kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
TRANSCRIPT
KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN INDIVIDU 3
KAJIAN TINJAUAN
PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM PEMBELAJARAN SUBJEK PERAKAUNAN DIKALANGAN PELAJAR SEMESTER 1, KOLEJ KOMUNITI
SELANDAR MELAKA
Disediakan oleh :
Nuraishahtul Akmar Binti Kamaruddin
M20111000251
Disediakan untuk:
PM DR ABD LATIF HJ GAPOR
PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM PEMBELAJARAN SUBJEK PERAKAUNAN DIKALANGAN PELAJAR SEMESTER 1, KOLEJ KOMUNITI
SELANDAR MELAKA
1.0 Pengenalan
Evolusi dan perkembangan dunia tanpa sempadan melalui penggunaan teknologi
komunikasi dan internet memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ianya juga
telah menjadi salah satu medium yang cukup penting dalam pembelajaran masa kini.
Dengan evolusi ini, satu kaedah pembelajaran yang sangat popular digunakan oleh pelbagai
institusi dan individu adalah e-pembelajaran ataupun pembelajaran elektronik. E-
pembelajaran merupakan proses iaitu seseorang pelajar dapat meningkatkan lagi
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka melalui interaksi elektronik seperti internet
dan juga alat elektronik lain.
Pada kebiasaannya kaedah pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan
mengedarkan bahan-bahan kuliah kepada pelajar. Dengan penggunaan kaedah teknologi
maklumat dan komunikasi, penggunaan laman web adalah lebih efektif dan
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar.
Objektif penggunaan laman web sebagai salah satu medium penyampaian proses
pengajaran dan pembelajaran adalah ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar dan
pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pelajar akan lebih seronok
belajar disebabkan mereka gemar melayari internet. Penggunaan laman web sebagai tapak
penyampaian pengajaran dan pembelajaran juga secara tidak langsung menggalakkan
pelajar lebih berusaha dalam mendapatkan ilmu. Lee Ann (2003) turut menyatakan bahawa
e-pembelajaran juga menampakkan beberapa kelebihan. Antaranya, pelaksanaan e-
pembelajaran kurang melibatkan kos atau belanjawan yang tinggi, proses pembelajaran
melalui e-pembelajaran juga cepat dan konsisten, pembelajaran e-learning boleh diadakan
pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan maklumat pembelajaran secara e-
pembelajaran mudah diurus dan dikemaskini.
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan laman web dikalangan pelajar Kolej Komuniti Selandar Melaka.
2.0 Latar Belakang Masalah
Laman web E-pembelajaran bagi sesuatu subjek dibangunkan sendiri oleh
pensyarah subjek tersebut. Penggunaan laman web sebagai medium pengajaran adalah
sebagai satu medium yang baru dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan penggunaan
laman web sebagai salah satu usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
masih belum diaplikasi sepenuhnya oleh semua pensyarah. Penggunaan laman web
sebagai satu kaedah penyampaian pengajaran adalah bergantung kepada inisiatif
pensyarah itu sendiri.
Bagi pensyarah subjek Asas Perakaunan, telah mewujudkan satu laman web bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bermula Januari 2011. Penggunaan
laman web wix.com yang percuma ini digunakan sepenuhnya sebagai salah satu inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Perakaunan di Kolej Komuniti Selandar.
Diantara kandungan laman web tersebut adalah objektif pembelajaran, bahan-bahan kuliah,
video yang berkaitan modul yang diajar, tugasan dan latihan, profil pensyarah dan pautan
lain seperti pautan laman web Kolej Komuniti Selandar, Melaka, pautan laman portal pelajar,
Facebook, Youtube dan lain-lain. Oleh kerana penggunaan laman web ini masih diperingkat
permulaan maka pengkaji ingin mengkaji keberkesanan laman web ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar Perakaunan Semester 1 di Kolej Komuniti
Selandar, Melaka. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki
kelemahan e-pembelajaran subjek Perakaunan yang dibangunkan.
3.0 Objektif kajian.
Melalui kajian ini, objektif kajian yang ingin dicapai adalah:
1. Melihat sejauhmana keberkesanan penggunaaan e-pembelajaran subjek
Perakaunan dikalangan pelajar Perakaunan Semester 1, Kolej Komuniti Selandar
Melaka.
2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Perakaunan Semester
1, Kolej Komuniti Selandar semasa menggunakan e-pembelajaran.
.
4.0 Persoalan kajian
Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan diatas, maka terdapat soalan-soalan yang
dibina bagi mencapai objektif kajian. Persoalan kajian yang dibina oleh penyelidik adalah:
1. Adakah penggunaan e-pembelajaran berkesan dalam proses penyampaian
pengajaran dan pembelajaran.
2. Adakah terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Perakaunan,
semester 1, Kolej Komuniti Selandar, Melaka semasa menggunakan e-
pembelajaran.
5.0 Rekabentuk, Kaedah dan Sampel Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif dimana satu set borang soal selidik
yang mengandungi 10 item soalan dan diberi skala Likert 1 hingga 5, telah diedarkan
kepada responden. Oleh kerana jumlah keseluruhan pelajar Semester 1 Perakaunan di
Kolej Komuniti Selandar, Melaka adalah seramai 30 orang pelajar, maka 30 orang pelajar
tersebut merupakan responden bagi kajian ini. Borang soal selidik digunakan oleh penyelidik
kerana memudahkan responden bebas memilih dan menjawab soal selidik dengan lebih
selesa dan berbanding kaedah temuduga. Melalui borang soal selidik juga dapat
menjimatkan masa penyelidik mengumpulkan maklumat berbanding kaedah temuduga yang
memerlukan masa yang panjang dan terhad.
Penyelidik juga menggunakan data sekunder yang didapati daripada jurnal, majalah,
buku, kajian ilmiah dan akhbar bagi membantu dan menyokong kajian yang dijalankan oleh
penyelidik.
Perisian SPSS versi 17.0 digunakan oleh penyelidik untuk menganilisis data.
Penyelidik hanya mencari nilai peratus dan nilai min sahaja untuk kajian ini dimana
penyelidik hanya ingin mengetahui prestasi dan keberkesanan penggunaan e-pembelajaran
dikalangan pelajar dan dan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan e-pembelajaran tersebut.
Diantara item yang ingin dikaji oleh penyelidik adalah seperti berikut:
Pemahaman pelajar terhadap arahan dan kandungan dalam e-pembelajaran
tersebut.
Kemudahan akses terhadap bahan pembelajaran seperti nota, amali dan video.
Kegunaan e-pembelajaran kepada pelajar.
Penjimatan masa pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel.
Diantara item-item yang dibina bagi memenuhi objektif kajian tersebut adalah seperti
dibawah:
1. Saya memahami akan setiap arahan dan kandungan dalam e-pembelajaran.
2. Bahan pembelajaran (seperti nota, amali dan video) boleh diakses dengan mudah.
3. Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakses e-pembelajaran dimana
sahaja.
4. Saya dapat membuat persediaan lebih awal dengan mengakses pembelajaran
sebelum menghadiri kuliah.
5. Bahan pembelajaran mudah difahami dan terkini.
6. Saya dapat menguji kefahaman mengenai topik-topik tertentu dengan menjawab
soalan-soalan tugasan dan latihan yang diberikan.
7. Saya dapat membaca dan mempraktikkan bahan dalam e-pembelajaran berulang
kali tanpa had.
8. Saya dapat menjimatkan masa dengan menggunakan e-pembelajaran.
9. Saya boleh berinteraksi sesama rakan dan pensyarah semasa menggunakan e-
pembelajaran.
10. Saya bebas untuk bertanya dan memberi pandangan kepada pensyarah mengenai
apa jua topik yang berkaitan e-pembelajaran.
6.0 Dapatan Kajian
Dari soalan yang dibina serta berdasarkan soal selidik yang telah dianalisa oleh penyelidik,
dibawah merupakan hasil dapatan bagi menjawab persoalan kajian:
1. Kebanyakkan pelajar bersetuju dengan semua item yang disoal dalam soal selidik.
2. Kekerapan pelajar bersetuju paling tinggi iaitu seramai 16 orang pelajar daripada 30
orang responden adalah item pelajar tidak mempunyai sebarang masalah untuk
mengakses e-pembelajaran dimana sahaja (53.3%) serta bahan pembelajaran
mudah difahami dan terkini (53.3%)
3. Terdapat juga ada pelajar yang sedikit setuju iaitu 5 orang pelajar mewakili 16.7%
daripada responden menyatakan mereka memahami akan setiap arahan dan
kandungan dalam e-pembelajaran.
4. Min yang paling tinggi daripada analisa data adalah pelajar memahami akan setiap
arahan dan kandungan dalam e-pembelajaran. Min bagi item ini adalah 4.17.
5. Min yang kedua tinggi adalah bernilai 4.13 iaitu bahan pembelajaran mudah difahami
dan terkini dan pelajar bebas untuk bertanya dan memberi pandangan kepada
pensyarah mengenai apa jua topik yang berkaitan e-pembelajaran.
6. Terdapat 4 item yang berkongsi nilai min yang sama iaitu 4.10 dimana item tersebut
adalah bahan pembelajaran seperti nota, amali dan video boleh diakses dengan
mudah, pelajar dapat membuat persediaan lebih awal dengan mengakses
pembelajaran sebelum menghadiri kuliah, pelajar dapat menguji kefahaman
mengenai topik-topik tertentu dengan menjawab soalan-soalan tugasan dan latihan
yang diberikan serta pelajar dapat menjimatkan masa dengan menggunakan e-
pembelajaran.
Jadual dibawah merupakan analisa min bagi setiap item yang ditanya kepada pelajar.
One-Sample Statistics
N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Faham 30 4.17 .699 .128
bahan 30 4.10 .803 .147
akses 30 3.97 .765 .140
sedia 30 4.10 .803 .147
terkini 30 4.13 .681 .124
ujian 30 4.10 .759 .139
praktik 30 4.07 .740 .135
masa 30 4.10 .759 .139
interaksi 30 4.03 .765 .140
bebas 30 4.13 .730 .133
Jadual 1 : Min item soalan penggunaan E-pembelajaran di kalangan pelajar
Rajah dibawah menunjukkan graf min penggunaan e-pembelajaran dikalangan pelajar
Perakaunan.
Faham
bahan
akses sed
iater
kini
ujian
praktik
masa
interak
sibeb
as3.85
3.90
3.95
4.00
4.05
4.10
4.15
4.20
MIN PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN
MIN PENGGUNAAN E-PEMBELA-JARAN
Rajah 1 : Perbezaan min antara penggunan e-pembelajaran dikalangan pelajar Perakaunan
7.0 Perbincangan
Daripada hasil dapatan yang dinyatakan diatas, kebanyakkan pelajar bersetuju
dalam semua aspek yang ditanya. Ramai pelajar menyatakan kemudahan mengakses
kepada internet adalah mudah dimana mereka boleh melayari internet dimana-mana
mereka berada samada dengan menggunakan telefon pintar, perkhidmatan internet tanpa
kabel (wi-fi) ataupun dengan menggunakan talian internet. Perkhidmatan internet secara
talian atau tanpa kabel ada disediakan oleh pihak pengurusan Kolej Komuniti Selandar,
Melaka bagi kemudahan untuk pelajar dan pensyarah. Ramai juga menyatakan bahan
pembelajaran yang disediakan adalah mudah difahami dan terkini namun melalui kajian ini
juga menyatakan terdapat segelintir pelajar yang kurang memahami bahan pembelajaran
yang disediakan oleh pensyarah. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan bahan kuliah
yang disediakan dalam bentuk Microsoft Powerpoint dan berbentuk ringkas serta tidak
mempunyai penerangan yang mencukupi. Serta video yang dipaparkan mungkin dalam
Bahasa Inggeris yang sukar difahami oleh pelajar yang kebanyakkan daripada pelajar yang
memasuki ke Kolej Komuniti merupakan pelajar yang tercicir. Masalah ini juga mungkin
timbul dimana pelajar Perakaunan Semester 1 Kolej Komuniti Selandar Melaka terdiri
daripada pelajar yang tidak mempunyai latarbelakang perakaunan dimana mereka tiada
pendedahan awal sebelum ini dalam bidang perakaunan.
9.0 Kesimpulan
Pembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi proses pembelajaran yang
menggunakan teknologi multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar. E-
pembelajaran di Kolej Komuniti Selandar, Melaka masih baru dan belum secara
menyeluruh. E-pembelajaran ini dibangunkan oleh pensyarah subjek Asas Perakaunan yang
adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar mencapai maklumat mengenai sesuatu mata
pelajaran yang mereka ambil, meningkatkan minat serta kefahaman pelajar, menyediakan
kemudahan untuk pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan pendedahan kepada
pelajar yang juga berkonsepkan pendidikan tanpa batas.
Melalui e-pembelajaran, pelajar boleh mengakses bahan bacaan pada bila-bila masa
sahaja secara percuma. Pensyarah juga tidak perlu mencetak semua bahan pembelajaran
untuk diedarkan. Melalui e-pembelajaran, ianya dapat memupuk sikap berdikari, berinisiatif
dikalangan pelajar dalam pembelajaran dan melalui e-pembelajaran juga pelajar akan lebih
bersedia dalam mempelajari tajuk tententu. Dengan penggunaan e-pembelajaran, secara
kesimpulannya dapat menjimatkan kos, masa dan memberi faedah kepada pensyarah dan
pelajar. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan laman web dikalangan pelajar Kolej Komuniti Selandar Melaka.
Melalui kajian ini juga, penyelidik mengsyorkan agar hasil dapatan yang ditemui
dapat digunakan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan e-pembelajaran subjek
Perakaunan yang dibangunkan.
10.0 Rujukan
1. Mohd Nihra Haruzuan B. mohd Said dan Janarthini a/p Krishnan, (2011) Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Jurnal of Social Science, Vol 3, Sept 2012,
Page 206-225/ISSN:2231-7333
Capaian : http://eprints.utm.my/11779/1/Faktor.pdf
2. Lee Ann (2003), The Whole Picture of E-learning.
Capaian : http://www.elearnspace.org/Articles/wholepicture.htm.
Lampiran 1
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM PEMBELAJARAN SUBJEK PERAKAUNAN DIKALANGAN PELAJAR SEMESTER 1,
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, MELAKA
Tujuan tinjauan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai penggunaan laman web pembelajaran subjek Perakaunan dikalangan pelajar Perakaunan, Semester 1 di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Maklumat ini adalah bagi menambahbaik e-pembelajaran yang
telah disediakan.
Kerjasama tuan/puan adalah amat kami hargai.
Arahan: Sila tandakan ( /) pada penyataan dibawah mengikut skala 1 hingga 5
SKALA SKOR Amat Setuju 5Setuju 4Tidak Pasti 3Tidak Setuju 2Amat Tidak Setuju 1
Bil PENYATAAN SKALA5 4 3 2 1
1 Saya memahami akan setiap arahan dan kandungan dalam e-pembelajaran.
2Bahan pembelajaran (seperti nota, amali dan video) boleh diakses dengan mudah.
3Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakses e-pembelajaran dimana sahaja.
4Saya dapat membuat persediaan lebih awal dengan mengakses pembelajaran sebelum menghadiri kuliah.
5 Bahan pembelajaran mudah difahami dan terkini.
6Saya dapat menguji kefahaman mengenai topik-topik tertentu dengan menjawab soalan-soalan tugasan dan latihan yang diberikan.
7Saya dapat membaca dan mempraktikkan bahan dalam e-pembelajaran berulang kali tanpa had.
8 Saya dapat menjimatkan masa dengan
menggunakan e-pembelajaran.
9Saya boleh berinteraksi sesama rakan dan pensyarah semasa menggunakan e-pembelajaran.
10Saya bebas untuk bertanya dan memberi pandangan kepada pensyarah mengenai apa jua topik yang berkaitan e-pembelajaran.
- Soal Selidik Tamat -Terima kasih diatas kerjasama anda
Lampiran 2
Jadual Kekerapan
Faham
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid sedkit setuju 5 16.7 16.7 16.7
setuju 15 50.0 50.0 66.7
sangat setuju 10 33.3 33.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
bahan
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid tidak setuju 1 3.3 3.3 3.3
sedkit setuju 5 16.7 16.7 20.0
setuju 14 46.7 46.7 66.7
sangat setuju 10 33.3 33.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
akses
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid tidak setuju 1 3.3 3.3 3.3
sedkit setuju 6 20.0 20.0 23.3
setuju 16 53.3 53.3 76.7
sangat setuju 7 23.3 23.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
sedia
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid tidak setuju 1 3.3 3.3 3.3
sedkit setuju 5 16.7 16.7 20.0
setuju 14 46.7 46.7 66.7
sangat setuju 10 33.3 33.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
terkini
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid sedkit setuju 5 16.7 16.7 16.7
setuju 16 53.3 53.3 70.0
sangat setuju 9 30.0 30.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
ujian
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid sedkit setuju 7 23.3 23.3 23.3
setuju 13 43.3 43.3 66.7
sangat setuju 10 33.3 33.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
praktik
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid sedkit setuju 7 23.3 23.3 23.3
setuju 14 46.7 46.7 70.0
sangat setuju 9 30.0 30.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
masa
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid sedkit setuju 7 23.3 23.3 23.3
setuju 13 43.3 43.3 66.7
sangat setuju 10 33.3 33.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
interaksi
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid sedkit setuju 8 26.7 26.7 26.7
setuju 13 43.3 43.3 70.0
sangat setuju 9 30.0 30.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
bebas
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid sedkit setuju 6 20.0 20.0 20.0
setuju 14 46.7 46.7 66.7
sangat setuju 10 33.3 33.3 100.0
Total 30 100.0 100.0