kajian tinjauan buku bacaan kanak-kanak prasekolah di malaysia.pdf

Upload: shoba-gunesegaran

Post on 02-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • KAJIAN TtNJAUAN BUKU BACAAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

    01 MALAYSIA

    PROFESOR EMERITUS DATO' ISAHAK BIN HARON (KETUA)ENCIK ABDUL RAHIM BIN RAZALI

    PUAN ZAINIAH BT MOHAMED ISA

    ENCIK SAMRI BIN SAINUDDIN

    ENCIK NORDIN BIN MAMAT

    FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN lORISKOD PENYELlDIKAN UPSI : 03-12-50-04

    2006

  • II

    ABSTRAK

    Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau jenis cerita dan tajuk buku yang digemari olehkanak-kanak prasekolah di Malaysia. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatmaklumat dan pendapat 171 guru prasekolah Sekolah Kebangsaan, Tadika Kemas dantadika swasta atau tadika persendirian di serata Malaysia tentang koleksi buku bacaankanak-kanak yang terdapat di pusat tadika masing-masing, sejauh mana kanak-kanakmembacanya, kekerapan amalan membaca kuat kepada kanak-kanak dan sejauh manakahkanak-kanak gemar buku yang terdapat di koleksi itu. Dapatan menunjukkan 35.1%reponden menyatakan hampir semua koleksi buku disukai oleh kanak-kanak, 29.8%menyatakan tiga per empat dan 31.9% menyatakan separuh saja. Hanya lapanjuduI bukuyang disebut dua kali atau lebih sebagai paling digemari kanak-kanak. Dapatanmenunjukkan hanya 7% yang mengamal 'membaca kuat setiap hari', 57.9010 membacakuat dua-tiga kali seminggu dan 13% membaca kuat seminggu sekali. Terdapat hubunganyang signifikan antara kekerapan membaca kuat dengan peratus murid yang bolehmembaca sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Lebih tinggi peratus murid tadikaswasta yang boleh membaca sebelum mereka masuk ke sekolah rendah dibanding TadikaKemas dan tadika di Sekolah Kebangsaan. Salah satu dapatan dan kesimpulan dari kajianini ialah jenis jodol, cerita dan tema buku kanak-kanak dalam Bahasa Melayu untukprasekolah masih amat kurang kepelbagaiannya. Syor yang boleh dibuat ialah penulisandan penerbitan buku kanak-kanak umur 5-10 tahun dalam Bahasa Melayu perIudigiatkan. Syor kedua ialah 'amalan membaca kuat buku cerita' kepada kanak-kanakprasekolah hams dijadikan amalan yang lebih kerap di semua tadika kerana ia dapatmenarik kanak-kanakmengemari buku dan meningkatkan kemahiran merekamembaca.

  • 111

    PENGBARGAAN

    Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu kami

    secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

    Terima kasih kepada kepada UPSI melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

    yang telah memberi pembiayaan untuk projek ini dilaksanakan selama setahun mulai

    Disember, 2004 dan dilanjutkan enam bulan sehingga tamat projek ini pada 31 Jun,

    2006. Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) juga telah membantu dalam hal urusan

    pembayaran tuntutan dan nasihat tentang earn untuk memudahkan urusan kami dengan

    pihak di UPSI.

    Kepada guru-guru prasekolah di sekolah rendah di negeri Perak, Selangor, Pulau

    Pinang, Kedah, Kelantan Terengganu dan Johor yang telah bersetuju untuk membantu

    kami menjalankan kajian pembacaan buku kanak-kanak ini. Kami mendapat input

    mereka sebagai data kajian kami; dan kami berharap mereka juga mendapat manfaat dari

    pengalaman ini. Guru besar sekolah berkenaan juga banyak memberi sokongan. Terima

    kasih.

    Penghargaan dirakamkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian

    Pelajaran (EPRD) kerana memberi kebenaran kami menjalankan kajian ini. Hasil kajian

    ini dijangka berguna untuk pendidikan dan latihan guru jawi kita.

  • IV

    Penghargaan kami rakamkan kepada Dekan, Tirnbalan Dekan (Pengurusan dan

    Penyelidikan) dan rakan-rakan di Fakulti Sains Kognitif dan Pernbangunan Manusia

    (FSKPM) UPSl, yang rnembantu memudahkan kami rnenjalankan kajian ini.

    Terirna kasih kepada pernbantu penyelidik kami Puan Sherry Shahrezad Samri.

    Beliau telah input data ke dalam SPSS, dan rnenguruskan projek ini pada rnulanya.

    Kemudian Cik NorhusnaAlias rnembantu kami menyiapkan laporan ini.

    Sekian.

    Pasukan pengkaji.

  • vSENARAI KANDUNGAN

    Mukasurat

    Halaman Tajuk 1

    Abstrak 11

    Penghargaan iii

    Senarai Kandungan v

    Senarai Jadual Vlll

    BAB 1: TUJUAN PENYELJDlKAN

    1.1 Pemyataan Masalah

    1.2 Objektif dan Persoalan kajian1.3 Kepentingan Kajian1.4 Batasan Kajian15 Definisi Istilah

    2

    3

    6

    6

    7

    BAB2: TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Ciri-ciri buku kanak-kanak

    2.2 Bilangan buku

    2.3 Akses kepada buku kanak-kanak

    2.4 Membaca secara kuat

    10

    12

    13

    15

    BAB3: METODOLOGIKAJIAN

    3.1 Sampel Kajian3.2 SoaJ Selidik

    3.3 Kaedah PengumpulanData

    3.4 Prosedur PenganaJisisan Data

    17

    18

    18

    19

  • VI

    BAB4: DAPATAN KAJIAN

    4.1 Berapa buah buku kanak-kanak yang terdapat di tigajenis

    prasekolah? 21

    4.2 Dalam bahasa apakah (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)buku bacaan kanak-kanak yang terdapat di prasekolah? 23

    4.3 Bagaimanakah buku bacaan kanak-kanak disusun di prasekolah? 24

    4.4 Adakah terdapat sudut bacaan dalam bilik darjah di tiga jenis

    prasekolah? 25

    4.5 Adakah terdapat perbezaan kebebasan menggunakan sudut bacaan

    dengan di antara tiga jenis prasekolah? 26

    4.6 Adakah buku yang terdapat di sekolah digemari oleh kanak-kanak? 28

    4.7 Apakah tajuk buku atau cerita yang menjadi piJihan kanak-kanak? 29

    4.8 Apakah ciri-ciri buku yang digemari oJeh kanak-kanak? 30

    4.9 Adakah terdapat perbezaan amalan peminjaman buku mengikut

    tiga jenis prasekolah? 32

    4.10 Adakah terdapat hubungan antara amalan peminiaman bukudengan peratus kanak-kanak yang boleh membaca buku cerita

    sebelurn merekamasuk ke Tahun 1 sekolah rendah?

    4.11 Sejauh manakah guru mengamalkan 'bacaan secara kuat' kepadakanak-kanak di tadika mereka? Adakah terdapat perbezaan dalam

    amalan membaca secara kuat ini di antara tigajenis prasekolah? 34

    33

    4.12 Adakah terdapat hubungan antara kekerapan amalan membaca secara

    kuat di bilik darjah dengan peratus kanak-kanak yang boleh membaca? 35

    4.13 Berapa peratus kanak-kanak prasekolah 'boleh membaca buku cerita'

    sebelurn mereka masuk ke Tahun 1 sekolah rendah? Adakah terdapat

    perbezaan peratusan kanak-kanak yang boleh rnembaca di kalangan

    tiga jenis prasekolah? 36

    4.14 Sejauh manakahjenis prasekolah, amalan membaca secara kuat

    dan amalan perninjarnan buku rnempengaruhi peratusan kanak-kanak

    yang boleh membaca? 37

  • VlI

    BAB5: RINGKASAN DAPATAN., PERBINCANGAN DAN KESlMPULAN

    5.1 Ringkasan dapatan Bahagian 1: Koleksi dan jenis buku yang

    terdapat di prasekolah, dan earn. buku ini disusun untuk kegunaankanak-kanak 39

    5.2 Ringkasan dapatan Komponen 2: Kegemaran kanak-kanak

    membaca buku 41

    5.3 Ringkasan dapatan Komponen 3: Amalan menggalakkan kanak-kanak

    prasekolah membaca dan hubungannya dengan peratusan kanak-kanak

    yang boleh membaca 43

    5.3.1 Kekerapan membaca kuat kepada kanak-kanak 44

    53.2 Kekerapan meminjam buku oleh kanak-kanak untuk dibaca

    iliah

    533 Jenis prasekolah: prasekolah swasta lebih tinggi peratus muridnyaboleh membaca sebelum merekamasuk ke sekolah rendah 45

    5.4 Kesimpulan 46

    RUJUKAN 48

    LAMPIRAN 49

    Lampiran A - Senarai Buku Kanak-kanak:

    Lampiran B - Soal Selidik Tentang Bacaan di Tadika

  • Jadual4.1

    Jadual4.2

    Jadua14.3

    Jadual4.4

    Jadual4.5

    Jadual4.6

    Jadual4.7

    Jadua14.8

    Jadual4.9

    Jadual4.10

    Jadual4.11

    Jadual4.12

    Jadual4.13

    Jadual4.14

    Vlll

    SENARAI JADUAL

    Muka Surat

    Bilangan buku di tiga jenis prasekolah 22

    Jenis prasekolah dan bahasa buku 23

    Penyusunan buku dan jenis prasekolah 24

    Sudut Bacaan dan Jenis Prasekolah 25

    Penggunaan sudut bacaan dan jenis prasekolah 26

    Koleksi buku yang digemari oleh kanak-kanak 28.

    Tajuk buku atau cerita yang menjadi pilihan kanak-kanak 29

    Ciri-ciri buku yang digemari oleh kanak-kanak 30

    Peminjaman buku dan jenis prasekolah 32

    Hubungan peratus kanak-kanak boleh membaca

    dengan peminjaman buku

    Bacaan secara kuat dengan jenis-jenis prasekolah

    Hubungan peratus boleh membaca dengan kekerapanbacaan secara kuat

    Peratus yang boleh membaca di tiga jenis prasekolahNilai beta analisis regressi hubungan antara peratusankanak-kanak yang boleh membaca (pembolehubah dependen)

    dengan jenis-jenis prasekolah, membaca secara kuat dan

    peminjaman buku

    33

    34

    35

    36

    37

  • BABt

    TUJUAN PENYELIDIKAN

    Apabila kita bertanya kepada kanak-kanak prasekolah tentang buku apa yang disukainya,

    sepatutnya kita akan mendapat beberapa tajuk buku yang menjadi pilihan mereka Akan

    tetapi di dalam situasi kanak-kanak di Malaysia belum tentu kita akan mendapat suatu

    jawapan buku atau jodol cerita popular yang sarna daripada mereka. Dalam satu tinjauan

    rintis terhadap seratus orang kanak-kanak untuk mengetahui buku apa yang mereka sukai,

    Zainiah (2005) cuma mendapati hanya sebuah buku atau sebuah cerita sahaja yang

    mendapat bilangan kekerapan sebanyak tujuh kali, iaitu buku 'PerlumbaanArnab dengan

    Kura-Kura '.

    Keadaan ini berlainan jika kita bandingkan dengan kanak-kanak di luar negara

    seperti Amerika Syarikat. Jika kita bertanya mereka,jawapan yang diterima tentang buku

    atau cerita yang digemari adalah seperti The Very Hungry Caterpillar' oleh Eric Carle,

    'Are you My Mother' oleh Dr Seuss, 'Brown Bear, Brown Bear what Do You See' dan

    pelbagai lagi buku cerita Buku-buku cerita ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak

  • 2masa kini tetapi juga oleh ibu dan bapa mereka yang pemah membaca buku-buku ini

    pada zaman kanak-kanak mereka dahulu. Ini kerana kebanyakan buku-buku ini telah

    dihasilkan sejak tahun 1960an lagi, tetapi masih mendapat sambutan sehingga kini

    disebabkan nilai dan mutunya. Dengan itu kajian perlu dijalankan bagi melihat buku

    apakah yang digemari oleh kanak-kanak di Malaysia dan apakah ciri-ciri tersebut.

    1.1 Pernyataan Masalah

    Di Malaysia tidak banyak kajian dibuat tentang pembacaan buku kanak-kanak: jenis buku

    yang dibaca, apa cerita yang dibaca atau ilustrasi yang yang bagaimana yang mereka

    minati. Kita masih belurn lagi mempunyai senarai buku kanak-kanak dalam bahasa

    Melayu yang boleh disyorkan untuk pembacaan kanak-kanak pelbagai peringkat urnur

    (berumur 4 - 10 tahun), bagi peringkat prasekolah dan sekolah rendah.

    Dalam bahasa lnggeris sudah terdapat banyak kajian tentang klasifikasi dan

    pemeringkatan buku kanak-kanak, sebagai panduan bagi guru dan ibu bapa memilih

    untuk bacaan anak-anak mereka. Pemeringkatan buku mengikut 'aras' dalam program

    Reading Recovery di New Zealand misalnya dapat membantu guru memilih buku untuk

    kanak-kanak peringkat tertentu, dan untuk membantu mereka mengatasi masalah

    membaca.

    Jadi di Malaysia kajian perlu dibuat tentang buku dan bahan bacaan kanak-kanak

    dalam bahasa Melayu, supaya buku dan bahan ini dapat diklasifikasi dan diberi tanda

  • 3'aras' yang sesuai untuk berbagai-bagai peringkat umur atau mengikut peringkat

    kebolehan mereka membaca. Guru-guru dan ibu bapa memerlukan panduan tentang

    apakah ciri-ciri buku yang digemari oIeh kanak-kanak. Selain itu ibu bapa dan guru perlu

    mengetahui jenis aktiviti yang boleh menarik proses dan minat kanak-kanak membaca,

    untuk membantu mereka membaca dan membinaminat untuk terus membaca. '\

    1.2 Objektif dan persoalan kajian

    Oleh kerana kajian tentang buku-buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu amat kurang,

    pasukan pengkaji projek ini merasakan amat perlu dibuat kajian penerokaan mengenai

    hal ini untuk mengenal pasti: apakah buku yang dibaca dan suka dibaca oleh kanak

    kanak di prasekolah? Apakah ciri-ciri buku yang menarik minat mereka? Apakah aktiviti

    pengajaran-pembelajaran membaca yang membantu murid boleh dan minat membaca?

    Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau dan mengenal pasti buku kanak-kanak

    yang terdapat di prasekolah di Malaysia untuk dijadikan pilihan bacaan kanak-kanak

    peringkat prasekolah. Ini akan membantu guru dan ibu bapa dalam membeli dan

    membekalkan buku bagi anak-anak mereka. Pengkaji juga ingin melihat apakah usaha

    dan aktiviti pengajaran-pembelajaran membaca yang dilakukan di bilik darjah bagi

    mempertingkatkan peratusan kanak-kanak yang boleh membaca melalui pemilihan dan

    penggunaan buku-buku bacaan ini.

  • 4Secara khusus, objektif kajian ini ialah untuk mencari jawapan awal tentang tiga

    Bahagian berhubung dengan buku bacaan di prasekolah di Malaysia dan soalan-soalan

    yang berkaitan dengannya.

    Babagian 1: Koleksi dan jenis buku yang terdapat di prasekolah, dan cara buku ini

    disusun untuk kegunaan kanak-kanak.

    Soalan-soalannya terperinci adalah seperti berikut:

    Berapa buah buku kanak-kanak yang terdapat dalam sesebuah tadika?

    Berapa peratus buku di sesebuah tadika itu dalam bahasa Melayu dan berapa

    peratus dalam bahasa Inggeris?

    Adakah terdapat rak buku dan tempat mempamerkan buku-buku itu di tadika?

    Adakah terdapat sudut bacaan dalam bilik darjah di tiga jenis prasekolah?

    Adakah terdapat perbezaan kebebasan menggunakan sudut bacaan di antara

    tiga jenis prasekolah?

    Babagian 2: Kegemaran kanak-kanak membaca buku

    Apakah tajuk buku bacaan yang terdapat di prasekolah?

    Adakah buku-buku yang terdapat di tadika digemari oleh kanak-kanak?

    Apakah ciri-ciri buku yang digemari oleh kanak-kanak?

  • 5Babagian 3: Amalan menggalakkan kanak-kanak prasekolah membaca, dan

    hubungannya dengan peratusan kanak-kanak yang boleh membaca.

    Berapa peratus kanak-kanak prasekolah yang boleh membaca buku cerita

    sebelum mereka masuk ke Tahun 1 sekolah rendah?

    Adakah terdapat perbezaan peratus kanak-kanak yang boleh membaca di

    antara ketiga-tiga jenis prasekolah?

    Adakah kanak-kanak dibenar meminjam buku untuk dibawa balik? Adakah

    terdapat perbezaan amalan peminjaman buku mengikut tiga jems

    prasekolah?

    Adakah terdapat hubungan antara kekerapan amalan meminjam buku kepada

    kanak-kanak dengan kebolehan mereka membaca?

    Sejauh manakah amalan membaca kuat dibuat di ketiga-tiga jenis prasekolah?

    Adakah terdapat hubungan antara kekerapan amalan membaca secara kuat di

    bilik darjah dengan peratus kanak-kanak yang boleh membaca ?

    Adakah terdapat perbezaan peratusan kanak-kanak yang boleh membaca di

    antara ketiga jenis prasekolah?

  • 6Sejauh manakah jenis prasekolah, amalan membaca seeara kuat dan amalan

    peminjaman buku mempengaruhi peratusan kanak-kanak yang boleh membaca.

    1.3 Kepentingan kajian

    Dapatan kajian ini berguna kepada guru-guru dan ibu bapa bagi mengenal pasti apakah

    buku dan buku cerita yang mendapat sambutan kanak-kanak, ciri-ciri buku cerita dan

    aktviti-aktiviti yang dapat meningkatkan pembacaan kanak-kanak. Dengan ini guru dan

    ibu bapa dapat menyedia pilihan buku yang sesuai serta membentuk persekitaran yang

    kondusifuntuk menggalakkan kanak-kanak membaca,

    Hasil kajian akan menyumbang kepada pengetahuan tentang jenis buku bacaan

    kanak-kanak dalam bahasa Melayu untuk prasekolah. Ini satu sumbangan yang besar

    dalam bidang bacaan. Ia menjadi landasan atau pembuka jalan bagi kajian-kajian

    seterusnya dalam bidang bahan bacaan awal bahasaMelayu di Malaysia.

    1.4 Batasan Kajian

    Kajian ini ialah kajian tinjauan yang dibuat ke atas satu sampel 171 orang guru

    prasekolah: di 53 buah prasekolah kerajaan (di Sekolah Kebangsaan), 61 buah tadika

    persendirian, dan 57 buah tadika Kemas, di negeri Perak, Selangor, Pulau Pinang,

    Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Kajian tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Jadi

    dapatan kajian ini tidak membayangkan situasi di berbagai-bagai prasekolah di Malaysia.

  • 7Dalam kajian ini, maklumat yang dikumpul mengenai buku cerita juga tidak

    dilakukan dengan terperinci. Aspek-aspek seperti jalan cerita, watak cerita, peranan

    gambar dalam meramal cerita, jenis gambar yang disukai, saiz buku yang disukai oleh

    kanak-kanak perIu dikaji dengan lebih terperinci.

    1.5 Definisi Istilab

    Berikut adalah definisi dua istilah yang bersabit dengan kajian ini.

    Buku kanak-kanak

    Dalam konteks kajian ini, buku kanak-kanak bahasa Melayu bermaksud buku-buku yang

    ditulis bagi tujuan pembacaan kanak-kanak atau pun buku yang menjadi bacaan kanak

    kanak, tidak kira apa jua bentuk penulisannya sama ada ianya buku cerita (berbentuk

    fiksyen) dan bukan-fiksyen yang ditulis untuk memberi maklumat, atau pun buku yang

    menggunakan bahasa berirama seperti lagu, sajak dan pantun serta komik.

    Oleh itu buku untuk kanak-kanak boleh terdiri daripada buku yang mengandungi;

    gambar semata-mata,

    mengandungi gambar, perkataan atau ayat,

    mengandungi ilustrasi sahaja,

    mengandungi ilustrasi, perkataan atau ayat,

    mengandungi perkataan atau ayat semata-mata.

  • 8Walaupun buku-buku yang tergolong dalam sastera kanak-kanak juga adalah

    termasuk ke dalam kategori buku kanak-kanak, istilah buku kanak-kanak yang diguna

    pakai dalam kajian dan penulisan ini tidak disempitkan kepada istilah sastera kanak

    kanak sahaja, malah diperluaskan maksudnya termasuk buku kanak-kanak pelbagai jenis

    walaupun mungkin terdapat sedikit sebanyak pertindihan ciri-ciri antara kedua-duanya.

    Prasekolak

    Prasekolah atau tadika merujuk kepada pusat atau 'sekolah' yang memberi pendidikan

    kepada kanak-kanak yang biasanya berumur 5 - 6 tahun, yang dibenarkan oleh Akta

    Pelndidikan 1996. Ada beberapa agensi mengendalikan pendidikan prasekolah ini. Yang

    utamanya ialah KEMAS, Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan Negara dan

    pihak swasta.

  • 9BAB2

    TINJAUAN LITERATUR

    Membaca merupakan satu kemahiran yang amat diperlukan dalam menimba ilmu

    pengetahuan. Tanpa kebolehan membaca amatlah sukar bagi kita menjalani kehidupan

    harian yang memerlukan kita membaca pelbagai jenis bahan bercetak dan arahan bagi

    pelbagai keperluan dalam kehidupan Moden (NAEYC 1998). Akhir-akhir ini masalah

    murid sekolah rendah tidak boleh membaca atau lemah membaca telah mendapat

    perhatian berbagai pihak, termasuk Kementerian Pelajaran. Kajian tentang masalah

    membaca dan kaedah pengajaran membaca Bahasa Melayu di peringakat prasekolah dan

    pemulihan membaca di sekolah rendah telah dijalankan oleh Isahak Haron dan beberapa

    pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim 2003-2004 dan

    laporannya yang bertajuk Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah

    Gabungan Bunyi Kata untuk Prasekolah dan UntukPemulihan 2004.

  • 10

    Kajian berkenaan Tabiat Membaca ill kalangan pelajar Malaysia berusia lima ke

    sembilan tahun dalam 1996 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (1998),

    mendapati 52% kanak-kanak telah boleh membaca. Namun bagitu peratus yang benar

    benar mengamalkan pembacaan hanyalah 30 % sahaja. Dapatan kajian tersebut juga

    menunjukkan tabiat membaca semakin menurun dengan pertambahan umur. Ini

    menunjukkan semakin bertambah usia seseorang murid semakin kurangnya amalan

    pembacaan ill kalangan mereka. Jadi walaupun kerajaan menawarkan pelbagai

    kemudahan seperti perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam, namun pengunaannya

    tidaklah meluas seperti yang diharapkan, terutama berbanding dengan negara maju.

    Tabiat dan amalan membaca yang disemaikan di kalangan kanak-kanak semasa di

    peringkat awal mempengaruhi minat mereka membaca ill peringkat seterusnya. Apabila

    minat membaca telah ada, ianyamenjadi pendorong untuk kanak-kanak memperbaiki dan

    memajukan kemahiran membaca mereka. Menurut Adam (1990) dalam Gregory &

    Morrison (1998) kajian mengenai buku yang digemari oleh kanak-kanak perIu, kerana

    kanak-kanak suka memilih sendiri buku yang mereka gemari dan ingin membaca: suka

    memegangnya, membelek-beleknya dan membacanya mengikut gaya masing-masing.

    Mereka menghayati bahan bacaan tersebut mengikut kecenderungan masing-masing,

    2.1 Ciri-ciri buku kanak-kanak

    Menurut Marohaini (1999), terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan

    bahan bercetak. Antaranya tennasuklah perbendaharaan kata, pembentukan ayat atau

  • 11

    jenis ayat dan panjang pendeknya ayat serta perkataan. Penggunaan konsep, penyusunan

    idea, minat pembaca dan pengetahuan latar pembaca juga menjadi faktor penting. Saiz

    dan stail cetakan, penggunaan bahan grafik seperti carta, gambar, graf, jadual, dan rajah

    di mana sesuai juga mempengaruhi kefahaman apa yang dibaca.

    Abdul Aziz Talib (2000) menyatakan bahan-bahan bacaan yang disediakan untuk

    murid terutama pada tahap mula membaca hendaklah beraneka jenis dan menepati minat

    mereka untuk membacanya. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dan mudah

    difahami supaya murid berasa seronokmembacanya dan sentiasa ingin membaca. Tulisan

    perIu bersaiz besar bagi memudahkan kanak-kanak membaca. Bahan bacaan perIulah

    disertakan dengan ilustrasi yang menarik dan berwama. Sekiranya lukisan gambar

    gambar itu kelihatan hidup dan menarik ianya dapat menarik perhatian dan hati kanak

    kanak.

    Dalam kajian oleh Perpustakaan Negara (1998) didapati di antara jenis bahan

    bacaan yang disukai oleh kanak-kanak ialah 52% buku pengetahuan, 49 % buku cerita,

    15% buku berkaitan dengan hobi dan 11% lain-lain bukan fiksyen. Di antara kriteria yang

    penting dalam pemilihan buku oleh kanak-kanak ialah: peratusan tertinggi buku yang

    mempunyai gambar (24%), kedua buku berbentuk cerita dan cerita dongeng (15%) dan

    ketiga buku yang mudah difahami (11%).

    Dalam kajian yang dijalankan ini tumpuan akan diberikan kepada isi kandungan,

    gaya bahasa, ilustrasi, saiz huruf, saiz buku dan wama dalam buku kanak-kanak.

  • 12

    2.2 Bilangan buku

    Kenyataan oleh International Reading Association (IRA, 1998) mencadangkan agar

    buku bermutu pelbagai pilihan, perisian komputer dan bahan multimedia perlulah

    mencukupi untuk bacaan murid-murid. Ini adalah untuk mengatasi masalah kurang

    pendedahan terhadap bahan tersebut di kalangan kanak-kanak kepelbagaian latar

    keluarga dan budaya yang 'datang' ke Amerika Syarikat. Menurut Morrow & Weinstein

    (1986) dalam Newman & Roskos (1997) dalam IRA (1998), kajian mendapati bilangan

    lima buah buku bagi setiap kanak-kanak adalah bilangan paling minimum bagi

    mewujudkan persekitaran yang kaya dengan bahan cetakan.

    Kajian jangka panjang oleh Halle, Kurzt-Costes dan Mahoney (1997) dalam

    McQuillan dan Au (2001) terhadap 41 orang kanak-kanak Darjah Tiga dari kawasan

    pinggir bandar di Amerika Syarikat mendapati bilangan buku di rumah menentukan

    kemajuan dalam pembacaan, walaupun taraf pendidikan ibu bapa dan tahap pembacaan

    kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi tujuan kajian. Ini jelas menunjukkan akses kepada

    buku boleh mendatangkan kesan yang unik terhadap kemajuan dalam membaca.

    Bahan bacaan merupakan faktor yang amat penting dalam mempengaruhi

    pembacaan peringkat awal kanak-kanak. Kajian yang lepas menunjukkan bilangan bahan

    bacaan meningkatkan tahap pembacaan serta menambah minat membaca di kalangan

    kanak-kanak. Walau bagaimanapun dapatan dalam kajian yang dijalankan oleh Zainiah

  • 13

    (2005) mendapati tiada perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan

    bilangan buku bacaan di sekolah.

    2.3 Akses kepada buku kanak-kauak

    Worthy (1999) mencadangkan bahawa persekitaran tertentu boleh menimbulkan minat

    membaca yang seterusnya membawa kepada aktiviti membaca secara sukarela. Beliau

    menambah bahawa persekitaran atau situasi tertentu boleh membentuk minat atau

    memotivasikan seseorang membaca, dan seterusnya akan melibatkan diri di dalam

    aktiviti membaca.

    Kajian yang dibuat oleh Morrow (1992) dalam Mcquillan & Au (2001) terhadap

    dua bilik darjah menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam

    bilik darjah (dengan cara menambahkan buku perpustakaan dalam bilik darjah) serta

    aktiviti pembacaan yang dibimbing oleh guru, telah membawa kepada peningkatan tahap

    pembacaan di kalangan kanak-kanak.

    Dapatan yang sarna diperolehi dalam kajian yang dijalankan oleh Rucker (1982)

    dalam Mcquillan & Au (2001) terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Dalam

    kajian tersebut beliau telah memberikan majalah percuma yang berkaitan dengan minat

    masing-masing selama setahun kepada kumpulan kawalan. Kumpulan ini mendapat

    markah yang tinggi di hujung tahun berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak

    mendapat majalah percuma.

  • 14

    Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa dengan menyediakan akses bahan bacaan

    kepada murid, pembacaan mereka bertambah serta meningkatkan tahap pembacaan

    mereka. Walau bagaimanapun kajian oleh Zainiah (2005) terhadap 112 orang kanak

    kanak prasekolah di Malaysia mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di

    antara tahap bacaan kanak-kanak dengan bilangan buku dan kemudahan meminjam

    buku.

    Namun hasil kajian tersebut mendapati terdapat perhubungan yang signifikan

    antara mempamerkan buku dan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah yang dikaji. Ini

    kerana apabila buku dipamerkan di bilik darjah buku-buku ini mendapat perhatian murid;

    mereka dapat melihatnya dengan mudah. Ini akan menggerak mereka untuk memegang,

    membelek-belek dan seterusnya menyelak helaian-helaian buku tersebut. Ini adalah

    perlakuan awal pembaca. Jika buku tersebut menarik minatmurid, mereka akan meminta

    supaya dibacakan buku tersebut.

    Selalunya kanak-kanak suka membaca buku yang sarna berulang-ulang kali

    sehingga mereka terbiasa dengan isi kandungan buku tersebut dan menghafalnya. Ini

    disokong oleh Juel (1991) iaitu permulaan bagi membaca adalah proses yang sukar.

    Pengulangan adalah perlu bagi memperolehi kemahiran membaca ini. Jika tidak ada

    kekerapanmembaca, latihan pengulangan tidak akan berlaku.

  • 15

    2.4 Membaca secara kuat

    Bercerita sememangnya menjadi satu cara menyampaikan maklumat sejak zaman

    berzaman. Ianya digemari oleh kanak-kanak sejak dahulu lagi. Menurut Yasin (1989)

    kaedah bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang paling sesuai

    digunakan untuk para pelajar yang barn mempelajari sesuatau bahasa. IRA (1998) juga

    mencadangkan agar orang dewasa membacakan buku yang berkualiti kepada kanak

    kanak setiap hari seeara individu atau pun berkumpulan.

    Dapatan kajian McGee & Richgels (1996) dalam Gregory & Morrison (1998)

    menunjukkan salah satu penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah

    bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di prasekolah. Ini disokong oleh Roskos &

    Newman (1994), dalam Me Gee & Ricbgels (1996). dalam Gregory & Morrison (1998)

    yang menyatakan dalam setting bagi kanak-kanak berisiko, guru dan ibu bapa perIu

    membaca lantang kepada kanak-kanak ini untuk memberikan pendedahan dan

    pengalaman pembacaan kepada kanak-kanak tersebut.

    Di Malaysia pula dalam kajian Loh (2005) mendapati apabila teknik bercerita

    dalarn bahasa Inggeris dilaksanakan, guru-guru dan kanak-kanak prasekolah

    berpandangan positif terbadap bahasa Inggeris. Ini memerlukan guru mempunyai

    persediaan dan kemahiran membaca cerita dalam bahasa Tnggeris. Jadi guru perIu dilatih

    untuk menguasai teknik ini. Bagi kanak-kanak pula sebahagian besar dari mereka dapat

    menguasai, berkomunikasi dan berminat dalam bahasa Inggeris setelah guru

  • 16

    menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran. Dapatan kajian Zainiah (2005) juga

    menunjukkan bacaan secara kuat mendatangkan kesan positif terhadap tahap baeaan

    kanak-kanak prasekolah.

    Jadi bercerita atau pun membaca secara kuat merupakan amalan yang penting

    dalam bilik darjah pendidikan awal supaya kanak-kanak terdedah dengan amalan dan

    suasana membaca. Dan ini memberi kesan positif kepada penguasaan kemahiran

    membaca, pencapaianmembaca dan minat terhadap bahasa dan sastera.