kajian tindakan

14
Kajian Tindakan. SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak. Shaidi Bin Jaafar : Nama D20111048120 : Matrik Prof. Madya Dr. Abd Latif Bin Haji Gapor : Lect

Upload: ady-pixer

Post on 14-Apr-2017

292 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Kajian Tindakan.SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak.Shaidi Bin Jaafar : NamaD20111048120 : MatrikProf. Madya Dr. Abd Latif Bin Haji Gapor : Lect

Sejarah sekolah SMKBM

Dalam bulan Januari 1969, sebuah sekolah menengah aliran pengantar Melayu telah dibina di Jalan Kenas, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kenas, Kuala Kangsar, Perak yang menampung pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Pada masa itu, sekolah ini cuma mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan bilik darjah, bilik Sains Rumah Tangga (SRT), bengkel Seni Perusahaan, pejabat dan kantin. Sekolah ini telah membuka kelas tingkatan empat aliran sastera pada tahun 1973. Dalam tahun yang sama, ia mendapat dua blok bangunan baru dua tingkat yang terdiri daripada enam bilik darjah, tiga makmal sains, sebuah perpustakaan dan dua bilik SRT. Pada tahun berikutnya, sekolah ini telah mula menjalankan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pada tahun 1975, ia telah menawarkan kelas tingkatan empat aliran sains. Pada 19 Ogos 1976, nama sekolah ini telah ditukarkan dengan rasminya kepada Sekolah Menengah Bukit Merchu . Ia telah sempurna dirasmikan oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah Ibni Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Nama sekolah ini diambil sempena nama sebuah bukit kecil yang mana terletak di atasnya istana lama Paduka Sultan yang dipanggil IstanaMerchu. Pada tahun tersebut, sekolah ini menawarkan kelas tingkatan enam rendah. Pelajar berkenaan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) pada akhir tahun 1977. Sekolah ini mendapat satu blok bangunan baru tiga tingkat iaitu Blok F yang mempunyai sepuluh bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah pusat sumber dan sebuah bilik Alat Pandang Dengar dalam tahun 1981. Pada tahun 1982, sekolah ini telah menawarkan kelas tingkatan enam aliran sains. Seterusnya, dalam tahun tersebut pelajar mula menduduki dua blok asrama baru iaitu Asrama Putera dan Puteri yang dapat menampung 200 pelajar. Manakala pada tahun 1993, sekolah ini telah membuka kelas Rancangan Khas Aliran Agama bagi pelajar tingkatan satu. Akhir sekali, sekolah ini telah menambahkan bentuk fizikalnya dengan pembinaan sebuah dewan , sebuah blok makmal komputer dan sebuah surau pada tahun 2001.

Lokasi Sekolah Coordinat : 4.760645, 100.931790

Alamat : Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak.Tel : 05-773 1140Faks : 05-773 1144Link : SMK Bukit Merchu

kapisitiBilangan Guru : 69 Orang.

KapasitiBilangan Pelajar : 953 Orang.

Pengetua SMK Bukit Merchu.Pn Nolita Bt Abdul Rahim

Guru Pembimbing.Pn Noraini Binti Mohd Noor.

Infra struktur sekolah.Dewan.Surau.

Makmal Komputer Lama

Makmal Komputer Baru.

Misi/VisiPendidikan BerkualitiInsan TerdidikNegara Sejahtera

Kem Kepimpinan PRS di Info Ternak, Sungai Siput, Perak

Bertindak sebagai guru pengiring ke krusus tersebut.

Pencapaian Koku SMKBM

Kajian Tindakan di SMKBMMasalah yang dihadapi semasa pdp.Guru menggunakan penjelasan yang terlalu rumit/ aras tinggi semasa mengajar.Set induksi mengajar yang terlalu luas dengan tajuk yang diajar.Masa untuk menggunakan makmal yang terhad.Pelajar takut untuk bercakap di hadapan semasa sesi pembentangan.Gangguan bising daripada makmal sebelah.

Cara menangani masalah semasa pdp.Guru menjelaskan sesuatu pembelajaran menggunakan gambar.Mengecilkan skop set induksi pembelajaran yang sesuai.Berkongsi makmal dengan T6 ICT semasa pdp.Memberikan sedikit semangan dan motivasi kepada pelajar dengan kursus bercakap.Menutup semua pintu makmal semasa pdp.

Madah diungkap santun bitaraPantun dilantun mengusik hatiSalah dan silap tutur bicaraPohon diampun seikhlas hati

Sekian, Terima Kasih.