu; ~ dadah orang yg ketagihan dadah; ~ televisyen orang yg ketagihan menonton televisyen.

tagir Mn; ketagiran ketagihan.

tagur Kl; menagur melempar, membaling.

tah I partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri), gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?

tah II bp entah (utk menyatakan tidak tahu): ~lah.

tah III kep tahil.

tahajud Ar; sembahyang ~ sj sembahyang sunat yg dilakukan pd tengah malam, sebaik-baiknya selepas tidur;

bertahajud melakukan sembahyang tahajud: dia perlu tidur awal utk kelak bangun ~.

tahak Jk sendawa;

bertahak bersendawa.

tahalul Ar perbuatan mencukur dan menggunting rambut utk melepaskan diri drpd ihram selepas melakukan ibadah haji dan umrah;

bertahalul melakukan tahalul: bercukur atau bergunting rambut, sekurang-kurangnya tiga helai, kerana ~.

tahan I 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;

~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll);

bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini;

~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurangkan kesukaran yg dideritai; b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan;

menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan;

menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan;

menahankan 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja;

mempertahankan 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri;

tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menanggung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini;

tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~;

tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara: saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu;

ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati);

pertahanan 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~ negara;

penahanan 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah;

penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang.

tahan II; menahan memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu;

tertahan (sudah) terpasang.

tahan III; ~ turut tali dr puncak tiang ke bibir perahu (kapal).

tahana I sl darjat, martabat (kebesaran, kemuliaan), taraf;

bertahana bersemayam, duduk.

tahana II 1. Kd, bp; membuat ~ menderhaka; 2. Kd, Pl, bp menganiaya.

tahang I pasu besar drpd kayu, tong: ~ minyak.

tahang II gaung, jurang, lurah, ngarai.

tahap peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih

tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi;

bertahap ada tahapnya, berperingkat, bertingkat;

bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun;

menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap;

penahapan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau.

tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat.

tahar I; bertahar belayar terus (dlm angin, ribut, dll);

menaharkan melayarkan terus (dlm angin, ribut, dll): ditaharkan perahunya olang-aling dipalu ombak.

tahar II; bertahar terbiar, terdedah: mengapa budak itu ~ di tengah panas?

taharah Ar hukum fikah yg berkaitan dgn kebersihan (merangkumi hukum air, bersuci, najis, dsb), kebersihan.

tahayul Ar 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali;

ketahayulan sesuatu yg dipercayai sbg tahayul: sains tabii merupakan satu daya yg membebaskan manusia drpd belenggu ~.

tahbis Ar disucikan (utk keperluan agama Kristian);

mentahbiskan menyucikan atau memberkati (utk keperluan agama Kristian): ~ paderi; ~ air suci;

pentahbisan perihal mentahbiskan.

tahfifah Ar sl hadiah, persembahan (kpd orang yg terhormat): maka Raja Kida Hindi pun keluarlah menghadap Raja Iskandar dgn segala persembahannya, drpd ~ yg mulia-mulia dan drpd mata benda yg ajaib-ajaib.

tahfiz Ar menghafal (al-Quran); Institut T~ al-Quran Institut Menghafal al-Quran.

tahi I 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengandungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi;

~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuangkan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga.

tahi II; ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~ babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~ kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular, Coluber radiatus.

tahi III; ~ ayam sj ikan laut, Tachysurus thalassinus.

tahil ukuran berat yg bersamaan dgn a) 1/16 kati atau 37.8 gram (utk barang-barang); b) 16 mayam (utk emas); c) 10 ci atau 3.8 gram (utk candu).

tahir Ar bersih, murni, suci.

tahiyat Ar 1. penghormatan; 2. ucapan penghormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya semasa duduk dlm solat;

~ akhir salah satu rukun solat pd rakaat akhir sebelum salam; ~ awal tahiyat yg dibaca pd rakaat kedua, kecuali solat dua rakaat.

tahkik Ar 1. pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; 2. benar, sahih, sungguh: syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; ahli ~ ahli sufi;

mentahkikkan 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya;

pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat: apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik.

tahkim Ar 1. perihal melantik hakim, pengangkatan hakim; 2. keputusan yg dibuat oleh hakim, pertimbangan hakim;

bertahkim memakai hakim (dlm pertelingkahan).

tahlik ark ( taklik I.

tahlil I Ar sj zikir kpd Allah dgn mengucapkan kalimah lailahaillallah berulang-ulang: selesai semua doa dan ~, Karim dgn kawan-kawannya mula beredar dr situ;

bertahlil 1. melakukan tahlil: kemudian drpd selesai menyempurnakan fardu Isyak lalu ~; 2. Id nyanyian puji-pujian (dlm agama Kristian).

tahlil II Ar menjadikan halal perkahwinan antara suami isteri sesudah talak tiga (dgn perantaraan muhalil).

tahmid Ar zikir dgn mengucapkan alhamdulillah berulang-ulang;

bertahmid melafazkan tahmid, berzikir.

tahniah ucapan selamat (utk orang yg berkahwin, mendapat anak, naik pangkat, dll): aku ucapkan ~ atas kejayaanmu.

tahnik Ar perbuatan memasukkan sedikit benda manis (spt kurma yg telah dimamah) ke dlm mulut bayi yg baru lahir sebelum diberi susu.

tahsil Ar perihal mendapat atau memperoleh, pemungutan hasil (cukai, sewa, dll).

tahsin Ar hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dr segala aspek spt tajwid, lagu dsb: beliau pernah menyertai majlis ~ al-Quran anjuran Jabatan Agama Islam.

tahu I 1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya;

~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) mengetahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (membawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya;

setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimaklumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah;

tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~;

bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk memberitahukan kpd;

bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu;

bertahuan sl berkenalan (dgn);

tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa;

mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan;

tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati;

mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau buktinya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui sepenuhnya oleh masyarakat bahasa Indonesia;

ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya;

tak ~ Kd tidak siuman;

berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali;

pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal;

berpengetahuan (banyak) mempunyai pengetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling.

tahu II sj burung, burung tuwu, Eudynamys scolopacea malayana.

tahun I 1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu?; 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahirkan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasanya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan;

~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiadaan kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersaman dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira mengikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa as; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari;

setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll);

setahun-tahunan sepanjang tahun;

bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis;

bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu;

menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah menjauhkan diri naik ke Makkatul-musyarrafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (menghidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsinya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~;

tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun.

tahun II Mn; bertahun bertanam padi, bersawah;

pertahunan hasil sawah, panen, panenan: ~ rosak binasa, kerana batang padi habis dikerat-kerat tikus sebelum berbuah.

tahyul ( tahayul.

tai I bp tali leher;

bertai memakai tai, bertali leher: siapakah lelaki yg ~ biru kuning itu? tai II Kd tal.

taici sj senaman dgn gerak badan yg perlahan-lahan yg pd asalnya diamalkan oleh orang Cina utk menyihatkan badan.

taifah (ta.i.fah) Ar golongan, kaum, suku.

taiga (Rusia) (Geog) kawasan hutan pokok tirus yg terletak di antara kawasan tundra dgn kawasan steppe.

taijin C pegawai yg mengawasi hal ehwal orang Cina.

taik (Sunda); ditaiki dinaiki;

ditaikkan dinaikkan; ( naik.

taiko C sj penyakit kusta.

taikong ( tekong I.taikun ahli perniagaan yg kaya-raya dan berkuasa: dia seorang ~ gula dan tepung yg terkenal di wilayah ini.

taiming bp sombong, besar hati: jangan hendak tunjuk ~ dan keras kepala.

tain ( takyin.

taip; mesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal;

menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf;

taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~;

menaipkan menaip sesuatu utk (kerana);

taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~;

penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan;

penaip orang yg menaip.

tairu (Tamil) susu (kambing atau lembu) yg pekat dan masam.

tais ark tidak bersih, cemar, kotor.

tais liur Br ingin akan sesuatu (biasanya makanan).

taiso (Jepun) ark senaman, gerak badan, gimnastik.

taitut sj burung, burung ceketing, Lobivanellus indicus astronuchalis.

taj Ar mahkota; T~ul-Salatin mahkota segala raja (tajuk buku); taju.

taja; menaja 1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan): lain ditaja, lain dianyam; 2. berbuat sesuatu dr mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dll): syarikat perusahaan yg baru ditaja; utk ~ sebuah kampung baru yg seindah pusaka nenek moyang yg ada ini adalah satu perkara yg tidak mudah; ia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yg tersendiri yg dinamakan paleontologi; 3. merancang, mengatur: aku telah ~ hidupku; 4. membiayai rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan (bkn syarikat dsb): siaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans;

tajaan sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja;

penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah berhubungan rapat dgn ASAS 50 sejak ~nya;

penaja 1. orang yg menaja, orang yg mempelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen.

taja jamin (Eko) persetujuan atau tindakan menjamin utk membeli atau menyerap semua terbitan saham yg tidak dapat dijual kpd orang ramai dgn harga yg dipersetujui: beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut;

menaja jamin 1. bersetuju utk membeli semua saham baru yg tidak dibeli orang ramai pd harga yg ditetapkan bersama: pengurus terbitan akan ~ bon terbitan pd satu kadar faedah yg dipersetujui; 2. bersetuju utk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dsb): projek perumahan yg terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yg ~ projek itu;

penajajaminan proses atau hal menaja jamin;

penaja jamin bank, institusi kewangan dsb yg menaja jamin: beberapa buah bank telah mengambil bahagian sbg ~ saham terbabit.

tajak sj alat utk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas menghayun cangkul dan ~ , membuat kebun sayur;

~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan;

menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak;

penajakan perbuatan (kerja) menajak;

penajak orang yg menajak.

tajalli Ar 1. tersingkap atau terbuka hijab (bkn sufi, tasawuf); 2. jelas dan nyata (sesuatu yg ghaib), sudah terang, tidak tersembunyi; 3. kebenaran yg diperlihatkan Tuhan, wahyu.

tajam I 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu; 4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor;

~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar;

berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang;

menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu;

menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur;

mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan;

ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu;

penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.

tajam II; ~ damak sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, Grewia latifolia; ~ molek sj tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, Baccaurea brevipes.

tajau sj tempayan besar yg dibuat drpd tanah liat (berlapis sj kaca).

tajdid Ar pembaharuan (yg menurut ulama fikah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yg semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah).

taji I = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipasang pd susuh ayam; ~ golok taji yg dipasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuknya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb perihal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan;

bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri;

menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera berpaling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan.

taji II sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus neriifolius.

tajin kanji (utk mengeraskan pakaian);

bertajin berkanji (pakaian);

menajin mengeraskan pakaian dgn tajin;

menajinkan menganji (pakaian).

tajribah Ar percubaan.

taju mahkota; ( taj.

tajuk I 1. perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak dll), mahkota, patam, jamang; 2. perhiasan kepala drpd karangan bunga yg dicacak pd rambut atau pd tutup kepala (mahkota, serban, dll): ~ bunga cempaka dan bunga cina; 3. = ~ perahu kili-kili atau pasak pd tepi perahu; 4. kepala surat (karangan, makalah, dll), judul, mauduk, pokok (percakapan): belum lagi diberi ~ utk karangan itu; Hilmy mengubah ~ percakapannya;

~ berita a) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yg dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dsb; b) ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dlm siaran televisyen dan radio; ~ dayung keliti dayung (pd perahu); ~ mahkota a) karangan bunga pd mahkota; b) yg tercinta, yg dikasihi; ~ rencana induk karangan (dlm majalah, surat khabar, dll); ~ surat kepala surat;

bertajuk 1. ada tajuknya, memakai tajuk: ia memakai seberhana tubuh, berkain pancung, bersebai, berdestar, ~; 2. ada judulnya (karangan dll), berkepala: karangan ini tidak ~;

menajuk kelihatan menganjur (tinggi), tercacak, terkemuka;

mempertajuk sl memberi bertajuk, memakai tajuk pd: maka dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai.

tajuk II Mn tingkat;

bertajuk bertingkat;

bertajuk-tajuk bertingkat-tingkat.

tajun; ~-menajun menitik, menitis (air, peluh, dll): peluh ~-menajun laksana manik berhambur drpd karangannya.

tajung; kain ~ ark sj kain sarung sutera.

tajur I kail besar yg berjoran, semetik, taut.

tajur II ark kelihatan menganjur (memanjang);

penajur deretan yg memanjang (pancang kelong dll).

tajur III Jk sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat sakit perut), Cherodendron buchanani.

tajwid Ar ilmu (hukum) yg berkaitan dgn lafaz atau sebutan yg betul dan tepat dlm bacaan al-Quran: Haji Saleh diangkat menjadi guru bahagian ~;

tak I kep tidak: ~ kan tidak akan, tidak mungkin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli tak ~ ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak.

tak II bunyi spt bunyi orang mengetuk kayu dll dgn batu, bunyi detak.

taka unit mata wang Bangladesh.

takabbur Ar takbur.takadum Ar martabat (darjat, taraf) yg tertinggi.

takaful Ar insurans yg didasarkan pd atau yg mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam.

takah I takik, takuk;

bertakah-takah bertakuk-takuk: dia terus menuruni tanah bukit yg ~.

takah II Kd sj kera, kongkang, kera duku, nilung.

takah III Mn 1. sikap, rupa, tingkah laku: ~nya masih perawan; 2. segak, gagah, kacak, tampan: ~ juga rupa orang itu; 3. perawakan, tokoh: ~nya akan jadi orang besar;

menakah ark kelihatan elok dll.

takai; menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kawanan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, disingkirkan dsb sbg langkah mencegah pemerebakan penyakit dsb: beritahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yg didapati lemah dan berpenyakit; tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr semasa ke semasa;

penakaian proses (tindakan, perbuatan, usaha dsb) menakai: maklumat ini diperlukan utk memudahkan kerja ~ ternakan yg berpenyakit.

takak I; kain (ber)~ sarung yg dibuat drpd dua helai kain yg dijahit bersambung;

menakak menjahit dua helai kain menjadikan sarung.

takak II ( takuk.

takal alat berupa roda-roda kecil yg diberi bertali atau berantai (utk mengangkat barang berat), kapi, kerek.

takang; ~-takik berbagai-bagai takik.

takar 1. sj bekas drpd tembikar (utk menyimpan cuka, halia, dll), buyung, guri; 2. ukuran banyak (gelen, liter, dll); gelas ~ Id tabung kaca yg bersenggat-senggat utk menyukat benda-benda cair (dlm ujian kimia);

setakar ki sama ukuran, seimbang, sekadar;

menakar 1. menyukat (ubat dll) dgn takar, mengukur dgn takar; 2. ki mengambil semuanya, membolot: segala belanja yg dikeluarkan oleh isterinya hendak ditakarnya;

takaran 1. alat utk menakar sesuatu; 2. ki sesuatu yg menjadi ukuran, kadar;

~ kehidupan perbelanjaan hidup yg mencukupi; ~ sudah hampir penuh sudah tua.

takarir Ar catatan di tepi halaman kitab.

takat I; 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2. had atau peringkat (pd sesuatu ukuran);

~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur;

setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbualan mereka terhenti; ~ manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberikan?;

bertakat-takat bersenggat-senggat, berperingkat-peringkat: campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~.

takat II Jw tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit.

takat III Br terumbu.

takau; ~ rimba sj burung, burung tukang, tukang besi, Eurylaimus javanicus; ~ selawit sj burung, burung seluit, Calyptomena viridis.

takbir I Ar kalimah mengagungkan Allah dgn menyebut Allahuakbar berulang kali: suara ~ berkumandang pd malam raya; membaca ~ melafazkan Allahuakbar (berulang-ulang); mengangkat ~ mengangkat kedua-dua belah tangan Allahuakbar;

bertakbir membaca takbir: suara orang ~ bergemuruh bunyinya;

takbiran puji-pujian kpd Allah dgn bertakbir.

takbir II Ar huraian menjelaskan sesuatu, makna, penafsiran, takwil (biasanya mengenai mimpi): puaslah ia memikirkan apakah ~ mimpinya itu;

mentakbirkan menerangkan atau menafsirkan erti mimpi, mentakwilkan (mimpi).

takbiratulihram Ar ucapan takbir "Allahuakhbar" sambil mengangkat kedua-dua belah tangan hingga ke paras telinga pd permulaan sembahyang.

takbur berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam;

ketakburan perihal takbur.

takdim Ar pembukaan, pendahuluan (sembahyang).

takdir 1. = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya;

mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg dahsyat;

ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll): sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang.

takdis Ar penyucian, pengudusan;

mentakdiskan menyucikan, menyatakan suci.

takeyari (takyari) (Jepun) ark tombak buluh, buluh runcing.

takhir Ar kemudian, lewat;

mentakhirkan mengemudiankan, melewatkan: ~ sembahyang. takhlik Ar; mentakhlikkan membentuk, menciptakan, menjadikan.

takhta tempat raja bersemayam;

~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja;

bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, bersemayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, tersemat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman;

mentakhtai menduduki (memegang) takhta;

mentakhtakan mendudukkan di takhta kerajaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja negeri itu;

ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti.

taki I; bertaki berbantah, berbahas, bertengkar: kadang-kadang sampai merah muka aku ~ dgn kawanku akan sesuatu hal yg tidak aku setujui;

menaki menentang, membantah;

penaki (orang yg) suka bertaki (berbahas, bertengkar): aku tidak berani menerangkannya lebih panjang lagi kerana ayahku itu ~ orangnya.

taki II ark; bertaki berjanji.

takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang: potongan itu tebal-tebal ~nya; takang-~ berbagai-bagai takik;

bertakik-takik ada takiknya di beberapa tempat, bertakuk-takuk;

menakik 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn memarang dll), menakuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatannya; 2. menoreh kulit kayu utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu prb Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu;

tertakik menakik atau ditakik dgn tidak sengaja: jika salah-salah hayun, kapak tergelicir sasaran dan betis pula yg ~;

takikan 1. hasil drpd perbuatan menakik; 2. takuk yg dibuat utk memudahkan orang berpijak, takukan;

penakikan 1. perbuatan (kerja) menakik (menakuk), penakukan; 2. perbuatan (kerja) menakik (menoreh, menyadap), penorehan, penyadapan;

penakik 1. orang yg menakik (menakuk), penakuk; 2. orang yg menakik (menoreh), penoreh, penyadap.

takipnea (takipna) (Ubat) pernafasan yg terlalu cepat dan pendek.

takir Jk bekas air dll (drpd daun pisang, daun kelapa, dll), limas.

takjub berasa aneh atau pelik (kerana melihat atau mendengar sesuatu), hairan, kagum: Mak Guna tercengang, hairan dan ~;

menakjubi berasa takjub (hairan) akan, mengagumi;

menakjubkan mendatangkan rasa takjub, mengagumkan, menghairankan: kesakitan Wira Pati sangat ~ Sang Nata;

ketakjuban perihal takjub, kehairanan, kekaguman.

takkan singkatan bagi tidak akan.

taklid Ar 1. pegangan pd pendapat ahli hukum yg muktabar; 2. percaya bulat-bulat kata orang, menurut (meniru, meneladani orang lain); 3. = ~ buta hanya menurut (mengikut) sahaja;

bertaklid berpegang pd pendapat ahli hukum yg muktabar: namun bagi golongan awam, mereka memang perlu ~ kpd para ulama atau mereka yg lebih mengetahui;

bertaklidkan bertaklid kpd: mereka wajib ~ para nabi.

taklif Ar penyerahan beban (tugas, pekerjaan) yg berat kpd seseorang.

taklik I Ar perjanjian (kahwin dll) atau pengakuan gugurnya talak dgn janji (spt ke darat enam bulan ke laut setahun, tiada berita, talak gugur dgn sendirinya): dgn ~ kaum perempuan boleh melepaskan dirinya drpd kongkongan suami yg tidak disukainya; hukuman ~ hukuman yg dikenakan dgn perjanjian.

taklik II Ar; menaklik membaca dgn teliti, mempelajari.

taklikat catatan di tepi kitab.

taklim Ar perihal mengajarkan agama Islam: aktiviti pengayaan ilmu ini boleh diadakan di dlm kelas, kelas khas atau semasa ~ selepas atau sebelum kelas amali solat. taklimat penerangan ringkas tentang sesuatu perkara;

mentaklimatkan memberikan penerangan atau arahan yg perlu secara ringkas tentang sesuatu perkara: pengarah akan ~ arahan yg terbaru itu kpd semua staf yg terlibat.

takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri;

menakluki 1. = menaklukkan menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia;

tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya seluruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah;

taklukan (orang dll) yg ditaklukkan, tawanan;

penaklukan perihal menaklukkan, penawanan;

penakluk orang yg menakluk.

takma jalinan atau kepang tali (kabel dll);

menakma menjalin atau mengepang (tali, kabel, dll).

takmir Ar amalan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan sesuatu makmur, gilang-gemilang, giat dan digunakan sepenuhnya; ~ masjid usaha menjadikan masjid sbg pusat pelbagai kegiatan agama.

takograf alat utk merekodkan kelajuan, masa dan jarak perjalanan sesebuah kenderaan.

takol (Sunda) ark; menakol memukul.

takometer (takomter) alat yg digunakan utk mengukur laju putaran enjin, dinyatakan dlm putaran per minit (ppm).

takoyong Br ( ulun.

takraw = sepak ~ sj permainan sepak raga yg memakai jaring, sepak raga jaring.

takrif huraian yg ringkas dan tepat (tentang sesuatu spt makna perkataan dll), penjelasan (bkn sesuatu), penentuan, pernyataan (yg menerangkan), definisi: dgn ~ ini, dapat kita faham akan perasingan undang-undang dgn moral dan ilmu siasah;

mentakrif memberi atau membuat takrif (definisi);

mentakrifkan memberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata bahawa novel itu tidak didefinisikan;

pentakrifan perihal (perbuatan, cara, dsb) mentakrifkan (sesuatu): ~ harus dimulai dgn penerangan yg umum ke penerangan yg khusus;

pentakrif orang yg memberikan takrif tentang sesuatu kata, istilah, dsb (apabila menyusun sesebuah kamus dll).

takrim Ar hormat, penghormatan, pemuliaan: maka anakanda sambut dgn takzim dan ~.

takrir Ar pengakuan kebenaran secara lisan.

taksa mempunyai makna yg kabur (menyangsikan, meragukan), boleh menimbulkan lebih drpd satu makna atau tafsiran;

ketaksaan perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna): adanya imbuhan-imbuhan membantu menghilangkan ~ sesuatu ayat.

taksi Id teksi;

menaksi bp menaiki teksi, menumpang teksi;

menaksikan 1. menumpangkan pd teksi; 2. memakai kereta (motokar) sbg teksi, menjadikan teksi; teksi.

taksidermi seni atau kaedah mengawet binatang dan burung yg telah mati sehingga ia kelihatan seolah-olah masih hidup.

taksir I tidak mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa, lalai: jangan ~ drpd memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa kerajaan engkau; berlepas ~ membebaskan diri drpd kesalahan orang;

mentaksirkan melalaikan, mengalpakan.

taksir II kira, hitung, nilaian: ~ kasarnya bolehlah didapati dgn mengira bunga biasa dgn kadar 4%; salah ~ salah kira (hitung); kurang ~ hilang laba prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn hati-hati akan mendatangkan kerugian;

menaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin memiliki (mempunyai) sesuatu, menghendaki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak;

taksiran 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persangkaan: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran;

penaksiran perihal menaksir;

penaksir orang yg menaksir.

taksis I Ar pembatasan;

mentaksiskan membatasi, mengehadkan.

taksis II (Bio) pergerakan berarah (mendekati atau menjauhi rangsangan) oleh organisma ringkas spt alga, sbg gerak balas terhadap rangsangan luar spt cahaya, suhu dan bahan kimia.

taksonomi kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.

taksun Kl tidak sesuai, canggung (tentang pakaian): memang ~ kain hitam dipakai orang yg berkulit hitam.

taktih Kd tatih.

taktik cara atau kaedah utk memperoleh, mencapai, atau mendapatkan sesuatu tujuan yg dikehendaki, muslihat, siasat: musuh sedang menggunakan ~ baru dlm usahanya hendak menghancurkan negara tersebut.

taktikal 1. berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan: semua pemain perlu mengikuti latihan ~ lima kali seminggu; 2. digunakan atau dilakukan utk bantuan serta-merta dlm sesuatu operasi ketenteraan (bkn senjata, pengeboman dsb): TUDM juga mempunyai pesawat ~ jarak sederhana.

takuh; ~-takah berbagai-bagai takik, tidak rata.takuk 1. takik yg agak dalam (pd pokok kelapa dll tempat berpijak ketika memanjat), tokek; 2. bahagian kemaluan laki-laki yg berlurah, leher kemaluan laki-laki; 3. ki had, takat, peringkat: petani-petani masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka;

~-takak berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata;

bertakuk ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh); ~ yg ditebang, yg bergaris yg dipahat prb Mn mengikut peraturan (adat, resam) yg lazim;

menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik; 2. Mn menentukan (perjanjian dll); ~ janji menentukan janji.

takul Br peluk, dakap;

bertakul berpeluk, berdakap.

takung bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air;

bertakung tidak mengalir, tergenang, tersekat: segala tempat air ~ hendaklah ditambak;

menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau mengheningkan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. menadah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini;

tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap;

takungan 1. = penakung bekas utk menakung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam;

penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan.

takup sj tumbuhan (pokok memanjat yg berumbi), akar kakub, janggut kelonak, ubi akub, ubi garam, ubi takub, Discorea orbiculata.

takur I Mn tekur, tunduk.

takur II sj burung; ~ akar, Megalaima australis; ~ besar = ~ jambang mas, Megalaima chrysopogon; ~ gunung, Megalaima rafflesii; ~ mahkota kuning, Megalaima hendricii.

takut = ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya;

~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

takut-takut sentiasa berasa takut, sangat takut, agak takut: dlm lakonan itu, kanak-kanak bercakap dgn tidak malu-malu dan ~; ~ berani tidak berapa berani dan tidak takut benar; ~ segan berasa segan-segan (malu-malu);

takut-takutan 1. sangat mudah terkejut (terperanjat), sangat penakut; 2. berasa malu-malu (segan-segan, silu-silu); 3. berpura-pura takut;

menakut ark bangkit (timbul) rasa takut, mula takut;

menakuti 1. = mengetakuti ark berasa takut pd, menaruh rasa hormat kpd, menyegani: maka mereka itu sekalian ditakuti orang Melayu; 2. = menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti menimbulkan (menerbitkan) rasa takut, memberi takut kpd: suaraku ditakuti semua murid; sudah sekian lama suaminya

dlm tahanan tidaklah ada orang yg dapat menolong, orang kampung kebanyakan hanya mempertakut-takuti;

menakutkan 1. menyebabkan orang takut akan (kpd): hukuman yg diberi itu mestilah ~ supaya menjadi contoh dan mencegah orang lain melakukan kesalahan; 2. menimbulkan perasaan takut, mengharukan: peristiwa itu menggerunkan, ngeri dan ~; 3. berasa takut akan, gelisah (khuatir) terhadap sesuatu: ditakutkan hujan di tengah jalan nanti; takutkan hantu, terpeluk bangkai prb takutrugi atau susah sedikit, jadi rugi atau susah banyak;

menakut-nakutkan membuat sesuatu (mengugut dll) supaya takut: ia diugut-ugut dan ditakut-takutkan; ia mengherdik dan ~ budak-budak;

ketakutan 1. perihal takut, rasa takut: maka sekalian orang yg duduk dlm negeri itu sentiasa dgn ~ akan aniaya dan loba orang besar-besar; 2. perasaan hormat dan malu, keseganan; 3. perasaan resah, kegelisahan, kekhuatiran; 4. dlm keadaan takut, menderita (menanggung) takut: pengemis itu kelihatan ~ sahaja rupanya;

ketakut-takutan agak takut-takut: ia menuju ke situ dgn ~;

berketakutan hilang keberanian;

penakut (orang yg) mudah takut, pengecut: kalau sudah begitu, baru tahu siapa ~ siapa berani.

takuwih; burung ~ sj burung, burung mati anak, Penthoceryx sonneratii malayanus.

takuyung Br; ~ pulas sj siput, Potamides cerithium; ~ rimba siput darat; ~ timba sj siput, Neritina crepidularia.

takwa Ar 1. ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan: di mukanya kelihatan sinar yg jernih dan tajam, sinar ~ iman yg biasa terbayang di muka orang zahid; 2. takut akan Allah, hidup soleh: sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg benar-benar taat kpd perintah Allah;

bertakwa mempunyai sifat takwa;

ketakwaan perihal takwa.

takwil Ar keterangan (mimpi dll), penjelasan, takbir, tafsir: mereka tidak pernah mengerti akan ~ ceritanya;

mentakwilkan memberi penjelasan, menerangkan, mentafsirkan;

takwilan sesuatu yg ditakwilkan: mimpi yg memerlukan ~ simbolik.

takwim daftar hari bulan, almanak, kalendar, penanggalan.

takyin Ar huraian mengenai sesuatu, penerangan, penjelasan.

takziah peryataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa: kpd keluarga si mati, kami mengucapkan ~ utk menyatakan rasa dukacita;

bertakziah turut bersedih (berdukacita), mengunjungi (orang mati): beribu-ribu orang telah pergi ~ ke rumah si mati.

takzim amat hormat, penuh hormat dan sopan: ia menjawab dgn ~nya;

mentakzimkan memberi takzim akan, menghormati, mempermuliakan.

takzir Ar hukuman yg dijatuhkan atas dasar kebijaksanaan hakim kerana tidak terdapat dlm al-Quran dan hadis bertujuan utk pengajaran;

mentakzirkan menjatuhkan hukuman yg menyimpang drpd hukum yg ditetapkan.

tal sj tumbuhan (palma), lontar, tah, tai, Borassus fiabellifera.

tala I 1. kesesuaian nada, laras; ~ bunyi = garpu ~ Id alat berbentuk U yg dibuat drpd besi dan digunakan utk melaraskan bunyi (nada, suara, dll); 2. gema, talun: ting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dr seluruh bandar; dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~;

setala selaras bunyinya, sama bunyinya;

menyetalakan menyelaraskan bunyi, menyamakan nada: ~ bunyi alat muzik;

bertala-tala sl bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah: kedua-dua belah pihak ~;

menala 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan efisien;

penalaan perihal (perbuatan) menala;

penala tala bunyi, garpu tala.

tala II Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam.

tala III; menala memukul dgn tangan tergenggam.

tala IV hala, arah.

talah Mn; tertalah-talah terburu-buru, tergopoh-gapah, tergesa-gesa.

talai ark lalai.

talak pelepasan ikatan nikah dgn ucapan talak, cerai, dsb oleh suami: dgn mudah ia menjatuhkan ~ kpd isterinya;

~ bain talak yg tidak boleh dirujuk kembali; ~ dua talak rajii yg dijatuhkan dua kali secara berasingan atau dgn lafaz talak dua; ~ rajii talak yg masih boleh dirujuk kembali (pd talak pertama atau kedua) dgn syarat isteri yg dicerai itu masih dlm idah; ~ satu talak rajii yg dijatuhkan kali pertama atau dgn lafaz talak satu; ~ tiga talak yg dijatuhkan tiga kali secara berasingan, atau dgn lafaz talak tiga, yg tidak boleh dirujuk kembali;

mentalak menceraikan isteri: isterinya itu ditalaknya.

talam sj dulang yg tidak berkaki (tempat menyajikan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa;

spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keuntungan diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa.

talan sj tumbuhan (pokok renek), gapih paya, paluh periuk, tudang puyuh, Saraca triandra; ~ kunyit = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), gapis, gapih, gapis kunyit, Saraca declinata; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing-kucing, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum.

talang I 1. sj ikan laut, seliap, seliat, Chorinemus lysan; 2. = ~ padi sj ikan laut, seliat, Chorinemus tol; 3. sj ikan laut, Chorinemus sanctipetri.

talang II Jw saluran air (biasanya drpd buluh pd cucuran atap dll).

talang III Jk pengantara dlm berjual beli, orang tengah, broker, cangku;

~ kuda orang yg bekerja sbg penjual kuda; ~ wang orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga, ceti;

menalang, menalangi 1. memberi pinjaman wang; 2. membeli barang dgn berhutang;

penalang; ~ wang talang wang.

talang IV sj buluh yg banyak mengandungi air; ~ perindu buluh perindu.

talang V dusun kecil yg berhampiran dgn hutan (ladang dll); orang ~ a) orang dusun (hulu); b) orang yg dianggap rendah martabatnya; ( petalangan.

talang VI; bujang ~ a) orang laki-laki yg tidak beristeri; b) balu yg tidak beranak.

talangkai ( telangkai.

talar I; bertalaran (bercakap) dgn terus terang, tidak bersembunyi-sembunyi.

talar II Jh; menalar tidak menghalang, membiarkan.

talas sj tumbuhan (herba yg berubi), (birah) keladi, Colocasia esculentum.

talasemia (talasmia) (Ubat) sj penyakit keturunan yg berpunca drpd kurangnya protein globin yg menjadi komponen hemoglobin dlm darah.talbiah Ar menyerahkan diri kpd Tuhan (Allah); ~ bihaj berniat hendak menunaikan fardu haji.

talek IB, bp bedak drpd sj tepung halus (yg mengandungi zat tertentu).

talen (taln) Jw wang perak bernilai dua puluh lima sen, wang tali; ( tali II.

talenan Jw papan dll tempat memotong sayur-sayuran dll; ( telenan.

taler (talr) ark kep tali leher, dasi.

tales Jw talas.

tali I 1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu: bungkusan itu diikat dgn ~ pisang;

~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit = ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam, murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat (pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~ bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~ besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap) tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurun-naikkan layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~ dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~ dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~ gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemudikan kuda; ~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit) tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk menegakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~ pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~ pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengangguk tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg direntangkan utk menandakan kawasan larangan atau pantangan; ~ pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn urinya; b) bahagian buah yg menghubungkan biji dgn kulit buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang, kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~ sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~ sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~ sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurun-naikkan bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi;

~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa gunanya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan; bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb perbuatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna; bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugian; digantung sehasta ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana;

setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan;

bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah bertunangan (gadis), berikat;

~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada perhubungan keluarga dgn;

~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan memilih apa yg disukainya;

tali-bertali bertali-tali;

bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, berhubungan dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersambung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;

bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom;

menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb;

mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, melibat-libatkan dgn, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan: jangan dipertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. menghubungkan (dgn), menyambungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan bertali-tali,menyambung-nyambungkan, menghubungkan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kesetiaan? 5. menjodohkan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak mahu dipertalikan dgn orang yg belum dilihatnya;

talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesawat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat perakam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; luar ~ (Komp) berada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer;

pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang?; 2. rangkaian yg mempunyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), persamaan;

~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan kekeluargaan; ~ silaturahim perhubungan persahabatan (persaudaraan);

penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark takrif, kesimpulan.

tali II = wang ~ mata wang yg bernilai dua puluh lima sen;