kakitangan dapat kenaikan gaji ganjaran jika produktiviti naik fileberita baik untuk kakitangan...

12
1 Berita LGMPC 2007 (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia) 2007 KELUARAN 8 Bil 1/2007 Kakitangan dapat kenaikan gaji Kakitangan Perbadanan gembira kerana menerima kenaikan gaji baru berikutan kelulusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah baru-baru ini. Menurut Dr Habibah Suleiman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan, semakan terbaru itu berkuatkuasa mulai Julai ini dan ia adalah selaras dengan kenaikan gaji kakitangan sektor awam yang diumumkan oleh kabinet baru-baru ini. “Seperti skim yang dilaksanakan oleh kerajaan, setiap kakitangan akan menerima kenaikan antara 35% – 5%, bergantung kepada kedudukan gred gaji masing-masing,” jelas beliau. “Di samping itu, Lembaga juga bersetuju supaya kakitangan dibayar elaun sara hidup sepertimana yang dinekmati oleh kakitangan kerajaan,” sambung beliau. Pendapatan 2006 Cemerlang “Prestasi kewangan Perbadanan bagi tahun 2006 amat membanggakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC Dr Habibah Suleiman. “Akaun Perbadanan yang telah diaudit menunjukkan bahawa pendapatan selepas cukai bagi tahun 2006 melebihi dua kali ganda dari tahun sebelumnya,” jelas beliau. “Pertambahan pendapatan telah didorong oleh peningkatan hasil ladang dan juga disokong oleh kenaikan harga pasaran minyak sawit dan getah,” sambungnya lagi. Dr Habibah berkata, pendapatan ladang tahun 2006 sepatutnya lebih tinggi lagi jika tidak kerana banjir yang melanda Ladang LGM Panti, Kota Tinggi dan Ladang LGM Pahang Tenggara pada penghujung tahun lalu yang mana telah mengakibatkan ladang kerugian hasil sawit dan getah. Pendapatan Sewa Hartanah Meningkat Pendapatan dari sewa hartanah mencapai satu rekod tertinggi pada tahun 2006. Menurut Ismail Ahmad, Pengurus Kanan (Hartanah), keadaan ekonomi negara yang bertambah baik serta permintaan tinggi terhadap ruang pejabat telah menyebabkan ruang pejabat di KBGA disewa sepenuhnya. Di samping itu, rumah-rumah banglo dan bangunan-bangunan di bawah pengurusan Perbadanan juga telah habis disewa oleh beberapa pihak. Mengenai hutang tertunggak, Ismail berkata, pihaknya berasa lega kerana penyewa-penyewa terbabit telah dapat melangsaikannya, sekaligus ia menambahkan lagi pendapatan sewa. Ismail menambah bahawa sebuah bank dijangka mula beroperasi tidak lama lagi di tingkat bawah Bangunan Getah Asli setelah kerja- kerja ubahsuai selesai dilaksanakan. Ganjaran jika produktiviti naik Berita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan ladang bagi sesuatu tahun itu tinggi. Berucap di majlis makan malam kakitangan yang diadakan di sebuah hotel di Port Dickson pada 1 Jun lalu, Dr Habibah Suleiman berkata, Lembaga Pengarah bersetuju memperkenalkan skim tersebut sepertimana yang dinekmati oleh kakitangan di sektor perladangan swasta. “Skim insentif ini akan dilaksanakan mulai tahun ini kepada kakitangan ladang- ladang di bawah pengurusan Perbadanan,” katanya. Dr Habibah menambah, dengan keputusan tersebut, beliau berharap ia akan menjadi dorongan kepada kakitangan ladang untuk berusaha meningkatkan produktiviti serta menambah hasil ladang.

Upload: others

Post on 29-Oct-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

1B e r i t a L G M P C • 2007

(Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia)

2007KELUARAN 8 Bil 1/2007

Kakitangan dapat kenaikan gaji

Kakitangan Perbadanan gembira kerana menerima kenaikan gajibaru berikutan kelulusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarahbaru-baru ini.

Menurut Dr Habibah Suleiman, Ketua Pegawai EksekutifPerbadanan, semakan terbaru itu berkuatkuasa mulai Julai ini dania adalah selaras dengan kenaikan gaji kakitangan sektor awamyang diumumkan oleh kabinet baru-baru ini.

“Seperti skim yang dilaksanakan oleh kerajaan, setiap kakitanganakan menerima kenaikan antara 35% – 5%, bergantung kepadakedudukan gred gaji masing-masing,” jelas beliau.

“Di samping itu, Lembaga juga bersetuju supaya kakitangandibayar elaun sara hidup sepertimana yang dinekmati olehkakitangan kerajaan,” sambung beliau.

Pendapatan 2006 Cemerlang

“Prestasi kewangan Perbadanan bagi tahun 2006 amatmembanggakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC DrHabibah Suleiman.

“Akaun Perbadanan yang telah diaudit menunjukkan bahawapendapatan selepas cukai bagi tahun 2006 melebihi dua kali gandadari tahun sebelumnya,” jelas beliau.

“Pertambahan pendapatan telah didorong oleh peningkatan hasilladang dan juga disokong oleh kenaikan harga pasaran minyaksawit dan getah,” sambungnya lagi.

Dr Habibah berkata, pendapatan ladang tahun 2006 sepatutnyalebih tinggi lagi jika tidak kerana banjir yang melanda Ladang LGMPanti, Kota Tinggi dan Ladang LGM Pahang Tenggara padapenghujung tahun lalu yang mana telah mengakibatkan ladangkerugian hasil sawit dan getah.

Pendapatan Sewa HartanahMeningkatPendapatan dari sewa hartanah mencapai satu rekod tertinggipada tahun 2006.

Menurut Ismail Ahmad, Pengurus Kanan (Hartanah), keadaanekonomi negara yang bertambah baik serta permintaan tinggiterhadap ruang pejabat telah menyebabkan ruang pejabat di KBGAdisewa sepenuhnya.

Di samping itu, rumah-rumah banglo dan bangunan-bangunan dibawah pengurusan Perbadanan juga telah habis disewa olehbeberapa pihak.

Mengenai hutang tertunggak, Ismail berkata, pihaknya berasa legakerana penyewa-penyewa terbabit telah dapat melangsaikannya,sekaligus ia menambahkan lagi pendapatan sewa.

Ismail menambah bahawa sebuah bank dijangka mula beroperasitidak lama lagi di tingkat bawah Bangunan Getah Asli setelah kerja-kerja ubahsuai selesai dilaksanakan.

Ganjaran jika produktiviti naik Berita baik untuk kakitangan ladang. Andaberpeluang menerima bonus sehingga lima bulangaji sekiranya pendapatan ladang bagi sesuatutahun itu tinggi.

Berucap di majlis makan malam kakitangan yangdiadakan di sebuah hotel di Port Dickson pada1 Jun lalu, Dr Habibah Suleiman berkata,Lembaga Pengarah bersetujumemperkenalkan skim tersebut sepertimanayang dinekmati oleh kakitangan di sektorperladangan swasta.

“Skim insentif ini akandilaksanakan mulai tahun inikepada kakitangan ladang-ladang di bawah pengurusanPerbadanan,” katanya.

Dr Habibah menambah, dengan keputusan tersebut, beliauberharap ia akan menjadi dorongan kepada kakitangan ladanguntuk berusaha meningkatkan produktiviti serta menambah hasilladang.

Page 2: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

2 B e r i t a L G M P C • 2007

Lembaga Pengarah Perbadanan 2007

Dato’ Mohammad Izat dilantik sebagaiAhli Lembaga PengarahKetua Pengarah RISDA, Dato’ Mohammad Izat b Hasan, 54, telah dilantik menjadi AhliLembaga Pengarah LGMPC mulai Jun 2007.

Beliau yang memiliki ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang geografi dan SarjanaSains dalam bidang ‘Urban & Regional Planning’ telah memulakan kerjayanya sebagaiPenolong Setiausaha di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah Persekutuanpada bulan Oktober 1976 dan kemudian memegang beberapa jawatan penting di pelbagaijabatan kerajaan. Antaranya ialah sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Perkhidmatan,Jabatan Perkhidmatan Awam; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan Undang-

Undang Tanah, Jabatan Tanah & Galian; Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah Jempol, Negeri Sembilan;Timbalan Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Sembilan; Timbalan Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi,Jabatan Perdana Menteri; Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kerajaan Tempatan, Negeri Selangor dan selepas itu, padabulan September 1992 menjadi Ketua Penolong Setiausaha Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Organisasi danPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan.

Pada bulan Oktober 2000, Dato’ Mohammad Izat telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Selangor danpada bulan April 2001 menjadi Pengarah Bahagian Pengambilan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Pada bulanApril 2003, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan pada bulan bulan Mac 2004, beliaumemegang pula jawatan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.

Pada bulan Mei 2005, Dato’ Mohammad Izat menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial), Kementerian Kemajuan Luar Bandardan Wilayah sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah RISDA pada bulan Mei 2006.

Dato’ Dr Kamarul Baharain bin BasirPengerusi Lembaga Pengarah

Dato’ Mohammad Izatbin Hasan

Ahli Lembaga Pengarah

Puan Chan Lai HarAhli Lembaga Pengarah

Tan Sri Datuk (Dr)Arshad bin Ayub

Ahli Lembaga Pengarah

Encik KamaruzamanMahmood

Ahli Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah LGMPC bagi tahun 2OO7 mengalami sedikit perubahan apabila Tan Sri Datuk Dr Abdullah Tahir tamattempoh jawatannya. Berikutan itu, Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Mohammad Izat b Hasan, telah dilantik untuk mengisikekosongan tersebut. Pengerusi Lembaga Pengarah ialah Ketua Pengarah LGM, Dato’ Dr Kamarul Baharain bin Basi, sementaraAhli-Ahli lain ialah Tan Sri Datuk (Dr) Arshad bin Ayub, Encik Kamaruzaman Mahmood dan Puan Chan Lai Har.

Page 3: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

3B e r i t a L G M P C • 2007

Bilangan Hartanah yang diuruskanakan berkuranganBilangan hartanah yang diuruskan oleh Perbadanan akanberkurangan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Pengurus Kanan (Hartanah), Ismail Ahmad berkata arahanpenyerahan balik hartanah tersebut terutamanya yangterletak di Jalan Ampang, adalah berikutan satu keputusandasar yang diumumkan baru-baru ini dan ia akandilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

‘Dalam hal ini, pihak kami telah diberitahu supaya tidak lagimemperbaharui perjanjian sewaan beberapa bangunantertentu apabila tamat tempoh penyewaannya,’ katanya.

‘Sekiranya hartanah yang diuruskan oleh Perbadananberkurangan, ia pasti akan memberi kesan langsung kepadahasil sewaan yang pada masa ini lebih kurang 35% daripadajumlah hasil pendapatan Perbadanan setiap tahun.

Perladangan jadi teras utamapendapatan RRIMPC Perbadanan akan memberitumpuan yang lebih rapi kepadapembangunan perladanganuntuk menjana pendapatan padamasa-masa depan.

Menurut Ketua PegawaiEksekutif Perbadanan, DrHabibah Suleiman berkata padamasa ini pendapatan utamaPerbadanan diperolehi dari hasilperladangan dan sewaanhartanah.

“ B a g a i m a n a p u n ,memandangkan pendapatan darisewaan hartanah dijangkaberkurangan di masa-masa akandatang berikutan pengambilanbalik beberapa hartanah utama,maka Perbadanan perluberusaha meningkatkanproduktiviti ladang untukmenampung keadaan tersebut,”jelasnya.

Peruntukan Untuk Tanam SemulaLembaga Pengarah telahmeluluskan satu peruntukanuntuk menanam semulapokok-pokok sawit dan getahyang musnah semasa banjirpada penghujung tahun laludan awal tahun ini di LadangLGM Panti, Kota Tinggi danLadang LGM PahangTenggara.

Pengurus Kanan(Perladangan), Hj Mohd RusliMohd Yusof berkata, kerja-kerja untuk mencabuttumbuhan yang mati danpembersihan ladang akandilakukan sedikit masa lagidan ini akan diikuti denganpenanaman anak pokokberusia 18 bulan yang dibelidari syarikat swasta.

Keluaran Ladang LGM Begia menurunPengeluaran hasil ladang LGM Begia, Sik pada tempoh enam bulanpertama tahun ini merosot dibandingkan dengan pengeluaranpada tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Amin Deraman, PenolongPengurus Ladang tersebut, kekuranganhasil turut dialami oleh ladang-ladangsekitar Kedah Utara dan ia ada kaitannyadengan perubahan cuaca.

Sementara itu, Pengurus Kanan(Perladangan), Hj Mohd Rusli Mohd Yusofberkata, faktor lain yang turutmenyebabkan kekurangan hasil ladangtersebut ialah kesan ketiadaan programpembajaan selama tiga tahun sebelumladang berkenaan diambilalih olehPerbadanan.

Mohd Amin berkata, pihaknya telah membaiki sistem peparitan diladang itu di beberapa kawasan rendah untuk memudahkanpengaliran air terutama di waktu hujan lebat.

“Selain melaksanakan program pembajaan mengikut jadual,hampir keseluruhan kawasan ladang ini telah dibersihkan daripertumbuhan rumpai,” tambah beliau.

Cuaca buruk kurangkan hasil ladang Banjir yang melanda Ladang LGM Panti, Kota Tinggi dan Ladang LGM Pahang Tenggara pada penghujung tahunlalu dan awal tahun ini merupakan paling teruk yang pernah dialami sehingga kini terutamanya di Ladang LGMPanti, Kota Tinggi.

Pengurus Kanan (Perladangan), Hj Mohd Rusli Mohd Yusof berkata, akibat banjir tersebut, hasil pengeluaranladang sehingga Mei lalu didapati merosot dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Paling teruk ialah kawasan kelapa sawit berhampiran lembah sungai kerana ia kawasan rendah dan mudahdilanda banjir apatah lagi sekiranya air naik tinggi,” sambungnya.

“Sungguhpun pokok kelapa sawit tahan terendam selama beberapa hari, tetapi pengalaman yang lalumenunjukkan bahawa pokok-pokok berkenaan akan mengalami kesan lambat berbuah semula dan inimenjejaskan pengeluaran hasil,” kata beliau.

“Bagaimanapun terdapat beberapa pokok sawit terendam terlampau lama dan akibatnya tumbuh-tumbuhan tersebut mati dan ini bukan sahaja menjejaskanhasil tetapi juga terpaksa mengeluarkan belanja untuk menanam semula,” jelasnya lagi.

Menurut Hj Mohd Rusli, pihaknya sudahpun menjalankan banci bagi menentukan bilangan pokok yang rosak dan selepas itu akan membuat kerja-kerjasulaman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan, Dr Habibah Suleiman berkata, Jabatan Kajicuaca meramalkan negara ini akan mengalami fenomena ‘ElNino’ atau kemarau panjang dan keadaan ini akan menimbulkan kesan negatif kepada pengeluaran hasil terutamanya bagi buah sawit.

Page 4: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

4 B e r i t a L G M P C • 2007

Perjumpaan kakitangan meriahKakitangan LGMPC telah ‘berkampung’ di sebuah hotel di Port Dickson baru-baru ini untuk menghadiri satu seminar danperjumpaan Hari Keluarga Tahunan.

Selain dari ceramah, pelbagai acara telah diatur di perjumpaan tersebut, tidak ketinggalan sukan, permainan dan pertandingan.

Satu jamuan makan malam juga turut diadakan dan di majlis berkenaan, selain dari ucapan oleh Ketua Pegawai EksekutifPerbadanan, kakitangan telah diberi peluang untuk berkaraoke dengan mendendangkan lagu-lagu kesukaan ramai.

Turut diadakan di majlis tersebut ialah cabutan nombor bertuah.

Sebelum majlis selesai, kakitangan yang berjaya memenangi acara-acara yang diadakan telah menerima hadiahyang disampaikan oleh Dr Habibah Suleiman.

Beberapa kakitangan yang menghadiri majlis tersebut berkata, pemilihan Port Dickson sebagai tempatseminar kali ini adalah bertepatan sekali, kerana di masa-masa yang lalu, mereka hanya bertumpu diGenting Highlands sahaja dan mereka berharap, seminar di masa depan akan dapat diadakan di tempat-tempat lain pula jika keadaanmengizinkan.

Page 5: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

5B e r i t a L G M P C • 2007

Page 6: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

6 B e r i t a L G M P C • 2007

Sambutan Hari Buruh di Ldg LGM Pahang TenggaraSambutan Hari Buruh tahun ini amat meriah sekali dibandingkandengan tahun-tahun lalu. Ini berdasarkan kepada jumlah yang hadirserta bilangan tenaga pekerja yang menyertai acara-acara yangdisediakan.

Menurut orang yang menjadi tulang belakang menguruskan majlis padahari tersebut, Ramli Abu Bakar, pelbagai acara sukan telah disediakan,termasuklah bola sepak, larian, tarik tali, memanjat tiang licin dan tidakketinggalan acara untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun, katanya, yang mendapat sambutan hangat ialah acaramemanjat batang pinang licin setinggi 30 kaki di mana padakemuncaknya disematkan peket-peket berisi wang tunai.

Adalah ‘almost impossible’ untuk seseorang itu memanjat batang yang licin itu apatah lagi untuk sampai ke kemuncaknya.Sebaliknya, cara yang paling praktikal ialah dengan melakukannya secara berpasukan terdiri dari tiga atau empat orang.

Dalam acara berkenaan beberapa kumpulan telah mencuba nasib dan akhirnya dua kumpulan telah berjaya memanjat tiangtersebut dan meraih hadiah yang disediakan.

Kata Ramli, beliau dan rakan-rakannya akan cuba menambah beberapa acara menarik supaya penyertaan dari kalangan pekerjaakan lebih ramai lagi dan di samping itu, beliau berharap akan dapat menarik pengunjung-pengunjung luar menyaksikan haritemasya tersebut.

Banyak acara disediakan pada Hari PekerjaAcara-acara yang disediakan oleh pihak penganjur semasa sambutan Hari Pekerja baru-baru ini telah mendapat penyertaanmenggalakkan i di kalangan para pekerja, kakitangan di ladang tersebut serta keluarga mereka, kata Ramli Abu Bakar.

Pihak penganjur juga tidak ketinggalan mengadakan acara-acara untuk kanak-kanak seperti memancing botol, tiup belon,memasukkan benang dalam jarum, berjalan atas batu bata dan memecah belon lawan,

Turut diadakan ialah acara cabutan nombor bertuah di manapemenang-pemenang telah dihadiahkan dengan pelbagaibarangan.

Page 7: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

7B e r i t a L G M P C • 2007

Sekitar Sambutan Hari Buruhdi Ldg LGM Pahang Tenggara

Tunjuk gagahPasukan bola sepak Ladang LGM Pahang Tenggara terbukti hebat apabila muncul sebagai juara di pertandingan yang diadakansempena sambutan Hari Buruh yang diadakan baru-baru ini. Pasukan dari ladang tersebut juga telah menjurai acara tarik tali.

Bagi acara panjat tiang licin pula, ia telah dimenangi oleh pasukan P K Low, manakala pasukan Sri Sai berjaya mengatasi pihaklawan untuk memenangi acara berjalan mengguanakan terompah gergasi.

Page 8: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

8 B e r i t a L G M P C • 2007

Bertikad untuk majukan lagiladang

“Nothing is impossible,” demikian kata singkat dan spontan yangdiberikan oleh Rosli Yusof, semasa ditemuramah baru-baru ini.

Beliau yang berkelulusan Diploma In Planting Industry andManagement (DPIM) dari UiTM Arau, Perlis dan baru sahajadilantik sebagai Pengurus Ladang LGM Pahang Tenggara,Muadzam Shah, Pahang berkata, ada banyak cabaran yangdihadapinya di ladang tersebut kerana ia berbeza dari ladang-ladang yang beliau pernah bertugas dahulu.

“Bagaimanapun, saya yakin akan dapat mengatasi cabaran-cabaran tersebut kerana setiap masalah atau cabaran itu ada cara-cara untuk mengatasinya,” tegas beliau.

Katanya, untuk melicinkan urusan seharian, kakitangan dimintasupaya tidak menangguhkan kerja, sebaliknya cuba sejauh manayang boleh menyiapkannya segera, melainkan jika keadaan tidakmengizinkan seperti cuaca buruk atau ada halangan-halangantertentu.

“Saya bersyukur kerana dapat berkhidmat dengan sebuahPerbadanan yang unggul dalam perladangan dan saya lihat ladangini telahpun berada di landasan yang kukuh,” kata Rosli.

“Namun begitu, masih ada ruang-ruang yang perlu diberiperhatian dan boleh diperbaiki dan saya percaya, dengankemudahan dan peruntukan yang ada, saya bersama kakitanganpengurusan akan cuba meningkatkan lagi kemajuan ladang ini,”tambahnya.

“Saya juga akan menggunakan segala pengalaman danpengetahuan yang diperolehi semasa berkhidmat di beberapaladang sebelum ini,” katanya.

“Proriti utama ialah melihat dan mengkaji sistem pengurusan yangsedia ada dan seterusnya memberi fokus kepada kerja-kerjamenambahbaik yang akan dilaksanakan berperingkat-peringkat,”sambung beliau.

“Saya gembira mendapat kakitangan yang berdisiplin tinggi dansanggup berkerjasama dan sikap seperti ini akan membantu sayameningkatkan lagi produktiviti ladang di masa-masa akan datang,”katanya.

Sebelum datang ke Ladang LGM Pahang Tenggara, Rusli pernahmenjadi Pengurus di beberapa ladang kelapa sawit di Pahang danbeliau berharap penglibatannya dalam perladangan getah akanmemperkayakan lagi pengalaman dan kepakarannya.

Pembinaan rumah kakitanganbermula

K e r j a - k e r j apembinaan rumahkakitangan diLadang LGM PahangTenggara sedanggiat dijalankan.

Hj Mohd Rusli MohdYusof berkata luask e s e l u r u h a nkawasan terlibat

ialah 15 ekar dan ini termasuk lima ekar untuk kawasanpembinaan rumah-rumah kediaman. Projek tersebutmelibatkan pembinaan rumah Pengurus dan kediamankakitangan pengurusan.

Buat permulaan, pihak kontraktor yang dilantik telahpunmenjalankan kerja-kerja pembersihan serta meratakan tapakselepas menebang dan mencabut tunggul-tunggul kayu.

Ditanya mengenaikedudukan rumah-rumah kediamanyang sedia ada, HjMohd Rusli berkatabangunan-bangunantersebut tidak akand i r o b o h k a nm e m a n d a n g k a npada amnya ia masihdalam keadaan baik.

“Namun begitu, kami akan memeriksa rumah-rumahberkenaan terlebih dahulu dan mana-mana bangunan yangdidapati rosak akan diperbaiki,” sambung beliau.

“Rumah-rumah tersebut akan disewakan kepadakontraktor-kontraktor ladang untuk para pekerja merekaterutama pekerja-pekerja yang tinggal jauh,” katanya.

Mengganti siling lamaKerja-kerja menggantisiling lama di BangunanGetah Asli telahdisempurnakan baru-baruini. Ia merupakansebahagian dari kerja-kerjabaik pulih yang dirancangdalam tempoh lima tahun.

Menurut Ismail Ahmad, Pengurus Kanan (Harta), beberapabahagian siling lama di bangunan tersebut didapati telahbocor dan dimakan oleh serangga.

“Oleh yang demikian, kamimemberi keutamaan untukmenggantikannya sebelumkerosakan itu semakinbesar,” sambungnya.

Katanya, kerja-kerja baikpulih telah dijalankan olehkontraktor dengan diselia oleh kakitangan Bahagian Harta.

Page 9: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

9B e r i t a L G M P C • 2007

Berazam untuk majukan kerjayaBagi Muhamad Farid Omar,25, yang baru berkhidmatsebagai Penolong PenyeliaLadang di Ladang LGMBegia, Kedah, beliauberasa gembira keranadiberi peluang untukmemulakan kerjayanyadalam bidang pertanian.

Beliau yang berkelulusanDiploma In PlantingIndustry and Management,UiTM berkata, bidangpertanian memangmenjadi pilihan baginya,tambahan pula beliaumempunyai kelayakanakademik dalam bidangberkaitan.

“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untukmenggunakan ilmu yang saya ada dan berjaya dalamlapangan yang saya ceburi dan sambil itu sanggupmengikuti kursus-kursus berkaitan untuk mendalamkan lagipengetahuan pertanian,” katanya.

Katanya, antara tugas-tugas yang dipikulnya ialahmembantu menyelia kerja-kerja menyelenggara ladang,mengawasi tenaga kerja dan memastikan hasil ladang dituaidan dapat disegerakan pengangkutannya.

Berasal dari sebuah kampung berdekatan, pemuda yangmempunyai empat adik beradik ini berkata, memandangkanbeliau adalah anak sulung dan yang pertama makan gajidalam keluarganya, maka beliau terpaksa memikultanggungjawab membantu keluarganya seberapa manayang mampu.

“Saya berharap kerjaya ini akan membawa saya ke mercuyang lebih baik lagi di masa depan,” sambungnya.

Di Mana Ada Kemahuan Di Situ AdaJalan“Sungguhpun ini merupakan kerja pertama bagi saya sejakmeninggalkan bangku sekolah, tetapi saya dapatmelakukannya sepertimana yang dikehendaki,” kata SuhaizaAhmad Sukaimi yang ditemui baru-baru ini.

Beliau yang sudah berumah tangga dan mempunyai duacahaya mata, seorang lelaki berusia lima tahun dan seorangperempuan berusia enam bulan, baru berkhidmat sebagaiPembantu Pentadbir di Ladang LGM Begia, Kedah.

“Walaupun mempunyai anak kecil, tetapi ia tidakmenghalang saya memberi tumpuan kepada kerja pejabatkerana ada pihak yang menjaga anak-anak saya di rumah,”jelas Suhaiza dan menambah bahawa beliau tinggal tidakbeberapa jauh dari ladang tersebut.

“Bimbingan serta tunjukajar dari pegawai atasan dan rakan-rakan sekerja telah banyak membantu saya memahamiselok belok dalam urusan perladangan,” jelasnya lagi.

Beliau berharap akan dapat menyertai pelbagai kursusberkaitan untuk mendalami lagi pengetahuan pentadbiransupaya ia dapat digunakan untuk kerja-kerja seharian.

Tanam Semula Getah ditangguhkan lagiKerja-kerja menanam semula getah tua seluas 158ha di Ladang LGM Pahang Tenggara ditangguhkan lagisehingga ke tahun 2008, demikian dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan, Dr HabibahSuleiman.

Penangguhan tersebut diputuskan oleh Lembaga Pengarah Perbadanan berdasarkan kepada keadaan hargagetah yang agak tinggi pada masa kini dan juga keadaan pokok getah tua yang hendak ditanam semula itudidapati masih boleh mengeluarkan hasil berpatutan.

“Kebanyakan pokok-pokok tersebut berusia lebih 35 tahun dan ada di antaranya yang terdiri dari baka-bakayang tidak dikenalpasti dan juga dari klon-klon lama yang tidak lagi ditanam masa kini,” kata beliau.

Beliau berkata pokok getah yang ditanam nanti akan terdiri dari klon-klon yang berpotensi menghasilkanpengeluaran tinggi serta mempunyai ciri-ciri pokok kayu balak.

Sekiranya rancangan tersebut dilaksanakan sepenuhnya, perolehan ladang dijangka berkurangan sedikit untukbeberapa tahun sehinggalah pokok-pokok baru itu dapat mengeluarkan hasil semula.

Page 10: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

10 B e r i t a L G M P C • 2007

Tamat kontrakBagi Tan Suee Gaik,Pembantu Khas kepada CEO,31 Mei merupakan tarikhakhir baginya berkhidmatdengan Perbadanan.

Teresa yang memegangjawatan tersebut sejakLGMPC ditubuhkan berkata,beliau berasa sedihbercampur gembirameninggalkan Perbadanan.

“Sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dangembira kerana akhirnya dapat berehat dan menumpukansepenuh masa kepada hal-hal rumah tangga selepasberkhidmat hampir lima tahun dengan Perbadanan dansebelum itu lebih 35 tahun dengan LGM,” katanya.

“Mengimbas kembali, saya rasa gembira kerana dapatberkerja dengan rakan-rakan yang bersefahaman danmemberikan kerjasama membantu melaksanakan kerja-kerja harian,” katanya.

“Semasa di Perbadanan, di samping mendapat pendedahanmengenai kerja-kerja pejabat, saya juga berpeluangmendalami pembelajaran beberapa perisian komputer,”tambahnya.

Ditanya apa rancangan beliau di masa depan selepas tamatperkhidmatannya, Teresa berkata, beliau akan memberikantumpuan kepada hal-hal rumah tangga dan dalam masayang sama, jika ada masa lapang akan memberikan masauntuk kerja-kerja amal.

Teresa berkata, buat sementara waktu ini, beliau telah diberikontrak oleh Perbadanan untuk bertugas tiga hari semingguselama sebulan untuk mengemaskinikan kerja-kerja pejabatdan lain-lain kerja sepertimana yang diarahkan.

Patah tumbuh hilang beganti

Hamidah Abdullah, yang sebelum ini telah berkhidmatselama 30 tahun dengan LGM telah dilantik menjadiPembantu Khas kepada Ketua Pegawai EksekutifPerbadanan. Beliau menggantikan tempat Tan Suee Gaikyang tamat kontrak perkhidmatannya.

Beliau yang dulu seorang setiausaha, mempunyai enamorang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan, dua daripadanyatelahpun berumah tangga.

“Saya akan cuba menggunakan pengalaman yang adaselama ini bagi memajukan lagi pentadbiran Perbadanandan di samping itu, saya berharap akan dapat mempelajaripengetahuan baru di pejabat ini,” katanya.

Naik pangkat

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lee Chi Yen,kerana dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Unit Akaun danKewangan baru-baru ini.

“Saya amat berterima kasih kepada Lembaga Pengarah danKetua Pegawai Eksekutif kerana memberi kepercayaankepada saya untuk mengetuai Unit Akaun dan Kewangan,”kata Chi Yen yang sebelum ini adalah seorang AkaunEksekutif.

“Saya harap akan dapat melaksanakan tanggungjawabdengan baik dan jujur sepertimana yang diharapkan olehPerbadanan,” sambungnya.

Meninggalkan PerbadananSatu jamuan telahdiadakan pada bulan Junlalu untuk meraikan TanSuee Gaik dan AhamadSukor Mahawah yangtelah tamat kontrakperkhidmatannya. Iatelah dihadiri oleh DrHabibah Suleiman,Ketua Pegawai Eksekutif,pegawai-pegawai danrakan-rakan sekerja diIbu Pejabat.

Dalam ucapannya, Dr Habibah telah mengucapkan berbanyakterima kasih kepada kedua-dua kakitangan tersebut kerana telahmemberikan khidmat yang baik semasa di Perbadanan.

Selain mendoakan agar mereka sentiasa berada dalam keadaansihat dan sejahtera, Dr Habbah berharap walaupun tidak lagiberkhidmat dengan Perbadanan, kedua-dua mereka akan dapatmengekalkan hubungan akrab dengan kakitangan.

Page 11: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

11B e r i t a L G M P C • 2007

Selamat Hari Jadi

Ketua Pegawai Eksekutif dan semua kakitangan Perbadananmengucapkan Selamat Hari Jadi kepada kakitangan berikut:

Kakitangan Bahagian/Unit Tarikh1 Ismail Ahmad Hartanah 7 Mac2 Abdullah Sani Samsuri Hartanah 14 Mac3 Mohd Saad

Hj Abd Rahman Hartanah 11 Mac4 Mat Arffin Ibrahim Perladangan 17 Mac5 Abdul Ghani Talib Perladangan 5 April6 Masilasami I Hartanah 19 April7 Ramli Abu Bakar Perladangan 13 Mei8 Zulkurnain Saaidin Hartanah 25 Mei9 Iskandar Zulkarnain Pentadbiran

Hussin & Sumber Manusia 15 Jun

Semoga anda semua dipanjangkan umur, berbahagia selalu dansentiasa berada dalam keadaan sihat serta dimurahkan rezeki.

KreatifKalau kita bersiar-siar di tepipantai atau tebing sungai, kitakerap bertemu dengan pelbagaibahan-bahan kayu terbuangberaneka rupa dan saiz. Tetapitidak ramai yang tahu menilaidan menggunakan bahan-bahantersebut.

Lain ceritanya bagi HafizanBustami yang baru bertugassebagai tukang kebun di LadangLGM Penawar, Desaru.

“Semasa lapang, saya suka merayau-rayau di tepi pantaiberhampiran untuk memungut pelbagi bahan kayu lama yangterdapat di situ dan saya kumpulkannya di satu tempat,” katanya.

“Bahan-bahan tersebut akan saya gunakan apabila membinalandskap mengikut kesesuaian,” tambah beliau yang sebelum inipernah terlibat dalam pembinaan muzium nelayan di TanjungBalau.

Sejak mula bertugas di ladang tersebut, Hafizan telahmenggunakan kepakarannya untuk membina beberapa landskap dikawasan pejabat dan di apartmen di situ.

Zulkarnain terima MSc Bagi Zulkurnain Saaiddin, Pengurus Bangunan dan Operasi, penerimaan ijazahMSc In Facilities Management di majlis konvokesyen di UTM pada bulan Aprillalu di UTM Sekudai, Johor merupakan satu lagi kejayaan dalam hidupnya.

Beliau yang sebelum ini memiliki Diploma in Properties Valuation dan Bachelorin Economics (Hons) in Industrial Economics (UKM) berkata kejayaannya itubukanlah sesuatu yang datang dengan mudah.

“Saya mendaftar sebagai pelajar luar kampus dan pengajian adalah secaraseparuh masa dan oleh yang demikian, saya terpaksalah membahagikan masa,membuat kerja pejabat dan memberi tumpuan belajar,” jelas beliau.

“Pun begitu, saya bersyukurdengan berkat bantuan dandorongan isteri dan keluargaserta rakan-rakan pejabat, sayatelah dapat mengharungi segaladugaan dan rintangansehinggalah saya berjayamenamatkan pelajaran dan dapatijazah Sarjana Sains,” katanya.

BERITA L G M P CPenasihat

Dr Habibah SuleimanKetua Editor

Iskandar Zulkarnain HussinEditor (kontrak)

Hj Ahmad Azly Mohd Yusof

Jawatankuasa EditorialHj Mohd Rusli Mohd YusofIsmail AhmadZulkurnain Saaiddin

Penyumbang beritaMohd Amin DeramanShahriman Abdul SamadRamli Abu BakarMohd Azman IsmailNorbaiti Abdullah

JurugambarNor Azli Mat Payron

BERITA LGMPC diterbitkan dua kali setahunmengandungi berita, pandangan dan aktiviti kakitanganLGMPC, berita korporat dan berita umum semasa.

Sidang Pengarang

LGM Properties Corporation, Tingkat 3, Bangunan Getah Asli, 148, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2171 1177 Faks: 03-2171 1151/03-2164 4529

Page 12: Kakitangan dapat kenaikan gaji Ganjaran jika produktiviti naik fileBerita baik untuk kakitangan ladang. Anda berpeluang menerima bonus sehingga lima bulan gaji sekiranya pendapatan

12 B e r i t a L G M P C • 2007

Teruja dapat ikanSiapa yang tidak gembira jikadapat ikan semasamemancing. Begitulah kataZulkurnain Saaiddin,Pengurus Bangunan danOperasi yang menceritakanpengalamannya memancingpada bulan April lalu.

Beliau yang pergi memancing bersama-sama sembilan rakan-rakannya berhampiran pelantar minyak di kawasan zon ekonomieksklusif (EEZ) di persisiran pantai Negeri Terengganu berkata,tempat di situ seolah-olah seperti satu lubuk ikan dan memancingsungguh mengasyikkan terutama apabila mata kail di pagut ikan-ikan.

‘Walaupun kos terlibat agak tinggi kerana terpaksa menyewakenderaan dan bot di samping mengharungi gelombang lautdalam serta cuaca panas, namun oleh kerana keseronokanmemancing yang telah menjadi satu hobi dan satu bentuk riadahkepada saya dan rakan-rakan, ia amat berbaloi, apatah lagi apabiladapat menaikkan pelbagai jenis ikan dan sotong,” jelas beliausambil memberitahu bahawa mereka akan datang ke tempattersebut setiap tahun untuk berehat dan memancing.

Bangunan Getah Asli dihias indahSempena sambutan ulangtahunke-50 negara merdeka, BangunanGetah Asli telah dihias indahsepertimana bangunan-bangunan lain di ibu kota.

Selain dari mengibarkanbendera-bendera terutama disebelah muka depan bangunan,lampu-lampu ‘spot light’berwarna telah dipasang danditempatkan di beberapa suduttertentu.

Ini menjadikan pemandangan Bangunan Getah Asli di waktumalam sungguh menarik apabila ia bermandi cahaya warna warnimelalui pancaran lampu-lampu yang disediakan itu.

Hentikan merokok!Hentikan merokok! Demikian nasihat IsmailAhmad, Pengurus Kanan, Bahagian Hartanah.

Beliau yang baru-baru ini telah selamatmenjalani rawatan sakit jantung di sebuahhospital swasta berkata,”Merokok telah lamasebati dengan saya sejak dari dulu, tetapi kinitidak lagi.”

“Doktor yang merawat saya mengesahkan bahawa sakit jantungyang saya hidapi ada kaitan dengan amalan merokok,” jelas beliau.

“Oleh itu, selepas keluar dari hospital, saya bertekad untukberhenti dari amalan tersebut,” katanya.

“Bagaimanapun, saya terfikir sama ada saya betul-betul bolehberbuat demikian serta merta kerana maklumlah, sudah lamasangat saya merokok, tak ingat bila saya mulakannya,’sambungnya lagi.

“Pada mulanya, gian untuk merokok masih berlegar di kepalasaya, tetapi saya lawan perasaan tersebut dan akhirnya, saya kinibebas daripada perbuatan tersebut,” kata beliau.

Ismail menasihatkan rakan-rakannya terutama mereka yang ‘kakimerokok’, supaya berhenti berbuat demikian kerana katanya, iaadalah satu perbuatan yang hanya akan membawa padah kepadakesihatan seseorang itu, satu hari nanti.

LGMPC perkenalkan laman webLGMPC telah memperkenalkan laman webnya baru-baru ini dialamat www.lgmpc.com.my dan pelancarannya akandisempurnakan dalam masa terdekat ini.

Menurut Iskandar Zulkarnain Hussin, laman tersebut akanmemuatkan maklumat-maklumat serta berita-berita ringkasPerbadanan dan orang ramai bolehlah melayari laman tersebutmenerusi alamat tersebut untuk mengetahui serba sedikitmengenai LGMPC.

Permainan ‘Woodball’ diperkenalkan di Ladang LGM Pahang TenggaraTidak ramai yang tahu mengenai permainan ‘woodball’ atau bola kayu kerana ia jarang sekali dilihat ditonjolkandi TV atau di akhbar-akhbar. Malah ada orang berkata, permainan tersebut adalah unik kerana ia hanya populardi beberapa tempat sahaja seperti di Taiwan dan di Pahang.

Di Bandar Muadzam Shah, terdapat dua tempat yang ada menyediakan kemudahantersebut. ‘Woodball’ atau bola kayu dimainkan seperti permainan golf, cuma kawasanyang diperlukan adalah kecil sahaja.

Tidak seperti golf di mana pemain akan cuba memasukkan bola ke dalam lubang,permainan ini sebaliknya menghendaki pemain memukul bola memasuki ‘gol’.

Satu kawasan lapang berhampiran pintu masuk ke ladang ini telah dikenalpasti untuk dijadikan laman permainantersebut dan kerja-kerja awal telahpun dimulakan.

“Kerja-kerja memotong rumput telahpun siap dan kerja-kerja susulan seperti meratakan permukaan tanah danmenyediakan rintangan-rintangan akan dimulakan sedikit masa lagi dengan diseliakawal oleh seorang yangberpengetahuan dalam permainan tersebut,” kata Rosli.

Beliau berkata dengan siapnya tapak permainan itu nanti, ia akan diperkenalkan kepada kelab-kelab sukan di daerah tersebut dan pihaknyatidak menolak kemungkinan mengenakan bayaran fi sepertimana yang dikenakan kepada pemain golf.

Al-Fatihah untuk aruah ibu Dr HabibahSeluruh kakitangan Perbadanan mengucapkan takziah kepada DrHabibah Suleiman di atas kematian ibunya yang tersayang baru-baru ini. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan diletakkanbersama-sama orang-orang yang soleh.